( ‘agak’ mengarut…..)
Aku di tegur dlm email kerana tulis entry pasal “apa itu cinta” pada 14 feb 06…oh…katanya aku tak betul kerana menyambut hari V ( V FOR VENDETTA ) sedunia…oh…kemudian, aku di kutuk lagi pasal tulis entry tentang wanita pada hari wanita sedunia..oh…akhirnya, aku tak serik, hari ini satu april…aku nak mengarut pulak ha ha ha!
“Laukku belum cukup masin…
Eloklah engkau tambah garam”
Satu hari isteri ku bawakan kuih yang berwarna hijau…
Aku tanya: “kuih apa ni”
Isteri jawab: “kuih gulung”
Aku pelik: “kuih gulung?
Isteri pelik: “kenapa?
Tiba2 aku rasa sakit pada seluruh sendi, urat di badan aku rasa bergerak2. perjalanan darah dalam tubuhku bergolak dan berkocakkan, aku tengok urat ditanganku seolah olah tersembul seperti ular menjalar…yang peliknya isteriku tak nampak apa apa perubahan pada badanku…
Aku terjatuh menahan kesakitan…
Isteri cemas: “abang kenapa ni?”
Aku sakit: “aduh..aduh…jauhkan kuih hijau tu dari abang…”
Isteri sedih: “kenapa bang…kenapa boleh jadi macam ni?”
Aku sakit: “abang rasa panas…cuba awak bukan kan baju kemeja abang niee..panaslah..”
Sebaik sahaja isteri aku membuka baju kemejaku maka terpampanglah t-shirt ‘superman’..
Ohhhh..abang buat lawak ye..abang ingat ni kuih ‘krypton’ ke?
Aku ketawa terbahak2 ke ke ke ke…
(umat menderita membuang masa…Oh..! .byk sgt menonton smallville…)
Itu adalah cerita isteri aku memasak kuih hijau, hari ni aku nak tolong masak kat isteri aku pulak, org alim kata, masak memasak ni tugas suami…maka aku nak masak NASI ITIK hari ni, isteriku begitu terharu..maklumlah aku memasak ni macam menunggu kejadian ‘gerhana bulan’…
Satu hari sorang sahabat r.a pergi rumah Nabi s.a.w dan bagi salam, maka Nabi telah keluar dengan tangannya penuh ngan tepung,(kerana sedang menolong isteri uli tepung), seorang sahabat lain nak cuba amal sunnah ni ambil masa (lebih kurang-aku tak ingat)sepuluh tahun, baru dapat: yang mana ketika dia tolong isteri dia uli tepung, org bagi salam, maka dia telah keluar rumah dan berkata, aku telah dapat ikut sunnah nabi!, wAllahu ‘alam…
Jadi marilah para suami sekalian, kita gembirakan mereka (perempuan, isteri dan…) dengan memasak !...antara kepandaian aku yg di kurnia Tuhan adalah menyediakan NASI ITIK:
Aku ada tanya ustaz apakah perbezaan antara mayat dan bangkai.?
ustaz cakap kalau binatang tak disembelih itu adalah bangkai...oh…jadi apa yg kita makan hari hari adalah mayat ayam, ikan, lembu dll.
Biasa kat kedai kita cakap: "itik segar satu" senyum je makcik yang jual itik tu ambil duit. Cuba pergi kedai dan mintak : "mayat itik sekor" terkejut itik makcik yang jual daging itik tu..."err kat sini tak jual mayat itik, cuma jual itik segar"
Apa apa lah !!!
aku bukan nak bercerita mengenai bangkai ayam atau mayat itik tapi nak bercerita bagaimana nak buat nasi itik. Korang pernah makan nasi itik? Jom!
