(soalan datang dari pembaca FB keretamayat, mulanya malas
nak jawab, tapi mungkin ramai yang tak tahu, maka bermanfaatlah ilmu bila
dikongsikan walaupun ilmu itu mungkin yang remeh temeh, adohai)
Persona non Grata:
“Nak tanya jugak kat incik kereta mayat.. Ade ke apa-apa dalil
sebut bila kita terjatuh dan mati selepas pasang bendera, di kira mati syahid?.
Ada ustaz ceramah bagitahu tapi tak sempat nak tanya..,”
“kot itu yang kerja dia dapat buat dengan niat mencari
rezeki yang halal kerana Allah atau dia rasa sumbangan kecilnya itu yang mampu
dia buat untuk pastikan dia ada jawapan bila Allah tanya apa sumbangannya untuk
Islam... yang pasti bukan mati katak la..”
Hamka keretamayat:
“mati katak ni mungkin kena tengok jenis bendera kot, tak
gitu Bang?”
Persona non Grata:
“kite tak rugi pun
kalo anggap orang tu syahid,anggap je tu doa, tak salahkan mendoakan kebaikan
orang lain, kan?”
Hamka keretamayat:
“ok
Persona non Grata:
"Satu lagi, ada ustaz cakap, mata yang berjaga dimalam
hari menjaga bendera dari dipatahkan parti lawan, adalah mata yang diharamkan
api neraka? Apa komen?"
Hamka keretamayat:
“jumpa saf pertama masjid subuh besok,
baru aku jawab, adohai.."
Persona non Grata:
"abang nak hina soalan saya
terpulanglah, bagi saya jika jatuh ketika pasang bendera, tetap mati syahid.
apa apa yang kita buat kerana ugama adalah jihad."
Hamka keretamayat:
" Bagi aku, lawan bendera siapa paling besar, dan lawan
bendara siapa paling tinggi, atau lawan bendera siapa paling banyak, adalah
perbuatan bodoh dan pembaziran, kan jelas membazir itu saudara syairtan, kesian
duit orang derma, dibelinya kain banyak banyak lepas tu tayang kat sape? kat
Tuhan? adohai.., dalam pembaziran begitu, jika jatuh mati syahid? kesian.., orang
kapir yang reka domokrasi pun tak membazir melampau-lampau dalam bab gantung
bendera tak macam orang islam yang tiru sistem mereka, adohai.."
Ps: JIka orang tu sokong PAS, korang orang UMNO gantunglah
bendera besar gajah, tinggi macam KLCC, dan sebanyak bintang di langit, orang
tu tetap pangkah Pas, begitulah jugak sebaliknya, tak paham paham lagi? tapi
jika kos bendara tu korang tukar kepada wang, dan bagi 'hadiah' atau derma,
mungkin ada yang akan berubah fikiran, begitu jugak tenaga gantung bendera
tinggi tinggi tu jika diguna untuk berakhlak mulia, pun akan ada yang berubah
niat, so marilah menderma dan berakhlak mulia kerana itu adalah alaman yang
mulia- Peace.! .
Persona non Grata:
" Tayang bendera salah satu cabang..., macam promo
barang gak ...yang orang derma dah halal kan camaner nak gunakan duit dorang...,
lagi pun kalau tayang bendera sebelah sini..maknanye myeru kp kbaikan ...Tak
ade pembaziran...kalau tak salah lah!!!”
Hamka keretamayat:
“oK”
Persona non Grata:
“isu pasang bendera, itu dinamakan perang psikologi, sedar
atau tidak impaknya tak nampak secara fizikal.... samalah macam samsung buat
iklan merata2, naik LRT naik KTM naik keta merata iklan samsung.bukan murah
iklan tu.membazir je.baik duit iklan tu guna utk benda lain. apa jadi pd produk
samsung?? laku kan.padahal banyak lagi phone yg lebih murah dan punya spek yg
sama bagus.tp kenapa samsung?? semuanya psikologi manusia....manusia mudah
diubah psikologinya."
Hamka keretamayat:
"Oh jadi selama ni korang kalah sebab bendera lah yer? Woha!”
Persona non Grata:
“bendera tak penting, yang penting panji. zaman Rasulullah
pergi berperang bawa panji Islam. tak biarkan panji tu jatuh, si pemegang
rebah, yang lain ganti. (dalam hati aku berdoa agar hamka bukan macai, woha!)”
Hamka keretamayat:
“zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu tanda
menang, di zaman sekarang, 1000 bendera tegak, siang malam berjaga takut
bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., (Ps: Bila tak
sependapat dengan puak-puak taksub
politik ,bersiap sedia la dipanggil macai.. bangang sungguh)
Persona non Grata:
“yalah.. tokey bendera anak tempatan jugak yang kaya time
musim mengundi ni. jadilah pengundi yang bijak, wakaka..”
Hamka keretamayat:
“pengundi yang bijak tidak mengundi berdasarkan bendera. Sekian
terima kasih.”
End Copy/paste:
Okey, cukuplah aku copy paste beberapa komen dari FB
tentang isu ini, kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi jangan
melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang
membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda
yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia misalnya, akhir kata: dalam
membuat kerja gantung bendera, utamakan kesalamatan, Safety Firest is Sunnah, now
you know.
Ps: Sebelum tu kita layan sajak loghat Terengganu yang bertajuk,
Jangan Menebeng! (Jangan Melampau), layan..
(Lepas baca cerita ini, jika masih tidak faham, sila klik
video untuk pengertian yang lebih mendalam, adohai..)
Bini suruh beli ikan, ada tetamu nak datang,
Dari pejabat, aku singgah beli ikan dan aku pulang awal
sikit hari ini sebab nak tolong bini masak.
Tapi ada perkara pelik aku buat hari ini.
Sampai rumah, aku siram pokok bunga.
Lepas tu aku angkat baju di ampaian, dan lipat baju di depan
rumah, semua jiran kagum melihat aku yang rajin luar biasa.
Belum cukup kagum?, aku basuh kereta pula.
Dan yang lebih mengkagumkan, aku siang ikan depan paip
rumah, aku cekik perut ikan guna tangan kosong, awek sebelah rumah senyum
senyum sambil hatinya berdoa semoga mendapat suami yang rajin macam
aku-mungkin, he he
Aku tak nak cerita panjang, satu sahaja pesan aku:
Sila kagum dari jauh. He he..
