(Salam bro, buku Kamar Sutera tu
sambungan daripada Buku Permata yang hilang kini dijumpai ke?)
Kisah laki bini dalam Kamar Sutera tidak di susun sebagai sequel kepada
“Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” sebaliknya lebih kepada mengisi ‘plot hole’
dari buku pertama yang mana setelah pembaca gigih mengikuti kisah pahit manis
si penulis bercinta dan bertunang, tiba tiba kisah laki bini dalam PYHKDJ terus
bersambung pada babak penulis sudah beranak tiga, Eh? ke mana perginya babak malam
pertama? Ke mana perginya babak di awal perkahwinan dalam menyesuaikan antara
dua jiwa?.Apa tiadakah asam-garam atau suka-duka rumah tangga di awal
perkahwinan wahai En Hamka Keretamayat?Di atas kesedaran: ‘Peminat selalu betul’maka tertulislah ‘kisah laki bini’ dalam kamar sutera yang merakam peristiwa bermula dari pintu gerbang perkahwinan yang dipenuhi suka duka, senda gurau, pahit manis, dan hitam putih kehidupan.
Secara ringkasnya, Kisah dalam buku ini bermula dengan cerita pengalaman Laki belajar tentang masalah haid, seterusnya menyingkap tabir bulan madu yang indah, kemudian suka duka laki bini dalam bergaul dengan mertua, juga pengalaman membuat kerja rumah yang kronik, ada juga cerita hantu, tak lupa nasihat tentang ekonomi rumah tangga, selain ayat power memikat bini, seni syair dan muzik serta filem, kisah bini mengandung dan pengalaman beranak pertama kali juga ada di muatkan.., di hujung cerita, ada bab tazkirah islamik mengenai kehidupan berlaki bini,
Aku memilih “Kamar Sutera” sebagai tajuk buku adalah simbolik kepada gerbang perkahwinann yang selalu dirujuk kepada kesucian ‘Kamar tidur pengantin’ yang mana di awal perkahwinan semuanya kelihatan indah belaka bagaikan ‘tenunan kain sutera’, namun terselit pahit maung suka duka kehidupan rumah tangga kerana hakikatnya sutera yang menyelubungi kamar itu sendiri datangnya dari najis ulat. Adohai..
Akhir
kata,korang tidak wajib membaca “Permata Yang Hilang Kini Dijumpai” untuk
memahami Kisah Laki Bini di dalam buku ini kerana Kamar Sutera di tulis dengan
tempo ‘berdikari’setelah adaptasi berhikmah di lakukan dari kisah benar yang
telah di ubah suai untuk menyedapkan jalan cerita.
(juga
agar penulis tidak kelihatan terlalu losser. Woha!)
Semoga
kisah laki bini dalam buku ini dapat menjadi panduan kepada semua laki bini dan
semua bakal laki bini diluar sana (jika tidak banyak, satu muka surat pun
jadilah, isk)
3
Page dipetik dari Buku ini: