(Kisah pemandu keretamayat dan peminta sedekah bukan
islam..)
Sedang aku bermimpi di tengah hari, tiba tiba si anak datang
kejut bagitahu ada orang datang..
Dalam kegagalan mengingat mimpi tadi, kain pelikat aku
kemaskan, dan pergi ke halaman rumah.
Di luar pagar, terlihat seorang pemuda berbangsa cina sedang
tersenyum bersama beberapa dokumen ditangan.
“Yes?”
Tanya aku kehairanan, lalu pemuda itu dengan pantas bagitahu
bahawa beliau datang dari pulau pinang, datang mintak derma untuk anak yatim
cina di pulau pinang, nama pusat kebajikan anak yatim cina itu aku lupa, ada
ala ala Fong-Sai-Yok dan Wong-Fei-Hung gitu..
Apa Lim-Guan-Eng tak
bantu ke anak yatim di pulau pinang? Bisik hati aku, apa kejadah mamat cina ni
datang mintak derma sampai ke pantai timur? Hari tu dengar cerita DAP bagi duit
kat hafiz melayu, siap menangis ustaz PAS terharu dengan keihlasan DAP, so
sepatutnya DAP dah lama tolong anak yatim cina?
Arghh, tak baik aku politikkan
anak yatim cina dalam situasi baru bangun tidur sebegini.
“dik.., Zakat Pulau pinang tak bagi bantuan ke?”
Tanya aku dengan ikhlas, sebab aku dengar wang zakat di Malaysia
masih berjuta juta tak di agihkan sehingga ada forum bincang untuk laburkan
duit zakat yang banyak baki itu, tak kurang juga cadangan untuk agih pada orang
bukan islam dengan niat dakwah, sebab dah bagi kepada semua asnaf katanya.
“Zakar?”
Oh! Nampaknya pemuda ni tak tahu tentang zakat, beliau
mengaku belum pernah mendengar perkataan zakat, sehingga setarafkan zakat
dengan zakar. Aku tak tahu sama ada beliau berbohong atau memang fail
pendidikan islam masa SPM dulu...
Lalu aku tanya dia, agama apa? Budha, Ok, dalam agama awak
ada kewajiban berzakat tak? Tak de? tak tak tak! bukan berkhatan potong kulit
zakar tu, Zakat adalah rukun islam yang ke empat dimana kami semua orang islam dah
bagi sebahagian wang pendapatan kami yang dinamakan wang zakat kepada
pemerintah macam cukai, yang mana wang itu untuk bantu orang islam yang miskin,
patut agama awak juga praktis benda macam ni, jadi tak payahlan orang islam
atau orang budha macam awak pergi mintak derma rumah ke rumah atau dekat stesen
minyak, sebab dah ada pusat zakat. Awak ada pen dan kertas?
Sebaik pemuda itu hulurkan kertas dan pen, aku tulis: “google:
Zakat dan islam”
Pemuda tu tengok kertas yang aku tulis tadi, dan sempat aku
pesan agar jangan tersalah type zakar pulak, beliau senyum dan mintak diri
sebab dari jauh ada rakannya (juga berbangsa cina) yang telah buat isyarat
beredar sebab dah lama sangat aku berborak. Akupun suka juga beliau pergi sebab
aku rasa terganggu bila ada orang datang mintak derma terutama waktu aku sedang
tidur. Adohai..
“Siapa cina tu bang?”
Tanya bini aku sambil mengemaskan kain batik, baru bangun
tidur jugak rupanya, ada lagi 10 minit sebelum masuk zohor.
Selepas aku laporkan kejadian tadi kepada bini, tiba tiba timbul
rasa menyesal di hati aku kerana lupa nak dakwah pemuda cina tadi kepada islam,
sepatutnya aku cerita kepada beliau sedikit asas tauhid, dan timbulkan keraguan
munasabah kepada agama nenek moyangnya, dan masukkan cerita ketuhanan yang make
sense.., aku patut seru dia kepada islam sebelum beliau melangkah pergi..Oh!
