(macam-macam ada!)
Selamat hari pekerja, apa itu hari pekerja? Hari pekerja adalah hari org bekerja tak bekerja..(itu yg aku paham)…
Biasa orang tanya korang bekerja SEBAGAI apa? Tapi jarang org bertanya, korang kerja MACAM apa?..tak sama bekerja ‘sebagai’ dengan bekerja ‘macam’…
Org yg bagitahu dia bekerja sebagai bla bla bla adalah org yg yakin dengan bidang kerja dia..tapi org yg bagitahu dia bekerja macam bla bla bla , apakah maksud yg hendak di sampaikannya?
Satu org penagih bagitau “gua kerja macam ‘doctor’..”
Atau kita cakap kat kaki pancing “engkau ni macam ‘nelayanlah’..”
Atau “muka engkau macam mayatlah brother..”..
Kat sekolah budak2 cakap:
“ayah saya bekerja sebagai doktor”
“pakcik saya bekerja sebagai pemandu keretamayat..”
di sini menunjukkan bahawa takrif sebagai adalah 100% sama dengan maksud, manala takrif macam adalah tidak 100%, mungkin boleh mencecah kepada 90%,70%,50% atau lebih kurang lagi!..(terpulang kepada pemikir)
oh..apa aku merepek ni? Aku bukan pakar bahasa..bukan! Cuma nak bagitahu korang satu hal yg mana korang declare yg korang ni bekerja sebagai kerani, jurutera, cikgu dll…tapi sebenarnya korang juga ada buat Kerja yg macam-macam, macam…
cth:
-macam bagus
-macam sial
-macam setan!
Walaubagaimanapun…sebenarnya ada pro dan kontra dalam kerja ‘aku dan korang’ yg macam2 kita buat macam yg akan aku ceritakan kat bawah nanti yg macam mana buat korang macam tak percaya bahawa kita manusia telah buat macam2, so janganlah macam tu!(macam pening kepala aku!)
Nota: telah di susun mengikut keutamaan..harap maklum.
Pertama:
Semua org islam hendaklah buat kerja MACAM Nabi buat…apa kerja yg Nabi buat?
Kerja yg semua para2 ambia’ buat adalah :
Ajak org kepada Allah..kita tak boleh bekerja sebagai Nabi, Era Kenabian telah di khatamkan (tamat) tapi kita kena buat macam nabi buat,,dan tentulah kita tak mampu nak buat sebagaimana nabi buat 100% kerana itulah Allah suruh kita buat macam nabi buat..dan untuk the last ummat, buat 10% sudah berjaya..so marilah kita buat macam nabi buat iaitu :
-ajak org kapir masuk islam(wahai manusia, berimanlah)
-ajak org yg masuk islam tu supaya amal islam(wahai org beriman, berimanlah)
-ajak org yg amal islam tu supaya ajak pula org lain pada islam.(sampaikanlah walau satu ayat)
-ajak org yg dah ajak org supaya sungguh2 dan bersabar(wahai org yg beriman bertaqwalah)
ingat kerja ni di buat macam Nabi buat, bukan bekerja sebagai Nabi..ingat!
kedua:
soalan:Bekerja sebagai pemimpin atau bekerja macam pemimpin? Dulu ada satu zaman kegimilangan islam, yakni zaman khalifah al-rashiddin memerintah dan mentadbir dunia dengan jayanya…hari ini korang (kita) hendaklah berkerja macam pemimpin2 islam yg telah menjadikan kurun terbaik pada zamannya…apa kerja khalifah islam masa tu yg aku dan korang pun kena buat macam tu?
Iaitu berlaku adil pada semua makhluk..tak kira islam atau kapir, tua atau muda, hensen atau burok…ini kerja semua manusia…org kapir memperkenalkan system pendidikkan moral dengan berpandukan tokoh2 hebat dalam sejarah, untuk apa? Tak lain tak bukan untuk mewujudkan suasana hidup yg aman dan harmoni..(wah..wah..harmoninya aku)..
Jadi aku dan korang semua org islam kena bekerja macam khalifah2 agung buat macam:..
