Part 1
Di hadapan sebuah rumah, kelihatan Abang Ali sedang menggaru telinganya yang tidak gatal, kemudian menggaru pipi, lepas tu membokok menggaru betis pula..,
“Assalamulaikum”
Abang Ali lantas mendongak dan terlihatlah seorang manusia berjubah putih dan berserban..,
Oh! Ustaz, dah lama saya tunggu.., ni nak bagitahu, esok pagi nak mintak tolong sembelih lembu arwah bapak saya, boleh ustaz?
“InsyAllah”
Boleh tak ustaz?”
“InsyAllah”
Yelah, InsyAllah, tapi boleh ke?
Saya cakap, InsyAllah.., awakpun kena jugak sebut InsyAllah..
Tak payah ‘InsyAllah’lah ustaz, lembu dah ada, dah ikat elok elok, pisau pun dah asah tajam tajam, kira jadi ye ustaz besok pagi?
“InsyAllah”
“InsyAllah-InsyAllah! Jadi ke tak jadi ni ustaz?”
“InsyAllah”
Pening saya ustaz, insyAllah ni untuk benda yang tak pasti, lembu ada, pisau ada, kira jawab boleh dah ler..
Kamu ni Ali, nak mengajar ustaz pula, kita kena sebut “InsyAllah” kerana semua yang terjadi dengan izin Allah, faham..
Kira boleh ler ni ustaz?
“InsyAllah”
Arghhhh, pening kepada Abang Ali dengan jawapan ustaz Hussin, lalu abang Alipun berlalu sedang ustaz Hussin menggeleng gelengkan kepala melihatAbang Ali yang semakin jauh dari pandangan...
Part 2
Suatu waktu dahulu, sewaktu Allah ingin mencipta manusia sebagai Khalifah di atas muka bumi,maka bertanyalah malaikat pada Allah..
“Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah?, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
Part 3
Suatu waktu yang lain, terdengar Tuhan bertanya kepada ketua Malaikat dengan penuh kemurkaan:
"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Syaitan menjawab:
"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."
Lalu Tuhan melaknatnya, dan menjadikan ia sebagai iblis!
Bermulalah kejahatan di alam manusia...
Part 4
Abang Ali melihat lembu kesayangannya yang bakal di korbankan esok pagi, sambil menggosok gosok tanduk lembu, abang Ali pun bercakap dengan lembunya..
“esok pagi, ‘ustaz insyAllah’ akan sembelih kamu, kamu jangan nakal nakal..”
Nampaknya, Abang Ali telah melebelkan ustaz Hussin dengan gelaran ‘ustaz insyAllah’, apa apalah..
Pintu kandangpun di tutup, dan Abang Alipun pulang ke rumahnya..
Part 5
Dari pintu langit, barang siapa di antara manusia yang bertaubat sedang air mata bercucuran ke pipi, Maka memujilah Allah akan manusia itu di hadapan para malaikat, lalu berfirman:
“Lihatlah kepada hambaKu yang sedang merayu kepadaKu.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”
Lalu Malaikat berkata,
“mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa?, sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa”
Lalu Allah membela manusia,
“Pergilah Panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat malaikat itu!”
Malaikat menjawab,
“Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”
Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu...
Part 5
Suatu hari yang lain, ketika Nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah seorang hamba Allah lalu bertasbih:
‘Subhanallah!’
Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut sebut sedangkan di zaman itu orang ramai tidak bersetuju dengan ugama yang di bawanya..
Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim a.s segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang di tasbihkan..
Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan separuh dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi..
Terus sahaja nabi Ibrahim a.s berikan separuh dari kambing kepada hamba Allah itu, lalu bertasbihlah kalimah ‘SubhanAllah!’
Oh, alangkah gembiranya Nabi Ibrahim mendengar kalimah ini lalu memberikan kesemua kambingnya kepada hamba Allah itu..
Namun, Hamba Allah itu memulangkan kembali ke semua kambing dan berkata bahawa aku adalah Malaikat yang turun untuk melihat sejauh mana cintamu kepada Allah, kerana di langit, Allah selalu memujimu di hadapan kami, maka benarlah, kamu benar benar mencintai Allah lebih dari segala galanya...
Part 6
Abang Ali sedang asyik mengira duit dari tujuh bahagian tempahan orang kampong terhadap lembunya, satu bahagian, RM 340.., terus Abang Ali ulang kira kerana sekejap di kira terlebih, sekejap di kira kurang..,
Berapa aku nak upah ‘ustaz Insyallah’ esok?, RM 50 cukup kot..
