Apabila aku menulis…
Aku selalu gak berceramah kat masjid2, aku kawan ngan ustaz, kadang2 ustaz bagi aku peluang berceramah...(sekarang dah tak boleh kot, sebab ada pemantauan dari jabatan ugama bahawa hanya yg bertauliah sahaja boleh berceramah…aku memang tak de tauliah…isk…)
Bila aku berceramah, takde feedback yg baik sebab masa yg terhad dan org melayu yg pemalu..ustaz pulak macam ‘setuju’ je ngan apa yg aku cakap, mungkin diorang nak galakkan aku supaya terus berceramah…mungkin ustaz2 tu fikir, jika diorang komplen aku, aku jadi tawar hati dan mengasingkan diri,..oh….
Start tahun nih aku belajar tulis cerita2 ugama dlm blog dan aku tulis balik apa yg aku ceramah dan idea2 yg best(aku rasa best..korang, tak kot…)..walaupun aku tahu dah ada berlambak2 blog ‘ugama’ yg telah wujud…
walaubagaimanapun, korang semua memang best bila korang bagi feedback yg cukup baik, ada yg puji, puja(?) caci, laknat..dan baru aku tahu ada banyak gak tempat yg aku salah... terima kasih wahai korang semua…oh..terharunya…!
aku bukan nak ajar korang melalui blog..aku nak belajar cerita2 tentang ugama…dan bila bercerita tentang ugama, tak dapat tidak akan akan ada unsur nasihat..yg mana sesetengah org yg sombong..tak suka di ajar….lantaklah…
Satu lagi, aku nak belajar feedback dari blog , sebab tu aku tulis :
“penulis bukan ustaz,ulama atau ahli fatwa kebangsaan, jadi sebarang komen, nasihat, kutukan, laknat ,dan teguran dari korang amat berpatutan!
Aku sangat gembira apabila ada org yg menegur..kerana sebilah pedang yg tajam masih memerlukan seorang pendekar yg handal untuk menjadikan pedang itu hebat!..so kepada mereka yg handal dlm ugama..tolonglah ‘guna’ aku….(ajarlah aku agar tidak menangis di akhirat kelak…)
just nak bagitau kou..
selame ni entry2 kao byk membantu aku
and buat aku bayak berfikir....
so nak cakap alhamdulillah and timakaseh byk2..
semoga Tuhan kurniakan lagi idea yg besh2 kat kao..
supaya kao dpt terus jadik asbab hidayat org laen..
tadi aku ade introduce kao nyer blog kat member aku...
die kate ko nyer aqidah bercampur sufi..which is not good sbb imam syafie plg x ble terime pegangan camni..
kawan aku kate suroh kao hati2 dalam mencari ilmu sbb kat m'sia ni byk ustaz sufi dan haraki.
Ape itu sufi?
ahli2 sufi utamakan kasyaf.
Ape itu kasyaf?
kasyaf macam tersingkap dr Allah
mcm kata Abu Yazid AlBustami, kamu mengambil ilmu dr mayat ke mayat (perawi hadith), sedang kami mengambil dr yg maha hidup tak pernah mati (Allah).
lepas tu mereka bahagikan islam kepada syariat dan hakikat.syariat ni sesuatu yg zahir, hakikat yg batin.
setiap perintah Allah, ditafsir menurut zahir dan batin (batin guna kasyaf?ilmu laduni)
fikir2kanla..kite nak ikut ahlu sunnah wa jamaah..para salaf soleh..cara nabi anjurkan..
so kene la elakkan kesalahan2 camni.Islam sgt mudah sebenarnye.bab cabang2 bolelah dimaafkan..kalo sampai bab aqidah..
mane boleh..
Ape itu haraki?
ko pun tau
aku doakan ko diberi petunjuk salaf yg betul...
Waalaikumussalam…korang berdua…
terima kasih kerana korang berdua sudi menjengah blog aku yg ntahapapanhtah dan menasihati aku yang jahil lagi hina dan dina ini…aku rasa sungguh ‘best’ kerana mungkin tak lama lagi aku dapat makan
hmmmmmmm….
aku berburuk sangka; huh!, siapa lah aku di hati mereka.. nak komen2…aku bukan ustaz pun!..isk..
Maka aku pun pergi kat google dan taip “SUFI
SUFI…
Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah
Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan
Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan Dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Dulu masa aku jahil bab2 ugama( la ni pun jahil gak..isk..) aku ada tanya member aku apa maksud..” Nafi dan isbat kau sandingkan?”
Ayat aku di atas berbentuk kenyataan dan tidak lengkap, masih boleh di takwil/pertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya aku balik,: “dalam kereta ada tak datok K , Siti dll..”
Untuk mendalami ilmu Nafi dan isbab ini aku bagi basic sikitlah…ni aku belajar dari seorang ulama’
-BERHAJAT
-JIKA
-TANPA
Wahai GARU
engkau tak boleh hilangkan GATAL.
Hilang GATAL datang dari KUDRAT Allah.
Wahai GARU
engkau BERHAJAT pada Allah untuk hilangkan GATAL
Sedangkan Allah tidak BERHAJAT pada GARU untuk hilangkan GATAL
Wahai garu,
JIKA Allah Mahu, maka GARU boleh hilangkan GATAL
JIKA Allah tidak mahu, maka GARU, langsung tak boleh hilangkan GATAL
Wahai garu,
Allah boleh hilangkan GATAL dengan GARU
Allah boleh hilangkan GATAL TANPA GARU!
LAILAHAILALLAH….(jelas, nafi dan isbat)
ha ha ha, lepas ni korang nak cakap aku sufi ke, wali ke, kiai ke lantaklah…aku mengalu2kan sebarang teguran!
sekiranya korang tersesat dalm hutan dan terasa Sangat lapar, makanan takde..pada waktu tu tentu kita berhajat pada makan dan kenyang…org yg yakin makanan boleh bagi kenyang dah menghampiri syirik..bahaya, so korang kena nafikan makanan dan kenyang lalu isbabkan Allah ,
Wahai MAKANAN
engkau tak boleh bagi KENYANG.
KENYANG datang dari KUDRAT Allah.
Wahai MAKANAN
engkau BERHAJAT pada Allah untuk bagi KENYANG
Sedangkan Allah tidak BERHAJAT pada MAKANAN untuk bagi KENYANG
Wahai MAKANAN
JIKA Allah Mahu , maka MAKANAN boleh bagi KENYANG
JIKA Allah tidak mahu, maka MAKANAN, langsung tak boleh bagi KENYANG
Wahai MAKANAN
Allah boleh bagi KENYANG dengan MAKANAN
Allah boleh bagi KENYANG TANPA MAKANAN!
LAILAHAILALLAH….
Tak payah lari, dan tak payah takut! Takut hanya pada Allah!
Maka korang terus nafikan hantu jerangkong ni, dan isbatkan Allah subhanahuwataala…
Wahai HANTU JERANGKONG
engkau tak boleh bagi MUDARAT pada aku
MUDARAT datang dari KUDRAT Allah.
Wahai HANTU JERANGKONG
engkau BERHAJAT pada Allah untuk bagi MUDARAT
Sedangkan Allah tidak BERHAJAT lansung pada engkau untuk bagi MUDARAT pada aku
Wahai HANTU JERANGKONG
JIKA Allah Mahu engkau bagi MUDARAT, maka engkau boleh bagi MUDARAT
JIKA Allah tidak mahu, maka engkau langsung tak boleh bagi MUDARAT!
Wahai HANTU JERANGKONG
Allah boleh bagi MUDARAT dengan HANTU JERANGKONG
Allah boleh bagi MUDARAT TANPA HANTU JERANGKONG
LAILAHAILALLAH….
Kerana kat situ banyak perkataan syirik…perkatan isbatkan makhluk…
Seperti:
-ubat ni boleh bagi sembuh
-Makan mee boleh kenyang
-bantal ni boleh buat tidur lena
-ubat gatal boleh hilangkan gatal
-insurance boleh menjamin masa depan
-tongkat ali boleh pagi ‘power’
-dan seribu sebelas ratus lagilah!
Boleh guna ayat di atas tapi dengan cara yg betul, nak explain tak sempat dan makan masa, aku bagi sikit2…nak banyak2, cari org alim he3
-Tongkat ali di jamin bagi kuat(kena tambah:dengan izin Allah)
-Kalau lah aku ada kat sana(salah! sebab semua dah qada’ Allah)ramal2 buka kerja kita…
-Panadol memang berkesan(kena tambah:dengan izin Allah)
-makan sup ni pasti baik(bahaya, sebut..insyaAllah)
-sekiranya takde ajinomoto, pasti tak sedap mee nih(bahaya bahaya! Jangan isbatkan makhluk..boleh syirik…)
Arghhh terlalu banyak…benda nih biar org alim terangkan lah aku, memang tak alim.