-Meletakkan sesuatu pada tempat yg sepatutnya(adil)
-Tidak pilih kasih(walau anak sendiri buat salah-tetap dihukum)
-Merendah diri(pemimpin berjiwa macam rakyat/mengarah filem dan menjadi pelakon he he)
-Sentiasa senyum(Senyum..senyum..senyummmm..wah comelnya)
-Murah hati tapi tidak boros(sedekah)
-Kuat tapi lembut(org rasa senang)
-Lembut tapi tidak lemah(org tak ambil kesempatan)
-Dan seribu sebelas ratus lagi!(rujuk ustaz)
ingat kerja ni di buat macam khalifah islam buat, bukan bekerja sebagai khalifah islam…ingat!
Ketiga
Korang dan aku kena buat kerja macam malaikat buat, of course korang bukan malaikat..tapi kita kena buat kerja macam malaikat buat, apa kerja malaikat? 100% berbadat pada Allah..solat, zikir, mengaji bla bla bla bla …jadi aku dan korang memang tak dapat nak tumpu pada ibadat100% macam malaikat..malaikat puasa tak bukak-bukak..sujud beratus2 tahun..kita just manusia but still kena buat kerja macam malaikat buat macam…:
-solat
-puasa
-membaca al-Quran
-Bertasbih
-berzikir
-dan banyak lagi amalan sunat2/wajib yg Allah bagi kat kita..kena pandai bagi masa, kerana tu turun surah ‘demi masa’..
ingat kerja ni di buat macam malaikat buat, bukan bekerja sebagai malaikat …ingat!
Keempat
Aku rasa kejap lagi ramai yg marah kat aku ni..(chech! Aku berburuk sangka..bukankah pambaca blog keretamayat ni begitu terbuka mindanya..teruskan hamka!..go!)
Korang yg bekerja hari2 cari makan minum utk diri sendiri/kelurga sahaja adalah bekerja macam binatang..yes..memang korang bukan binatang..tapi memang binatang kerja dia hanya cari makan dan puaskan nafsu serakah dia! So..org yg hanya kerja-kerja-kerja sampai tinggal solat/ibadat memang macam binatang !Allah dan cipta binatang untuk kerja: cari makan, bersetubuh dll sahaja..bila korang hidup hanya untuk makan, bersetubuh,dll sahaja memang korang macam binatang atau dengan bahasa yg lebih lembut macam haiwan! korang bukan bertindak sebagai binatang tapi telah bertindak macam binatang..oh..
Jadi untuk mengelakan diri korang menjadi pekerja macam binatang..korang kena buat juga kerja macam malaikat…
Tapi jangan jadi ahli ibadat sahaja..sampai tak nak cari nafkah..kalau korang nak ibadat sahaja 24 jam sambil harap belas ehsan org lain suap rezeki..memang ‘macam bagus’ler korang..Allah dah cipta malaikat untuk beribadat 24 jam..dah2 stop baca blog aku ni yg korang anggap ‘ibadat’(blog aku ibadat?..oh..)..pergi cari rezeki..(cari rezeki or ambil rezeki?)
Tambah:
Walau‘camne’pun..bila korang dah bekerja sebagai doctor ke, lawyer ke, tukang kebun ke, penulis blog tegar ke, ..korang masih kena bagi masa untuk beribadat macam malaikat..tapi still tak cukup, sebab kalau korang punya ibadat bagus tapi akhlak burok..memang ‘cedera parah’ lah korang kat kubur nanti kerana kena bagi pahala kat org lain dan ambil dosa mereka, so kena juga bekerja macam khalifah dengan akhlak yg baik macam khalifah dan kita sebagai ummat terbaik kena buat kerja macam nabi iaitu ajak manusia kepada kebaikan dan cegah manusia dari keburukkan..mengerti?!
Akan tetapi..ada lagi kerja yg lebih dahyat dari kerja macam binatang..iaitu apabila korang rasa sakit hati bila ada org tegur korang, rasa nak tampar bila ada org berceramah ugama kat telinga korang, rasa mendidih hati gelap korang bila ada org yg nasihat korang sana-sini..rasa nak terajang org yg berniat baik nak ajak korang pada Allah..lepas tu korang buat kerja pulak untuk cari kesilapan penyedar korang tu, korang hina, korang caci cerca..korang halau macam anjing..korang susahkan pulak para pendakwah yg jumpa korang..bila keadaan macam gini berlaku…maka korang telah buat kerja macam…macam setan! Macam sial! setan bertopengkan manusia..