Tak lama kemudian, bini aku pula sampai ke rumah dan terus
terkejut melihat aku siang ikan depan rumah.
(A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence
Against Women)
Hari ni ada orang perempuan cakap, islam ni banyak
mendikriminasikan wakita, mungkin mereka bandingkan diri mereka dengan
kehidupan orang kapir barat wanita yang kelihatan bebas dan seronok. Tapi apa
gunanya bebas dan seronok jika mati masuk neraka? Adohai..
Jika nak bandingkan tentang hak wanita, cuba korang rujuk
sejarah di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan islam, yang mana wanita telah
menjadi mangsa dikriminisasi paling teruk dalam sejarah kemanusian sehingga mereka
telah disisih dan dihina tapi benda tu tak salah sebab dah menjadi budaya luar biasa yang diterima oleh
orang ramai. (baca: orang lelaki).
Antara budaya pelik masyarakat Jahiliyah berkaitan wanita:
Mereka tidak ada hak untuk bersuara, semua keputusan dari
lelaki.
Mereka hanya diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki
bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie,
semua mereka hentam,
Mereka anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.
Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina
dari itu sebab diseksa zahir batin..
Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai
hamba bila ayah mereka mati.
Boleh membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan
malu.(rujuk kisah Umar Al khatab)
Anak perempuan yang cantik sahaja dibesarkan untuk tujuan
seks.
lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia
suka. (‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam)
Seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.
Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung
dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram
perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.
Menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)
Balu wanita yang kematian Laki diasingkan dan wajib pakai
pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas
setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari
eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)
Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina
bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat
keputusan.
Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila
suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan
sehidup semati, apa ke jadah, sesetengah negara, orang perempuan tidak boleh
menunggang binatang (eh, ni sama macam tak boleh drive kereta bagi perempuan di
sesetengah negara di zaman sekarang, adohai..)
Pendek cerita:
Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita
melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita,
antaranya:
Wajib berlaku baik pada bini,
Tak boleh pukul bini sewenang wenang,
Tak boleh setubuh waktu haid,
Tak boleh setubuh ikut lubang jubor,
Tak perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.
Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam
zihar.
Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini,
Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram.
Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu.
Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta
menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan.
Doa wanita lebih makbul dalam kes tertentu.
Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala
besar.
Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang.
Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan
sebagai nasib sial.
Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan
ibu dahulu.
Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula
mendapat pahala mati syahid.
Di jamin masok shurga jika besarkan anak perempun dengan ilmu
ugama sampai berkhahwin,
Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat
pahala jihad melalui amalan khidmat.
Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.
Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin.
Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa
berstubuh, nak cuim, nak pelok boleh jer)
Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum
islam)
Dan lain lain..
Kesimpulannya, oleh kerana kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau
undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Maka Hari wanita yang di sambut pada
setiap 8 Mac di adakan sejak 1909 di seluruh dunia untuk memberi ruang kepada
permasalahan ini dapat dibahas seterusnya di selesaikan secara berperingkat.
Kita sebagai orang islam pula, cubalah zahirkan hadis Nabi
bab memuliakan orang perempuan sebab Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu, tinggal
nak amal sahaja, adohai.. kat sini barulah korang orang perempuan boleh menilai
bagaimana ugama telah kembalikan hak orang perempuan dengan adil, memang ada
sedikit mujahadah bab tutup aurat, dan bab pergaulan, tapi berbaloi sebab mati masuk
shurga, mudah-mudahan.., jangan bandingkan hak islam dengan kebabasan orang
kapir barat sebab dunia ni shurga mereka, tapi mereka mati masuk neraka,
sedangkan kita orang islam, dunia ni adalah penjara.., dan mati masuk shurga. Amin..
‘Penjara’ ni jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang
perempuan di zaman jahiliyyah, maka “penjara” ini menjadi shurga dunia, sebab
wanita solehah adalah sebaik baik hiasan dunia..
Bersabarlah dengan ujian Allah, maka Allah akan ganti dengan
perkara yang lebih baik kelak. Bersyukurlah dengan nikmat Allah, maka Allah
akan tambah nikmat yang tidak disangka sangka!
Akhir kata, selamat hari wanita, dan untuk pengetahuan
korang,tema Tema hari wanita untuk tahun 2013 adalah:
“A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women”
Oh lupa, keretamayat juga ada tema untuk mayat wanita iaitu:
“Tiada mayat wanita seksi dalam perkhidmatan kami”
(Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh
Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..)
Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang
yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan mengiringi
mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Dalam hati
mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun
semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.
Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati
menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak
datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang, kemudian, tiada
orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk
bersembunyi atau berperang, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri
Rahmat. Lalu bergelimpanganlah mayat korang
membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam
hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang,
dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..
Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat
kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka
itulah salah satu nikmat mati.
Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih jika mati
sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah....
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita
semua kena faham tentang Merdeka...
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan
yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain
yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...
Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila
seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina
Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga
mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya
kita telah merdeka!
Aku ulangi, Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita
telah merdeka!
Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di
tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat,
tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka
untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu,
kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh
berdakwah secara terang terang..
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di
Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita
perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau
pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…
Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup
dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah
sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian
sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa
jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..
Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam
negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika
menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat
berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya
rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara
mereka belum Merdeka?
Kereta Kebal PAS
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti
kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan
aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa
halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu
ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah
dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu
ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa.., Siapa
yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih..,
Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar
menyembah Allah dalam Negara Merdeka...
Pelancar Roket UMNO
Hentikanlah sikap suka mencari salah orang, dan bercakap
keburukan orang, dalam Negara merdeka ini, Marilah kita menyembah Allah dengan
cara yang paling layak Allah disembah.
Sekian. Pesan kepada diri sendiri. Semoga mereka yang
bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..
Ps: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang
beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
(ya, aku petik
beberapa part secara random dari FB keretamayat, layan…)
Berjogging Laki bini (
part 102 )
Waktu jogging dengan bini di pagi hari, teringat kisah Nabi Muhammad SAW
berlumba lari dengan Aisyah, tapi Nabi kalah, sebab Aiysah bini muda, dan Nabi
waktu tu dah tua.
