(Boleh tak jangan email aku tanya pasal benda benda yang 'slow'.., contohnya, apa pandangan keretamayat tentang sejadah berdiri?)
Cerita satu:SEJADAH BERDIRI?
Ok, jawab jugaklah sebab dah ada yang tanya,: apa pendapat keretamayat tentang "sejadah berdiri"? adakah ini tanda kiamat?"
Lalu berdialoglah aku dalam Loghat Terengganu kepada sejadah itu..:
"Mung ning bukang sejadah cacang, kalau mung sejadah cacang, mung kena straight ke atah, tapi mung ning, kalu kat terengganung, orang panggil: sejadah lepek!..."
Ok, aku subtitilekan loghat tadi ke dalam Bahasa Malaysia:
"Engkau ni bukan sejadah berdiri, kalau engkau sejadah berdiri, dah tentu kau kena tegak lurus ke atas, tapi engkau ni jika kat Terengganu, orang kenali engkau sebagai sejadah ‘lepek'!’"
Maaf, aku tak jumpa standard bahasa Malaysia untuk ganti loghat Terengganu bagi katanama “LEPEK”
Bunyi untul ‘LE’ adalah sama dengan bunyi LEbah..
Dan bunyi untuk ‘PEK” adalah sama dengan keMEK..
Jadi, sebut betul betul.. LE...PEK!
Dan rujuk orang Terengganu berhampiran korang untuk mengetahui maksud sebenar: Lepek!
Ingat! Sebut betul betul.. LE...PEK!
Itu sahaja komen aku tentang 'sejadah berdiri', Selamat belajar makna le..pek!... :)
****
Cerita dua: SEJADAH LEPEK BERGERAK?
Baru baru ni, ada kejadian ‘misteri’ telah berlaku kat rumah, aku.., iaitu di ruang tamu rumah aku, tiba tiba muncul 'sejadah lepek', dan yang lebih pelik.., sejadah itu bergerak gerak...
Nampaknya, 'matsom' sedang mendekati sejadah lepek ini tanpa sebarang ketakutan menyelubungi dirinya..
(Gambar kain pelekat berdiri dari pandangan belakang)
Jangan fikir bukan bukan, tak senonoh betul korang ni, cuba sangka baik sikit.., gambar kain pelekat berdiri itu terjadi mungkin kerana orang yang baru berkhatan terpaksa 'diri'kan kain pelekat untuk mengelakkan geseran.., kan?
Cerita empat: SELIMUT BERDIRI?
Ingat tak Menteri Kesihatan, Datuk Chua Soi Lek yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam bilik sebuah hotel dan satu Malaysia 'nampak', ingat tak?
Tapi kan.., jika Datuk Chua Soi Lek ikut Sunnah Nabi dalam berjimak, iaitu tutup dengan selimut, maka dah tentu satu Malaysia hanya nampak ‘selimut berdiri’..., kan banyak hikmahnya ikut sunnah Nabi?, orang nak skodeng pun tak dapat…,
Tapi buat dengan isteri yang sah sahja, baru dapat pahala sunnah!
Cerita lima: SEMBAHYANG BERDIRI.
Solat wajib dilakukan dengan berdiri kerana ianya adalah syarat sah solat.., dan kita di perintah men'diri'kan solat, iaitu menjaga solat..
Sesungguhnya, besar perbezaannya di antara orang yang jaga solat dan orang yang solat..
Macam makan jugak, orang yang jaga makan, hidupnya akan jadi sihat.., tapi jika makan tak jaga.., maka meranalah hidup....
Begitulah orang yang jaga solat, akhiratnya akan jadi sihat.., tapi jika solat tak jaga, maka merenalah akhirat...
Dirikanlah solat di awal waktu, ditempat azan di azankan, dan di saf yang paling hadapan, insyAllah...
Cerita enam: LALANG BERDIRI...
Ingat tak sajak Usman Awang? "ke makam Bonda?"
"Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi"
Sajak tentang kisah anak yang dah lama tak ziarah kubur mak bapak mereka sehingga naik semak samun.., oh.., malas dah nak ulas...
Maka entry aku habis sampai sini, dan pergilah zirah kubur sebagai peringatan yang afdal.., sebelum 'batu berdiri' dikepala dan kaki.....
Sekian...