Hujung jari di basah lidah, dan jeri jemari terus membelek belek duit itu lagi...
Part 7
Sudah lama Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar di berikan seorang anak lelaki yang soleh, dan di hujung usia, ketika umur sudah lanjut,maka datanglah keajaiban dari Allah, Nabi Ibrahim dikurniakan seorang anak lelaki yang comel... Nabi ismail a.s...
Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama di idam idamkan? bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu 'cinta'nya pada anak telah melebihi cinta kepada Allah, maka di pendekkan cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.
Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka..
“Abang ingin ke mana”
Tanya sang isteri dengan cemas dan sedih, tapi nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata kata, lalu isteri bertanya lagi,
“Adakah ini perintah Allah?”
Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’.., tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman.., yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan..
Part 8
Apahal kau termenung tu Ali?
Tanya Mak munah setelah melihat Ali asyik berbaring depan TV sambil melihat syiling..
“Tak mak, saya teringat Ustaz insyAllah tu, eh, silap.., ustaz Hussin, suka benar cakap insyAllah insyAllah, macam tak jadi.., cakaplah boleh..”
“itulah masalah orang melayu, InsyAllah biasanya tak boleh.., kalau boleh terus cakap boleh, mak pun tak faham..”
"Kalau Ustaz insyAllah tu tak jadi, nak suruh siapa mak?"
"Berapa kau nak upah sembelih tu?"
"RM 50..."
"Mak rasa mak pun boleh, Insyallah.."
Ali tersenyum kambing.
Part 9Tujuh tahun setelah pemergian Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Nabi Ismail a.s dan isterinya di padang pasir, Mekah telah berubah wajah, dari padang tandus, telah menjadi oasis, telah menjadi kota, berkat mukjizat nabi Ismail mehentak kaki setelah ibunya berlari dari safar dan marwah, orang ramai juga telah ramai menatap di sana..
Dari jauh, kelihatan Nabi Ibrahim a.s pulang bersama tungganganya.., pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, mainbatu seremban, main ketawa-ketawa, dan lain lain..
Dan pada waktu itu sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tidak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi ke jalan Allah selama 3 tahun,
Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):
“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!
Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya...
Part 10
Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga, lalu mulai mencari kerja untuk mendapat sedikit upah, di pendekkan cerita, mereka bekerja sebagai tukang kasut, dan ketika sedang membersihkan kasut, datang seorang wania menghulur kaki, dengan betis yang bunting padi, putih dan gebu..
Dan ini menyesakkan nafas Harut dan marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mulai membahang!
Awas semua wanita sekalian!
Part 11
Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak lelaki, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.
Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda:
“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”
Part 12
Ketika Umur Nabi Ismail 10 tahun, Nabi Ibrahim a.s telah di benarkan pulang berjumpa anak dan isteri...
Maka sekali lagi cinta dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi dari cinta dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala-galanya.
Lalu pada malam itu, baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah..
Akrian, berkatalah nabi Ismail a.s sebelum di sembelih:
Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.
Wahai ayah, aku sampaikan beberapa pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan ayah
Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku
Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia menjadi susah.
Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher ku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.
Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih ku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan aku.
Nabi Ibrahim berkata:
“Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”
(Nabi Ibrahim, sesungguhnya doamu untuk mendapatkan anak yang soleh telahpun makbul)
Kemudian Nabi Ismail berkata:
“Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu, bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya sendiri.”
Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan, serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat tenaganya.
Lalu Nabi ismailpun di sembelih...
Part 13
Suatu waktu, Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua Malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.
Kemudian Allah berfirman bermaksud:
“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan :‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”
Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina dengan isteri orang...
Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna , namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkukutk..
Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat, mala layakalah kamu dipuji tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata..
Part 14
Tuan tuan yang mulia..
Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang
Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia…
Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja
Tapi manusia itu adalah anak dia…
Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih anak dia sahaja
Tapi itulah satu-satunya anak dia…
Dan baginda telah melakukannya….
Part 15
Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat harut dan Marut sambil berkata,
“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”
Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan marut pun menangis dengan sekuat kuatnya, lalu Jibril berkata,
“Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”
Tahulah sudah bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.
Lantas Harut dan Marut digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.
Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa :
“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”
(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”)
Part 16
Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul di leher Ismail a.s, dan Malaikat jibrail telah datang membawa qibas sebagai ganti...
Maka bertakbirlah mereka kepada Allah yang Maha Tinggi..
Aku dan korang di sini.., adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah?
