Aug 12, 2009

Apa itu Black Hole?

(Antara Takwa dan Fatwa ada Black Hole)

Katakan pada suatu hari, semua manusia dalam dunia ni berkumpul di satu padang yang besar, sehingga membentuk satu Ijtimak atau Muktamar yang paling besar dalam sejarah manusia pernah di adakan seumpama dengannya, dan maksud perhimpunan itu adalah tak lain tak bukan, hanya dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk menunjukkan taat setia pada Allah…,

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tak akan bertambah naik atau kebesaran Allah akan bertambah hebat kononnya dek kerana korang dah insaf, kerana secara hakikat, Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. kita semua kena faham tu!

Ok, aku bagi contoh lain pulak, katakan pada suatu hari, semua raksasa berkumpul untuk mengadakan sebuah perhimpunan raksasa yang paling besar, err, maksud aku, perhimpunan seluruh manusia sehingga mampu membentuk sebuah pakatan rakyat yang besar, atau membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru, atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, dan maksud perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan kepada Allah, bahawa semua pakatan rakyat atau kerajaan persekutuan tadi (atau apa apa saja nama kumpulan korang nak taruk, lantaklah,) lalu berkumpulnya mereka semua dengan satu tujuan yang lain pulak, iaitu untuk Derhaka pada Allah…

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tidak akan bertambah turun atau kebesaran Allah akan bertambah lemah kononnya dek kerana korang yang pakat-pakat mendehaka, kerana secara hakikat, Allah tidak perlu langsung kepada sebarang sekutu untuk menjadi bertambah kuat dan sesungguhnya, tiada satupun sekutu yang mampu mudaratkan Allah, langsung tak boleh!! Ketahuilah, tiada satupun yang setara dengaNya! Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. korang dan aku kena faham tu!

Ok, sekarang, aku nak bagi lebih gempak, bagaimana jika perhimpunan raksasa tadi yang korang nak namakan sebagai pakatan rakyat atau kerajaaan persekutuan atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, maka apa kata jika perhimpunan itu tadi juga disertai oleh semua bangsa jin dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Ok, tak cukup lagi, apa kata jika semua bintanang juga di beri akal dan turut sama dalam perhimpunan itu, lalu apa akan berlaku?

Tak cukup lagi?, aku tambah pulak dengan semua malaikat dari tujuh langit juga terut berkumpul sama manusia dan jin lalu membentuk satu pakatan yang paling besar dalam sejarah cakerawala, dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Oh lupa, makluk yang dah lama derhaka pada Allah tak kan tak joint pulak, maka semua iblis dan syaitan juga terut sama hadir bagi menjayakan rangcangan derhaka pada Allah secara besar-besaran..

Sekarang, apa yang akan Allah buat?

Tak payah jawab, mana boleh bercakap waktu khutbah?, habis batal pahala jummaat karang..

Straight to the point, Korang pernah dengar tak kisah seorang Nabi yang dapat berdialog dengan Allah?, lalu tanya soalan macam macam yang dah aku tulis dalam entry “Tanya sama tuhan”.

Baik, ada satu soalan tercicir yang lupa aku nak tulis hari tu jadi aku tulis hari ni,

Soalannya adalah berbunyi begini lebih kurang:-

Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?

Maka jawapannya panjang, dan aku cuba ringkaskan, yang mana Allah berfirman lebih kurang maksudnya, ekoran dari peristiwa menderhakanya semua mahkuk Allah, iaitu manusia, jin, syaitan dan makalaikat, termasuk matahari dan alam, maka Allah akan lepaskan satu ekor binatang yang paling besar dalam sejarah cipatan Allah.

Lebih besar dari brontosaurus, lebih besar dari Godzilla, lebih besar dari Cloverfeild, malahan binatang itu jauh lebih besar dari bumi ini!!

Lalu binatang ini akan muncul dan menelan semua manusia, syaitan, iblis dan jin…, oh ye, aku lupa nama binatang ni, tapi nak mudahkan cerita, oleh sebab binatang ni telan semua benda, aku namakan binatang ini dengan nama “ Si Black Hole”…

Baik, sebelum aku cerita kisah Si Black Hole ini dengan lebih detail, aku nak cerita sikit kisah dalam hadith yang aku ingat-ingat lupa yang mana ada menceritakan akan betapa besarnya Malaikat ciptaan Allah, satu sayap malaikat Jibrail sahaja dah mencakup timur dan barat, sedangkan malaikat jibrail ada 99 pasang sayap, itu belum lagi cerita betapa besar Malaikat Mikael yang bagi rezeki, dan betapa besarnya malaikat Israfel yang meniup angin Sangkakala yang mana di ceritakan malaikat Jibrail dan malaikat Mikael boleh masuk dalam serunai Sangkakala, bayangkan betapa besarnya malaikat Irafel, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Lepas tu ada lagi malaikat yang lebih besar dari malaikat israfel, yang mana waktu Sangkakala ditiupkan, habis semua manusia, jin syaitan dan para malaikat mati, tapi ada malaikat yang tak mati dan langsung tak terjejas mendengar tiupan Sangkala, iaitu lapan malaikat yang memikul Arasy Allah, maka malaikat ini hanya akan mati dengan cara di cabut nyawanya oleh malaikat maut satu persatu, bayangkan betapa besarnya depalan malaikat pemikul Arasy ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan akhir sekali Malaikat Maut, Malaikat yang paling akhir mati dalam alam ini, yang mana beliau akan mencabut nyawanya sendiri yang mana apabila di cabut nyawanya, maka terdengarlah jeritan suara kesakitan Malaikat Maut di seluruh alam yang mana Frekuensi suaranya adalah lebih kuat dari tiupan Sangkakala yang mana seandainya masih ada makhluk yang tidak terjejas dengan tiupan Sangkakala, maka akan mati jua makhluk itu sebaik sahaja mendengar jeritan Malaikat Maut, bayangkan betapa besarnya malaikat Izrael ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan Si Black hole ini, dengan pepatah melintah patah membujur lalu, maka terus Si Black Hole akan menelan apa sahaja, bumi, bulan, bintang, matahari dan galaksi dan seluruh cakrewala.., dan Si Black Hole ini menelan malakaikat tadi bukan satu persatu wahai tuan tuan dan puan puan sekalian, tapi Si Black Hole ini akan menelan semua malaikat, jin, syatan, iblis, manusia matahari dan alam hanya dengan satu suapan sahaja!!!

