“I’m not afraid of death, I’m just pissed off about it,
Especially, I think, when you have a life like we have, and then one day it’s
over. I mean, that really pisses me off.”
Petikan kata kata Arnold Schwarzenegger.
Al kisahnya, Nak jadi kaya dalam hidup ni bukan perkara senang, kena susah
payah, siapa cakap senang nak kaya?, melabur dan duduk rumah goyang kaki?
alamak kena tipu dengan scammers lah nanti.
Semua tahu sudah, Arnold bermula dengan bina badan, jaga makan, senaman siang
malam, dan dengan pengorbanan besar hidup tak macam orang, dia Berjaya jadi
Juara bina badan peringkat dunia!
lepas tu bila dah penat bina badan, maka dia nak mencuba bidang lakonan, tapi
takde orang nak ambik berlakon sebab badan terlalu tinggi dan besar pelik,
loghat pun berterabur. Ujikabakat nak berlakon jadi HULK pun tak lepas. Filem
awalnya kena ganti suara orang lain, namapun susah orang nak eja, Arnold
Susahnakeja.
Tapi Arnold ada pepatah hidup, iaitu jangan bertangguh dengan segala peluang,
“If you leave dishes in the sink, they get sticky and hard to wash the next
day”
Maka beliau terus belajar berlakon dan ambik peranan walau sekecil manapun.
Tapi berkat kerja keras, akhirnya dapat berlakon filem purba, Conan, sesuai
dengan badannya dengan watak Pendekar pedang besar lawan naga, lepas tu jadi
Terminator, sesuai jugak jadi robot, , lepas t uterus dapat tawaran berlakon
macam macam filem, terus jadi kaya raya, tapi lama lama filemnya banyak gagal,
tak laku, masuk politik pulak,
Dah kaya balik, tapi lepas tu kena kecam macam macam, kes dadahlah, kes cabul
lah, siap kena baling telur, akhirnya bersara dari politik, kembali berlakon, dan
sekarang telah ada segalanya, restoran mewah, Planet Hollywood, bangunan mewah,
tanah berekar ekar, harta melimpah ruang, kemahsyuran, kesihatan waktu tua, dan
bila di tanya apa pendapat anda tentang mati, maka jawabnya:
“Aku tak takut mati, Tapi aku bengang dengan mati, terutama bila aku dah ada
segala gala dalam hidup, tapi satu hari mati akan ambik sekaligus!, ni yang
buat aku bengang dengan mati!”
Ya tuan tuan, nak jadi kaya banyak pengorbanan kita kena buat, tapi mati itu
datangnya secara tiba tiba, dan akan ambik nyawa serta pengorbanan kita sekelip
mata.
Ada orang kerja siang malam nak buat rumah besar, rumah belum siap, dia mati
dulu.
Ada orang kerja siang malam bayar hutang, belum habis hutang, dia mati dulu.
Ada orang belajar sampai PhD, belum sempat Konvo, dia mati dulu.
Banyak jika nak cerita.
Kita pun akan mati, dan mati akan rampas segala pengorbanan kita dalam sekelip
mata.
Maka beruntunglah orang yang buat pengorbanan untuk kehidupan selepas mati.
Allah bagitahu semua orang rugi, kecuali orang yang ada 4 perkara ini.
Iman dan Amal Soleh dan Dakwah, dan Sabar.
Allah guna DAN, bukan ATAU, bermakna semua kena buat baru tak rugi.
Jika Allah guna ATAU di hujung ayat, maka kita boleh pilih, contoh, berkahwinlah kamu dua ATAU tiga
ATAU EMPAT.. maka tak salah nak kahwin dua, atau tiga, tapi bila Allah
berfirman semua orang rugi, kecuali orang berIman dan berAmal Soleh dan
Berpesan dengan Kebenaran, dan Berpesan dengan KeSabaran.
Maka kena ambik semua.
Sebab?
Semua tahu sudah jika Orang ada Iman sahaja, langsung tak ada amal soleh, maka
akan masuk neraka, tapi sebab dia ada Iman akan dikeluarkan juga dari neraka,
ruginya dia sebab masuk neraka hukuman maksimum.