-Kita boleh beli ubat TAPI tak de kedai yg jual sembuh, sebab sembuh datang dari kudratAllah
-Kita boleh beli tilam yg empuk TAPI tak de kedai yg jual lena@jenegha, sebab lena datang dari kudratAllah
-Kita boleh beli ‘kereta laju, cc besar’ TAPI tak de kedai yg jual ‘cepat sampai’, sebab ‘cepat sampai’ adalah dengan izin Allah.
Orag alim tu jawab: insyaAllah..
Lelaki:apa pulak, lembu dah ada, parang dah ada,tak payah insyaAllah dah…
Org alim:kena ucap insyaAllah walaupun semua asbab dah ada…
Lelaki: tak payah, insyaAllah ni kalau belum ada(bla bla bla aku pendekkan cerita)
Esoknya:
Lelaki: ustaz, insyaAllah lembu hilang!
Ustaz: masya Allah…la quwataillilah billah
Aku cukup suka artis2 yg sebut..insyaAllah..ada ustaz2 yg komplen..katanya artis ni buat maksiat! Tak layak sebut kalimah Allah! Tak layak pergi haji..nak menyayi baca bismillah tak boleh! bla bla bla !
Aku kata Bagi pendapat aku yg hina dina ini, benda ni wujud sebab suasana ugama telah wujud dalam masyarakat kita sekarang, dulu mana ada pembaca berita bertudung, artis bertudung dan lain2. Bagi aku ini menunjukkan masyarakat sekarang ni dahaga ugama cuma tak tahu macammana nak buat cara yang betul. Jadi aku rasa apa yang dah mereka buat tu macam pergi haji ke, baca bismillah ke, sebut insyaAllah ke TERUSKANLAH..apa nak komplen2 pulak.Takkan lah kita nak komplen seorang pelacur bagi minum air kat anjing? Hidayat adalah milik Allah!
penutup( satu nasihat)
korang dan aku semua, jom kita cari org alim dan belajar benda2 nih,’
penting, sebab ni asas ugama, tauhid, akidah…jika tauhid tak betul korang buat amal semuanya Allah tolak, walaupun korang sedekah satu perpuluhan enam juta kat mangsa tsunami,
tapi bila tauhid korang dah betul…korang senyum pun dapat pahala J
54 comments:
tgh b'usaha la nie mencari seseorang yg bulih bawa sy g jalan yg benar...hehehhee...so, ada yg willing ka???kuang3x!!!
subhanallah..bagus entry kali ni.Aku paling suka pasal pasar tu..lg satu kalu org melayu gi pasar..adoiii la,solat suma tinggal..kena plak pi time maghrib..huhu..kekadang aku wonder gak, peniaga2 kat situ bilenya solat maghrib?? (sebab pasar mlm selalu start koi 5 camtuh)..
Pasal pasar pg, insyaALLAH la tak tinggal solat..mungkin tertinggal dhuha je kot..hehe
Keep on going incik hamka!!Yeahh!!
kasturi_hati
sufi.. aku teringat crite ustaz sufi kat tv3..
musykil sket.. product kecantikan safi tu.. ade kena mengena dgn perkataan sufi ker??
aku tak melawak.. aku jahil lagi hina.. arab communication level aku tahap pmr jek
hahaha ape hal nama aku diguna kan sebagai contoh ayat dlm entri ni? (hehehe saya perasan). nasib baik takde bar kat hujung, kalau tak bertambah2 perasan aku kekeke.
-hafizbar-
apakah kelayakan seseorang untuk menjadi seorang peceramah agama? kena belajar kat mesirkah baru diiktiraf?
damn!
(maaf.. sedikit kecewa..)
err..aku nak mencelah pasal entry incik gitartong..
bukan bermaksud kena mengaji sampai kat mesir bg leh diiktiraf jd ustaz..budak kecik umo 2thn pon leh diiktiraf guru kalu dia mengajar kita sth..contoh, "ini bukan ulat laaaa...ni pacat..ape la pak cu ni." Ni kes pak cu dia tak pernah masuk kg la..contoh je..
Aku rasa incik hamka ni tanak org persoal tulisan dia dlm blog ni..persoal kredibiliti dia la pendek kata..tu pasal dia ckp awal2 dia bukan ustaz bla bla suma tu..
saidina ali ada kata, "sapa ajar aku satu huruf, dia cikgu aku."
In short, incik hamka cuma nak merendah dirinya sahaja..bukan la maksud dia nak jd ustaz kena mengaji sampai mesir nuuuuu..
hamka, tumpang lalu ehh..err aku ni buat cam blog sniri plak ;) huhu
eh bukan ustaz..penceramah agama..ustaz tu perkataan umum bg guru..gomen nee
teruskan lah berdakwah cara kau..tapi di atas landas yang benar dan sahih le..jangan putus asa sebab walaupon entry kau panjang berjela kadang2 satu ayat saja dah cukop untuk mengubah pendirian,amalan,dan pemikiran seseorang tu...
