Aug 24, 2010
Alasan lambat paling kukuh?
(jika korang rasa lapar kerana baru belajar puasa, bacalah entry ni, mudah mudahan, rasa lapar korang hilang dengan penuh keinsafan)
Terperangkap dalam ruang menunggu di petang bulan Ramadhan memang memboringkan, masing masing berwajah boring nak mampos lalu aku yang berada di celah-celah kasih sayang di antara mereka cuba membuka topic perbualan agar terubat kebosanan di samping menambah pahala hendaknya…
Jangan ditanya bagaimana kami boleh terperangkap dalam ruang menunggu di petang Ramadhan itu, tapi tanyalah apa topic yang perlu kitaorang bincangkan agar kebosanan ini terbunuh bersama munculnya ilmu baru yang bakal menjadi pencerah kubur jika kena dengan gayanya..
Aku memilih untuk membincangkan bab “kesihatan”, sebab dalam umur 30-an sebegini, dan bersama member-member seperut yang perasan muda,(tapi perut buncit mencecah lutut), patut sekali mereka di beri kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keafiatan diri demi ibadat yang masih ada baki lagi separuh umur untuk disempurnakan sebelum jasad terbaring dalam kubur dan akhirnya, perut mayatpun meletup pada hari ketujuh bersama ulat ulat sebesar usus tahik..
Akupun memulakan perbualan dengan ungkapan berbentuk soalan:
“Korang tahu tak, bahawa kesihatan kita dapat diketahui tahap kritikalnya berdasarkan kesihatan tahik kita?”
Terus mereka menjeggilkan mata, terkejut barangkali..
“Kita akan sihat, jika tahik kita sihat”
Sambung aku tanpa rasa bersalah sedikitpun..
“Ok, sekarang aku nak tanya, siapa kat sini yang berak hari hari?”
Ada sorang dua jer yang angkat tangan, itupun teragak-agak., aku dengan gigih bertanya lagi...
“Siapa yang berak selang sehari?”
Ramai pulak yang mengaku dan ada jugak yang bagitahu berak hanya beberapa kali seminggu..
“Baik, jika korang nak tahu, orang yang sihat adalah orang yang berak hari-hari, sebab system penghadamannya bagus, dan lancar., alhamdulillah,”
Ada yang tersenyum, aku terus bercerita:
“Orang yang berak jarang-jarang, eloklah korang check balik pilihan makanan korang dan selaraskannya dengan aktiviti harian.. ingat.., kita akan sihat, jika tahik kita sihat”
Mereka mulai gelak dengan penerangan aku, aku terus bersemangat…
“Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat..,”
“Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kepala, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus”
“Tapi Hamka, Sunnah Nabi, mana boleh tengok tahik?” Tanya salah sorang dari mereka.
“Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, tengok dengan hujung mata cukup, tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon!”
Mereka gelakkan aku.., apa yang kelakar ntah, dan aku sambung lagi..,
“Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera..,”
“ Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah? Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”
“Tapi Hamka, macam mana nak tengok tahik dalam tandas cangkung…?” Tanya salah sorang dari mereka dengan penuh minat.
“Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam.., jangan balik rumah berak dalam sinki pulak, kesian bini korang nanti dapat laki gila macam korang sebab berak dalam sinki, takpun korang pergi luar Negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”
Mereka terus gelakkan aku.., dan aku tak peduli, aku sambung lagi cerita…
“Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat.., factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..,”
“Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur”
“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”
Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…, (dah cerita dalam entry yang lama)
Tapi bila orang yang ditunggu tiba, aku pulak rasa nak berak, lalu terpaksalah mereka semua menambah penantian kerana aku terpaksa dan kau dipaksa…, berak dululah beb..
Selesai berak, mereka mengeluh sebab aku ambik masa yang agak lama untuk berak.., buat kajian tentang tahik ke? Perli salah sorang dari mereka sambil bergurau..
