Dec 23, 2009

Bila nak Hijrah?

(100 Things I Hate About You)

Antara perkara yang buat aku menyampah dalam hidup adalah:, terpaksa mendengar ceramah politik, hampeh betul..!, sebab biasanya ceramah politik kebanyakkannya sampah kerana suka kutuk orang sana sini dan tafsir Al quran ikut isu semasa sambil perasan bagus dan perasan betul, itu yang hampeh, jika tegur mula naik angin dan akan bertambah dosa mereka sebab mempertahankan perkara yang batil..

Hari tu, aku ingat nak dengar ceramah ugama antara maghrib isyak, alih-alih ustaz yang datang mengajar sempena Maal hijrah baru baru ni rupanya ustaz politik, habis digunakan ayat Al quran dan hadith- hadith untuk benarkan perjuangan mereka.., Nabi dulu minta bantuan orang kafir untuk berhijrah, sebab tu kami bergabung dengan parti orang kafir, dahulu Nabi berhijrah untuk bina Negara islam, sebab tu anda semua kena undi parti X sebab kami nak bina Negara islam.., tak undi kami masuk neraka bla bla bla..

Nabi berhijrah untuk dapatkan kerajaan islam? Mekkah tak sesuai nak jalankan hukum islam lalu Nabi berhijrah? Dulu Nabi berhijrah minta bantuan orang kapir menunjuk jalan lalu kami pun bergabung dengan orang kapir kerana ini sunnah Nabi?

Hampeh!

Suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak tafsir hijrah Nabi selari dengan perjuangan korang konon.., walhal Nabi masa kat Mekkah dah dapat offer jadi ketua, tapi Nabi tak nak, dan masa Nabi hijrah, ayat tentang hukum hakam belum turun lagi.., dan, arghh, malas lah aku nak tulis dalil dengan korang, sebab nanti bertambah dosa korang sebab ghairah nak menang walaupun salah..

Setahu aku, orang yang sangka Nabi berhijrah nak bina Negara adalah orang kapir Mekkah dan ketuanya Abu Supian, tu yang takut sangat Nabi berhijrah lalu kepung rumah Nabi untuk bunuh Nabi, tapi Nabi dapat jugak hijrah, dan bila Nabi masuk balik Mekkah dengan tentera islam, Abu supian yang sangka Nabi berhijrah untuk dapat kerajaan dengan selamba cakap dengan Bapak saudara Nabi, Abbas r.a..

“Sungguh hebat ‘kerajaan’ anak saudaramu”

Tapi Abbas r.a yang faham ugama sergah balik,: Ini bukan ‘kerajaan’ Ini ‘Nubuwwah’..”

Korang tahu apa itu Nubbuwah?, Nubbuwah bukan kerjaaan, Nubuwwah adalah kenabian, iaitu pengembangan ugama, itulah sebab Nabi berhijrah, untuk ‘kembangkan ugama’., Negara, hamba wanita dan ghanimah adalah natijah Nubuwwah, mana boleh kita berhijrah dengan niat untuk dapat ghanimah, hamba wanita atau Negara islam.., tak ikhlas tu..!

Nabi cakap, orang yang berhijrah akan dapat mengikut apa yang mereka niat, jika niat nak perempuan atau harta atau negara, maka hijrah mereka adalah tidak ikhlas..

Sedangkan Nabi berhijrah adalah kerana empat perkara:

1) Nubuwwah,
2)Perintah Allah,
3) Mekah tidak selamat,
4) Orang Madinah sedia Bantu Nabi.

Tapi korang tafsir Nabi hijrah sebab nak Negara kononnya, tapi korang tak pulak hijrah ke Negara lain sebab dah tuduh Malaysia tak nak islam, tapi suruh hijrah dengan memadai pangkah parti korang, betul ke tu? Oh! Sebab tulah aku benci dengar ceramah politik! please, don't insult my intelligence!

Hampeh!

Ok, sempena Maal Hijrah, selain dari perkara di atas, aku nak tulis lagi beberapa perkara yang aku menyampah dalam dunia ni, yang aku namakan: 100 Things I Hate About You.., read carefully; and please agree in the end, and be educated.

1.Ustaz yang tak jaga solat jemaah tapi sibuk tafsir ayat Al quran tentang hukum hakam..,

Aduh., korang bukan tak tahu, selagi tak jaga solat jemaah selagi tu sifat munafik ada dalam diri (rujuk hadith), sebab tu aku rasa fail bila ustaz yang gagal tafsir bab solat jemaah, tiba tiba boleh pulak tafsir ayat lain guna kepala otak dia.., bukankah solat itu tiang ugama?, sangkut kat situ, habis semua sangkut…, dah! pergi belajar jaga solat jemaah jika kamu seorang ustaz.!

2. Perasan di salahkan.

Orang yang ada sifat ‘perasan disalahkan’ adalah terdiri daripada mereka yang otak slow, lembab, cepat merajuk dan mudah beremosi.. dan tidak sesuai menjadi teman hidup atau sahabat pena, sebab nanti kelembapan otaknya akan berjangkit dengan kita dan kitapun jadi slow gak, sebab Nabi dah pesan, kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, dan kalau nak asap, berkawanlah dengan penjual arang, begitu lebih kurang..

Orang yang ‘perasan disalahkan’ biasanya ada penyakit hati yang kronik, sebagai contoh: bila dia sakit, dia akan tuduh ada orang bomohkan dia, padahal dia yang tak pandai jaga kesihatan atau yang lebih hakikat lagi, Allah nak uji dia untuk tambah iman, tapi sebab dah buruk sangka, jadi tambah dosa pulak..

Contoh lain, bagi yang berniaga, bila perniagaan restoran dia tak laku, dia akan sangka buruk kedai sebelah ‘guna-guna’kan dia, padahal dia yang tak pandai meniaga, masak tak sedap dan hantar order lembab, mahal pulak tu…, tak ke bangang?

Atau bila orang masjid datang ziarah dia kat rumah sebab nak eratkan silaturahim, terus marah marah sambil berkata aku dah banyak ilmu ugama pergi dakwah orang lain, bodoh ke apa?

Atau yang baca blog aku, dengki apa ntah?, perasan di salahkan lalu emosi dalam email atau komen, arhhgh, malas aku nak beremosi, karang aku pulak jadi slow.., baca entry penuh kat sini jika nak detail.

3.Bercakap tentang harta orang lain.

Aku menyampah dengan mereka yang begitu ghairah bercerita tentang harta orang lain, kereta orang tu mahal dan mewah bla bla bla.., rumah orang itu besar dan indah bla bla bla..,, gelang orang itu cantik dan berseri bla bla bla..,, isteri orang itu besar buah dada bla bla bla..,, hampeh semua!!

Tanda orang yang miskin jiwa raganya adalah suka bercakap tentang harta orang lain.., dan itu tandanya korang cinta dunia, dan Tuhan marah korang bercakap tentang harta dunia, apatah lagi tentang harta orang lain, bukannya korang dapat faedahpun bila puji harta mereka, buat mereka riak dan korang dengki jerr, itu semua jalan ke neraka, banyak benda lagi nak di borakkan daripada bercakap tentang harta orang lain, baik korang bercakap tentang nikmat yang Allah bagi kat korang dan bersyukur.., tak payah menghinakan diri dengan berborak tentang harta orang lain…

3.Tengok sukan secara live

Aku tak kan buang masa bangun malam tengok bola, atau pergi stadium tengok bola, atau sukan sukan lain, hidup ini singkat sahaja, apa salahnya jika tengok kat berita terus? Boleh terus nampak gol.., tak rugipun, aku suka sukan UFC, cukup tengok kat U tube.., tak payah nak buang masa conteng muka, beli tiket, pakai baju warna warni dan ponteng solat maghrib.., korang takde life ke? Atau korang takde next life?

4.Main Game..

Aku suka baca komik dan tengok kartun masa remaja dulu, bila tengok visual game, aku rasa memang tertarik dan berniat nak beli PS2, tapi tak.., aku tak terjebak dan tak tergoda langsung dengan semua jenis game, Tak kiralah PS2 ke, PS3 ke, X Box ke, malahan game bodoh macam solitaire pun aku tak main, aku tak terperangkap dengan benda benda yang betul betul buang masa…, dari aku main game, baik aku main lari lari dengan bini aku, takde faedah langsung susun daun terup sehingga keluar bunga api.., memang betul betul takde faedah!!

5.Beli harta dan hias harta dengan penuh membazir dan jatuh cinta pada harta sendiri…

Ini macam penyakit orang kapir yang takut mati, beli kereta dan hias kereta macam sampah dan jatuh cinta kat kereta sambil perasan kereta tu cantik, letak spoiler yang nampak bodoh, tampal stiker jenema kereta mahal luar Negara walhal kereta tu kereta buatan Malaysia, lepas tu cat kereta macam budak tadika baru dapat calour, lepat tu tulis type-R dan macam macam lagi aksesori bodoh.., dan bila memandu, perasan semua orang cemburu dengan mereka, aduh.., aku bukan cemburu, tapi aku kasihan.., oh! Alangkah ruginya umur mereka.., aku kasihan dengan kebodohan mereka menghabiskan masa..

6. Tengok drama bersiri..

Benda yang tak dapat pahala ni tak elok di istiqamahkan, nanti jadi makruh dan takut takut lama-lama boleh jadi haram…, tak rugipun tak tengok drama bersiri.., terutama suri rumah, baik baca buku ugama dari habiskan masa tengok drama Indonesia yang banyak iklan.., dan aku dengar cerita, drama bersiri tu dibuat dua kali tayang, petang dan malam, dan ada orang sampai tengok dua kali petang dan malan, oh! Takde life ke?

7. Bercouple sebelum kahwin.

Nak bercinta boleh, diam diam sudah, dan jangan buat maksiat, tak payah nak tunjuk pada dunia yang korang ada awek, rakam gambar, letak dalam blog, dan perasan bahagia, aku cukup menyampah dengan mereka yang bercerita tentang awek atau pakwe mereka, “eh kau tau tak Hamka?, semalam awek aku tu merajuk, tapi lepas aku belikan handphone baru terus kami berbaik semula,” “eh kau tahu tak?, semalam awek aku tunjuk tahi lalat dia.., apa punya bodoh awek dia dapat pakwe bodoh pun aku tak tahu..

Orang perempuan tak tahu ke?, yang orang lelaki kebanyakkan dalam bercinta, sangat berharap untuk terlanjur, siap bangga dan cerita kat kawan kawan, dan akan tinggalkan perempuan bodoh tu, sebab lelaki rasa hebat dapat kendurikan orang perempuan.., jadi nak elak benda ni semua, tak payah bercinta, dan jika bercinta, diam diam sudah, dan takutlah pada Allah, kahwin cepat cepat..

