Nov 27, 2015

Islam Bukan Pengganas Dan Amarika bukan Dajjal?

(I'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST, are you ANTICHRIST?)

Sempena lawatan Obama ke Malaysia, di wall FB berdengung dengung dengan kebencian sebahagian pengguna FB yang beragama Islam pada Amarika, lalu tersebarlah berita bahawa Obama ketua freemason dan ilmuniti yang menyembah syaitan dan bakal melepaskan Dajjal.

Beberapa minggu yang lepas juga, selepas serangan pengganas di Paris, di wall FB juga berdengung dengung dengan kebencian sebahagian pengguna FB yang kafir pada orang Islam, lalu tersebarlah berita bahawa orang Islam adalah pengganas kerana ajaran jihad adalah melakukan keganasan.

So siapa betul dan siapa salah atas tuduhan di atas?, bagi orang yang waras, kedua dua tuduhan di atas adalah salah, bagi yang kurang waras, salah satu betul dan salah satu salah, bagi yang tidak waras, maka kedua duanya betul-adohai..

Ok, siapa aku nak tegur dulu?, hmmm, aku tegur orang kafir dulu lah kot.

Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca blog ini.

Sebagai orang Islam yang lahir dalam keluarga Islam, mendengar korang orang kafir menuduh kami adalah pengganas adalah sangat tidak masuk akal. Apatah lagi yang menuduh tu adalah orang kafir yang bergelar wartawan, ada common sense, ada etika penulisan, ada ijazah diploma, tapi bila melapor bab terrorist, terus di lebel Islam adalah terrorist, alangkah jahilnya anda wahai wartawan kafir yang jahil tentang Islam.

Cuba korang bawa fakta tentang jihad, dan jumpa orang islam sendiri dan sahkan dakwaan anda. 
Ternyata ayat Al quran yang korang petik hanya di rujuk dari segi teks, dan bukan konteks,

Korang tahu tak? al quran itu turun berperingkat-peringkat, turun dengan ada sebab musabab, ada peristiwa, maka nak tafsir ayat kena tengok kepada sebab musabab dan peristiwa, maka itulah yang jadi kepada salah tafsir wartawan barat berkenaan ayat Motivasi jihad dari Allah seperti berikut...

“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir, Maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka, Maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir...”

[QS Muhammad 47:4]

Jadi bila nak tafsir, kena faham ayat ini turun kepada siapa dan pada waktu bila, iaitu jika bukak kitab tafsir, ayat ini turun pada waktu Perang Uhud, Ayat ini adalah motivasi kepada orang Islam yang sedang sengit berperang..., jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik TEKS!!

Dua tiga bulan yang lepas, ada serangan Bom di Thailand, bila siasat ternyata warga USA beragama Kristian. Tapi media tidak menyebutkan sebagai Teroris kan? Tapi bagaimana jika pelaku beragama islam? Habislah berita double standard akan keluar, adohai..

Padahal, ikut etika korang, aku boleh tuduh orang Kristian yang bom di Thailand sebagai pengganas dengan merujuk atay dari kitab BIBLE,

"(Jesus Said:) Do not think that I have come to bring peace to the earth; I have not come to bring peace, but a sword. For I have come to set a man against his father, and a daughter against her mother, and a daughter-in-law against her mother-in-law; …

[Matthew 10:34-39]

Boleh sajer dari ayat ini, aku tafsir Jesus ajar orang Kristian sebagai pengganas sebab nak rosakkan muka bumi ini dengan cara anak sembelih bapak, mak sembelih anak, bunuh menaatu dan sebagainya, tapi aku bukan hentam kromo macam korang yang konon ada etika, aku fikir secara positif iaitu pembunuhan anak beranak ini mungkin di sebabkan perbezaan ugama, macam kes para Sahabat Nabi yang berperang dengan orang kapir yang juga terdiri daripada kaum keluarga sendiri.., itu takde masalah,

Maka,  sebagaimana korang tak boleh TAFSIR suka hati Al Quran orang Islam, begitu jugaklah aku tak boleh TAFSIR suka hati kitab korang, ini etika, jika tak faham sila bawa hujah bersama bukti dan jumpa orang islam yang layak, jangan sebarkan api kebencian.

Padahal jika rujuk sejarah, orang bukan Islam jauh lebih ganas dan kejam,

Hitler di Jerman adalah seorang penganut Kristian, bunuh berjuta yahudi, tapi tak ada pun media yang lebel beliau sebagai "Christians terrorist", sebab ajaran kritian bukan begitu.

Rujuk Joseph Stalin atau Uncle Joe, beliau telah membunuh lebih 20 juta manusia dan termasuklah 14.5 juta mati disiksa dengan kejam.

Mao Tse Tsung dari China, 18  juta orang telah dibunuh di atas arahannya.