SATU SUAPAN SAHAJA!

Maka takutlah kamu wahai manusia akan kehebatan dan kebesaran Allah!!!

Maka Nabi Musapun menjadi bertambah takut kepada Allah setelah mendengar certa itu, lalu Nabi Musa a.s bertanya lagi,

"Bolehkan aku melihat binatang itu?”

Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..

Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,

“Di manakah binantang ini di simpan?"

Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di salah satu padang-padang ternakkanKu..”

Maka mengelantarlah Nabi kerana takutkan Allah…

*******

Baik, sekarang aku nak cerita sikit akan perbezaan antara TAKWA dan FATWA.., kita tinggalkan sekejap kisah Si Black Hole itu..

Aku tengok akhir zaman ini, ummat islam ramai yang tahu Fatwa tapi tak ramai yang tahu Takwa..

Tanda orang yang tahu Fatwa tapi tak tahu Takwa.., adalah orang yang perasan bagus, Ajub dan rasa dirinya selamat dari Azab Allah..

Puak puak ni jika sibuk dengan urusan dunia sikit, terus lengahkan solat, lepas tu bila kita nasihat mereka, terus dengan yakinnya akan berhujah dari segi Fatwa, contoh:, solat zohor masih sah jika dibuat jam 3 petangpun, atau kalau lapar makan dulu, tak payah pergi solat jemaah sebab ada hadith itu ini begitu begini..

Bro, betullah apa yang kau cakap dari segi fatwa, tapi jika kau bercakap dari segi takwa, maka kau akan menangis jika terpaksa solat lengah lengah, kau akan solat dengan gementar sebab kau dah tinggal sunnah Nabi.. tapi sebab kau perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. maka selamba kau tinggal solat jemaah tanpa sedih sedikitpun, selamba kau solat lengah-lengah macam solat tu tak sepenting basuh tahi di punggung kau, sebab kau mana pernah lengah lengah basuh tahik lepas berak bukan? Yang mana jika lepas berak air takde, kau akan usaha jugak cari air atau tisu, tapi solat kau selamba lengah dengan alasan badan berpeluh, nak makan, nak tegok TV jap, tak ke bangang?!

Maka, janganlah jadi Mat Fatwa, tapi jadilah hamba ALLAH yang bertakwa, takut dan harap kepada Allah, kalau korang nak tahu, sahabat nabi jika tertinggal takbir pertama bersama imam, dah menangis, tapi korang bukan tertinggal takbir pertama, kalau zohor seratus rakkat, takbir ke 99pun korang tertinggal, tapi masih perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. lalu bagi Fatwa solat jam 4 petangpun sah, tak ke hampeh?

Itu baru bab solat, bab lainpun korang akan selamba meninggalkan sunnah buat bidaah, dan lepas tu berfatwa konon apa yang kau buat tu Allah redha, sedangkan jika kau orang bertakwa, kau akan sedih meninggalkan sunnah nabi dan akan bertaubat atas setiap bidaah yang kau buat..

Bila orang ajak keluar berdakwah, korang akan bagi alasan nak jaga anak bini, atau ada kerja banyak sebab kerjapun ibadat, lalu kau menyindir pulak para pendakwah sebab korang perasan bagus, Ajub dan rasa diri korang selamat dari Azab Allah.. padahal zaman Nabi memang betul ada orang yang tak dapat keluar jalan Allah sebab mak sakit atau ada keuzuran, tapi hati mereka pecah menangis kerana tak dapat bersama nabi, sebab mereka ada takwa, tapi korang yang ada fatwa, selamba tinggalkan kerja dakwah sebab nak jaga isteri kerana ada hadith jaga isteri bla bla bla.., sedangkan jika korang benar benar bertakwa, korang akan menangis takut kepada Allah, dan cari kesalahan diri akan apa sebabnya aku tak terpilih untuk keluar di jalan Allah, bukan perasan bagus, dan rasa selamat dari Azab Allah, lalu layan Astro kat rumah.., tak ke hampeh?

Bila masuk bab couple dan aurat pun sama, korang berhujah bab fatwa, sekarang akhir zaman, itu ini begitu begini, tapi cuba korang berhujjah dengan fatwa, takdenya korang nak rasa aman dari azab Allah, wanita yang terbaik bukan setakat lelaki tak dapat lihat dia (sebab aurat tutup) tapi diapun tak dapat llihat lelaki,.. (sebab menutup pandangannya) faham tak?

Bila masuk bab politik pulak, korang selamba mengumpat atau nak menyedapkan cerita tokok tambah sikit supaya pihak yang satu lagi malu dan maruahnya jatuh, kalau aku tegur kau terus korang akan bagi fatwa, boleh mengumpat pempimpin, boleh kita berstrategi, bla bla bla..

Staretegi kepala hotak kau!, kalau korang orang yang bertakwa, korang akan takut dengan azab Allah, dan korang akan takut dengan setiap patah perkataan yang kau tuturkan, korang akan bertaubat kerana kafirkan orang, tapi yelah, dah kau Mat Fatwa yang perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., siapa lagi yang layak nasihat kau?

Aku tahu korang suka majlis Fatwa, seperti berusrah cari ayat quran untuk fatwakan apa yang korang buat itu betul sambil perasan bagus, atau berseminar cari fatwa untuk relevenkan bidaah, atau berdebat atau berceramah cari hujjah yang sesuai dengan nafsu, atau tulis blog kutuk orang sana sini, semua tu best sebab tidak banyak memerlukan pengorbanan…, tapi takwa tidak akan dapat melalui jalan yang mudah..

Untuk dapat Takwa, carilah KEKURANGAN pada amalan yang telah di buat, kekurangan dalam ikhlas, kekurangan dalam tawajjuh kepada Allah, kekurangan dalam kekhusyukkan solat, kekurangan dalam menjaga adab dan Sunnah Nabi SAW…

Sahabatku!

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, padahal hakikatnya, perjalanan masih jauh lagi, maka carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan agar dapat di sempurnakan pada masa akan datang.., itulah jalan Takwa!