Lagi satu dalam peraturan dunia, jika nak cerita satu benda, mestilah benda tu boleh dikongsi bersama, contoh jika kerajaan bagi bonus, cerita kat kawan pejabat dah ler, tak payah nak cerita dekat jiran yang kerja kuli pembinaan, takde faedah langsung dan buat kawan tu kecik hati, atau jika suami korang belikan rantai emas, tak payah cerita kat jiran, bukan jiran boleh kongsi benda tu, jadi sama, jika ada awek, tak payah cerita kat aku..

Tapi kan madu yang boleh dikongsi dengan isteri tak boleh pulak di borakkan, woha!

8.Pak Pandir bodoh

Kebanyakkan Pak Pandir adalah penyokong politik, mempunyai ciri ciri yang senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang dalam parti dia, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan hidupnya menyusahkan orang..
Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Dan seorang Pak Pandir itu, hidupnya adalah suka mengikut nafsu, dan salah satu nafsu pak Pandir adalah percaya pada cerita yang sesuai dengan nafsu.., pelik kan?

Contoh: Pak Pandir yang hisap rokok akan memilih ustaz yang merokok untuk mendapatkan fatwa.., yang suka mengumpat akan memilih ustaz yang suka mengumpat untuk mendapatkan fatwa.. begitu lebih kurang.. baca entry penuh kat sini jika nak detail.

9. Anonymous

Sebelum aku ulas, cuba baca beberapa komen bodoh dari Anonymous

Anonymous 1 said...

kenapa guna nikcname hamka?
tak sesuailah nak tiru ulama HAMKA sebenar yang telah meninggal 24 Julai 1981. Dia ulama nusantara yang disegani tapi awak sendiri yang kata awak bukan ustaz atau ulama yang patut di percayai 100% wacananya. Jangan mengambil populariti orang.

Anonymous 2 said...

Nama dah macam ulama dah si hamka ni.., ulama terkemuka indonesia..kenapa tak taruk nama iman syafie ke..hambali ke?

Anonymous 3 said...

Kenapa guna nickname Hamka?, gunalah nama sendiri, tak baik guna nama ulamak untuk tulis blog cam gini..

Jawapan aku, korang boleh search dari komen entry lepas akan selalu ada komen bodoh dari anonymous, nak komplen tapi tak paham, slow dan menyusahkan orang, biasanya aku tak layan, biarlah mereka tulis panjang berjela, aku buat buat bodoh jerr…

Bila aku tak layan komen mereka, mereka suruh aku tukar nama Hamka kepada nama sebenar aku, woi mangkuk, aku ada etika dalam menulis, aku tak tulis guna nama samaran, dah nama dalam IC aku Hamka, aku tulisler Hamka, tak salahpun! tapi korang yang perasan bagus nak tegur nama aku, tapi guna nickname anonymous?! Tak ke bodoh!!

10..11…12…100..

Banyak lagi yang aku nak tulis, cukuplah sepuluh, itupun dah pedas aku rasa, karang tulis 90 lagi perkara yang aku menyampah, ada yang tak lalu makan nasi karang.., dan aku rasa membaca komen korang yang tak paham tapi perasan paham lalu komplen, juga buat aku rasa menyampah.., jadi cukuplah sampai sini aku tulis perkara perkara yang aku menyampah, (lagipun korang peduli apa dengan apa yang aku menyampah), tapi jika korang buat sepuluh perkara yang aku tulis tu, korang memang Hampeh di mata aku.., oh ye! sebelum terlupa, aku ulang sekali lagi, aku menyampah dengar ceramah politik, harap maklum. Period.

Ps: Selamat menyambut Maal Hijrah dan selamat ber'hijrah'..!

Dec 8, 2009

Rumah ku Nerakaku?

(18 SX- Melentur anak biar dari rebungnya, melentur isteri biar dari...)

Satu hari ada sorang hamba Allah ni berniat nak mengadu pada saidinar Umar R.A selaku Khalifah islam yang paling garang akan perihal isterinya yang suka membebel padanya.., tapi sebaik sahaja hendak berjumpa dengan Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh itu, hamba Allah itu tak jadi nak mengadu sebaliknya terus pulang..

Kenapa?

Takut saidina Umar marah dia atau lempang dia kerana takut kat isteri sendiri?

Bukan!..,

Si hamba Allah itu patah balik tak jadi mengadu kerana sewaktu beliau hendak masuk berjumpa Saidina Umar yang garang itu, beliau sempat terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel pada Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh itu!

Woha!

*****
Babak lain, Nabi ‘merajuk’ dengan salah sorang isteri kerana melakukan satu perkara yang buat orang ramai menuduh isteri Nabi telah berzina, lalu Nabi tak pulang ke rumah isteri isteri baginda selama 40 hari lebih kurang.., Nabi tidur dan beriktikaf di masjid sahaja..., suatu hari, Saidina Umar selaku Khalifah islam yang paling garang dan digeruni musuh telah datang jumpa Nabi di masjid kerana mendegar khabar tentang kononnya Nabi telah menceraikan para isterinya.., bila Umar RA bertanya akan hal itu,Nabi menafikan yang beliau tidak menceraikan isterinya.. lega saidina Umar mendegar jawapan dari mulut Nabi sendiri, lalu saidina Umar buat lawak:

“isteri orang Muhajirin takut kat Suami, tapi isteri orang ansar tak takut kat suami sampai isteri kitapun dah tak takut dengan kita”

Woha! Nabi tersengih mendengar lawak saidina Umar...

Ok, cukup aku contohkan dua kisah hidup laki bini pada orang orang yang kita sayang, iaitu Nabi Muhammad SAW, dan para sahabatnya... : )

Baik, sekarang, aku nak tanya korang:,

Isteri korang ada rasa takut tak kat korang?, atau korang yang takut pada isteri?

Biasa jawapan yang aku dapat:

“bukan aku takut pada isteri, tapi isteri aku yang tak takut pada aku”

Woha!

Baik, straight to the point,

Dalam kehidupan ini, untuk menjadikan diri kita bahagia di dunia dan di akhirat, kita kena ada rasa takut pada tuhan, yang di namakan TAKWA, dan untuk menjadikan keluarga kita bahagia di dunia dan di akhirat, Isteri kita kena ada rasa takut pada suami, yang di namakan SOLEHAH, dan untuk menjadikan keturunan kita bahagia di dunia dan di akhirat, maka anak kita kena ada rasa takut pada Ibu bapa, yang di namakan anak SOLEH kepada ibu MITHALI...

Faham?

Jika kita tak takut pada Allah, atau tidak menjadi suami yang bertakwa pada Allah, maka kita akan masuk neraka..

Jika isteri tak takut pada suami, atau tidak menjadi isteri yang Solehah pada suami, maka isteri akan masuk neraka..

Simple sahaja..,
Takutkan Allah maka Allah akan buat semua makhluk dalam dunia ni takut kat korang, hari ini isteri tak takut pada korang bukan sebab kemaluan korang tak besar, tapi sebab korang tak takut pada Allah!

Dan bila orang islam tak takut pada Allah maka Allah akan cabut kehebatan islam sehingga orang kapirpun tak takut pada orang islam..

Berbeza orang kapir di zaman Nabi dahulu, mereka takut pada orang islam sejarak sebulan perjalanan kerana orang islam di zaman itu bertakwa kepada Allah..

Maka untuk korang dapat isteri yang solehah yang bakal menjadi ibu Mitahli kepada anak anak, in the first place, pada mula mula lagi, korang yang kena TAKUT pada Allah dengan cara yang paling layak Allah ditakuti...

*****

Sebenarnya, Perkahwinan ini adalah tanggungjawab,.., sama macam ugama, ianya adalah tanggungjawab.., iaitu apabila ugama telah SEMPURNA, Abu Bakar r.a, yang faham dengan hakikat ugama yang sempurna telah menangis kerana faham bahawa segala beban dan tanggungjawab yang selama ini di tanggung oleh para Nabi dan Rasul kini terpaksa di tanggung oleh ummat akhir zaman yang tiada Nabi lagi bersama..isk. isk…,

Ummat kena ambil tanggungjawab menjaga Ugama sampai hujung nyawa..., sampai jadi mayat!

Maka kerana itulah juga apabila perkahwinan telah SEMPURNA, suami yang faham dengan hakikat perkahwinan yang sempurna mungkin akan menangis kerana faham hakikat perkahwinan yang sempurna adalah : segala beban dan tanggungjawab yang selama ini di tanggung oleh Ayah perempuan dan wali perempuan, kini terpaksa di tanggung oleh suami seorang...

Suami yang kena ambil tanggungjawab menjaga isterinya sampai hujung nyawa..., sampai jadi mayat!

Dan memang patut korang menangis setelah perkahwinan sempurna jika isteri korang tak bertudung, warna rambut macam bonggol unta, tak solat awal waktu, memakai wangi-wangian dan pakai baju pengantin yang menampak lurah dada, dan oh! Ada tahi lalat pada buah dada belah kanan, woha!

Huh!, sepatutnya korang menangis atas pelamin bila kahwin dengan wanita akhir zaman, biar semua orang yang datang ke majlis korang tertanya tanya kenapa pengantin lelaki menangis?, lalu korang rampas mikrofon yang sedang tetamu berkaroeke lalu berhujjah:

“Aku dah kena tanggung dosa bini aku, dulu bapak dia tapi sebab dah jadi bini aku.., aku yang kena tanggung dosa bini aku..., tu,., tengok tu, rambut tak tutup, lurah buah dada tak tutup sampai nampak tahi lalat.., hu hu.., mak,.. tolong!, kita tak nak masuk neraka..”

Tapi semua itu ilusi semata mata, korang tak menangispun, sebaliknya mata tak henti henti melihat tahi lalat di lurah buah dada bini korang.., (yang belah kanan tu) dan sebaik sahaja majlis perkahwinan korang sempurna di ijab kabulkan bersama perempuan yang berjambul kepalanya seperti bonggol unta, korang terus tersenyum gembira terkenangkan katil, buah dada dan tahi lalat..cis!

Oleh sebab itu, jika ada suami yang terlupa, aku nak ingatkan, maksud di sebalik perkahwinan yang sempurna adalah satu beban atau tanggungjawab yang berat yang mana segala kesalahan sang isteri akan di tanggung oleh korang seorang! Faham?!

Jadi, kerja kitalah sekarang untuk didik mereka menjadi isteri yang solehah, isteri yang takut pada korang kerana Allah, isteri yang hormat korang sebagai ketua keluarga, isteri yang tidak bercakap dengan nada tinggi, isteri yang tidak membebel macam orang gila, tidak merajuk.. dan berjaya didik anak anak mengikut acuan islam yang seterusnya menjayakan dirinya sebagai ibu mithali walaupun korang tak daftar nama isteri korang dalam majlis anugerah ibu mithali kerana biar Allah sahaja yang memberi anugerah itu!..