Orang yang ada Iman dan Alam Soleh sahaja juga boleh masuk neraka sebab tanpa
Dakwah, isteri boleh Tarik ke neraka, JIrannya boleh Tarik ke neraka, anaknya
boleh Tarik ke neraka, orang bawahanya boleh Tarik ke Neraka, maka amal soleh
sahaja tidak cukup, kena ada Dakwah atau dalam Bahasa Al quran “berpesan pedan
dengan kebenaran”
Dan akhir sekali, dah berdakwah tapi takde SABAR tak sempurna juga, sebab bila
Dakwah tiba tiba ada orang kecam kita pun stop, orang keji kita pun balas
dengan keji, orang maki, kita pun maki balik, kita putus asa, kita marah, kita
caci mencaci, gaduh semuanya berlaku sebab tak ada SABAR atau dalam Bahasa Al
Quran “berpesan pesan dengan Kesabaran”
Jadi kena ada empat ini barulah boleh kita berdamai dengan mati, InsyaAllah.
Maka dalam kesibukkan kita bagi masa untuk cari kaya, janganlah lupa untuk bagi
masa untuk cari keredhaan Allah.
Bangun malam tahajjud, jangan doa nak panjang umur dna murah rezeki, dulu
syaitan minta panjang umur, Qarun minta murah rezeki, kedua dua permintaan
Syatan dan Qarun itu makbul, Syaitan masih hidup sempai sekarang, dan Harta
Qarun masih ada sampai sekarang, tapi Syaitan dan Qarun dilaknat dalam Al quran
sampai kiamat.
Maka bangun Tahajjud, mintalah empat perkara:
Ya Allah Kekalkan saya dalam Iman sampai mati.
Ya Allah, Pilihlah saya untuk buat amal Soleh.
YA Allah, Ambiklah, diri, masa, dan harta saya untuk buat kerja berpesan dengan
Kebaikkan.
Ya Allah, berikan saya hakikat berpesan dengan kesabaran yang mana saya akan
istiqamah dengan semua ini sampai mati.
Amin.
Tentang doa panjang umur, murah rezeki, tak lah salah nak doa, tapi karang
panjang umur sampai nyanyuk hingga anak cucu kena basuh berak, tak shok juga,
harta terlalu banyak hingga masuk syurga sampai merangkak, tak shok juga, jadi
doalah agar dapat BERKAT Umur, dan BERKAT harta.
Apa itu BERKAT umur?, panjang dan pendek umur kita, tetap menyelamatkan dari
azab api neraka.
Apa itu BERKAT harta?, banyak dan sikit harta kita, tetap menyelamatkan dari
azab api neraka.
Amin ya Rabbil Alamin.
Bangun Tahajjud karang, jika teringat, doakan abang mayat sama yer, nanti kita
jumpa kat Syurga tingkat lapan, area telaga susu dan madu.
Woha!
(Semoga Allah bagi hidayat buat Arnold dan kita semua, amin)
Himpunan Nota-nota ugama untuk diri sendiri, dan soalan-soalan yang aku cuba jawab (secara umum, bukan secara personal) sebelum naik kereta mayat.
Nov 17, 2020
Marah kepada Mati?
Nov 16, 2020
Sukan Gusti Haram?
“Saya tengok abang mayat minat khabib, minat gusti UFC, sedangkan dalam Islam bergusti adalah haram, Khabib membuat dosa kerana bergusti dan kita terhibur menonton babak orang pukul orang? adakah abang mayat menyokong sukan yang haram?”
*******
Terima kasih atas teguran, memang betul sukan gusti ada fatwa haram sebab
mencederakan wajah, memukul muka adalah di larang dalam islam.
Namun ada juga pendapat ustaz, yang benarkan bergusti jika pakai pelindung
muka, dan pakai sarung tangan. Bermakna hukum asal adalah haram bila
mendatangkan bahaya! dan harus jika ada ciri keselamatan.
Untuk pengetahuan anda, Awal sukan UFC 1993, dunia dikejutkan dengan sukan
paling brutal, tak ada limit masa, pakaian bebas, boleh pukul di mana sahaja,
boleh pijak lawan yang jatuh, maka sukan itu telah mendapat kritikan kerana
terlalu kejam, maka UFC hari ini telah di buat undang undang demi menjaga
keselamatan nyawa setiap peserta.
Sebab tu Khabib boleh lawan 29 kali tanpa cedera di wajah sebab dengan cara
yang betul, sukan ini tidak merbahaya.
Jadi dalam UFC terkini, undang undangnya adalah, tidak boleh pukul belakang
kepala, sebab pukul belakang akan mati. Jika ikut hadis tak boleh pukul wajah
adakah bermakna boleh pukul belakang kepala?