Sibuk dalam suatu kerja sudah tentu akan meninggalkan kesibukkan untuk kerja yang lain. Maksudnya apabila sibuk dalam suatu pekerjaan sudah tentu akan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Semakin sibuk seorang dalam sesuatu kerja maka semakin tipis kesempatan untuk buat kerja lain...

Sebagai contoh, Bila korang sibuk kerja cari duit nak bayar hutang kereta dan rumah, maka banyak sunnah Nabi yang terabai, solat jemaah di tinggalkan, masjid jadi kosong, orang maksiat tidak di dakwah, orang jahil ugama tidak di ajar mengenal akhirat.., atau contoh lain, Bila korang sibuk nak tegakkan negara islam, maka banyak juga sunnah Nabi yang terabai, pertama korang dah berjuang guna sistem majoriti, lepas tu maki orang sana sini, jika dulu Nabi pesan alihkan kayu di tangah jalan sebagai tanda selemah lemah iman, tapi sekarang korang dah sesekkan jalan raya sesak sebab banyak buat demontrasi.., dah nyusahkan orang dan peniaga..

Maka untuk itu, Syariat mengajarkan bahawa setelah selesai suatu pekerjaan yang ‘baik’, hendaklah di akhiri dengan istighfar., rahsianya mungkin ketika sedang sibuk dengan suatu kerja maka pada masa itu kita tidak dapat membuat kerja baik yang lain. Ketika hati dan fikiran tertumpu kepada sesuatu pekerjaan maka hak kerja lain tidak lagi dapat di perhatikan. Oleh itu, setiap islam harus beristighfar ketika beramal dan sesudah beramal sebagai kewajipan diri sendiri.

Lepas solapun kita kena beristigfar apatah lagi lepas buat benda yang Nabi tak buat!

Baru datang sifat takwa.., dan bila ada takwa, baru layak buat fatwa, bak kata satu riwayat:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Maka, Hati ini akan jadi mufti yang betul, dan bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka dengan sifat takwa, kerana sifat Nifak dan sifat munafik iaitu ajub dan perasaam aman dari azab Allah, adalah kebutaan pada hati. Bila hati buta, fatwa tidak berguna lagi..oh!

Maka, bertaubatlah dengan penuh perasaan takwa, dan andai kata korang rasa diri tak bersalahpun, masih juga kena beristigfar dalam setiap amalan sunnah kerana masih banyak kekurangan, semua tahu sudah, lalu untuk bidaah, lagi banyak kena beristigfarlah walaupun ‘bidaah hasanah’…

Takutlah Allah, bertakwalah..

Dan tanda korang betul betul takut pada Allah, sampai satu tahap, korang sanggup jika tidak menjadi manusia kerana takutnya hari penghisaban..

Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:


“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”


Ada jugak beliau berkata:-


“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”


Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”

“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”


Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin shurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”


Pada suatu ketika yang lain, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk, beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:


“Betapa gembiranya hidupmu wahai binatang, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu.."

Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal sahaja tidak di hisab.., tapi kita hari ni takutkan Allah ada rasa takut sampai tahap nak jadi pokok, daun atau binatang?

Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari rezeki, binatang kahwin korangpun kahwin, binatang tak pergi masjid, korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang tak berdakwah, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman..,

Tak cukup lagi, korang berdoa pulak nak jadi binatang, mintak panjang umur macam kura kura, boleh hidup sampai 200 tahun!, lepas tu doa nak rezeki banyak macam gajah, kalau boleh nak makan1 tan seharí macam gajah, lepas tu doa nak rumah besar, pergilah duduk zoo, rumah besar, makan free, ha ha!

Lepas tu pulak belajar ilmu hitam supaya boleh terbang macam burung, boleh berjalan atas air macam labah labah, atau boleh menyelam lama lama macam katak!!

Semua nak jadi binatang!

Tapi kat akhirat tengok kambing A yang tanduk kambing B di bangkitkan dan Allah perintah kambing B yang di tanduk supaya tanduk balik kambing A, lepas tu binatang jadi tanah buat selamanya.., maka waktu tu korang sebagai manusia A yang ‘tanduk’ manusia B di juga bangkitkan, tapi korang bukan kena hisab macam kambing tadi, korang kena azab kaw kawa punya, ada yang selama-lamanya, masa tu baru mintak nak jadi binatang balik, sebab nak jadi tanah macam kambing tadi, mana boleh beb!

Kalau nak jadi binatang, jadilah binatang kerana takutkan Allah, bukan kerana tak takut pada Allah, macam Saidina Abu Bakar Ra yang takut pada Allah sehingga sanggup jika beliau hanya menjadi seekor burung..

Ini bukan soal tak bersyukur, itu bab fatwa, tapi ini soal takwa, apa lagi nak di kata?

Banyak benda aku nak tulis tapi korang faham-fahamlah sendiri, kalau korang rasa korang ada sifat perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., maka bertaubatlah, berhenti kafirkan orang, ‘islamkan balik’ mereka yang dah korang kafirkan dengan amar makruf kepada mereka,

Eh?!, apsal pulak aku dah jadi macam mat fatwa pulak, dah berjangkit ke?.., baiklah, apa-apapun, aku bukan baik sangat, masih banyak yang aku kena buat untuk dapat takwa, aku kena istigfar lepas tulis setiap entry.., dan aku kena wujudkan perasaan takut, sehingga satu tahap aku kena cemburu melihat binatang yang hidup bebas tanpa takut hari pembalasan..

Oh, aku cuba takut pada ALLAH, oh, alangkah baiknya jika aku menjadi seperti Si Black Hole yang menelan apa sahaja, tanpa perlu risau hari akhirat, bolehlah aku telah korang semua!

Woha!

Ps: Dari segi Fatwa, tak boleh berkeinginan untuk jadi binatang, tapi dari segi Takwa, itu takpe.., semua dah faham aku rasa, tak faham, cuba tanya 'Si Black Hole', Aum!

(Rasa kenyang semacam pulak, brrrp… (sendawa), istigfar.., kena banyak istigfar..)

85 comments:

huhle said...

Tulisan yg bernas dan mencabar minda.... Dianjurkan utk dibaca oleh semua lapisan masyarakat... first comment dr saya...

faz said...

peace!!
[baru kena cabut gigi ni...sakit takleh nk komen panjang2]

faizal yusup said...