Habis tu, macam mana nak didik isteri wahai encik keretamayat?

Ehem, ehem.., melentur anak biar dari rebungnya, melentur isteri biar dari malam pertama...
Sebab tu dalam islam tak bagi korang bercinta sebelum kahwin kerana nak didik isteri menjadi isteri yang solehah adalah lebih mudah dengan bercinta selepas kahwin..., melentur isteri biar dari malam pertama...

Begini, waktu mula mula kahwin, sebelum korang bersetubuh buat pertama kali dengan isteri, iaitu pada malam pertama lagi, sebelum korang jilat tahi lalat di buah dada isteri, (yang belah kanan tu) maka korang dah kena cerita siapa korang... dan apa tugas korang sebagai suami dan apa yang korang nak dari mereka sebagai seorang isteri...

Waktu ini lagi korang cakap yang korang tak suka isteri bercakap dengan nada tinggi atau membebel, guna analogi derhaka anak dan ibu macam dalam enrty keretamayat yang lepas, lepas tu cerita jugak kisah jangan derhaka dalam hati, iaitu korang nasihat kepada isteri supaya memberi khidmat dengan perasaan berhajat pada suami, bukan suami yang berhajat pada mereka.., suami boleh kahwin lain dan bermadu.., so isteri yang kena tunduk pada suami...

Takpe, awal perkahwinan hati isteri masih lebut dan malam pertama biasanya isteri akan beri tumpuan 100 peratus pada korang, maka nasihat dari korang akan mereka dengar dengan penuh tumpuan, jika boleh suruh isteri tulis atas kertas (esok pergi mati setem kalau boleh he he)...,

Lepas dah habis cerita apa keinginan korang, sabar.., jangan jilat lagi tahi lalat di buah dada isteri..., sekarang suruh isteri ambil wudhu dan aku tahu zakar korang sedang tegang nak bersetubuh, sabar.., korang juga pergi ambik wudhu, lepas tu korang buat solat hajat berjemaah sebanyak 12 rakaat bersama isteri..., lepas solat korang yang kena imamkan doa, doa dalam bahasa melayu dan lafaz dengan kuat supaya isteri dapat dengar hajat korang, mintak dengan Allah agar isteri tak tinggi suara, isteri sabar, tak membebel , rela bermadu dan apa sahaja, lantak korang ler...

Lepas dah habis solat, tanggalkan kain solat dia dan bersetubuhlah, jilatlah tahi lalat isteri walau di mana sekalipun lokasinya. Woha!

Habis malam pertama, ingat.., melentur isteri biar dari malam pertama...

Ok, lepas tu pada permulaan perkahwinan, sila tinggikan julat piawai standard mutu khimat isteri korang masing masing, sebagai contoh, jika rumah tak kemas, hari pertama kahwin lagi dah marah kat isteri sebab rumah bersepah, jenggilkan mata, kacip gigi dan genggam penumbuk, buat- buat ‘bad mood’, jika masak tak sedap, cakap terus.., apa masak tom yam rasa macam air panas bergaram nih..?, lepas tu jika isteri keluar rumah jemur baju pakai lengan pendek, terus jerit, woi !.., nak masuk neraka ke?, semua ni nak kena buat masa awal kahwin..., biar isteri tahu kehidupan sebenar berumah tangga..!

Tak cukup lagi tu.., ada lagi.., jangan rajin sangat pada awal perkahwinan.., biar isteri masak, kemas rumah dan basuh baju sorang sorang.., kalau nak tolong pun, sabar, jangan tolong lagi.., melentur isteri biar dari malam pertama...

Lalu apa akan jadi? baru kahwin tapi isteri dah rasa tak bahagia, silap sikit kena marah, salah sikit kena tengking.., dah tentu isteri akan mengadu masalah rumah tangga pada mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia...

Dan korang tahu apa nasihat dari mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia?...

“Sabarlah, kamu baru kahwin seminggu dah nak merungut, sabar..”

He he , semua orang akan nasihat isteri korang supaya bersabar sebab baru kahwin seminggu.., maka dah tentu dia akan cuba bersabar dan sesuai dengan perasan dia mencuba untuk sabar dengan kerenah korang, korang uji dia ‘secukup rasa’.., jangan bagi muka, jika dia tunggikan suara, korang terus cantas.., jika dia buat salah, korang terus naik angin.., jika dia merajuk, korang terus mengamuk!

Perempuan ni jika sekali mereka membebel dan korang diam sahaja, maka hari harilah korang kena leter, maka jangan biar mereka lakukan kesalahan terhadap suami..., jika mereka angkat suara dan korang diam dengan niat bersabar kononnya, itu bukan mendidik isteri namanya, lagi punah ada..

Jangan bagi peluang isteri derhaka pada korang, walaupun sekali seumur hidup! Ingat senang ke nak masuk shurga?

Ok, dah... cukup lah tu, jangan pulak sampai tahap pukul.., dan jangan bagi ujian macam tawanan perang, tegas dan garang sikit jerr, tak payah naik tangan dan kaki, jeling tajam jer cukup.., dan korang akan dapat lihat betapa hebatnya ciptaan Allah terhadap makhluk perempuan ini, korang akan dapati mereka cukup sabar.., almaklumlah baru kahwin.., semua perempuan yang baru kahwin dan dapat bersabar dengan karenah suaminya, maka ada potensi untuk menjadi isteri cerdik yang solehah.. Amin..

Sekarang kita kena jadi seperti director filem yang bijak yang mana di awal babak filem, sewaktu penonton masih bersabar, waktu tu kita kena letak babak yang berat dan boring tetapi penting dalam memperkukuhkan jalan cerita sebelum menuju happy ending..

Ok,dah hampir sebulan berkahwin, korang bagitahu isteri yang korang ni nak pergi belajar kurus ugama selama beberapa hari, jadi duduk rumah elok elok, jangan buat hal, nanti abang pulang jika ada perkara yang tak sedap di lihat dan didengar, siap kau!!

Maka korangpun pergilah kursus usaha atas iman selama tiga hari tiga malam anjuran Masjid Sri Petaling misalnya atau apa apa kursus ugama yang semakna denganya...

Habis tiga hari, korangpun pulang.., tapi bukan kepulangan yang biasa, korang dah berubah, sekarang korang kena menjadi diri korang yang sebenar iaitu, seorang suami yang penyayang, kelakar dan romantis...

Sekarang, baru boleh tolong isteri buat kerja rumah, dan rendahkan julat piawai standard mutu khimat isteri yang mana jika isteri buat silap, tegur dengan lemah lembut, jika isteri masak tak sedap, tegur dengan berhikmah.., jika lihat isteri penat, urut belakang dia, gengam tangan dia, puji dia.., kucup kening dia, jilat tahi lalat dia.., dan inzalkan dia, cari G spot betul betul..

Maka dah tentu isteri akan bertanya (atau jika dia tak bertanya koranglah yang kena tanya):

“kenapa abang dah berubah?”

“Sebenarnya abang belajar masa kat kursus baru baru ni, kita orang islam kena sayang kat isteri, didik isteri hidup cara nabi, Hidup sederhana, ajar ugama dan sebagainya..., sebab tulah abang dah berubah, abang nak jadi suami yang baaaaaaaaik pada ayang, baik pada anak dan mak mertua.., ayang ayang, jom kita bersetubuh lagi...”

Ok, dah jadi suami romantic tak semestinya kena buat semua kerja rumah, biar juga isteri buat kerja rumah cuma tolong sikit-sikit waktu free luar biasa.., contohnya bila isteri masak kita tolong makan dan tolong basuh pinggan kita sebijik dah cukup, baju kita tolong letak dalam bakul supaya tak bersepah dan biar mesin basuh yang basuh, isteri sidai, sorting, dan gosok, kita Cuma tolong pakai sahaja... begitu lebih kurang..

Cuma pada malam hari, sebelum bertahajjud, jika korang terlihat pinggang mangkuk yang tak terbasuh, korang basuh tanpa pengetahuan isteri, jika rumah sedikit bersepah, korang kemas tanpa pengetahuan isteri..., dan korang lihatlah betapa terharunya isteri korang dengan perubahan ini, dan inipun jangan buat hari hari, tengok harilah...

Kemudian jangan lupa, setiap kali balik Kursus tiga hari, korang masak kat isteri masakan yang korang belajar dengan jemaah tabligh, asyik rasa air kemaluan jer.. apa salahnya sekali sekala bagi isteri rasa air tangan pulak...

Lepas tu jangan puji orang lain depan isteri dan jika isteri buat benda baik, puji cepat cepat dan bagi hadiah, hadiah murah takpe seperti sekeping coklat yang ada kacang gajus di dalamnya yang berharga RM 3 ringgit sekeping.., dan jika isteri buat salah, tegur dengan lemah lembut..., sambil cium tahi lalat dia..., dan selalulah buat lawak dengan isteri korang..

Sekali sekala bawak isteri jalan jalan, makan kat luar atau pergi melancong..., oh ye terlupa pulak, lepas kahwin itu hari jangan terus pergi berbulan madu, pergi selepas isteri korang juga turut sama kursus tiga hari untuk perempuan, lepas tu baru berbulan madu, maka itu akan menjadi kenangan yang lebih bermakna...

Sebelum terlupa, setiap malam habiskan masa selama setengah jam bersama isteri membaca kitab Fadhail Amal dan Kitab Mutakhab Hadith, baca gilir-gilir, dan baca tiga hadith setiap bab, ada bab iman, bab solat, bab ilmu, bab zikir, bab ikram, bab niat dan bab dakwah.., insyAllah hadith Nabi ada nur yang tersendiri yang boleh memberi cahaya pada pembaca dan pendengar yang mana apabila hati datang cahaya hadith Nabi, maka akan mudahlah untuk kita amal ugama.., dan secara tak langsung ‘Nabi’ seolah olah sedang bercakap dengan korang dan isteri tentang mencari bahagia di dunia dan di akhirat..

Jika isteri Tanya: “nak buat sampai bila bacaan Hadith ni bang?”

Korang jawablah: “buat sampai mati..”

Dan ketika baca hadith, biasanya akan banyak kena batang hidung isteri atau suami, maka ambiklah peluang itu untuk panjangkan nasihat apa yang patut..

Satu lagi adalah bab solat berjemaah, jangan sesekali solat berjemaah dengan isteri kecuali solat sunnat, maka korang kena bertegas bab ni, sebelum masuk waktu lagi pesan pada isteri yang mereka kena siapkan pakaian solat korang, kopiah, kain pelikat dan sebagainya.., dan mereka pula, sewaktu korang nak pergi solat dah pakai kain sembahyang siap siap, bak kata pepatah keremayat, suami dengar azan dalam masjid, dan perempuan mendengar azan di dalam kain sembahyang... bersatu mereka di dalam shurga, chewahh..