Pukul wajah boleh pengsang, pukul belakang kepala boleh mati, maka hadis tu
betul iaitu pukul yang mem pengsangkan pun tak boleh maka apatah lagu pukul
belakang kepala.
Balik pada pendapat ustaz yang mengahruskan jika ada ciri keselamatan, maka
semua peserta UFC sekarang ini, wajib memakai sarung tangan, tak boleh cucuk
mata, tak boleh gigit, dan bila mangsa jatuh, tak boleh guna kaki, Conor waktu
lawan Khabib telah lakukan kesalahan melutut Khabib yang sedang posisi atas
lantai,itu salah!
Lagi ciri keselamatan adalah sebaik mangsa kena tumbuk di muka, biasanya
peserta akan ambik peluang untuk pukul lagi, waktu itulah pengadil akan
hentikan perlawanan kerana tugas pengadil nak pastikan semua peserta selamat,
jika tumbukan berkali kali dan pengadil biarkan, maka pengadil itu tak layak
menjadi pengadil.
Ciri keselamatan lain, ambulans dan doctor telah ready siap siap jika ada kes
tak di ingini, jika musuh kena cekik, pengadil akan hentikan perlawanan, dan
doctor akan terus berkejaran bagi CPR.
Lagi ciri keselamatan, siapa yang cedera tak akan di benarkan bertanding,
Khabib berapa kali terpaksa cancel lawan Tony sebab kakinya cedera.
Lagi ciri keselamatan, ada masa rehat selang lima minit, round hanya tiga bagi
peserta biasa, dan otai, sampai lima round, lepas lima round walaupun belum ada
yang kalah, maka keputusan akan di kita berdasarkan jumlah serangan. Tak lah
zalim sangat nak lawan sampai 12 round...
Lagi ciri keselamatan, peserta tak boleh makan ubat kuat atau ambik dadah,
ujian air kencing akan di ambik sebelum dan selepas perlawanan, ada lawan
Khabib yang ambik dadah tapi kalah jugak, dah hukuman telah dikenakan pada
lawan Khabib yang ambik dadah tu.
Lagi ciri keselamatan, berat badan peserta mestilah setara agar kekuatan
tumbukan adalah sama, tak ada orang 100kg nak lawan 50kg, tak de dalam UFC
macam tu. Zalim dan tak adil.
Lepas tu pulak, jarak antara perlawanan bukan boleh lawan tiap minggu, kadang
kena tunggu setahun. Rehat betul betul, berlatih betul betul, baru layak
bertanding.
Syarat nak masuk sangat ketat, hanya mereka yang stamina tinggi dan ada rekod
seni bela diri boleh masuk, bukan boleh pergi lawan terus walk in macam pergi
ambik Brim.
Jadi pada pendapat saya, sukan yang penuh dengan ciri keselamatan dan terbukti
selamat, adalah harus. Jika sukan UFC macam awal dulu, orang berat 100kg lawan
orang 50kg, takde mase rehat, tak pakai sarung tangan, boleh pijak waktu jatuh,
boleh pukul belakang kepala, memang haramlah!
Tapi sukan yang penuh dengan ciri keselamatan, bagi saya secara peribadi, harus
sebab ada ciri keselamatan. Takde yang di zalimi. Cepat dan common sense.
Sudut lain pulak, ilmu bela diri adalah ilmu paling berguna waktu perang, umat
islam di ajar tak takut bersunat sejak kecik lagi, di ajar sembelih binatang
tiap tahun, di ajar tengok darah, agar lebih berani, maka bergusti adalah ilmu
yang sangat bagus dalam menambah ketakutan musuh.
Dan bila ada ilmu, perlu pada ujian, maka UFC adalah medan untuk buktikan
kemampuan seni bela diri siapa yang terhebat? Dan dengan ciri keselamatan yang
sedia ada, tiada yang mati, dan tiada yang paksa, maka penonton dapat belajar
jurus paling tepat bila kita perlu melindungi diri suatu hari kelak.
Sudut lain pulak, di China Xu Xiaodong tetah buktikan seni bela diri kung fu
tak boleh digunakan waktu melindungi diri, beliau telah mencabar kesemua guru
Kung fu dengan bertarung gaya UFC dan kalahkan semua guru Kung fu. Akhirnya
persatuan Kung fu bagitahu Kung fu adalah senaman sahaja.
