Jun 14, 2011

Hukum memuji orang?

(Tiga belas tip tip memuji dan dipuji secara kebajikan, eh, silap, secara islam...)

Aku nak buat kenyataan sekali lagi, kepada semua perserta pertandingan teka tajuk buku pertama keretamayat yang telah mengisi borang penyertaan tapi tidak menang tiba tiba mendapati komen korang “saya suka baca artikel keretamayat kerana..” tiba tiba ada tersiar dalam buku aku kelak, lalu membuat demotrasi serentak dengan perhimpunan bersih untuk menuntut hadiah, aku nak cakap biar jelas dan bersih: Bohlayan!

Aku dah cakap dalam syarat pertandingan, hadiah hanya untuk lima peneka/pencadang tajuk buku yang tepat atau kreatif, jadi.., sebarang Komentar/Testimoni yang dah selamat di isi korang, yang mana buat aku ketawa berguling atau menangis berguling guling ketika membacanya, akan aku pilih dah letak dalam buku itu, korang tak dapat apa-apa melainkan glamer dan sejarah, sebab tu aku mintak nama(nama samaranpun boleh), tempat tinggal dan pekerjaan yang sebenar.

Berikut adalah beberapa Komentar/Testimoni yang aku fikir sesuai untuk letak di bahagian intro buku aku, belum finalize lagi, akan di buat pilihan peringkat terakhir pada tarikh tutup peraduan jika ada Komentar/Testimoni yang lebih gempak dan ikhlas.

Copy/paste testimoni peserta yang mungkin disiarkan dalam buku pertama aku.

*******

Saya suka artikel kereta mayat kerana ia membantu saya menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang menarik dan tidak membosankan, sebab kat dalam kete mayat ada banyak lawak yang tak berapa nak bodoh,hehe. Selain itu saya juga suka cara penyampaian yang kasar macam kat dalam kete mayat sebab ia lagi senang bagi impact tuk orang yang agak bebal macam saya neh..

Eda, Tutor, KL

******

Pernah buat aku tersembur 100plus kat screen pc pasal lawak superman dia yang ngokngek tu...

Cik Kiah nama sebenar... huahahaha....

*******

Saya suka artikel Kereta Mayat kerana saya kena baca juga sebab suami saya baca untuk kerukunan rumahtangga kami dunia akhirat sambil sama sama tambah ilmu. Kalau tak baca 'wavelenngth' tak sama, dia kata ayam saya kata itik... Jom baca Kereta Mayat sebelum jadik mayat! –

Cikgu Ketam, Klang

*******

Artikelnya telah mengkayakan ilmu pengetahuan dari banyak segi contohnya macam dari segi ibadah dan hubungan kekeluargaan.saya suke stail penulisannya yang tidak membosankan jika dibaca 2 kali.

Siti,Exec,syarikat minyak malaysia,Selangor

*******

Saya suka artikel kereta mayat kerana di dalam artikelnya sering kali ia mengingatkan saya kepada kematian dan sudah tentu orang yang bijak itu ialah orang yang sering mengingati mati.-

Ijan, Pegawai Bank, Seri Kembangan.

******

Saya suka artikel kereta mayat kerana ia mampu membibitkan senyuman mat kuntum di bibir saya walaupun setelah di marahi oleh bos. Kini saya juga mengesyorkan bos saya yang suka marah-marah supaya membaca kereta mayat supaya kami boleh bersama-sama mengukirkan senyuman mat kuntum sepanjang hari.

Hatta,Kerani Pengangkutan,Shah Alam

******

Saya suka artikel Kereta Mayat kerana garapan idea yang kreatif membuatkan saya berfikir ada betulnya pendapat hamka nih.walaupun dia bukan ustaz tetapi banyak artikelnya yang mengubah pemikiran saya kearah yang lebih positif. Artikel kegemaran adalah "rumahku syurgaku" dan "rumahku nerakaku". Luangkan masa untuk membaca. InsyaAllah anda tidak akan menyesal.

Mummy Batrisyia, Penjawat Awam putrajaya

*******

Saya suka artikel Kereta Mayat kerana isi kandungannya yang kelakar, tepat lagi benar dan sarat dengan ilmu. Semuanya dikaitkan dengan kereta mayat, hatta menginsafkan diri saya untuk selalu mengingati kematian.

Ili, pelajar perubatan, UK.

******

Artikel keretamayat membuatkan kami suami isteri asyik bersengkang mata membacanya...Dah tu sibuk nak berbahas...Kalau sorang buat salah boleh pulak hantar artikel link...Ceh! itu macam pun ado..! tapi suke je sebab kamu kelakar dan kami sedang ketawakan diri sendiri. sekian.

Ahliarazman-pen.penerbit-damansara

*******

Blog kau yang Allah swt bagi aku jumpa ketika aku bersendirian..dan memerlukan teman yang memahami apakah erti kehidupan. Woha!