Akupun bagi alasan yang paling kongkrit dalam dunia;
“Aku lambat bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak, jika aku tak basuh berak, tentu aku cepat, tapi sebab islam mewajibkan kebersihan, maka kenalah ambik masa lama sikit untuk basuh berak, lagipun, lepas basuk berak, tiba tiba ada pulak the last drop of ‘kerepok lekor’, tu yang kena basuh berak lagi sekali.., tu yang lambat.., dan korang kena berterima kasih sebab aku ambik masa basuh berak, jika korang nak cepat, boleh jer aku datang tanpa basuh berak, tapi korang pulak yang susah nanti, maka, oleh kerana aku tak nak susahkan korang, maka lambatnya aku bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak kerana korang yang tak suka jika aku tak basuh berak, jadi aku lambat kerana korang!”
Woha!
Sekian, akhir kata:
Tahik Yang Sihat, Datang Dari Manusia Yang Sihat!
Selamat berak!
Ps: kenapa aku rasa tak lapar langsung waktu puasa bila muzakarah bab ketahitan?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
115 comments:
yes...1st kmen~s
aaa..bikin kembang tekak di pagi selasa ini... T___T
tak berapa mantap la entry ni hamka
walaupun berilmu, tp macam terlampau try untuk jadi best...
bersahaja semula la macam entry dulu2...
aku pernah baca pasal benda ni. tahik yg sihat berbentuk pisang. hehe
yeahhh..aku ke-5...belum baca pun lagi entri ni..hahahahaha
wahahahaha...
sakit perut den baco..adehhh..
sakit perut sebab golak, bukan sebab nak berak...
Best la cara awk menghuraikan nasihat2 dan ada unsur islamic ngan lawak2 yang sesuai... suka2x...
15 minit selepas post..
wah dah ada yang komen tak setuju..
buat cik adik a girl cryptic diary,
bila kau kahwin kelak, kau akan ada masalah Performance, iaitu bila suami kau lepas bersetubuh, suami kau akan komplen, ayang, kenapa ayang dah tak sehebat dulu?
apa kau nak jawab?
terimalah aku seadanya...
salam...
erk! tapi pengisian bagus, dan mmg betul pun (dari cerita hingga ke alasan)...
^.^"
apa hikmah di sebalik kisah tahi ini ya?
wuhuu...!!
wa...nice2..berilmiah tu..huhu
hamka tahu bnyak pasal tahi..huhu..selama ni aku xtahu pun..sebab xramai nk kaji tahi...
mmg perkongsian yg bagus...hehe..
Student, jaga kesihatan laaa.... haiyak!
Assalamualaikum...
Anda nak taik yang bleh jadi 'bench mark' tuan vontot tu sihat?Jawapannya adalah apa yang kita lalui dan amalkan skang ni, PUASA. Perasan tak kaler taik dan air kencing akan jadi lebih gelap dari biasa?Sebabnya banyak toxic dalam badan dah kuar,kalo nak sihat jangan tinggal puasa dan rajin2kan diri puasa sunat plak nanti.Kalo nak makan banyak pun kena pilih dan jaga pemakanan.
Hamka, adakah makanan dan taik adalah pasangan ideal?
Banyak makan tak semestinya banyak berak...tapi bleh 'tumbuh tayar spare' kat depan badan...korang tak sihat la tu kot...hahaha!!!
dh slu bce,..tbe2 hari nih rse nak koemn...
>>takpenah sy baca post en. Hamka yg tak best, takpernah ag! cayalah..!~
huhuhuhu.....bole la entry nie....
huhuhuhu.....bole la entry nie....
emmm betul betull... maharaja cina dulu dulu siap akan dicium tahinyer oleh tabib nak tahu dia cihat ke idak.... :D
tahi sihat.. hidup pun sihat... :D
Assalam.
Yang benar itu pahit!!! He..he..
Hamka is telling the truth cuma, whatsoever keputusan tahi tu...Ianya semua dari Rabb.
Sakit hanya ada dua sebab...