Hitomi
Nampaknya aku kena buka agensi mencari jodoh…kikiki..
Aku ni macam tom willing jugak…he he mempunyai kelemahan yg sama(krypton)
Aku macam ada niat…Tapi isteri aku telah memberi good services, so dia patut dpt good feedback…
Jadi sesiapa yg berhajat untuk bersalaman dengan mak hitomi tanpa membatalkan air wudhu…silalah ke http://solar-hitomi.blogspot.com/ kuang3x!!!
-------------
linanilza
aku pun tengok cerita tu..aku suka raja azura..ha ha!
((( product kecantikan safi tu.. ade kena mengena dgn perkataan sufi ker??)))
kalau tak silap aku, sufi tu bermaksud suci..jadi safi tu kan pencuci…kira ‘gitu-gitu’lah..
bahasa arab aku tahap ‘julai’ jer…(ada ke ‘bahasa arab julai’, aku pernah ambik ‘bm julai’ dapat 4…)
--------
hafiz
hahaha
siapa hafiz?(boleh buat tajuk blog nie..)
Aku sejak bukak blog dah tarima email dari 4 org yg bernama hafiz
1.Hafiz: pelajar ekonomi di USA
2.Hafiz: pelajar kedoktoran di Astraulia
3.Hafiz. penulis blog :brightmoments.blogspot.
4.Hafiz: yg tak cakap siapa dia dan puji2 aku…
jadi, siapakah hafiz itu?
-----------
gitartong...
benarlah wahai gitar tong…memang patut kau kecewa..
sebenarnya al quran adalah ‘surat’ dari Allah yg di alamatkan kepada semua manusia..dan semua org layak jadi posmen…
alangkah ruginya seorang yg tak mahu terima surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yg mungkin berpakaian selekeh….atau motor yg buruk..posmen itu tetap dapat gaji daa…atau mungkin posmen itu accident di jalanan yg mana suratnya bertaburan dan dikutip oleh seorang yg gila lalu bila si gila tadi bagi surat kita tolok..kerana ingat si gila ni main2 sedangkan jelas alamat kita kat surat tu..oh,..sungguh kasihan…
cubalah lihat Al-quran itu..sungguh jelas ‘nama’ dan ‘alamat’nya..jadi terimalah walaupun iaya disampaikan oleh seorang yg baru semalam masuk islam,,…
(maaf.. jugat kecewa..)aku seorang posmen...
---------
kasturi
terima kasih kerana membala aku…sungguh terbela rasanya..
ah..sungguh nyaman..seperti bayi dalam pelukkan ibunya…aku tidak terbiar lagi…
‘aiman tak kisah’..kau boleh buat blog ni macam kau punya..blog aku ni hak masyarakat he he he…engkau ni macam best..aku ingat nak jemput engkau jadi penceramah jemputanlah..lain kali..tapi takde makan2..yg adapun..ulat makan mayat..tu ajer…he he he..
sesiapa yg berkawan dengan penjual minyak kasturi, akn dapat paling tidak baunya..(hadith..)
----------
Aishah…
Walaupun komen kau tak panjang berjela2, tapi telah mengubah bilangan org yg komen..
Tarima kasih..engkaulah pengkritik tetap yg terbaik!
(aishah..istimewa..aishah…)yassin kata…
Sufi ? alahh M Rojoli, rujuklah ustaz sufi di tv3..//
SUFI - SEMUA UNTUK FIKIR ISLAM
adoi..btl2 mcm agen mencari jodoh...kuang3x!!! org joking jak la..tia kan serius kot...hehehehe...
ustazah rock
ha ha ha…aku suka raja azura!
-------
Anonymous
Fikir..sedang fikir..siapa anonymous..
Nanti2 aku bukak tajuk:
‘Siapakah anonymous?’
-----------
ZulGTZ
Ni boleh pulak bukak tajuk blog:
“Siapakah Wali?…”
best..idea..he he he
-----------
hitomi
ini bukang joking ..ini betul2 kuang3x!!!
``ps: mati dalam imam….(*mayat senyum)
*-rujukan :ali baba bujang lapukJ"
kekeke aku rasa Alibaba dan 40 Penyamun, kan kan kan?
tengok ni:
http://www.e-smartschool.com/CRA/003/CRA0030006.asp
hamka : aku suka citer pasal GARU tu, bagi aku betul garu takleh hilangkan gatal sebab nak hilang gatal tu kudrat allah, dan garu jugak bukan utk sedapkan lagi gatal tu, sebab itupun kudrat allah, kita ni cuma menjalankannya sahaja.. tapi yg paling betul, bila gatal garu lah, jgn nak melawan lak...tanak garu, nak usap la, cium la...tu semua ngarut...
entah aku pun tak paham...
hafizbar
benar hafiz….
Patutnya aku tulis rujukan..:
RUJUKAN:
Kitab: fadhilat kalimah tauhid
-karangan Maulana Zakaria.
Lagu -Sufi.
Penyanyi: Damasutra
Lirik: S. Amin Shahab
Post yg menyebakan aku dikatakan sufi:
“apa itu hakikat ugama?’
“kenapa orang masuk neraka?”
Post pasal komplen2-(boleh search internet).
“Trend mengurangkan rasa berdosa”
‘mayat senyum’
Filem ; “Ali baba dan 40 penyamun”
-lakonan Allayarham tan sri P-ramlee.
Ustaz yg aku kawan antaranya:
Ustaz Ghani mengajar di Masjid Paya berenjut kemaman
Ustaz Zulkifli mengajar di Kerteh
Mufti Fuad mengajar di madrasah Kubang bujuk
Syekh Suhaimi selaku seorang dukun
Ustaz Amin dari Tenggaruh..
Ustaz indonisia(aku tak ingat nama dia..dia dah balik dah..)
Dll.
Kesulitan amat dikesali..terima kasih.
--------
Ontahsapo
Benar…
Org muda zaman sekarang, tak nak kahwin awal2
Tapi ‘gatal’ nak buat amalan org yg dah berkahwin…
Tak tahu macamana nak garu!
Hanya iman yg boleh mencegah ‘gatal’ ini..insyaAllah..
Wallahu’alam.
ehem.. kubang bujuk??
pondok kan??
setahu ana laa tu pondok kan??
pemes gak name kubang bujuk kat skolah ana nie
Cikgu Hamka,
teringat waktu sekolah dulu, guru sedang mengajar 'subjek' dan 'predikat'. *sungguh nostalgia*
apa apa pun, pendekatan u ni sangat i puji, u have yr own style(gila-gila sikit) and u manage to get the message across.
En spiderman..
(tasbih kifarah…)
--------
budak shams
bolehlah di katakan macam sekolah pondok..tempat melahirkan hafiz2 al quran..
pengetuanya bernama: Ustaz Haji Nur…
aku lupa nak cakap, aku pun ber’sahabat’ ngan dia..
----------
lilyputih
oh..aku di puji lagi..
aku bukan sapa2..aku manusia biasa..
mempunyai hati dan hempedu yg PAHIT…
mempunyai ketiak yg MASAM…
mempunyai tahi hidung yg MASIN
dan senyuman yg MANIS..oh…
ps: semoga aku tak kena kencing manis..amin…
'Entry' sdra hamka ini membuat aku berfikir lagi.... sebelum tidur malam ini aku nak bermuhasabah diri.....
Sekali lagi.... bersyukur diperkenalkan dengan sdra hamka....
"......berpesan2 dengan kebenaran, berpesan2 dengan kesabaran"
owh.. bro hamka bersahabat dengan dia??
ape makna sahabat??
buleh buat tajuk entry nie..
pasal kawan ana ari tu..
entah.. ehehe
Hamka- kaulah ilhamku..
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
aku bukan isterimu...
bukanlah ustazah kalau rock..
aku tak rock, tp aku juga bukan ustazah.. maka aku jugak bukan isteri bro hamka..
saje memeriahkan komen box..
salam..isk isk..
bole pulak ko buat maen
hal-hal sufi ni..
gologn sufi ni da tambah byk bende baru dlm agama Islam.
tambah=bid'ah..
ko tau x..dulu ade sorg ahli bid'ah ni ckp kat imam ibnu taimiyah:Ya Syeikh, betapa banyak orang yang bertaubat karena dakwah kami!
pastu ibn taimiyah tanye:
Mereka taubat dari perbuatan apa?dierg kate : Mereka taubat dari mencuri, merompak, dan lain-lainnya.
ko tau ape ibnu taimiyah kate?