Khalid, Hakim, Terengganu.

******

Saya suka artikel kereta maya kerana info dan penerangannya mudah difahami. penulisannya banyak membantu saya memahami sesetengah perkara dalam kehidupan saya. daripada pemahaman itu juga, saya belajar lebih jauh dengan bertanya dengan rakan2 lain dan guru2 dan ustaz2/ustazah2 untuk clarification. dengan pengetahuan/pemahaman itu pula, saya dapat kongsikan dan menerangkan pada orang2 lain. :) terima kasih encik hamka. walaupun sy tak menang, terima kasih :)

-wawa, guru dari sabah

*******

Cukuplah tu beberapa komentar aku copy/paste yang mungkin bakal muncul, tapi akan dibuat tapisan lagi sebab tak nak letak banyak-banyak, 10 komenter cukuplah, hins hins.., (bunyi lubang hidung kembang)

"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa riak ke bila kena puji memanjang?, bukanlah ada hadith Nabi yang mencela orang yang memuji?"

Ehem-ehem, sepatutnya aku riak dan takkabur, tapi bila hari-hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, asyik baca respon orang puji aku jer memanjang, aku dah jadi kebas dengan pujian, ha ha, dah jadi imun!, korang pujilah aku satu Malaysiapun, aku dah tak riak, jika Menteri Menteri baca blog aku dan pujipun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus (ni dah macam puji diri sendiri nih, isk)

Alahai, macam korang yang baru beli pewangi kereta, bila letak dalam kereta, maka semerbaklah bau harum, tapi bila dah lama drive, korang rasa bau tu macam dah hilang lalu korang mengumpat pembuat pewangi kereta tu ‘tipulah’, ‘tak bermutu’lah, ‘orang melayu’lah ni, dan apa apalah , sedangkan bau tu masih ada tapi hidung korang tu yang dah imun, tak percaya, cuba ajak kawan korang naik kereta korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, best bau ni, pewangi apa yang saudara pakai?

Kapur barus!, jawab aku kerana sedang bawak keretamayat-Woha!.

Eh?, Macam tak berapa tepat anologi bau wangi dan kaitannya dengan pujian, kita ambik contoh lain.

Untuk pengetahuan korang, bukan semua komen korang berbentuk pujian dalam sejarah aku menulis blog, ada dalam bentuk kutukan, makian, cercaan, hinaan dan ugutan, tak percaya boleh baca komen dalam entry di bawah:

Imun iman

Hina Kekasih orang

Arrivals

Teori konspirasi

Akhir zaman

begitulah sebahagian entry aku yang korang kutuk kaw kaw, tapi aku tak delete pun, sebab aku perasan sibuk sampai takde masa nak delete, nak baca komenpun tak sempat kadang kadangg, hu hu..

"Eh, Cik Hamka, kau tak rasa down dan loser ke bila kena kutuk dalam entry tu?"

Sepatutnya aku sedih dan bunuh diri, tapi bila hari hari bukak blog, bukak facebook, bukak email, dan baca komen korang untuk entry yang lama (pelik, entry lama baru nak kutuk?) maka aku jugak dah jadi kebas dengan kutukan, ha ha ha!, dah jadi telinga kuali!, setaraf telinga ketua pembakang yang tahan dikritik-woha!, korang kutuklah aku satu Malaysiapun, ada aku kesah?, jika semua Ustaz politik baca blog aku dan fitnah aku, pun aku selamber jer tersengih sedang hati terus kudus dan telus kerana iman yang sempurna tidak terkesan dengan celaan, (wah, ni dah macam puji diri sendiri nih, bengong!)

Alahai, macam korang yang kerja kutip sampah dan bawak lori sampah, mula mula kerja korang akan tutup hidung, tapi bila dah lama(beberapa jam kemudian) korang akan selamba angkut sampah tanpa tutup lubang hidung sebab bila dah hari-hari bau sampah, maka sampah dah ‘tak busuk’ lagi, tak pecaya? cuba tanya awek korang yang bercinta dengan penoreh getah(yakni kau sendiri), ada mereka cakap getah tu bau busuk? Takde maknanya!

Jadi, bila bawak lori sampah, maka lama lama bau sampah dah takde kerana hidung dah imun yang mana andai kata korang ajak kawan korang naik lori korang tu, tentu mereka akan tegur, eh, busuk betul, korang bawak apa kat belakang?

Mayat! jawab aku kerana aku memang sedang bawak keretamayat-Woha.

(Eh?, Macam samer jer anologi bau busuk dengan kutukan, wangi dengan pujian, apa apalah!)

