Mentang2 aku bukan ustaz, suka hati korang jer tanya aku soalan yg macam2 hal, he he, tapi takpe…aku memang ‘next worlddddddd’ (pinjam aura mawi world). Jadi kepada yg bertanya: “kenapa minyak naik 30sen?”
Aku kata: korang akan dapat jawab semua persoalan dalam dunia nih..dan korang akn berhenti bertanya apabila korang belajar dan faham HAKIKAT UGAMA.(aku pun tengah belajar:)
Ilmu ni tak boleh belajar melalui blog, ilmu ni akn datang pada korang bila korang belajar( dan Faham!) MAARIFAT ALLAH.
Ilmu ni pun tak boleh belajar melalui sapa2 pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI…
Ha! Yg nih boleh belajar, sape yg terer hadith boleh mengajar, tapi korang tak
Kih kih kih, macam tinggi jer tajuk yg aku nak tulis nih, macam ada unsur2 tasauf, wali2 dan kiai2 he he, SATU PERINGATAN… Apa yg aku tulis terlalu keras dan tinggi, ‘tak terjangkau akal mu’, mungkin tak dapat di terima oleh semua golongan, jadi aku nasihatkan kalau korang rasa was2 dan ragu2 serta tak setuju, STOP it!. Balajar ugama yg basic dahulu he he he (macam aku terer, aku tak tererpun. Cuma takut korang salah tafsir, lagi2 ada perkataan takdir, qadar dan qadar.)
Syariat dengan bahasa yg paling mudah aku tulis supaya korang paham, tak yah lah aku tulis dari segi bahasa dan istilah, kalau korang nak yg macam tuh, pergilah rujuk ustaz yg bertauliah(jangan marah..he3)…jadi apa yg aku nak kabor, syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Boleh lah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yg tertulis dalam Al-Quran, makala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadith,: dan sudah tentu cara Nabi!, sebab tulah ada org alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:
Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab( keraja turki pernah azan dalam bahasa turki-rujuk riwayat kamal artatuk) dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib korang(dan aku) belajar.
Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akn bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yg betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yg bolehlah aku ertikan(tak tepat sebenarnya) sebagai kemanisan berugama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.
Orang memancing dia ada undang2, iatu mesti ada joran, tali, mata kail, umpan, ni syarat2 sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu nih kena belajar.he he
Dah pandai dan dah faham hukum-hakam memancing, korang kena ikut ‘tarikat’ atau perjalanan yg betul iaitu memancing mestilah di tempat yg ada ikan, tak boleh memancing kat telaga buta, dalam baldi , kat indah water dll..jadi kena rujuk pada pakar pemancing, yg ni pun boleh belajar
Ha! Yg ni memang korang akan dapat ilmu nih bila korang korban masa korang banyak2 memancing ikan, maarifat seorang pemancing adalah dapat tahu ikan apa, just tengok kocak di air sahaja..alah macam peribahasa, dalam air pun tahu jantan betina, ini bermaksud org tu ada maarifat pemancing..org cam gini, tengok umpan dah tahu ikan apa yg makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yg tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yg akn timbul…pendek kata profesional tahap impak maksimumlah! he he he
Yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yg dah dapat, org yg dah dapat hakikat memancing, org cam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan, kadang2 duduk bertenggek kat jambatan, hampir2 aku langgar ngan kereta!, solat jemaah ngan ikan kot(aku berbaik sangka)..kawan aku(la ni ada dalam penjara) pagi2 raya pergi memancing, memang betul2 hakikat lah dia…sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi, inilah hakikat..hakikat…dia dah dapat.kemanisan, kalau dah memang jadi mungkin, apa lagi nak di kata?
Seorang yahudi jumpa Nabi dan mintak izin untuk uji iman sahabat, maka Nabi benarkan, lalu org yahudi ni telah duduk depan masjid dan menunggu kedatangan sahabat2. (korang kena ingat: sahabat adalah org yg sempurna maarifat dan hakikat ugama.)
pendek cerita:
Abu bakar r.a datang ke masjid dan org yahudi ni tumbuk dia, tapi abu bakar hanya berlalu sahaja. (memang hakikat tahap impak maksimum lah!)
