Mar 15, 2006

Siapakah DAJJAL?

Satu hari seorang ayah telah bersetubuh dengan anaknya sendiri sehingga lahirlah seorang manusia yg cacat matanya , dan anak ini telah di hanyutkan ke sungai…dalam perjalanan si cacat mata ini telah berselisih dengan Nabi musa a.s yg juga di hanyutkan oleh ibunya yg bimbang si Firaun laknatullah membunuh anaknya kerana telah kedengaran titah di setiap penjuru alam dari raja yg jahat bahawa sesesiapa yg melahirkan anak lelaki pada tahun ini akan di kenakan hukuman bunuh…

Allah menunjukkan sifatnya yag Maha hebat yg mana Nabi Musa a.s telah hanyut menentang arus dan tiba ke istana firaun dan di jaga oleh firaun sendiri selaku sejahat-jahat makhluk dan akhirnya menjadi seorang Nabi yg berakhlak mulia manakala si mata cacat yg juga di kenali dengan nama Samiri telah hanyut kesebuah pulau dan dijaga oleh malaikat Jibrail a.s yg tinggi darjatnya dan si samiri akhirnya menjadi satu makhluk yg paling jahat dan dahsyat! Lebih jahat daropada Firaun!Namrud! dan Qarun!

Moral: takdir anak bukan di tangan ibu-bapa….

Amacam? Best tak intro kat atas tu, macam best kan? Cerita ini aku ambil direct dari ‘mulut ke telinga’ dari seorang alim . segala kekurangan amat di kesali…

Sambung balik…

Maka membesarlah Samiri di pulau tersebut(pulau apa aku tak tahu) dengan bahagianya, dan malaikat jibrail telah mengajar hikmat2 yg begitu istimewa kepada samiri ini, dan samiri telah berjaya menyembuhkan matanya dan menghias pulau itu dengan indah dan begitu hebat berdasarkan ilmu2 yg telah di pelajari dari malaikat jibrail…akan tetapi, malaikat jibrail telah membuat syarat bahawa, si samiri akan memperolehi hidup yg bahagia di dunia dan di akhirat kelak apabila beliau sanggup berjanji tidak akan meninggalkan pulau itu walau dlm apa jua keadaan pun…dan si samiri telah berjanji akan mematuhi syarat dengan malaikat jibrai alahisalm.

Tentu ada yg korang macam tak setuju dengan apa yg aku cerita nih, aku berharap korang dapat betulkan apa yg salah kat kotak komen kat bawah ok?! Untuk pengetahuan korang , Satu hari aku telah di beri laluan oleh seorang ustaz untuk memberi ceramah di Masjid Berenjut Kemaman, (ustaz tu tak sihat)dan apabila audience tahu aku (mereka tak tahu yg aku ni bukan ustaz)nak bercerita pasal dajjal, maka ramailah penduduk yg membanjiri saf-saf dalam masjid( ops! yg depan sila duduk, yg belakang tak nampak, maaf-maaf, sila-sila he he he)

Sambung lagi cerita…

Apabila si samiri ni telah besar, (lebih 40 tahun)maka dia memungkiri janji dan telah lari dari pulau kerana bosan duduk sorang2, dan tak sabar nak melihat dunia luar…apabila dia tiba ke dunia luar dia telah berjumpa dengan Nabi musa dan begitu kagum dengan hikmat-hikmat(mukjizat2) Nabi musa lalu telah membuat keputusan untuk menjadi pengikut nabi Musa…

Aku pendekkan lagi cerita

Akhirnya apabila Nabi musa telah selamat ke sebuah dataran dan firaun serta bala tenteranya telah musnah dalam laut…Nabi Musa telah pergi mengasingkan diri selama 30 hari di bukit Tursina…dalam keadaan begitu si samiri ini telah mengambil peluang untuk menjadi pemimpin(sesipa berniat nak jadi pemimpin-sila hati2) yg mana dengan ilmu dan hikmatnya yg di pelajari dari malaikat jibrail telah mencipta sebuah patung lembu emas yg boleh bergerak-gerak.(dahsyat…)

Untuk pengetahuan korang kaum bani Israel ini sebelum kedatangan Nabi musa a.s adalah penyembah patung lembu…maka kerana itulah mereka2 ini begitu mudah menjadi murtad…walhal mereka telah banyak menyaksikan keajaiban2 langit seperti laut terbelah, ular raksasa besar, lautan darah dan lain2, kerana itu daqwah melalui keramat atau benda yg pelik2 adalah bukan sunnah Nabi, nabi muhammas s.aw sendiri pernah belah bulan depan abu jahal tapi tak terkesan sedikitpun..aku nak pesan mereka2 yg terpengaruh dengan gurunya yg berjalan atas air, takde istimewanya, (takde maknenyer…)labah2 pun boleh jalan atas air, Nabi datang bukan nak ajar jadi binatang, nabi nak ajar korang jadi orang!

