(antara nama, kerja dan tempat..)
Tahukah korang, Selain alam manusia yg kita duduki ini, ada banyak lagi alam2 lain yg di cipta dan di tadbir oleh Allah? antaranya adalah alam jin, satu makhluk yg mana kita tak nampak dia, tapi dia dapat lihat kita…jin yg boleh kita tengok adalah argh..tak payah sebutlah, selalu sangat org buat lawak dengan pelakon tuh….aku pernah dengar satu ceramah cakap kat padang mahsyar nanti, jin pulak tak nampak kita dan kita pulak boleh lihat jin..macam best jer…he he he , wallhaualam…
Dan…ada pulak alam syaitan, boleh lihat jin dan manusia, tapi kita pun tak boleh tengok dia, yg boleh tengok pun syaitan yg bertopengkan manusia…aku biasa tengok manusia bertopengkan syaitan kih kih kih…(daredevil)…
Lepas tu pulak ada alam malaikat…malaikat boleh nampak semua makhluk dengan izin Allah, kita ni pulak bila ada kes2 tertentu barulah boleh lihat malaikat…lailatul qadar atau lain2…
Sekarang ni jugak sedang berlangsungnya alam kubur…yg mana hanya binatang jer dpt dengar suara org yg di azab, manusia dan jin dikecualikan…dan ada banyak lagilah alam2 yg Allah cipta seperti alam roh, alam mimpi, alam bunian, dll…apa yg aku nak tekankan di sini semua alam2 itu adalah bergantung pada ‘alam dan manusia’, errr maksud aku ‘alam manusia’ sebab sekiranya di alam manusia ini sudah tidak ada lagi org yg sebut “Allah” atau “La illa haillAllah”, maka Allah akan musnahkan semua alam, alam malaikat, alam jin, alam kubur semuanya akan di musnahkan oleh Allah, jadi korang dan aku beruntung sebab berada pada alam yg utama berbanding..dgn alam2 yg lain dan yg lagi best korang semua adalah tergolong dalam umat yg paling best, iaitu umat nabi Muhammad s.a.w, sebaik2 ummat!, fuh itulah intro hari ini, aku sebenarnya nak cerita tentang kenapa dan bagaimana kita semua ni boleh jadi ummat yg terbaik..The best Ummat…
Setelah kajian di jalankan oleh seorang yg memang takde tauliah ugama dan confirm bukan ustaz (aku bukan ustaz, aku baru ‘nak start’) untuk mencari kenapa kita umat yg terbaik…telah menjumpai (konon-kononnya) akan jawapan tersebut…oleh kerana aku bukan ulama, (aku mungkin ular dlm semak-penyemak) maka korang boleh “tong sampah” apa yg korang rasa tak betul..isk..isk…
Korang sebagai the best ummat ini bolehlah di ibaratkan seperti seorang yg tinggal di kawasan setinggan yg hanya ada satu tandas(macam cerita bujang lapok)…yg mana tandas tu digunakan secara bergilir2 ikut turn….korang pulak bangun lambat, dan bila korang nak masuk tandas, korang nampak: “tu dia barisan beratur, panjang nak mampus,” tetapi, bila ketua kampong nampak korang terus jer keluarkan perintah: korang masuk dulu, kenapa? Manalah aku tahu…tanyalah ketua kampong tuh..he he he.
Jadi begitulah keistimewaan ummat akhir zaman nie, dan lah lahir lambat, dan sudah pasti mati lambat…umat2 terdahulu yg dah beratur nak masuk shurga sebab diorang dah mati dulu, tapi Allah bagi keistimewaan kat umat Nabi Muhammad s.a.w untuk masuk dulu, mendahului semua ummat….subhanAllah (nikmat mana lagi yg aku dustakan?)
Kenapa? Ha! Yg ni aku nak cerita…
Setelah kajian di buat, maka didapati pada setiap makluk ada 3 ciri2 penting, iaitu:
1. Nama
2. Kedudukan.
3. Kerja
Contoh: kipas syiling.