Cara2 membuat nasi itik…
(resepi ni betul..ni bukan april fool…aku dah buat dah, best…insyaAllah)
Resepi:
- Daging Itik
- Rempah ratus
- Sup bunjut
- Tomato
- Lada besar
- Madu
- Kicap kipas udang
- Lada chulah
- Planta
- Ulam (timun, kobis, tomato: suka hati koranglah)
Cara memasak:
1. Rebus itik dalam air.
baki air rebus itik tadi 1/2 buat masak nasi + rempah ratus + planta.
= siap NASI
2. lagi baki 1/2 air rebus itik tadi buat sup + sup bunjut + rempah ratus + garam.
= siap SUP
3. Itik sapu dengan madu dan goreng
dah goreng gaul dengan kicap dan tabur lada chulah .
= siap ITIK GORENG
4. Blender tomato + lada besar + gula + sedilit air = siap KUAH PEDAS LADA MERAH
5. Potong ulam suka hati korang= siap ULAM
Sekarang semua dah ada..
-Nasi .
-Sup
-Kuah lada Merah
-Ulam
-Itik goreng
jemputlah makan korang semua..Jemput2 makan..sila2 jangan malu2..
Tu ada lagi tu, tambah2..tambah…
Sambil makan nasik itik tu, silalah dengar tazkirah dari aku (bukan ustaz )
Assalamualaikum, sidang hadirin sekalian, makan2 jangan tak makan…
Aku nak tanya korang:
Ada tak org yg makan nasik sahaja?
kalau kita observe kat restoren2 atau gerai2 makanan, berapa ramaikah yg order nak makan nasik sahaja?
Takde?
Kenapa?
Dan tentu korang malu nak order nasi sajer, nanti satu kedai gelak kat korang, ha ha ha si miskin, ha ha ha!
Biasanya org yg makan nasik sahaja adalah org yg sakit/tidak sihat…org sebegini biasanya takde selera untuk makan, tapi terpaksa makan gak..takut jadi mayat….
Begitulah korang semua, tentu malu nak solat wajib sahajakan? Sebab tu korang buat solat2 sunnat…bagus korang hari ini…alhamdulillah… korangpun malu nak solat kat rumah hari ni…korang semua solat kat masjid…korang punya ‘iman’ akan rasa gelisah bila tak solat berjemaah, bila tak buat solat 2 sunnat..alhamdulillah…
Aku nak tanya korang,
Korang nak pegi mana tu? korang akan jawab nak pergi makan nasik.. tetapi hakikatnya, korang tak makan nasik sajer , korang makan ngan lauk-pauk yg sedap2..ikan, itik, ayam, sayur, petai bla bla bla…
Aku tanya korang lagi, nak pergi mana tu? korang jawab nak pegi sembahyang.. tetapi hakikatnya, korang tak solat sajer , korang buat solat sunnat, lepas tu mengaji, duduk iktikaf bla bla bla
Bagusnya korang sebagus makan nasik itik dengan segala accessory, dan bertambah bagus korang bila beribadah ni buat pulak ibadah tambahan.. Lepas puasa ramadhan, puasa pulak enam, lepas zakat, sedekah pulak..oh..terharunya aku ngan korang…sejuk perut mak mengandung …
Aku nak tanya korang lagi nie," kenapa tak makan nasik kosong je.. abis makan kenyang gak" .korang jawab," mana sedap makan nasik takde lauk".
Aku tanya korang,"kenapa solat tak buat yg wajib je.. yg lain tu sunnat jer..
korang jawab,"aku takut Ibadah wajibku ada salah dan silap, moga Allah tampal dengan Ibadah2 sunnat.…
Bagus korang semua hari ni…korang memang di cipta oleh Allah bukan untuk makan nasik sahaja, tapi siap dengan lauk, dan bila korang makan, insyaAllah badan dah sihat…korang kuat pulak beribadat…tak cukup yg wajib, korang tambah ngan solat2 sunnat, lepas asar pun solat sunnat, dahsyat….mertua pun hairan..lalu tanya aku, hari ni berapa haribulan?