Kemudian datang Saidina umar,r.a pun di tumbuk oleh org yahudi, Saidina umar hanya melihat sahaja dan masuk masjid.
Kemudian datang pulak saidina usman r.a juga ditumbuk, saidina usman sempat bertanya kenapa tumbuk? Belum sempat org yahudi tu jawab, Usman r.a telah masuk ke masjid.
Akhir sekali datang saidina Ali r.a, juga ditumbuk oleh org yahudi, Saidina Ali membalas tumbukan org yahudi itu dan masuk kemasjid.
tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.
Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", dan menentang serta mempertikaikan "kebetulan itu, kebetulan ini", maka iman dia pada Allah SWT telah rosak.
Tu dia, bila org kata kita gila kerana ugama itu bermaksud korang dah dapat hakikat ugama! Macam kaki pancing yg di kata
dan jika sahabat nabi ni jumpa aku tentu dia kata aku gila!
satu cerita wali Allah:
Ibrahim adham sedang berzikir dalam istananya dan sedang berfikir : mengapa aku masih belum dapai hakikat iman…lalu datang malaikat buat bising atas bumbung istana dia. Lalu dia sound: siapa yg buat bising tu ha?! Malaikat kata : aku, dan aku sedang mencari unta yg hilang, ibrahim adham sound lagi: gila ke cari unta yg hilang atas bumbung? Malaikat tu jawab: kau gila ke cari hakikat iman dalam istana?
(nak tahu cerita ni lebih lanjut kena lah cari sendiri he he he, rujuk ustaz@kitab)
jadi boleh ke cari Hakikat ugama just baca blog?(kata kat aku sendiri ni..is..isk..)
Aku bertanya Ustaz Amin dari Felda Tenggaroh 8 tahun yg dulu(masa aku belajar) mengenai syariat, tarikat, maarifat dan hakikat
Kata dia:
1. Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
Orang yg tak ucap ini kalimah, buat sejuta kabaikanpun tak berguna…
2. Ibu segala tariqat adalah: Soalt berjemaah.
Ustaz yg tak solat berjemaah aku memang tak pakai dia punya fatwa sebab dia tak mursyid.
3. Ibu segala Maarifat adalah: Daqwah
Dengan berdaqwah, korang akan dapat macam2, caci, nista, baling batu di ancam bunuh, dengan cara ni korang akan dapat kenal Allah.(insyaAllah)
4. Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud
Memang korang dah mencapai darjat soleh bila korang setiap malam bangun solat tahjjud.(amin)
Seorang sahabat Nabi (kalau tak silap aku sardina ali) berkata. Aku mengenal Allah apabila aku musnahkan impian dan cita2 aku!
Aku pun! Dulu aku ni bercita2 nak tubuh band muzik sendiri, hari2 main gitar sampai naik kematu gua punja jari, wa cakap lu(aku org tua lama, rock kapak kih kih) tapi bila aku musnahkan impian dan cita2 aku barulah aku dapat kenal sedikit(kot) Allah berbanding dahulu..isk..isk… Ya Allah berilah aku Hakikat ugama…
(menjadi mayat adalah hakikat hidup)
32 comments:
post yang sangat-sangat menarik.. begitu rupanya untuk mendapat hakikat ugama... semoga Allah memberi hakikat ugama dan hidayat pada saya.,,, tuan tolong doa untuk saya,..
Aku pun belum dapat hakikat ugama, marilah kita pulang kepada tuhan...
isk..isk...
blog ni simple,ayat2 yg diguna pun simple,tp banyak info menarik. syabas.
smoga saudara mendapat keredhaan drNya.
::liyananaznim::
Comment ni simple,ayat2 yg diguna pun simple,syabas.
smoga saudari mendapat keredhaan drNya.
amin
selamat datang ke dunia 'mayat'
bro hamka..
berkenaaan isu malaysia tak sokong utk boikot denmark sbb carlsberg jd penyumbang utama ekonomi negara..
kalau ikut kan..
cukai2 semua tu malaysia kutip.. yang kilang arak pun.. pastu bercampur gaul dengan cukai2 lain.. org yang kerja goverment pun dpt gaji.. gaji haram ke?? boleh tak jelaskan??
sbb kalau blajar bab arak dlam buku syariah islamiah form 5..
rasullulah melaknat 1o golongan yg berkaitan dengan arak..