Aku ni pulak, beza umur dengan bini tak jauhpun, tiga empat tahun jer..
Jadi aku ajak bini aku lumba lari.
Sebelum tu info aku, pernah menang hamper bakul besar dalam acara larian
merentas desa melalui cabutan bertuah 10 pemenang dari 50 peserta yang tiba
awal, aku orang ke 45 tiba dari 200 pelajar.
Jadi kami pun berlumba.
Tapi bini aku menang mudah.
Aku siap jatuh tergolek macam buah kelapa sawit. Hampeh!
Rupa rupanya, bila aku semak rekod sokolah bini aku, beliau merupakan johan
olahraga larian1500 meter.
Salah orang aku ni, adohai..
(Ps: Main Spider Solitaire pun kalah gak, hampeh!)
Sarapan laki bini
(Part 77)
Lepas jogging, laparlah pulak, jadi apa kata kita, pekena roti canai.
Tiba di gerai, Pelayan
berkata sambil pandang muka kami Laki Bini:
“Minum apa bang?”
Laki berkata sambil pandang muka bini:
“awak, nak air apa?”
Bini berkata sambil pandang muka Laki:
“Teh tarik.”
Laki berkata sambil pandang muka pelayan:
“Teh tarik dua!”
Pelayan berkata sambil pandang muka kami Laki Bini:
“Makan?”
Laki berkata sambil pandang muka pelayan:
“Roti telor bawang dua”
Bini cepat-cepat berkata sambil pandang muka Laki:
“Tapi bang, saya bukan nak makan roti telor bawang”
Kata Laki sambil pandang muka bini:
“memanglah, abang order untuk abang, untuk awak belum lagi?”
Woha!
(Ps: Bini order roti telor sardin dua bijik, ambik kau, adohai..)
Kalau Bini mati dulu (part 84)
Sedang sedap makan, bini tiba tiba bertanya:
“kalau saya mati
dahulu, abang kahwin lagi tak?”
Lalu jawab aku selepas menghembus nafas keluhan yang panjang.
“Agak susah...”
“Kanapa? Abangkan ramai peminat?”
Tanya bini dengan serius. Aku termenung sekejap dan berkata:
“nak kena tahan kentut waktu dating yang susah tu..”
Woha!
(Ps: Orang lelaki akan kentut kuat selepas kahwin, sensor kemut mereka hanya
berfungsi depan awek, adohai..)
Filem tanpa bini (part 96)
Sedang aku makan bersama bini di gerai makan, tiba tiba seorang remaja cina
telah masuk ke kedai makan sambil menggalas sebuah beg.
“Hello, Abang, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”
Cheh! Rupa-rupanya lanun cetak rompak DVD haram.
Aku menghabiskan kunyahan roti canai, kemudian hirup air teh tarik perlahan
lahan lalu bersuara.
“Kalau ada movie tanpa pelakon perempuan, saya sanggup beli”
Bini aku gelak kecil, pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:
“Kenapa abang tak nak tengok perempuan? Mereka semua cantik cantik maa..”
Aku ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.
“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat saya masuk
neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik lu blah!”
Urat? Halam? Apa ni?, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg
kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.
“Ha, ni cerita yang abang cari, tak de pelakon perempuan.., confirm!”
Aku belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.
“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di
tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua
mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak
mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat
mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."
“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.
“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak
kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat
kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak
kedai itupun perempuan”.
“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”
"Kisah orang masuk penjara?, jangan nak tipu, waktu negro tu keluar
penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"
“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap
abang suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie
baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.RM 5 sekeping”
Aku pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.
“Top Gun 2?”, hmm, aku tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon
perempuan, bagus, Aku beli.
Balik rumah, aku pun dengan tak sabarnya
ajak bini menonton filem “Top Gun 2”, sebuah filem tanpa pelakon perempuan
kononnya., malahan menurut remaja cina tu, boleh claim RM5 jika ada kelibat
pelakon perempuan.
Bila aku on player DVD, bini aku menjerit, dan aku hampir mati sakit jantung,
terus aku patahkan DVD haram tu berkecai kecai.
Jahanam! Cilaka! Ini bukan Top Gun 2, tapi 2 top Gun!!
Rosak etika hidup sebab tertengok “Gay Pornos”
Hampeh!
(Ps: Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang
berjalan mengharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan
kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini, adohai..)
Kalori oh kalori (part
103)
Lepas mood hilang tertengok gay pornos, aku bukak TV dan bini bukak internet,
lalu aku suruh bini semak jadual kalori akan berapa kalori berjaya di pecahkan
untuk jogging selama 20 minit.
Bila semak jadual kalori, 20 minit berjogging membakar lebih kurang 760
kalori.
Aku senyum, dan terus berbaring kepenatan serta kekenyangan di depan TV
memikirkan masa depan yang cerah kerana hidup sihat serta umur panjang.
“Tapi bang, dengar ni”, sampuk bini:
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori,
Roti canai = 400
kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori,
Ikan tenggiri goreng (sepotong) = 142 kalori,
Teh tarik(Segelas)= (210 kalori),
Pisang (2 biji) = 76 kalori,
Sayur mentimun = 75 kalori,
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Semuanya adalah: 1268 kalori.
Itu belum campur makan tengah hari dan makan malam serta minum patang, lebih
kurang lauk abang adalah nasi putih, ikan, sayur, daging, buah, roti canai dan
teh tarik = 11,388 kalori.
Abang berlari sampai jatuh tergolek macam buah kelapa sawit, yang mana nak lari
seminggu sekalipun payah: = baru hilang 760 kalori
12656 kalori tolak 760 kalori, jadi setiap hari abang hutang 11,896 kalori..
Apa pendapat abang?
“Arghh, Dunia ini memang tidak adil!”
Hampeh!
(Ps: Makanlah sederhana macam Nabi Muhammad SAW makan, berhenti sebelum
kenyang.., adohai, pesan pada diri sendiri.)