HA HA HA
Tapi Hamka, kau cakap nasi itik, aku tengok resipi kau, sama jer dengan nasi ayam?
aku kata: korang tahu apa itu nasi itik? Nasi itik adalah nasi yg di makan dengan kuah yg banyak, bila kuah banyak jadilah nasi itik..ha ha ha…wallahu’alam!
Ps: nanti bila dah jadi mayat nanti..akan ada ulat2 yg makan kita..
jemput2 cik ulat2 sekalian , makan2 jangan segan…
makan lidah, telinga, hidung… sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila makan..otak sarebrum pun sedap! sila2 :)
44 comments:
medula oblongata pun sedap gak.
hang ni mmg creative la (tak sangka hang leh berlakon jadi superman kekeke)..keep it up..
Mayat hidup
Memang sedap! Tapi aku suka hisap *mata dan bibir
*ikan tongkol…
-----------
ainusyuhada
selamat datng ke dunia pra ‘mayat’…
Clark Kent pun jadi mayat daa…
--------
kasih aish
Alhamdulillah..
Nak lebih segar..pagi2 buatlah senaman jalan itik he he he
“itik gembo2”
bley tak ganti itik goreng dgn itik gantung??
kawe rasa nak bini jugaklah...sapa lah nak jd bini kawe???????
Tidak bernama
Oh..kalu..nak kahwin, kena berani.. gentle..
Namapun tak letak…oh..
Kawe. Kawe..demo demo..
-------
Linanilza
Boleh2, tapi pastikan kuah banyak..kalau tak, tak ‘feel’ nasi itu tu..
Kuak! Kuak! Kuak!
lirik lagu "smallville"
(hayatilah...)
When I was a young boy
They said you’re only gettin’ older
But how was I to know then
That they’d be cryin’ on my shoulder
Put your money in a big house
Get yourself a pretty wife
She’ll collect your life insurance
When she connects you with a knife
Somebody get the doctor
I’m feelin’ pretty poor
Somebody get the stretcher
Before I hit the floor
Somebody save me
I lost my job, they kicked me out of my tree
Somebody save me
Save me
Everybody’s got opinions
But nobody’s got the answers
And that shit you ate for breakfast
Well it’ll only give you cancer
We’re runnin’ in a circle
Runnin’ to the morning light
And if ya ain’t quite workable
It’s been one hell of a night
Somebody get the doctor
I think I’m gonna crash
Never paid the bill
Because I ain’t got the cash
Somebody save me
I lost my job, they kicked me out of my tree
Somebody save me
Save me
Look out
Save me
I lost my job, they kicked me out of my tree
Somebody save me, oh
Save me
Somebody save me
I’m goin’ down for the last time, look out
Save me
Sa-a-a-a-a-a-ave me
Save me
ps: bukan idea aku...
saya nak cuba resepi anda dengan mayat angsa.
tapi eh.. ada orang yang tak makan nasi pun, makan lauk je.. macam mana pulak?
ps: bukan saya.
Angsa? Bestnya…
Seingat2 aku, tak pernah makan daging angsa…
Soalan kau tu sungguh dalam maknanya..
Oleh sebab kau dah nak kahwin..aku cerita secara ‘makan dalam’ jugak…
Apa akan jadi jika suami isteri di malam pertama dan seterusnya buat yg sunnat sahaja, yg wajib tak buat..apa jadi?
Yg sunnat akan meng’bestkan’ yg wajib…
Boleh buat yg ‘wajib’ sajer..hasil tetap ada tapi tak best..
Yg mana akan membawa porak peranda pada keluarga di kemudian hari…
Org yg buat yg sunnat sahaja, maksud tak akan tercapai…
Org yg buat yg wajib sahaja, maksud tercapai tapi tak best dan boleh buat pasangan korang benci membenci..