1. Nama: kipas
2. Kedudukkan: atas kepala /atas syiling
3. Kerja: berputar dan buat org di bawah berasa selesa…
Jadi kat sini, kipas tu duduk atas tempat yg tinggi bukanlah sebab nama dia kipas, tapi sebab kerja dia, iaitu berputar2 dan buat org di bawah berasa selesa…sekiranya kipas ini tak bekerja@tak berfungsi, maka tempat dia adalah dlm tong sampah walaupun namanya adalah kipas!
Korang Faham.?, aku bagi contoh lain pulak…errrrrr..baju, ye, baju melayu…
1. Nama: Baju melayu
2. Kedudukkan: kat badan korang(org lelaki sahaja)
3. Kerja: tutup aurat.
Jadi kat sini, baju melayu tu duduk kat badan korang bukanlah sebab nama dia baju melayu, tapi sebab kerja dia, iaitu tutup aurat korang yg nak solat … sekiranya baju melayu ini tak bekerja@tak berfungsi,(kayak, sana sini, kotor) maka dia akan di jadikan kain buruk walaupun nama asal dia baju melayu! Mengerti?!
(nota:harap2 kipas dan baju melayu tu dapat di perbaiki..)
So begitulah dengan kita yg selaku pemegang title the best ummat nie…
Maka aku dengan pertama kalinya letak petikkan ayat al-Quran dalam post aku….iaitu:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" (Aali Imran 3:110)
wah..wah, terasa macam ustaz betul pulak bila bubuh ayat al-Quran, he he he…tapi takut gak..takut salah, so yg terer giler bab2 ugama ni sila perbetulkan aku…sila sesila-silanya…(aku betul2 takut salah –YaAllah tolonglah aku isk..isk..)
jadi dari ayat ni jelas tentang 3 perkara:
1. Nama: Manusia
2. Kedudukkan: sebaik-baik umat
3. Kerja: menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah
Jadi kat sini, aku dan korang menjadi umat yg terbaik bukanlah sebab kita ni umat nabi Muhammad sajer.. tapi sebab kerja kita, iaitu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah …sekiranya ummat ini tak nak buat kerja menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah, maka tempat untuk umat ini adalah dalam neraka walupun umat nabi Muhammad sekalipun..kerana itulah org kapir yg tak ikut Nabi Muhammad akan kekal dalam neraka, dan org islam yg tak nak ajak org pada kebaikkan, dan tak nak mengikut bila di ajak(azan contohnya) kena bayak beristigfar….menangislah wahai kawan…menangislah….
Aku bukan nak ajaR korang, aku bukan ustaz…
Aku nak AJAK korang, ni kerja umat nabi Muhammad, (berbeza R dan K)
Sapa2 pun boleh ajak walaupun bukan ustaz
Cth: bila seorang sakit dan perlu pada doctor, maka sapa2 pun boleh jadi pemandu ambulance untuk bawa ke hospital, tak semestinya doctor…sapa2pun boleh…begitulah jugak, ummat ni sedang ‘sakit’ kena bawa ke masjid…so semua org boleh ajak ummat nih…
Kesimpulan: JOM ke masjid jom! Jom! Jom!(jommasjid:dulu sure masjid, kih:)
Kobur cakap: jom! Jom! Bakal2 mayat semua, jom!,jom
Ps: 3 perkara dot dot dot…
1. Nama: Mayat
2. Kedudukkan: Dalam kubur
3. Kerja: Jawab soalan Malaikat, tak dpt jawab: AZAB..isk!
30 comments:
Nama: Gitar tong
Kedudukan: Antara kedua2 belah tangan kiri dan kanan
Kerja: Menyampaikan mesej dan peringatan dengan hiburan bagi menseimbangkan amal kiri dan kanan
macam berat je. tak sanggup melihat diriku di'bakulsampah'kan!
erk.. hehehe
Gitartong
Mendengar lagu mungkin boleh mendatangkan "kesedaran" , itupun tengok jiwa dan hati mereka…(macam aku kot)…Manakala Hidayat pulak akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran...
Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam2 cara.,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, Sakit, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis dll...Tapi korang haya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi.jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usha atas kesedaran korang, Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran..
Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usha atas kesedaran tu...
Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama2 Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam keselahan.
Maka dia kan kata "aku gi sembahyng masjid buat apa?Aku bukan nak pahala27, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh..." atau "zaman bila tutup2 ni, rimaslah iiiiiiiii!!!)
Moral: buatlah ushaa atas kesedaran dengan cara yg betul..cara Nabi…
Sekiranya kita insaf melihat mayat2 bergelimpangan di jalan raya…tak semestinya kita menjadi mayat yg bergelimpangan untuk menyedarkan org lain..begitulah muzik! He he he
----------
budak shams
ke ke ke
thanks for advised.. :)
Assalamualaikum..
Dah lame jugak sy start bace blog ni.. Jadi nak mintak izin kalau2, tergune analogi2 dlm blog ni waktu bercakap atau menulis.. Kalau tak boleh, sile bgtahu.. :)
gitar tong
sama2 cikgu, :)
Akupun ada gitartong gak kat rumah…
Nama: gitartong
Kedudukkan: dalam stor
Pekerjaan: telah di ‘rampas’ oleh anak dan isteriku he he he…
------------
Kepada guru gitarku, aznan budak kl, hafiz dan shahrul budak johor…kemana korang menghilang?
Aku rindu kat korang…
Sudah kahwinkah?
sudah solatkah korang?
Aku ‘mekar’ budak terengganu…
Apakah korang masih seperti dulu?
Berubahlah kawan…
-aku masih di sini-
------------
die tonite
mati malam ini? Dah tempah kereta mayat ke belum he he he
sila2…semua dari Allah…
tapi kalu nak tulis bagitahu ambil kat mana, ambil kat keretamayat
adab menulis he he he supaya kalau ada silap tahu mana nak jolok!
Kesimpulan: aku izinkan…dengan izin Allah…
wa, bertuah rasanya diri menjadi umat Rasullullah SAW...umat yg plg teristimewa di sisi Allah...
namun, kekadang alpa dengan duniawi...terlupa seketika dgn perintah Allah...
betapa jahilnya kita umat yg tia pandai bersyukur dgn apa yg ada...
wallahualam...
salam..heheh~
even tho lg 4 mgg nk exam!
ko nyer post nih m'igtkan ak satu hadith yg plg ak ske bace dalam matan arba'in Imam Nawawi.
Nabi SAW pesan:
[[[b'taqwalah kpd Allah Azza wajalla serta dgr dan taat w'pun kpd hamba yang printah kamu.
Ssghnye orang2 yang msh hidup di atr kamu akan menyaksikan perselisihan yg byk. Hndaklah kamu b'pgang kpd sunnahku dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin yang mdpt petunjuk(drp Allah)
..dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu (bpgang tguh dgnnye dan jgn dilepaskan sunnah-sunnah itu)]]]
huraian hadith:sile bace dalam matan arba'in Imam Nawawi.
p/s:JOM..JOM..JOM..kembali kpd sunnah dan kehidupan para salafsoleh.JOM blaja tafsir dan hadith utk lebe faham dan utk x salah faham..JOM ke arah kehidupan yg lebe diredhaiNya..
>>ade ustaz kat tpt ak suruh stadi tafsir and hadith sendiri..dari kitab2 salafsoleh.pastu baru diskas.