Aku ini sudahlah tidak pergi berdakwah ke rumah orang bukan
islam macam Nabi Muhammad SAW, sekali ada cina datang rumah aku, lupa pulak
untuk aku ambik kesempatan dakwah beliau kepada islam, sudah tentu hatinya yang
baik untuk bantu anak yatim, akan memudahkan beliau mendengar dan berfikir
tentang kebesaran Allah. Arghh, Salahkan tidur siang yang buat akal aku pendek
tadi, hu.. hu..
Aku azam, selepas ini, jika ada orang bukan islam datang lagi
mintak derma depan pintu rumah, aku akan suruh bini buat air, dan ajak beliau
masuk minum, dan akan ambik kesempatan ini untuk dakwah beliau kepada islam.(sambil menderma seringgit dua, adohai)
InsyaAllah.
Ps: Semoga Allah ampunkan dosa aku kerana tidak berdakwah
kepada pemuda cina yang datang ‘menyerah diri’ tadi.. oh..
knp x bg jer duit kn die? mgkn nnti terbuke htnye tuk msk islam.. kdg2 dakwah tu x smtinye melalui percakapan..
ReplyDeletebetul tu Ladybird, tolong dakwah saya di akaun di bawah:
ReplyDelete(Maybank 1630 2855 3448)
<3<3<3
ReplyDeleteapelaa punya ngok malaun nih kalau takmau bagi tak payah cerita macam2 melayu pun dari pantai timur belambak kok kedah p.pinang datang mintak derma ,masjid la,tahfiz la,anak yatim la,ada orang kisah nak bagi bagi ajelaa.tak nak bagi pun tak payah lah sampai nak selak kitab.Bodoh.........
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteBangun pagi, baca blog orang dan bodohkan orang....dan kemudian tunggu nak bodohkan orang lagi..lagi...lagi. Puas hati.He..he..
Semalam ada ustaz kata minyak naik kerana kita bodoh dan bengap....dan dia senyum dengan puas hati melihat hadirin yang diperbodohkan di dalam rumah Allah swt
Macam sama ajer spesis mereka-mereka yang pander ni dok, ker guaner?...he..he..
Cryingfella
Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
ReplyDeleteBaginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab, “Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
to anom no 4, adakah engkau nak cakap Nabi pun ngok sebab tak bagi terus derma?
ReplyDeleteAnak nabi pernah mintak hamba tawanan, Nabi bagi ceramah (suruh tasbih sebelum tidur)
boleh bagi alamat tak? aku nak pergi mintak derma rumah ko?
miskin macam itu pun nabi suruh jual harta sedia ada dan beli kapak untuk cari kayu…? - See more at: http://www.pakdi.net/bagaimana-nabi-muhammad-mengajar-kita-untuk-keluar-dari-kemiskinan/#sthash.pQ5SPACz.dpuf
ReplyDeleteadoi banyak la yang meroyan tak lama lagi lepas baca entry hamka ni.. woha!!
ReplyDeletekite baca tersurat kena fahamkan yang tersirat jugak..malaysian adohai..
apelaa punya ngok malaun nih kalau takmau bagi tak payah lah nak dakwah cina.Bodoh betul, cina masuk islam bila pas memerintah nanti.
ReplyDelete
ReplyDeletenabi ni sebaik contoh...dan kadang kadang nabi bagi lebih dari satu contoh...terpulang pada kita nak pilih mana satu...
contoh seperti perkhawinan nabi antara Siti Khadijah dan Aisah,
contoh nabi pakai kupiah, serban, ada ekor tak der ekor lilit kemana, putih hitam semua ada dinukilkan, pilih lah mana nak ikut...yang tak der cuma songkok tinggi warna hitam..
contohnya mcm hadis yang disaran MAT sabu diatas
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
hadis ni mendidik peminta sedekah/ orang miskin berusaha... didikan yang nabi bagi tu pon dikira sedekah...zaman sekarang nak ajar orang jadi kaya pon kene kuar duit gak per..
yang ni plak
“Peliharalah kamu dari api neraka meskipun dengan menyedekahkan sepotong kurma, dan perkenakanlah permintaan seorang peminta walaupun dengan memberikan sepotong kuku hewan yang dibakar” (HR. Ahmad)
"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah"
(Surah al-Baqarah ayat 276)
kalau lah tiap kali peminta sedekah datang ko cakap "berusahalah skit bro!"
jadi ayat ayat sedekah ni untuk siapa sebenarnya
soal lagi sedekah ni kebaikanya untuk siapa sebenarnya?
kalau lah tak der yang perlukan sedekah ...kesian umat yang tak cukup pahala skang...