Ps: Jangan lepek sejadah lepas solat.., lipat elok elok..
lalala~
ReplyDeleteencik,..
saya rasa kamu hensem,
sebab anak kamu sangat comel
kecik2 dulu selalu buat2 sejadah macam dah lepas semayang sebab nak tipu umi ayah kata dah solat.
kira biar sejadah tu sepah2..
padahal duk dalam bilik baca dragon ball..
dah insaf ok~
nampak sangat aishah ni peminat setia kereta mayat~
ReplyDeleteAla......
ReplyDeleteingat first yang komen.
Cik Aisyah,aku pembaca senyap buku contengmu untuk makluman.Ok!
Woha!
Hambek kau kepada yang caye sangat.Bukan takat sejadah berdiri.Habis semua berdiri.Kain pelikat.Lalang,solat dan bla bla bla..
tahniah kepada En Kereta mayat kerana telah menolong untuk mengorek mata mereka yang taksub dengan karut marut.
p/s : nah amek moto posto ni sebagai hadiah..
hmm, la ni org mlayu ramai na terus nak pcaya karut marut kalo ade insiden2 pelik yg berlaku,selidik betul2 dlu..baru tau..kan kan.?
ReplyDeletesuke blog nie!
tu la abg hamka...manusia skrg sudah jauh dri Allah Taala...usaha atas iman tak dijalankan...ya Allah...ini suma salah saya....wat usaha tak sungguh2....abg hamka....doakan saya maju dlm usaha agama...insya Allah...amin
ReplyDeleteLepas ni buat langsir berdiri pulak. hahaha.
ReplyDeletepasni kereta mayat berdiri?
ReplyDeleteada ke?
insyaallah saya akan selalu ziarah kubur..dari kecik lagi ayah saya bawak kami 3 beradik ke kubur nenek atok dan moyang...kali ni saya bawak anak saya ke kubur ayah saya plak...jgn lupa ziarah orang hidup jugak....
ReplyDeletehehehehe
ReplyDeletewakakakakaka....
ReplyDeletecomelnya anak ko hamka....
ReplyDeletebila la aku nak ada anak nih...
hahahaha
maka marilah kita "berdiri" di hadapan orang dengan menebalkan muka bagi menyebarkan dan mengagungkan kalimah Allah di siang hari
dan "berdiri" di hadapan Allah dengan air mata dan tangisan di malam hari...
p/s: hamka: aku nak jemput ko ke walimah aku nih.. agak2 ko nak datang ke tak eh?
Woha!
Salam..
ReplyDeleteSuspen sungguh entry kali ni... boleh juga buat filem pendek "SEJADAH BERDIRI"... hehe
comelnyer ank2 ko hamka...
ReplyDeletethanks atas pesanan ni..
entry y membuka minda, sebelum ini hanya sekadar buka mata, kali ni minda y terbuka...
ReplyDeleteSejadah berdiri orang rasa pelik lagi AJAIB....orang tak tak solat...tak tutp aurat....buka sana sini tak rasa ajaib pulak.....pening pening dengan manusia ini.......oleh itu marilah usaha atas iman dan amal.....banyakkan korban
ReplyDeletehamka,
ReplyDeletekalau anak ko comel = ko hensem
maka
anak aku hensem = aku comel
.....
gamaknye la
i know nothing..
ReplyDeletei own nothing..
a am nothing...
everything is owned by Allah swt..
salam
ReplyDeletetomei ar anak dia.. tp bet coming from their mother. haha
i got from my mama..lalalala~
Hari tu ada sorg sahab yg tanya komen pasal sejadah solat jemaah area Kb,Kelate.. jawab saya,tu la pasal,sejadah tu dah bengang sgt coz manusia x solat jemaah..
ReplyDeleteerr,kt kelantan,malam jumaat org tidur markas,so xleh nk wat mende sunat tu..
mak comel + bapak ensem = anak comel,
mak comel + bapak huduh = anak comel gak,haha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemaaf bro,persamaan yg dinyatakan di atas adalah umum,tidak ditujukan kpd sape2..
ReplyDelete(kecuali org yg termakan lada padi,hihi)
p/s: ada adik ipar ppuan lg x??
cik aisyah, masa kecik aku pun pernah wat2 sepah sejadah dan telekung.. harap2 anak pula tak meniru 'kecerdikan' mak dia... oh! tp sepupu aku pernah terkentut masa tgh solat, tp boleh continue solat, mak dia sergah kot belakang, baru sengeh2 g amek air sembahyang semule... Bro hamka, gambar kain pelikat yang berdiri tu aku tgk semacam je... woha!