(in response kpd org kate penah bace nabi kate-guru bg org yg belajar sendiri adalah shaiton-ni hadith palsu..sedang al-quran dan hadith itu adalah benar dan mudah.
bacelah..bacelah..dan fikirlah..
p/s 2:link yg ak bg ni hanye state hadith..bacela huraiannya dalam syarah hadith 40 Imam Nawawi sbb korang bole tgk sumber,pndpt2 ulama',sbb2 diturunkan n byk lagi..
harga kitab konfem x sampai rm 50!
salam..
nk tambah..
p/s two: jgn gune tafsir dan hadith utk perkara2 yg perkara yg tidak sepatutnye..
i.e
ade membe ak guna ayat2 dari al-quran dan hadith2 nabi saw utk ngorat pempuan..
demi memelihara keturunan dan zuriat,Muslimin Muslimat sile ikut cara nabi,sahabat dan salafsoleh.CINTA sebelum kahwin mmg x de dalam SUNNAH..
sekian.wallahu a'lam
hamka, gua baru singgah ni, belum sempat meneropong blog ni, nanti esok gua cuba2 mendalami tulisan kau ni..
regards.
Hitomi
Memang beruntung jadi ummat nie…tapi
Kita baru di ‘temuduga’ belum tentu berjaya…isk..
Kita baru di pilih jadi umat terbaik Belum tentu dapat masuk shurga..
Banyak yg perlu di lakukan…
Ingat 5 perkara …
Lagu latar: (Demi masa-raihan)
----------
Cikgu kakashi
Great Teacher Kakashi(GTK)
Wah2! Rasa macam dalam masjid!
Terima kasih kat info engkau, sungguh berilmiah!
Saitan banyak dah berjaya tipu manusia…
Syaitan kata: jangan baca buku ugama, sebab aku tok guru…
Syaitan kata: jgn buat daqwah kalau kau takde ilmu…
Syaitan kata: tunggu kau baik dulu baru boleh daqwah org…
Syaitan kata: tunggu kau kaya dulu baru boleh sedekah…
Org alim kata: bacalah buku ugama sukurang2nya ½ jam sehari…
Org alim kata: sampaikanlah walaupun satu ayat…
Org alim kata: kalau kau nak jadi baik, ajaklah org buat baik…
Org alim kata: kalau kau nak kaya, sedekahlah satu sen pun!
pasal yg kau cakap hadith palsu kalau baca gurunya syaitan,
Moral: rajin2lah baca ‘batu bersurat’ ini he he he…(promote)
Ops! Tertinggal pulak cikgu..
Satu lagi:
Yg pasal bercinta sebelum kahwin:
SETUJU! Benarlah nasihat cikgu kakashi tu he he he…
Soalan: bagaimakah caranya saya dpt bersalaman dengan tangan ibu ustazah tanpa membatalkan air sembahyang saya?
He he he
-----------
Ontahsapo..
Selamat ‘naik’ keretamayat…
kErEtAmAyAt.
(the last transport…)
Akhi,
Would you honor me by coming to my space and read the latest entry, and grace my request?
It is a great honor if you do.
DEMON
Thanks
For invitation, see you there!
...pagi ni mee campur bihun goreng dan telo mata kerbau untuk santapan perut....membaca entry Sdr Hamka pulak sebagai santapan rohani......Sesama kita ingat mengingatkan....
Black
Alhamdulillah
Sarapan jasmani aku pagi ni, makan nasi lemak beli bungkus dan minum teh tarik yg bini aku sediakan..alhamdulillah…
Ps; sama2 lah ingat mengingati, takde lagu ke? hihihi
-----------
kepada saudari aishah:
aku harap aku dah dapatlah serba sedikit jawab soalan kau tempoh hari..nak lebih lagi..kena rujuk ustaz(aku pun he he he)
aishah said... “boleh tak cerita kelebihan jadi umat nabi Muhamad SAW zaman dahulu dan sekarang.. “ (10:40 AM, February 27, 2006 )
Hamka: nak lagu ke...? mcm biasa pagi tadi sambil driving dengar lagu2 M Nasir... ini santapan jiwa juga...bagi yang memahami...hehehe
Sahabat Gua (M Nasir)
Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati
Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali
Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran
Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi
Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya
Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan
Terima kasih black…
Kat bawah ni ada satu ‘syair’ yg aku rasa kau pun tahu siapa yg ‘cipta’ he he he…
TAMBAHAN:
Ni aku hanya nak share ngan korang…aku copy/paste dari email:
Hamba Allah said:
(((tadi aku ade introduce ko nyer blog kat membe aku...