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. ( Surah Al Baqarahyat 245 )
Kita manusia, Allah bagi otak, hati dan perasaan kita boleh bezakan antara orang yang layak dan tak layak diberi sedekah...
semua komen diatas adalah betul.. cuma berlaku jujur dan adil skit
ok, tang Peminta sedekah cina tu dan lim guang eng punya kes tu aku kira yang ni patut ko baik sangka skit...
kalau lah mamat tu tak dapat bezakan antara zakat ngan zakar, boleh jadi juga dia tak dapat bezakan Lim guang eng dengan cina jual insuran...siap suruh google lak tu, entah entah nak on komputer pon tak reti
sungguh aku tak emo masa taip ni...takut ada yg kata aku meroyanlak
ayat klise selepas tu 'cuba dalami maksud tesirat saudara HAMKA' muak sungguh aku baca. Dak... aku dah faham apa yang disampaikan sebalik tu...cuma aku nak komen apa yang jelas...simple kan.
adoiyaiii...
Assalam
ReplyDeleteErrrr....ada ker dalam entri ni Hamka kata tak bagi derma?
Bukan ker kalau kita beritahu kita derma ni macam menunjuk-nunjuk...he..he..tak berdosa ker tu..?
Tersirat, tersurat...pirrrah !
CF
hadis di atas mendidik peminta sedekah/ orang miskin berusaha... didikan yang nabi bagi tu pon dikira sedekah...
ReplyDeletecerita tentang zakat pada orang kapir itu bukan sedekah. suruh mereka google pun bukan sedekah.
sila paham*
Saya chinese educated dan sangat rapat dengan keluarga angkat di sarawak yg beragama kristian. Itu tdk bermakna sy sgt open minded. Saya tdk akan memberi derma/hadiah kpd non muslim kalau ianya bersangkutan agama mereka. Mendoakan mereka dlm apa jua keadaan sekalipun juga adalah haram KECUALI mendoakan agar mereka mendapat hidayah.
ReplyDeleteBila seorang cina meninggal, org yg mengenalinya akan berziarah sambil menghulurkan ''pak-kam/bai-jing'', iaitu derma berbentuk wang untuk meringankan beban keluarga simati, kawan saya pernah dpt sampai RM30K bila bapanya meninggal. Derma yg ni menjurus kpd keagaman, so its a big NO from me. BUDAYA MENDERMA UTK KELUARGA SIMATI SEBENARNYA JUGA DITUNTUT DLM ISLAM CUMA JARANG2 DIPRAKTIKKAN.
Setiap disember saya balik kampong di sarawak sehari dua sebelum krismas, bukan kerana saya sambut krismas tapi kerana saya menziarahi keluarga. Saya bagi hadiah berupa baju atau permainan kpd anak2 buah sejurus selepas saya tiba, tanpa dibalut cantik2, niatkan sebagai hadiah kpd anak2 buah, dan bkn sempena krismas, sbb tu sy bg awal.
Lazimnya non-muslim juga ada acara open house sepertimana kita berhari raya. niatkan sja menziarahi kawan2 tidak salah, tapi saya tidak akan ber'carol' bersama. saya juga tdk membawa oren bila menziarahi kawan2, dan tdk akan mengucapkan gong xi fatt choi sempena CNY.
salam..
ReplyDeletenama manusia2 politik ni besar maknanya bagi pendukung2 mereka hamka,jadi kalo bleh kamu tahan la napsu kamu dari sentuh nama dorang ni hamka,cubit peha kanan peha kiri terasa,biasala tu..kamu sebut polan2 hak belah sini nanti pendukung dia naik angin.kamu sebut polan2 hak belah sana nnt pendukung dia lak naik angin,dlm kes ni bukan pasal betul salah cite yg kamu bawak,tapi nama polan2 dah semat terpahat cantik tggi dalam hati pendukung2 mereka,dan kamu pulak mcm nak kutuk n perli2,naikla angin mereka..