Lelaki paling seksi
(part 125)
Aku dah cakap, lepas kahwin, akan ada penasihat fesyen amatur, yang mana bila
aku hanya berkain pelikat atau hanya berkain tuala tanpa pakai baju sambil
duduk duduk dalam rumah, bini dengan muka rimas menegur:
“apa ke hell berkain tuala siang malam? Ke hulu ke hilir?, tak sejuk ke? cuba
pakai baju T shirt ke apa?, karang terselak, malu kat anak anak”
Laki yang tak mahu kalah menjawab.
“saya pakai macam ni sebab nak goda awak, jika dah terangsang, bagitahu yer..”
Woha!
(Ps: Bini terus muntah di tempat kejadian, ada ada jer kisah laki bini,
adohai..)
("Salam, Fenomena ustaz ceramah lawak
yang ramai dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat
sambutan.Apa kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?")
Di zaman permulaan islam dahulu, ugama
berkembang melalui pengorbanan, bukan dengan gelak ketawa. Itulah zaman terbaik
yang mana pengorbanan Nabi dan sehabat telahmengalirkan darah dan di selang pula
dengan air mata, seterusnya hidayat tersebar. Telah banyak kali terakam dalam
hadis akan Nabi Muhammad SAW yang selalu menangis kerana risaukan ummat, para
sahabat pun sama selalu menangis bila mengenangkan penderitaan ummat.
Kita hari ini bila bercakap bab ugama,
banyak gelak dengan lawak ustaz, sedang di zaman Nabi, mereka lebih banyak menangis
bila bercakap bab ugama, Abdullah bin
Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata
Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina
Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis.
Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita ugama telah sempurna,
Abu Bakar menangis, dan banyak lagi,. kita hari ini, apa sahaja ustaz cerita,
akan berkakhir dengan gelak ketawa, adohai.., apa yang kelakar sangat?
Tak pernah dengar orang terdahulu yang
gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya
kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah
s.w.t..."
Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun,
terus Abu Bakar, Umar, usman, Ali akan berlinang air mata.. lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada
mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah
yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana
sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh
sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.
Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw
bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang
banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”
Okey, ada
jugak sahabat sedang gelak ketawa, Nabi tak larang cakap haram ketawa, Nabi bagitahu,
“kalau korang tahu apa yang aku tahu, maka korang tentu akan banyak menangis..”
Rujuk kitab
kisah sahabat, mereka sangat mudah menangis di mana mana, cakap ugama sikit,
lepas tu mereka mengangis, dapat harta rampasan, mereka menangis, tak mampu
bersedekah, mereka menangis, terlepas peluang keluar jalan Allah, mereka
mengangis, mendapat berita Ugama sempurna, mereka menangis, dengar ceramah
ugama, mereka menangis, dengar azan pun menangis, tertinggal solat jemaah, pun mereka
menangis...
Tapi korang
yang sedang gelak ketawa, ada nak menangis bila tertinggal solat berjemaah?
Belajar hokum hakam bab solat berjemaah dah bagus, tapi ada nak menangis jika
tertinggal takbir pertama? Macam Sahabat Nabi, ada?
Okey, itu
intro jer, nak kasi panas sikit, berbalik kepada soalan korang:
(((Fenomena ustaz ceramah lawak yang ramai
dihadiri, berbanding ceramah tanpa lawak yang kurang mendapat sambutan. Apa
kata abang keretamayat, bagus atau sebaliknya?)))
Untuk menjawab “bagus atau sebaliknya” kita
kena tengok perbandingan dengan ‘apa’,
Sebagai contoh: mana lebih bagus, hiburan
lagu nasyid kumpulan Raihan atau hiburan lagu kompilasi rock kumpulan Wings?
Jawapannya dah tentulah hiburan lagu nasyid
kumpulan Raihan lebih bagus sebab ada lirik yang islamik dan muzik tidak
terlalu kuat..
Tapi jika dibandingkan antara lagu dakwah
hiburan nasyid kumpulan Raihan dan majlis alunan Al quran, mana lebih bagus?
(siapa jawab nasyid lebih bagus dari Al quran confirm bangang!) sudah tentulah
alunan Al quran itu lebih seribu kali bagus walaupun tidak dihadiri ramai orang
berbanding persembahan nasyid kumpulan Raihan. Faham?!
Berbalik kepada ceramah lawak, maka
perbandingan kena adil, antara ceramah ustaz lawak dengan konsert maharaja
lawak, mana lebih bagus?
Jawapannya dah tentulah ceramah ustaz lawak
lebih bagus sebab ada nasihat yang islamik dan kupasan ilmu hokum hakam..
Tapi jika dibandingkan antara dakwah cara lawak
dan dakwah cara sunnah, (siapa jawab ceramah lawak lebih bagus dari ceramah
ikut sunnah confirm bangang!) sudah tentulah ceramah ikut sunnah itu seribu
kali lebih bagus walaupun tidak dihadiri ramai orang berbanding ceramah ustaz
lawak..
Persoalan pertama, jika matlamat ustaz buat
lawak adalah kuantiti, (mungkin terpengaruh dengan demokrasi) ceramah lawak
memang boleh mencapai kuantiti hadirin dan derma yang tinggi, tapi jika
matlamat adalah kualiti, memang kena dakwah cara mujahadah yang mana akan
kurang mendapat sambutan, adohai..
Sebenarnya, ceramah lawak tu hanya bagus
dalam konteks “hiburan islamik”, sebab remaja dahagakan hiburan, dan melalui
begitu banyak remaja disajikan dengan pilihan hiburan yang lalai dan haram,
Alhamdulliah, ada jugak hiburan melalui ceramah lawak yang halal...
Lagipun dahalu, Nabi ceramah depan sahabat
yang iman tinggi, orang iman tinggi tak perlu pada lawak untuk hilangkan
mengantuk, dengar Nama Allahpun sudah gementar hari mereka, jadi terpaksalah
kot, si ustaz ustaz buat lawak sepanjang ceramah sebab yang hadir semua iman
lemah, yang mana hadirin bila dengar nama Allah lagi lah mengantuk, dengar
lawak baru gelak dan tak mengantuk. Woha!
Maka bila dibandingkan dengan gelak dengar
ceramah dan gelak tengok raja lawak, sangat baguslah ustaz buat lawak masa
ceramah, kurang kurang remaja boleh tahu sikit sebanyak bab bab ugama.
