Alkisahnya, saya ada anak OKU Autisme, salah satu masalah, suka tengok Youtube tak berhenti henti, jika tutup internet, dia akan mengamok, menjerit, dan menggigit.
Bila jumpa Pakar Terapi, nasihat doctor, anak kena banyak
buat senaman, kurangkan screentime mereka.
Pendek cerita, satu hari saya bawa anak ziarah rumah kawan
saya yang kaya, dan anak teruja dengan Treadmill, dia berlari setempat sambil
tonton TV.
Wah, ini sudah bagus, senaman dan screentime Youtube jarak
jauh, tapi bila borak dengan kawan saya yang kaya dia bagitahu..
Treadmill ni ada 2 model. (1) Home use - yang jual kat Mall,
(2) Commercial use - yang pakai kat Gym
Home Use ni harga dia mahal sebab orang tak tahu kualiti dia
dan brand dia. Orang tau nak lari kat rumah je. Tapi kalau orang tau, orang
akan sedar bahawa mereka beli Kancil dengan harga Mercedes untuk bawak gi
racing.
Kalau beli Commercial Use, harga Mercedes, dapat Mercedes.
Malangnya.. commercial use yang dibeli dengan harga Mercedes tadi sebenarnya
harga Merc Recond.. Kalau harga baru, dia harga Ferarri
Treadmil yang bagus dan tahan dan boleh jual balik ialah
yang commercial macam kat Gym. Besar gedabak, takleh lipat, tapi boleh tahan
180kg naik dan boleh melompat lompat atas tu tak ada masalah. Tapi harga
Threadmill tahan lasak tu, antara RM15 ribu ke RM35 Ribu sebijik.
Kalau harga Recond Commercial Treadmill.. Rm5 ribu ke RM7
ribu sebijik.. Mahal tapi hargahnya hampir sama harga dengan Treadmil baru home
use di Mall yang tidak tahan lasak!
Berpeluh saya dengar penerangan dari sahabat saya yang kaya
itu, kemudian dia bagi saya amaran.
Awas Hamka! Masalah treadmill ini bila kita dah mula start
jadikan Treadmill tu penyidai baju.. maka akan tiba hari rasa nak jual balik,
sesungguhnya takde orang akan beli Home Use Treadmill Second Hand (melainkan
orang baru yang tak tau juga la).
Tapi jika kau amabil Commercial Treadmill, sama ada baru
atau rekond, bila nak jual balik, maka owner-owner Gym akan tak henti-henti
call umpama dapat lembu nak jual rm1000 sekor sebelum raya Haji.
Dan demi sesungguhnya.. Treadmill dan penyidai baju itu akan
sentiasanya bertemu nasib (Woha!)
Jadi kau pilihlah Hamka, beli Treamill recond memang power,
tahan lasak, sparepart banyak sebab Commercially used kan.. tapi takleh lipat..
dan memang besar. Makan ruang panjang 8' x 4',
Jadi biasanya orang kalah dengan point ni dan decide pergi
Mall beli Treadmill murah boleh lipat dengan harga RM 8 ribu bayar ansur-ansur
lepas tu datang makcik gemuk mari nak try, Roller Patah,Getah kendur, terus
Treadmill simpan lipat atau kekal Penyidai baju walau hutang ansuran belum
habis bayar.
Saya Tarik nafas, dan akhirnya, demi anak syurga, saya
keluarkan simpanan bertahun tahun sebanyak RM2000, lalu pergi cari di Mall dan
jumpa sebuah Treadmill paling basic.
Boleh mendaki sikit, boleh guna dua jam tanpa henti, boleh
laju gila, boleh lipat, saya terus beli demi merawat anak syurga OKU Autisme.
Maka bermulalah kisah anak OKU saya berlari sambil tengok
Youtube.
Tiba tiba masuk PKP, kejadian tak di ingini berlaku pada
diri saya iaitu makan banyak tak henti henti, umur dah dekat 50 tahun, Tapi
TehTarik sampai lima gelas setiap hari, Makan Nasik tiga kali, minum pagi,
,minum petang, dan makan lewat malam juga makan, lima kali makan! memang gemok
gila.
Tapi mujurlah, dalam stress berkurung dan makan, takdir
Allah, rumah saya ada Treadmill alat terapi anak syurga ini, maka saya guna
sambal menonton yang mana layan movie 1 jam setengah sambil berlari jer,
perghhhhh.
Habis semua movie Panjang saya layan selamba sebab sambil
layan sambil jalan kaki, Harry Porter?, LOTR? Vincenzo? The Kingdom Zombie?
Strangers Things? Semua saya layan sambil berjalan kaki berpuluh puluh
kilmoter, satu movie dua ke tiga kilomter.
Ceramah agama?, Motivasi? Dokumentari? Semua saya layan
sambil jalan kaki berjam jam. Satu ceramah agama, dua kilometer saya jalan
kaki.
Jadi sekarang PKP3.0. Nak jogging kat luar katanya covid
merebak ikut udara, Takpelah duduk rumah lama mana pun, sementara saya masihh
selera makan, Alhamdulillah, dan hari hari masih berpeluh asbab alat senaman
ini. Alhamdulillah.
Terima kasih Treadmill, terima kasih anak syurga saya yang
menakdirkan saya beli alat ini.
Woha!
Jika korang nak beli, Shopee buat diskaun, sangat rekemen,
sebijik macam saya punya, senang lipat, dan boleh masuk bilik sebab muat pintu,
nak beli klik sini, jom dengar kuliah sambil jalan kaki:
(Cerita bersama bukti bergambar-Woha!)
"Cantik Rak Buku abang, beli kat mana?"
Saya beli di shopee lama dah tapi dah habis, tapi saya jumpa
yang seakan akan. Ini linknya https://invol.co/cl5gkz8
1 comment:
menarik artikel ni, lepas ni upskill dengan belajar cara buat video
Post a Comment