Sanggupkah kita ‘meyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri demi untuk ugama?
Boleh, InsyAllah?
Part 17
Pagi pagi lagi Abang Ali dah tiba di rumah Ustaz hussin..
“Ustaz .., ustaz!”
Ustaz hussin pun keluar dan bertaya..
“kenapa Ali?”
“InsyAlllah, lembu hilang!
Woha!
SEKIAN..
PS: Cerita ini tiada ulasan...
Salam,
ReplyDelete"Pilot" takde ker? :D
assalamualaikum. satu pertanyaan, yang part 5, part 10 tu dan part 15, mengenai Harut Marut, boleh saya tahu apakah sumber saudara?
ReplyDeletesekadar berkongsi,
Tafsir ibnu Kathir (Abridged version) mengenai Harut Marut
http://www.tafsir.com/default.asp?sid=2&tid=2843
http://www.tafsir.com/default.asp?sid=2&tid=2868
Hihi.."insyaallah, lembu hilang"..
ReplyDeletesorry ini antiklimaks sikit..memang ada seorang ustaz pernah kata ada penambahan tidak benar terhadap kisah Harut dan Marut...wallahulam
Panjangnya.
ReplyDeleteINSYAALLAH, akan dibaca dirumah hehehe.
Nak balik (dr ofis ni)
susah jadik manusia nie....
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteakak nak korban jugak!
jiwa dan raga!
-akak sally
..lembu lebih tahu dari manusia..
ReplyDeletesangat menarik. berjaya habiskan. insyaAllah akan berkunjung lagi ke sini :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThe epic that never fail to bring tears to the eyes, more so if is delivered in bayaan...always a reminder to us whenever we feel susah bila kena tinggal ngan suami yg keluar jalan Allah...and as always, you make it more beautiful in your own style....well done!!
ReplyDeleteair mata berlinangan. macam2 rasa yang ada dalam hati yg kotor ini.
ReplyDeletekisah yang paling buat segala bulu meremang.
ReplyDeletetabahnya siti hajar.
ikhlasnya ismail
kuatnya cinta keluarga ibrahim.
soalan:
mana nak cari suami yang tak akan cintakan saya lebih dari cintanya pada allah dan nabi?
macam mana nak jadi perempuan setabah siti hajar?
salam...
ReplyDeleteMasalahnya, ramai yang salah guna InsyaAllah tuh. Digunakan untuk melepas diri dari janji dan tanggungjawab...
woha... lembu lebih bijak.. ^^
Insyaallah sy suka cite ni :D
ReplyDeletekalau jawab "boleh,insyaallah" lebih jelas.
ReplyDeleteapa kaitan cerita ustaz insyAllah, nabi ibrahim dan nazarnya( baru tahu) serta malaikat tu.
ReplyDeleteTerharu dengan keikhlasan nabi Ismail membenarkan lehernya disembelih kerana Allah.
Kisah Nabi Ibrahim penuh makna, kisah insyaAllah juga penuh makna, haha~
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteCerita yang bagus. Sekadar nak berkongsi dari ceramah radio yang saya dengar, kita semua ada tanggungjawab untuk menunaikan Ibadah Qurban berkadaran dengan kemampuan. Ada 4 dalil --> rokok, astro, broadband dan kereta. Kalau kita mampu untuk salah satu dalil tu, tiada alasan untuk mengatakan tak mampu pada Ibadah Qurban. Marilah kita beramai2 buat Ibadah ni tahun depan. Semoga diberikan kesempatan oleh Allah.. Sekadar berkongsi kerana saya rasa ramai orang yang berasa tidak mampu bila menyentuh Ibadah Qurban ni. Padahal dia sangat mampu. (Tak malukah untuk cakap tak mampu pada amalan yang Allah perintahkan, padahal kita tak berkira berhabis duit untuk salah satu dari 4 dalil di atas - peringatan untuk saya sendiri dan semua pembaca)
Btw, boleh saya tau apa rujukan untuk cerita Harut dengan Marut tu? Saya teringat kisah ni diklasifikasikan sebagai cerita Israeliyat dalam tafsiran Hamka jilid satu. Dan kisah Israeliyat ni pernah saya dengar sebagai tidak perlu digembar gemburkan sebab kita tak tahu adakah betul atau salah. Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya.
kisah Nabi Ibrahim best untuk orang yang teringin nak curahkan airmata kerana Allah.