Aku malam pertama terus buat yg sunnat dan wajib…sampailah sekarang…
Memang best buat yg sunnat dan wajib…Cuma bila dah ada anak, tengah buat yg sunat..anak menangis…oh…yg wajib tertinggal.
Oleh sebab yg wajib tu kena qadha, maka esoknya sebelum subuh kami qadha yg wajib bersama2…
Ps: amalan wajib ‘best’ tapi lebih best kalau dibuat dengan yg ‘sunnat’….
Selamat pengantin baru cikgu!
haa?? tak paham?? ape mende sunat wajib??
waa.. tak sangka ye... bro hamka pandai masak gak..
kepok leko reti wak dok??
hehe
p/s: na na na na na.. gannu kitter..
hamka, 'sunat' dan 'wajib' lain macam aje.
Nasi u masak terlupa letak daun pandan. Tak wangi nasinye.
budak shams
harap maaf,
ulasan tentang ‘sunnat’ dan ‘wajib’ tidak dapat dilampirkan di sini..
kesulitan amat dikesali…
hehehe
keropok? Ha ha ha
--------
lilyputih
Beruntunglah org yg kahwin ngan engko, sebab pandai masak…
Pasal nasi aku tak wangi, itu terpulang kpd pereka resipi..
Aku ada petua nak masak nasi yg best!
Kalau kau nak nasi tu manis, sila letak susu satu pot…
Kalau kau nak nasi tu rasa masam, sila letak asam jawa ½ kilo…
Kalau kau nak nasi tu rasa masin, sila letak garam gunung 1 kilo…
Kalau kau nak nasi tu rasa pahit, sila letak hempedu itik…
Kalau kau nak nasi tu rasa semacam, sila letak petai dan jering..
Terpulang..liliy..terpulang..
Up to u!
Keh keh keh
(bunyi itik batuk)
SEBUAH CERITA BETUL…
MAKAN DAN GEMOK
(oleh Hamka)
kat opis aku ada seorang gemok yg selalu jadi bahan jenaka..
lepas tu si mamat ni tanya aku apa hukumnya mengumpat si gemok tadi..
aku kata: kat akhirat nanti kau kena makan daging dia, banyak pulak tu, habis ke ?
org ramai (ha ha ha )
aku: tak paham...
alhamdulilah.. ari ni 3 april 2oo6..
dah genap ana jadi 17 tahun..
huhu.. kadang kadang rasa dah puas je hidup.. isk isk masya allah.. tapi amalan ana tetap tak cukup nak menampung diri ana menuju ke destinasi cinta illahi.. hehe.. macam bait bait lagu pulak ekk.. keke.. ape ape pun.. ana harap ana dpt lagi panjang umur untuk buat amal kebajikan dan dapat baca blog bro hamka yang best nie.. yeyeyeye.. besh laa.. nanti bro hamka buatkan kek itik untuk ana ek.. hehehehe.. kepok leko dakpe doh..
na na na na na.. gannu kitter..
wawawa panjang nye comment ana kali ni.. alamak.. petanda terakhir ke nie???
p/s:merapu di kedinginan subuh..
oh diri ini tidak pernah teringin sesuatu pun yg berkaitan dgn itik melihatkan kehidupan rutin itik sendiri..uhuhu takkan sekali..try2 ler bela itik tgk aper dia buat satu ari fuh..
wahaha..menarik2..bagus2..tp aku terlepas nak komen entry2 sblm ni..banyak keje dunia sangat...huhu..
mekasey sedarkan aku..keep on writing..only ALLAH can repay ur kindness..ameen
p/s: suami mithali ehh ko...bertuah la bini ..pas ni masak nasik kambing lak ;)
budak shams
Maaflah takde hadiah untuk ko…
Cuma aku hadiahkan doa hidayat seluruh alam…termasuk engkou…
Best lah engkou, umur 17 tahun dah baca ‘blog’ best ni (he he he)
Aku kekadang cemburu dengan generasi hari ini..