kamu bukan x tau kebanyakan pendukung2 mereka ni, semua tindakan org yg sgt mereka cintai itu betul dan tepat,naik kan la harga minyak banyak mana pun pendukung2 mereka tetap akan pertahan insyaAllah,yg ni masuk akal lagi..kalo di seru semua muslim tggu depan mahkamah tggu mahkamah putuskan Allah taala pun pendukung2 dia bela,nampak x betapa cintanya mereka..
kalo mereka kate Allah itu mesti tggi tiap saat,sekaligus hukum2nya mesti ditinggikan juga,tapi nak buat hudud Allah taala mereka gi tanya tanya/bincang dgn kafir o.k.u yg duk kat wilchair dulu,mesti menang undi manusia2 dulu,ini pun pendukung mereka mereka pertahan,nampak x betapa tulin dan aslinya nya cinta mereka hehe.
ini bukan soal betul salah,tapi soalnya ialah nama sipulan2 yg dah terpahat tggi dalam hati mereka telah kamu sebut2 dan guris haha..pndngan aku kamu x yah la sebut lain kali hamka,x merugi dan x menguntungkan kamu pun insyaAllah..salam..
salam.
ReplyDeleteini first time dalam hidup aku, orang bukan islam datang mintak derma.
Maaf kerana menyinggung perasaan pembaca dengan kisah pengalaman kali pertama ini.
aku penah dlm hari & tmpat yg same didatangi 2 org pengemis ato bhase sopan nye peminta sedekah. sorang apek tua yg uzur & sorg lagi kanak2 vietnam yg meminta2 secara pakse.
ReplyDeletedgn apek tua tu aku tak teragak2 nk hulur dgn niat kesian kt apek tu. tapi ngan dak vietnam yg memakse2 tu, aku xde hati nk hulur sbb aku tau ade dalang di sebaliknye.
ak x pikir dr sudut berbeza agame tp aku pikir dr sudut kemanusiaan. salahkah aku??
Assalam
ReplyDeleteNabi saw pernah mengunyah dan menyuap makanan kepada seorang Yahudi uzur yang buta...kemudian Hadrat Abu Bakar menggantinya; tapi orang Yahudi buta itu sedar bahaw ini bukan orang yang sama kerana makanan tersebut tidak dikunyah dahulu...
Ya Rasulullah...tiada siapa dapat menandingimu.
Cryingfella
Salam Hamka...and fellow readers
ReplyDeleteSaya baru discover blog anda sekitar sebulan yang lalu. Saya dah selesai baca kesemua entry, some i have read once...others more than once. Topik2 yang anda tuliskan adalah menarik, to say the least. Gaya dan garapan penceritaan anda memang unik.
Kepada semua likers and haters alike, jangan lupa bahawa semua nukilan harm car adalah pandangan dia seorang. Kalau ada yang sukakan exclusivity Hamka... so be it. Kalau ada yang tidak sukakannya...so be it. Kalau diperhatikan ruangan komen2 keretamayat ni banyak jugak yang begitu emosional. Saya fikir, kalau tak suka....diam aje. Kalau suka...sebar2kanlah.
Penulisan keretamayat mencakupi a very diverse range of the things that we can find in life. Mengenai kehidupan berugama. Mengenai menghidupkan ugama. Mengenai penyebaran ugama Islam. Hamka ni percaya kepada ugamanya iaitu Islam. This alone commands my respect (whether or not I agree or disagree with your point of views, Hamka).
Kepada Hamka saya harap anda kekalkan mencari ilmu yg berguna di muka bumi ini dan meneruskan penulisan sebegini untuk dikongsikan bersama because people like you doesn't come often. Anda seorang blogger yg menulis secara straightforward without appearing dumb. Saya rasa macam kena headshot tapi sniper tu tak gunakan peluru betul (kalau betul pun, barisan pemandi jenazah dan keretamayat kan ada to save my day).
Thank you very much for sharing.
P/S: Saya bukan memihak kepada yang belah kanan atau belah kiri, yang depan atau yang belakang, yang atas atau yang bawah. Saya hanya seorang ''penjual kuih'' yang duduk di luar pagar.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih kepada yang memuji dan mengkeji.
ReplyDeleteAnda semua sangat ikhlas dalam memberi komen.
InsyaAllah aku akan menulis lagi walau tiada yang puji atau keji, kerana blog ini adalah nota kepada diri sendiri.