Selepas aku berceramah, datang seorang sahabat yg aku lihat penampilannya hampir 100% sunnah telah tegur aku, : “cerita2 mengenai dajjal, iman mahdi tak dapat meningkatkan iman, lain kali ceritalah perkara2 yg menaikkan iman…”

Aku senyum dan menerima tegerun itu dengan senyuman…kemudian dia memeluk aku…aku dapat rasakan haba di badannya dan aku tahu dia adalah seorang hamba Allah yg jauh lebih baik dari aku…

Sambung balik cerita kita…

Apabila cukup 30 Hari Nabi musa belajar iman di bukit Tursina, maka Allah telah bagitahu pada Musa a.s. bahawa kaumnya sedang murtad dan Nabi Musa perlu tambah masa selama 10 hari lagi untuk dapat kekuatan menentang org yg murtad…

Apabila nabi Musa pulang, terus ditariknya janggut Nabi Harun dan marah2, dan berlakulah perperangan antara pengikut Nabi Musa dan Samiri… (yg ni ada cerita dlm al-Quran)

Akhirnya Nabi Musa telah berjaya mengalahkan samiri tetapi tidak dapat membunuhnya..samiri berkata hanya Nabi Isa a.s yg boleh membunuhnya..maka (aku pendekkan lagi cerita) setelah di ketahui oleh samiri bahawa tidak lama nanti akn lahir Nabi Isa a.s maka lari dan pulanglah si samiri ke pulau asalnya…

Dan akhirnya dia telah di berkas dan di rantai oleh malaikat dan telah berubah sifat dirinya menjadi makluk hoduh lagi buruk…dan tinggallah dia di pulau itu sampai sekarang…

Satu hari seorang pelayar(sailorman) telah terdampar ke pulau itu dan berpeluang bertemu samiri yg berupa makhluk raksasa …(ada dlm kitab hadith)

Maka apabila pelayar ini yg bernama Tamingdari r.a berjumpa Nabi Muhammad s.a.w, dan bercerita tentang mahluk yg dijumpainya itu…maka Nabi Muhammad s.a.w telah membenarkanya….itulah DAJJAL…, nama baru setelah melanggar sumpah sama macam iblis nama baru setelah ingkar dengan Allah subhanahuwataala…wallaualam…

Aku habiskan cerita ini di sini sebab yg lain2 dah banyak ustaz cerita dan banyak juga buku2 di pasaran…selepas sembahyang isyak pada malam itu ramai telah datang dan bertanya macam2 soalan terutama tentang iman mahdi, tanda kiamat dan lain2…perbincangan tentang perkara ini telah menjadi panjang..sampai larut malam..kesian isteri aku kat rumah…apabila pulang si isteri masih Belum tidur…dan aku sambung berborak ngan isteri aku mengenai isu isu semasa kat rumah seperti, gula dah nak habis, beras tinggal sikit, hujung minggu ni nak ke mana dll…keesokkan pagi aku bersolat subuh berjemaah di masjid tersebut…dan bilangan jemaah subuh adalah sama seperti hari2 sebelum…4 hingga 5 org, di antara ahli jemaah aku sempat berjumpa dengan bro yg peluk dan tegur aku malam tadi, aku kata: benarlah bang, cerita dajjal dan iman mahdi ni tak dapat meningkatkan iman…semalam penuh masjid, pagi ni sama sahaje..isk,..isk…

Aku dan bro itu terus berborak pula tentang isu2 dan cerita2 yg meningkatkan iman…nak tahu pakah cerita2 yg boleh meninggkatkan iman? Tunggu………….(mungkin 8 tahun lagi..insyaAllah)

Ps: Sebelum kiamat besar datang, akan datang kiamat kecil, apakah kiamat kecil? Menjadi mayat adalah kiamat kecil….Ya Allah matikanlah kami dalam iman….(senyum)

Nota: jika ada yg salah kat atas tu, tolonglah tegur…tolonglah…akulah budak di luar pagar yg nak makan cempedak….kempunan nanti…

27 comments:

hamka said...

Satu berita best...

isteri aku mengandung lagi, dah 3 bulan ha ha ha...

rezeki Allah...