Salam buat sahabat.. semoga sejahtera selalu.. makin riuh nampak.. Alhamdullillah..

raira said...

salam.bagus,entri yg jujur.barakALLAHu fiek.jazakALLAHukhairan krn menyedarkan pembaca (spt aku ni)

Ainee Cumi said...

tu larhh ainee opn pernah fikir nak jadi pokok ngan kucing ke kan sebab tak payah kena hisab..

tapi bila cakap macam tu then roangc akap "binatang pon berdoa nak jadi manusia, kamu nak binatang.."

saya cakap ,"owhh ok!"

Anna said...

sekali pun panjang berjela n3 ko ni aku tetap sabar membacanya...

anonymous said...

aku ni takwa lemah, fatwa plak tunggang-terbalik. iskh.

namun, sejak berjiran dengan keluarga ustaz (imam surau) 2-3 tahun lepas, aku rasa agak segan nak keluar rumah tak pakai tudung. rumah dia belakang rumah aku, manakala rumah ustazah pulak, tepi sebelah kiri rumah aku.

malu plak bila mendapat jiran yang soleh. sebab aku tak solehah. :(

NasirPenang said...

Satu bahan yang begitu baik.....baru saya faham hidayat di tangan Allah.....kita hanya mampu berdoa...

kicap oh kicap said...

' Amal sunnah nabi dengan takwa "

AhMiEzZ said...

salam..satu entri yang best je nampak..(aku baru baca separuh je..nanti smabung balik) semoga kita mampu mnejadi hamba Allah yang 'takutkan' kekuasaan Allah dengan sebebar2nya..bukan hanya disebut dimulut sahaja..

Anonymous said...

padu la entri ni bro. gua baru setat baca blog lu ni membe rekemen. gua cuba baca balik entri2 lama, tengok sempoi la lu tak macam blog lain. keep it up. cheers.

Najmie said...

saya suka baca blog anda, kalo boleh hari2 sy nak bace, kurang2 pun ade jugak bimbingan~
^__^

Wan M Faiz said...

Saye suke entry nih!

Edi Azali Hadzri said...

Bagus entry ni.Kena dengan realiti sekarang.Harap brother terus thabat pada jalan dakwah ini.Allahuakbar.

charisteas86 said...

Apa itu black hole??..
nice entry En Hamka..
smoga syla org yang pertama dpt amal dan sampaikan..Aminn

AhMiEzZ said...

subahanallah..cukup best (lepas aku abis baca)..cukup menyentuh..betapa terkadang kita lupa bahawa kita ni manusia..seringkali bongkak dengan Allah..jarang sekali kita bersyukur dengan nikmat yang ada..Ya Rabbi..ampunkanlah kami T_T

bakalmayat said...

Assalamu'alaikum

Boleh try link ni

http://keretamayat.blogspot.com/2006/03/apa-itu-taqwa.html

MIddkA1 said...

Ish, rase macam setepek je kene kat batang hidung. Lagi2 bab solat awal waktu.

Lain kali kalu terase mcm malas nak solat awal waktu (berjemaah!) ingat lepas buang hajat pandai pulak nak istinjak cepat2, tp solat dgn senang hati nak dilewat2kan. Ish...

Lemah, iman ak lemah lagi!

Mate x reti jg lg. Lupe yg dipandang tu mungkin isteri orang, anak orang... Ish...

Istighfar kurang, zikir kurang. Mcm ni ke nak jd hamba Allah?? Amalan sunnah Nabi banyak sengaja ditinggalkan. Mcm ni ke ummat Nabi Muhammad?? Dakwah? Berat je rase... Allah.

Takutlah pada ALLAH wahai عزت!!!

Razman MM said...

Fuhh.. dah jam 1.30 pg aku dok ralit baca entry mu.. ko memang bestlah, sonyap2 banyak entry dah rupanya, ingat rileks lagi sebab busy tempat baru tak abis lagi.. hi..hi..

doakan dan selalulah ajak aku kuar di jalan Allah.., dan doakanlah aku jadi jutawan yang bertaqwa.. tolong aminkan wahai semua followers.. tq

saye_pemalu said...

salam hamka

truskan lagi ngan entry2 meningkatkan iman.. mge ALLAH saja membalas usaha kamu

azharjaafar said...

Kalau semua rasaksa berkumpul, terpaksalah kita panggil semua ultraman berkumpul..

pengembara said...

Aku tak pernah rasa sedih kecuali ketika matahari terbenam kerana aku risau umurku ini makin tua tapi amalku masih belum bertambah.
- Imam Ghazali

AhMiEzZ said...

bukan ultraman saje, power rangers, kamen rider, Gaban, Wonderpet, n etc bleh panggil utk menentnag raksaksa..huhu~~

Lenggang Kangkung said...

Saya telah post posting ini ke Twitter Tazkirah di http://twitter.com/tazkirah

Anonymous said...

salam..

Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari rezeki, binatang kahwin korangpun kahwin, binatang tak pergi masjid, korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang tak berdakwah, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman..,

-keras benar celaan ini..
tak pe.. ehh i pun nak jadi binatang lah yang tak perlu kena lalui hari penghisaban..

emm.. nak jadi anjing boleh tak?
tapi nak jadi anjing 'Qitmir' ketika kisah 7 orang pemuda yang selamatkan iman dan diri mereka.. Ha'ah cerita Ashabul Kahfi...

anjing tue bukan wat per pun, ikut jer dorang, jalan sama-sama, masuk gua sama-sama, pastu tidur sama-sama, tup-tup bukan nye kejap 309 tahun lamanya, dan akhirnya Allah swt bangkitkan Qitmir menjadi pemuda yang akan kekal di syurga Allah swt.. tapi itu cerita dulu,
cerita sekarang.. kena lah redha jadi manusia, cuma kena insaf dan selalu istigfar, nangis, huhu sampai bila lah Allah swt akan kekalkan hidayah untuk amal agama sempurna dan buat usaha..

-zul

hamka said...

---------
huhle

Akhirnya kau.. (First comment)

------------
Faz

peace!!

-----------
faizal yusup

Alhamdullillah..