Terima kasih sekali lagi.
Niatkan derma itu kerana Allah;
ReplyDeleteBila jemaah Sahabar r.ahum masuk mana2negara dan berjumpa dengan pemimpin2 tempatan, maka mereka (Sahabat r.hum) disuruh pulang dengan mengatakan"bukan kami tak kenal asal kamu, bangsa yang miskin dan tak ada kerajaan yang ingin menjajah kamu. Jika kamu inginkan harta, setiap dari kamu kami akan beri dinar dan dirham. Pulanglah". Maka Sahabat r.hum bgtau "bukan niat kami untuk ambil harta/kerajaan kamu bahkan kami sanggup harta kami dihabiskan supaya kamu kenal siapa Pencipta Kamu". Nabi SAW buat dakwah bukan harta datang dan bertambah bahkan harta dihabiskan untuk agama. Baca kisah semasa kewafatan Nabi SAW...apa yang tinggal (harta)?
Jadi apa salahnya harta / derma kita digunakan untuk niat dakwah non muslim. W.Alam
Assalam
ReplyDeleteTiba-tiba Allah bagi ingat...
Once upon a time ketika aku secara solo sedang tunggu makanan di kedai Tomyam
Datang seorang lelaki India hulurkan tangan sambil beri isyarat perut lapar...
Aku ambil duit dan beri pada dia..aku lapar dan dia pun lapar...sama-sama lapar.
Tiba-tiba dia terus angkat tangan kanan macam nak bersumpah dan kata pada aku...suatu hari sebelum mati saya mesti masuk Islam.
Aku jawab Amin! Dan dia berlalu pergi...
Hari ini Allah bagi aku ingat balik kisah ni. Semoga lelaki India itu telah masuk Islam, dia ummat Muhammad saw dan dia juga ashraful mahlukat...
Azam 15/11 40H DN. Doa tek kat ana...
CF
Salam Hamka.
ReplyDeleteDah lama tak komen kat sini. Mr Cryingfella ni en Khalid kita ke?? Cara penulisan mcm sama je...
kepada Hamka teruskan menulis walau ramai haters di sini kerana sy ttp menjadi followers anda.
p/s: saya dah selamat bersalin anak perempuan. Dan saya beri nama "Cinta" seperti yang dicadangkan oleh anda. (Klu lelaki memang letak nama Hamka dah)
Assalam
ReplyDeleteMasyallah...
Benar Puan.
Khalid
Salam Hamka...
ReplyDeleteSaya cadangkan tajuk2 berikut atau yang sewaktu dengannya kepada anda. Ikut suka you lah nak follow through atau tidak. Ini hanya cadangan ''hidangan'' dari seorang hamba Allah. Saya tahu anda perasan sibuk...like all of us.
Cabaran2 solat berjemaah
''Tolong panggil nama saya Haji................''
Pertunangan & pernikahan mengikut sunnah Nabi
Ada apa pada sepertiga terakhir malam?
Sekian, terima kasih.
wooo bakul sudah penuh, lama lama nanti karam...sila buat posting baru ek...
ReplyDeleteWaa..penjual kuih dah bagi tajuk..mohon Hamka wat post pasal ni..
ReplyDeleteCrying Fella..aku doakan moga orang india tu masuk islam..
salam tuan..
ReplyDeletei like..
apa barang tajuk tu...citer bab RIBA ler...cer citer bagaimana dreber kereta menyelusuri bahtera kehidupan...apakah ada unsur unsur riba disana... kalau tak ..bagaimana cara nya hendak hidup tanpa riba...pleazeeeee....
ReplyDeleteOrang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. ( Al-Baqarah : 275 )
ohhh lupa lah tajuk nyer 'Keriba yang empuk dan hangat'
Asslam
ReplyDeleteAku pun nak beri cadangan, macamana nak dapat rasa rinduuuuuu...pada Allah swt.
Kedua, macamana nak cinta pada Nabi saw lebih dari cinta pada diri sendiri, isteri, anak, dan sewaktu dengannya...
Ketiga, macam mana tak nak takut mati. Woha!
Life is a joke bro.