Ok, serius sikit, sambung balik cerita bab hukum memuji dalam islam,

Untuk bab Nabi mencela orang yang memuji, memang betul ada hadith berbunyi:

“Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji” (Riwayat Abu Daud)

“Rasulullah mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain dengan berlebihan dalam pujiannya, lalu Nabi menegur : "Kamu telah memotong leher lelaki tersebut" ( Riwayat Bukhari)

Dan lain lain.

Ok, straight to the point, bila aku rujuk Buzmana, kata mereka , hadith ini adalah untuk mereka yang memuji dengan niat mendapat manfaat yang salah dan di buat bukan kerana Allah, seperti membodek, mengampu, mengipas, ‘menabur pasir dalam periuk nasik orang’, sebagai contoh:

Pujian yang mana bila si pemalas puji bos, bos suka pada si pemalas lalu lantik jadi bos sehingga orang rajin tertindas, atau puji bini orang sehingga bini curang dengan laki lalu bercerai. Begitu contoh lebih kurang.

Selain itu pujian jugak di larang kepada orang yang mudah riak, nak tahu orang tu mudah riak atau tidak, sila apply common sense.

Sebab tu nabi selamber jer puji sahabat, atau sahabat puji sahabat sebab mereka tahu bahawa pujian tu tak membuatkan orang itu riak, sebaliknya sebagai semangat dalam mengukuhkan silaturahim.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Abu bakar secara direct, “Semalaman Abu bakar bersamaku di Gua Thur, tidak ada satu amalanpun penduduk dunia dapat tandingi beliau!”.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Umar secara direct, “Jika ada Nabi lagi selepas aku, Umar lah orangnya yang paling layak”.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Usman secara direct, “Jika dibenarkan poligami bersama adik beradik, aku akan benarkan semua anak perempuan aku kahwin dengan Usman”.

Contoh lebih kurang Nabi puji Saidina Ali secara direct, “Jika aku gedung ilmu, saidina Ali lah pintunya”.(hadith ini dibahaskan kesohehhanya, namun siapalah aku untuk memalsukan hadith)

Contoh lebih kurang Buznama puji hamka keretamayat secara direct, “Bagus soalan kau ni Hamka, jarang ada orang nak tanya soalan yang tak pernah terfikir dek ustaz..,”- woha!

******

Di tempat lain, banyak jugak Nabi puji sahabat secara tidak direct.

Contoh bila lalu seorang lelaki, Nabi bagitahu, "jika nak tengok ahli shurga, itulah orangnya."

Contoh lain bila ada orang tanya soalan ugama, lepas orang tu balik nabi cakap lebih kurang maksud, "jika orang tu amal tanpa tambah apa yang aku cakap, dialah ahli shurga."

Kadang kadang lepas perang, ketika mengurus mayat, Nabi akan memuji mayat akan darjat darjat mereka.

Contoh lain dari Buznama A bila aku takde tempat kejadian, “bagus Hamka tu, jika tak kahwin lagi, aku jadikan dia menantu,(Buznama B yang cerita kat aku-woha!)

Kesimpulan:-

0. Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal, jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak, dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!

1.Jika nak memuji sebaiknya korang kenal benar dengan orang yang dipuji, takut dia riak takkabur pun susah jugak.

2.Dalam bab ilmu hidup, manusia dahagakan pujian, anak anak, pekerja, isteri, jiran dan siapa sahaja, memerlukan pujian untuk menjadi asbab lebih bersemangat, so puji jer anak korang yang rajin, bini korang yang setia dan pekerja korang yang tekun. Isteripun, tak salah puji suami di ranjang-woha!

3.jangan puji melampau sampai tahap memuja, elok benar simbah tanah ke muka, contoh, “jika sehari aku tak baca blog kau Hamka, aku akan mati,” Nampak jelas benging dan syirik! elok mampos baham tanah!

4.Pastikan peratus pujian korang kepada Allah, lebih dari pujian korang kepada manusia, jika korang dapati korang lebih banyak memuji manusia daripada Allah, berdiam diri lebih baik.

5.Jangan puji orang yang orang benci depan orang yang benci tadi, faham tak? Maksud aku, jika bercakap dengan orang Pas, jangan puji Umno, nanti mereka akan buat dosa (mengumpat, mengamuk dan merusuh) sama jugak orang Pas, jangan puji DAP depan orang UMNO, nanti mereka jugak akan buat dosa yang sama seperti kamu. Woha!

6.Orang melayu dulu, jika suka: diam, dan jika tak suka: Mengumpat atau mengutuk, kita tukar cara kebajikan, eh silap, cara islam, jika suka: puji, jika tak suka: diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)

7.Jika ada orang islam sedang dihina, diumpat, di keji, dan korang berada di tempat kejadian, maka selamatkanlah maruah orang itu dengan memujinya (tafsir hadith riwayat Abu daud dari Jabir bin Abdullah)

8. “Apabila membayar hutang, bayarlah bersama pujian”. (ringkasan hadith riwayat Nasai dari Abdullah Abu Rafiah)

9.Hadith yang orang UMNO suka quote: Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, maka dia tidak akan bersyukur kepada Allah(riwayat tarmizi), korang tafsir sendiri dengan ustaz pilihan korang.