camne nie? tak paham..
erm cerita kan skit..
budak shams,
susah juga sebenarnya nak cerita apabila ianya berkaitan 'boleh ke tak boleh?'(fatwa)...
kerana hanya ulama' yg boleh keluarkan fatwa...
aku cadangkan perkara ini biarlah di jawab oleh ulama'
tapi bagi aku yg jahil lagi hina dan dina ini berkata dan korang boleh tolak sebab aku bukan ustaz:
aku kata; kalau korang bukak kedai jual nasi lemak, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai engkau, lepas makan dia bayar, kau nak ambil duit tu tak sedangkan duit tu duit rompakan, aku kata, ambik jer..apa kena mengena nasi lemak aku dengan duit rompakan dia, takkan lah aku nak bagi perompak tu makn free! he he he.
atau seorang pembunuh upahan suruh aku repair DVD rumah dia yg rosak, aku pun pergi repair dia punya DVD player, diapun upah aku...takkanlah aku tak ambik, apa kena mengena DVD ngan dosa dia membunuh?
atau tauke arak beli sabun untuk basuh cawan kat kedai nenek aku..aku selamba jer jual dan ambil duit..
benda yg mudah jangan buat payah2, dan kalau korang dah confirm duit tu datang dari sumber yg haram, korang nampak ngan kepala korang sendiri, korang kelah ijtihad...elakakn subahat!atau kalau ada org bagitahu benda tuh haram atau kau dapat email forward, ni haram, itu tak leh, kau yakin ke dia punya cakap? dia pernah tinggal solat tak?
yg betulnya: tepuk dada tanya iman...he3
tapi kalau kau dah confirm duit tu HARAM buat apa kau nak ambik?tapai kalau kau tak tahu-no problem!
nak tahu lebih pasal 'betul tak betul', aku cadangkan korang melawat: hafizbar.blogspot.com
besar gila kilang carlsberg kat shah alam tu. dari tepi highway dah boleh nampak. bila nak runtuh ntah
bakal mayat
aku nak bermadah pulak he3:
KEGELAPAN TIDAK BOLEH DIHALAU DENGAN JERITAN, PUKULAN, KRITIKKAN, TUNJUK PERASAN DAN AIR MATA...
KEGELAPAN AKAN HILANG APABILA KITA MEMBAWA CAHAYA KE SANA...
CAHAYA DAN GELAP TIDAK DAPAT BERSAMA SEPERTI MINYAK DAN AIR, ANJING DAN KUCING, AYAM DAN MUSANG, MINYAK NAIK DAN HARGA BARANG TAK NAIK...
JADI MARILAH BAWA CAHAYA DALAM KEGELAPAN ITU...
(amal baik mencegah mungkar,jika semua org islam buat keputusan untuk amal segala perintah Allah pasti kejatan akn lebur...)
:)
alhamdulillah.. mmg best!
dalam satu buku, ada tulis begini ttg 3 tahap keimanan(keyakinan) kita:
1. bila hujan turun, kita yg dalam rumah dah boleh tahu hujan dh turun hanya dgn mendengar rintik2 hujan
2. bila buka tingkap, kita dapat melihat dgn mata kasar mmg betul hujan dh turun!
3. bila kita keluar dan bermandikan hujan, baru kita dapat rasa bagaimana keadaan sejuk, basah melencun kene hujan.. grr..
yg terakhir tue dikenali sbgi 'ainul yakin.. keyakinan yg sebenar2nya.. yg ini kita perlu cari :)
Allah kata:
" Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),Sehingga kamu masuk kubur.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).(Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!"[At-Takathur 102:1-8]
wallahu'alam
+ akhie +
:)
alhamdulillah..comment mmg best!
satu cerita aku dan mamat, cerita rekaan:
aku memanah epal di kepala mamat.
korang yg percaya aku boleh panah epal kat kepala mamat-adalah iman tahu...
org yg menonton persembahan aku memanah epal di kepala mamat-adalah iman percaya, dan mamat yg benarkan aku panah epal di kepalanya-adalah iman yakin...
lalu aku panggil korang dan letak epal atas kepala korang untuk di panahkan..
apa korang rasa?
korang sanggup?
itulah iman korang...