1. Ampun dosa
2. Naik darjat
Nutshell: mana-mana satu sebab pun kita tidak akan rugi jika... terima sakit dengan redha. And of course berusaha untuk mengubatinya kerana nabi saw bersabda lebih kurang setiap penyakit ada ubatnya.
Keputusan yang kita ambil sebaik saja kita rasa atau kita tau atau bila kita dapat laporan doktor yang mengatakan kita sakit maka.....jika kita buat keputusan ini penyakit dari Rabb!!!! kita selamat dunia dan akhirat insyallah.
Kalau kita tak redha...kita salahkan itu, salahkan ini, slahkan diri sendiri dan sebagainya....
Tercucuk duri pun Allah nak ampun dosa...inikan pula penyakit usus ke, penyakit dalaman ke, luaran ke,
semua penyakit ada harganya...he..he..
selamat buang air besar (pose beb)
Khalid
450%
boleh bayangkan setiap apa yg bro hamka ceritakan...paling klakar berak kat sinki...heheh..
err terus rasa kurang selera nak makan lepas baca pasal tahik ni. harap masa maghrib karang datang balik selera ni. hahaha.
huaaahaha...lawak tp ada pngajarn... memang la skt 2 dr Allah n tuk ampunkn dosa tp pngajarnnya jgnlh cri dosa dgn xjg ksihatn..diri kita ni kn amanah dr Allah jg
haha.klaka gle! mmg btul ar..hilang da rse lapar. em..conclusion nye, do take care of ur feces!!:P
ishh..seb baik bulan pose..kalo baru pas bek pes mau muntah...ekekeke...nice entry btw..
siyes aku memang xlapa lgsong dh weh hamka.
betul. ada gak dengar orang cerita camni. Memang tahi yang sihat datang dari manusia yang sihat.
loya wei tekak aku..:P
bro, aku enjoy the silence...
memang buat aku loyer tekak bila terbayang kerpok lekor dan pisang yang disebut dalam artikel dan komen....
haha...
aku tergelak dalam diam sebab depa ada dalam office...tengah dok ralit gelak, tiba-tiba bos aku keluar...
bos:ok?
aku:ok.........
haha...kantoi baca blog kat office...
dan semestinya bos aku cam pelik tengok aku gelak sorang2....
apepon, paling sabar bila basuh berak anak2 buah aku...rasa nak cubit2 je bontot dorang....tapi, nasib baik anak buah aku....terima je la....~~
hehehe
hamka, why people rank your entry?
sibuk jer nak judge2 entry orang.
bace jer lah perkongsian yang hamka tulis.
adeii.
gile kelakar...hamka nak tanye, tapi x de kene mengena ngan post..
kalu waktu berbuka tp x tersedar dari tidur sebab keletihan bekerja, ape jadi kat puasa tu?batal ke..makruh ke..
Hamka, kau sengaja kaitkan makanan tu semua dengan tahik, tak seronok membacanya. Elok lagi kalau kaitkan dengan warna kaler pensel. huhu...
Amir
Haha... kesan yang berkesan. tadi perut yang berbunyi nak makan-makan.
tetibe rase kenyang. dan tk lalu makan! terime kasih. kerena mengurangkan rasa lapar aku. hahahahaha
i feel intelligence,
i feel good ;p
hamka
kau tahu tak aku baca blog ko lepas aku berak...huhuhu
dah la 3 hari aku tak berak
datang opis punch card terus berkejar ke tandas
erm ko nak tahu tak bentuk tahi aku?hehehehe
p/s:tahi yang sihat datang dari fizikal yang sihat
amal yang sihat datang dari iman yang sihat tak gitu bro?
hahahaha....
entry yg penuh ilmiah...
dan sedikit meloyakan...hihihihi..