Dan bila korang dah balik solat berjemaah pastikan isteri sudah solat di awal waktu, barulah ada banyak masa untuk bersetubuh, faham?!

Alangkah bagusnya ketika korang terjaga di waktu malam kerana nak kencing, dan sewaktu nak
pergi bilik air, korang terlihat sejadah sudah terbentang di ruang solat, bersama kain pelikat dan baju melayu yang terlipat cantik, di dalam kopiah pula ada nota: kenang aku dalam doamu.., chewahh, semua ni nak kena ajar isteri supaya mereka menjadi sebaik baik perhiasan dunia dan ketua pada segala bidadari..

Apa yang penting, korang boleh bergurau senda dan buat lawak pada semua benda kecuali bab ugama, ini kena serius, Aiyah r.a meriwayatkan sewaktu bersama Nabi baginda selalu tersenyum tetapi sebaik azan berkumadang, wajah Nabi berubah seolah tidak kenal padaku..

Maka korang bab ugama memang kena serius, jika korang ada aktivi di surau jam 6 petang, maka tepat jam 6 petang korang terus pergi surau, walaupun isteri nak ajak shoping ke, ajak jalan jalan ke, ajak minum petang ke, boh layan jer.., abaikan mereka, jangan bagi muka dalam bab ugama, kena serius, sekali korang bagi muka, maka isteri korang akan menjadi penghalang dalam sepanjang ketaatan korang pada Allah...

Isteri yang membantu suami taat perintah Allah adalah seperti tayar yang sama saiz dalam perjalanan, maka mudah dan lancarlah perjalanan korang menempuh ranjau hidup, tapi jika isteri tak bantu maka ibarat tayar yang tak sama saiz, korang tayar besar, mereka tayar kecik, maka berpusing pusinglah kereta korang dalam satu bulatan walaupun enjin power tapi tak ke manapun...

Second last, bila isteri buat sesuatu yang menyinggung perasaan dan korang tiada pelung untuk bercakap tentang hal itu, maka nasihatlah ia sebaik sahaja selepas mereka inzal, selepas mereke kesedapan selepas bersetubuh, dan antara tidur dan jaga, waktu tu korang nasihatlah apa yang korang nak nasihat, insyAllah mereka akan membawa nasihat itu dalam mimpi yang indah dan berubah esok pagi seperti apa yang korang harapkan.. : )

Akhir sekali, bila korang dah jadi baik, kelakar, penyayang dan romantic, tapi ada jugak hari harinya yang mana korang naik angin, maka waktu tu isteri korang pula yang akan cakap:

“bila lagi abang nak pergi kursus belajar ugama, saya nampak abang dah lain macam jer”

Kan bagus, dapat isteri yang menggalakkan suami keluar jalan Allah... : )

Dan berbalik kepada mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia yang nasihat isteri supaya bersabar tempoh hari dah tentu akan follow-up..

“macam mana suami, masih buat perangai ke?”

Maka automatic isteri korang akan bercerita betapa bahagianya hidup sekarang sebab suami dah berubah semenjak balik kursus 3 hari, eh, nampaknya isteri dah berdakwah pula pada mak bapak dia atau adik beradik dia atau kawan kawan dia tentang betapa penting suami terlibat dalam usaha atas iman..

Kan bagus tu? : )

Oklah, dah panjang menulis,

Sebenarnya mungkin korang tak perlu buat 100% seperti apa yang aku tulis, tapi idea ada kat situ.., insyAllah dengan kaedah sebegini, isteri akan menjadi lebih takut dan hormat kepada korang, kerana jika mereka masuk neraka, mereka boleh tarik korang masuk neraka, maka kerana itulah korang kena melentur isteri biar dari malam pertama...

Seorang suami yang takut kepada Allah, maka semua makhluk termasuk isterinya akan takut padanya.., takut di sini bukan seperti takut pada hantu, tapi takut melukakan hati suami kerana isteri itu sedar bahawa shurga wanita itu ada dalam keredhaan semuanya...

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(At-Tahrim : 6)

Sekian, wallhulam..

Ps: Melentur anak biar dari rebungnya, melentur isteri biar dari pecah daranya..., woha!

Dec 2, 2009

Rumahku Shurgaku?

(Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)

Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..

Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga..

Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat...

Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..

Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?

Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..

Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..

Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi...

Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam...

Ok, cukup sampai situ.

Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?

Kenapa?

Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita... isk...

Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya,

Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?

Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!

Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..

Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!

Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,

Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,

Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?

Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?

Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..

Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?

Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!

Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..

Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,

Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?

Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!

Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?

Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!

Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!

Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,

Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!

Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?

Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..

Begini ceritanya...

Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata...

Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..

Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!

Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?

Kenapa jadi macam tu?

Begini ceritanya...

Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati..., dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!

Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!

Jadi nak buat macam mana?

Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!

Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.

Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.

Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.

Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..

Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)

Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:

Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!

Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..

Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam..., rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,

Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog keretamayat hari hati..

Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian...

Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...

Nov 24, 2009

InsyAllah?

(Drama hari Raya AidilAdha yang bertajuk "Lu Pikirlah sendiri" dan bermoral "Lu Rujuklah ustaz")

Part 1

Di hadapan sebuah rumah, kelihatan Abang Ali sedang menggaru telinganya yang tidak gatal, kemudian menggaru pipi, lepas tu membokok menggaru betis pula..,

“Assalamulaikum”

Abang Ali lantas mendongak dan terlihatlah seorang manusia berjubah putih dan berserban..,

Oh! Ustaz, dah lama saya tunggu.., ni nak bagitahu, esok pagi nak mintak tolong sembelih lembu arwah bapak saya, boleh ustaz?

“InsyAllah”

Boleh tak ustaz?”

“InsyAllah”

Yelah, InsyAllah, tapi boleh ke?

Saya cakap, InsyAllah.., awakpun kena jugak sebut InsyAllah..

Tak payah ‘InsyAllah’lah ustaz, lembu dah ada, dah ikat elok elok, pisau pun dah asah tajam tajam, kira jadi ye ustaz besok pagi?

“InsyAllah”

“InsyAllah-InsyAllah! Jadi ke tak jadi ni ustaz?”

“InsyAllah”

Pening saya ustaz, insyAllah ni untuk benda yang tak pasti, lembu ada, pisau ada, kira jawab boleh dah ler..

Kamu ni Ali, nak mengajar ustaz pula, kita kena sebut “InsyAllah” kerana semua yang terjadi dengan izin Allah, faham..

Kira boleh ler ni ustaz?

“InsyAllah”

Arghhhh, pening kepada Abang Ali dengan jawapan ustaz Hussin, lalu abang Alipun berlalu sedang ustaz Hussin menggeleng gelengkan kepala melihatAbang Ali yang semakin jauh dari pandangan...

Part 2
Suatu waktu dahulu, sewaktu Allah ingin mencipta manusia sebagai Khalifah di atas muka bumi,maka bertanyalah malaikat pada Allah..

“Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah?, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Part 3

Suatu waktu yang lain, terdengar Tuhan bertanya kepada ketua Malaikat dengan penuh kemurkaan:

"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"

Syaitan menjawab:

"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."

Lalu Tuhan melaknatnya, dan menjadikan ia sebagai iblis!

Bermulalah kejahatan di alam manusia...

Part 4

Abang Ali melihat lembu kesayangannya yang bakal di korbankan esok pagi, sambil menggosok gosok tanduk lembu, abang Ali pun bercakap dengan lembunya..

“esok pagi, ‘ustaz insyAllah’ akan sembelih kamu, kamu jangan nakal nakal..”

Nampaknya, Abang Ali telah melebelkan ustaz Hussin dengan gelaran ‘ustaz insyAllah’, apa apalah..

Pintu kandangpun di tutup, dan Abang Alipun pulang ke rumahnya..

Part 5

Dari pintu langit, barang siapa di antara manusia yang bertaubat sedang air mata bercucuran ke pipi, Maka memujilah Allah akan manusia itu di hadapan para malaikat, lalu berfirman:

“Lihatlah kepada hambaKu yang sedang merayu kepadaKu.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Lalu Malaikat berkata,
“mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa?, sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa”

Lalu Allah membela manusia,
“Pergilah Panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat malaikat itu!”

Malaikat menjawab,
“Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu...

Part 5

Suatu hari yang lain, ketika Nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah seorang hamba Allah lalu bertasbih:

‘Subhanallah!’

Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut sebut sedangkan di zaman itu orang ramai tidak bersetuju dengan ugama yang di bawanya..

Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim a.s segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang di tasbihkan..

Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan separuh dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi..

Terus sahaja nabi Ibrahim a.s berikan separuh dari kambing kepada hamba Allah itu, lalu bertasbihlah kalimah ‘SubhanAllah!’

Oh, alangkah gembiranya Nabi Ibrahim mendengar kalimah ini lalu memberikan kesemua kambingnya kepada hamba Allah itu..

Namun, Hamba Allah itu memulangkan kembali ke semua kambing dan berkata bahawa aku adalah Malaikat yang turun untuk melihat sejauh mana cintamu kepada Allah, kerana di langit, Allah selalu memujimu di hadapan kami, maka benarlah, kamu benar benar mencintai Allah lebih dari segala galanya...

Part 6

Abang Ali sedang asyik mengira duit dari tujuh bahagian tempahan orang kampong terhadap lembunya, satu bahagian, RM 340.., terus Abang Ali ulang kira kerana sekejap di kira terlebih, sekejap di kira kurang..,

Berapa aku nak upah ‘ustaz Insyallah’ esok?, RM 50 cukup kot..

Hujung jari di basah lidah, dan jeri jemari terus membelek belek duit itu lagi...

Part 7

Sudah lama Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar di berikan seorang anak lelaki yang soleh, dan di hujung usia, ketika umur sudah lanjut,maka datanglah keajaiban dari Allah, Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki yang comel... Nabi ismail a.s...

Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama di idam idamkan? bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu 'cinta'nya pada anak telah melebihi cinta kepada Allah, maka di pendekkan cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.

Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka..

“Abang ingin ke mana”

Tanya sang isteri dengan cemas dan sedih, tapi nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata kata, lalu isteri bertanya lagi,

“Adakah ini perintah Allah?”

Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’.., tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman.., yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan..

Part 8

Apahal kau termenung tu Ali?

Tanya Mak munah setelah melihat Ali asyik berbaring depan TV sambil melihat syiling..

“Tak mak, saya teringat Ustaz insyAllah tu, eh, silap.., ustaz Hussin, suka benar cakap insyAllah insyAllah, macam tak jadi.., cakaplah boleh..”

