Aug 30, 2021

Istiqarah tolak vaksin?

“Tuan nak tanya, macam mana kalau ada orang yang dah buat solat istikarah kemudian dapat petunjuk jangan ambik vaksin, perlu ikut petunjuk Allah atau saranan kerajaan?”

Okey, Bagi yang tidak tahu, solat istikarah di buat bila kita ada dua pilihan yang sama sama best, contoh ada dua calon nak kahwin, maka kita buntu, elok buat solat istiqarah dan dapat petunjuk dari mimpi.

Tapi kejap, mimpi kita dapat tu mungkin dari syaitan? Macam mana nak tahu mimpi kita itu benar?

Jangan lupa semua, selain istiqarah, jangan lupa perintah Allah suruh mesyuarat, dan sebaik baiknya hasil mimpi tu kita rujuk pada mesyuarat, sungguh tanda mimpi kita itu betul, bila keputusan mesyuarat menyokong mimpi kita.

Rujuk kisah asal usul azan, sahabat mimpi, dan Nabi mensyuaratkan, dan banyak masalah umat, Nabi selesaikan dengan mesyuarat Bersama yang pakar. Baik waktu perang atau aman, Nabi selesaikan masalah umat dengan mesyuarat.

Jadi hari ni bab vaksin, telah bermesyuarat semua doctor pakar, semua ustaz, mufti, dan ulamak, dan semua yang pakar pakar ni bersepakat agar semua orang vaksin sebagai perisai dalaman melawan Covid, sebagaimana zaman Nabi pakai baju besi sebagai perisai luar melawan anak panah, maka zaman ini tidak salah pakai perisai dalaman (vaksin) dalam melawan Covid.

Jadi tak perlulah nak istikarah lagi perkara yang mesyuarat dah putuskan, taat pemimpin adalah taat Nabi, dan Taat Nabi adalah Taat Allah.

Jika Di Takdirkan mati juga lepas vaksin, (macam sahabat yang terkorban walau dah pakai baju besi) maka itulah kuasa Allah, sungguh Baju besi, atau Vaksin, semua itu tiada kuasa, yang berkuasa hanyalah Allah, kita usaha dan tawakal sahaja, InsyaAllah mati syahid siapa yang mati selepas berusaha dan bertawakal.

Tapi jika korang buat solat istikarah, dan dapat petunjuk tak payah vaksin, katakanlah, korang ikut mimpi tu, dan tiba tiba korang kena Covid 19, dan mati. Maka korang akan dapat Pahala!

Sebab ada ceramah saya dengar ustaz cerita:

“Tidak akan rugi sesiapa yang melakukan istikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat, dan tidak akan miskin orang yang bersederhana”

Jadi walaupun mati akibat tidak vaksin, tetap dapat pahala solat istikarah.., sungguh tidaklah rugi orang istikarah, sebab dapat pahala solat sunat.

Namun akan sangat-sangat menyesal orang yang tidak ikut mesyuarat. Menyesal di dunia satu hal, menyesal di Akhirat gigi jari sampai ke siku tiada gunanya.

Now you know.

Woha!

3 comments:

Anonymous said...

3 isu org org tolak vaksin.
1. isu agama.
2. isu keselamatan.
3. isu konspirasi.

Isu agama, kita jawab, dato' dato' mufti pun vaksin.
Isu keselamatan / kesihatan, doktor doktor pun vaksin.
Isu konspirasi, yahudi pun vaksin.

Isu sebenarnya, ikut keras kepala sendiri jer.

Anonymous said...

Ada juga yg takut vaksin tu salah 1 fitnah dajjal,takut jika ikut saran pemerintah telah menyebabkan diri mengambil jalan yg salah..
(persoalan berkisar feqah diangkat jadi persoalan akidah)

Cuma kita ini mmg suka memandang rendah toknenek kita sampai lupa fakta bahawa setiap persoalan agama yg muncul dlm diri kita masing2 ini telah lama diselesaikan org terdahulu..ini la fakta yg kita ramai org awam x tau terutama yg muda2 .. ianya bukan baru selesai.. Dah lama dah selesai..

Sebelum kita pikir pasal jalan/akidah mana yg betul/sekaligus jalan/akidah itu insyaAllah dapat membentengi diri dari finah dajjal,toknenek/pemerintah kita dah pikir dulu..

Maka pemerintah/negara kita telah lama warta sarankan pegangan akidah asyairah@sifat 20(akidah ahlusunnahwaljamaah)sebagai pegangan akidah dalam hidup kita..ini bukan perkara baru warta saran ni.. Dah lama dah..

Toknenek/pemerintah dah pikir dulu sebelum kita pikir.. Dah lama selesai jumpa jalan siap waris warta sarankan dah kat anak cucu..

Taat la pada pemerintah/negara mengaji/pegang akidah asyairah@sifat 20(akidah ahlusunnahwaljamaah)

hamka said...

Setuju, deep! Woha!