ReplyDeleteKisah Harut Marut dari teknikal memang ada potensi dicacatkan sbb dalam Quran tak diperincikan. Sejauh mana kebenarannya, Allah Maha Mengetahui. Kalau ia cerita dusta sekalipun.. tidak mengurangkan jatuhan airmata kerna terharu dengan kecintaan Allah terhadap manusia yang banyak dosa seperti aku ni...
Salam,
ReplyDeleteperkiraan rambang dr Norshuhada,
utk sebulan( rongkok RM7sehari x30ari + astro RM60 + bband RM68 + keta kancil RM250 ) = 588.00RM sebulan. Korban RM350.00 setahun...
huhu...
semoga Allah bg kita istikhomah dalam ibadat korban dan memberi ganjaran seperti Nabi Ibrahim dan Ismail A.S.
tq bro. n3 cukup menarik...
abu firdaus.
SALAM,
ReplyDeletesaya nak mintak izin copy kisah nabi ibrahim dr penulisan enche.
harap diizinkan.
juga pengiraan yang dibuat oleh pengkomen.
smoga memberi manfaat utk kita dan juga org lain. amin.
aku lak nk kwin raye qurban ni.nikah pada hari raye smga dberkati n dredhai
ReplyDeleteLelaki dari arah timur
ReplyDelete"Pilot" mungkin sesuai pada part 11 tukar jadi intro...
--------------
munsif
salam.
Aku rujuk di sini:
http://keretamayat.blogspot.com/2007/06/apa-ada-pada-isreiliyyat.html
---------------
van qif
baca entry aku yang bertajuk, “benarkah Israeliat?”
----------------
Khairi
Selamat bercuti
--------------
Hafix
Senang jadi binatang
---------------
-akak sally
Korban pada siapa?
---------------
Muraimerah
: )
----------------
Amirez
Jika jadi mayat, keretamayat pula yang akn berkunjung:)
---------------
Nor
more beautiful if we do what we know.., oh!
--------------
Khai
Alang alang menangis, sertai namaku dalam doa hidayatmu..
-----------------
aishah_conteng_je
carilah ‘di awal waktu’ sembahyang...
------------------
cikgu_eya
tu lah tu
------------------
maiyah
Insyaallah saya suka kamu : )
------------------
broken_nigina
yup!
----------------
Zainal
Tahu takpe..
------------------
Norshuhada
Salam,
cerita Harut dengan Marut tu sila baca entry lepas, “benarkah Israeliat?”, baca komen sekali..
---------------
abu amar
“ Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...”
(Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)
-----------------
abu firdaus.
: )
-------------
RieNa
ok
pisau tajam tak boleh potong...yang bagi potong allah
ReplyDeletemakhluk takde kuasa, yang berkuasa allah
oasis 2 ape ek..?
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteyang pasal nabi ibrahim tu mcm familiar je.. ader dlm entry sblom ni kan? kan? kan?
pasal harut marut tu xprenah dgr lak.. anyway da tmbah satu lg pengetahuan tentang islam..
dulu masa kecik2 bengang gak bila ustazah asik jwb INSYAALLAH, skang ni da besar, s0 phm la y ustazah jwb demikian..
assaLamu'AlaiKUm BradO...
ReplyDeleteWoHA!!gREat jobb.
Aq KAgum BetUl LA Ape Yg Allah Bg Kat ko..Memg btOl Allah MAha BEsAr..
bTw 2 KEsaH nI sAlu Buat mAte Aq BerAir(lillahi ta'ala)..isk..aQ saP roKok tP kORban XmamPu..Huhu..stUdent Cmne Nk korBAn??
AdiOs..
~mR COol~
InsyaAllah kita sama2 dapat manfaatnyer k..
ReplyDeletesemua org tak kira lelaki, wanita, tua dan muda...mau sama2 bagi masa utk kerja dakwah...jgn duk harap org tabligh...tak cukup org tue...kesian depa
ReplyDeletehuuuuaaaa....menanges bace entry nih
ReplyDeletemmg menusuk kalbuku la bro,,,,
walaupon certain2 cerita da diulang2
tp effectnye tetap same,,
suke bace keretamayat cz dlm midst of works n biziness nih(y sumenye semate2 tok duniawi),
ade gax ayat2 y mengingatkn ttg akhirat menerawang masok kedalam otak
y mane sebahagiannye begitu tajam lantas menusuk ke dlm hati,
y mane mmbuatkn hati tersentuh,lalu menyebabkn mate pon mengeluarkn cecair jernih serta tidak likat iaitu air mateku,,,isk2
kebelakangan nih slalu berangan,,
pk ape y ak nk dlm idop nih??
dan bagaimane nk capai??