Benito Mussolini dari Italy, membunuh hampir 400 ribu manusia.

Asoka dalam peperangan Kalinga di India membunuh 100 ribu manusia termasuk adik beradiknya

George Bush Embargo di Iraq, hampir setengah juta kanak-kanak mati terbunuh.

Belum cukup lagi info? Rujuk Perang dunia pertama - 17 juta kematian!, Perang dunia kedua – 50 juta kematian!, Bom Nuklear di Hiroshima dan Nagasaki - 200 ribu kematian! Perang di Vietnam - 5 juta kematian!, Perang di Bosnia Serbia - 5 juta kematian!, Perang di Iraq - 12 juta kematian!, Perang di Kemboja - 3 juta kematian! Etnik Rohingya Di Myanmar dan banyak lagi..., siapa yang mulakan perang yang penuh kejam itu? Semua bukan orang Islam!

Tapi kenapa mereka semua tidak di lebel sebagai pengganas?, kerana kita sebagai orang yang waras cukup faham, orang yang sesat dan bertindak dengan cara yang salah tak ada kena mengena dengan agamanya,

Sekarang, IS telah di fatwa sesat oleh ramai ulamak dan Negara Islam, malahan IS sebelum serang Paris, sudah beribu ribu orang Islam di bunuhnya, ketahuilah, di Malaysia yang ramai orang islam, berapa peratus yang mati kerana perbezaan agama, malahan mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta jauh lebih ramai sebab bukan ajaran Islam membunuh sesama Islam.

Datanglah dan fahamilah Islam wahai orang kafir sekalian, sesungguhnya, Islam adalah agama kedamaian, tapi bila ada yang taksub dan tersesat lalu memilih jalan yang salah, mereka mengkafirkan orang islam yang tidak sependapat atau menyokong mereka, lalu terbunuhlah orang islam dan bukan islam.

Kita semua adalah mangsa pengganas, datok moyang kita mangsa perang dunia pertama dan kedua, dan kini perang melanda lagi, marilah kita mencari jalan kedamaian, kerana perperangan akan merugikan semua pihak, kalah jadi abu, memang jadi arang..

Ok, sebelum undur diri, suka aku petik dialog dari filem My Name is Khan, I 'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST. Babak Shah Rukh Khan bertemu Obama:

President Barack Obama: Mr Khan, it's good to see you hale and hearty. You on TV more than me now, huh?

Shah Rukh Khan: You already know my name?

President Barack Obama: Yes I do. Your name is Khan,And you are not a terrorist.

Shah Rukh Khan: Oh no, no, I'm not a terrorist. And this is my son. He was not a terrorist either.

Woha!

Ok, habis sudah pencerahan “orang islam bukan pengganas” kepada bukan Islam, sekarang aku nak tegur berkenan “Amarica bukan Dajjal” kepada orang Islam. Sila berlapang dada, jika ada salah apa yang aku tulis, tegurlah di ruang komen, aku akan baca semua koman, InsyaAllah.

Asalamuialakum semua orang Islam yang sudi baca blog ini.

Baik, jika sebelum ini, orang kafir yang bergelar wartawan, ada common sense, ada etika penulisan, tapi bila melapor bab terrorist, terus di lebel Islam adalah terrorist, maka alangkah jahilnya mereka tentang Islam.

Maka dalam dunia Islam pula, ada orang bertaraf, Ustaz, Pensyarah, pelajar university, blogger islamik, tapi bila bercerita bab Amarika, terus keluar tuduhan yang bertentangan dengan Hadis, iaitu, Obama ketua freemason dan ilmuniti yang menyembah syaitan dan bakal melepaskan Dajjal.

Ini bukan cerita lama, minggu lepas aku post kisah Jake Hays anak seorang freemason yang beragama Islam yang menafikan Freemason menyembah dajjal, menafikan Amarica adalah dajjal berdasarkan bukti yang jelas. 

Tapi di ruang komen, ada yang paste kata-kata ustaz dalam ceramah, Amarica adalah dajjal sebab duit Amarika ada logo poramid dan mata satu! Ada yang komen anggota freemason meyembah syaitan dan mendapat arahan daripada Dajjal untuk menguasai dunia, lalu kaitkan MH370, MH17, dan semua peristiwa dunia dengan perangcangan Dajjal, adohai..

Sama seperti nasihat aku pada wartwan Islam yang jahil tentang Islam agar datang jumpa orang Islam dan belajar tentang Islam dari orang Islam sendiri, supaya jangan ambik berita dari sumber yang tak soheh seperti FB sharing dan Blog sampah.

Maka nasihat yang sama aku tujukan pada ‘ustaz’ atau pensyarah, atau blogger islamik pada yang jahil tentang isu dunia agar datang jumpa orang bukan Islam, jumpa anggota freemason dan belajar tentang freemason dari orang freemason sendiri, sesuai dengan perintah Allah dalam surah Al hujarat, yang suruh siasat. Baru betul.