ReplyDeleteSalam Jumaat n salam ukhuwwah buat semua....kali pertama hantar komen...er..dah bertahun2 ikut blog ni...ana ahliah yusoff dari sabah, ibu anak 8..huhu...jazakallah tuan, kerna banyak memberi peringatan, buat ana hamba yang selalu lupa n mudah lupa diri, juga sering tak ingat mati..uhuks..salam sayang buat isteri tuan...n peluk cium untuk permata2 hati m mata tuan...
ReplyDelete-hidupQ-
tuan...
ReplyDeletetolong doakan kami...yang dah sejuk bagaikan air d kali..yang dah beku bagaikan airbatu....
sungguh hati kita mudah d bolak balikkan...andai jauh dari usaha atas iman...
mohon d beri kekuatan, amal n iman...istiqamah , n bermujahadah d jalan Allah! Amin....
-hidupQ-
kalau bende2 tahyul ni, cpat je org nk forward2. kalau pasal dosa pahala trus dorang malas nk layan. aishhh..hihi..pendapat je
ReplyDeletekalau bende3 tshyul ni, cpat je org nk forward2. kalau pasal dosa pahala trus dorang malas nk layan. aishhh..hihi..pendapat je
ReplyDelete1)"Sejadah berdiri?" Hmm...
ReplyDelete2)Err..hamka, macamana arahkan anak-anak wat action tu? Memang mereka ikut cakap director ke? Bijak...bijak...
(nanti masa reply komen msti cakap.."mestila..ikut bapak dia.." ataupun "eh..tak cakap pun")
emm.. berita ni sampai msuk TV kan?
ReplyDeletemesjid, surau kosong, bkunci tak nak plak msuk TV!
kain pelikat aku tak dpt 'didirikan' sbb bini 'tak sihat'.. woha! eh salah.. waho !
p/s: hamba sihat sentiasa .. Insyaallah
Pecah perut dgn aksi si cilik!
ReplyDeletewoha! woha!
ReplyDeletenak kawin..
lucu, sinis dan pedas. saya suka !
ReplyDeletenajihah buat lawak kasi auntie gelak jerrr
ReplyDeletehahahaha
Kain Pelikat Berdiri tu macam sendat je dari pandangan belakang..
ReplyDeleterazman razali said...
ReplyDeletegambar kain pelekat tanpa ada urat2 spender dari arah belakang tu betul2 mengembalikan nostalgia pada aku..teringat masa zaman asrama kena sebat dgn warden dgn hanya memakai kain pelekat tanpa ade lapisan filter didalamnye utk menyerap kesakitan yg timbul lantaran hayunan rotan itu..woha!!
Woha!
ReplyDeleteSalam Hamka. Maka terjawablah pelbagai persoalan yang terdetik di kepala ini. Malah saya juga menerima pelbagai soalan mengenai sejadah berdiri dan terbang ini. Terima kasih.
+ Oh! Islam | www.ohislam.com
bro.
ReplyDeletegamba ke -7
nampak ade org pakai short nampak kaki die.
mcm kaki pompuan. laki?
xkesahla sape2. tp if org tu kt lua rumah jage aurat de. bek remove je gmba tu. xpon crops.
xde. tu kan aurat
up to u la k.
hehehe.
Najieha? Heh!;)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletehaha.. terbaik la Najiha ngn Azkir.. Pasni Pok Ka buat babak Haikal ngn Adha plak e.. Psl komen no 1 tu, teringat lak pemilik komik2 dragon ball kt umah tok ki.. mmm...
salam..
ReplyDeletecerita ketiga paling bes kot..hehe
anak comel=mak bapak comel la..huhu
menariknya...
ReplyDeleteboleh masuk berita ni.
tuan blog x komen lagi...
ReplyDeletealahai...cepatla.
lalala~
=)
p/s : Bro Hamka,da amek ke blum hadiah moto posto tu?
crita brdiri atas kaki sndiri ada x??
ReplyDeletehehehe
assalamualaikum..
ReplyDeletenk tny adakah smua hadis yg saudara amik sahih tarafnye?
hahha..lawak gile entry ni..sejadah cacang..teringat aku time duk blaja di UDM..kecek ganung aku 1 taung..rindu ah nok kecek ganung..