........
xde jawapan T_T
ape2 pon bro,,,,
keep up da gud work
alwez looking forward to ur upcoming entry
wassalam
assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteaku nk tanya kalau aku ada hutang ngan orang,boleh x aku buat ibadah kurban.sebab ada orang cakap,aku kena dahulukan bayar hutang.apa pdpt ko hamka.
assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteaku nk tanya kalau aku ada hutang ngan orang,boleh x aku buat ibadah kurban.sebab ada orang cakap,aku kena dahulukan bayar hutang.apa pdpt ko hamka.
assalamualaikum..
ReplyDeleteinsyaallah...aku akan berkurban.
best dan penuh hikmah...teruskan usaha...
ReplyDeletevanjenazah
ReplyDeleteBenar!
------------
charisteas86
is an isolated area of vegetation in a desert, typically surrounding a spring or similar water source. Oasis also provide habitat for animals and even humans if the area is big enough.
-------------
Grave Members
Harut dan marut jugak ada dalam entry yang lepas, kisah Abang Ali dan Ustaz pernah tulis secara ringkas kat ruangan komen..
: )
------------
~mR COol~
Tolong tulis macam biasa, baru cool.., pening mata pakcik, kasihan pakcik
-------------
aksha
InsyaAllah
--------------
hidayat-idaman
orang yang bantu ugama, Allah akan bantu mereka..
-------------
did0_kid0
teruskan menangis, kerana penulis keretamayat juga akan jadi mayat..
siapa yang nak bawa driver keretamayat ke kubur selepas driver keretamayat ini mati?
---------------
salamesrabadi
hutang bayar dulu..,wajib.., kecuali dah ada persetujuan, contoh kau hutang 10 ribu dan bayar 100 sebulan, bila tiba musim haji, kau buat korban, ok, sebab dah ada perjanjian..nak lebih lanjut, rujuk ustaz..
------------
english mind
yo!
insyaALLAH....
ReplyDeleteinsyaALLAH....
dlu ayat ni la yg aku ucapkan kalo aku tak yakin dengan apa yang aku janji kan kat org...
hoho....
ampuni aku YA ALLAH.....
sekarang aku rasa orang-orang lain pon berfikiran seperti apa yang aku fikirkan dulu....
sebab depa tak yakin kalo aku atau sape2 ckap insyaALLAH...huhu
anyway, entry yang mantop!
teruskan berusaha untuk menyedarkan kita semua dari lena yang mengulit dosa....
Salam. maaf atas pertanyaan yg "kelihatan slow":
ReplyDelete1) Title posting kali ni "InsyAllah" dan juga segala tulisan "InsyAllah" dlm posting ni typing error atau mmg sepatutnya sebutannya gitu? sebab saya biasa menggunakan sebutan "Insya Allah" berbanding "InsyAllah".
2) Adakah betul terdapat didalam hadis sohih ataupun sirah nabawi berkaitan Harut dan Marut, malaikat terbaik dari kalangan malaikat yg Allah jadikan manusia + nafsu selepas itu dan seterusnya berbuat maksiat kepada Allah?
mohon pencerahan.
-ikhwanmuda-
assalamualaikum...
ReplyDeletesgt sedih kisah ini...bgus entry seperti ini..
assalamualaikum...
ReplyDeletesgt sedih kisah ini...bgus entry seperti ini..
Memandangkan blog saudara sentiasa dibaca dan barangkali menjadi rujukan ramai pembaca, maka adalah lebih baik sekiranya ingin meletakkan hadis2 di dalam bingkisan saudara dicatatkan di penghujung hadis seperti (Sohih Bukhari, Sohih Muslim,... etc.) yang menunjukkan saudara benar2 membuat kajian lebih dahulu terhadap satu2 isu dan bukan sekadar "teringat" kepada sesuatu hujjah, kisah, cerita, pengalaman, etc. (ralat: "menunjukkan" tak sama dgn "menunjuk-nunjuk", yiha!)
ReplyDeletesekadar cadangan penambahbaikan.
-ikhwanmuda-
..antikapel...
ReplyDeleteinsyaALLAH....
---------
uyune
waalaikumusallam
------------
ikhwanmuda
Blog aku bukan tempat terakhir untuk di rujuk..
Bab kata pujangga:
“AKU MENULIS BUKAN MEMBERI TAHU, TAPI MEMBERI MAHU”
(aku menulis sekadar sempat, tolong aku cari dalil, jika ada masa, ok)
terima kasih
kisah Nabi Ibrahim tetap berjaya membuatkan aku sayu setiap kali penceritaannya... walaupun gaya penceritaannya berbeza...