die kate ko nyer aqidah bercampur sufi..which is not good sbb imam syafie plg x ble terime pegangan camni..
aku ada suroh die tegor ko..
insha Allah nanti2 tu adalah..okai..
aku doakan ko diberi petunjuk salaf yg betul...
ameeeeeeennnnn)))
aku kata: amin….(dlm hati,: apa itu sufi?)
Maka aku pun pergi kat google dan taip “SUFI”
Sekali jumpa syair daa…
SUFI…
Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah
Kau menguasai selautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan
Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan Dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Ps: aku masih tak paham…(?)
....tentang Sufi, aku bukan orang yang cukup layak untuk memberi komen.....
p/s... setakat ni cuma pernah tengok cerekarama "ustaz Sufi" kat TV3.....hehehe
selama ni memang den tak ponah naik keto mayat ni, tgk ikut luar yo...tapi kereto yg bawak mayat ado la sekali den naik, tu pun kojap yo, kalau ko ajak naik keto mayat ko ni, den risau la, darah gemuruh ni....
ZulGTZ
Dah beli, rm 4 sebuah…dah habis stock…balik sepang, singgahlah rumah
----------
Black
Ustaz sufi? M Rajoli?
He he he
Ps: dulu aku ada kawan ngan anak M Rajoli…(mat, kau buat ape sekarang?)
--------
Ontahsapo
La ni mungkin org tak naik dah keretamayat..minyak mahal…untuk berjimat cermat mungkin mayat di hantar ke kubur dengan menggunakan bas…kerusi belakang sekali sesuai he he he…
dari apa yg gua baca atas kereta mayat ni, gua dapat rasakan yg lu ni kalau tak memang belajar bab2 ni, lu byk membaca...sebab tak semua org berani berkata2 tentang agama..
regards,
Malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerana dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
kupujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa cinta membara
didalam pujian ucapan selawat
tanda penghargaan seorang UMAT
lagu apa pulak cik lananilza. oi.. macam best jer...pendek pulak tuh?
kau memang best ummat..
akan datang...
bagaimana hilangkan bimbang he he he
pakar motivasilah kononnya...
:)
walaupun ada lambat, tapi ana nak komen jugak.. Allah iktiraf kita ummat yg terbaik [3:110] sbb:
1. kita ada Nabi yg terbaik, yg termulia dan tertinggi kedudukannya di sisi Allah
2. ummat muhammad s.a.w ada 70 ribu yg akan masuk syurga tanpa dihisab dan setiap seribu, 70 ribu org lagi.
3. penghuni syurga ada 120 saf, 80 saf adalah dari ummat nabi s.a.w
4. ummat yg pertama masuk syurga wlpn ada umat yg lebih awal menerima kitab.
wallahu'alam
ringkasan dari terjemahan ringkas tafsir ibnu katsir(jilid 20)
+ akhie +
Oh pengkomen yg di rindu..
Tak lengkap rasanya blog aku tanpa info2 best dari engko..
Terima kasih…
Aku tahu kau bz…terharu kerana kau sudi luangkan masa utk aku..oh..indahnya hidup ini…!
Alangkah bestnya jadi ummat yg terbaik dan sezaman denganmu…
Pembetulan:
(terima ksih kpd yg menegur)
Aku suka 5M:
Membaca
Menulis
Melukis
Mendengar
Menonton
Tambah lagi 5M:
Menketedarah (makan)
Menjeretoh’(tidor)
Minum
Menasihati
Membahgiakan isteri..
isk..isk..
Post a Comment