10.Jika tak nak puji orang selepas menerima pertolongan, memadai dengan ucapan “jazakallahu Khairan”, ringkasan Hadith riwayat Usamah bin Zaid.

11.Berhati hatilah dalam memberi kritikan, dan bermurah hatilah dengan member pujian, (Dale Carnegie)

12.Jika nak puji depan atau belakang, jangan puji dengan niat supaya orang tu kembang lubang hidung, (riak), tapi pujilah dengan niat supaya orang lain dapat manfaat dari pujian tadi, contoh: “Kedai ali tu bagus, barang murah dan berkualiti” pujian macam ni tersangatlah boleh pahala sebab orang lain akan dapat manfaat dari pujian ini dengan pergi kedai ali, contoh lain, saya suka artikel keretamayat kerana.., korang sambung sendiri tapi pastikan niat korang kerana Allah dan agar orang lain dapat manfaat dari pujian itu. Eh, kenapa lubang hidung aku kembang semacam?

13.Ada doa khas Nabi ajar kepada mereka yang menerima pujian, hujung entry aku tulis.

OK, habis sampai sini, dah panjang sangat dah ni, karang ada yang kena kutuk, ok, habis, sila rujuk ustaz ulamak untuk pencerahan yang lebih baik, kita habiskan cerita bab puji pujian di sini…

Tapi sebelum itu(ada lagi), aku rasa macam nak panjangkan testomi ini kepada blogger dan fan FB pulak, iaitu korang boleh lengkapkan testimmoni, “saya suka artikel keretamayat kerana...,” lepas tu tulis nama korang dan alamat blog sekali, contoh:

"Saya suka artikel keretamayat kerana... sayalah orang pertama yang mengomen dalam blog ini pada tahun 2006, tak sangka blog ini sudah mencecah 2011 tapi masih ada orang yang berebut manjadi pengkomen pertama sedangkan saya adalah pengkomen pertama sepanjang kewujudan blog ini - woha!"

Hafiz

hafizbar.blogspot.com

Testimoni/komentar itu tak payah email, korang post jer kat ruangan komen di blog atau FB tapi mestilah di bawah TAJUK INI SAHAJA (pening pulak aku nak check semua entry). harus di ingat!, anda mestilah menggunakan password anda sendiri, dan alamat blog yang betul. Anonymous tidak akan di layan.

Jika anda tak mahu komentar anda tersiar kepada umum, anda boleh tulis dalam borang pertandingan teka/cadang tajuk buku. (link di bawah)

Tiada hadiah untuk komenter terbaik. Cuma berpeluang muncul dalam buku keretamayat yang akan di baca oleh beribu ribu orang yang mana korang akan dapat promosi blog korang secara percuma. lumayan jugak tuh.

Ok, cukup sampai sini, jumpa lagi minggu depan, insyAllah. semetara itu, pertandingan teka/cadang tajuk buku keretamayat dan survey beli buku masih di buka, harap maklum.

Kaji Selidik (Saya akan beli buku Hamka / Saya malas beli buku Hamka)

Pertandingan Teka Tajuk Buku (boleh tulis “saya suka artikel keretamayat kerana...” dalam borang ini)

Akhir kata: sila komen dengan ikhlas dan dengan niat orang lain mendapat manfaat, harap maklum.

Sekian...

Ps: Ya Allah, janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka(pujian), dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dosa),jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. (Doa menerima pujian- Riwayat Abi Syaibah)

56 comments:

  1. dah lama kan tak datang sini.. hehehhe...

    ReplyDelete
  2. buku bila boleh beli?

    ReplyDelete
  3. bagus la entry ni..
    riak x? haha :)

    ReplyDelete
  4. malas aku nak join-join sebab tak dapat hadiah

    aku kan mata duitan

    buleh dak cepat sikit publish? aku dah nak terberanak ni..nanti dalam pantang agak tak berilmiah baca majalah Vouge..

    ReplyDelete
  5. hehe... hanya memuji :X... tatau pun ada contest hehe :p

    ReplyDelete
  6. Assalam...

    Mungkin apa yang abang terangkan ni terbalik :

    0. Jika buat amal, jangan berniat mendapat pujian, kerana ia akan mensia siakan amal, lepas buat amal,
    jika orang puji jangan tinggalkan amal kerana siapa yang meninggalkan amal takut orang puji, itulah riak,
    dan siapa buat amal dengan mengharapkan pujian, itulah syirik!