ReplyDeletesalam en kereta mayat dan sume.. sbb ape sejadah berdiri?? jwp die sng je sbb ramai umat islam yg mengaku muslim tp tak solat..huhu
ReplyDeleteAnak2 yg comel... suka entry ini. Ini je kot cara utk bg "peminat2" sejadah berdiri ni faham.
ReplyDeleteSajak last tu...Di Pusara Bonda kan?
i'm sick with all the tahyul2 things..
ReplyDeleteby the way, anak tuan sgt cute.. tp anak buah saya lagi comel.. coz pok teh dia pun comel gak kot..
Doa adalah senjata orang beriman.
ReplyDeleteDoa anak yang soleh/a terus kepada ibubapanya....
Doa seorang bapa kepada anaknya tiada hijab dengan Tuhan.
Wahai bapa-bapa.....berdoalah akan kebaikan kepada anak-anak kita setiap kali selepas solah, setiap kali melihat muka mereka, setiap kali teringatkan mereka, setiap kali merindui mereka; setiap masa dan ketika....kerana itulah kelebihan seorang bapa.
P/s: Kelebihan ibu...syurga anak dibawah kakinya. Ya Allah jadikanlah aku dan umat ini harta yang tak ternilai di akhirat nanti bagi kedua ibu bapa kami. Kabulkan doaku Ya Allah...Amin.
lpas ni wat plak sejadah breakdance..
ReplyDeleteadeh...
zaman rasulullah ada kalanya solat tak pakai sajadah...
ReplyDeletezaman sekarang ada sejadah mahu berdiri..
zaman naik kereta mayat.. sejadah jadi alas keranda..
zaman padang mahsyar... sejadah jadi apa pulak???? suspen kan...
Salam,
ReplyDeleteAda gak buat sejadah berdiri dulu, memang menjadi lah. Rasa nak call TV3 buat liputan. Hehehe...
muke anak2 anda cam anak 2 anda, cm sy penah lihat dlm satu blog yg lain lah. hoho.
ReplyDeletedua2 tu anak en hamka ke?..sangatla comel nye..hehe
ReplyDeletehawhawhaw..
ReplyDeletehamka aku dah start blog motivasi aku sendiri.. sesenang singgahlah.. tegur kalau ada yang salah..
http://faizalyusup.blogspot.com
salam sejahtera buatmu.
Aslmkm..
ReplyDeleteHayya 'alas solah..
Hayya 'alal falah..
...............
Ya ayyuhal muddaththir.. Qum fa anzir.. wa Robbaka fakabbir..
Ya ayyuhal muzzammil.. Qumillaila illa qolila..
kalau la btol sejadah tu bediri kita anggap je la yang ALLAH nak bg tau yang manusia ni da ada penggantinya dalam solat yang semakin dimalasi
ReplyDeletekalau la btol sejadah tu berdiri kita anggap je la yang ALLAH NAK bagi tau yang manusia ni da ada penggantinya dalam mengerjakan solat
ReplyDeleteaku hampir2 caye pasal sejadah berdiri tue...
ReplyDeletenow, aku semakin x caye...
haha....
tp, cm klakar r cerita bergambar pasal sejadah td...
tahniah hamka!
ekkk eeleh...sejadah berdiri pun nak buat kecoh manusia ni.."BENDA" tu tiap-tiap hari berdiri,kau orang tak lah bising pulak..kalau tak berdiri kompen xde maknanya hidup kau orang(lelaki sahaja)Maha Agung Mu Ya Allah..dengan segala kebesaran Mu..sory kalu terover &ter 18sx..i love u all..feeeewittt..
ReplyDeletesy org trganu tp kurg biasa la plak ngan word LE..PEK nih.. maybe cos lame dh x duk tganu.. huhu
ReplyDeletele-pek..susoh nok kabo makne nye..
ReplyDeletekte serahkan kepada yg pakar >> atuk hamka
aishah_conteng
ReplyDeletekamu salah.., aku adalah lelaki gemuk, dahi jendul, gigi sedikit ‘jo’, banyak parut jerawat.., dan lidah yang berlendir dengan air liur...,
doakan isteri aku menjadi isteri yang tabah..
Woha!
--------------
imranulkhalis
mula mula pembaca setia, lepas tu
pembaca senyap kepada pembaca setia, lepas tu.., (sambung sendiri)
--------------
Najmie Kim
Bukan orang melayu sahaja, rujuk smallville season 6 yang mana lois lane kerja dengan akhbar murahan yang memuatkan cerita sampah.., orang putihpun ada jenis yang mudah percaya dan mudah ditipu..