“itulah masalah orang melayu, InsyAllah biasanya tak boleh.., kalau boleh terus cakap boleh, mak pun tak faham..”

"Kalau Ustaz insyAllah tu tak jadi, nak suruh siapa mak?"

"Berapa kau nak upah sembelih tu?"

"RM 50..."

"Mak rasa mak pun boleh, Insyallah.."

Ali tersenyum kambing.

Part 9

Tujuh tahun setelah pemergian Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Nabi Ismail a.s dan isterinya di padang pasir, Mekah telah berubah wajah, dari padang tandus, telah menjadi oasis, telah menjadi kota, berkat mukjizat nabi Ismail mehentak kaki setelah ibunya berlari dari safar dan marwah, orang ramai juga telah ramai menatap di sana..

Dari jauh, kelihatan Nabi Ibrahim a.s pulang bersama tungganganya.., pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, mainbatu seremban, main ketawa-ketawa, dan lain lain..

Dan pada waktu itu sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tidak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi ke jalan Allah selama 3 tahun,
Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya...

Part 10

Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga, lalu mulai mencari kerja untuk mendapat sedikit upah, di pendekkan cerita, mereka bekerja sebagai tukang kasut, dan ketika sedang membersihkan kasut, datang seorang wania menghulur kaki, dengan betis yang bunting padi, putih dan gebu..

Dan ini menyesakkan nafas Harut dan marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mulai membahang!

Awas semua wanita sekalian!

Part 11

Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak lelaki, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.

Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda:

“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

Part 12

Ketika Umur Nabi Ismail 10 tahun, Nabi Ibrahim a.s telah di benarkan pulang berjumpa anak dan isteri...

Maka sekali lagi cinta dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi dari cinta dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala-galanya.

Lalu pada malam itu, baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah..

Akrian, berkatalah nabi Ismail a.s sebelum di sembelih:

Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.

Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan ayah

Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku

Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia menjadi susah.

Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher ku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.

Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih ku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.

Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan aku.

Nabi Ibrahim berkata:
Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”

(Nabi Ibrahim, sesungguhnya doamu untuk mendapatkan anak yang soleh telahpun makbul)
Kemudian Nabi Ismail berkata:

“Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu, bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya sendiri.”

Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan, serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat tenaganya.

Lalu Nabi ismailpun di sembelih...

Part 13

Suatu waktu, Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua Malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.

Kemudian Allah berfirman bermaksud:
“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan :‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”

Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina dengan isteri orang...

Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna , namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkukutk..

Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat, mala layakalah kamu dipuji tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata..

Part 14

Tuan tuan yang mulia..

Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang
Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia…

Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja
Tapi manusia itu adalah anak dia…

Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih anak dia sahaja
Tapi itulah satu-satunya anak dia…

Dan baginda telah melakukannya….

Part 15

Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat harut dan Marut sambil berkata,
“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan marut pun menangis dengan sekuat kuatnya, lalu Jibril berkata,
“Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Tahulah sudah bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Lantas Harut dan Marut digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa :
“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”)

Part 16

Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul di leher Ismail a.s, dan Malaikat jibrail telah datang membawa qibas sebagai ganti...

Maka bertakbirlah mereka kepada Allah yang Maha Tinggi..

Aku dan korang di sini.., adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah?
Sanggupkah kita ‘meyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri demi untuk ugama?

Boleh, InsyAllah?

Part 17

Pagi pagi lagi Abang Ali dah tiba di rumah Ustaz hussin..

“Ustaz .., ustaz!”

Ustaz hussin pun keluar dan bertaya..

“kenapa Ali?”

“InsyAlllah, lembu hilang!

Woha!

SEKIAN..

PS: Cerita ini tiada ulasan...

Nov 16, 2009

Apa bestnya pakai barang kemas?

(Makan mee Maggie sambil memerhatikan isteri membasuh pinggan dari pandangan belakang, lalu akupun menyanyi lagu Ziana Zain..)

Entah kenapa?, aku memang tidak suka melihat wanita yang memakai perhiasan emas di badannya, terutamanya yang melampau-lampau, bagi aku, mereka menjadi bertambah hodoh dengan perhiasan emas yang melilit di leher dan lengan mereka, dan mereka kelihatan sungguh bodoh!

Kalau korang cantik, maka korang tak perlu kepada emas untuk menjadi bertambah cantik.., dan kalau korang hodoh, emas sepuluhpun tak buat korang cantikpun.. Bodoh pulak jika korang perasan cantik, anggun dan bergaya, takde orang pedulipun..

Kalau ada yang pedulipun, orang tu jugak sama bodoh macam korang, tu yang jadi bodoh tu..

Maka, berserdehanalah, tak payah nak tunjuk korang punya kebodohan dan kehodohan..,

lagipun banyak keburukkannya bila korang pakai barang kemas melampau lampau..

Satu, korang akan menjadi mangsa peragut, dah nak muntah aku dengar berita tentang kisah perempuan bodoh perasan cantik lalu pakai barang kemas yang membuatnya perasan bijak tapi bodoh hakikatnya lalu tersungkur mukanya dibaham jalan raya akibat jatuh di ragut peragut yang terus menghodohkan wajahnya yang sedia hodoh itu!

Islam dah ajar pakai tudung, bermakna jika korang ada rantai emas, suami korang jer yang nampak, tapi korang bodoh, sudah pakai tudung, tapi rantai emas sarung kat luar macam rantai binatang, apa kehal ntah?

Lalu bila rebah tersungkur kena ragut, kena 'sosah'! marahkan peragut yang tak boleh tengok orang cantik sikit.., lalu melaknat peragut yang mana akhirnya ibu peragut pulak yang di ragut lalu jatuh di jalan raya sebelum mati di langgar kereta, demikan iklan dalam TV gambarkan kesudahan nasib malang si peragut.. (ibu peragut menjadi mangsa? ..oh)

Tapi bagaimana kesudahan mereka yang pakai barang kemas?

Biasanya, kesudahan yang aku dengar, si pemilik barang kemas melampau-lampau, mati dalam keadaan tanpa seuratpun barang kemas di badannya.., tak boleh bawak masuk kuburpun.., apa yang best sangat? Itu yang jadi bodoh tu..

Dan biasa jugak aku dengar cerita, perompak bila masuk rumah, pertama sekali dia ambik adalah perhiasan emas di badan wanita, dan jika wanita itu cantik, sedap mata memandang, sedikit tembam dan gebu serta putih, alamak kena rogollah ia..,

Juga aku dengar berita tentang mangsa tsunami di Sri Langka, yang mati bergelimpangan bersama barang kemas, bila mayat dah kembong masuk air, pencuri barang kemas telah memotong kepala dan tangan mayat untuk dapatkan barang kemas, korang nak mayat korang mati tanpa kepala?,

(jika korang mati lemas dan ditemui perompak)

(tak nak!)

Maka, apa bestnya pakai barang kemas? aku sendiri tak suka isteri aku pakai, waktu mula mula kahwin, bila aku nak cium leher isteri, dah rasa terganggu sebab emas sejuk di waktu malam, kasar dan keras, aku tak suka ada benda benda yang sejuk, kasar dan keras pada badan perempuan, tak semula jadi...

Tapi korang cakap, alahai cik Hamka, penting ada barang kemas, nanti bila kita susah, boleh gadai..

Stop! Korang dah syirik dengan Allah, sebab rasa terjamin dengan adanya makhluk., jangan cakap macam tu lagi, mengucap balik.., emas tak boleh tolong korang.., jika korang yakin emas boleh tolong korang bila susah, apa bezanya korang dengan penyembah berhala emas yang yakin patung emasnya boleh tolong, maka mengucap balik, bertistigfar.., jangan jadi bodoh!

Dan ramai aku tengok perempuan beratur gadai emas sebab waktu susah dah tiba.., dan lepas tu sampai ke sudah tak dapat tebus sebab waktu susah sentiasa tiba..., hanya Allah dapat tolong cik adik oii, emas tak boleh tolong..., nanti kalau tak bayar zakat emas, masuk pulak dalam neraka..oh!

Dan korang tahu tak, antara keburukkan memakai barang kemas adalah ianya akan buat korang jadi riak, sombong dan takkabur, dan orang yang riak, sombong dan takkabur akan berakhir di neraka..

Tapi, korang kata, kami pakai barang kemas, tapi hati tak riakpun..

Kalau tak riak, kenapa perlu tunjuk pada orang?

Kenapa perlu beli emas mahal mahal dan pakai kat leher di luar tudung, kenapa perlu pakai di luar lengang baju, nak tunjuk kat sapa? Kat Allah? Kat suami? Atau nak bagi tahu orang ramai bahawa korang ada banyak duit boleh beli rantai emas berpuluh puluh ribu?, Atau nak bagi orang dengki?

Korang tahu tak? Jika perempuan miskin yang tak mampu beli emas tertengok perhiasan di badan korang lalu dia mengeluh dengan rezeki Tuhan dan menjadi orang yang tak bersyukur, maka korangpun dapat dosa sama, tau?!,

Dahulu, arwah mak aku juga suka pakai barang kemas, tapi bila aku ajak beliau dan isteriku pergi kursus ugama selama tiga hari, yang mana hari pertama lagi, ustaz yang berceramah dah cakap, kepada kaum ibu, sila tanggalkan barang kemas di badan anda dan bagi pada suami atau anak lelaki masing-masing kerana dengan adanya emas di badan, payah nak dapat kefahaman ugama dan mudah datang kesombongan, terus dari balik langsir hijab, keluar emas berkilo kilo..,

Dan bila balik kursus, arwah mak aku sambil nangis-nangis cakap, alangkah baiknya jika mak ikut kursus ini sebelum pergi haji..(aku pulangkan balik emas aku pada mak, dan nasihat supaya emas itu buat itu ini begitu begini. Dan jika nak pakaipun, bersederhalalah..)

Cerita habis sampai situ, aku bukan nak cakap pakai emas haram, tapi banyak keburukkan dari kebaikkan bila perempuan pakai barang kemas, belum bercakap dari segi sains lagi, seperti bahaya berada pada kawasan litar elektrik yang tinggi.. atau mudah dipanah petir dan sebagainya..

Pokoknya, bersederhanalah.., barang kemas tak akan mampu buat korang cantik, nampak lagi hodoh dan bodoh adalah..., duit yang ada simpan untuk tiga perkara, bayar hutang, pergi haji dan sambut takazar ugama..

Hidup sementara sahaja.., biar tidak bergaya asal kaya!

Woha!