Masa aku remaja., aku hidup di dunia yg pasaran komik yg terhad, info2 yg terhad..tonton filem gambar kelabu dan takde subtitle..bla bla bla masa dulu mana ada internet? Tapi semua dari Allah…(tak baik mengeluh..kufur nikmat, sebenarnya nak suruh korang bershukur..)
p/s:tidak merapu selepas subuh..
--------
petiais
try jangan tak try…tapi awas dari “selsema itik”
eh sapo kau?
Apaapapun, selamat datang ke dunia mayat….the next worlddddddd!
(menjadi ‘kool’ di pandangan mata org kapir sejak 1990)
--------
kasturi
Nasi kambing, aku tak pandai masak..
Tapi Masak Maggie bersama2 kambing aku pandailah!
Ps: teringat cerita kepala kambing dlm kitab….
nak makan jangan lupa cuci tangan... kenapa kena cuci tangan?
tak bolehkah kalau makan dengan tangan kotor?
moral: apa2pun hati dan jiwa kena bersih.......
black..
kalau tangan tak kotor pun tetap cuci tangan kerana iaiya adalah sunnah Nabi dan org yg memcuci tangan sebelum makan, insyaAllah sebelum jadi mayat akan sempat bayar hutang...
(nasihat untuk ku sendiri) black..Cfu M nasir engko sihat?
haaaaa ada resepi itik kat sini 'gulp' *sambil jeling kat itikQuack* :D
sdra hamka: kalau pakai sudu dan garfu pun jangan lupa cuci jugak...kalau malas cuci sekurang2nya guna tisu lap..
Sifu tgh sibuk utk minggu s/u...
Aku: tertunggu2 Sang Pencinta yang tak kunjung tiba..
kLavu
sambil jeling kat itik…ait liur meleleh..
oh..sungguh borok nafsu manusia..ha ha!
--------
blackpurple
oh… minggu s/u...
oh…menunggu Sang Pencinta?
0h…yang tak kunjung tiba.. ?
kau memang insan seni black…
ana tak mengharaokan ape ape dari bro hamka.. cuma secebis doa buat diri ana.. ehehehe.. nak blanje nasik itik leh gak..
p/s: serung nge itik.. takut ye kejo..
cam sedap nasi dagang RM 45.00. Makcik tu rugi Rm 1000 sebab bayar denda. Tapi hikmah di sebaliknya, dia dapat promosi free dan akan melimpah-limpah rahmat.
Di sebalik kedukaan, ada senyuman :).
Setelah engkau ke mari
tiada resah
tiada kuatir
Aku tidak lagi sebimbang dulu
telah kau campaknya ke mana
ke lautan hitam yang ku tahu
pasti kita tak jumpa
semalam
itu semalam
hari ini kita hidup
dalam dunia yang aman
kenangan
kita lucutkan
kita bakar sama-sama
pengalaman hidup
seksa,..
ps: bagus eh lagu ni.. anda punya?
budak shams
Alhamdulillah…
Kalu mung nak kahwin kekgi, wak ah gulai nasi itik, biar org mari, ingat sapa mati
Ha ha ha
---------
adadia
Nasi dagang dia memang (dengan izin Allah) sedap.
Harga rm 2 satu pinggan…
Pagi2 semasa aku balik solat subuh, dah ramai yg berdiri kat pintu masuk, kedai tu baru buat persiapan nak bukak..
Antara rahsia kedai tu aku tengok, hanya makcik tu yg akan bubuh lauk, sekiranya makcik tu ada hal, atau sakit, tutuplah kedai tu…
Rezeki makcik ni memang murah, masa aku kecik, kedai ni baru bukak, masa tu gerai biasa..sekarang kedai dah beberapa kali di besarkan…rumah makcik tu yg kat belakang kedai dah jadi besar gila..banyak kali gak aku tengok makcik ni gi mekkah..sebab bila makcik ni gi mekah..kedai dia akan tutup 40 hari…
Eh aku promote lebih2 ni, apahal?
