Jika Ayah kita seorang yang ada kerjaya hebat, maka anak anak telah ada mentor percuma paling berpengalaman depan mata.
Tengok Mukhriz anak Tun Mahadir, pandai jadi Menteri berkat
ajaran ayah dia. Kedah jadi maju!
Tengok Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim, pandai jadi wakil
Rakyat dan pandai berceramah ikut ilmu dari Ayah seorang Menteri!
Tengok Lim Guan Eng anak Lim Kit Siang, pandai bercakap
macam ayah dia.
Tengok Nik abduh pandai berceramah macam ayah dia Datok Nik
Aziz.
Tengok Datok Najib anak Perdana Menteri, ekonomi negara
melonjak tinggi sampai tahap "The greatest bull run in history"
Tengok Samsul Yusof anak Datok Yusof Haslam, Dari Bapanya
dia belajar buat filem yang jauh lebih hebat. Kutipan berjuta juta!
Tengok Khabib anak jurulatih gusti, dari ayahnya dia belajar
jadi juara UFC paling hebat.
Jadi ayah kita bukan sahaja teman hidup, tapi mentor paling
berpengalaman depan mata!
Namun ada orang, dia tak jadi macam ayah dia, sebab masing
masing ada impaian tersendiri.
Macam saya, arwah ayah adalah nelayan, saya pernah ke laut
jadi nelayan, dan saya tak minat kerja tu, ayah saya pun tak nak saya jadi
nelayan, tapi ayah saya suka borak bab agama, maka saya banyak dapat idea dalam
menulis bab agama sebab.. asal borak dengan ayah, pasti cerita bab agama dari
kitab jawi yang saya tak lancar, maka banyak cerita yang luar dari RUMI
menjengah dunia saya yang lama kelamaaan menjadikan saya penulis Blog tazkirah
santai KERETA MAYAT.
Jadi siapapun anda, apapun kerjaya anda, anda adalah mentor
paling berpengalaman dalam mendidik anak-anak.
Maka tanya pada anak, bila besar nak jadi apa? Dna bantu
mereka.
Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam
keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam
keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada
kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku
tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta
mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam
keluarga.
Maka terlihatlah sebuah kereta Axia, paling murah di
Malaysia, menjadi milik saya Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat
pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan
Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata.
Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi
diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah
bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan
dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai
syurga!)
1 comment:
betul tu saya setuju, kalau tgh cari mana nakk dapat botol kosong boleh baca sini kilang botol plastik
Post a Comment