Namun, jika dibandingkan dakwah hiburan
islamik dengan dakwah mujahadah cara Nabi, maka jawapannya, Sunnah Nabi itu
sejuta kali lebih bagus, jadi nasihat aku kepada mana mana ustaz yang
berceramah atau berdakwah dengan penuh mujahadah mengikut sunnah Nabi yang asal,
tak perlu nak ubah method kepada dakwah hiburan atau banyakkan lawak konon atas
alasan nak tarik ramai orang, sebab tertib kejayaan dakwah seperti yang
diceritakan dalam Al quran, bukan ramai orang ikut, tapi sejauh mana kita dapat
taat perintah Allah.
Rujuk Al quran kisah Nabi
Musa berdakwah pada Firaun. Hujung cerita, Firaun tetap tak ikut, dan Nabi Musa
tak ubah cara berdakwah buat lawak pulak ke mana tahu firaun suka sebab firaun
pun ada Pelawak YOYO yang diupah khas, tapi Nabi Musa dakwah cara yang Allah
suruh, berkata benar walaupun pahit, dan lemah lembut walaupun orang naik
kepala, akhirnya, Firaun mati masuk neraka, tapi ahli sihir dan pelawak firaun
pulak masuk islam dan mati masuk shurga sebab terkesan dengan mujahadah Nabi
Musa Alahisalam..
Sama jugak kisah Nabi Nuh
berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara Allah suka, Nabi Nuh tak
pulak buat lawak ke supaya kaum dia ikut untuk dapat kuantiti, akhirnya
diringkaskan cerita, kaum dia yang engkar masuk neraka, dan nabi Nuh yang
dakwahnya tidak ramai orang ikut dikitiraf sebagai Nabi ulul Azmi.
Kisah Nabi Muhammad
berdakwah pada orang taif sehingga kena baling batu, patut ke Nabi buat lawak
di sana ikut kefahaman korang? Tak perlu aku cerita lebih lebih, sebab korang
sepatutnya lebih faham bab ugama dari aku yang hina..
Nabi buat dakwah bukan
nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka melihat Nabi
berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan perintah Allah? dan
lepas Allah binasa kaum yang tak suka dengan dakwah cara Nabi, (mungkin kaum
dia tak ikut sebab Nabi tak buat lawak kot) bila datang kaum baru yang engkar,
ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah cara lain? Oh Nabi Nuh gagal berdakwah
cara jumpa manusia, nanti Nabi luth dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat
lawak ke? Ada Allah ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde maknanya!!
Ketahuilah: Hidayat kerja
Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain lalu buat
cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke, berdemotrasi ke?
FB sharing ke, buat lawak ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka korang
akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah dengan niat
menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinasakan
diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari ramai orang datang dengar,
atau orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah
di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan mengikut cara yang
Allah suka.
Tuan tuan, Agama tersebar
dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman Nabi Muhammad
SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum ada, kitab
tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun
takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik takde,
halaman web Islamicpun takde jugak, parti islam dan nasyid jugak tiada, drama
islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde, tapi hari hari orang kapir
masuk islam, Kenapa?
Kerana hidayat tersebar
bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi zaman ni, apa yang
tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar dan majalah islamic
bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog dakwah berlink link, halaman
web Islamic penuh sesak, parti so call islamic bukan main besar bendara
berkibar, nasyid di radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah
bukan main kelakar, tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi,
sikit bebenor, malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?
Patut dengan dakwah cara kelakar,
Masjid lima waktu penuhlah macam waktu ceramah, tapi masih kosong terutama bila
takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..
Berdakwahlah untuk
menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain..,
berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.
Pesan imam Ghazali: “Mujahadah
adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain mujahadah.”
Sebagai penutup, Kat sini apa yang boleh
kita simpulkan?, kenapa ramai remaja lebih suka mendengar lagu nasyid
berbanding mendengar Al quran?
Jawapannya: Sebab hati korang suka pada
hiburan kerana iman korang sangat lemah. orang yang iman kuat sudah tak perlu
dengar nasyid, mereka sendiri ‘terhibur’ membaca Al quran lebih dari mana mana
syair karangan manusia..
Begitu jugak kes ceramah lawak, akan kenapa
ramai orang lebih suka mendengar ceramah lawak berbanding mendengar ceramah
yang ikut sunnah nabi? Sebab hati suka pada hiburan kerana iman lemah. Orang
yang iman kuat sudah tak perlu dengar ceramah lawak, mata mereka tidak
mengantuk bukan sebab lawak ustaz, tapi kerana hati bergetar mendengar nama
Allah di sebut.
Sebenarnya, aku ulang sekali lagi, ceramah
lawak tu hanya bagus dalam konteks “hiburan islamik”, sebab remaja dahagakan
hiburan, dan melalui begitu banyak remaja disajikan dengan pilihan hiburan yang
lalai serta haram, Alhamdulliah, ada jugak hiburan melalui ceramah lawak.
Ustaz Azhar idrus sendiri mengaku ceramah
beliau adalah ‘hiburan islamik’ untuk anak muda kerana jika takde hiburan lawak
islam, anak muda akan cari hiburan lain yang haram, rujuk interviu dari pihak
TV3, klik video dibawah.
Jadi kesimpulannya, ceramah lawak adalah
salah satu hiburan yang bagus berbanding hiburan lain yang ternyata lalai. Dan
kita suka mendengar ceramah lawak berbanding mendengar ceramah yang ikut sunnah
nabi kerana hati suka pada hiburan sebab iman kita lemah. Orang yang iman kuat sudah
tak perlu dengar ceramah lawak, mata mereka tidak mengantuk bukan sebab lawak
ustaz, tapi kerana hati bergetar mendengar nama Allah di sebut. Adohai..
Sama macam blog aku yang agak kelakar, jika
di bandingkan dengan blog politik pembakang dari longkang yang perasan bagus atau
pencacai Umno yang menfitnah siang malam, maka blog aku lebih ‘bagus’ kot..,
tapi jika dibandingkan blog aku dengan kita kitab ugama atau Al quran, dah
tentu kitab kitab ugama sejuta kali lebih baik, korang suka baca blog aku
berbanding baca kitab ugama kerana hati suka pada hiburan sebab iman korang lemah.