Oh mungkin inilah ‘Rahmat’ yg kau maksudkan tu…
-------
gitartong
itu lagu ‘semalam yg hangat’ dari wings
lagu ni popular masa aku bujang dulu…
bila aku kahwin, aku nyanyi lagu ni kat bini aku dengan edit lirik seperti yg dia atas..
tajuk lagu baru : ‘hari ini yg hangat’…
itu kau Belum dengar lagi lagu yg aku edit dari,
‘lena di ulit intan’ kepada ‘lena di ulit setan…’
ha ha ha…
Ni ada satu lagu dari filem bobby yg aku melayukan…
Aku bukan penyair
Tapi bidadari
Bila ku pandang
Bila di pandang
Terpandang
Wajahmu
Ku jadi penyair…
Aku bukan penyair….
c/o
Antara berjuta bintang berkelipan
Terpesona aku pada satu sinaran
Lalu sanggup kau turun menemaniku di bumi
Kan ku jadikan kau permasuri hati
Aku bukan penyair….
ps: ikut lagu "masyair to nahi.."
wow.,, sejak bila pandai buat nasi itik.,, tentu sedap bukan senang nak makan nasi itik En. Hamka.,,hik,,hik ;)
ada ati juga mo jadi superman...hehehhee...smallville...kunun...tu buat april fool ka tu...kuang3x!!!
ustazah rock
hik! Hik!
Apa itu hik! Hik!?
Tafsir dari vovin…ketawa hik hik adalah…
(ketawa cover sambil menutup mulut lagak seorang gadis yang sedang makan malam buat pertama kali dengan jejaka sempurna pujaannya merangkap orang bakal meranapkan masa depan, kesucian tubuh badan dan segala mentaliti dirinya nanti dan kemudiannya bertekad bahawa semua lelaki di muka bumi ini adalah jahat)
-------
hitomi
psstt: hitomi, jangan bagutahu kat org tentang kelemahan aku, aku tak boleh terdedah ngan batu krypton ….kuenk3x!!! (bunyi itik..!)
ha ha ha... klakar.. =D
Aku yang Kelakar
Cerita ni berlaku kat Bangi masa aku bujang dulu-dulu…
Aku lapar
Ajak kawan aku makan kat luar
Dia tak nak, sebaliknya kirim aku rokok dunhill sebelas…
Aku gi Makan
Aku makan
Allah bagi kenyang
Lepas makan aku bayar dan cakap
Rokok Dunhill sebelas satu!
Seingat aku satu kedai gelakkan aku…
Mana ada rokok sebelas dik, rokok 14 adalah…
Aku tak tahu samaada kawan aku nak kenakan aku atau aku yang tersilap dengar…
Moral: ada benda yang kita mempunyai kefahaman terlampau, ada benda yang kita langsung tak paham!
Fakta tentang rokok(untuk menunjukkan aku ni pandai)
DUNHILL:
Dunia Umpama Neraka, Hidup Ibarat Layang-Layang…
MARLBORO
Manusia Akan Ramai Lagi Bila Orang Mogol Orang…
WINSTON:
Wan Ismael Nak Skodeng Tetepi Orang Nampak…
PERILLYS
Perempuan, Engkau Rosakkan Iman Leleki-Lelaki Yang Soleh…
CAMEL:
Cantik Aku, Mayat Esok Lusa…
wei hamka ikut bidaah sebab dia sambut april fool ..nabi x pernah buat.. pastu hamka sambut valantine,, hamka kenalah terima nasihat orang kalau tidak sesat jalan ,,,,,
pakai lah pakaian rasulullah jubah+serban+kopiah.. naper gi pakai baju superman??boikot lah orang israel jangan makan mc d ,kfc ,,, n so on, jgn beli nike( depa hina islam)..banyak benda lagi,,, smallville tu banyak maksiat dan melalaikan buat pa hang tgk ,,wahai orang yg beriman peliharalah kemaluan .. blah.. blah,, including mata ,,,hati... tgk benda maksiat kurang gak pahala..buat penat jer gi masjid,...
