Sebagai Pengarang Tanjak, saya gembira bila pakaian Kontijen Malaysia di Jepun ada sentuhan Melayu, iaitu,Tanjak, Busana dan Samping.
Ya, inilah pakaian Melayu, yang mana Tanjak bermaksud Tanah
yang di Pijak, pemakai Tanjak adalah menggambarkan orang melayu yang ada asal
usul, Corak Tanjak mewakili tempat, zaman dulu tengok Tanjak dah tahu orang
negeri mana, tengok Samping dah tahu bujang ke duda.
Perempuan pun sama, tengok gaya pakai kain batik dah tahu
anak dara ke janda. (mudahlah bertemu jodoh tanpa perlu tanya semua
orang-insyaAllah)
Ikatan Tanjak juga ada kod dalam bahaya atau aman sejahtera,
jika melihat orang bertanjak ikatan belakang, maka wanita akan lari tutup pintu
kerana ada bahaya sedang datang. Tentera lihat Panglima ubah corak Tanjak,
faham strategi berikutnya.
Maklumlah zaman dulu bukan ada whatsapp nak hantar mesej,
maka dalam berpakaian ada kod rahsia yang buatkan orang luar tak mampu
menyamar, dan kod rahsia perang dapat di hantar dengan cepat.
Belum cerita cara letak keris di samping pun ada maksud
tertentu, waktu aman lain cara memegang keris, waktu bahaya lain pula cara
memegang keris, begitulah.
Zaman dahulu tak ada kad pengenalan, Corak pada keris ada
gambarkan keturunan mana, anak ke berapa, dan lain lain, sebab tu ada keris
keturunan yang akan di beri pada anak sulung, dan adik beradik lain akan copy,
maka bentuk keris abang sulung akan sama zaman berzaman.
Tapi zaman dah berubah, orang melayu ramai tak bangga budaya
melayu, lebih suka berkaian penjajah dan Tanjak pakai waktu kahwin sahaja,
keris keturunan hilang entah ke mana.
Maka kerana itulah saya yang ada ramai anak lelaki, belajar
mengarang Tanjak, belajar mencintai bangsa dan budaya, dan syukur zaman ini
tanjak kembali polular, ada artis bertanjak, ada pelayan kedai bertanjak, ada
yang bertanjak waktu majlis berkhatan, abang saya baru ni sembelih lembu sambil
bertanjak, saya pun banyak buat kontent sambil bertanjak.
CIna ada pakaian mereka, rujuk Jet Li cukur dahi waktu jadi
Wong Fei Hong, Korea ada topi pendekar yang berbeza dengan rakyat, Koboi pula
ada topi, Nabi ada serban yang ikatan ekornya berbeza dengan Arab bukan islam
dan arab islam.
Semua itu adalah desta dalam budaya masing masing.
Jika kita tak amalkan desta budaya sendiri, maka akan
hilanglah budaya ini selamanya..
Ingat tak Khabib juara UFC jaguh tak terkalah, selalu Khabib
pakai topi berbulu besar, itulah Papakha yang dipakai dalam perang oleh bangsa
Dagestan dan berbagai suku lainnya yang berada di wilayah Pegunungan Kaukasus
dan dalam perang Papakha tidak akan di tanggalkan kecuali dipotong leher.
Oleh kerana Papakha adalah simbol pergi ke medan perang,
maka ianya simbol kebanggaan bagi Khabib dan bangsanya.
Khabib pernah memberi hadiah papakha kepada bintang bola
sepak Cristiano Ronaldo di awal tahun 2018.
Pada awal Khabib pakai ni ada orang kritik topi apa macam
tu? tapi bila Khabib menjadi Juara tak terkalah, ramai bangsa lain pakai
Papakha dengan bangga!
Jadi balik pada pendapat abang mayat. Jika kita nak
promosikan sesuatu. Biarlah bersifat membawa identiti bangsa ke mata dunia.
Orang arab promosikan serban. Orang barat promosikan topi sudu. Orang melayu
nak promosikan apa?
Maka tahiah kepada pencipta pakaian Kontijen Malaysia di
Jepun, abang mayat kagum dari jauh!
Bagi yang suka skroll baca yang hujung sahaja, abang mayat
nak ingatkan, Tanjak ni di lipat dari kain berbentuk segitiga (gunung) dan
menjadi hiasan kepala lelaki melayu yang mengiktiraf tanah yang di pijak
sebagai tanah merdeka. Hanya hamba yang tidak bertanjak di zaman melayu dulu.
Perkataan Tanjak ni adalah gabungan perkataan Tanah yang di
pijak. Sebab tu dengan memakai Tanjak orang akan tahu asal dari mana, ada
Tanjak Perak, Tanjak Pahang, Tanjak Riau, Tanjak Bugis, Tanjak Terengganu dan
sebagainya.
Ada juga tanjak untuk hiasan golongan bangsawan dengan nama
seperti Mahkota Alam, Ayam Patah Kepak, Dendam Tak Sudah, Pancung Tak Bertanya,
Hulubalang Ombak, Naga berlabuh dan banyak lagi.
Tanjak ni di pakai oleh orang melayu dalam semua majlis.
Sama ada kahwin, bergaya, dan berperang.
Dan sebagai bangsa melayu serta bangsa lain yang sama sama
hidup di Tanah Melayu. Ayoh kita kenalkan kebanggaan bangsa nenek moyang kita
di mata dunia dengan bertanjak.
Macam Tun Dr Ismail yang Bertanjak Ketika Berucap Di PBB
pada tahun 1957 nak bagitahu dunia. Melayu telah Merdeka!
Kagum dari jauh!
Jadi.. Siapa sini wakil Malaysia yang ada masuk UFC? Abang
mayat nak sponsor Tanjak satu!
Woha!
Pengenalan Ringkas Tujuh Tanjak Warisan Melayu:
'Ustaz' bertanjak cerita Kelebihan Jerebu? (video sebelum
PKP)
Mengenali Tanjak warisan Melayu:
Seni Merendahkan Tanjak untuk bersolat:
Anak Autisme dan Tanjak warisan:
Berceramah sambil bertanjak:
Erti Merdeka sambil Bertanjak:
Anak Autisme bercerita tentang Tanjak
(Nak tempah tanjak mesej tepi, sempat promote, hehehe)
No comments:
Post a Comment