Orang yang iman kuat sudah tak perlu baca blog lawak, iman mereka akan
bertambah sebaik sahaja mendengar ayat Al quran, bukan baca blog merepek,
Adohai..
Okey, cukup sampai sini, nak pergi baca al
quranlah pulak, mudah mudahan..
“Tapi Hamka, aku nampak kau pun selalu gak
layak ceramah ustaz Azhar idrus di youtube? Kaupun lemah iman jugaklah?”
Ya, aku mengaku, aku dengar ceramah beliau di
youtube sebab hati aku gelap, masih suka pada hiburan sebab iman aku lemah. Aku
masih perlu dengar lawak sebab nanti aku sama mengantuk macam korang kerana imanku
sendiri belum sampai tahap bergetar mendengar nama Allah di sebut. Aku adalah
orang yang hina dan berdoa, Pesan pada diri sendiri rupanya, isk..
Ps; Semoga lepas ni kita berniat pergi
ceramah kerana Allah, bukan kerana ustaz lawak, buktikan dengan turut hadir
dalam majlis ustaz yang ceramah cara Sunnah nabi Muhamad SAW, jom keluarkan air
mata kerana banyak dosa, bukan menangis sehingga keluar air mata.., tak akan
disentuh api neraka, mereka yang menangis kerana takutkan Allah..
Ps2: Aku sokong ceramah lawak dalam konteks
: “hiburan islamik", harap maklum.
( “Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak membuat perkara
bodoh, terutamanya orang perempuan”)
Pepatah di atas apabila aku renung dan kaji, ternyata ada
banyak kebenarannya, apatah lagi pepatah itu dipetik dari blogger terkenal
iaitu Hamka keretamayat selaku pengarang buku Permata Yang Hilang versi sopan,
eh?, adakah aku baru sahaja memetik pepatah aku sendiri?, kebenaran apakah ini?
Sungguh perasan popular, adohai..
Sambung balik: Orang bercinta sebelum kahwin akan banyak
membuat perkara bodoh, terutamanya orang
perempuan. Aku setuju dengan statement ini, korang pulak bagaimana?
Masih tak percaya bahawa cinta membuatkan manusia bodoh terutama orang
perempuan?
Baik, Cuba korang semak senarai bodoh yang dibuat oleh orang
bercinta sebelum kahwin dibawah:
1. Memegang Tangan Kekasih.
Orang perempuan bila bercinta, suka sangat Pakwe pimpin
tangan, konon romantiklah tu, sikit sikit nak berpimpin, nak melitas jalan
berpimpin, nak naik tangga berpimpin, nak lompat longkang berpimpin, eeee, geli
aku sebab korang tu belum kahwin lagi, adalah lebih baik korang tolong pimpin
babi melintas di jalan raya dari pimpin kekasih sebelum kahwin sebab walaupun
babi haram, tak dosa pimpin si babi melintas jalan, mungkin boleh dapat pahala,
tapi tolong awek melintas jalan, silap haribulan kena langgar lori, terus masuk
neraka berpimpin tangan dengan firaun, Adohai..
Moral: Tengok Laki bini berjalan berpimpin tangan, nampak
bijak dan romantik, tengok pakwe makwe berpimpin tangan, nampak bodoh macam
babi!
2. Bagi Gambar Tak Tutup Aurat Kepada Kekasih
Jaga aurat dah bagus, tapi bila bercinta, boleh pulak awek
bodoh kongsi gambar tak tutup aurat kat Pakwe, maka pakwe bodoh pun share
gambar awek bodoh tak tutup aurat di Facebook, lepas tu pakat pakat ‘like’ dan
‘share’? Hampeh!
Ada pulak kongsi gambar telanjang, bila putus, terus jadi
hamba kekasih sebab takut kena ugut gambar di sebarkan, bodoh sungguh!
Moral: Laki bini nak kongsi gambar telanjang mungkin nampak
macam tak sopan, tapi pakwe makwe belum kahwin tapi kongsi gambar telanjang, elok
jadi binatang. Bangang!
3. Membazir Duit Dan Masa Layan Kekasih.
Maksiat bagi orang paling lemah iman, mencegah dengan hati,
tapi si pakwe makwe ni siap laburkan duit dan gembira dengan maksiat sebelum
kahwin. Rugi sungguh hidup korang, mana pergi iman? Malas
nak tulis panjang panjang, sendiri mau fikir!
Moral: Belanja bini, dapat pahala sedekah, belanja awek?
Lebih baik belanja mak korang makan sedap sedap, adohai..
4. Merajuk Rajuk Dengan Kekasih
Aku paling angin orang belum berkahwin tapi dah merajuk rajuk
macam dah kahwin, tak matang langung, orang perempuan ler ni!
Moral: Pujuk bini itu tanda matang, pujuk awek itu tanda
bangang!
5. Panggil Kekasih Dengan PAPA-MAMA
Belum kahwin dah berpapa-mama, meriahnya hidup.., serius
korang nampak bodoh dan tak matang.
Moral: Suara tu aurat, Laki bini berpapa-mama boleh pahala,
pakwe makwe berpapa-mama mendapat bala!
6. Tengok Wayang Bersama Kekasih.
Kerana pakwe makwe tengok wayanglah yang membuatkan aku di
tuduh berdosa oleh ketua usrah sebab menonton wayang filem yang aku minat arahan Quentin Tarantino's di pawagam, celaka
sungguh, apahal pulak korang buat maksiat dalam panggung wayang?, aku dapat
dosa? Habis tu jika korang buat maksiat dalam LRT, aku berdosalah naik LRT,
hampeh!
Moral: kepada ketua usrah, kami laki bini tengok wayang
adalah dengan niat mencegah mungkar dengan membeli seat couple sekaligus
mencegah pakwe makwe membuat maksiat di kerusi itu-Woha!
7. Membeli Hadiah Kepada Kekasih
Apa punya bangang, jika ada duit, tak payah beli hadiah
untuk kekasih, membazir jer, simpanlah duit tu untuk kahwin.., adohai..
Moral: Kepada bini, jika Laki tiba tiba tak beli hadiah
dalam tempoh yang lama, mungkin itu petanda Laki nak kahwin lagi satu. Woha!
8. Bergaduh Dengan Ibu Bapa Kekasih.
Belum kahwin dah bergaduh dengan bakal bapak mertua?, jahil
sungguh! Malas nak ulas.