    Sepatutnya :
    Buat amal kerana harap pujian org = riak
    Tinggal amal kerana takut org puji tu syirik.

    kalau shilap betulkan...

    ReplyDelete
  7. tak terbalik dah, dah betul tu..

    orang yang buat amal supaya orang puji adalah orang yang yakin dengan pujian boleh memberi manfaat, maka yakin itulah shirik kerana yang bagi manfaat adalah Allah- boleh rujuk kitab fatdilat amal karangan maulana zakaria m/s aku tak ingat.

    ps: buku insyAllah, hujung bulan ini boleh di beli(janji penerbit)

    ReplyDelete
  8. salam..

    Ada syor..

    ambo rasa untuk Hamka pilih la gambar-gambar menarik untuk dimasukkan sekali dalam buku itu nanti seperti:

    1. Gambar tangan huruf 'V' iaitu ketika perhimpunan ummat islam Malaysia di KLIA. sbb
    -sangat simbolik
    -penuh jazbah pengorbanan agama
    -it all about u!

    2. Gambar anak-anak tersayang.. lupa plak nama-nama mereka.. Haikal, eh tak ingat plak.

    3. Gambar masjid, buku taklim, bas sekolah, makan dalam talam, gambar rak buku, gambar plug dan paku 8 inhci.. WOha!!!

    gegak gempita gempar dunia
    gerak pena gegar Hamkamania...

    -ibn

    ReplyDelete
  9. tak hidup dek puji...tak mati dek keji..teringat falsafah seseorang pulak...

    ReplyDelete
  10. macam mana pulak kalau orang puji dia, tapi orang yang dipuji tu rasa orang yang memuji tu saja nak perli dia??haha..

    ReplyDelete
  11. Apa sahaja kiter buat dalam dunia nih semuanya nawaitu kerana Allah...jgn harapkan pujian atas kebaikan kerana sekali kiter buat silap, semua kebaikan takkan dikenang...
    apa2pun time kasih hamka sebab senaraikan komen sy...harap2 boleh jadi sejarah dalam buku hamka

    -mummy batrisyia-

    ReplyDelete
  12. hamka dh normal!!,..lega bce post nih

    ReplyDelete
  13. nk order buku awal2 .. ^^

    ReplyDelete
  14. OMG!!!!!!! komen aku bakal keluar dlm buku HAmka kalau diizinkan ALLAH??

    Ni buat aku xsbr nk beli buku ni, Hamka aku orang yg confirm 200% akan beli buku tu nanti, err tapi bkn smata2 sbb komen aku, tp sbb memang nk baca buku tu ye =))

    Terkejut + teruja tgk komen aku termasuk skali,hahaha

    ReplyDelete
  15. oh patut la minyak wangi dalam kete dah ilang bau..rupa rupanya dah kalis..ingatkan dah habis..ehehe


    terbaik la entri ni... errr tak riak kan.. eklas ni..
    :)

    ReplyDelete
  16. ok. dah baca. so? bila buku tu nak kua?

    ReplyDelete
  17. salam.
    aku suka baca keretamayat, and i listed it as one of my blog-i-want-to-read.
    enough said. yes? yes.
    malas aku nak reason kan semua benda panjang lebar.
    aku suka baca keretamayat bla..bla..bla.. urgh =,=

    dan, yang ni perlu ke?
    http://aishahsnaf.blogspot.com/
    nah ambil lah, tiada apa yang berilmiah di sana, hanya coretan hidup si remaja berumur 20 tahun.

    ReplyDelete
  18. peserta blogger pertama dah mai, : )

    ReplyDelete
  19. saya sebenarnya silent reader blog keretamayat. tapi memandangkan topik kali ni ada kaitan dengan pujian, dan saya pun memang mahu memuji en. hamka, maka di bawah adalah komentar saya yang pertama,

    saya suka baca artikel keretamayat kerana bila saya baca, saya rasa seolah-olah en. hamka berada di sebelah saya dan bercakap dengan saya. sesetengah orang tulis macam mengarang, tapi en. hamka tulis fresh straight to the point. lagi satu, artikel-artikel dalam ni, rasa macam bicara dari seorang kawan kepada kawannya yang lain, dan bukannya dari blogger kepada blogger yang lain!

    ok, harap maaf. dah panjang sangat tulis. maklumlah komentar yang pertama.apa-apapun, selamat!

    http://squesha.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. saya suka baca artikel keretamayat kerana ayat dia kadang tu take time nk fham..mcm KBKK plak..haha..dah la ayat superb..ade stail penyampaian yang unik..tapi keretamayat sesuai jadi bahan bacaan masyarakat sekarang..woha!

    http://zonesaye.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. saya suka baca artikel kereta mayat kerana pertama kali saya baca entry tentang apa entah saya terus terdetik dalam hati,"wah,ada jugak lelaki macam ni lagi" dan saya jadi gian sehinggakan asyik cek entry-entry terbaru kereta mayat,yang mana akhirnya saya syak hamka ni tabligh,sama seperti salah seorang keluarga saya,membuatkan saya bertambah suka membacanya.