-----------
raira

dah sedar itu satu nikmat, dan nikmat lagi bagi mereka yang dapat mengekalkan kesedaran..

-------------
ainee si ketua pari2

Dari segi Fatwa, tak boleh nak jadi kucing, tapi dari segi Takwa, boleh.., itu rahsianya..

----------
Anna

Entry “apa itu Seks” dan “apa itu takdir” lagi panjang..

-----------
ZHAF

Entah nanti dalam shurga pun mereka berjiran dengan kau, : )

--------------
NasirPenang

Akupun masih banyak yang tak faham..

-----------
kicap oh kicap

betul

-------
Najmie Kim

Kalau jumpa mana yang salah, tegurlah melalui email, ok,

----------
Wan M Faiz

Benda baru, semua suka

--------
Edi Azali Hadzri

Takbir!

-----------
charisteas86

aminn..

----------
AhMiEzZ

Ya Rabbi..ampunkanlah kami T_T

-------------
Bakalmayat

Juga link, apa itu takwa part 2..

-----------
Midkazen

Takwa? Cirri orang beriman yang gementar mendengar nama Allah pun belum ada.., oh!

----------
Razman MM

Ada masa aku tulis, relaks, tak payah pressure, dunia ni simple sahaja.., mengantuk kita tidor..

-----------
saye_pemalu

doa aku dapat amal apa yang di tulis..

------------
azharjaafar

macam mana kuatpun Ultraman dan keluarga Ultra, semua tak leh lawan Si Black Hole!

Woha!

-----------
Pengembara

….

----------
Lenggang Kangkung

Zaman dah berubah..

---------
-zul

Anjingpun masuk shurga kerana Bantu ugama, bila lagi aku? oH!

Cool said...

ehem heheh hamka lama tak komen..tps elalu baca tau.. nak tanya ni.. kitab mana ye ada cerita pasal black hole tuh.. berminat betol laa cerita cerita gini.. nanti email saya yeh

rumadatme_g@yahoo.com

faz said...

aku dah baca habis dah
bila sampai bab binatang-binatang yg ko tulis tu rasa nk tergelak..
lawak la pulak..
anyway...

peace!!

budakshams said...

salam bro hamka

ingt sy lg? maaf lama tk jenguk..

dan dulu ade jnji nk bg majalah sekolah kan??

maaffff!!! terpaksa jd munafiq..

tak penuhi janji..

sebab sy sendiri pun tk dapat lg majalah sekolah.. sampai sekarang!! maaf ye..

kirim salam family.

charisteas86 said...

xsilap sy en hamka,dlm fadhail amal ada cerita skt pasal black hole ni kan..tp maulana zakaria hanya sentuh sikit je kan.

LokmanHakim said...

Salam... Pasti dan pasti yang memberi hidayah hanya ALLAH Swt...

Kita sebagai manusia selaku hamba-Nya... perlu berusaha menjadikan kita sebagai manusia dan Hamba-Nya yang dapat menurut perintah dan meninggalkan larangannya...

Asbab kita mungkar larangan Allah... Kerana kita tidak rasa kita ni Hamba allah...kita rasa kita ni bebas tak bertali... lepas bebas... ikut suka hati... nak mati.. nak hidup...

(apa aku duk tulis ni...) hmmm... sesungguhnya jari ini telah digerakkan oleh Allah.. semoga bermanfaat...

Anonymous said...

Hebatnya Allah taala...
Allahuakbar...

saudagar said...

salam,

dah ramai yg menunmpang keretamayat ini..bolehlh bentuk bbrp jemaah..keluar dgn menaiki keretamayat sblm dihantar ke kubur dgn keretamayat. Keretamayat berjenama Toyota Wish ok gak. woha! poning.

Teringat satu kisah, seorg tentera bertanyakan kpd wali Allah, ke manakah arah bandar? Tentera ini pergilah ke arah itu mengikut kata2 wali itu, kemudian balik bertemu wali itu dlm keadaan marah sbb takde apa2 melainkn hanya kuburan saja. Wali Allah ini beritahu tentera itu, manusia yg semakin bertambah di satu2 tempat itulah bandar(kubur)!

dakwah online sikit.. :)

Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Pencipta, selain Allah adalah yg dicipta..selain Allah adalah makhluk. Semua makhluk tak ader kuasa, tak memudharatkan dan tak dapat memberi apa2 manfaat. Allahlah yg Berkuasa!

err..mcm josh(bersemangat).

uan609 said...

emm..

aku cuma nak kata ko mmg tabah buat dakwah nih!
Alhamdulillah.. Ya Allah kau tetap@tingkatkanlah iman dan ilmu saudaraku ini, agar dapat memberi manfaat kepada semua muslimin (dan yang bakal muslim juga, insyaallah).
Amin.

Anonymous said...

BRO, KALO KAT SINI, SOLAH ZOHOR KUL 4PTG MMG BANGANG N BENGONG..SEBAB ASAR MASUK JAM 3.31 PTG SKRG...

SO, MORALNYA JANGAN SESEKALI MELENGAH2KAN SOLAH..

BRO, NAK TANAY KALO TIME TU MESYUARAT JABATAN , APA NAK BUAT HAH?

WAKTU STUDENT DULU ADE KEKUATAN WAKTU EXAM, MINTA IZIN PI SOLAH, TAHUN KE-2, OK, TAHUN KE-3 DAH PENGAWAS LARANG, ARAH MINTA SIAPKAN DULU EXAM.TAHUN KE-2 PENGAWAS CINA BUKAN MUSLIM, TAHUN KE=3 PENGAWAS MUSLIM N MELAYU...
TIME TU APE LAGI JAWAB JE MANA YG SEMPAT, ALHAMDULILLAH RESULT KUAR A-...KEBESARAN ALLAH...

najmussobah

MIddkA1 said...

Labbaik, labbaik, labbaik Allah!

Anonymous said...

salam encik hamka,
mohon utk copy paste tulisn en. hamka..