Mengakhiri entry ini, ketika aku makan mee meggie di dapur pada waktu malam, dan ketika isteri aku membasuh pinggan mangkuk, dan tiba tiba si isteri bercakap tentang keinginan nak beli barang rumah yang mahal mahal, tiba tiba dari corong radio, lagi polular zaman aku muda muda dulu berkumandang, iaitu lagu ziana zain, 'Kekal'.., dan aku terus dapat ilham spontan untuk edit lagu tersebut dan korang boleh gunakan lirik lagu ini sebagai pembalut hadiah.., terimalah:-

Lagu khas: Cekal.
(Lagu asal: kekal nyanyian Ziana Zain)

Sayang terimalah
Barang yang murah ku belikan
Moga jadi hiasan
Suatu masa

Semoga engkau kan tersenyum
Dapat hadiah murah
Hanya itu
Yang mampu ku beli

Di dalam mimpimu
Cincin emas
Rantai leher mewah
Permata berhias

Dengan tak kau sangka
Yang kau mimpi
Semua tak terjadi
Takdir semuanya

Kemiskinan ini
Menyusuli hari
Hidup di dunia
Hanya sementara

Hidup sederhana
Perintah Ilahi
Cekal ia bersama
Serpihan harapan hidup yang fana

Engkau tak menduga
Barang yang murah ku belikan
Mungkin kau terlupa
Ku siapa

Seribu maaf ku pohonkan
Dan selautan sayang
Hanya itu
Yang mampu ku beli...

Ps: isteri aku gelak tak ingat dengar aku menyanyi lagu ini, sayang.., tahun depan punya hadiah, abang akan bagi bersama sama lirik lagu ini, woha!

Nov 10, 2009

Siapa Pak Pandir?

(Silibus yang tiada di Sekolah: Apa itu ‘pengesan sampah’? dan bagaimana nak menajamkannya.., Read carefully; and please agree in the end, and be educated)


Sejak aku dah berumur sebaya dengan Superman dan ahli shurga, (32 tahun) aku dapati kehidupan ini telah mengalami sindrom ‘bias’(cenderung) dengan aku...

Kenapa?

Faktor ‘bias’ ini adalah disebabkan oleh orang yang memerintah dunia ini atau mentadbir organisasi-organisasi tertentu adalah rata ratanya terdiri dari orang yang baya baya aku.. Tu yang jadi ‘bias’ tu..

Sebagai contoh mudah, kartun kartun yang aku tengok dalam bentuk 2D waktu aku kecik-kecik dahulu, setelah tiga puluh tahun, telah menjadi 3D dan di filemkan secara besar besaran, (Contoh: Transformers, Gi Joe, Spiderman, Dragonball, dan lain lain..) kenapa sekarang baru nak diterbitkan?

Sebab para penonton puratanya adalah orang yang baya baya aku, dan juga mereka mereka yang mentadbir industri itu sekarang adalah orang orang yang baya baya aku.. tu yang ‘bias’ tu!

Begitu jugak bila aku bukak radio, kebanyakkan DJ radio putarkan lagu yang popular pada zaman 80an dan 90an, iaitu lagu popular zaman aku masih kanak kanak dan remaja, zaman kemaluan masih belum tumbuh bulu, yang mana di zaman itu, lagu tersebut menjadi siulan dan selalu aku dendangkan, hafal lirik dan dapat bermain gitar dengan baik, buat kaki aku tiba tiba terhentak hentak sebaik terdengar lagu memori tu, atau tiba tiba aku ikut menyanyi rangkap korus dengan baik buat bini dan anak aku ketawa, kenapa lagu tu kembali popular?

Sebab DJ tu ‘bias’ dengan aku, sebab rata rata orang yang menjadi DJ adalah orang yang baya baya aku.. (Khairil Sinar FM, Faizal Ismail Hot Fm, Kiran Era, Linda Onn, Kak Engku.. dan lain lain..)

Ok, itu contoh sahaja, ada banyak lagi contoh lain yang lebih baik, aku sajer guna media hiburan sebab nak bagi mudah faham tentang batapa ‘bias’nya kehidupan ini dengan orang yang baya baya aku…Tapi bila masuk bab ugama, bab politik, kat sini aku rasa ‘fail’, sebab?

Walapun rata rata ustaz ulamak, atau orang yang memerintah dunia ini adalah orang yang baya baya aku.. tapi kenapa mereka yang aku kenal atau tidak kenal, selalunya jatuh dalam kategori “Pak Pandir Moden”

Adakah kerana cerita “Pak Pandir” yang selalu kita dengar waktu kecik-kecik dulu membuatkan ianya menjadi ‘bias’ dalam umur 30 an sebegini ? Tolonglah, bila korang dah jadi “Pak Pandir Moden” dan gunakan kePandiran korang dalam dunia ugama serta politik, maka rosaklah zaman kelakian sempurnaku ini.., oh..

Zaman 30an adalah zaman sebaya ahli shurga, kita ‘patut gembira’ dalam menjalani umur 30-an sebelum mencecah umur bijaksana(40-an) kelak, maka untuk itu aku tulis entry ini agar dapat menjadi bimbingan kepada semua Pak Pandir di luar sana dalam mencari erti sebuh kehidupan.., juga agar korang sempat membuat persedian sebelum korang kelak merosakkan zaman 40an orang lain pulak!

Ok, sebelum tu mari kita kaji sikit akan asal usul Pak Pandir…

Sebenarnya dalam kepala otak kita ada satu sensor, yang dalam Bahasa Englishya dinamakan BS Detector, atau biar aku murnikan dengan menamakan Bullshit Detector ini sebagai “Pengesan Sampah” yang mana fungsi “pengesan sampah” ini, setelah merujuk kepada hadith yang mengatakan bahawa dunia ini adalah sampah, atau bangkai atau najis.., maka fungsi “Pengesan sampah” adalah untuk membezakan mana satu sampah, dan mana satu bukan sampah, simple sahaja, tapi Pak Pandir tak faham sebab Pengesan sampah mereka gagal berfungsi dengan baik, lalu sampah di kata bukan sampah, malah di guna sampah sebagai makanan harian manakala bukan sampah di kata sampah lalu rosaklah hidup Pak Pandir di dunia amnya dan di akhirat khasnya..

Faham tak?

Atau nak lagi mudah senang faham, Pak Pandir adalah seorang ‘tua’ yang bodoh, atau senang diperbodohkan, mudah percaya pada semua orang, dan mudah diberi semangat serta rangsangan, lembik dan keperempuanan (kalau lelaki) dan jika Pak Pandir ada email, maka hari hari kerjanya Forward semua Email tanpa sempadan, itulah Pak Pandir Moden yang hidupnya menyusahkan orang..

Kenapa menyusahkan orang? pertama: kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh!

Dan ini banyak berlaku dalam dunia politik serta ugama! Maka wujudlah ungkapan ungkapan bodoh dari Pak Pandir sekalian:-

“Siapa tak sokong aku akan masuk neraka, Ustaz X cakap macam tu”

“kau jangan makan roti ABC, nanti masuk neraka, sebab aku baca dalam email semalam, kedai roti tu bersebelahan dengan kandang babi”

“kau kena sebarkan berita ini kepada 20 orang, maka nasib kau akan berubah menjadi baik, tapi jika kau tak sebarkan, kau akan mati disambar petir”

“aku baca email, PM tu sebanarnya UFO yang cuba menakluki bumi”

“salah satu tanda kiamat, adalah sejadah berdiri”

“Ustaz X cakap, orang yang tidur di masjid tu adalah agen yahudi”

“Bla bla bla bodoh, mangkuk, pandir!”

Ok, cukup contoh setakat tu, nak lagi banyak contoh, cuba kau telefon “Pak Pandir” yang berlegar sekitar dalam kehidupan korang dan tanya mereka: apa cerita hari ni? Terus Pak Pandir cakap, “kau tahu tak.., (sambung sendiri)”

Baik, aku tak nak kutuk lebih lebih, sekarang kita bincang akan sebab musabab kenapa seseorang yang berumur 30 tahun tapi masih jatuh dalam katogori Pak Pandir Moden..

ASBAB YANG MENJADIKAN KORANG PAK PANDIR

1)Percaya pada semua benda yang sesuai dengan nafsu.

Seorang Pak Pandir itu, hidupnya adalah suka mengikut nafsu, dan salah satu nafsu pak Pandir adalah percaya pada cerita yang sesuai dengan nafsu.., pelik kan?

Contoh: Pak Pandir yang hisap rokok akan memilih ustaz yang merokok untuk mendapatkan fatwa.., yang suka mengumpat akan memilih ustaz yang suka mengumpat untuk mendapatkan fatwa.. dan mak andir yang suka hisap kemaluan pula akan dapatkan ustazah yang suka hisap kemaluan jugak untuk dapatkan fatwa.., begitu lebih kurang..

Ok, kita bincang dari segi sains: kita ambik cerita pak Pakdir moden yang suka berdakwah cara moden jugak, sebagai contoh: pendakwah dengan lagu misalnya, dan bila ada ‘ustaz’ atau geng usrah yang keluarkan fatwa sesusai dengan nafsu mereka “boleh menyanyi dengan niat berdakwah tak kesah apa tempo sama ada rock, rap atau dangdut yang penting lirik islamik bla bla bla..

Maka bila Pak pakdir moden dengar cerita macam ‘fatwa’ kat atas tu, dan SESUAI DENGAN NAFSU mereka, maka terus Pak Pandir rasa ‘suam dan selesa’ dan kerana suhu ‘suam dan selesa ini’ telah terbit dari otak mereka, maka secara automatic, suis ‘pengesan sampah’ akan terpadam, dan otak akan berpindah posisi dari kepala otak kepada kepala lutut, dan bila otak korang dah pergi kat kepala lutut maka Pak Pandir akan percaya bahawa benda tu betul, dan bila Pak Pandir percaya bahawa benda tu betul, maka automatik Pak Pakdir dah takde kekuatan emosi untuk mengatakan benda tu tak betul, di tambah dengan nafsu yang juga suka benda tu, malah Pak pander sendiri yang berbisik:

“ala tak best la kalau citer tu tak betul”,

Maka pada waktu dan saat ini, ditambah umur 30 tahun ke atas, yakinlah bahawa korang telah menjadi Pak pander moden yang telah sempurna kepandirannya…

2)Terlalu memuja orang lain..

Sebab lain yang menjadikan korang Pak Pakdir Moden ialah kerana korang terlalu memuja orang lain, yang ikut nabi Palsu si Kahar, atau Ayah Pin, memang dah terang terang Pak Pakdir, tak payah aku cerita panjang..,

Tapi yang tak ikut puak puak yang jelas sesat di atas pun ada jugak pak pandirnya, dan ini berlaku kerana korang terlalu memuja orang lain, tak kiralah siapa, ustaz ulamak ke, pakar motivasi ke, penceramah bebas ke, yang mana korang anggap orang yang korang puja tu ‘pilihan Tuhan’ dan sebagai ‘pilihan tuhan’ maka orang tu takde cacat cela.., terutama orang yang selalu keluar Akhbar, atau orang yang pandai buat lawak waktu ceramah ugama, yang mana korang anggap semua yang mereka cakap itu betul.., maka bermulalah kebodohan dalam hidup korang.. Nabi pun ada salah, inikah pulak penceramah bebas kegemaran Pak Pakdir!..