    =)

    http://jgngelakkuat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. salam..

    hati terpecah-pecah sepertimana laungan azan, pada setiap subuh yang bening..

    entah bagaimana masih ada lelaki, yang begitu cekal bersama anak lelakinya, meredah selubung embun, mencapai segulung serban dibahu, dan lirikkan mata di dalam rumah menghantar mereka berdua bersama doa.. "Ya Allah apa jua kesusahan di dunia, semoga kami sekeluarga menjadi asbab hidayah seluruh alam"..

    -ron

    ReplyDelete
  23. Bak kata ayat orang lama, kena ikhlas dan ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap.

    err, content buku tu nanti ada censorship tak?

    ReplyDelete
  24. Tapi yang saya pernah belajar, mafhum hadith pasal puji2 tu merujuk kepada orang yang puji benda yang ghaib, contohnya,
    "Ali, kau memang baik hati. Memang gerenti kau dapat pahala bergunung-gunung! Sah kau ni jadi ahli syurga!"
    Cuba tanya Buznama ada tak dia pernah dengar pandangan tersebut.

    ReplyDelete
  25. Jawab mana yang sempat:-

    ----------
    Ibni Hatari:buku bila boleh beli?

    (aku akan update nanti)

    ---------
    Peep:bagus la entry ni..riak x?

    (tak.., hins hins.., bunyi lubang hidung)

    ----------
    Lady RaRa non-illuminati: buleh dak cepat sikit publish? aku dah nak terberanak ni..nanti dalam pantang agak tak berilmiah baca majalah Vouge..

    (baik kak, pakcik cuba buat secepat smallville..)

    -----------
    Ibn: Ada syor..ambo rasa untuk Hamka pilih la gambar-gambar menarik untuk dimasukkan sekali dalam buku itu

    (hmmm, sedang fikir..)

    ----------
    Anak Wak Mail: macam mana pulak kalau orang puji dia, tapi orang yang dipuji tu rasa orang yang memuji tu saja nak perli dia??haha..

    (itu namanya: perasan di salahkan)

    -----------
    mummy batrisyia-: time kasih hamka sebab senaraikan komen sy...harap2 boleh jadi sejarah dalam buku hamka

    (belum finalize lagi, ayam sedang berlaga, : ))

    ----------
    Elixindora: hamka dh normal!!,..lega bce post nih
    (tak faham?)

    -----------
    Cik Ciku: Hamka aku orang yg confirm 200% akan beli buku tu nanti.

    (Aku ingat kau nak beli 200 biji buku, terkejut aku, he he)

    -----------
    si para para: terbaik la entri ni... errr tak riak kan.. eklas ni..

    (hins hins..)

    -----------
    Mommy Fara :bila buku tu nak kua?

    (arghh, pressure!!)

    -----------
    menusuk hati:uncle KM,bila boleh bank in duit untuk dapatkan buku tu?

    (Aku ingat nak letak jer Maybank 2u aku, tapi takut jika aku mati, duit korang masuk dan tadak saper nak urus, maka tunggu aku bukak akaun bersama yang mana jika aku matipun, korang masih boleh bank in duit dan dapat buku, hu hu)

    -----------
    light saber: err, content buku tu nanti ada censorship tak?

    (susah nak jawab soalan ni, tapi aku cuba menapati tahap FINAS)

    -----------
    Syockit: Cuba tanya Buznama ada tak dia pernah dengar pandangan tersebut.

    (ha ah, ada, lupa nak masukkan dalam list, kisah sahabt puji mayat akan darjatnya lalu Nabi menafikan, juga kisah sahabat mengumpat mayat lalu nabi mengironikan pendapat mereka, namun, aku dah tulis bab ni dalam entry lama bertajuk”salahkah lelaki menangis”, boleh rujuk.)

    ReplyDelete
  26. saya suka baca artikel kereta mayat kerana ia mengingatkan saya kezombian yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya dan walaupun saya kini telah bergelar Zombie Insaf, saya tetap adalah seorang Zombie..untuk keterangan lanjut tentang Zombie Insaf..sila layari : http://zombieinsaf.blogspot.com/

    Jangan biarkan hidup anda diselubungi keZombian hingga akhirnya anda akan diangkut Kereta Mayat itu untuk diInsafkan di liang lahad! Peace no war bro Hamka!