Norashikin Abdullah said...

salam bro hamka
dasyat sungguh ngeri bile difikirkan tentang taqwa
taqwa mesti hadir dalam diri setiap umat islam
kalau jgn pernah kau bergelar muslimin/muslimat
hehe,,kejam ke..tpi betul la kan
umphh respek betul cara bro tulis..10 bintang bg
entry bro smer bes..dah lame dh dgr pasal blog bro
tpi mse tu belum menceburi dunia blog..skrang alhmdulillah bru berkesempatan ziarah..memng mnjana minda sy..ehh cop dah mcm surat dah..hehe
moga bro dirahmati Allah selalu
amin

MIddkA1 said...

saudagar...

Betul tu dah ramai yang tumpang naik keretamayat, untuk itu kerana da ramai, marilah kita sama2 betolkan YAKIN kita pada Allah.

La ilaha illa Allah!

Marilah kita naik keretamayat beramai-beramai di jalan Allah.

Noor Hafizah said...

hebat tajuk blog ni..seronok membace.. thanks..

Anonymous said...

sllnye org yg bercinta sbuk nk jadik makhluk2 tuhan yg lain..cth

awek : kalu sy jadik bunga..?
pakwe : biar sy jadik daunnye

hehe n cam2 lagi,matahari bulan bla bla bla

saje menyibuk, dh lame x bg komen..
pe pn tiap entri hamka mmg best..

yanz

Yaya said...

entry yg bernas sungguh. igtkn nk cite psl sains mula2

Naz said...

pendapat peribadi yg sungguh berisi dan mantap... aku juga minat pasal atronomi... black hole... memang besar.. terlalu besar... smpai bintang2 yg berganda2 lebih besar dr matahari pun kena telan olehnya...

Amin007 said...

ikutkan selama aku aktif dalam usaha iman dan amal, ada perbagai cerita tentang agama yang aku dengar terutama yang bersumber dari kisah para nabi dan sahabat.

namun daku amat ragu-ragu nak sampaikan kepada yang lain-lain sebab tak pasti sumber yang asal sebab aku lebih suka ceritakan apa yang telah dibukukan. bab cerita dari lisan ke lisan sukar untuk percaya 100%. lagi pulak ingatan aku bukanya fotogenik atau eargenik ( kekuatan ingat fakta dari suara orang :D )

bab cerita binatang lubang hitam ni pernah aku dengar dalam usaha iman & amal namun disebabkan sumber dari buku takde membuat daku terlupa seketika.

ooo, kiranya black hole tu sejenis binatang berwarna hitam laa yer huhuhu. tapi dari segi sains bukan ker dia berasal dari bintang.

dalam erti kata lain bintang dan binatang dekat-dekat sama laa yer hamka???

MIddkA1 said...

Hamka cuma gunakan misalan binatang pemakan tu dengan "Black Hole".

Jgn cepat buat andaian tentang siapa dan bagaimana bentuk binatang itu. Itu cuma imagination hamka. Nak bagi kita senang faham. Allah yg bagi faham.

Binatang itu barangkali lagi besar dari "Black Hole" atau "White Hole" yg ada kat muka kita. =)

Dengan-dengan Black Hole tu sekali ia telan. Kan Allah kata bila ditanya oleh Musa AS, di mana binatang itu berada, jawab Allah, ia berada di ladang ternakan Ku. Lebih kurang mcm tula.

Mungkin binatang-binatang itulah yg akan menelan berjuta-juta galaksi yg telah Allah cipta ni. Dan setiap galaksi mengandungi beribu-ribu, atau berjuta-juta bintang (planet). Allah...

Hebatnya Allah Azza Wajalla...

Wallahu3alam.

Mohon maaf jika terkasar kata dalam teguran. Teruskan usaha kau.

Hehe, maaf ye Hamka perasan sibuk mcm tn punye blog pulak.

~fam~ said...

"Bila masuk bab couple dan aurat pun sama, korang berhujah bab fatwa, sekarang akhir zaman, itu ini begitu begini, tapi cuba korang berhujjah dengan fatwa, takdenya korang nak rasa aman dari azab Allah, wanita yang terbaik bukan setakat lelaki tak dapat lihat dia (sebab aurat tutup) tapi diapun tak dapat llihat lelaki,.. (sebab menutup pandangannya) faham tak?"

suke2...
kat syurga nanti, akan pengsan lah lelaki yg soleh bila melihat wajah bidadari syurga...
tapi, lelaki2 yg benar2 soleh, akn pengsanlah bidadari bila melihat wajahnya....
wallahualam....

Kinoy said...

tak paham aku ni entry mu kali ini, mungkin krn sejak awal dr judulnya aku sangka km mau tulis soal black hole yg di ilmu2 fisika, atau astronomi itu..n kaitannya dg takwa n fatwa...COba ya jelasin lg dg 3 kalimat saja gak usah panjang2..apa sih maksudnya diantara takwa n fatwa ada black hole..
Jangan lupa ya baca istighfar selepas tulis blog :)

Park Chick said...

masyAllah.ramainya di sini.harap2 pakcik org terakhir komen sebab nak jadi 1st komen susah sgt.

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Ada seorang ulamak besar di benua India, kira taraf Syaikhul-Masyaikh (kalau tak silap namanya Syah Waliyullah Dehlawi). Dia ada ramai ler anak murid. Anak murid ni pulak, bukan terenti setakat murid jer, malah ramai pulak yang yang jadi Tuan2 Guru dan membuka madrasah2 mereka sendiri.

Maka ada salah seorangnya telah buka satu madrasah di satu bandar. Lalu ramailah yg datang belajar. Pada satu masa, ulamak ni mendapati, mutu dan kualiti pembelajaran murid2 madrasah telah merosot. Maka sesi muhasabah telah dibuat. Semua amalan telah dicheck. Solat jemaahnya. Lurus safnya. Sampai amalan bersiwak juga dicheck. Semuanya elok.

Setelah kepeningan beberapa ketika, barulah Tuan Mudir perasan.. rupanya tidak jauh daripada madrasahnya, seorang pelacur telah pindah dan jadikan rumahnya sebagai tempat maksiat..

jadi dia faham, disebabkan zulumat maksiat pelacuran inilah.. yg bad auranya turut mempengaruhi kualiti prestasi pembelajaran pelajarnya..

berbagai usaha telah dibuat utk menyedarkan pelacur tadi.. semuanya fail.

akhirnya Tuan Mudir ni pun pergi jumpa Tuan Gurunya, iaitu Ulamak Besar tadi..