Dan jika korang ada bukti yang freemason nak lepaskan Dajjal, freemason sembah syaitan, maka boleh buat report polis, boleh buat aduan pada Jakim, boleh buat solat hajat, boleh tunjuk perasaan depan Markas mereka, ada banyak markas mereka di Malaysia, dekat Kelantan pun ada. Jika anda dipihak yang benar, pasti hak akan menang, bawa bukti dan suruh parti politik masukkan dalam manifesto untuk haramkan freemason  dalam pilihan raya akan datang.

Aku bukan nak sokong freemason dan Amarica, Nauzubillah sokong orang kafir buat apa?

Tapi bila korang berhujah yang bertentangan dengan hadis, aku terpaksa tegur, macam dulu, ada orang islam yang email aku katanya Sai baba adalah Dajjal, Satelit Rusia yang ada huruf KFR di badannya adalah Dajjal, FB adalah Dajjal, video Arrivals cakap Amaeica adalah Dajjal, malahan ada juga dakwaan Yakjud dan Makjud adalah Amarika, dan terkini, aku baru update minggu lepas, dakwan bahawa kamara adalah Dajjal sebab mata satu, tapi semua tuduhan ini bertentangan dengan hadis.

Sekarang Sai Baba dah mati, satelit KFR buatan Russia dah jatuh, Kamera untuk filem 3D sudah ada dua mata, dan terkini, Amarika datang ke Malaysia Negara Islam dan mendengar Datok Najib bertungkus lumus menerangkan betapa IS itu bukan mewakili islam dan Amarika bersetuju jadikan Malaysia Negara Islam contoh yang bukan pengganas.

Suka aku petik Nasihat bekas Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:

“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu. Semua ini menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi tak pergi tengok Ibnu Shayyad untuk pastikan dia Dajjal atau tidak. Ini semuanya menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.Makhluk. Hadis Tamim adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk. Kadang-kadang orang ini seronok simbolik. Amerika itu nampak sebelah mata, itulah Dajjal. Dia rasa dia pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis, salah sebutan hang tu."

Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:

“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul”

Sebanarnya, aku tak pelik bila ada orang islam menfitnah Amarica adalah dajjal, freemason sembah syaitan, Russia cipta Dajjal dalam bentuk Satelit dan sebagainya sebab dalam Jemaah sesama Islam, aku pernah dengar ceramah ada ustaz cakap, Jemaah tabligh adalah ejen yahudi dan agenda British nak lemahkan ummat Islam, Jemaah Tabligh di taja oleh freemason untuk buat orang Islam tinggalkan mengundi dan bagi parti kafir memerintah.

Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti Jemaah Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, pensyarah Universiti, Blogger islamik, maka apa sangatlah orang awam macam kita ni selamba nak fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah orang kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, fitnah kerajaan, fitnah pembakang dan macam macam dosa sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak kira orang yang kita fitnah tu islam atau kafir!

Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum menfitnah! Jika terbukti bersalah kena hokum, tak kira dia kafir atau islam, Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri potong tangannya,dan ada kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi yang mencuri baju besinya kerana tak ada saksi, so jelas Islam tak amalkan dikriminasi.

Jadi, Sebagaimana kita yakin orang Islam bukan pengganas, sebegitulah orang bukan Islam di Amarika yakin mereka bukan penyembah syaitan atau Dajjal.

Bila kita share berita yang kononnya dajjal sedang mengawal dunia, dan Dajjal itu adalah Amarica, tentu menguntungkan mereka sebab Nampak macam dajjal ni hebat sangat, padahal dalam Al quran Allah berfirman, mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang.

Orang kafir kuat, bukan sebab mereka kuat, tapi orang kafir kuat sebab orang islam berpecah belah dan saling bergaduh, sila rujuk hadis sewaktu Nabi doa tiga perkara yang ada cerita bab ini.

Akhir kata, bersatulah orang Islam, mulakan dengan solat Jemaah, jangan solat asing asing, itu bukan Sunnah dan punca Islam menjadi lemah, kemudian bersatulah dalam dakwah, dakwah cara Nabi, itulah kekuatan Islam yang sebanar.

Sekian.


Ps: Nota untuk orang Slow, Entry ini tidak suruh anda masuk freemason, tidak suruh anda sokong yahudi atau Amarika, (Nauzubillah) tapi suruh anda siasat semua berita yang sampai kepada kita kerana di akhir zaman banyak fitnah, maka elakkan diri dari fitnah agar tidak menyesal di akhirat kelak. Entry ini juga menggalakkan umat islam bersatu dengan cara Solat berjemaah dan Dakwah cara Nabi-Wallahu’lam.