ReplyDeletewuwuu...
salam..
ReplyDeletebelajar untuk memberikan pengorbanan adalah untuk membetulkan salah faham kita bahawa, harta, diri dan masa adalah bukan milik kita..
semua nya milik Allah SWT..
-ibn sabil
InsyAllah minggu depan keluar 40 hari.
ReplyDeleteJust summarizing from other blog..Indeed, this word Insya Allah is mis-used as much as that people don't really understand the meaning of insya Allah.
ReplyDeleteSebagian orang menggunakannya utk supaya tidak disalahkan karena kata2 yg telah diucapkan (so never shift the blame to God!), sebagian lagi menggunakannya untuk memberi harapan yg salah pada orang lain (how rude it is?!) etc..
It"s the command to say insya Allah (see AlKahfi 23-24)i.e We"r only be able to plan, Allah determines.
Nice post Hamka, i love you (Insya Allah??)..wwhaa..:D
Allahualam
salaam pakcik~
ReplyDeletesubhanallaah..terima kasih=)
Salam. Thumbs up bro.
ReplyDeleteKhalid
nama allah bukan untuk dipermainkan
ReplyDelete...manusia kini yang berkorban ke yang tak bekorban ke....semuanya terkorban...kerana tak mengerti erti korban yang sebenarnya
arsalan_isa91, kalau boleh dibesarkan huruf A dalam perkataan Allah tuh...bukan sekadar nama biasa, tapi nama tuhan kita yang disembah..dan siapa yang mempermainkan nama Allah??
ReplyDeletemacam rujuk kamus je..hehehe..ok2 jazakallahukhair...
ReplyDeleteSelamat berkorban di jalan Allah....baru balik taskil.....dunia sementara akhirat kekal abadi
ReplyDeleteSelamat berkorban di jalan Allah....baru balik taskil.....dunia sementara akhirat kekal abadi
ReplyDeleteapa yang aku nampak kaitan lembu abang ali dengan nabi ismail anak kepada nabi ibrahim adalah
ReplyDelete1) lembu abang ali hilang, lari kut takut mati, nabi ismail tak lari
2) tuan lembu tak yakin pada janji-janji Allah, anak nabi ibrahim sangat yakin pada janji-janji Allah
3) apa beza cakap "Ya" dengan "InsyaALlah"??? selain dari satu bahasa melayu dan arab, ada perbezaan lain ker?
Ya adalah janji yang pasti akan dilakukan.
ReplyDeleteInsyaallah adalah janji dengan izin Allah...
kalau salah sila betulkan....
hhmm.... satu persoalan dalam diri saya.. saya xpernah lagi membaca kisah harut dan marut.. bolehkan saudara terangkan dari mana kisah itu dikisahkan?
dari buku mana sebab saya teringin nak baca lebih lanjut... nak google takut ada penyelewengan.. almaklumlah internet, dunia tanpa sempadan... kadang2 takut org campur tangan.. huhuuhu...
salam...
ReplyDeletesaya dah buat reasearch dalam internet... sememangnya ada bnyak versi kerana sumber yang xpasti...
tetapi ada satu sumber yg saya rasa betul dan tepat mengenai harut dan marut setelah saya tapis dan tapis segala entri yang bercampur baur natara versi bible dan juga dari kitab2...
yang saya rasa betul :
http://ustmuhammad.wordpress.com/2009/01/06/kisah-harut-dan-marut/
http://ustmuhammad.wordpress.com/2009/02/24/kisah-harut-marut-bahagian-akhir/
jika salah, diharap tegur saya didalam blog saya...
nice story to publish~hee,..
ReplyDeletesalam aidiladha
woha,..br bace jugak psl harut marut ni,..
kne byk dalami ilmu agama~
Memang payah nak berkorban yang diterima Allah..
ReplyDeletenota: kali pertama buat komen di sini
@amin007, jawaban point 3, menurut pendapatku ada perbedaan antara cakap IYA dan INSYA ALLAH, dalam Qur"an sudah jelas bahwa kita diperintahkan untuk mengucap INSYA ALLAH bukan mengucap YA. Lihat Al Kahf 23-24: dan jangan lah engkau mengatakan terhadap sesuatu ' aku pasti melakukan itu besok pagi' kecuali dengan mengatakan INSYA ALLAH......
ReplyDeletewahh sori gak bisa cakap melayu,takut salah omong aja tp ngerti lah aku cakap melayu..