~kemaksiatan yg mrk lakukan skarang lagi teruk dari kefasikan mereka...kadaan mereka sblm btobat lebe baek drp keadaan mrk skrg sbb mrk dulu dalam keadaan fasiq n yakin keharaman apa yang mrk buat sehingga mrk slalu harap rahmat dari Allah n nk taubat.
skarang mrk mjadi sesat dan musyrik akibat dakwah kalian bahkan mrk keluar dari Islam dan mencintai apa yang dibenci Allah dan membenci apa yang disukai Allah
Al Hallaj, tokoh sufi, kate: Kemudian Dia (Allah) menampakkan diri kepada makhluk-Nya dalam bentuk orang makan dan minum. (Firaq Mua’shirah, karya Dr. Ghalib bin Ali Iwaji, juz 2 hal.600)
Padahal Allah telah berfirman : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Asy Syuura : 11).
p/s: ak lagi ske diam if x tau ape2..takut kalo salah ckp jadi asbab kne rendam dalam neraka lagi lama..huhu~
p/s 2: ak nk komen byk lagi tp x sempat da..final nk dekat ni..nnt ak emel ko n cter byk lagi pasal sufi ni yeh..insha Allah
p/s two: nabi kate: kalo kamu dapat hidup lame..nescaya kamu akn lihat byk perselisihan..apepun kamu hendaklah berpegang pada sunnahku n sunnah khulafa' ar-rashidin n gigitlah ia dengan gigi geraham kamu(bpegang teguh)
dan jauhilah kamu dr perkara2 yg diada2kn..sbb stiap bid'ah itu mnyesatkn....
allahu ta'ala a'lam!
keskes..
ak pun da buat blog ni mcm ak nyer..theeheee ;p
kesimpulannye..bukakla kitab2 salfussoleh..tulisan ulama' salaf..
barule korg jadik lg faham..
jgn nk maen taram..
ade membe ak kate maqam rendah mcm kitorg x seswai bace kitab2 salafussoleh..takut sesat..
weyh..manedela..ak bace ok je..
ak rase subjek yg ak amek lg susah faham je drp kitab2 ni..
kitab2 ni x dak kuarkan pers2 fizik n kimia yg susah faham tetapi hanyelah ayat2 suci al-quran n hadith2 nabi yg soheh
yg mudahkn lg korg faham..
jgn tertipu..okai~chowdlu
p/s X(terbaru):adepun cikgu kakashi mmg ade kebolehan masak nasik minyak tanpe guidance mak dier..theeheee;p
salah satu lagu favourite aku Sufi ni. dulu aku ingat lagu ni agak erotik. part nafi dan isbat tu dulu aku tk dpt tangkap maksudnya. lepas tu ada org explen bih kurang mcm ko punya explen.
so.. could u pls explain ur explanation? ekekkek.. takde la.. gurau je....
PASAI PA ORANG MELAYU DAH TAK SENSETIF DAH LANIE HAAA...??
ASYIK DOK IKUT MAIN KEPALA OTAK AJA..PECAYA KAY UBAT PECAYA KAT BOMOH DAN MACAM2 LAGI LAA...
AKU PON PENING DOK PIKIAQ HAA..
DULU JIKA MELAYU KOMPOM ISLAM LANIE JIKA MELAYU NAK KATA ISLAM PON KENA TENGOK ELOK2 DULU....
EISHHH EISHHH EISHHH COBAANNNN....
alert!!
ustaz sufi this friday.. 11.00 am at tv3..
incik hamka...pasaipa hang selalu suka sebut 'aiman tak kisah' haaa???
Aiman tu sapa? adakah aiman itu sebhg dr nama hang?
aiayaaa..aku dlm kekonpiusan
blackpurple
Alhamdulillah, sangat bersyukur pada Allah apabila di jadikan *‘asbab’ yg bermunafaat pada org lain…semoga Allah pilih aku dan korang untuk jadi ‘asbab hidayat’ seluruh alam.
*Asbab: pengantara antara Allah dan makhluk…hakikatnya Allah..asbab, makhluk…
--------
budak shams
oh…aku tak tahu pulak ada siaran ulangan ustaz sufi di tv3 semalam…kalau tak boleh tengok bababk raja azura ‘di rogol’ m rajoli sehingga koyak belakang baju ustaz sufi tu..! heh!
-------
ustazah rock
oh..aku takde ilham nak komen kau punya ilham..oh…
--------
bukan ustazah
walaupun bukan, tapi boleh jadi isteriku, tertakluk pada terma dan syarat..(garu tak boleh hilangkan ‘gatal’.)
-------
linanilza
kau memang seorang yg ‘meriah’… bila nak buat majlis yg ‘meriah’ itu?
--------
kakashi_sensei
Takpe kau buat blog ni macam kau Punya..aku ni hak masyarakat(he he he)
Engkau cerita pasal bidaah pula ye?