Moral: Laki bini bila bergaduh, boleh lari rumah mak mertua,
pakwe makwe? Lari bunuh dirilah nampaknya, bangang!
9. Derhaka Pada Orang Tua
Ramai betul orang perempuan yang lebih mendengar kata kata
Pakwe dari mak bapak, listen listen listen! Ikan jerung pun ada masalah, tapi
mereka tak derhaka pada mak bapak mereka!
Moral: Bini wajib taat suami, mak bapaknya dah terlepas
tanggung jawab selepas anak perempuan mereka berkahwin, simple.
10. Lari Dari Rumah
Apa kejadah belum kahwin dan lari ikut pakwe? Bila putus
dengan pakwe nak balik beraya di mana? Cubalah pakai otak sikit, orang
perempuan ler ni, otak singkat!
Moral: Lepas kahwin, jika bergaduh dengan laki, boleh guna
ayat: “Hantarkan saya ke rumah orang tua saya”-Woha!
11. Cacah Muka Dengan Tatoo Nama Kekasih
Inilah perbuatan pakwe makwe paling bangang dalam sejarah
peradaban manusia, Bodoh sungguh!
Moral: Tak payah nak bertatoo bagai, Jika dah kahwin, nama
laki bini mungkin terukir dipintu suhrga, amin..
12. Meraba Alat Sulit Kekasih
Belum kahwin dah meraba raba? Apa kejadah? Orang perempuan
pun meraba jugak? Bodoh! Neraka itu gelap, pergi meraba di sana!
Moral: Raba bini dapat pahala, Raba awek dapat dosa, simple.
13. Menghisap Kemaluan Kekasih
Inilah perlakuan pakwe makwe yang selalu berlaku, konon tak
berzina, hanya menghampiri zina. Hisap hisap jer.., tapi jika dah bermula
menghisap kemaluan, tunggu line clear, berzina lah karang.., Syaitan!!
Moral: Hisap kemaluan Laki dapat pahala, Hisap kemaluan
Pakwe, bodoh berganda!
14. Berzina.
Mana rotan aku nak sebat 100 sebatan tiap sorang, anggaplah
rotan aku ini sebagai teknik mendayung ke puncak inzal, ha ha!
Moral: Pakwe makwe berlaga lubang kencing, Syatan tepuk tangan.
Laki bini berlaga lubang kencing, syaitan menangis.
15. Mengandung Anak Zina
Best ke belum kahwin dah memboyot? Berzina sekali dah
mengandung, tak sempat inzal pulak tu, bodoh dan tak berbaloi langsung..
Moral: Mengandung lepas kahwin, adalah nikmat yang besar
bagi perempuan. Jika kamu mahu mengerti.
16. Buang Anak Dalam Tong Sampah
Bodoh, bingai bangang!
Argghhh, malas aku nak ulas lagi akan betapa bodohnya
tindakan orang yang bercinta sebelum kahwin, mereka memilih sedap sekejap, tapi
seksa berpanjangan, itu belum cerita nasib dalam kubur dan dalam neraka,
hampeh!
Mari sini semua adik adik sekalian, sebelum kahwin tak payah
nak bercinta, buang masa jer.., kerja bodoh semua tu. Ketahuilah, cinta
memerlukan tenaga dan pengorbanan, sedangkan tenaga dan pengorbanan sebelum
berumah tangga adalah sia-sia, buang current jerr, dan akan menjejaskan
prestasi otak. Mulalah exam tak lulus sebab angau bercinta. Hampeh!
Cuba tengok, abang keretamayat yang tak pernah ada awek
waktu belajar. Bukan sebab beliau tak hensem (walaupun memang tak hensem) tapi
waktu muda beliau habiskan masa
mengembara. Membaca dan belajar sebanyak
mungkin.
Bagaimana abang keretamayat boleh bertahan hidup waktu
remaja tanpa cinta? Sebab abang keretamayat sudah ada gadis impian yang
mempunyai seratus syarat, seperti muka cantik jelita macam artis yahudi, lokasi
tahi lalat di tempat sekian sekian.., tinggi sekian sekian, lebar senyuman
sekian sekian, yang mana selagi tak jumpa gadis macam ni, abang keretamayat tak
akan bercinta, maka sibuklah abang keretamayat dengan belajar falsafah
kehidupan, belajar ilmu dunia dan akhirat tanpa menoleh pada mana mana gadis
sebab mereka tidak termasuk dalam 100 syarat wanita impian..
Tapi sebaik habis belajar, sebaik masuk alam pekerjaan,
terus abang keretamayat buang 95 syarat wanita impian, lalu tinggal lah lima
syarat sahaja, dan terus mengorat dengan niat berkahwin, lepas mengorat, tak
lama lepas tu kahwin. (cerita detail kisah abang keretamayat mengorat dan
berkahwin boleh rujuk buku Permata yang hilang kini dijumpai- pergh, sempat
promote tu, hihihi)
Jadi waktu bujang, cuba habiskan masa membuat perkara yang
tak boleh kongsi dengan bini, contohnya mengembara panjat gunung, pergi ke
negara miskin macam india, duduk berjam jam membaca sejarah dunia di
perpustakaan awam, memancing ikan sorang sorang dalam hutan, menonton 100 filem
terbaik dunia yang bercorak berat, berdakwah masuk hutan jumpa orang asli,
membaca kitab tafsir Al quran di masjid berjam jam, bergaul dengan ustaz ulamak
dan sebagainya.., tempat peranginan seperti cameron higland, genting higland,
unversal stadio, disneyland, pulau peranginan dan lain lain tempat romantik,
tunggu lepas kahwin baru pergi dengan bini.
Ok, Lepas kahwin, barulah gunakan tenaga dan pengorbanan
untuk bercinta dengan pasangan masing masing, nak bersetubuh puas puas, lepas
kahwin, nak melancong puas puas, lepas kahwin,..
Tak payah abang keretamayat tulis panjang panjang bab lepas
kahwin sebab tindakan laki bini lepas kahwin nampak bijak dan matang berbanding
perbuatan pakwe makwe yang belum kahwin yang nampak bangang!