    ReplyDelete
  27. Ada pulak yang bertanya kenapa pilih nama Zombie bukan Puaka Niyang Rapik..aku jawab kat sini : http://zombieinsaf.blogspot.com/2011/06/kenapa-zombie-bukan-puaka-niyang-rapik.html

    ReplyDelete
  28. Saya suka membaca artikel di blog keretamayat kerana entah kenapa, selepas membacanya, saya semakin bersemangat untuk mengerjakan sembahyang secara berjemaah setiap hari. Mungkin Tuhan mahu memberi petunjuk kepada saya melalui blog keretamayat. Alhamdulillah

    penhitam.blogspot.com

    ReplyDelete
  29. salam..

    "Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar,
    namun jika cinta mendatangiku, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
    Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang,
    namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
    Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
    Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta..
    Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya,
    seperti keledai terbaring dalam lumpur..
    Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

    -Cinta Menurut Anna Althafunnisa KCB

    "Blogmu, sahabat, seolah menjadi air batu bagiku. Di tengah gersang dan panasnya padang sahara kerinduan kepada suasana agama di Malaysia ini, blogmu adalah pelepas dahaga dan penyejuk jiwa. Bahasamu bukan bahasa anak Universiti tempatan. Seolah kamu lulusan madrasah didikan nurani ibu dan bapamu. Bahasamu adalah bahasa jiwa para sastrawan dan pujangga yang lahir dari tarbiah dan mujahadah jiwa. Tulislah dengan serius. Niatkan demi mensyukuri karunia pemberian Allah SWT. Dan niatkan untuk membahagiakan arwah ibumu yang tercinta. (Ironinya saya bermula mengenali blogmu di http://keretamayat.blogspot.com/2006/07/anda-tercekik-tulang.html)

    InsyaAllah kamu akan menjadi penulis yang cemerlang.

    -ron, penjual tempe, Surau Hidayah, Putrajaya :)

    ReplyDelete
  30. Saudara Hamka, lain kali jadi first.

    ReplyDelete
  31. Assalam

    Manusia mana yang tak suka dipuji?
    Carilah......
    Merekalah sebenar-benar hamba kepada Rabbulalamin yang sedar akan diri.....

    Allah swt sayang seseorang insan 70 kali lebih dari seorang ibu sayang anaknya.....
    Jika kita puji seseorang dihadapan ibunya ...apakah perasan ibunya?

    Jika kita puji seseorang sedangkan Allah swt maha mendengar...apakah perasaan Allah?...70 kali lebih suka dari seorang ibu? He..he...
    Pujilah kerana Allah!..bukan kerana ada udang balik maggie.

    Khalid yang lara...

    ReplyDelete
  32. pujian kadang memantapkan amal,
    kadang akan mematikan amal...

    dengan pujian, kadang manusia menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan hidup.

    puji sekadarnya..
    kerna, kadang kita rasa bahagia dan seronok dengan pujian.

    jangan lokek memuji, tak salah untuk membiar yang lain merasa bahagia walau sekejap cuma.

    bro, aku tunggu saat itu....~~

    ReplyDelete
  33. Saya suka artikel keretamayat kerana.. artikel keretamayat bukan sahaja lawak dan spontan, malah penuh dengan ilmu yang kadang2 membuatkan air mata ini mengalir deras dek mengenangkan nasib diri, WOHA!

    www.syafieq.posterous.com

    ReplyDelete
  34. mungkin sy terlewat kenal dengan blog pakcik hamka(sy perasan mude),tapi sy syukur pada Allah sebab jumpa pastu minat pastu tertarik bace blog ni hari2...banyak benda sy belajar..dan xsabo nak beli buku..sebab pening ngadap laptop lamelame..nasib pakcik hamka nak wat buku...kalau x...mau sy print satusatu..sempat sy promote blog pakcik hamka kat blog sy..dengan harapan...ramai lagi yang rabun mcm sy dapat kontek lens "fresh look" pas bace blog ni..teruskan menulis pakcik hamka!

    ReplyDelete
  35. segala puji-pujian hanya bg Allah...

    ReplyDelete
  36. hadhari upenya hamka nih..

    ReplyDelete
  37. komen yang last tu, puji ke kutuk?, aku dah tahu nak beza dah, woha!

    ReplyDelete
  38. Saya suka artikel keretamayat kerana bila membicarakan hal agama, penulis tidak menulis berdasarkan emosi dan budaya tetapi merujuk kepada sumber-sumber yang sah dan menyakinkan. Tetapi tidak pula boring seperti di dalam rancangan agama di TV. Nasihat-nasihat yg diberikan pula tidak tipikal dan sesuai dengan zaman.

    NeEM

    suicidepark.blogspot.com

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum..

    dah lama tak singgah blog Keretamayat nieh.. baca dari tahun 2009 lagi.. suka baca sebab pada saya ianya penuh dengan info, bukan omong kosong.. ^_^

    ReplyDelete
  40. Assalam

    Bayan subuh markas Sg Petani oleh syuranya sendiri.