Ps2: Jika orang bukan Islam yang baca entry ini, memang entry ini suruh anda masuk Islam. Dan bersatulah dengan orang Islam yang solat berjemaah dan berdakwah cara Nabi. InsyaAllah.

22 comments:

cinta said...

Padu, waras, dan berfakta.
Mantap!

Anonymous said...

salam. tuan hamka;

secara umumnya apa yang tuan tulis itu benar. saya setuju.

tapi bagi yang menyatakan sai saba, kamera, satelit rusia sebagai al-masih dajjal, itu sudah terpesong jauh sangat. itu semberono.

namun mahu mengkaji ilmu akhir zaman berdasarkan hadis, al-quran, info yang ada dan suasana zaman ketika ini, masih tak salah. ada kelebihan untuk mempelajari ilmu akhir zaman ini (setengah orang lain kata - ilmu fitan. ilmu esketologi. ada macam-macam nama. ilmu konspirasi)

jika iman kita betul (melalui quote tuan hamka), umat islam atau badan islam sudah seharusnya/sepatutnya mencipta/mengusulkan sebuah pasaran yang menggunakan dinar/dirham. bukan lagi kekal menggunakan mata wang kertas.

kerana wang kertas sekarang ini bukanlah wang sebenar. umat islam sudah dapat mengenal pasti penipuan halus ini ( salah satu contoh).

itu belum lagi ilmu hipnosis, subliminal mesej yang digunakan di dalam tv/filem hollywood, media cnn dan yang lain-lain (salah satu contoh yang lain).

untuk mempelajari ilmu akhir zaman ini kena ikut asas/sumber alquran dan hadis dulu lah.

sekiranya umat islam sekarang melihat kehidupan ini bukan dari sudut yang biasanya, umat islam akan merasakan bahawa zaman ini adalah zaman yang asli lagi. sebuah zaman yang dirancang secara halus oleh individu dan ahli kumpulannya.

dengan ilmu seperti ini juga boleh membantu umat islam agar lebih berwaspada. mungkin mampu membantu ke arah penyatuan. usah diremehkan ilmu seperti ini.

terima kasih.

Anonymous said...

Hadis mempunyai banyak maksud tersirat, dan kerana itu Allah menyuruh umat Islam mengkaji.

Ramai yang dengan sombongnya berkata, ”Aku tak perlu ambil tahu tentang Illuminati-Freemason, aku berpegang pada Quran je aku tak akan terpesong…”

Tetapi yang peliknya, mereka adalah golongan yang:

Percaya MH370 jatuh di Laut Hindi
Percaya pada Saipul Bukhari
Percaya iklan tv,suka minum Coke,Nescafe,Maggi
Percaya video lucah mainan politik
Percaya video sumpah dpn kaabah
Percaya pada panadol/ubat2 lluminati
Percaya pada media prima yang dikawal Freemason
Percaya Bank Islam bukan riba
Percaya kubah emas ialah Masjid Al Aqsa
Percaya vaksin adalah selamat
Percaya logo pada wang kertas adalah kijang
Percaya bangunan2 Lodge Freemason adalah dewan rakyat
Percaya simbol \m/ adalah simbol rock
Percaya simbol ”peace” adalah keamanan
Percaya fluorida amat penting dan selamat
Percaya GST amat bagus utk ekonomi negara
Percaya Bank Negara Malaysia milik malaysia
Percaya malaysia benar2 sudah merdeka dan tidak dikawal Freemason
Percaya talibarut British (Freemason) adalah pejuang kemerdekaan
Percaya konspirasi Freemason-Illuminati adalah karut
Percaya pada sejarah dunia yang diputarbelit Freemason
Percaya makan organ dalaman elok utk tambah darah
Percaya kopi,kambing dan makanan2 sunnah yg lain tak elok
Percaya susu soya dipasaran adalah berkhasiat
Percaya elok makan buah selepas makan
Percaya susu formula untuk bayi
Percaya tentera Ukraine tidak sengaja tembak MH17
Percaya yoga amat baik untuk kesihatan
Percaya khasiat Power Root
Percaya Muzium 3D Shah Alam & Penang tiada unsur satanic ritual
Percaya kismis Ligo berkhasiat
Percaya UFO adalah Alien
Percaya Candi Borobudur milik Buddha
Percaya Kemoterapi
Percaya vaksin
Percaya sistem Demokrasi
Percaya perubatan psikiatri dan psikologi moden
Percaya Perlembagaan Malaysia bukan ditulis oleh British (Freemason)
Percaya TGNA ulama sesat, seperti yg dicanang media prima
Percaya Obama tiada misi rahsia ketika melawat Malaysia
Percaya 9/11 angkara Osama Bin Laden
Percaya media prima seperti Utusan Malaysia, Buletin Utama amat telus
Percaya fakta dalam buku teks sekolah
Percaya sumpah laknat depat kaabah itu cara Islam
Percaya manusia tidak mampu mencipta bencana alam (HAARP)
Percaya susu Anlene menguatkan tulang
Percaya Iran adalah musuh Israel
Percaya China musuh Amerika
Percaya Mahmud Abbas, Yasser Arafat pemimpin Islam.
Percaya Australia & Amerika membantu Malaysia mencari MH370
Percaya dan kagum dgn Hitler
Percaya Neil Armstrong sudah sampai ke bulan
Percaya cukai tidak haram dalam Islam
Percaya Muammar Gaddafi pemimpin zalim
Percaya pada lakonan kerajaan Arab Saudi (Ibn Saud)
…………..dan beratus-ratus lagi kepercayaan sesat mereka!!!