Lalu Ulamk Besar tu kata, baiklah.. aku akan pergi ke tempat kamu.. kamu sediakan satu rumah.. dan jemputlah pelacur itu ke rumah tersebut..

Pendek cerita, lalu tibalah harinya.. Lalu pelacur tadi pun di bawa masuk ke rumah yg disediakan.. Baru saja pelacur tadi nak masuk ke kamar.. kata Ulamak tadi, sekarang kau telah dibayar, maka kau kena ikut arahan aku.. "Baiklah..", kata pelacur tu.

Ulamak tadi disebalik dinding berkata lagi, "sekarang kau pergi mandi dulu...."

"Baiklah..." kata pelacur tu.

Setelah selesai mandi, kata Ulamak tu lagi.. "Sekarang, kau pakai pakaian dan tutup aurat..."

"Baiklah..." jwb pelacur tu..

"Sekarang kau hendaklah ikut aku solat..." arah Ulamak tu

Lalu setelah solat, ulamak tadi tanpa memandang pun pelacur tadi, telah angkat tangan lalu berdoa dengan penuh kesedihan, "Ya Allah... hanya setakat inilah yang dapat aku bawa hamba-Mu ini hampir kepada Mu, ya Allah... apa yang selebihnya, ku serahkan segalanya kepada Mu!"

Asbab persitiwa ini, si pelacur tadi telah bertaubat....

Jadi, moral of the story-nya ialah... err.. apa moralnya yer???

Kinoy said...

Hi Gunawan..moral of the storynya adalah..berbuat baiklah pada semua orang, sekalipun dia seorang pelacur atau bahkan seorang non moslem..karena siapa tahu skrg dia pelacur besok hari bertaubat menjadi seorang sholehah..siapa tahu skrg dia non moslem suatu saat dia mjd mualaf yg sholeh..Kalau pada orang non moslem saja kita bersikap baik, apalagi ke sesama moslem..harusnya kita lebih baik kan? krn sesama moslem adalah saudara..
Allah lah yang membolak balikkan hati, karena itu marilah kita berdoa selalu utk menjadi tetap di jalan Allah SWT..

eh emangnya relevan nih posting dg postingan tulisan hamka kali ini hehe..gak kali ya..

charisteas86 said...

salam tuan hamka..blh sy tau address email tuan x? kalu x keberatan sy nak mintak nasihat sikit pasal usaha agama memandangkan dengan cara penulisan tuan menampakkan ciri2 buzruko..blh ye..sy xnak state dsini takut jd fitnah pulak..harap tuan pertimbangkan ye..

charisteas86 said...

salam tuan hamka..blh sy tau address email tuan x? kalu x keberatan sy nak mintak nasihat sikit pasal usaha agama memandangkan dengan cara penulisan tuan menampakkan ciri2 buzruko..blh ye..sy xnak state dsini takut jd fitnah pulak..harap tuan pertimbangkan ye..

Anonymous said...

korang perasan semenjak dua menjak ni dah takde org kutuk maki lagi entry hamka... ni kena muhasabah ni ... adakah semua org dah suka n tak menentang pendapat hamka atau org yg maki tu dah malas nak jenguk blog hamka ni ... takde maki hamun dah rasa tak meriah la cam dulu

mat said...

alhamdulillah masih ada org yang berdakwah sesuatu yg benar tanpa mementingkan kepartian..aku dah bosan dgn parti2 ni..klu pati tupeware ok lah..

Ainna Azkieya said...

Assalamualaikum..Alhamdulillah setelah diperkenalkan blog ni oleh sahabat saya, saya akan selalu baca idea saudara hamka..saya sangat suka cara penyampaian mesej saudara..sungguh sempoi dan menusuk jiwa...saya banyak juga mempromosikan blog ni kepada sahabat-sahabat saya yang lain...
Moga usaha dakwah akan sentiasa diteruskan dan diberkati untuk memperjuangkan agama Ilahi..INSYAALLAH..

Anonymous said...

Cerita menatang Black hole ni ambik drpd sumber mana?
Ragu-ragu jgk.
Kalau sumber cerita drpd Quran, dlm surah yg mana?
Kalau sumber drpd hadith, hadith tu apa tarafnya?

Mohamad Farez Abdul Karim said...

cool.

nasib baik dah asar sebelum buka blog ni.

:)

Lamansesawang said...

Wah memang meriah betul blog encik Hamka ni. Saya pun suka baca. Komen-komen dia pun saya suka baca. Memang ada beza gaya penulisan masing-masing.
Allah terima kita semua, amin!
Dulu rasa tak leh keras dalam ajak org kpd kebaikan. Tapi rasanya Hamka keras dlm blog je kot. Kat luar tak gitu kot. Oleh kerana blog ni sekadar tambahan dalam usaha ajak org kpd kebaikan, so tak kesah lah. Sebab kalu tulis lembut dan hikmah pun kadangkala tak menarik ramai pembaca. Betul tak. Kalu keras sikit baru org nak baca. Hehe...

hamka said...

--------
Jiji

Kitab yang ada black hole adalah buku teks sains angkasa, harap maklum

----------
faz

peace!!

-----------
budakshams

inyAllah..

------------
charisteas86

Akupun lupa, m/s berapa?

----------
Luqiem

Boleh rujuk entry “siapa hamba”

------------
duniasementara

Allahuakbar...

----------
saudagar

Ok, gak duduk Bandar, dapat elaun kola lebih sikit, he he

----------
uan609

Tulis blog tak susahpun nak tabah..

--------------
Najmussobah

Kalau semua kaki solat, habis meeting, semua pakat solat jemaah, tapi jika kau sorang jer yang solat, kau blah jer macam orang pergi berak..

------------
Midkazen

Tahlil!

----------
Norashikin Abdullah

Ada orang sudi doa baik untuk kita, syukur pada Allah..

------------
Noor Hafizah

Baca dan rujuk ustaz, kalau salah email aku, thanks..

-------------
Yanz

Kalau aku jadi kereta mayat, kau jadi apa ?
(bayangkan kita sedang bercinta) woha!

-------------
Strobery.itu.aku

Lepas ni aku nak cerita pasal sains kejuruteraan, siap ada daya, moment dan tork lagi, woha !