Err..tajuk, suka suka hati lah..(Chef Amar)
Khalid the Cryingfella.
sekadar berkongsi..terdapat dalam kitab muntkhab hadis menyatakan riba yg paling besar adalah mencemarkan maruah saudara kita...cuba rujuk bab ikram...
ReplyDeletemgikut maulana inamul hassan di dalam malfuzat beliau
zakat adalah utk membersihkan harta..seumpama air wuduk utk mensucikan anggota kita..so kita mesti memilih air wuduk yg suci utk mbersihkan anggota kita...bergitu jugak zakat utk sucikan harta kita,kita mesti memilih org yg tertentu utk mgsucikan harta kita..
org yg paling afdal menerima zakat adalah org yg tidak berhajat pada harta zakat tersebut(tiada sifat tamak)..dan org tersebut mgunakan harta zakat utk korban dijalan Allah swt..maulana jugak ada memberi dalil ayat quran ...sy dah lupa ayat mana..sila cari sendiri dlm alquran...
itulah harta zakat paling suci dan mgyucikan..dan ia akan memberi keberkatan pada harta tersebut..
hari ini ramai yg kuarkan harta zakat tapi harta kita tiada keberkatan.. inilah salah satu punca kerana kita tak pilih org yg betul2 suci utk menerima harta zakat kita...fikir2kanlah
Anon 10:33 AM, September 12, 2013,
ReplyDeleteTentang riba' tu ble rujuk kepada perbankan Islam walaupun sesetengah dari kita meragui kaedah perlaksanaannya..dulu aku ambik satu risalah kat bank muamalat, xtau la sekarang ada lagi ke x..
Kita kena faham gak camne yang ditakrifkan sistem perbankan islam, sebab ramai yang nak kaedah islam, tapi bila tang untung nak cara konvensional..
Try la baca zaharuddin.net...dia ada ulas..buku pun ada gak..kalau ko nak beli la..tapi aku xbeli lagi..uhuks..
CF
ReplyDeleteKetika orang islam dakwah orang islam, orang kafir datang memeluk islam.
Ketika orang islam bergaduh sesame islam, ada orang islam yang murtad…
----------
Bakal Mayat Seri Kembangan
Aku tak ada rezeki anak bernama CINTA…
Dapat baby boy jua, aku cari nama yang pendek dan senang.., IMAN.
: )
--------------
penjual kuih
''Tolong panggil nama saya Haji................'' tu macam menarik, tapi tentu ramai yang terbakor karang, adohai..
Aku mungkin akan tulis lain kali, dalam kepala sekarang nak tulis akan datang kisah ustaz yang berani menarik fatwa yang salah kerana kebenaran..
Tapi nak kena cari waktu lapang sikit, (malam-malam) baru sedap mengarang- insya-allah.
---------------
aku_ein
lama tak Nampak? He he
----------------
Ridhwan bin mohd yunus
Lama tak komen panjang panjang bang? He he
------------
Anonymous
'Keriba yang empuk dan hangat'?
Wow!
-----------
Khalid the Cryingfella.
macamana nak dapat rasa rinduuuuuu...pada Allah swt?
macamana nak cinta pada Nabi saw lebih dari cinta pada diri sendiri, isteri, anak, dan sewaktu dengannya...?
Soalan yang tidak mampu aku jawab.., kerana pesan maulana, muzakarah bukan untuk dapat sifat, tapi untuk faham ilmu tentang sifat, sedangkan sifat hanya datang melalui mujahadah..
Aku sebenarnya malu pada karkun terutamanya.., sebab aku banyak dosa dan hina.
Assalamualaikumm.. cina masuk islam bila pas pegang malaysia? Hadith mana ni yer encik2 disini.. Setahu Saya Orang bukan Islam Nak memeluk Islam Dengan Hidayah oleh Allah s.w.t, Jika kamu berkata bahawa pas memerintah cina2 gerenti masuk islam, bagaimana pula dengan bapa angkat Nabi S.A.W Sejak dari lahir dia membela Nabi s.a.w,tetapi kenapa bapa nabi s.a.w tidak juga Masuk Islam? Haishh. Jaga2 kata2mu wahai umat.. Allah s.w.t berkuasa atas sesuatu.. Makhluk tiada kuasa lansung..