-Kinoyumar
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=92&t=14147&start=0
ReplyDeletesekadar nak share dgn ko bro.. sbb cerita yg ko pos tu, agak musykil skit dan meragukan
al ahkam = wahabi
ReplyDeleteInsyaAllah...saya nk jd hamba,isteri & ummi yg baik...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteakak nie walaupun suami tak pernah kuar 3 hari ker, 40 hari ker, tapi bila suami outstation, rasa macam pedih ulu hati..
entah lah pedih sangat.. itulah akak rasa kalu die dapat kuar sama-sama jemaah macam mana akak nak tanggung, nak belajar2 gak kena tinggal tapi uhuk..
laki akak tak ambik tahu pun..
bukan usaha agama, kekadang tu solat pun tak cukup..
risau akak
-akak sally
Xnk tukar2 Link ke? hehe.. Sekadar bertanya..
ReplyDeleteallahyarham tuan haji abdul rahman karkun sibu syahid di ganu pagi tadi. karkuzari sebelum koma sibuk dakwah kalimah syahadah. sugi tak tinggal. jap-jap siwak. Al fatihah . HMS3KT Khalid
ReplyDeletesalam..hehe..sy baru bace space ny..alhamdulilah,best n informativ..
ReplyDelete:)
ReplyDeleteeksp
ReplyDeleteteringat mereka yang tidur tanpa suami di sepanjang malam..., lalu bangkit dan menangis si atas sejadah.., itulah isteri yang awal masuknya ke shurga, mudah mudahan...
----------
-ibn sabil
Benar!
---------------
Hasbullah Salih
Kenang aku dallam doamu...
-------------
Kinoy
You said: i love you,Insya Allah??
I said: Woha!SubhanAllah!
---------------
anamunawwarah
sama sama
----------------
Khalid
Lama tak dengar cerita, kakak sihat?
---------------
arsalan_isa91
Tahu takpe...
-----------------
charisteas86
rujuk wiki, he he...
------------
Nasir_Penang
Oh...
-------------
amin007
satu lagi moral: Allah dah cakap manusia adalah sebaik baik kejadian, bila malaikat argue, Allah pun menyebelahi manusia..
sesungguhnya, kekasih Allah adalah seorang manusia...
---------------
AHMADSUFI6177 REVO
Ada jual dekat kedai buku, pernah Nampak kat kedia buku depan MAsjid Sri Petaling, murah jer, RM 5...
Bab dalil, aku dah tulis dalam entry yang lepas, “benarkah Israelliat”
Ok, pergi rujuk sekarang.
----------------
senyumanutkIllahi
: )
----------------
norainimy
Selamat naik keretamayat...
------------------
Nor A. Alias
Rujuk pada banyak sumber, jangan satu sahaja...
-----------------
extensen
al ahkam = wahabi?
Hmmmmm...
------------------
umie safwais
Amin...
-------------
-akak sally
Tuhan mengganjarkan pahala mengikut niat dan usaha, bukan mengikut hasil..
: )
---------------
Pain sama
Keretamayat, linknya adalah tanah perkuburan islam, harap maklum.
-----------------
HMS3KT Khalid
Alhamdulillah, dah ramai orang yang berpeluang mati di jalan Allah,.., semoga aku juga jadi mayat di jalan Allah.., amin..
----------------------
fath
he he’
------------
i-SYA
:)
selamat hari raya untuk En Hamka dan keluarga... best entri terbaru ni.. wat aku menangis... dan dah suruh suami ikut baca sekali... sebab selalu dia usik aku... katanya aku dgr cakap keretamayat je... tp tak dgr ckp suami.. ah! pedih ulu hati...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteapa perasaan ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik muslimah tentang ini...
"Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):
“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!
Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya..."
Soalan:
1. Adakah kini masih wujud muslimah yang HATINYA tabah setabah Siti Hajar..
2. Adakah wujud muslimah yang KATA-KATAYA mampu berkata-kata seperti ini.. “Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!
3. Adakah wujud muslimah yang JIWA DAN RAGANYA.. berkorban demi untuk sukakan ALLAH?..
Nah..
Jawapan:
1. Suami kepada Siti Hajar adalah Nabi Ibrahim AS, telah mendapat tarbiah sebelum khawin dengan tarbiah iman yang begitu banyak. HATINYA penuh dengan kebesaran Allah.
2. Nabi Ibrahim AS telah membuktikan KATA-KATANYA ketika dimasukkan ke dalam api, bahawa yang akan membantunya ialah ALLAH SWT.