Ibaratnya, berdoa nak lulus peperiksaan, tapi tidak mahu mengulangkaji. Berdoa nak masuk syurga, tapi tak mahu beramal.

Anonymous said...

Eskatologi mungkin agak baru dan asing dari kefahaman masyarakat hari ini. Eskatologi adalah ilmu Akhir Zaman dan ilmu strategi perang. Boleh kata Eskatologi adalah Juzu’ baru bagi mereka, dan mereka perlukan masa untuk menghadam info-info yang kita bincangkan. Disiplin Eskatologi adalah memadankan situasi yang berlaku dengan surah Quran dan Hadith-hadith akhir zaman.

Ia memerlukan kepekaan tinggi dan kefahaman terhadap murad Hadith-hadith tersebut, ia agak mencabar bagi mereka kerana faktor-faktor yang mengikat mereka dan juga keterbatasan akal fikiran membuatkan mereka agak ketinggalan dalam aspek Askatalogi, itu yg kita nampak hari ini.

KEPENTINGAN ILMU FITAN & ESKATOLOGI

Apa yang kita bincangkan adalah ilmu akhir zaman dalam menemukan kebijakan internal Ilahiah manusia, dengan berbagai ilmu dan informasi kebenaran dalam menjalani dunia Akhir Zaman yang berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Eskatologi Islam, Insya-allah.

Pengasas bidang ilmu Eskatologi Islam atau kajian ilmu akhiruzzaman adalah Imam Al-Ghazali, Ibn Kathir, Ibn Majah, Imam al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan ahli Sufi.

Kini ilmu yang semakin ‘hilang’ ini diteruskan oleh Sheikh Maulama Imran Nazar Hosein secara meluas dengan menggabungkan KAJIAN, FAKTA, dan BUKTI dari aspek AGAMA, POLITIK, KEWANGAN, SAINS, EKONOMI, SEJARAH peradaban manusia, dan lain-lain, beserta dengan interpretasi ilmiah berpandukan kitab Al Quran dan As Sunnah (hadith).

FREEMASON : REALITI ATAU PARANOID?

lluminati, Freemason dan Penyembah Syaitan BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis dan ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains dan semasa yang menyokong. Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis dan fitnah samada di peringkat global, negara dan individu.

Petanda-petanda kemunculan Dajjal dan kedatangan Imam Mahdi semuanya termaktub jelas dalam hadis-hadis sahih Rasulullah SAW sebagai peringatan dan persediaan buat umat akhir zaman. Tiada seorang manusia pun yang tidak terkait dengan perkara ini, apatah lagi bagi orang Islam lagi beriman kepada Allah samada mereka tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Anonymous said...

STRATEGI ROTHSCHILD MENGAWAL MINDA MANUSIA

Rothschild adalah fitnah besar yang sentiasa diisyaratkan Rasulullah SAW dalam banyak hadith sebelum kemunculan Dajjal sebenar. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam menyelidik dan mengambil tahu setiap peristiwa yang berlaku di atas dunia ini, apatah lagi apabila jutaan saudara Islam kita dibunuh dengan kejam di Timur Tengah.

Sangat jelas sekali bahawa Rothschild adalah keturunan yang dipilih oleh Dajjal bagi melaksanakan pelbagai bentuk fitnah dan kezaliman yang tidak terjangka oleh pemikiran manusia.

Bermula dari perniagaan berasaskan pinjaman kewangan dan riba, ia terus berkembang dalam masa singkat sehingga menguasai seluruh ekonomi dunia di bawah satu perancangan yang sangat teliti dan rahsia. Maka sudah jelas bahawa sejarah tidak semestinya kukuh dan betul setiap masa dan sejarah tidak memegang autoriti ‘kesahihan fakta’.

Dalam hal Rothschild ini membuktikan kenyataan-kenyataan para pakar sejarah antarabangsa yang memiliki pelbagai gelaran hebat dan nama besar tidak semestinya boleh dipercayai serta diterima bulat-bulat terhadap apa yang dikaji oleh mereka. Sekarang kita sedar, sebahagian pakar-pakar sejarah antarabangsa bertungkus-lumus mengeluarkan majalah-majalah sejarah yang baru dengan menyembunyikan segala tindak-tanduk Rothschild agar tidak dipelajari oleh pelajar-pelajar generasi baru di seluruh dunia.