3)Percaya pada Majority.

Dalam mazhab demokrasi, yang ramai itu betul, yang sikit itu salah.., sedang dalam ugama, bermula dengan sikit dan berakhir dengan sikit, dan beruntunglah orang orang yang sikit.. tapi pak Pandir tak paham..,

Aku bagi contoh, katakanlah, pada satu hari, korang sebagai Pak Pandir, pergi beli anak kambing dan bawa pulang dari pasar dengan mendukung anak kambing..

Manakala, Aku pulak dan kawan kawan aku yang seramai tiga orang, nak buat eksperiman untuk buktikan bahawa korang adalah Pak Pandir..

Maka, kamipun duduk secara berasingan di satu jalan menunggu korang pulang beli kambing..
Kemudian, ketika korang lalu sorang sorang sambil dukung anak kambing, berselisihlah korang dengan kawan aku, lalu kawan aku tu buat buat terkejut sambil berkata:

“Eh, kau gila ke, dukung anak anjing?

Tentu korang akan terkejut dan cakap kawan aku tu gila.., lepas tu korang jalan lagi dan berselisihlah pulak dengan sorang lagi kawan aku yang berkata:,

“Kau ni orang islam ke orang kapir? Kenapa kau dukung anak anjing tu?”

Korang dah mulai konfius dah, tengok anak kambing tu atas bawah, ada tanduk, ada janggut, tapi korang tabah, teruskan juga perjalanan hinggalah akhirnya korang jumpa aku (ha ha ha) yang sedang berserban dan berjubah, sebaik sajer aku lihat korang, aku mengeleng-gelengkan kepala sambil beristigfar..

“Astarfirullahalazim, tergamak kau dukung anak anjing ? "

Huh! Korang dah tak fikir panjang dah, terus campakkan ‘anak anjing’ tu dan mintak maaf kat aku, woha!

Sah, korang adalah Pak Pandir!

Woi!!! Pak Pandir!,

Kalau pun 3 billion orang cakap kambing itu anjing,, tak kira 3 billion orang tu agama apa, ada degree apa, ada kelayakan apa, tapi kalau apa yang dia cakap tu TAK BETUL, maka benda tu adalah TAK BETUL! BODOH!.

4)Suka Forward Email

Sejadah berdiri? Kalimah Allah pada roti canai,? Asap berbentuk syaitan pada asap WTC? Roti XXX haram? Syaitan kencing di sate Kajang?, Coca Cola terbalik menjadi No Mekkah? Tak forward email kepada 20 orang akan jadi mayat? Bla.. bla… bla..

Huarghh (bunyi menguap), Macam aku cakap tadi, kemudah percayaan Pak Pandir pada semua cerita akan menyusahkan diri sendiri, senang diperbodohkan, itu semua kita tahu sudah, tapi bila Pak Pandir paksa orang lain untuk percaya apa yang dia percaya, ini yang bengang! Bengong dan hampeh..

Aku pernah pergi kedai bersama sorang hamba Allah ni, waktu aku masukkan barang rumah ke dalam bakul, beliau pegang tangan aku, lalu keluarkan kertas bersaiz A4 dari dalam poket lalu bagitahu barang yang aku beli tu haram, aku tanya kenapa? Katanya, menurut email forward, pekerja kilang tu tak solat subuh.., bla.. bla ..bla..,

Apa punya bodoh kau ni? Kau nampak ke dia tak solat subuh?, dan kenapa pulak orang tak solat subuh jadikan barangan produk ni haram? Arghhh, aku malas nak tulis, rasa bodoh semacam jika aku ulang jawapan pak pandir yang mempertahankan kebodohannya..

Yang peliknya pulak, si pak Pakdir ni cukup bangga dapat berhujah dengan fakta dari email forward, dan bila bercakap, “menurut Email yang saya baca.., bla bla bla..”

Ha ha ha! Rasa nak berguling aku dengar ungkapan bodoh macam tu.., kalau korang cakap kat makcik aku pada zaman Malaysia belum ada internet oklah, tapi sekarang, semua orang boleh forward email.., semua orang boleh tulis email, apa best sangat fakta yang di ambik dari email forward? Siap perasan pandai tu.., lawak betul ler…

Woi pak Pandir!, Korang tahu tak?, menyebarkan benda yang tak betul itu fitnah, dan fitnah itu lebih besar dosanya dari mengumpat, dan ketahuilah:

Kebijaksanaan seseorang diukur melalui apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka sebarkan..., jika korang percaya pada cerita palsu, korang memang bodoh, dan jika korang sebarkan pulak apa yang palsu.., sah, korang bangang!

Orang yang pandai itu bukannnya tidak bodoh, tapi, orang itu pandai kerana pandai menyembunyikan kebodohannya, manakala orang yang bodoh bukanlah tidak pandai, tapi jadi bodoh kerana sering menampakkan kebodohannya, jadi berhentilah forward emailodoh, tak nampak sangat kebodohanmu wahai Pak pandir hampeh...

Peringatan: siapa forward kat aku lagi berita atau fakta yang hampeh, aku akan menganggap diri kau sebagai PAK PANDIR BANGANG!

5)Korang punya ‘Pengesan sampah’ adalah sangat tumpul.

Ketajaman BullShit detector atau ‘Pengesan sampah’ ini adalah ditentukan oleh suasana persekitaran korang membesar, kerana ada antara korang yang di asuh untuk percaya pada semua benda, sejak waktu kecik lagi korang dah di ajar untuk percaya jika duduk atas bantal akan tumbuh bisul, atau jika makan lambat gajah akan datang, atau percaya dalam gelap ada hantu, dan sebagainya.., maka lama kelamaan ‘pengesan sampah’ korangpun dah jadi tumpul, bila dah tumpul korangpun jadi bodoh.., bila jadi bodoh, maka korang akan percaya pada semua benda, dan bila percaya pada semua benda korang akan perasan bagus jika dapat sebarkan semua benda tu... dan bila korang perasan bagus maka korang dah tak boleh lagi nak beza yang mana satu betul, dan mana satu sampah!

Dan tengok, apa akibatnya bila ‘pengesan sampah’ rosak pada kehidupan ugama korang?
Maka, apabila tiba tiba muncul Ustaz X bagitau siapa yang tak sokong parti Y masuk neraka, dan siapa yang solat di masjid Z maka solatnya tak sah, maka korang yang bodoh lagi tumpul ‘pengesan sampah’ pun pecaya bulat-bulat. “wah wah, hamka masuk neraka sebab solat kat masjid Z, Hamka masuk neraka sebab tak sokong party Y, eh kau tak caya ke? Ini cakap ustaz X” Begitulah ujar Pak Pandir sekalian dengan mata bulat pada aku pada 20 tahun dahulu, dan sekrang umur dah tiga puluh tahun, masih lagi bangang macam dulu, apa kes?

Dan Alhadulillah, ‘pengesan sampah’ aku, dalam bab kafit mengkafir ini, dari kecik adalah extremely sharp (bukan eksyen - fact). First time aku dengar Ustaz X cakap orang tu masuk neraka, solat kat masjid tu masuk neraka, itu ini begitu begini, aku yang baru baligh dah tahu semua itu Sampah! Biar pun aku mendapat tentangan dari adik beradik dan kawan kawan, tapi aku persetankan mereka.., dan sekarang aku tengok, masing masing dah jilat ludah sendiri.. oh.., (Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah bagi ‘pengesan sampah’ yang dapat bezakan mana satu sampah better than some adults..) sebab mereka dah solat di masjid yang dulu mereka kata kapir solat kat situ… kan?

6)Kurangnya knowledge atau pengetahuan.

Untuk tajamkan BS Detector atau Pengesan sampah tadi, korang kena ada banyak ilmu pengetahuan, dan ada banyak benda yang tak de dalam silibus sekolah atau University, buktinya ada ramai kawan-kawan aku belajar tinggi tinggi pun bodoh gak..
Bodoh bila buat keputusan hanya dengar cerita sebelah pihak...

Satu lagi, bab ugama, Pak Pandir ni suka mencari hiburan dalam bab akhirat, sebagai contoh, “Hamka, jom dengar ceramah ustaz X, ustaz tu kelakar..”

“What?! Umur dah 30 tahun kau masih dengar ceramah base pada kelakar?, baik aku tengok Stephen chow kalau nak kelakar”

Kawan.., umur dah 30 tahun..., Raja lawak buat lawakpun aku tak gelak, inikan pulak ustaz buat lawak bodoh waktu ceramah.., tapi korang.., suka sangat! Macam budak budak..

7)Masalah iman…

Ok, ini last.., Masalahnya menjadi golongan Pak Pandir adalah mereka akan kutuk semua orang yang tak percaya dengan mereka, apatah lagi bila pihak musuh mereka buat salah, semua nak keluar email forward, dan fatwa geng usrah atau link blog sebagai bukti.., tapi cuba kawan mereka, atau parti mereka buat salah yang sama macam musuh mereka, mulalah cari dall dan Nas dari email forward dan fatwa geng usrah atau link blog untuk betulkan pulak kawan kawan mereka..

Di sinilah jelas segala Kepandiran mereka,

kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman (sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab senyokong kemungkaran parti sendiri)

Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap sokong lagi, ke mana iman korang?

Habis!

Jadi, berbalik kepada zaman umur sebaya superman dan ahli shurga ni, janganlah jadi Pak Pandir lagi, itu contoh jer aku bagi, padahal banyak lagi benda sensitive yang aku boleh tulis, (contoh seperti: hantu wujud, makanan haram, agenda yahudi, tuhan mencarut, tuhan samseng, ufo ada, konsert halal, snooker bagus, mengumpat dapat pahala dan sebagainya) ialah, korang dah besar, dah bersunat, dah ada otak, dah abis sekolah, dah berbulu kemaluan, maka korang kena la berfikiran ala ala detective conan sikit...

Nampaknya, aku nak kena salahkan mak bapak korang dan surrounding authority (cikgu, saudara mara, ustaz dan sebagainya) yang telah didik korang untuk percaya pada semua benda.., terutama benda benda tahyul..

