Mar 12, 2023

Solat lagi?

“Solat lagi?”

Begitulah keluhan anak syurga saya tiap kali tiba waktu solat, baginya lima kali solat setiap hari terasa banyak dan bertanya kenapa kena solat banyak? Maklumlah, tiap kali waktu solat, saya kan tutup Wi-fi, anak lelaki semua pergi masjid, termasuk dia, anak perempuan, solat awal waktu, balik masjid karang, baru ayah ON balik Wi-fi.

(Rujuk gambar terbaru anak syurga saya, dah berkhatan, dan upah bersunat, nak mainan Bumblebee beli ikat Shopee, senyum sampai telinga sepanjang hari, Alhamdulillah)

Alkisahnya, si anak yang bertanya baru 10 tahun, Autisme boy yang belum faham tentang ketuhanan, solat pun pandang kiri kanan, maka saya tak ada idea nak jawab “kenapa solat kena banyak”untuk tahap pemikiran anak Ausime, sebelum ni, anak normal saya yang lain, empat orang waktu kecil ada bertanya KENAPA KENA SOLAT BANYAK KALI SETIAP HARI?, mudah saya menjawab..

“Anakku, Kita manusia ada dua keperluan, satu keperluan jasmani, dan satu keperluan rohani, yang mana keperluan jasmani adalah melalui makanan dari tanah, dan ada waktu untuk makan seperti Sarapan (breakfast), Kudapan (Brunch), Merarau(Lunch), Cicipan(Tea), Makan malam(Dinner) dan Gabi (Supper)..,

..Ada lima kali waktu makan, maka boleh tak? jika pada waktu pagi, sebelum pergi sekolah, kita terus makan semuanya serentak, kita sarapan, Lunch, dinner, sekaligus, boleh tak? Tentu tak boleh, kesihatan akan terjejas, perut kembong, sebab keperluan jasmani yang sihat perlu di layan ikut waktu yang tertentu baru jasmani kita kekal sihat sejahtera!..

... Maka untuk keperluan rohani, makanan jiwa adalah dari langit, maka sangat perlu pada waktu tertentu untuk bersolat demi bermunajat kepada Allah, buat hubungan dengan pencipa Roh, dan perlu pada waktu yang ditetapkan seperti Solah Subuh di awal pagi, Solat Zohor waktu tengah hari, Solat Asar di waktu Tea, solat magrib waktu dinner, dan solat isyak waktu Supper, lima kali sehari! ..

.. Semua ini kena ikut waktu kerana jiwa tanpa makanan rohani akan menderita, akan gelisah dan tidak tenang, banyak kes bunuh diri kerana rohani mengalami kemurungan, sungguh hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang dan solat itu makanan rohani yang memberi ketenangan jiwa”

Anak semua angguk setuju,

Bila dewasa sikit, saya cerita kisah orang nak pergi Umrah dua minggu, maka dia akan sibuk buat persiapan, pagi pergi beratur buat Passport, tengah hari pergi beli beg besar, petang beli baju jubah, magrib, baca buku bab Umrah, malam ulang kaji sambal kemas barang, sibuk sangat, seminggu dua nak pergi Umrah Nampak sibuknya mereka sebab nak pergi Umrah DUA MINGGU! Setiap hari ada bagi masa buat persiapan kecil…

Tapi bandingkan pula orang yang nak pergi haji 40 HARI, lagi sibuk, setahun sebelum pergi dah pergi kursus Haji, pagi pagi dah kerja kumpul duit, beli beg besar, beli barang, susun sampai ke malam, ulang kaji bab tawaf, tahalul, ehram, siang malam, sibuk sangat, seminggu dua nak pergi Haji lagi sibuk, bayar hutang, minta maaf, jumpa orang sana sini, buat kenduri kesyukuran, macam macamlah, sungguh Nampak sibuknya mereka sebab nak pergi HAJI 40 HARI!

Maka sama juga tentang solat lima kali, kita bagi masa lima kali setiap hari sebagai persiapan untuk pergi alam akhirat selama lamanya!

SELAMA LAMANYA kita nak pindah ke akhirat, maka kenalah buat persiapan meluaskan kubur dan syurga dengan lima minit solat sebanyak lima kali setiap hari, nak duduk sana selamanya kan?

Memang Nampak sibuklah bersolat lima kali sehari, Al Paham ke idop?

Anak semua faham kecuali anak syurga, dia masih tak boelh move on ayah tutup WI FI lima kali setiap hari.

“Ayah, kenapa solat banyak? Susahlah Iman nak main Internet?”

Baiklah, saya jawab macam ni, terus anak faham..

“Anakku Muhammad Imad, Ayah solat banyak sebab nak masuk syurga dan dalam syurga ada Wi-fi selama lamanta hingga kita boleh beli semua mainan kat Shopee percuma!”

Woha!

No comments: