Aug 11, 2015

Pendek umur dan Mudah mati adalah nikmat?

(Dua nikmat yang tak ada pada ummat terdahulu, siapa yang rasa terasa beban dengan nikmat ni, sama-samalah kita merenung diri)

Lepas baca pengakuan Dr Brown dari entry yang lepas, aku sedar bahawa . Dr Brown tidak bertemu formula mudah untuk menemukan kebenaran, sesuai firman Allah, Ujian akan datang pada orang beriman, dan Allah akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan ". [Q 65: 7]

Kita tengok, dalam tempoh satu tahun daripada peristiwa masuk islam, bekas isterinya menceraikan dia, mengambil anak-anaknya ke dalam jagaan beliau, mengambil rumahnya, hartanya dan sudah tentu mengambil sebahagian besar sumber kegembiraannya. Walaupun selepas diminta akuan bersumpah oleh mahkamah sama ada Laurence Brown telah memukul isteri atau mendera beliau, isteri mengakui bahawa Dr. Laurence bukanlah pemukul wanita tetapi isterinya tetap berkeras mahu bercerai.

Lagi sedih bila Laurence diberikan perintah oleh Mahkamah bahawa beliau tidak boleh pergi 100 meter dekat dengan rumah dan anak-anak beliau sendiri. Malahan Mahkamah suruh bini dia mengupah pegawai keselamatan untuk melindungi anak-anak Dr Brown dari dia! Adohai..

Satu lagi tamparan hebat kepada Dr. Brown ialah ibu bapanya yang berputus arang dengan beliau. Tak nak jumpa, tak nak tengok, tak nak terima sms dan apa sahaja. Masalah terus merebak ke tempat kerja, hilang kawan kawan, di pulaukan, disisih, dan dihina. Siapakah yang nak kawan dengan seorang lelaki yang tidak akan berjabat tangan dengan perempuan? Seseorang yang tidak berparti lagi, tidak minum! Walaupun sebelum ini beliau kuat minum. Lepas masuk islam, beliau dah tak minum arak lagi buat selamanya!

Semua orang mengakui bahawa Islam bukan agama yang bebas; korang perlu melalui banyak mujahadah(kesusahan). Mengorbankan masa korang untuk solat lima kali sehari, 365 hari setahun; Berpuasa selama sebulan setiap tahun; wajib bayar zakat walaupun miskin, wajib untuk pergi haji di tanah padang pasir kat negara Arab Saudi. Islam ini adalah agama mujahadah, dalam cerita kajian agama oleh athieis, islam biasanya pilihan terkahir untuk di kaji sebab banyak pantang larang, tapi lepas dah kaji sislam, maka tiada agama yang boleh lawan common sense dalam islam.

Bak kata pepatah keretamayat:

Seorang yang terbaiki dirinya dengan agama Islam, maka tiada mana mana agama boleh merosakkan dirinya, manakala, seorang yang dengan Islam pun dirinya tidak terbaiki, maka tiada mana mana agama selain Islam yang boleh selamatkannya!

Namun, Islam adalah agama mujahadah, mungkin kerana itulah orang-orang yang mengetahui kebenaran Islam teragak-agak untuk menukar kerana kesukaran ini.

 "Jika Islam ni bebas, maka  semua orang akan masuk islam" kata Dr. Brown.
Sebagai nasihat kepada muallaf, Laurence Brown berkata, "Jika anda masuk islam, bersiap sedialah untuk diuji".

Namun Di sebalik semua ujian ini, Laurence mengakui bahawa Allah telah penuhkan hatinya dengan ketenangan dan kepuasan. Ini mungkin kedengaran lucu kepada orang lain tetapi Laurence Brown berkata bahawa dia tidak menyesal apa-apa, dia gembira untuk menerima Islam dan walaupun di uji dengan semua kesulitan, dia tidak menyesal keputusan awalnya untuk menjadi seorang Muslim.

"Saya hilang rumah di Amarika, tapi saya dapat tinggal di rumah baru di Madinah, tempat kedua terbaik orang islam, Saya juga jauh lebih bahagia dengan isteri kedua saya berbanding isteri pertama saya. Saya juga hilang kawan lama, tapi seliruh dunia islam adalah saudara baru saya, Ibu bapa saya kini kembali berbaik-baik”

Terkini, Dr. Brown kembali dapat berkomunikasi dengan anak-anaknya di telefon dan setiap tahun, mereka bersama-sama bercuti; dan secara amnya keadaan hidupnya berkembang menjadi lebih baik. 
Life goes on.

Bagi aku, sebagai ummat akhir zaman, kita dikurniakan dengan dua kelebihan yang tiada pada ummat zaman dahulu iaitu:-

1. Pendek umur.

2. Mudah mati.

Semua tahu sudah, ummat sebelum Nabi Muhammad SAW, panjang umur dan susah mati, dalam Al quran cerita umur Nabi ada yang cecah seribu tahun, dan Ummat zaman dulu kebanyakkan akan mati bila datang bencana dari Allah.

Tapi akhir zaman, ummat ni sangat senang mati, jatuh tangga mati, salah makan mati, tak makan mati, kena virus mati, harga minyak naik pun mati, naik kapal terbang mati, naik kereta lagi ramai yang mati.

Lepas tu pulak, umur ummat akhir zaman pendek pendek, Nabi Muhammad SAW pun hanya hidup sampai 63 tahun, sedangkan kita habis belajar dah 25 tahun, kerjaya stabil mungkin 40 tahun, lepas tu 55 tahun dah nak pencen, lepas tu 70 tahun dah berjalan macam Zombie. Masuk 80 tahun mungkin dah berjalan macam biawak!

Tapi ini semua adalah kelebihan untuk Ummat terbaik.

Kenapa? Kerana Ummat ini hidup tanpa Nabi di sisi, jadi Ummat ini kena jalani kehidupan agama dengan penuh mujahadah dan susah payah. Jadi orang islam, walaupun agamanya penuh dengan pantang larang dan hokum hakam, tapi janganlah bersedih dan tertekan sebab umur kita pendek, dan kita pula mudah matinya.

Bagi pendakwah, yang terpakasa tinggal anak bini, lepas tu di hina dan di susahkan di Jalan Allah, di caci dan di maki, zaman dahulu ada yang di seksa dan si bunuh, tapi akhirnya, pendek umur dan mudah mati telah mempercepatkan mereka ke Syurga!

Kan best tu?

Allah nak cepatkan kita ke syurga, kenapa nak rasa cemas dengan umur pendek dan mudah mati? Lagipun Allah janji dalam agama akan datang ketenangan jiwa.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?.

Jadi teruskan bersabar wahai saudara Islamku, kerana kehidupan beragama yang kita jalanai sebagai muslim yang taat adala, tidak lama, sampai mati sahaja.

Tapi bilakah kita akan mati? Mungkin besok.

Maka lusa kita sudah ke Syurga. Amin.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari azab api neraka.

Amin sekali lagi.

Ps: Kata Buznama, jika kita anggap mudah mati dan pendek umur itu sebagai masalah, maka kita dah terkena penyakit wahan, sejenis penyakit yang paling ditakuti oleh Nabi menimpa ummat, sama sama muhasabah diri nampaknya, adohai..


16 comments:

Anonymous said...

wahan?

aiEz said...

penyakit cintakan dunia,takut mati ..

Muslim said...

Bagi yg dah nampak kebenaran dlm Islam,
yg penting, mengucap Syahadah masuk Islam dulu,
tinggalkan benda benda syirik dan kufur,
yg lain lain tu pelan pelan perbaiki.

detective nie said...

Semoga allah memberkati ku dan saudaraku dalam mencari keredhaannya

Anonymous said...

good read. something to ponder

Anonymous said...

Selamat hari jadi en Hamka..semoga dipendekkan umur dan dimudahkan mati. woha!

nabilah saraf said...

Woha!

olie fazlia said...

Semoga di permudahkan kematian semua orang..

Kak Yong Ayuni said...

sooo..memang elok dan wajar bagi umat islam mikirkan mati dan menyelesaikan masalah masalah hidup dengan sentiasa mengingati mati.. saya pon suka guna kaedah ni.. bile berdepan kesukaran dan kesulitan pasti akan kembali mengingat Allah dan mengingatkan betapa singkatnya hidup ni untuk ditangisi dengan sesuatu yng merugikan.terutamanya dalam hal ketetapan ketetapan Allah kepada diri.apabila kita bersedih dan mengingati mati terasa tenang dan membahagiakan dengan janji janji Allah

hamka said...

Blogger aiEz : thanks

Muslim : pelan pelan kayuh

detective nie : Amin

nabilah saraf : Woha!

olie fazlia : Amin

wanita bersalin : kerisauan sebenar bukan untuk dunia..

Anonymous said...

kalo sampai madinah kena carik dr brown ni. walaupun baru masuk islam, rasa macam dia lebih menghayati ajaran islam berbanding kita yang sedia islam ni. hanya orang yang diuji dalam agama akan benar2 hargai nikmat islam. sesuatu yang betul2 lacking dalam kalangan melayu islam kita.

jentayu

hamka said...

hu hu

weschairs said...

DiMalaysia sendiri pun byk muallaf yang dibuang keluarga dan terpaksa mengemis minta dibantu..

hamka said...

benar, huhuhuhuuh

Anonymous said...

penyakit takut mati ni disebabkan satu lagi penyakit, cintakan dunia..penyakit ni banyak yg xsedar..jika dunia diletakkan didlm hati, habis..

hamka said...

benar tuan!