Dalam Al quran dah tulis dah dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 yang berbunyi..
"Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.“

Jadi.. jika korang nak suruh aku percaya apa yang korang percaya, korang kena tunjuk bukti, tunjuk gambar, dan dengan keputusan A dalam subjek sains waktu SPM, korang boleh lihat bagaimana aku argue bahawa benda tu adalah coincidental.., dan lain kali tak payah la yakinkan aku dengan cakap macam pak Pandir di bawah:-

“takkan kau tak caya, dah banyak email forward bab ni”
“apa la kau ni, sikit-sikit tak pecaya, ni mesti terpengaruh dengan barat ni”
“ni bukan aku bohong, ustaz X cakap macam ni”

Cukuplah tu Pak Pakdir.., cukuplah.. Dunia ni darul asbab, belajarlah what is possible/impossible, melalui basic science..

Satu lagi bab email forward, benda-benda yang ridiculous tak payah la sampai nak kaji lebih-lebih. contoh macam surat berantai yang dulu tersebar kat malaysia, yang siapa tak copy nanti kena alamat buruk... benda ni aku dari dulu lagi aku dah tau ‘sampah’. Waktu surat ni sampai, ada kawan aku punyalah takut dan bincang kumpul duit untuk copy surat tu, aku ambik surat tu dan koyak depan mereka sambil ketawa macam puntianak, habis pucat lesi muka mereka tengok aku sebab takut aku kena bala, sekarang mereka sorang dah arwah(semoga rohnya dicucri rahmat) dan sorang lagi dah masuk penjara, siapa yang kena bala ni?

Ini termasuk lah benda lain macam forward email dapat duit, forward email nanti ada company bayar 3 sen untuk budak punya operation etc etc etc... apa punya bodoh ntah?!

Dan untuk atasi masalah Pak Pandir ni, aku nasihat korang jangan baca Email forward hari hari, juga jangan baca akbar Harakah sahaja atau Utusan malaysia sahaja, atau baca blog sebelah pihak sahaja, tapi bacalah Al quran dan hadith banyak banyak, kitab yang korang cakap hadith daif banyak tu pun kena baca, dan bila dah banyak hadith dalam hati korang, maka hati korang akan jadi putih, bila hati jadi putih lama lama akan jadi bersih..

Teruskan lagi baca hadith nabi banyak banyak sehingga dapat memadam kepercayaan korang pada benda benda yang tak betul, teruskan baca lagi kitab Fadhail amal, atau kitab mutakhab hadith yang akan penuhkan hati korang dengan benda benda yang betul.

Bila hati korang sudah penuh dengan benda benda yang betul, pada waktu tu, apabila sampah seperti paranormal, tahyul, toyol, pendapat ustaz politik dan sebagainya dapatlah ‘pengesan sampah’ korang berfungsi dengan baik.., automatic korang akan reject semua cerita lembik dan cerita sampah.. Automatik korang dapat persoalkan benda-benda bodoh yang mengelilingi korang, dan atumotaik insyAllah korang akan dapat challenge benda-benda yang korang pecaya dari kecik, dan akhirnya dapat buat keputusan dengan fakta dan ilmu yang benar..,

Alhamdulillah..

Satu lagi bila bab ugama, tolonglah faham hakikat ikhlas, iaitu sebelum buat amal cuba tanya empat soalan, adakah ini perintah Allah? Bila ini perintah Allah, bagaimana Nabi buat? dan adakah aku buat kerana Allah? dan akhir sekali bagaimana aku akan itiqamahkannya?, baru dapat hakikat ikhlas, ini tidak, sebab ustaz politik pilihan korang dah cakap sekian sekian, korang terus buat tanpa usul periksa, sibuk nak forward email hari hari, sibuk nak update blog hari hari, sibuk tanpal poster tinggi tinggi, sibuk berdemotrasi sana sini, mogok lapar dan sebagainya, sedangkan selemah lemah iman alihkan kayu di tengah jalan, tapi korang sibuk sesakkan jalan.., kasihan orang dalam ambulance.. habis!

Cukup la aku tulis kat sini, nanti aku sambung jika aku rajin luar biasa atau masih belum jadi mayat, kesimpulannya ialah, sapa yang dah berumur 30 tahun tapi masih jadi Pak Pandir, aku harap korang jadi la bijak sikit, korang tu dah tua, dah habis masuk U, tolonglah jangan jadi dungu – dan sapa yang insist nak gak jadi Pak pandir aku tak tau la nak jadi apa, tapi aku harap walaupun korang insist nak hidup dalam ignorance, harapnya anak-anak korang nanti tak payah la raise up jadi bodoh macam korang, kesian aku tengok.

WISE UP, PEOPLE umur dah 30 tahun dah..

Sekian, Asalamulaikum…

Ps: Harap-harap nya sapa-sapa yang baca ni akan mengambil step-step yang disebutkan di atas supaya BS detector korang menjadi tajam dan boleh hidu BS from a mile away (at least as good as mine, if not better)

(kredit untuk lagenda blogger BAL, 25% kandungan entry ini di ciplak dan diedit suka hati aku dari entry beliau: BS Detector.)

Oct 29, 2009

Sejadah berdiri?

(Boleh tak jangan email aku tanya pasal benda benda yang 'slow'.., contohnya, apa pandangan keretamayat tentang sejadah berdiri?)

Cerita satu:SEJADAH BERDIRI?

Ok, jawab jugaklah sebab dah ada yang tanya,: apa pendapat keretamayat tentang "sejadah berdiri"? adakah ini tanda kiamat?"

Lalu berdialoglah aku dalam Loghat Terengganu kepada sejadah itu..:

"Mung ning bukang sejadah cacang, kalau mung sejadah cacang, mung kena straight ke atah, tapi mung ning, kalu kat terengganung, orang panggil: sejadah lepek!..."

Ok, aku subtitilekan loghat tadi ke dalam Bahasa Malaysia:

"Engkau ni bukan sejadah berdiri, kalau engkau sejadah berdiri, dah tentu kau kena tegak lurus ke atas, tapi engkau ni jika kat Terengganu, orang kenali engkau sebagai sejadah ‘lepek'!’"

Maaf, aku tak jumpa standard bahasa Malaysia untuk ganti loghat Terengganu bagi katanama “LEPEK”

Bunyi untul ‘LE’ adalah sama dengan bunyi LEbah..

Dan bunyi untuk ‘PEK” adalah sama dengan keMEK..

Jadi, sebut betul betul.. LE...PEK!

Dan rujuk orang Terengganu berhampiran korang untuk mengetahui maksud sebenar: Lepek!

Ingat! Sebut betul betul.. LE...PEK!

Itu sahaja komen aku tentang 'sejadah berdiri', Selamat belajar makna le..pek!... :)

****

Cerita dua: SEJADAH LEPEK BERGERAK?

Baru baru ni, ada kejadian ‘misteri’ telah berlaku kat rumah, aku.., iaitu di ruang tamu rumah aku, tiba tiba muncul 'sejadah lepek', dan yang lebih pelik.., sejadah itu bergerak gerak...

Dan oleh kerana aku seorang yang perasan penakut, maka aku telah arahkan seorang yang tiada sebarang dosa besar dan juga dosa kecil untuk siasat misteri 'sejadah lepek bergerak' ini..,
Nampaknya, 'matsom' sedang mendekati sejadah lepek ini tanpa sebarang ketakutan menyelubungi dirinya..
Tapi, sebaik sahaja matsom menyentuh sejadah lepek itu, terus sahaja sejadah lepek berhenti bergerak..
Lalu terlihatlah satu makhluk yang bersembunyi dalam sejadah lepek itu..
Menjelma!!! Woha!!!
Ha ha ha, gelak 'sejadah lepek' kepada 'matsom'..
Wahai tuan tuan, bukankah Allah telah berfirman dalam surah Al Mulk ayat 3 dan 4 yang berbunyi..
"Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah.“
"Dengarlah adikku akan pesanan kakak, jangan mudah percaya pada semua benda, terutama benda benda tahyul.., jangan bila besar nanti, mudah sangat forward email tanpa usul periksa, kerana.., kebijaksanaan seseorang diukur melalui apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka sebarkan..."
Terima kasih akak, nasib baik adik tak jadi mamat dan minah forward yang perasan pandai..., dan sekarang, adik dah tahu, akan perbezaan orang yang pandai dengan orang yang bodoh, iaitu...
"orang yang pandai itu bukannnya tidak bodoh, tapi, orang itu pandai kerana pandai menyembunyikan kebodohannya, manakala orang yang bodoh bukanlah tidak pandai, tapi jadi bodoh kerana sering menampakkan kebodohanya"...
Faham faham sudah...
*******
Cerita tiga: KAIN PELEKAT BERDIRI?
Ok, malam ini malam jummaat.., ada orang yang jadikan malam jumaat sebagai 'sunnat' menyetubuhi isterinya..., aku waktu mula mula kahwin juga begitu.., malam jummat 'sunnat' dan malam lain, 'wajib'.! Woha!

(Gambar kain pelekat berdiri dari pandangan belakang)

Jangan fikir bukan bukan, tak senonoh betul korang ni, cuba sangka baik sikit.., gambar kain pelekat berdiri itu terjadi mungkin kerana orang yang baru berkhatan terpaksa 'diri'kan kain pelekat untuk mengelakkan geseran.., kan?

Cerita empat: SELIMUT BERDIRI?

Ingat tak Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel dan satu Malaysia 'nampak', ingat tak?

Tapi kan.., jika Datuk Chua Soi Lek ikut Sunnah Nabi dalam berjimak, iaitu tutup dengan selimut, maka dah tentu satu Malaysia hanya nampak ‘selimut berdiri’..., kan banyak hikmahnya ikut sunnah Nabi?, orang nak skodeng pun tak dapat…,

Tapi buat dengan isteri yang sah sahja, baru dapat pahala sunnah!

Cerita lima: SEMBAHYANG BERDIRI.

Solat wajib dilakukan dengan berdiri kerana ianya adalah syarat sah solat.., dan kita di perintah men'diri'kan solat, iaitu menjaga solat..

Sesungguhnya, besar perbezaannya di antara orang yang jaga solat dan orang yang solat..

Macam makan jugak, orang yang jaga makan, hidupnya akan jadi sihat.., tapi jika makan tak jaga.., maka meranalah hidup....

Begitulah orang yang jaga solat, akhiratnya akan jadi sihat.., tapi jika solat tak jaga, maka merenalah akhirat...

Dirikanlah solat di awal waktu, ditempat azan di azankan, dan di saf yang paling hadapan, insyAllah...

Cerita enam: LALANG BERDIRI...

Ingat tak sajak Usman Awang? "ke makam Bonda?"

"Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi"

Sajak tentang kisah anak yang dah lama tak ziarah kubur mak bapak mereka sehingga naik semak samun.., oh.., malas dah nak ulas...

Maka entry aku habis sampai sini, dan pergilah zirah kubur sebagai peringatan yang afdal.., sebelum 'batu berdiri' dikepala dan kaki.....

Sekian...

Ps: Jangan lepek sejadah lepas solat.., lipat elok elok..