BEST...
tolong!!...
situasi :x leh telan air liur....
cite taik pon bole ke dlm kereta mayat ni..uishh..
tp ilmu gak tu hamka kn..?
saya suka jawapan anda kepada
"a girl cryptic diary "
ngee~
aku berak satu hari 3 kali dan tahi aku cam best ja..
mungkin orang yang cantik, produce tahi yang cantik.. :P
pehh, cerita tahik pulakk. hahaha
hahahahahaha.tergelak-gelak kite bace entry ni.penah gak terbaca psl tahik ngn mknn.tapi takpela.ingatkan blek.best2!:)
adehhhh...
pepetang ni baca entri macam ni.
hilang selera nak berbuka weiiii..
hehehhe...
tapi, info yang sangat berguna.
best2 ^^,
boleh ke aku cuba praktikan alasan nie bila aku lambat...hehe
owh ...
x sanggup aku.
btw,ini facts. dah penah baca kat paper
hahaha..dahla feveret kopok leko..gile gelik..
p/s: nway teringat pulak kata2 jiran aku yg berbangsa cina kepada kakak aku..
**wah amoi, muke byk jerawat ada susah berak kah?
maknanye menurut beliau byk berak muke licinlah?:D
errrr.... kenapa mesti samakan tahi dengan makanan? Makanan kan bersih, tak baik kot samakan makanan dgn sesuatu yang kotor.
fuhh.. x sgka ye pasal tahik pon leh jadi entri yg begitu panjang lebar... :D mekaseh2... info baru! lawak giler.
ches~ orang lain lak yang salah.... ngehahahhahahaha
baru mengikuti blog ni...
sangat informatif la...
teruskan perjuangan..
interesting article.
hahaa... betul tu. saya setuju banget. macam ne kalau kita takde rasa nak berak, tapi nak jugak berak... errmmm
hahaha..
aku tak bole berenti sengih
tolong aku.
takut batal pose..
hehehe..
adoiyai
ko meme lawak..
adeh2...
selamat berbuke..
:D
caiitt..ilang dah rase lapo
hampeh!!
* insaf dah *
bagi makhluk Tuhan yang sembelit macam aku ni...
dapat berak sehari sekali tu sangatlah nikmat...
kalu pembaca2 lain ada petua nak bagi berak ari2 tolong bagitau. Segala jenis buah aku dah mkn tp semua xjalan.huhu
menarik hamka....dah banyak dengor orang ckp najis melambangkan kita sihat atau tidak.
kreatif gile ko...taik pun leh jadi bahan...haha kelaka laa
ok soalan penting ni!
aku mmg ada buasir .. asal berak jer darah dan aku jarang kena time bulan ramadan.. tapi pagi td aku berak darah lak.
so soalan aku puasa aku dikira batal tak ari ni?
URGENT NI! nak tye ustaz aku lum jumpa lg si ustaz(member aku) ni.
p/s : aku ok w'pun berak darah , tak pening dan tak mengganggu perjalanan puasa aku.
saya nak berak tp tahan sbb takot berat badan turun, klu boleh nak berak 3 hari skali tp imun badan saya mau berak setiap pagi n setiap hari iaitu sekali sehari pada setiap pagi!!
(skali berak berat badan turun 3 kg dan ini bermakna najis sy 3 kg sehari!! klu xmkn maka sy kene aneroxia sbb berak byk sgt)
p/s: klu ader org buta yg xdpt melihat najis mereka, korang boleh la tolong tgk2 kan ye.. wohaaaaa
kes tahik juga ada 2nd effect for mereka yang dah 3 hari x berak.. jadi moody mudah marah, susah nak fokus kerja mungkin disebabkan gas yg terhasil oleh tahik yg masih dalam usus. macam kes saya... semua dah usaha minum air 3-4 liter, mkn buahan, nasi dan sayur shj.. tapi 3 hari sangkut...last2 saya solat hajat.. baru settle.. kalau tak mengamuk je kerjanya...
Ya Allah, tegelak guling guling baca entry ini. :DD
dulu prnah ada org promote satu herbs.utk ksihatan la nii..dia ckp klu nk tgk ubat tu brkesan @ x tgk warna najis.klu hitam mknanya byk la racun2 dlm bdn yg kluar.tp la ni sjak dok dlm usaha atas iman,rasa x snggup nk tgk sbb tu kn sunnah & takut hilang nur wajahku yg cute ni..