    Satu hari datang seorang hamba Allah berjumpa Nabi saw dan menyatakan bahawa wajah Nabi saw hodoh sehodoh-hodohnya.....

    Nabi saw menjawab benar.....

    Datang pula seorang hamba Allah lain dan menyatakan wajah Nabi sangat cantik dan berseri-seri..

    Nabi saw menjawab benar....

    Sahabat-sahabat rahum. yang menyaksikan kedua-dua peristiwa tersebut menjadi hairan dan bertanya mengapa Nabi saw menjawab jawapan yang sama bagi dua kenyataan yang berbeza. (satu mengeji dan satu memuji)

    Nabi saw bersabda (lebih kurang)...hamba Allah yang pertama datang dan ingin melihat keburukanku maka Allah swt telah menzahirkan keburukanku kepadanya....manakala seorang lagi ingin melihat kebaikanku maka Allah swt telah menzahirkan kebaikanku. Wallahu'alam

    Khalid
    40 hari bukan ustaz...
    Ustaz...habis hafiz dan alim 12/13 tahun..keluar setahun.Boleh faham 5 bahasa, boleh banding 4 mazhab...
    40 hari baru nak start.

    ReplyDelete
  41. undilah pas
    bn byk rasuah

    ReplyDelete
  42. undilah bn

    pas suka kutuk orang!

    ReplyDelete
  43. lama tak singgah. masih sama cara penulisan pokcik hamka ni. masih membuatkan saya tertawa kecil seorang diri. hehe

    daripada:
    pembaca blog keretamayat dari tahun 2009

    saya suka baca artikel kereta mayat kerana dah tentu2 berilmiah kan. saya pun dapat tambah pengetahuan agama yang sebelum ni saya tak tau dan yang lebih menarik cara penulisan pokcik hamka yang membuatkan saya tersenyum sendiri dan member sebilik kehairanan lalu bertanya "kenapa senyum sorang2 nih?".cara penulisan yang membuatkan pembaca2 muda lebih paham dan dekat dengan agama.erk! kadang2 ja kena baca satu2 entry tu dua tiga kali sebab maksudnya mendalam.=)terima kasih kerana membuat blog ni =)


    dan ini blog saya kalau rasa komen terpanjang saya ni terpilih masuk buku pokcik hamka.
    http://ciknalspeaking.blogspot.com. hehe perasan di pilih..

    yala selama 3 tahun jadi silent reader akhirnya komen jugak sebab tu panjang. =)

    dan sorry blog saya tak berilmiah macam blog pokcik hamka. hanya blog personal.peace! =)

    sekian terima kasih. habis dah komen =)

    ReplyDelete
  44. Tukang komen no. 51, agaknyerlah..

    saya suka baca artikel kereta mayat kerana artikelnya terus menusuk ke hati da. meningkatkan kadar denyutan jantung. Adakalanya terkena jugalah ke batang hidung dan ada juga mulut yang tetiba jer terasa pedasss.

    Tuan blog, dinasihatkan pilih komen saya untuk diselitkan di dalam buku tuan blog yer untuk mengelakkan seluruh suku sakat epal hijau mogok! Woha.

    ReplyDelete
  45. (Hins hins)

    bunyi lubang hidung kembang! : )

    ReplyDelete
  46. Saya suka artikel Kereta Mayat kerana pada pendapat saya, ilham (dari Allah Taala) & gaya pengolahanannya (pun dari Allah Taala) di luar kotak tetapi tidak pula melupakan kotak tersebut. Kotak itu, bolehlah Hamka susunkan secara padat dan penuh dengan buku - buku karangan pertama beliau bersama autograf besar di muka surat satu setiap buku itu sebelum dihadiahkan secara percuma kepada SEMUA pembaca pembaca dan pengomen pengkritik setia blog ini.
    Kotak - kotak (plural) pun lagi bagussss.

    Sahabat2 pengomen sekalian. Meh RAMAI2 ucap terima kasih in advance kpd Hamka, utk menjayakan projek ini.

    sayanakbukuHamkafree.blog.com

    Terima Kasih tuan Hamka!

    ReplyDelete
  47. tajuk buku `woha!`...hahah..menyampuk..

    kek dot

    ReplyDelete
  48. TAHNIAH

    KERETA MAYAT berjaya menfitnah Parti Islam SeMAlaysia....

    Semoga masa depan Kereta Mayat lebih baik...

    Dan dapat terus berusaha mengatakan perkara yang tidak berasas tentang PIS(woha!....penulis berasa pandai)

    ReplyDelete
  49. Hamka, mana ada pembawak kereta mayat immune dgn bau busuk mayat? Itu pemandu van forensik PDRM...

    Pemandu kereta mayat immune dengan kapur barus je..kira wangi lah tu

    ReplyDelete
  50. patutlah orang kutuk aku mengamuk, woha!

    ReplyDelete