Juga rujuk filem “man in black” ada jugak babak akhbar murahan.., orang putih pun bodoh gak..
--------------
deathisourneighbour
amin
------------
Natsu
Tahukah engkau? Perkataan langsir datang dari langsuir..
--------------
fiqkofallah
kalau keretamayat tu puak puak Autobot dan decepticon, ada ler..
---------------
ابن زين الرمباوي
Betul, ambiklah peringatan daripada mayat.., kubur, keranda, dan keretamayat!
---------------
Alrezamittariq
:)
------------
eksp
aku lupa quote yang ni:
“berdiri seketika dijalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisinya”
Bab walimah, Kalau dekat dan aku free luar biasa, (‘takde mayat yang perlu dihantar ke kubur’) aku datang lerr, naik keretamyat, kau sanggup?
-------------
Luqiem
Bukan sejadah berdiri..LEPEK!
Sebut betul betul
----------------
Ann
Tujuan aku letak gambar anak yang comel bermaksud: bila korang nak kahwin awal?
Woha!
------------
ainrahimin
dan lain kali, pintu belakang keretamyat pulak yang terbuka..
----------------
Nasir_Penang
Benar...
---------------
Hasbullah Salih
Ada orang yang Allah uji mereka dengan mendapat anak yang cacat, dan ada yang diuji mendapat anak yang derhaka.., semoga Allah ampunkan dosa kita semua! Oh....
---------------
ReplyDeletecharisteas86
err....
-----------
aku mmg naif
aku setuju,
merrka.., ‘coming’ from their mother. haha
-------------
Ibnu Mutalib
mak comel + bapak huduh = anak comel gak,
(itulah aku)
Isk..
------------
-hidupQ-
Orang yang awal buat usaha atas iman, darjat mereka tidak sama dengan orang akhir, sama seperti orang yang berhijrah sebelum fatal mekah, adalah tidak sama dengan yang selepasnya..
Engkau yang mengaku sejuk, pulanglah menyambung perjuangan orang baru yang dicarimu dulu, kami telah datang dan kamu pulak tiada, hanya Allah dan Rassul tertinggal di sini.., jangan yatimkan usaha ini..
------------
nina
mmm...
------------
bakalmayat
“mestila..ikut bapak dia.."
"eh..tak cakap pun"
: )
------------
uan609
(orang bujang jangan baca komen ini)
k
alau bini tak sihat, kain pelikat dapat 'didirikan', tapi tak dapat nak di dudukkan.., waho !
---------------
Jewel Lover
Bertarabur tak usus?
--------------
IkanStim
Oh.., ikan yang di masak ‘steam’,,, ingatkan apa tadi
--------------
al-lavendari
: )
-------------
faz
najiha sahaja, takde ‘h’
---------------
azharjaafar
kesilapan imiganasi penonton, adalah diluar tanggung jawab penulis..
-----------
razman razali
dan juga sebarang kenangan yang muncul dari penonton, adalah juga diluar tanggung jawab penulis..
-------------
Khai
Sama sama dik..,
-----------
gamba ke -7
terkejut aku waktu baca komen kau sebab bini aku selalu gak pakai seluar pendek dalam rumah, bila tengok balik, gambar anak lelaki aku kat yang masih tadika..
fuhh...
------------
Abu Muhammad
Najiha, takde ‘e’
----------
Zinnirah
Hazkil, mana ‘H’?
dan takde ‘r’
---------
d|n
:)
-----------
khyruleXY erzwann
Mukhotuhufililhawadis.. ..
-------
Atif
Ingat. ‘Cacang ‘dan ‘cagang’ sama makna tapi maksud berbeza..
oh! nikmat Allah Ta'ala yg kekadang aku lupa...
ReplyDeleteiman lah nikmat terbesar yg Allah kuniakan kepada manusia. semuga Allah pilih aku untuk usaha atas iman aku nih.
sejadah berdiri? apakah jadahnya?
-edisi siasat-
ungacahaya
ReplyDeleteDi Pusara Bonda, belajar masa form 1 dulu..,
------------
mawardi
kalau ‘nak’.., boleh baca entry “ cari menantu”
--------------
yusuf mujahidin
‘This is it’?
-----------
abu amar
di padang mashyar, sejadah menjadi saksi bagi mereka yang tumpah air mata ke atasnya..
Wallu’lam.
------------
Norshuhada
Macam macam..
