Dua berita gembira di awal Ramadhan.
Alkisahnya anak sulong saya tak balik bertarawih macam
biasa, yang mana biasanya anak saya akan jadi Bilal tarawih, akan bacakan
selawat dan puji sahabat selang waktu tarawih, tapi anak tak balik.
Sebab anak saya dapat jadi Imam tarawih selama sebulan di
sebuah surau yang tak jauh dari kampusnya, AJK sana dah lantik anak saya
menjadi Imam tarawih selama sebulan sebab berkenan dengan suara si anak, maka
rezeki dialah dapat upgrade dari bilal kepada Imam…. Alhamdulillah..
Jika ada yang tanya apa tips nak jadikan anak jinak dengan
masjid, nak anak solat subuh di masjid, nak anak istiqamah lima waktu
berjemaah, jawapannya hidupkanlah bacaaan Taklim (hadis Nabi) di rumah seawal
anak atas riba lagi.. Baca fadhilat Amal karangan maulana Zakariya, dan bulan
puasa ni boleh baca Fadhilat Ramadan, InsyaAllah akan sangat melembutkan hati
anak isteri bila mendengar suara Nabi dalam Bahasa yang mereka fahami..
Okey, itu berita gembira yang pertama, dan berita gembira
kedua, Tanjak yang anak saya pakai tu
masih boleh ditempah, isteri saya jahitkan, kos pos dalam Rm15, harga tanjak
ikut jenis kain, pos biasanya tiga hari sampai seluruh Malaysia, maka masih
sempat nak kacakkan suami dan anak anak dengan tanjak karangan isteri hamka
keretamayat
Woha!
https://wa.me/60199117163?text=tanjak
https://wa.me/60199117163?text=2ebook
Tawaran hingga 1 syawal sahaja |
2 comments:
alhamdulillah...
Linda yang membacanya pun seronok rasa..
Alhamdulillaj
Post a Comment