Rothschild juga adalah keturunan yang menjalankan agenda-agenda perang, revolusi, penjajahan, perniagaan haram dan penindasan ekonomi yang mana semua gerak kerja itu tidak boleh lagi disekat kerana mereka jugalah yang menjadi tuan kepada ahli-ahli politik dunia (termasuk Malaysia) dan segala organisasi politik, ekonomi dan ketenteraan.

Ini membuktikan kemusnahan oleh Rothschild yang dikuasai Dajjal adalah hanya melalui satu jalan yang telah disabdakan Rasulullah SAW bahawa umat Islam kelak yang bakal dipimpin Imah Mahdi dan Nabi Isa akan berperang dengan tentera-tentera Yahudi (Illuminati-Freemason) yang dipimpin oleh Dajjal.

dalang-MH370
Jacob Rothschild, dalang tragedi MH370, MH17, peperangan, kemelesetan ekonomi dan pelbagai lagi masalah dunia
ROTHSCHILD MENGAWAL PERGERAKAN MEDIA

Rothschild mengawal sejarah dunia agar sentiasa palsu pada skala-skala tertentu dan tidak menonjolkan gerak kerja konspirasi mereka.

Rothschild tidak ada masalah untuk mengugut, membunuh dan merasuah ahli sejarah peringkat ‘noble-trophy’ bagi menyembunyikan kegiatan jahat mereka. Hatta pemimpin diktator dunia sendiri pun mampu diperkudakan mereka apatah lagi ahli sejarah dunia yang tidak mempunyai pengikut ekstrem.

Kelangsungan dari pengaruh Rothschid ini, harus kita pelajari dan memahami di manakah penipuan yang berlaku dalam pendidikan Sejarah agar maklumat dan peristiwa yang benar sahaja dapat disumbat dalam ruang-ruang buku sejarah. Sebagai contoh, media barat sengaja mengapi-apikan permusuhan antara China dengan Amerika di dada-dada akhbar untuk mengawal minda umat manusia. Ramai yang menyangka China baik dengan Malaysia. Malah tragedi MH370 sendiri adalah rancangan dari Rothschild dan kerajaan China.

Begitu juga Iran dan Arab Saudi yang sebenarnya merupakan sekutu kuat Israel. Jangan sesekali kita terpedaya dengan lakonan Mahmud Abbas, Yasser Arafat, Hosni Mubarak, Ahmadinejad, Li Ka Shing, Raja Saudi dan konco-konconya yang merupakan pelakon terhandal keluaran Freemason.

Mr.ReD said...

Hehe..bawa bertenang saudara..menurut alquran,golongan non muslim adalah kafir bukan?..manakala menurut kmi pula,golongan yg taat kepada ajaran ganas maka disebut pengganas.Non muslim yg memberontak JUGA disebut pengganas.Namun,GELAR ini lebih EKSKLUSIF untuk golongan MUSLIM yang MENGAMALKAN "ajarannya" yg ganas.

Mr.ReD said...

Hehe..bawa bertenang saudara..menurut alquran,golongan non muslim adalah kafir bukan?..manakala menurut kmi pula,golongan yg taat kepada ajaran ganas maka disebut pengganas.Non muslim yg memberontak JUGA disebut pengganas.Namun,GELAR ini lebih EKSKLUSIF untuk golongan MUSLIM yang MENGAMALKAN "ajarannya" yg ganas.

Anonymous said...

Apa anon kt atas tu merepek?? ayat dia semua tu copy paste geng taksub bab kospirasi dajjal... adoiii... xhabis2

Anonymous said...

Bodohnya natang ni, kuat baca blog sampah dan tgk video arrival

Ashari said...

Jihad perang fi sabillillah adalah utk meninggikan Kalimah Allah swt ; mempertahankan dakwah Islam, mempertahankan diri, mempertahankan kedaulatan dan tanahair Islam, yg segalanya dilakukan demi mendapatkan ampunan, rahmat dan redha Allah swt.

Tindakan tindakan membunuh dan mencederakan org awam, harta benda awam, atas dasar emosi marah dan balas dendam, bukan dari ajaran Islam. Sipelakunya akan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Tuhan Maha Adil, jika seribu kematian yg disbbkannya, maka seribu kematianlah yg bakal dirasakannya. Jika seribu kecederaan yg disbbkannya, mk seribu kecederaanlah yg bakal dirasakannya.

Bg yg bukan Islam pula, cuba fikirkan, alangkah tidak adilnya Tuhan jika tiada pengadilan Akhirat dr Yg Maha Adil jika segala di dunia ini habis di sini sahaja. Seramai mana pun yg dibunuh seorg pembunuh, sebnyk mana pun kematian yg disbbkannya, hanya terbalas dgn satu kematian sahaja.