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah
p/s : ingat tak haikal suka lagu ni.,,
benarlah, ada org menangis dengar lagu ni...
bukan senang nak menangis..isk..isk..
slm'alykm..
jwpnnye ialah w'alykmslm..(sjak bilekah anda x reti jwb salam;p)
ak bace intro entry ko kali nih..
ak da terase sikit chuak..
yela sbb tarikat2 ni org da slalu trsalah anggap..
blaja x abes..pastu pandai2 buat hukum sndiri..pastu org laen ikut..huhu~
ali r.a penah kate if ko bncg satu subjek yg x same level ngan sesuatu kaum..ia akan jadik fitnah..
tapi ok la ni..btul la ape ko tulih..dan sesuai utk tontonan umum
semoga Allah sent pelihara ko drp tersalah tulih..
dan semoga ko x salah tulih..
dan x tersalah tulih..
ameeeeennnnnnnnnnn~ya rabbal'alamin
p/s: kesimpulannye..knp minyak NAEK 30 sen??ade ciri2 anti-climax..
mungkin juga orang bising2 minyak naik tu dah takdir, mana kita tau nanti harga minyak ditakdirkan turun lps ditakdirkan orang bising2. er... ni takdir mubram ke takdir mu'allaq?
kakashi
Assalamualaikum;
satu org ustz tegur: tak boleh short bahasa arab, kerana akn mengelirukan muaalaf dan budak2 yg baru belajar membaca.
askum?
samekum?
ass'kum?
he he he
aku shor kau tulis penuh apa sahaja bahasa arab yg di rumikan he he
insyAllah
subhanallah
alhamdulillah...
kalau tak pening kepala persatuan muaAlaf seluruh dunia
jangan marah
apa2pun aku terima kasih kat kau kerana memeriahkan blog aku..
aku suka kau yg jujur...SELAMBA TEGUR AKU DAN SELAMBA PUJI AKU..
minyak naik 30 sen memang anti klimath, sebab akan datang minyak akan naik lagi he he he(70 sen kot)
DAN AKU BERTERIMA KASIH KAT ENGKAU DOA KAT AKU SUPAYA TIDAK TERSALAH TULIS..AKU HARGAI..SUNGGUH!
WAALAIKUMUSSALAM
--------
KLAVU
selamat datang ke dunia mayat..he he he..
benarlah semuanya takdir...
dulu h/p mahal nak mampus sekarang murah gila!
SMS satu sen ajer..
tapi masjid still kosong...
kenapa?
kerana iman TAK NAIK..isk..isk..
TAMBAHAN
NASIHAT DARI seorang BUKAN USTAZ:
Cara nak bagi salam:
Sumber: Hafizbar.(bukan ustaz juga)
(Copy/paste)
[+] addendum: cara nak bagi salam
(error-arabic world not available)
baru la islamic....
takdela askum, semekum, waskum, akum, bapak-ko-ada-saham-dalam-telekum, salamz (ni paling aku benci dan meluat, konon ada z kat hujung...cool la kire...STFU!)
[meh aku cerita sikit zaman nabi/sahabat: nabi saw orang yg pertama bagi salam. ade sekali sahabat nyorok balik pokok kat tepi jalan, konon nak jadi org pertama bagi salam kat nabi. heh....tapi kantoi gak. dia sergah2 je nabi, terus baginda bagi salam kat sahabat tuh]--> riwayat yg lebe kurang maknya nya.
"alaaa .... aku jawab dalam hati" --> bodoh, mane aku nak dengar hati ko?
cerite hari ini
A: aslm
B: eh ape dah ......pakai aslm....tak islamic langsung
A: abis ape
B: gunalah assalamualaikum warahmatullah
A: ko pon same gak....haram kejadah tak islamic ...melayu ada la
B: apsal lak....kan penuh tu aku eja
A: ye la...nak islamic tulis la guna font arab...ni guna roman
B: ko tu lagi teruk....dah la roman....eja tak betul lak
A: apsal? aku guna bahasa messenger... aslm tu kire assalamualaikum la gak kalau dalam bm
kesimpulan cerite:
sorang bodoh, sorang bangang
ye la....sorang kutuk tu...yg tu lak kutuk yg sorang tu
ape hal.....rileks2 la brader
sume serupe je
aslm tu singkatan.... assalamualaikum pon lebe kurang je pasal die guna roman bukan arab
Kesimpulan:
(saya mat islamic pasal tau arabic word tapi tulis dalam rumi kekeke DAN kadang2 saya bagi salam guna abbreviation SALAMZ, AKUM, WAKUM, SEMEKUM, ASKUM: please don't use all these shitty words)**
** at least kalau rumi pon, taip penuh2: assalamualaikum atau lagi best
(error-arabic world not available)
moral cerita:
- jgn bagi salam pendek yg aku tak paham: akum, askum, wakum, semekum, combat. (kesoma tambah contoh terbaru: ass)
- sekian terima kasih.