Nota:(aku sayang kat korang sebenarnya..oh..aku tahu korang begitu baik bila ‘laknat’ aku hanya dalam email, kalau korang macam setan dah tentu korang terus tulis keburukkan aku kat comment box..biar semua pembaca blog tahu..tapi korang bukan macam sial..Cuma korang ‘macam bagus’ Ha ha Ha! terima kasih wahai sahabat..he he he)
Tambahan:
Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah(ibadat macam binatang-/-binatang memang sentisa berzikir-beribadat) tiba 2 dgr azan lalu berhenti untuk solat berjemaah (Ibadat macam malaikat) walaupun hanya tinggal seketul batu je lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu org munafik tegur, “kenapa tak siapkan ,satu batu je lagi…”sahabat tadi tak marah(ibadat macam khalifah) dan kabor(info) kat org tu “aku takut nanti Allah Tanya kat akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?”(ibadat macam nabi:daqwah) dan ajak org tu gi masjid…
Ps: aku suka sangat kat org yg cakap kerja tu ibadat..aku cakap, memang kerja tu ibadat..tapi tahap haiwan jer..!
Kelas Tambahan:
Kalau korang tengah kerja tu, memang kerja macam binatang, wajib korang cari rezki utuk anak2. tapi bila dah dengar azan wajiblah korang pergi masjid, tu kerja macam malaikat. Dalam perjalanan ada org lemas mintak tolong, tak tolong jadi mayatlah pulak, maka korang wajib tolong dia ,itu kerja macam khalifah dan korang dapati dia org islam dan soheh tak sembahyang lagi, lalu korang ajak dia sembahyang berjemaah sekali.haa! …itulah kerja macam nabi.bukan kerja sebagai nabi ,mengerti?
Kelas Pemulihan:
penulis bukan ustaz,ulama, sufi, wali, kiai, imam atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat ,dan teguran dari korang amat berpatutan..amat berpatutan!
Sebagai mengakhiri terimalah Pantun 3 kerat dari aku….
BERSUSAH PAYAH DI BAWAH LANGIT..
BEREHAT-REHAT DI BAWAH TANAH..
BERSENANG LENANG DI BAWAH ARASH..
(amin..)
Ps: mayat adalah mahkluk yg telah berhenti kerja sebagai manusia…
kubur kata: mari!, mari! bakal2 mayat sekalian, link dengan aku, di sini semua ada, mayat budak ada, mayat org tua ada, macam2 mayat ada, mari2 link dengan aku..aku untukmu dan kau untukku...macam-macam ada!
(biar muka macam mayat, jangan hati macam bangkai,)
23 comments:
kerja saya ialah mencari jalan singkat ke sorga.
hehehe ade ke? tentu ada kan...
sorga senang masuk, tapi neraka payah pasal kene bunuh orang, kene rogol orang, kene minum arak, kene berjudi, kene menipu, kene mengumpat, kene perasan bagus drp orang lain, kene suka quote dan terang quran hadith ikut pala otak sendiri, etc etc. kan payah tu...
-hafizbar-
hafiz..
"tak tepikir pulak susahnye sampai camtu.."
Hafizbar dan linanilza..
Huh..aku macam ada ‘tercium’ bau nasik minyak ha ha ha!
ps: bukan senang nak masuk neraka jahanam…kena azab di titian sirat dulu, sebelum tu kena jemur tengah padang mahsyar..kena halau kat telaga kautsar..sebelum tuh lagi kena azab dalm kubur..masa nak mati kena ‘bergelut’ ngan malaikat maut…masa hidup kena buat macam hafiz cakap bla bla bla …kene bunuh orang, kene rogol orang, kene minum arak, kene berjudi, kene menipu, kene mengumpat, kene perasan bagus drp orang lain, kene suka quote dan terang quran hadith ikut pala otak sendiri, etc etc. kan payah tu... last sekali kena jadi macam setan!
huwa.. sedih nk tinggal blog nie.. doakan ana agar nie bukan kali terakhir ana masuk blog nie..
p/s: doakan kejayaan ana dunia akhirat..
kerja sebenar yg bagaimana?
kerja selepas waktu malam lagi bermakna bagi ku...
budak shams
AMINNNNNNNNN!!!!