Korang doakan ye?
amin...

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah....... dan tahniah juga Sdr Hamka... Target nak berapa lagi sdra...? hehehe

Anonymous said...

alhamdulilah... best jugak cerita tentang dajjal nie ye..

hitomi said...

wa, entry yg best...
tesis??? tgh tunggu correction la nie...hehehehhe...
insyallah dlm bulan April siap sepenuhnya...doakan sy ah ;)

Anonymous said...

pregnan? alhamdulillah..

"Siapakah HAMKA?"

Anonymous said...

hamka seorang hamba allah yang sangat baek.. moga diberikansyurga untuknya..

Anonymous said...

assalamualaikum,
hamka,aku nk tnya sikit..ni xde kaitan ngn post kat atas tuh..xpe kan??..
cam gini..aku skrg ni busy nk exam..nx week aku ada 3paper yg aku masih lg x bsedia sgt nak hadapi..byk sgt benda yg perlu dibaca+faham+hafal..
pastu pulak tu,skrg ni kat tmpt aku tiba2 ada sgt byk ceramah2 agama dlm aku tgh ke'busy'an nk exam..buknla maksud aku nk exam xleh gi dgr ceramah..tp dah byk sgt2..weeknd lpas aku dh ada usrah,mlm td lak ada class tafsir(alhamdulillah ada gak kekuatan)..cuma yg aku ragu2 nk pegi tak ceramah ari khamis,jumaat n ahad ni..
mana yg aku patut lbih utamakn??klu xde exam,mmg aku nk je pegi dgr ceramah tu..tp klu aku pegi ceramah n aku xabis study lg..lingkup la aku exam nnt..final exam lak tu...kesian duit rakyat(sponsor)..tp klu aku xpegi ceramah tu,kesian lak kat ustaz yg datang jauh2...
tolong aku buat keputusan..

blackpurple @ jowopinter said...

Ada kelainan pd entry sdr Hamka ni......


p/s..dulu suka baca novel Hamka 'Tenggelamnya kapal Van Der Vijck' tu....

hamka said...

blackpurple

terima kasih, aku target dengan izin Allah aku nak 8 org anak lelaki, dengan izin Allah..
ada satu hadith bagitahu 8 lelaki menyamai kekuatan 100 lelaki..aku nak gegarkan dunia ha ha ha! Isteri aku mesti kesian, dia nak anak perempuan, Sekarang ni aku dah ada 2 anak lelaki..lagi 6 he he he…

'Tenggelamnya kapal Van Der Vijck'
aku nak Tanya diri aku sendiri: mengapa aku tak baca buku ni sedangkan aku ni suka membaca dan buku ni dah ada rumah aku sejak aku kecik lagi…wallahualam…
black..lepas ni aku baca, he3

------------
hitomi
wa, komen yg best...
...
aku doakan tesis primate engkou tu bulan April siap sepenuhnya!..amin…

------------
gitartong

"Siapakah HAMKA?"
Hamka mana ni?, Haji abdul Karim atau hamka kereta mayat?
Nanti2 aku cerita pasal aku..itupun kalau ada org nak dengar…aku rasa bila aku jadi mayat nanti barulah org nak dengar kot..he he he

Asalnya aku nak tulis tajuk DAJJAL BEGIN..takpelah ni ada cerita pasal Hamka begin
Dari mana datangnya hamka?
Yg pasti ayah aku nak bagi nama aku hambali, kerana nama abg aku shafee, tapi masa tu mak aku tengah minat pada hamka…maka jadilah muhammad hamka.

--------------
budak shams
hamka seorang hamba allah yang sangat baek?..
moga diberikansyurga untuknya..?

AMIN…YARABBIL ALAMIN…
Aku adalah seorang yg baru belajar nak jadi baik…
Ajarlah aku agar tidak menangis di akhirat kelak…isk..isk…

-----------
gaara
Waalaikumusallam

Satu org alim pesan masa aku study dulu,
Ugama nombor 1
Study pun no 1
Dan sebulan menjelang exam, dia pesan bagi tumpuan pada study 100%
Kerana apabila gagal maka akan datang seribu sebelas ratus fitnah!
Fitnah mesti di elakkan!
Tapi yg lelaki jgn tinggal solat berjemaah dan wanita jgn tinggal solat awal waktu,
Dan buat amalan rohani, penting untuk otak seperti, baca al-quran dan zikir..(10 ke 15 minit)
Engkau nak belajar ugama bukan untuk hari ni sahaja, tapi untuk seumur hidup…dan exam, hanya hari nie, so study hard!