3. Adakah wujud muslim lelaki yang JIWA DAN RAGANYA.. berkorban demi untuk sukakan ALLAH?..
yang nanti akan mentarbiah isterinya..
yang nanti akan mentarbiah anak-anaknya..?
-renung-renungkan dan selamat berkhuruj untuk sahabat yang akan ke daerah Padang Sumatera 40H.
Hamka, musim cuti nie ramai yang bakal menamatkan zaman bujangan, bagilah sikit gelora bagi bot-bot besar nie..Woha! (dengan niat untuk amalkan Sunnah Nabi SAW)
-ROM
Jangan lupa sebut InsyaAllah ye..
ReplyDeleteramai sangat antara pembaca menahan gelora asbab makan daging korban raya haji banyak sangat..
aduh pedih ulu hati..
-ROS
Assalam. Ana tak ade kakak. Marhalah Batu Burok. Mac,2008 baru pindah Ganu.
ReplyDeleteAda soalang dari sahabat yang meminati blog Tuan dari jauh.. he..he
Kata beliau: "Cuba kau tanya Hamka, dia tak rasa gerun ke setiap perkataan yang dia tulis itu akan dihisab oleh Allah swt ?"
Tambahnya lagi dengan selamber...
"Bukan apa ana pernah baca tentang soalan yang sama dari anak Imam Ghazali Rah. atas tulisan beliau. Khabarnya Imam Ghazali rah. terus menanggis."
Ana akan jadi saksi Tuan di akhirat yang ana dapat banyak iktibar dari blog Tuan di akhirat Insyallah!
Khalid=HMS3KT Khalid
insyaALLAH positive atau negativ...
ReplyDeleteya atau tak...tu jer...........
insyaALLAH sama da positiv atau negatif...ya atau tak..tu jer...
ReplyDeleteryina ikhwan
ReplyDeletedah baca entry baru?, khas buat suami isteri.
: )
-------------
-ROM
1.Ada.., aku pernah jumpa suaminya..
2.Dulu rumah sewa lama ku, aku tampal ni kat pintu, suruh isteri baca..
3. Ada.., dan aku pernah jumpa suaminya..
Dan aku malu pada diri sendiri.., isk..
---------
ROS
Tadi rom, sekarang ros? kak ros?
------------
Khalid=HMS3KT Khalid
Oh, aku ingat Khalid yang juga baca blog ni dulu..,
Aku bukan sahaja takut dengan apa yang aku tulis, aku juga takut taka mal apa yang aku tulis..
OH.., tolong doakan aku...
Mungkin mati awal adalah satu keselamatan dari dosa yang istiqamah.., isk..
----------------
limaumaniss
insyaALLAH..
mana lembu pegi?
ReplyDeletebaca harian metro, bab lembu hilang, mungkin boleh dapat edia..
ReplyDeleteSemoga entry kali ini memberi panduan dan pengajaran kepada semua pasangan suami isteri.. =)
ReplyDeletePESAN dan SAMPAI
ReplyDeleteKami menjual barangan sunnah seperti gamis, kurta, jubah, purdah, hijab, jilbab, abaya, serban, selendang, tudung, sandal, ketayap, minyak wangi, siwak, madu, habatus sawda, bahan bacaan dan sebagainya.
Kami juga membuat penghantaran sekitar Kuala Lumpur dalam lingkungan lebih atau kurang 30km dan cuma dicaj RM5 sahaja. Jika diluar Lembah Kelang akan dicaj mengikut kadar bayaran penghantaran pos.
Hanya PESAN dan barangan SAMPAI dirumah anda. Insyallah.
Kunjungi kami di http://pesandansampai.tk
kalo suami phm isteri akder istilah membebel nya..
ReplyDeleteTerima kasih atas informasi menarik
ReplyDeletesy asyik gelak2 sorang diri
ReplyDeleteapelah abg ali n lembu tuh
abang ali belum kahwin lagi, harap maklum
ReplyDelete: )
rasa sebak dengan kisah Nabi Ibrahim... kdg2 terfikir ada lagi ke manusia zaman ni sanggup berkorban mcm 2? dari kisah harut marut 2 menunjukkan betapa besar darjat manusia dan disayangi oleh Allah sbb 2 la manusie dpt bnyk keistimewaan..da buat dosa besar tapi kalau bertaubat INSYAALLAH diampunkan dosa..sungguh istimewa..
ReplyDeleteInsyAllah..InsyAllah.., temui jalannya..
ReplyDelete