----------
nur balqis
aku suka pesanan kak pah:
"CARILAH KETENANGAN
DALAM DIRI SENDIRI
IBADAT SEPERTIGA MALAM..."
Ps: kalau ada pertandingan artis terbaik berdasarkan lirik, beliau ada peluang untuk menang!
"bukan susah utk susah, dan bukan senang utk senang, tp susah utk senang, dan senang utk susah"
Jom susah skang utk senang kat akhirat..dunia kan sbg ladang..la la la...
"BERSUSAH PAYAH DI BAWAH LANGIT..
BEREHAT-REHAT DI BAWAH TANAH..
BERSENANG LENANG DI BAWAH ARASH.."
aku suka nih!!!
amiiin....
kasturi
senang gak masuk neraka…cuba kau tutup lubang hidung ngan mulut kao selama 8 minit..insyaAllah jadi mayat..biarkan beberapa hari..perut membiru dan kembong..biarkan lagi..maka perut akan pecah dan keluar ulat2..akhirnya kau masuk neraka kerana membunuh diri ha ha ha! Senang kan? Gulp!
----------
Najwa Aiman
Aku suka bila kau tulis sajak dan bagitahu dapat ilham dari keretamayat..oh..
Aku ingat aku lain kali aku nak copy/paste..itu pun jika kau izin…
Pekerja tu cuma satu istilah. Itu istilah manisnya. Istilah lainnya yang tak manis adalah HAMBA... Kita semua HAMBA. Kalaupun kita seorang tuan dalam sesebuah organisasi, kita msih HAMBA NYA...
"syurga dikelilingi kepayahan, neraka dikelilingi kesusahan"
Tintamerah
Aku ucapkan selamat datang kepada starter baru..ke dunia
‘mayat’ku…
----------
Black
Sebagai hambaAllah marilah kita mengerjakan solat..
“Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang”
(Mr-Dunhill)
saya teringat pesan cikgu saya ketika di MPTI, menyampaikan ilmu kepada anak murid itu, tugas wajib guru. akan dituntut di akhirat kelak jika guru tidak sempurnakan tanggungjawabnya.
pada satu hari disebuah padang:
"cikgu, kenapa cikgu tak ajar lagu tahun tiga semasa saya darjah tiga? kenapa ajar lagu tahun satu juga?"
dia akan menuntut kembali ilmu yang tidak disampaikan itu ketika di padang nanti.
Cikgu Nizam
Benarlah…
Aku pernah mengajar sambilan di beberapa institut swasta..
Ada org yg kenal aku bertanya; mengapa aku tak selitkan tazkirah ketika mengajar(subjek yg aku ajar adalah berkaitan industri oil dan gas)
Aku kata: aku di bayar mengikut jam…aku takut di tuntut di akhirat kerana mencuri waktu kerja..oh…
(aku bukan org yg betul-betul, betul..sila beri tunjuk-ajar)
hamka... takde salahnya nak copy paste... kalau aku tak bagi dah tentu aku tak masukkan dlm blog yang open to the world nih. silakan la kalau membawa kebaikan.
mm..pandainyer kasi tazkirah, nice elaboration, perfect analogy given!keep up..
najwa aiman
te tak ye jugak..terima kasih
----------
aiskrim
pandainya bagi komen..selamat datang ke dunia 'mayat'...
ps: mak aku cakap balas pujian dengan pujian:)
owh, sayu kejap bila baca...
emmm perlu buat perubahan drastik nih.
harap2 perubahan yang berkekalan.
amin
aku pengkomen ke 21!
perempuan kerja nya d rumah..tp zaman skrg atas alasan nak hidup, perempuan kena gak keluar rumah carik rezeki (ambik rezeki?)..woha..daku tak suka bekerja di luar..!
8 tahun kemudian, alhamdulillah masih ada yang baca. :)
saya baru naik kereta mayat... :-) start dr entri mencari modal d neraka lepas tu baca dari awal... skrg sedang berada di entri 'salah siapa'
jika ada salah fakta boleh tegur, sebab blog boleh diedit
terima kasih
Post a Comment