--------------
kasih aish

Tahniah untuk ibu bapamu kerana dapt anak comel sepertimu… (comelnya)

Anonymous said...

AsSalamualykum huhu..
cerite dajjal ni mmg ade byk jenis..

tapi ni 1st time ak dgr dajjal tu adalah samiri~idup zaman nabi musa

sbb mostly dalam hadith kate dajjal ialah ibn saiyad~idup zaman nabisaw(re:soheh al-bukhary)

koreksyen:bukan taming dari r.a(sebutan org ganu eh?)tapi tamim adDari[sunan abu daud]wallahua'lam!

yg plg utama nabi slalu suruh ni:
Bila slh sorg kalian sedang duduk tahiyat, mohonla perlindungan kpd Allah dari 4 perkara. Lalu beliau berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada-Mu dari siksa neraka Jahanam, dari siksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari fitnah jahat Masih Dajjal"

knape kate cerite DAJJAL x dpt tgkatkn iman(percaye pd TUHAN)??
sbb nabi byk sebut gak pasal DAJJAL ni..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nk bg view pasal gaara gak(sbb ak kakashi sensei ;p)~SELAMBE ak yg bkn ustz nk bg view..

saranan ak(yg bkn ustz):
1-utamakan yg utama(t'jwb ko sbg studen,siapkn asgnmen,,blabla)
2-jgn jadikn hal2 agame fitnah org trhdp ko..
3-cube peruntukan 1/2 jam skrg2nye utk bace hal2 agame (since ko bzzzzzzz)
4-wehr..byk cara laen lagi ko ble buat utk tambah ilmu agame..pk pk

"a ninja must read underneath d underneath" -kakashi sensei

p/s: sbnanye ak terfikir..ade byk cara utk dapatkan keredhaan Allah..dan cara2 tu amat mudah..knape ramai org nk gune cara yg susah?nabi saw penah kate,
kalo ade 2 cara utk buat sumthin,nabi saw akan jalan yg plg mudah..wallahua'lam

p/s 2: rujuklah kitab2 hadith salafussoleh,manhaj kehidupan salafsoleh..utk dptkan pemahaman yg lebe memahamkan dan idup yg lebe senang tp diredhai..

hamka said...

kakashi

terima kasih untuk kao, bagi info yg berguna dan nasihat yg bagus untuk gaara,

(((knape kate cerite DAJJAL x dpt tgkatkn iman?)))

maksud aku, bila aku cerita semua naik semnangat, tp bila solat subuh, 4 5 org jer, mana yg lain?
iman tak meninggkat kot..(agaknya)...

memang betul, banyk betul versi si dajjal al masih nie,

la ni aku ada kawan dgn sorang tok bomoh, bukan calang2 gak, solat 5 waktu kat masjid..perempuan tak tengok...dia 'scan' aku, katanya aku suci dari sebarang jin(alhamdulillah)..bila aku tanya pasal dajjal, bomoh ni bagitahu yg dajjal ni hidup zaman nabi luth..bila malaikat azab turunkan bala kat kaun soddom, malaikat jibrail telah selamatkan budak tu dan letak kat pulau...huh, mcm2 versi, wallaualam...

apapun thanks ninja he he he

Anonymous said...

hehe..nk sambung..
(((maksud aku, bila aku cerita semua naik semnangat, tp bila solat subuh, 4 5 org jer, mana yg lain?
iman tak meninggkat kot..(agaknya)...)))

~hehe..ak rase dierang buat qiamulail mlm tu sampai terlajak subuh....;p

ksimpulannye gaara..
kalo x siap keje skolah/x stadi lagi..better ko siapkn keje skolah ko..tahukah anda? nabi penah kate

"penuntut ilmu itu lebe tinggi darjatnye drp pejuang fisabilillah.."

ko niat stadi kerana Allah kire berjuang la tu..jgn ikut org sangat..ikut cara nabi..cara salafussoleh cuz dierang plg dekat ngan nabi saw.

satu hadith :“Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua dan kurun ketiga” (Sahih Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud 44 Jilid 5).

bukak kitab2 hadith2 salafsoleh lepas dgr ustaz ko ngajar..

p/s two: all d besh in cuming exam..en hamka..nampaknye ak pun kne berhibernasi sbb final lagi 4 minggu ;p

hamka said...

nampaknya aku akan rindu kat engko nanti..isk..isk...