-----------
Hafizatul Akmar Hussin
...
------------
faizal yusup
InsyAllah, bang..
--------------
Ishak Zaini
Subtitle, takde ke?
---------------
arsalan_isa91
dimalasi?
---------------
pencari iman
kalau..?
-------------
...antikapel...
Tak dosapun tak caya..
------------
mizi
(geleng kepala)
---------
Faz
Bakpe mung dok tahu?!, balik kapong gi Tanya ketua kapong
------------
hasbullah..
ntah?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAku jarang promote blog:
ReplyDeletetapi, blog ini bagus, dan ada 'kena mengena' dengan entry ini..
http://dewakebaikan.wordpress.com/
selamat belajar!
Sejadah duduk atau sejadah berdiri? Tu pun dah tak betul tp masih mampu nak buat orang heran dan takut.
ReplyDeleteGood entry, kelako tp berkesan :D
Ada berita yang baru yang aku terima.
ReplyDeleteMember aku yang cite ni.
Dia nampak sejadah amik wudhu'.
Yes. AMIK WUDHU'.
Dia pun pergi merapati. Rupa2nya tok siak tengah nak basuh sejadah tu. Dia "lepek"kan sejadah kat tempat wuduk pasal gi vacuum carpet.
Nasib baik tak sempat masuk KOSMO.
haha~
ReplyDeletemalu ai~
Ada berita yang baru yang aku terima.
ReplyDeleteMember aku yang cite ni.
Dia nampak sejadah amik wudhu'.
Yes. AMIK WUDHU'.
Dia pun pergi merapati. Rupa2nya tok siak tengah nak basuh sejadah tu. Dia "lepek"kan sejadah kat tempat wuduk pasal gi vacuum carpet.
Nasib baik tak sempat masuk KOSMO.
salam...
ReplyDeletejazakallah ya tuan...tolong doakan ana, suami n kuaga...agar tetap dlm jemaah...sgguh ana begitu lemah, bagai terbiar tanpa suara, hanya airmata xberharga, jiwa kecamuk dalam xbermaya...
bulan pernah menyinari, bintang pernah menerangi...apa daya,tergoda dgn nafsu sendiri...hanyut hilang pedoman...kerugian yang berpanjangan!
hidupQ dalam sesalan...penuh dosa n noda yang menghimpit jiwa!Ampunkan hambamu ya Tuhan, kepadaMU hamba pasrahkan segala!
(maaf, terbawa-bawa...!ohhhhh...)
-hidupQ-
JANGAN YATIMKAN USAHA INI...(sedih sgt2, sudahlah mmg yatim d dunia, takut pula yatim d akhirat...) insyaAllah ana akan sampaikan pd suami...
ReplyDeletetlg doakan suamiQ, ya tuan...keluar d jalan Allah, mujahadah fisabilillah n mujahadatunnafsi suami isteri...
slm sayang buat ustazah rock n permati hati kalian...
-hidupQ-
Pandangan saudara hamka tentang wahabi pula?
ReplyDeletehehehe...le-pek!
ReplyDeletehaha. tergelak daku membaca pasal itu sejadah. anyway, aku sudah lama admire sama anak-anak bro itu. next post letaklah lagi gambar banyak2 mereka ya. boleh buat release tension. sungguh.
ReplyDeletep/s: harap tak kelambatan untuk aku ucapkan takziah atas pemergian ibu bro. semoga dia berada di antara para kekasih-Nya. amin..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBang, abg orang ganu ke?
ReplyDeletesaya rasa uncle ansem mcm MJ..sbb anak uncle muka mcm anak MJ..ahakss..hahahhahaa
ReplyDeletesejadah berdiri ni kalu tutup mata pun insyallah ko bole buat sendiri kat umah, pastu panggil wartawan surat khabar yg suka sebar cerita2 mcm ni kat muka depan! teka surat khaba apa?
ReplyDeleteINTAN RH
ReplyDelete:)
---------
bakalmayat
Cerita tipu, satu hari hujan turun dengan lebatnya, di sebuah surau yang mengalami kebocoran atap. Telah membuatkan bebarapa sejadah tertempias dan mengalami kebasahan..
Pak bilal yang datang awal telah mengasingkan sejadah yang basah itu lalu menjemur di beranda masjid..
Malam itu angin bertiup kencang membuatkan sejadah basah itu jatuh ke lantai yang membentuk seolah olah ‘orang yang sedang mandi’..