ReplyDeleteMalas aku nak komen sebelum ni sebab banyak sangat orang yg sakit bontot emosi xtentu pasal..aku sakit bontot gak tapi sebab takut ter-emosi xtentu pasal, aku senyap je la..hohoho
ReplyDeleteTapi memang aku tunggu tajuk yang...tolong panggil saya haji...hewhewhew
tajuk "Tolong pangil saya Haji....." nampak mcm best!!
ReplyDeletesaya setuju.
p/s: nama yg kau cadangkan utk anak aku tu telah memeranjatkan beberapa nurse. Nama "Cinta" agak rare utk masyarakat kita.Tapi aku sungguh gembira letak nama ni untuk anak aku. Tq so much di atas nama yang unik bukan perasan unik ye.. "IMAN" nice :-)
Assalam
ReplyDeleteSesungguhnya engkau telah menjawab kesemuanya dalam (6) perkataan yang hak[sedangkan sifat hanya datang melalui mujahadah..]
Semoga Cinta Iman subur dalam kehidupan kalian dan bakal menghiasi jannah-jannah Rabbku yang Maha Pemurah. Amin.
This is classic bro.
Real classic...
Smile. God is watching us...
The Crying Fella
Salam hamka...lama aku xkomen kau...
ReplyDeletefirstly aku nak minta pendapat kau lah....puas dah aku bertanya ustaz2 ni...
macam mana nak settle masalah riba'
contohnya kalau kita beli rumah pertama dan kenderaan pertama pakai bank islam... memanglah secara zahirnya die x ckp riba..tapi die cakap keuntungan..lagi 1, aku ada rasa macam kene tembak dengan sorang ustaz ni punya status kat FB...
cuba kau baca dan buat post tentang riba' ni.. pls....
ragu keliru dan macam tertipu je kita ni kan?
ni fb dia...episod 1 :
https://www.facebook.com/thembymhlongo/posts/451047291675310?comment_id=2459780&offset=0&total_comments=374¬if_t=feed_comment_reply
ni fb dia episod 2 :
https://www.facebook.com/thembymhlongo/posts/452130318233674
setelah sebulan x baca blog hamka...rupa2nya saya miss 4 entry.. hahaha.. busy skit.. tp xpe.. biar lambat daripada xde..
ReplyDeleteso.. tgk entry ni macam bese tp ramai juga yang terasa x tentu pasal tanpa menjelaskan dengan baik apa yang dia x puas hati.. hamka.. entry ni bagus and a little sarcastic.. pada yang x puas hati.. sila jelaskan ketidakpuasan hati anda dengan jelas... kerana bagi saya entry ni lebih kepada isu beri sedekah kepada org bukan islam yang kutip derma ntah dari mana ntah... jgn nk maki hamun hamka macam dia maki hamun mak bapak korang.... sabojer la... papepown.. hamka keep it up....
here i have two type of loan.
ReplyDeletefirst. u loan for 1000, then you pay for100 each month for one year. and if you pay late u need to pay services charge and also penalties and interest input.
second, the u need to buy something at 1000, and the bank buy that thing and sell back to you at price of 1500, which u need to pay 100 per month and and u just need to pay services charge if u pay late and no interest input.
so from both situation, which is riba and which is not riba or both is riba.?
Salam...
ReplyDeleteDetective nie's 2nd entry regarding the loans. From my opinion, the 1st loan (pay rm100 for 12 months) to buy a thing that cost rm1000 for rm1200 is definitely riba', notwithstanding late payment charges or services charge.
Whilst the 2nd loan needed more detailed explanation (for example duration of payment or length of payment) on the surface it doesn't look like riba' because of the ''no interest input'' clause. This is not riba' provided that the services charge for late payment is not charged based upon a fixed or fluctuating percentage rate. Late payment for services charge should work on a fixed rate for example rm250 for any amount of loan (be it rm2000 or rm75000 loans). Penalties work the same too. So if this 2nd loan is to pay a monthly commitment of rm100 for 15 months with fixed rate of services charge/penalties/etc for an item that is worth rm1500 sold by the bank, it is not riba'. The original price for the item (rm1000) is not an issue here since the extra rm500 is the bank's profit. Usually one would not know the original price of any solds being sold by banks/companies/insividuals. This principal is strictly business which is not against islamic law. It is like a woodcutter who buys a wood axe for 1 dirham and then sell it for 3 dirhams. The woodcutter made profit of 2 dirhams.