Anonymous said...

hurm.. dajjal...

lepas nie bro hamka buleh la crite pasal imam mahadi pulak ye

Anonymous said...

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.
Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.
Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.

syukran hamka n kakashi sensei..korang b'dua tlah mlapangkn keserba salahan aku..insyaAllah aku lbih clear ngn tggjawab aku..utamakn mana lbih utama..May Allah bless us always..aminn..=)

Anonymous said...

tekejut pulak baca komen yang last sekali tadi..

hamka said...

budak shams

insyaAllah...tapi tak janji tau :)

---------
Gaara

sama2(amin..)

satu peringatan:
3 perkara yg boleh mendatangkan sombong:
1. menjadi ketua.
2. menjadi penceramah.
3. menjadi tempat rujuk

doakanlah aku supaya tidak menjadi org yg sombong..isk,,isk...

----------
gitartong

apabila perkara2 yg melibatkan mayat, memang banyak terkejutnya he he he...

apa MAYAT?!
he he he...

hamka said...

Dajjal RETURN
tambahan,
aku pernah jumpa ngan org gila kat kampung dusun raja kelantan, selamba jer dia cakap yg dajjal tu adalah TV!

antara dalilnya...

(((; “Apabila Dajal datang, mata kanannya adalah buta dan mata kirinya akan bersinar seperti bintang.” )))

Bersinar?! macam TV

((( “Di dahi Dajal akan tertulis kalimat kafir Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim sama ada yang buta huruf ataupun tidak)))

TOSHIBA,PHILP,SAMSUNG eh nama kafir tuh…


(((“(Kelajuan perjalanan Dajal) adalah seperti awan yang dipukul angin.”). ““Dajal akan melompat antara langit dan bumi.” )))

Eh..pantasnya…macam siaran langsung!


(((; “Dajal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajal adalah neraka dan aku mengingatkan mengenainya sebagaimana nabi Noh mengingatkan kaumnya mengenainya )))

oh ni banyak dlam filem yg mana hero, mesti minum arak dan berzina, kalu islam hero selamba tak solat berjemaah, jadi hero ha ha ha, tapi yg solat jemaah yg ada janggut, tv cerita itu pengganas, jahat dan lain2…memang dajjal le engko
.

((( “Golongan terakhir yang akan mengikut Dajal adalah kaum wanita )))

satu kajian, perempuan memang ramai tengok tv…(bini aku!)

ps: ada satu kes siaran lagsung rangcangan ugama jam 4 petang habis jam 5 petang he he solat asar berjemaah depan tv ke bang? Memang selamba kena tipu kat dajjal

kejap2 aku lupa Tanya org gila tu komputer ni dajjal ke tak, nama kapir nie :DELL argh akupun kena tipu kat dajjal…kat rumah aku ada dua bijik TV

syaitan kata: alah hamka, dajjal mata satu, kau ada dua TV..

aku: astarfitullahilazim….
(patutlah rumah tok guru aku takde TV)…isk…

ontahsapo said...

gua ada beli satu buku, La tahzan edisi indonesia..best..gua tgk edisi m'sia, cekai pastu susunan dia pun tak menarik...nanti gua turun bandung mau carik lagi buku best2...

regards,

hamka said...

Aku suka baca buku2 motivasi barat…
Karangan dale carnegy , andrew mettews dll..
Kesimpulan: apa yg diorang cerita dah ada dalm hadith, sunnah
Aku rasa diorang buat kajian tentang kehidupan Nabi…
Aku pun belajar2 buat kajian tentang kehidupan Nabi dari segi psikologi manusia…
Tu yg aku tulis dalam blog:
Bagainama hilangkan sedih?
Bagimana hilangkan marah?

Lepas ni aku nak tulis bagaimana hilangkan bimbang?

Doakan aku!

Anonymous said...

Cerita belum tamat bro. Tolong ceritakan apa terjadi pada Dajal sehingga kini. Sudah mati ke, masih hidup ke dan di mana? Adakah ini Dajal yang manusia akan hadapi di akhir zaman?

hamka said...

Sampai masa nanti..aku ceritakan..insyaAllah..

Anonymous said...

ah..bulshit goblog!!!
tlng jangan meracuni masyarakat dengan cerita palsu!!

tks.

hamka said...

sama sama..

tolong ceritakan kisah yang tak palsu..

please..

Anonymous said...

Siapa Dajjal. Rujuk di sini.

http://www.sifoo.com/forum/viewtopic.php?t=21347

Anonymous said...

Bapak dan anak atau abang dan adik yang bersetubuh?

Anonymous said...

iraeliyyat