Sep 23, 2013

Panggil saya HAJI...?

(Kepada insan yang bernama Khairi, janganlah perasan di salahkan, sebab bukan anda seorang sahaja bernama Khairi)

Kepada orang kapir, tentu korang pernah berurusan dengan orang islam yang bermuka bosan jika tidak panggil mereka dengan title Haji..

Contoh:

Orang kapir: My name is Earl, this is my card

Orang islam yang riak: Oh, thanks. Here is my card.

Orang kapir: Ok now, Mr Khairi, what product of your company…,

Orang islam yang riak: ….. (Silence with bad face)

Orang kapir: Ops, sorry, why suddenly your face look so bored?

Orang islam yang riak: Call me, Haji!.., Haji Khairi..,

Orang kapir: WTF??

Nota untukMualaf:

Dalam islam tidak ada hukum yang mewajibkan untuk orang yang baru balik Haji dengan panggilan Haji (lelaki) atau Hajjah (perempuan)

Buktinya, Nabi dan sahabat tak pernah dalam sejarah suruh orang lain hormat mereka dengan panggilan Haji dihadapan nama yang menandakan saya telah lengkap rukun islam yang ke lima, takdepun, ini mungkin hanya berlaku di Malaysia.., tak tahulah kot ada Negara lain yang lebih kemaruk letak semua rukun depan nama, contoh:  Nama saya Khari, tapi sebab saya dah pergi haji, maka mulai hari ini, panggil saya: Syahadat-solat-ramadhan -zakat –Al-Haji-Khairi…

Apa ke jadah? Riak nak mampos?!

Kalaulah ada orang islam yang sanggup letak semua rukun islam depan nama mereka, memang sah macam gampang, letak Haji Khairi sahaja pun dah riak sebenarnya.., Adohai..

So, tak berdosa langsung orang tak panggil kita 'Haji', atau kita biarkan orang lain tak panggil kita 'Haji',

Tapi, mereka yang kita tidak guna nama 'Haji' dalam perbualan dengan mereka, terus wajah mereka bertukar menjadi  bosan nak mampos dengan mata tersembul tak puas hati.., maka panggilah mereka Haji dengan niat ikram (respect)..

Tak salah kita respect mereka dengan panggilan “Haji”sebab jika dibiarkan mereka bermuka bosan, maka akan mencermar imej islam yang mana sepatutnya orang balik Haji berwajah ceria kerana berjaya menunaikan rukun islam dengan sempurna, tapi oleh kerana kita tak panggil mereka dengan gelaran haji, terus mereka berubah wajah bosan.., maka ‘layak’lah mereka di panggil Haji sampai mati..

Sebab tu aku panggil jugak kawan sebaya aku yang balik Haji (bukan semua) dengan panggilan 'Haji' sebab mukanya yang bertukar macam sial bila tak di pangggil haji, maka ‘layak’lah mereka di panggil Haji sampai mati.., ingat tu kawan kawan!!

Sama jugak, kawan sebaya aku yang dah balik sambung Phd, ada yang aku panggil dengan nama macam dalam IC dan mereka tak kisah pun, tapi yang bermuka bosan bila tak di panggil “Dr”, maka aku akan ingat muka bosan beliau, dan bercakap dengannya akan guna panggilan Dr sebagai tanda hormat.

Ketahuilah, mereka yang berlagak dengan mana mana title juga‘layak’ untuk mendapat kehormatan..

Nasihat aku, lepas ni jangan berlagak kurang ajar pulak dengan mereka yang mahu berlagak di panggil haji, biarkan mereka.., jangan buat mereka bermuka bosan bila tak di panggil haji, ‘rosak imej islam nanti’, he he.., Panggilah mereka dengan Haji atau Hajjah sampai mati jika itu yang mereka nak..

Cuma nasihat aku lagi, kita tak payahlah jadi macam mereka, balik Haji orang tak panggil kita Hajipun, tak payah nak buat muka macam ayam berak kapor, sebab mereka yang demanding orang respect dan bermuka bosan tak di respect,  adalah tindakan bodoh dan tak matang.. Adohai..