Ashari said...

Terjadi ekstremism dr kalangan org org yg mengaku Islam, yg kononnya bertindak kerana agama, dikeranakan munculnya golongan golongan yg merasa alim sendiri, ego, taksub dgn pendapat sendiri, konon mampu faham dan berfatwa sendiri tanpa merujuk para ulama' terdahulu yg bertungkus lumus mengumpul dan mengaji sumber hukum agar umat terkemudian tidak silap memahami agama agar tidak menimbulkan fitnah pd agama Kebenaran ini. Kebnykkannya konon golongan cerdik pandai yg membaca Al Quran dan Hadis kemudian memahamkannya secara literal kemudian menafsir di luar konteksnya, sehingga kacau dan celaru agamanya, nampak spt org beragama, tp akhlaknya jauh dr ajaran agama yg konon dianutinya.

'arif samshuri said...

Ilmu akhir zaman ke eskatologi ke apa itu semua nombor dua. Nilai yg sy lihat perlu diambil dalam penulisan Hamka ialah perpaduan dan membuktikan sesuatu dengan disertai sumber yg betul. Sy di dlm bidang sains pun mementingkan kejituan ketika membuat sesuatu kajian dan sy perlu berada di lapangan juga utk mencari bukti! Sekadar membaca dan memberi istilah yg entah pape tidak membuktikan ia sahih, tanpa anda sendiri yang mendapatkan buktinya.

Jadi tak perlulah bertegas dengan perkara yg bukan bidang kita, serahkan pada yg lebih arif(bukan sy).

Anonymous said...

patutnya kena percaya yang nuwar berahim tu tak meliwat.
padahal yang buat laporan adalah pembantu nuwar berahim mamat sepol
tetiba sekor pun tak caya konon konspirasi umno...
aik....pembantu PKR buat laporan polis tetapi dituduh konspirasi umno plak dah?
gila kejadah orang yang percaya nuwar berahim tak meliwat dan tibai cinadoll.
patut la kena tipu dengan parti dajal mata satu tu.
padan muka

Anonymous said...

"lluminati, Freemason dan Penyembah Syaitan BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis dan ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains dan semasa yang menyokong. Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis dan fitnah samada di peringkat global, negara dan individu."

boleh bagi tau satu dalil nas yang mengatakan illuminati freemason bagai semua ni adalah dajjal.
takyah sembang kencang.tq

Anonymous said...

In the year of 2000 there were seven countries without a Rothschild owned Central Bank:

Afghanistan
Iraq
Sudan
Libya
Cuba
North Korea
Iran

The United States invasion of Afghanistan occurred after the September 11 attacks in late 2001

The 2003 invasion of Iraq lasted from 19 March to 1 May 2003 and signaled the start of the Iraq War, which was dubbed Operation Iraqi Freedom by the United States (prior to 19 March, the mission in Iraq was called Operation Enduring Freedom, a carryover from the War in Afghanistan


On 19 March 2011, a multi-state coalition began a military intervention in Libya


The only countries left in 2011 without a Central Bank owned by the Rothschild Family are:

Cuba
North Korea
Iran

Anonymous said...

sains mungkin tak berbohong tapi saintis boleh jer membohongi kita...

Anonymous said...

Dulu dulu org kata, bumi ni rata, org dulu dulu percaya. Kini org kata bumi ni bulat pulak, org sekarang pun percaya. Kemudian pulak dikatakan bumi ni tak bulat betul, ada bujur sikit, pun org percaya.
Dulu org kata matahari dan bulan bergerak mengelilingi bumi, org dulu dulu percaya. Skrg org kata bumi yg mengelilingi matahari, org skrg pun percaya. Akan dtg entah apa pulak ?

So, benarkah ilmu sains kita skrg ?

Jika satu malam kita lihat satu bintang terang di satu sudut langit, kita katakan di situlah bintang itu berada. Jika satu masa nanti ada teknologi yg kita boleh sampai ke kedudukan itu dlm masa sesaat, adakah kita boleh temui bintang itu di situ ? Sebenarnya itu adalah kedudukannya entah beberapa tahun yg lalu iaitu jarak masa utk cahayanya sampai ke bumi, yg jika kita boleh sampai ke sana skrg tentulah bintang itu sudah tidak berada di situ lg.
Jika difikirkan, ilmu dunia ini sebenarnya hanya dianggap benar di sini, ketika ini, dan dlm situasi ini sahaja, yg ianya mungkin berubah dlm masa yg lain, dlm situasi yg lain dan di tmpt yg lain. Hakikat sebenarnya hanya Allah swt yg tahu.

Anonymous said...