huhuh~
iyolah..btuilah tu..
(ustazah ak x penah tego ak pun
gne bhs messenger..huhu)
(lgpun kalo tgk sebutan kire penuh jgak tu)
(ak x penah deal ngan persatuan muAlaf..so x tau..huhu)
(timekasih sbb tego:ade satu hadith sahih:agama itu ialah nasihat)
(so timekasih sbb bg nasihat)
sekian terima kasih..
Waalaikumusalam,
tak salah pun cuma akan mengelirukan persatuan mualaf sedunia.
berikut adalah short arabic word yg telah di persetujui oleh persatuan mualaf sedunia.
SAW
RA
R.AHA
RAH.A
SWT
dan lain2, boleh rujuk kitab ugama bebahasa rumi di pasaram, kitab inglish pun guna short cam nih...
Wallahualam.
salam Hamka
best gak nak mencelah kat sini :P
mmg ramai yg kata itu ini pasal short salam tu, tp ada makhluk yg kata biar tulis apapun kita sebut yg betul. bg aku, aku type 'salam' je hehehehe
salam alaik wa rahmatullah wa barakatuh wa maghfiratuh
salam untuk kau jugak...
apa maknanya klavu?
interesting post. tapi bukankah apa yg kita sepatutnya ikut dan susunan nya yang seperti gini?
1) Syariat Nabi
2) Tarikat Nabi
3) Hakikat Nabi
4) Maarifat Nabi
Siapa nie? takde hakikat dan maarifat? maksud aku pengenalan engkau...he he he..
pasal susunan tu, aku tak tahu sangat...kena tanya mamat si kaki pancing dululah he he he..
he he he
assalammualaikum..bukan ingin membetulkan. Tapi sajalah ingin mencoretkan sesuatu yang boleh membantu. Sepanjang yag sy tahu mmg bermula dengan Syariat, Tarikat, Hakikat, makrifat. Itu hanyalah istilah manusia. Dan pemerhatianNYA bukan pada istilah-istilah ini. Umpama sifat wajib diketahui pada ALLAH ialah 20. Tetapi ianya lebih dari itu. Yang 20 itu HANYA SIFAT WAJIB DIKETAHUI. Begitulah juga pada 4 peringkat tadi. ITU HANYA ISTILAH untuk manusia mudah FAHAM. wassalam.
-hambaNYA-
engkau benar, aku jahil lagi hina, terima kasih kerana mengingatkan aku..
amin..
sama-sama kasih. Berdoalah moga MAHASUCI merahmati kita semua kerana kita ini ialah hamba-hamba yang telah dijadikan olehNYA dari sifat KASIH SAYANG yang tidak ternilai. amin ya rabbal alamin.
-hambaNYA-
Assalamualaikum to all,
aku baru je kenal blog ni..selamat berkenalan semua..
To Hamka,better la ko tulis mengenai tarikat ni sikit mcm tu je..kang jadi panas lak..tak semua org boleh terima/faham terikat.ini semua rezeki.
semoga Allah bagi berkat pada rezeki..
sekarang baru fhm apa itu syariat, tarikat, makrifat dan hakikat,alhamdullilah
rasa nak gi mancing pulak, jom!
salam utk semua,susunannya lbih krng gini.Syari'at,Hakikat,Ta'rekat,barulah Maa,rifat.Papa,Da;if,Miskin,Hina,Letih,Lelah,Penat,Lesu,Jualah duniamu utk akhiratmu,Wa'allah Huwaklam Bis Sawab Hari Malam Baru Bolih Jawab.He'He'He'Jangan maaaaarah nanti kena juuuual
Post a Comment