Again, lengthier information is needed upon each examples on a subject that has such a great depth.
Please correct me if I am wrong. Saya hanya seorang penjual kuih...
Salam...
ReplyDeleteCorrections on the long paragraph above:
''Usually one would not know the original price of any ITEMs being sold by banks/companies/individuals''
Masih mnunggu rezeki seorg 'CINTA'.ALLAH telah anugerahkan seorg Dai'e.namun harta yg ALLAH pinjamkn telah diambil balik after 22 days.Anugerah Syawal yg hilang..
ReplyDeleteBla bc komen chinese educated tringt kt Ex-boss dulu (mamak).dia seorng yg brsolat wpun xslalu brjemaah.dia xkan wish non-muslim staffs for any of their big day celebrations smpi ada 1 indian girl mai tnya knp boss cenggitu.tp klu birthday dia bg plk duit as appreciation to non-muslim staff.
-petot-
Assalam
ReplyDeleteMasyallah Petot. Insyallah, Dai'e yang diambil balik (sekejap jer...) akan menunggu mu di pintu syurga dan bersama-samamu memasuki jannah 500 tahun awal dari suamimu. Amin
Crying fella
P/s-"Wahai Izrail nyawa siapa yang kau ambil tadi ?" tanya Tuhanku yang Maha Mengetahui.
"Bagaimanakah mereka menerima kematian ini?" tanya Tuhanku lagi..
"Atas kesabaran dan keredhaan mereka aku anugerahkan mereka Baitul Hamd"
Tenangkanlah petot wahai Rabb dari semua arah...
salam hamka
ReplyDeletebaru ni ada beli kamar sutera. rupa buku ok la. pegang pon ok tapi..
kulit buku bile tercakar dengan kuku sikit da terkopak :(
tak kesa dgn harga, ok je cume bile tgk kualiti kertas semacam kurang baloi.
harap dapat diperelok lg~
bab riba tu,. aku belum tulis, sebab tak ada peluang untuk kaji betul betul..
ReplyDeleteBuat masa ni, boleh rujuk ustaz yang terlibat sebagai penasihat bank, dan juga guru yangh mursyid...
ok, bab buku dan kualiti.
ada cerita panjang, cerita pendeknya: Penerbit lain, bukan penerbit dulu..
bab kertas, kata penerbit, kertas ini lebih mahal dari kertas A4, novel english pun guna kertas ini sebab tahan lama dan ringan,
itu kata peberbitlah..
nanti aku gadoh dengan dia, he he
Salaam Crying Fella.jazakALLAHu khairan kathiraa.in sha ALLAH ia akn mnjd prtmuan yg pling dnnti.
ReplyDeleteKhilngan yg pedih buat seorg ibu yg mnnti klahirn seorg ank namun xkn mgkin sama kpedihan yg prnh dtnggung oleh para sahabat r.anhum ktika wafatnya kkasih kita Muhammad S.A.W.
-petot-
Assalam
ReplyDeleteYa Rabb...saksikanlah kasihnya ummatMu terhadap kekasihMU.
Walaupun tidak pernah bersua muka, tak pernah bertentang mata namun masih sedih atas pemergian kekasihMu 1400 tahun yang lalu...
Sedangkan Kau sedang menguji dia dengan ujian yang besar...
Jadikanlah aku saksi kepada -petot- Ya Rabb...akan kasihnya kepada kekasihMu... di akhirat nanti. Amin.
Aku terkesima petot.
Crying Fella
satu nikmat hilang, masih banyak nikmat yang kekal, dan ada nikmat yang bertambah..
ReplyDeletelalu bengkaklah kaki Nabi dalam solat kerana bersyukur..
CF, amiin..
ReplyDeleteHamka, tiada satu pun nikmat ALLAH yg -petot- dustakan cuma xmmpu rasanya bersolat seperti Kekasih yg disayangi
-petot-
CF,
ReplyDeleteAmiin ya Rabb..
Hamka,
Tiada satu pun nikmat ALLAH yg -petot- dustakan cuma xmmpu rsanya mensyukuri nikmat Allah sbagaimna Kekasih yg disayangi lakukan..
-petot-