hadis rasulullah.. aku tak tau ah sahih ker tidak ... nabi kata umat akhir zaman akan menghanguk-angguk kan kepala ketika mendegar music or lagu,, ko memang kreatif tapi kena belaja sebab banyak benda tak tau.... kau kena buat ..dia kena start dari basic.. ko kan ada duit (kerja) gi ah mana2 kelas yg dianjurkan selain dengar ceramah umum kat masjid/surau...tuntutlah ilmu ALLAh sebelum diangkat dengan Dia matikan ulama..gi ah cari ulama yg sohih .. jgn cari ulama anjing(yg menjual kata2 Allah dan menyembunyikan kebenaran) dari cara hamka uat blog ni macam hamka dah abis belajar,, .. tapi kita tak rasa macam tu sebab ada fakta yg 'outa'anyway thanks 4 ingatkan semua manusia tentang Allah..memang usaha yg mulia..MUGA ALLAH BERIKAN HIDAYAH KEPADA SEMUA..
LAGI SATU SAPA YG MENYOKONG PERKARA YG MUNGKAR KIRA DIA BERSUBAHAT GAK...MCM KERAJAAN MALAYSIA YG SUKA ANJURKAN KONSERT.. BOIKOT UNDI TAK YAH UNDI BN KER PAS KER MIC KER MCA KER...........
Terima kasih atas nasihat tuan, betapa hinanya diri ini..
en.Hamka,
saya suka baca blog ni sebab senang paham.
tak banyak sgt istilah arab yang buat saya tercari-cari maknanya kat google.
komen2 yang bagus2 daripada pembaca yang lain juga best.
saya juga tengah mencari-cari ustaz yang boleh guide saya kalau ada kemusykilan.kenal jugak la dalam 1-2 orang kat sini,tapi jarang dapat jumpa.
setakat ni saya cuma dapat "borak2" dgn sorang member ofis ni je (dia ni tabligh) pasal Al Quran dan sunnah.
Ynag bagi paham adalah Allah..
dan baguslah hang suka borak dengan mamat tabligh...
cara borak dengan mereka, lain macam sikit tapi bagus sebab iman boleh meningkat, insyAllah..
:)
aku suka cerita betul kamu tu (Makan dan Gemok). aku pun nak gelak jugaklah. hahahahhahahahah.
terima kasih ye. kamu banyak buat aku makin nak cari redha allah. doa hidayat untuk aku ye. aku takut kalu aku dapat murka allah je nanti.
semoga penulisan kamu tidak membuatkan kamu ujub riak takbur.
istighfar
istigfar..
(sebab banyak makan dan gemok)
Assalamu'alaikum.
'Terasa' (insaf + malu) dengan teknik 'reverse psychology' hamka. Good job bro ^_^
lagi lagi istigfar
"..I lost my job, they kicked me out of my tree.." Dia ni tupai ke? haha lawak.
makan nasi tupai.
makan nasik bersama kelapa yang di tebuk tupai ke?
en.Hamka, saya suka baca blog ni sebab senang paham. tak banyak sgt istilah arab yang buat saya tercari-cari maknanya kat google. komen2 yang bagus2 daripada pembaca yang lain juga best. saya juga tengah mencari-cari ustaz yang boleh guide saya kalau ada kemusykilan.kenal jugak la dalam 1-2 orang kat sini,tapi jarang dapat jumpa. setakat ni saya cuma dapat "borak2" dgn sorang member ofis ni je (dia ni tabligh) pasal Al Quran dan sunnah.
6 tahun kemudian..
Terima kasih
Post a Comment