Tapi aku tetap panggil mereka yang aku baru kenal dan sudah tua sebagai Haji dengan niat ikram, (jika mereka tak pergi haji lagi, anggaplah itu doa), tak salah jika kita panggil mereka dengan gelaran haji sebab mereka tak demandpun, yang salah bila demand dan bermuka bosan bila tak dipenuhi demand, adohai..

Begitulah serba sedikit isu yang remeh temeh berkenaan adab dan adat dalam dunia melayu islam.

Sila take note wahai mualaf sekalian.. Akhir kata, entry ini di tulis oleh:

Haji Abdul Malik bin Karim Amrullah, atau nama singkatannya:

H.A.M.K.A.

Woha!

Ps: Panggil saya Haji Khairi?! KAH KAH KAH!!!

28 comments:

  1. kadang2 terfikir juga, perlu ke semua ini? atas dasar hormat kepada orang tua, panggil lah haji,


    maklumlah,


    orang tua je selalu pergi haji, sebab kene ikut turn dari tabung aji. orang muda please hold ON!

    ReplyDelete
  2. org melayu islam kat malaysia mmg kelakar! yg idak2 kemaen berkenan...sedeyy...

    ReplyDelete
  3. Kebetulan...Bace entry ni kt pjbt tabung haji teluk intan..buat akaun anak...

    ReplyDelete
  4. kalau baru kenal aku rasa ok je nak panggil dgn title dia tu. tapi kalau org yg aku dah kenal berzaman2 masa kecik2 aku panggil ucop je tiba2 bila dah berstatus sikit, dan2 aku kena panggil dia haji yusuf / dato' yusuf / tan sri yusuf / prof yusuf / dr yusuf dll. dan2 juga bininya yg dulu masa blm ada status ku panggil kiah aje tiba2 bila ckp dgn aku skrg dgn bahasakan diri dia datin / puan sri / hajjah / dr / prof. percayalah hubungan mesra & erat kita seperti keluarga hanya takat sini saja.

    kalau family sendiri pun aku kena panggil status dia, alamat aku tak kuasa la melawat rumah dia lagi. aku anggap je dia dah jadi org lain yg ada border sendiri.

    ReplyDelete
  5. maybe sesetengah org mcm tu kot. tapi aku tak pernah jumpa lagi buat muka baby face kalau tak panggil haji

    ReplyDelete
  6. asal usul gelaran haji ni sbgai tanda penghargaan atau pengiktirafan...sbb zaman dulu susah nk smpi ke mekah...kena naik kapal laut berminggu2...sbb tu dpt gelaran sbgai tanda iktiraf/hormat...zaman ni xperlu lah kot...7 jam dh smpi bang..''sumber - buznama''

    ReplyDelete
  7. nazray

    Adohai..

    -----------
    cik kak

    Adohai lagi..

    ----------
    Carlos Santiago

    Ada bang..,

    ---------
    bapak

    sumber – buznama tu aku sokong, he he

    ReplyDelete
  8. http://tiputapibenar.blogspot.com/2008/07/nabila-anaknya-kepada-si-amy-search.html

    ReplyDelete
  9. Boring plak note hj hamka kali ni...
    sampaikan aku sambil baca boleh buat muka boring mcm org blk hj yg btukar wajah jd boring giler bila xdipggil hj..
    Sila pggil saya
    zakat khairi... (belum pg hj)
    Ciss.... sebut betul2 zakat khairi bukan zakar khairi... choii..

    ReplyDelete
  10. Terbatuk-batuk saya baca entry ni

    ReplyDelete
  11. Khairi, ..

    (tak menoleh)

    Haji Khairi!

    ye? ada apa?

    adohai..

    ReplyDelete
  12. Itulah masalahnya. Dlm Islam haji tu ibadah tapi di M'sia ni haji tu status. Lebih penting Allah terima haji kita bukannya panggilan atau status dlm masyarakat. (Haji.... status? Masyaallah!)

    ReplyDelete
  13. kat mana2 status memang penting,sampaikan masa bg komen dlm blog pun status penting, yg xda status dianggap baru belajar hehe..alih2 kena halau hahaha

    ReplyDelete
  14. Bukan di Malaysia saja. Di mesir pun panggil haji/hajjah jugak kpd org yg lebih tua. Sbg tanda hormat.