Aku terus angkat sejadah itu dan menjemur kembali kerana takut esok keluar berita
“sejadah mandi wajib..”
Woha!
-------------
aishah_conteng_je
he he
---------
-hidupQ-
Perkenankanlah..
--------------
ryurisora
tau takpe..
------------------
Wardatul Shaukah
Semoga Allah menjadikan mereka (dan anda semua) berkesudahan dengan kesudahan yang baik..
-----------
Pontianak Degil
Hor(yup) bakpe? (apsal)
--------------
LaDies 09
Terus aku berjalan moonwalk ke depan..
----------
mohd
: )
assalamualaikum..
ReplyDeletecomelnya anak bro..
kalau gitu saya jadi menantu kau ya pak?
:P
hihi..hamka ko ni macam dah x de posisi lain untuk gambar kain pelekat tu...hahaha
ReplyDelete'Orrr... patut pong. Lawok tu dok lari ar. Mesti orang tranung kalu lawok gini. haha
ReplyDeletechumel nye budak 2 org tue...
ReplyDeletebnyk lagi kejadian berdiri spt kain pelikat berdiri di waktu pagi... kisah2 misteri tahyul nie merusakkan minda masyarakat... adduuhh...
kita nie je kena berdiri tegak mengadapNya..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecomelnya ank hang...
ReplyDeletecute lorh...
apa nama matsom n sejadah berdiri tu???/
GREAT EXPLANATION!!!!!!
ReplyDeletesekali jadi ok lagi,
tiba2 semua kampung ada sejadah berdiri.
harus diragui.
THANK YOU!
la 'lepek' mksud dio kemek la
ReplyDeleteREQUIEM FOR A DREAM
ReplyDeletesalam.
boleh, dah baca 7 syarat dalam entry "cari menantu?"
------------
van qif
kau jangan fikir yang bukan bukan..
-------------
PonTianaK DegiL
lawok ke kelako?
haha
--------------
ezuhelmy
tahu takpe.:)
-------------
diary girl Ocean
matson namanya Hazkil.
sejadah berdiri namanya najiha..
--------------
kisahdreamer
:)
----------------
khyruleXY erzwann
lepek bukan bermaksud kemek, maksud lepek dalam loghat terengganu adalah:
KAIN YANG MASIH HENDAK DIPAKAI TAPI TIDAK DISIMPAN DENGAN ELOK.
faham?
haha lawak kot tang sejadah lepek and sejadah lepek bergerak tu
ReplyDeletehaha
: )
ReplyDelete(lagi 7..)
aku pun xsuke gak 4ward email..
ReplyDeleteterutama yg kena 4wrd 20 la sepuluh la..
pastu berderet2 aku terima msg n email gi2..sumpah aku benci...selalunye lau dpt email @ sms gi2 aku delete tanpa mebaca...what the helll...pasal yg sejadah berdiri tu..so sweet huraiannyer...comeinyer ciptaan Allah kerana budak2 kecik tu sgt comei..geram gilerrr tgk
luper..lepek=melonggokkan kain
ReplyDeletelau kat bhgian utara kami panggil melungguk
awaq tak habaq awai?
ReplyDeletedapatkan lagu mp3 percuma di http://kakimp3.blogspot.com
ReplyDeletehehe nak bace isu sejadah smpai keyword :] comel !
ReplyDeletesalam abg hamka...izinkan adik bertanya..bila abg nk tnjukkan rupa yang sebenar...mesti encem cz ank2 cmel glerr..hehe
ReplyDeletehensem?
ReplyDeleteoh!
Salam,
ReplyDeleteSaya baru je follow blog ni atas cadangan teman sepejabat,
Saya rasa Encik Hamka manis orangnya, tapi isteri Encik Hamka sangat cantik sebab anak Encik Hamka yang comel walaupon dari pelbagai angle..
p/s : Sebab saya baru meneliti semua hasil nukilan Encik, saya terpaksa mengambil masa berhari-hari menelaah nyer dan saya gembira! Thanks..
bini aku cantik di mata aku, aku pula manis di mata isteriku
ReplyDeleteanak anak yang tiada dosa, memang cantik dan sejuk mata memandang..
semoga Allah jadikan mereka orang yang membantu ugama...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehamka. anda sungguh misteri nusantara. kekalkan kemisterian itu.
ReplyDeletemasukkan muzik seram..
ReplyDelete: )