*ankku yg 6 thn pun smpt bg tazkirah masa tgh buang air-ayah pesan klu kencing/berak xleh tgk.tgk linding(ckp pelat) jee..hehe
-petot-
pbualan yg sgt2 bmnfaat tuk mnusia sjgat...
tetiba tfikir..klu bukak bab ni tme tggu wktu nk bbuka cmna agknya reaksi rkan2 sbilik?? heh2
haha thanx for the info. kelakar yang bermanfaat :D
Masa keluar 4 ipb, sakit perut seminggu. makanan tak serasi atau dosa banyak sangat nak diampunkan?
http://www.travian.com.my/?uc=my3_739
jommmm
hamka ni tak senonoh betul la. ade ke disamakan warna tahik dgn warna kueh? eh. putus selera jap!
Salam..
Ku pun de jgk masalah berak nie, klw paling cepat pun 10 minit.. Kdng2 setengah jam.. Ish.. Kesian aku, tpi x pe ku reda at least aku dpt berak dgn puas..nikmat2
aku sokong kau hamka sebab sebelum kita di cebukn org masa mandi mayat biarla kita berak dan cebok puas2 supaya klw tiba jdi mayat x susah la orng yang mandikan mayat fitnah pun kurang.. Yeihaa.
Bagi saya, kita x perlu nk bandingkn antara satu entry dgn entry yg lain, entry mana yg lebih mantap atau kurang mantap sbb kita cuma nk berkongsi maklumat dan pendapat. Mana yg blh dijadikan sumber ilmu, kita belajar, mana yg hanya blh dijadikan sbg hiburan, kita baca dan tafsir sdiri. Yg penting stiap entry ada sesuatu yg blh dikongsi dan trigger pemikiran kita. Baca je la, x payah nk letak markah..
Assalam.
Istighfar karo. 6 points 54 comments. Muzakarah ketahitan so far..71 comments. ape sebabnya eek?
Khalid.
Thanx to you, it's a thrill to go to toilet nowdays bro!he..he...keep it coming!
betul ke berak sambil jengket sebelah kaki itu sunnah?
uoh, ak hilang arah time bace td..
ape yg pnting kt dlm entry kli ni?
salam...bro, nasihat awak memang bagus tapi gaya bahasa awak ni kasar sangat la...
emm..mantap artikel nih. cerita pasal tahi. hehe..
Aku jawab komen berbentuk soalan sahaja.., sebab ada rasa macam nak sembelit..
---------
student
(apa hikmah di sebalik kisah tahi ini ya?)
Jangan berak dalam singki..
------------
[z][u][r][a]
(kalu waktu berbuka tp x tersedar dari tidur sebab keletihan bekerja, ape jadi kat puasa tu?batal ke..makruh ke..)
Tak batal.., dah waktu berbuka, kalau batalpun puasa sah? Makruh bab melengahkan bukak puasa, tapi jika tak sengaja, di maafkan, amacm ada gaya ustaz tak?,
-----------
Anonymous
(kalu pembaca2 lain ada petua nak bagi berak ari2 tolong bagitau. Segala jenis buah aku dah mkn tp semua xjalan.huhu)
Banyakkan makan kurma.., campur dengan susu kambing, buat jus kurma, baca entry bulan ramandan 2006, ada cerita pasal jus kurma.
---------------
tolong bg jawapan cepat
(aku mmg ada buasir .. asal berak jer darah dan aku jarang kena time bulan ramadan.. tapi pagi td aku berak darah lak.
so soalan aku puasa aku dikira batal tak ari ni?)
jubur tempat keluar tahik dan najis, darah juga najis, so no problem..
-------------
kavkiskey
(Masa keluar 4 ipb, sakit perut seminggu. makanan tak serasi atau dosa banyak sangat nak diampunkan?)