------------
Naz

Binatang makan bintang..

--------
Amin007

Binatang dekat dengan bintang. Tapi ramai yang nak jadi bintang..

---------
...antikapel...

wallahualam....

-------------
Kinoy

Lubang hitam kalau di Indonesia, bukan di panggil sundal bolong? Apa betul gitu?

------------
Park Chick

Tapi nak jadi first saf senang, tapi ramai gak yang jadi last saft..
(aku ler ni)

--------
Gunawan Aziz

Walaikumusallam..

Moral cerita itu adalah, selamat belajar politik nabi, iaitu politik yang bawa orang kepada Allah, bukan bawa orang kepada makhluk..

------------
Kinoy

Aku udah baca email kamu, tapi aku perasan sibuk, nggak sempat membalas, ada tika dan waktu, ketemu kita ok..

-----------
charisteas86

aku buzroko? Aku orang lama? Habis tu jika aku orang lama, bermakna kawan aku yang lagi lama dah jadi buruk?..,

aku masih orang baru, iaitu baru nak buruk..oh!

email, aku ada dah aku publish, tapi takpe: keretamayat@gmail.com

--------------
mat

oii, dah bosan baru kau cari aku ye?

----------------
Ainnatul Adawiyah

Errr, selamat naik keretamayat

------------
Anak Bumi

Lepas asar baru aku bukak blog ni setelah lama tak bukak

------------
Lamansesawang

Macam filem yang ada babak aksi pulak, kan?

charisteas86 said...

sy x pastilah tuan hamka ms brape..tp xslp maulana zakaria hanya 2lis ttg "Allah swt ada pelihara satu makhluk yang sangat besar dan binatang itu dipelihara dsalah satu ladang NYA"..almaklumlah majlis taalim..majlis sakinah..oh! ampunkan daku ALLAh..

Anonymous said...

Agama itu ialah mengEsakan Allah dan mengikut perintah Allah yang terdapat dlm Al-Quran. Selain dari itu hanyalah pendapat manusia ttg agama (Hadis & Fatwa). Ianya tidak bernilai satu sen pon. Sekiranya mengambil pendapat sebagai agama, maka banyaklah manusia yg menjadikan dirinya sebagai tuhan dengan menghukumkan selain hukum Allah.

khyruleXY erzwann said...

bestla blog ni
klu tegur bnde yg mmng kne atas batang hdung mmng cpat trasa,
dan sbb trasa tu la yg mnybbkn tringin nk brubah.
hehehe

hamka said...

:)

charisteas86 said...

tuan try buka feb 2006..tajuk dia "kenapa org masuk neraka" x silap..xsilap tuan tulis dalam fadhilat solat dalam fadhail amal karangan maulvi zakaria..ade related x ngan blackhole ni tuan??

hamka said...

oh.., sesungguhnya, manusia itu mudah lupa..

Zairihan Abdul Halim said...

Salam semua...MashaAllah Tabarakallah...a brilliant post. First bila tengok tajuk post 'Black Hole' saya ingat kan En.Hamka nak cerita pasal letupan bintang Supernova yang akhirnya membentuk Black Hole yang mempunyai tarikan magnetik maksima...Alhamdulillah satu pengetahuan baru buat saya dan iktibar yang menginsafkan. Barakallahufikum.

charisteas86 said...

Nanti dari neraka akan keluar satu leher yg panjang dan sangat fasih berkata2:

Raksasa ini akan meragut tiga golongan manusia di padang mahsyar seperti ayam meragut biji bijian…

Ketiga2 golongan ini adalah mereka yg masuk neraka tanpa hisab iaitu:

1 -org yg sombong.

2-Org yg menghina Allah dan Rasul

3.Org yg mengukir patung dan gambar2

(aku petik dati fadhilat solat karangan maulana Zakaria, baru baca semalam)

Zaini said...

Terima kasih untuk entri ini.

:)

hamka said...

Jannah Adnin

Barakallahufikum.

---------------
charisteas86

Raksasa dari neraka yang berleher panjang dan sangat fasih berkata kata tu bukan ‘black hole’ dalam cerita aku, itu sepsis lain.. mungkin dari keluarga ular..

-----------
Zaini.

:)

amir said...

salam hamka..
Saya nak tanya,ada sorang kawan saya ni jemaah tabligh,selalu tidor di dalam pejabat setiap hari,apabila bos marah,dengan selamba dia berkata"sorry bos,malam tadi saya qiamulail sampai pagi..say tidak setuju dengan alasan tersebut kerana ada unsur riak disitu,apa pandangan tuan???

hamka said...

kalau aku jadi bos budak tu, aku tempeleng jer.. atau buang kerja.

habis cerita.

kirasan said...
This comment has been removed by the author.
kirasan said...

raya dah dekat 20/9/2009 nak duit raya la boleh kumpul dit raya boleh beli benda..hahahahahaha....

Unknown said...

sungguh memb'rangsangkan..teruskan usaha anda..gud luck..wslm

hamka said...

burp.., (sendawa)

aLiaFar said...

sedare hamka, byk juge ye kslhn ejaan..huhu..konfius jap ade ke malaikat Irafel..huhu..

hamka said...

lepas 77 komen, baru kau perasan, akupun tak perasan.., tapi semua tahu ejaan yang betul kan? nanti aku edit..

kingshah said...

mmg terkesan der hamka...bagi lg yg kaw kaw...first comment bro..

kingshah said...

mmg terkesan der hamka...bagi lg yg kaw kaw...first comment bro..

hamka said...

teh tarik kaw satu!

raf qlate said...

slm semua..nk tanye black hole 2 sama nga binatang bumi la kan yg akn keluar pd akhir zaman? ade bace gak psal tnda2 hr kiamat...

hamka said...

tak.., binatang itu tak akan keluar sampai bila bila..

Anonymous said...

salam ustaz,,
saya razif, boleh saya tahu link atau buku ataupun hadis tentang dialog nabi musa dengan Allah ini,,tentang makhluk tersebut?Saya ingin baca artikel itu. Terima kasih.

hamka said...

sesungguhnya, aku telah lupa.., oh.., jika jumpa, tolong bagitahu aku, aku nak letak link

Anonymous said...

Cash 4 bulan....