Nanti aku tulis: apa itu bidaah..? Ha ha ha, tahulah engkau!
Nasi minyak? Jemput..jangan tak jemput..ehwah!
---------
Najwa Aiman
Aku ingat kau dah jadi mayat sebab lama dah tak datang…oh, aku gurau jer…
Ps: suara hati: ( woi hamka, kau ingat blog engkau al-quran ke, nak org baca hari2)
-----------
taraknama said...
INI BUKAN COBAANNNN....INI BETUL BETUL!
---------
kasturi said...
'aiman tak kisah'
itu adalah babak iklan dalam radio mengenai seorang budak yg bernama aiman tidak kisah berkawan dengan budak2 lain yg menghidapi HIV positif..
iklan dia berbunyi begini..
‘Aiman ada kawan, nama dia arif, umur dia 5 tahun,
tapi dia kecikkkkkk ajer…
aiman tak kisah..
aiman selalu main2 dengan dia..
aiman tak kisah…
dia ada penyakit..H.I.V positif..
aiman tak kisah..
suara latar: sekiranya kanak kanak seusia aiman tidak mengdikrimINasikan pesakit AIDS, anda bagaimana?
Aiman bersura lagi: aiman tak kisah…
Aku kata: ‘
hamka ada ‘kawan’, nama dia ‘korang’, umur macam2,
Tak lama lagi semuanya akan jadi mayat
korang tak kisah..
hamka selalu membebel macam mak nenek pada korang..
korang tak kisah…
Korang semua akan menjadi mayat..
Korang tak kisah..
suara latar: Semua orang akan menjadi Mayat. Kalau korang kaya, korang akan menjadi Mayat orang Kaya, Kalau korang miskin , korang akan menjadi mayat orang miskin. Mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akn hisap darah korang!Ha Ha Ha!
Korang bersura lagi: KORANG TAK KISAH..!
Assalammu' alaikum.
Pekabo weh...ambe baru sa'ri dua duk lawat blog mung. Waser best gok dua tiga posen. Byk ilmulah aku buleh.... Haaa...aku ada hajat ah. Leh dok mung huraikan pasal sifat 20. Mintak maaflah, aku royat terang-terang....aku ade gok blajor skit2...tp itu dulu...lening dok igt doh laa. aku harap aku leh refresh blk ah....
p/s: Tlg aku yer....jahil sgt aku nih. Jap lg jd mayat berulat lah....
salam..
nie nak tanye saudare2..
nabi penah pesan,sebelum beliau wafat dlm khutbah terakhir semase kerjekn haji widak (kalau xsilap sy)
"brpegang teguh pd al-quran dan sunnah,xkn kamu trsesat selamenye"
so..rase2 rmai xyg bce quran?
klu bace pon,care cmne diorg bce.
brbaloi ke kalau kite bce arabnye aje??aku pn pnin ar..
mgkin leh jd topik..
lg 1 nk tanye..sunnah tu cmne lak??
arap en.hamka leh bukak topik nie..
tu je..maaf klu sy terkasar bhs..
s'sgguhnye sy org yg kurg agame..
salah silap,trkasar bhs hrp diampunkan...
Aku dah tulis dalam; "apa itu sunnah"
harap maklum..
tengok pada yg banyak pada yg 1 dan dari 1 pada yg banyak...dimana kamu hadapkan muka kamu disitu lah aku
salam....
sufi.
adakah semua org boleh ikut jalan sufi?
aku ada buka blog ni...korang check la kat blog ni.
aku rasa blog ni paling terbaik cerita mengenai ketuhanan.
http://www.angelfire.com/journal/suluk/index.html
cuba tengok dan verify...jika ada apa2 masalah tolong la inform kalau bleh email je kat aku...aku dalam kesamaran dan mencari guru.
em0_r0ckerz@yahoo.com
aku sedia menerima sms atau call dari korang.
0123479003
aku ingin belajar...kerna seawal2 agama adalah mengenal ALLAH.
AWALLUDDIN MAKRIFATULLAH.
Maksud mengenal Allah akan dapat melalui kerjadakwah.
keran itu tugas pertama Nabi bagi pada orang yang baru masik islam, adalah kerja dakwah..
dalam dakwah, orang akan puji, caci, keji, maki, pukul atau ancam bunuh..
disitu kita akan kenal kehendak Allah..
waktu itu barulah kita kenal siapa diri kita sebenarnya,
dan apabila kita kenal diri kita,
maka kita akan kenal Allah..
insyallah..
Salam..