Sebab dosa kau banyak..
-----------
tina
(hamka ni tak senonoh betul la. ade ke disamakan warna tahik dgn warna kueh?)
Kalau samakan dengan ‘luna’, nanti korang terbayang arieal pulak? Ops!
-----------
Khalid.
(6 points 54 comments. Muzakarah ketahitan so far..71 comments. ape sebabnya eek?)
tepuk dada, tepuk lutut, tepuk punggung, tanyalah apa nak Tanya
----------
fzikuz
(ape yg pnting kt dlm entry kli ni?)
Singki!! Tolong!
ps: siapa ada soaln lagi, bukak TV 9 dan tanyalah ustaz! woha!
hamka..
cuba awak tmbah..tang orang yang minum arak cmne lahhh...
bau n bentuk tahik nye...yee...
sbgai amaran dan nasihat tuk mreka...kn
salam.
en.hamka,whats the moral of the story for "alasan lambat paling kukuh?". IKTIBARNYA---AAPA?
ps:(tumpang lalu sikit.maaf oot-out of topic.)-:KHALID.., ARE U STILL AVAILABLE AND SINGLE?
....................................
citer ape ni bro?
salam,
tq hamka aku yg last baca ni...
ade-ade ajelah jawapan hamka ni!
[tahu aje hamka psl luna & ariel? haha]
oh. saya nk merujuk pd soklan en k tu.
[betul ke berak sambil jengket sebelah kaki itu sunnah?]
haaa. saya ade jugak terbaca. jengket la. beratkn ke sebelah kiri. kalau kaki kanan boleh berlunjur, lg elok.
eh? ke saya baca kt blog hamka ni?? :)
Hanya mayat yg sudah dicebok sahaja yg boleh naik kereta mayat.
SALAM PAKCIK HAMKA...
pakcik dah tengok ke iklan petronas kereta buruk???
dia ada sebut nama blog pakcik .... KERETA MAYAT...
tapi apa2pun... aku nak bagtau kat korang...
ada dua orang yang berlakon dalam iklan tu adalah student aku...('',)...
hua hua errr...
Nasib baik tak ada favorite food saya yang jadi contoh.
Assalam.
Cucu Jiddi. I'm a father of two son and two daughter. And of course a husband to a very beutiful wife!
I'm a son of a gun!..he..he...ramai lagi yang bujang-bujang tu..
Khalid.
42 years old and becoming older day by day..hour by hour..minute by minute n second by second. When I can meet u Rabb? Don't you love me?
dh 3 hari aku kena cirit birit, bermula aku baca entry nh.. Tapi masih gagal analisa taik sendiri.. Haha...
Anonymous
Minum arak? Camne aku nak bagi nasihat pada orang mabuk?
----------
cucu jiddi
iktibarnya.., jika ada orang bagi alas an lambat macam tu bermakna mereka tipu sebab alasan tu tiru blog KM, woha!
---------------
Kereta Terpakai
citer tahik dan aplikasinya
------
Man Kuchai
Last but not least
---------------
Tina
Eh, aku terlepas solan tu.., terima kasih tolong jawabkan
---------
Abdullah
Kalau tahik kita keluar bila dipicit perut, apa sahaja bentuk, warna dan saiz, itu bermakna tahik itu kepunyaan mayat.
---------
Peluncur Islam
Patut ada babak, budak tu dapat edia lepas baca blog keretamayat, woha!
---------
KurangBaik
Mungkin makanan kegemaran kau berwarna warni, belum jumpa lago tahik macam kuih lapis
--------
Khalid.
Seorang hakim, juga, kan?