    Tp disebabkan org Mesir sebut huruf 'jim' sbg 'ga', maka jadilah hag/haggah

    ReplyDelete
  15. apa yang tak elok dari mana mana negara (termasuk mesir) eloklah di tinggalkan..

    ReplyDelete
  16. selepas semua balik haji nanti.. maka ramailah yang akan bergelar haji/hajjah '__nama sendiri__' dan mula memandang orang yg x naik haji lagi dengan pandangan.. [saya dah naik haji, anda bile lagi?].. dan apabila yang dipertua raja negeri masing2 membuat majlis penganugerahan pangkat datuk, maka ramailah yang akan bergelar datuk/datin '__nama sendiri__' dan memandang orang lain.. [saya dah naik datuk, anda bile lagi?]. dan bila tamat pembelajaran bg bakal2 doktor atau pemegang Phd, akan ramailah yang bergelar Dr. '__nama sendiri__' dan memandang orang lain dengan penuh bangga..[saya dah naik Dr., anda bile lagi?]... tetapi apabila sampai saat malaikat maut memanggil seru, maka ramailah yang akan menjadi mayat, adakah anda yang memandang dengan berkata [ mereka dah menjadi mayat, saya bila lagi?]
    dan ketahuilah, sesungguhnya anda tidak membawa apa apa harta, nama dan kekuasaan daripada dunia melainkan bekalan daripada ibadah kamu, terputuslah segalanya melainkan tiga perkara, ilmu yang bermanfaat, amal jariah dan doa anak anak yang soleh...

    ReplyDelete
  17. Siapakah kepala bapak Haji Malaysia?
    Dia yalah Haji Najib al Scorpene.




    ReplyDelete
  18. Haji Hadi? kah kah kah!

    ReplyDelete
  19. salam en.hamka...tertarik hati nak komen entry kali ni..sebab masa saya draft buat kad kahwin, ayah siap pesan tak perlu letak pangkat HAJI tu depan nama..dia tak mau suma tu...mula2 tak faham..tapi lama2 lepas kene "basuh" ngan ayah...saya faham sgt2!! (^^,)

    ReplyDelete
  20. tak semua kut... ramai jer akwan2 yg dah haji cukup pantang org panggil haji... takde kena mengena dgn panggilan katanya

    ReplyDelete
  21. macam lepas geram je entry haji hamka kali ni??. hahahah...

    ReplyDelete
  22. Aku ingat sampai Mati..pakcik aku call hp bapak aku,aku cakap ohh pak din...abah kat toilet..pastu dia reply.." Tell him Dato Bob call " what oh what..

    Walau masa tuh umur aku baru setahun jagung tapi aku dapat hidu bau riak di situ..come on aku anak sedara kot..

    Ok riak tak kira darjat kennnn

    ReplyDelete
  23. Kalo dia nak kita panggil haji panggil jela..xrugi apa pun. Jangan buruk sangka walaupun org tu perangai buruk. Kita pulak dapat dosa tak pasal2. Yg xnak dipanggil haji pun xsemestinya xriak. Kalo dia rasa lebih bagus dari yg minta panggil haji. Dia pun riak jugak sbenarnya. Jaga la diri masing2. Kadang2 kita rasa kita paling bagus sbb xkaco org tp sapa tau di sisiNya kita paling buruk. Beristighfar la banyak2. Kalo setan xdpt halang kita buat baik dia akan pesongkan pulak niat kita supaya anggap baik segala yg kita bua.

    Kalo riak semua org nampak..
    Senang dikutuk dihina dikeji
    Kalo ujub hanya Allah yg tau..
    Xda sapa bole tolong kecuali Dia

    ReplyDelete
  24. dah kebiasaan masyarakat kita utk d panggil haji, ada lagi satu kebiasaan yg pelik, iaitu tak boleh mamakai kopiah putih jika belum manunaikan haJI...

    ReplyDelete
  25. La ni kad kawin pun boh pangkat.cont doktor .err.riyak ka.mak pak macam org mesejed.apa sgt ada pd pangkat kerja aih.

    ReplyDelete