Wah..saya baru terbaca blog saudara..Asalnya saya mendengar lagu sufi..Tapi selepas mencari maklumat tentang lagu nih, terjumpa pula blog nih.. Apa pun tahniah.. Saya baru dapat ilmu baru..sedikit sebanyak yang membantu.. Taksangka juga senikata lagu tu..'Nafi dan Isbat' tu besar pengertiannya.. Juga lebih besar lagi ilmu yang terbentang, yang mana Allah SWT minta kita carinya...Teruskan usaha, Wassalam..
salam saudara hamka..
Saya konpius dgn entri ni,,
Adakah isbat , isbab dan asbab benda yang sama??
Konpius bile gune perkataan yg hmpir sama..
Terima kasih..
salam..
- ahmad -
isbat dan isbab sama...
typing errorler tu.., maksudnya, 'sandar kepada'
manaka 'asbab' ganti kepada 'sebab', nak bezakan 'sebab makhluk' dengan 'sebab Allah', jadi ganti sebab kepada asbab.
wallahu'lam.
fuh... best gila article ni... sntai dn sarat ngan ilmu... kpd org yg aggp sufi 2 bdaah la sesat la p bljaq dlu bru hukum na.... sufi pon tbhgi pd 2 glngan, sufi syiah(batinniyyah)n sufi yg brpgang pd Quran hadith(aswj)... malang nya org yg x dak ilmu hukum samarata ja antra sufi yg sesat ngan benar...
ada masa bukalah blog diri nie....
http://www.ezataide.blogspot.com
ada masa bukalah blog diri nie..
Http://www.ezataide.blogspot.com
Soalan pertama alam kubur: Siapa TUHAN kamu? Bagaimana Persiapan kita di alam Kubur? Lihat PENJELASAN Hamba Allah di www.siapaALLAH.blogspot.com
Assalamualaikum wbt ... terima kasih Tuan Hamka utk penjelasan, org ramai komen dri 2006 sampai la >.<
ramai yg memandang serong pada
kesufian, wei, ramai kot syeikh al Azhar follow 'tarikat kesufian' ni, syeikh utsamah, syeikh fatihi egazi (Doc kuliah lurghah), syeikh yusri 'mertua kdp syeikh utsamah pun pimpin kesufian dn lain2x.
p/s: hee... penyakit hati, suka membangkang tanpa ilmu, ckp nya ke langit, tpi amalan? wallahualam...
lagu itu tergiang lagi di telinag
aku tak tau mcmana nak merasakan rasa syukur aku pada penulis blog kerete mayat ni...sungguh aku baru sedar yg asas agama aku masih lemah..terima kasih hamka.. oh!..(tangan aku yg menggeletar kerana terlalu bersyukur dan sayu dgn izin ALLAH yg paling berharga ini)
semoga aibku tertutup di akhirat....
tamansufi.tripod.com/asrar
Asalnya mencari lagu sufi damasutra dgr kat ikim..rupanya hamka da tulis pasal sufi since 2006 lagi..
Resfresh balik bagus ni..
Assalamualaikum warahmatullah hibawarakatu...!
Alhamdullilah! Insyaallah! Betul apa yang di kata NAFI dan ISBAT adalah ibarat pakaian sehari seharian kita Insyaallah! Jika tak ada maka boleh lah ibarat kita seakan tanpa "pakaian!" Apanya tidak? Kita terlihat keindahan alam semesta, handsome jambunya manusia, adakah alam dan makhluk itu yang indah? Maka "terhijab" lah kita dengan makhluk2 kejadianNya! Alam / makhluk wajib kena Nafi, maka Insyaallah terIsbat lah "Keindahan / Kebeseran semata-mata!" Barulah dikata lihat kau lihat Ku. dengar kau dengar Ku!.........Ingat makhluk ADAM yg pertama diciptakan? Alif Dal Mim! Mengapa? Apa pun, Keep up bro! Insyaallah semoga taufiq hidayahNya senantiasa "tertarik" dan "menghairahkan" pada kita semua Insyaallah Amin!
assalamualaikum..
Matahari Bangunlah.. Indahkan hari ini..
teruskan taman indah ini yg dikelolakan abg hamka.. maaf.. kedatangan ku tanpa diundang sekadar mencari diri dan mencuri tip didalam ni..
adakah sy didapati bersalah kerana mencuri.. hati tertarik dgn blok ini. maknanya blok ni yg salah kerana membuatkan sy terjerumus sehingga menaip sepatah dua kata.. kpd pemilik blok. sila kembalikan hati sy jika terjumpa.. ape daa.. merapek ye.. maaf, sy menumpang payung..
Post a Comment