-----
Asyraff Zulkifli
Kalau gagal, anggap dosa banyak, dan bertaubat.
ish3.. tp ade btulnye ape yg en kreta myt ckp tu.. haha ;D
salam.
en.khalid.am glad for your beautiful wife.muga u (& muslim husbands around) would be THE BEST son to your bonda & father,THE BEST husband to your wife,THE BEST father to your children & MOSTLY,THE BEST 'abdullah' to THE ALMIGHTY RABBUL'ALAMIN.
with the mentioned of "..day by day,hour by hour, minute by minute..",last 10 days of ramadan kan menjelma lagi.muga kita semua dapat manfaatkannya TERBAIK mungkin,dengan izin ALLAH.
[seorang hakim,juga,kan?]: ...alam kan lebih damai,jiwa kan lebih tenteram bila kita 'nampak'
SEGALA perkara yg 'tersirat', RATHER THAN telan bulat-bulat SEMUA benda yg 'tersurat'...
wallahu'alam.
hingga jika di-qadar-kan bersua lagi.
salamun'alaikum.
(minal'aidin & maaf zahir batin in advance!)
............................................
long for man with 'substance' & GUT.the likes of Abdullah ibn Zubair & Thariq bin Ziyad.
ada rasa sedikit geli kerana perkataan "tahik" tu terlalu byk...tp apapun..bgus..ade info..psl kesihatan and islamic..thumbs up..
4 bulan x baca entry ko hamka....no 92
masa baca entry kali... sikit pon aku x tergelak.. sebab x lawak langsung dan mungkin sebab aku lapar menahan puasa...
tapi.. aku gelak sampai perut aku kejang bila aku baca komen dari para pengkomen...
gila-gila... adoi.. aku xleh nak taip lagi.. sambung gelak jap...
macam-macam hal.. cik hamka memang serba boleh...tanyalah ape-ape pon.. pasti dapat jawab.. cam profesor serba tahu je..
masalah agama.. masalah rumah tangga.. masalah di tempat kerja.. masalah kesihatan... apa saja.. suma dia tahu... WOHA...!!!
Anonymous said...
kalu pembaca2 lain ada petua nak bagi berak ari2 tolong bagitau. Segala jenis buah aku dah mkn tp semua xjalan.huhu
9:33 AM, August 25, 2010
-----------------------------------
Banyakkan ambil sayuran dan buah-buahan mengandungi serat. dan kalau boleh, minum susu juga :)
Pastikan masa tidur mencukupi, dan kurangkan stress.
paling penting?
DOA
JazakAllah
paling penting?
DOA -tepat sekali.
lagi satu, cuba buat refleksologi.
insyaAllah kalo kena point2 yg tepat kat tapak kaki, perut/usus akan terpanggil2 dgn sendirinya tuk keluarkan bahan mentah yg dah siap diproses tu. kalo tak caya, dont cuba!!
tgh hujan sini, kalo DOA tgh2 malam gini lagi pulak ramadhan camni,ada chan besau termakbul.
jom kawan2, amik quran, wudhuk, sejadah buat apa yg patut.
Siapa hamka nie? ntah apa2 blog dia..nak target pembaca pun biar le yg berilmu sedikit...alah ilmu yg ko amik pun dari bacaan2 lain..baguslah tapi terlalu byk bhn bacaan yg sedia ada...cerita pasal berak ni apa ke halnya..nak kaitkan dgn kisah apa..suka hati ko ler...jnji ko memenuhi ruang sbg blogger kononnya...biar berilmiah sikit bro!
Assalam.
Hamka ialah seorang blogger favourite aku...dia dah tulis 295 entri dari tahun 2006. Komen...? tak larat kirelah.. Ramai follower dia!!! Dah ada facebook pun..
Dia memang verstyle...berani, terus-terang dan yang paling penting....ikhlas.
Tulisan dia untuk dirinya sendiri..kita ni just menumpang kasih.
So...Any.
Why don't you write up a blog? I'll bet it's gonna be great to read entri yang ilmiah...with due respect.
Khalid
110% behind my brother.
He ain't heavy...he's my brother..he..he..