Tuhan dah kata dunia ni "laa'ibun walahwun" hanya main main dan tipu daya, Akhiratlah kehidupan yg sebenar, so tumpukanlah pd kehidupan yg sebenar.

Anonymous said...

tumpukan pada 'kehidupan sebenar' pon kena ada ilmu, jangan percayakan NASA percayakan nasa sama seperti percayakan tipu daya dunia.

pertama sekali nabi dah cakap ikut Al Quran dan Hadis, apa yg Al Quran kata pegang ler, apa yang sains kata tapi tak selari dengan al quran jangan pegang sekurang kurangnya kita tak membelakangi al quran, sebab Al quran kitab yang jelas dan tidak terpesong...

Manusia tidak kebulan

surah ar rahman ayat 33
(Hai semua jin dan manusia, jika kalian sanggup menembus) melintasi (penjuru) atau kawasan-kawasan (langit dan bumi, maka lintasilah) perintah di sini mengandung makna yang menunjukkan ketidakmampuan mereka untuk melakukan hal tersebut (kalian tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan) dan kalian tidak akan mempunyai kekuatan untuk itu.


Matahari mengelinlinggi Bumi

Surah Al-Anbiyak ayat 33
Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang,matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya.( yasbahuun bermaksud berenang )


[Yaa-Siin : 37-40]
Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dan malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan, dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai tandan yang tua. Tidaklah mugkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya."

HR. Bukhari no. 3199; Muslim no. 159, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu dan matahari telah terbenam,

”Apakah kamu tahu kemana matahari itu pergi?” Dia (Abu Dzar) menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda: ”Sesungguhnya dia pergi lalu bersujud di bawah Arsy, kemudian minta izin lalu diizinkan baginya, hampir-hampir dia minta izin lalu dia tidak diizinkan. Kemudian dikatakan kepadanya: ‘Kembalilah dari arah kamu datang,’ lalu dia terbit dari arah barat (tempat terbenamnya).


Bumi hamparan/ Rata

. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu (al-Baqarah: 22).
2. Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. (ar-Ra’d: 3).
3. Dan kami Telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. (al-Hijr: 19).
4. Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-gunung yang kokoh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata, (al-Qof: 7)
5. Dan bumi itu kami hamparkan, Maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami). (Adz-Dzariyaat: 51).
6. Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, (Nuh: 19).
7. Bukankah kami Telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? (an-Naba’: 6).
8. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? (al-Ghosyiyah: 20).


https://planetruthblog.files.wordpress.com/2015/08/eaaa1-flat-earth-is-flat.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-kIEaxYPJwjU/VaeQWtbALOI/AAAAAAAAYgc/jb6NFvtDnKs/s1600/Flat%2BEarth%2BHypothesis.jpg


https://www.youtube.com/watch?v=5D2tiFqpfXQ



Anonymous said...

Isis difatwakan sesat,habis tu siapa dapat tolong rakyat syria?takut2 dah termakan propaganda terrorist aje..

Anonymous said...

Yahudi dan Nasrani (Kristian) Tidak Sekali-kali akan Redha ...
Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di dalam Al Quran. Allah berfirman:

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.

Terhadap musuh, Islam meminta umatnya bersiap siaga. Kalau mereka menyerang, wajib umat Islam mempertahankan diri dan berperang. Teknik berperang tidak sama. Berperang dengan hawa nafsu dan syaitan tidak sama dengan berperang melawan orang kafir dan orang munafiq. Tidak sama juga dengan cara-cara menghadapi orang-orang musyrik, Yahudi dan Nasrani.

Kalau tak kaji sejarah bagaimana nak tahu asal usul , kalau tak kaji sebab musabab bagaimana nak cegah dan bersedia. Ilmu eskatologi baru bercambah dikalangan manusia yang ingin maju dengan perseidaan kepada hukum sebab dan musabab . Tetapi kita sebagai orang islam mempelajari ilmu ini serta melakukan analisa berlandaskan dalil syarie .

Walau demikian teori logik dalam menterjemahkan kejadian sesuai dengan keadaan macam ahli forensik menyiasat satu kejadian jenayah . setiap[ sesuatu pasti ada yang berkaitan , kerana Allah telah merancang kejadian secara kaitan sebab dan musabab yang meghasilkan sebab dan musabab yang menghasilkan sesuatu sehingga kiamat. Teori kejadian Hidup ini semua dalam pengetahuan Allah. Tapi tujuan kita mempelajari dan mengkaji untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah berserta melaksana kan kehidupan mengikut syariat dengan mengelakkan terjebak dan terpengaruh dengan mainan musuh islam. Bagaimana kita hendak tahu7 permainan musuh islam kalau kita tak kaji????

satria parang kontot said...

Adoi! Seronok baca komen-komen di atas. Lagi banyak komen lagi banyak lari dari kontekks apa yg mau di sampaikan pemillik blogger.