Akhir kata:
"Kepada semua pasangan yang bercinta dan belum berkahwin, sila beli buku Permata yang Hilang Kini Dijumpai, lepas tu lipat muka surat 22, dan hadiahkan kepada kekasih korang, jika pasangan korang tak paham lagi tak tahulah! adohai.."
Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah KERETA MAYAT
Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update twitter.
Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur “kagum dari jauh”
Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa, kisah laki bini, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.
Jumlah follower: (Jun 2017)
Facebook page: Hamka (Kereta Mayat): 150,942
Blog: keretamayat.blogspot.my : 8,312
Instagram : hamka_keretamayat : 6,644
Twitter: keretamayat_ori: 124
Lagi satu nak bagitahu, Abang juga seorang penulis, dah sebelas buku abang tulis, semua masih diulang cetak dan boleh dapat beli di kedai, juga boleh beli on line.
Antara tajuk buku:
(1) Permata Yang Hilang kini dijumpai (kisah Laki Bini sebelum kahwin sehingga kahwin)
(2) Kamar Sutera (kisah laki bini baru kahwin dari malam pertama hingga beranak anak pertama),
(3)Semusim di Syurga (Tazkirah santai berdasarkan peristiwa kelendar Islam, seperti NIsfu Syaban, Israk Mikraj, dan lain lain peristiwa dalam Tahun Islam),
(4)Semusim di Neraka (Tazkirah sentap berdasarkan peristiwa kelendar Masihi, seperti Hari kekasih, Hari Ibu, dan lain lain peristiwa dalam tahun Masihi) ,
(5) KLB: Kisah Laki Bini (kisah suami isteri menempuh suka duka kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri) ,
(6) Kisah Anak Bini (Kisah anak yang banyak bertanya soalan pelik, dan bagaimana Laki Bini menanganinya),
(7)Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha (Novel Thriller kisah suka duka penduduk kampung berhadapan masalah peristiwa akhir zaman),
(8) Aku, Almond London dan Gay- Kisah di goda gay dalam mencari Almond London, lalu akhirnya memutuskan untuk membantu golongan LGBT dalam mencari jalan Taubat.
(9)Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
(10) Buku Terakhir Tentang Hantu, (kisah bini dirasuk dan terbongkarlah segala rahsia dunia hantu)
(11) Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa. (suka duka laki bini di bulan puasa sampai raya)
(12) Ngeteh Di Kubur Ayah (surat dari arwah kepada anak anak seluruh dunia)
(13) Kerana dia Anak Syurga (kisah anak autisme dan Ilmu menjaga anak OKU)
Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang.
Ps: Abang dah lama kelakar, baru hari ni korang gelakkan abang, bukankah esok lusa kita semua jadi mayat? Woha!
E Book, Kisah Laki Bini di Bulan Puasa. Kisah suka duka Laki Bini bermula 1 Ramadhan hingga Raya Enam! Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan Woha! Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. RM 10 sahaja, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584) Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email anda dengan segera!
("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah' dan 'lain kali lah'.. sedangkan kalimah yang paling afdal di u...
Peraturan Membaca Blog keretaMayat
Amaran
Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan merbahaya kepada bot-bot kecil.
Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri.
18 Tahun ke atas..
Blog ini menyentuh aspek agama, sosial dan politik,(18PL) Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,(18SX) Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,(18SG)
Bukan Ustaz.
Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab. Maafkan penulis jika kurang hikmah dalam penulisan di sepanjang blog ini, dan terima kasih kerana berlapang dada membaca secebis ilmu dan maklumat tentang dunia islam dari kaca mata seorang hamba yang hina ini.
Seks Blog ini sering bercerita tentang kelebihan berumahtangga dan isu seks, dalam menggalakakn muda mudi mendirikan rumahtangga dengan cepat demi kesempurnaan separuh dari ugama melalui perkahwinan, walaubagaimanapun, tak salah jika yang sudah berkahwin membacanya.(mana tahu ada rezeki untuk tambah...)
Mualaf
Dalam bebarapa artikel, ada di selitkan nota untuk mualaf, bagi penulis, mungkin anda akan tidak selesa atau bosan membacanya, namun abaikan sahaja kerana pada pendapat Aku yang hina, masih ramai sebenarnya remaja dan orang islam sendiri yang masih ‘mualaf’ dalam bab-bab ugama.(termasuk juga aku), maka, kita sama-sama belajar ingat-mengingat, walaupun untuk perkara yang remeh.
BuZnama
Bermaksud: “Berita dari UstaZ yang aku tak ingat NAMA”. Demi Allah, Aku sedaya upaya mencuba sepenuh jiwa raga agar tidak sekali-kali meyebarkan berita yang palsu, apa yang aku dengar dan telah dengar banyak kali dari 'Buznama', maka aku gunakan sebagai hujjah, semoga aku sampai bila-bilapun tidak akan berdusta atas nama Rasulullah SAW.
Short Word.
Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.
Hampeh
mencarut dengan bahasa yang murni.
Woha
Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario.
Lagu dan Syair.
Dalam kitab ugama, penulis dapati banyak penerangan di selitkan syair arab, menjadikan kitab itu menarik dan seronok di baca. maka aku juga banyak menyelitkan lirik lagu yang popular di mata aku ke dalam beberapa artikel, ada yang aku edit sesuka hati dan ada yang sama dengan lirik lagu yang asal, anggap sahaja sebagai syair dalam memudah fahamkan sesuatu penerangan dan menghidupkan suasana ceria.
Lawak.
Ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama. Mudah-mudahan.
Rujuk Ustaz
Penulis benar-benar maksudkannya. Demi kebahagian anda.
Jangan Jadi SLOW
Blog ini juga tidak mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan, fahaman, parti, gerakan atau sindiket, jika tak puas hati,jangan kutuk PAS, UMNO, TABLIGH, PKR dan lain-lain pertubuhan, tapi hina, caci, maki, kutuk dan laknatlah aku seorang...,
Komen dan Email
Setiap Komen yang negatif tapi masih tidak di delete bukan bermakna penulis bersetuju, tapi perasan sibuk, dan tidak mewakili langsung pendapat penulis.
Bagi yang bertanya, Harap dapat bertanya dengan ringkas, Penulis cuba jawab semua komen dan email secara umum, bukan secara personal, cuma lambat atau cepat sahaja... adohai.