(Cucu Jijji believe me...i love u as i love myself, may Allah give the best Ahmad in this bloody world to you sis!)...can i dream that the best Ahmad is me?..he..he..
ehem.. ok pe entry ni.. xske, xpe.. nk bce, bce.. xnk bce, xyah bce.. kannn..
nampak gaya makan kurma jelah aku buka posa. dah putus urat makan. hahahah...
salam..
dah masuk sepuluh ramadhan yang akhir..!!
dan komen ke 100!
next entri please.. :)
-ron
salam pakcik hamka,
cuba klik link nie http://lawakjenaka.com/bahasa-melayu/tercekik-tulang.html
salam.
[*] http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_dqA&FEATURE=RELATED
[*] http://www.youtube.com/watch?v=_owtr_jxD7s&feature+related
.WAL'ASR.
salam.
[http://www.youtube.com/watch?v=_owtrjxD7s&feature=related][http://www.youtube.com/watch?v=_owtrjxD7s&feature=related]
[http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_dqA&feature=related][http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_dqA&feature=related]
wal'asr..
salam.
http://www.youtube.com/watch?v=owtr_jxD7s&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=asbFtbH_DQa&feature=related
wal'asr..
salam..
fail la.. tiga entry ats tk keluar gak direct link to youtube.
padamkn pn tkpe.tk reti pakai komputer.sorry.tima kasih.
aku baca entry ni pukul 1.00pm.. ngam2 time lunch.. tapi memang tak rasa lapar... welkkkk
tapi aku rasa info eksihatan yg sangat berguna
“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”
kena tengok laa "benda" tu keluar macam keropok lekor yer.
tapi lepas tu sambung
"Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…"
apasal boleh ada bab muzakarah adab makan lepas tu hehehe
Salam
Moral of the story;
* Di sebalik rupa ,bau dan rasa kelazatan semua juadah berbuka kat Bazar Ramadan tu, yakinlah hakikatnya semua akan jadi tahik!
* Di sebalik kesabaran dan keletihan berpuasa, berterawikh, berdoa dan berzikir tu, yakinlah hakikatnya akan dibayar syurga di akhirat kelak!
org beri alasan tidak akan berjaya
ika
: )
---------- cucu jiddi
jiddin?
--------
weird_appel
thumbs up tu!..
--------
kedaijamu
wowo, baru balik 4 bulan..,
---------
heal man
WOHA...!!!
---------
Any
Siapa hamka nie?
Hamka adalah makluk asing yang cuba menakluki bumi, tumpang badan manusia, tapi jatuh cinta, lalu buat keputusan tinggal di bumi sebagai manusia dengan meyamar menjadi driver keretamayat, jika ada raksasa, maka Hamka akan menjelma menjadi anak kepada ultaraman seven..
------------
Khalid
“dulu kau menumpang kasih.., lalu kubawa, hatimu..” menyanyilah pulak
----------
mhafiz_ydin
wow, Berjaya ikut sunnah! Tahniah!
--------
-ron
Dah..
-----------
Aku Apex
Cuba taip tercekik tulang, penuh dan google search kau jumpa orang link..
--------
Amir
Ops, aku lupa bagi rujukan entry aku ni, ok rujukannya adalah mangkuk tandas hotel dan luar Negara.
----------
Amin007.Ledang
apasal boleh ada bab muzakarah
adab makan lepas tu hehehe
(he he he)
--------
Ahmad Syazwan
org beri alasan akan Berjaya member alasan
nak tanya woha tu ape maksud?maap saya budak baru kt blog ni.hehe
gelak guling-guling teman baca..!
nasib baik bos tak tegor..
(baca opis hour)
erk..
aku sihat..haha
woha tu ada tulis kat tepi side blog.
sama macam yeee, haaa! (sambil naik kuda dan baling tali gantung kepada orang jahat-woha!)
entry kali nie sgt klaka and xsenonoh..
hahahaha..
but..
walau pon begitu..
ia sangat2 bermanfaat..
n boleh diguna pakai di kehidupan akan datang..
to hamka:thanks 4 the information..
^_^
4 bulan x baca entry ko hamka....no 92
Post a Comment