Dari UFC 1 lagi, dunia dikejutkan bahawa jurus grappling atau ground fighting
oleh Royce Gracie terbukti seni bela diri paling ampuh untuk kalahkan lawan
dengan cepat tanpa perlu kecederaan melampau. Royce Gracie jadi juara malam tu
kalahkan semua seni bela diri seluruh dunia.
Dan Khabib buktikan dengan teknik ground fighting beliau kekal juara tak terkalah.
Pahlawan UFC yang handal seperti Jon Jones, Anderson Silva, Fedor Emelianenko,
Israel Adesanya, Michael Van Page dan Zabit patut bersyukur sebab di liganya
takde orang yang macam khabib. si khabib ni tak pernah berdarah di gelanggang,
lepas tu waktu rehat seminit, peserta akan sibuk di beri nasihat oleh jurulatih
untuk teknik seterusnya, tapi Khabib siap berborak dengan Dana White (bos besar
UFC) suruh Dana White bagi lawan yang kuat sikit, lepas tu sedang pukul lawan,
nampak Mike Tyson siap tegur, dan selalu borak dengan lawan suruh menyerah,
jurulatihnya siap tegur jangan lawan berdiri sahaja, kembali ke plan grappler,
maka malam last lawan Justin, Khabib straight to the point, cekik Justin dengan
kaki, pengsan tanpa perlu pecahkan wajah.
Dengan kemenangan Khabib tak terkalah, membuktikan orang islam ada ilmu bela
diri yang hebat. Waktu sesi dialog dengan Conor pencabar terkuat, Conor minum
arak dan hina islam sebab tak minum arak, tapi Khabib bagitahu, arak tak boleh
selamatkan kamu, Hanya Allah boleh selamatkan kamu. Tapi Conor berterusan
menghina ayah Khabib, menghina isteri khabib yang berpurdah disamakan dengan
Tuala hotel. Menghina islam.
Maka pertarungan antara Khabib dan Conor adalah perlawanan paling besar dalam
sejarah UFC, penonton teramai, dan waktu tu orang islam semua berdoa agar Conor
kena belasah kau-kau dengan Khabib! Dia hina islam, ubah wajah dia!
Conor walaupun main kotor waktu bertarung, Tarik seluar, paut pagar, pukul
tempat salah, dan pengadil berat sebalah, namun akhirnya tewas di tangan Khabib
kena cekik rond ke empat dan sejak itu kelihatan Conor telah berubah menjadi
seorang yang kelihatan merendah diri dan telah meminta maaf.
Khabib terus di hormati kerana beliau teguh dengan ajaran agamanya, wartawan
wanita nak bersalam, Khabib tolak lalu wartawan ini respek sebab baru tahu
islam menghormati wanita.
Khabib juga sempat berpesan agar kita hormat ibu bapa, jaga solat, dan Khabib
seorang yang selalu bersukur, meniti di bibirnya: ”Saya tak tahu kenapa Allah
bagi banyak nikmat pada saya, syukur Alhamdulilah”
Tiap kali menang Khabib akan buat isyarat, bukan dari dia, tapi dari Allah!
Lepas tu sujud syukur!
Bila wartawan tanya, komen permata "Allamdulillah"
Selalu baca komen di youtube, orang Kristian yang sokong Conor, tapi malu
dengan akhlak Conor dan puji akhlak Islam yang di bawa Khabib!
Saya juga ada baca komen di Youtube, ada peminatnya di serata dunia, telah
peluk islam kerana kagum dengan Khabib dan kagum dengan Islam.
Maka khabib dari sukan UFC ini telah sedikit sebanyak mengharumkan nama islam,
atau membetulkan kembali pandangan serong orang kafir terhadap islam, bahawa
islam itu menjaga maruah wanita, menghormati ibu bapa, merendah diri, membantu
yang lemah, kuat waktu lawan, tapi lemah lembut bila berdamai.
Akhir kata, di zaman Nabi, ada sahabat yang namanya seakan Khabib, iaitu
Khabbab r.a
Umar bin Khattab RA pernah meminta Khabbab menceritakan kembali bagaimana
penderitaannya dahulu pada permulaan menerima Islam kepada generai baru Islam.
Khabbab menjawab,
“Lihatlah belakangku ini!”
Umar pun melihat belakangnya. Setelah melihatnya, beliau berkata,
“Saya belum pernah melihat belakang badan manusia seperti ini.”
Khabbab RA meneruskan, “Saya telah diseret di atas timbunan bara api yang
menyala, sampai lemak dan darah yang mengalir dari belakang saya telah
memadamkan api tersebut.”
Setelah Islam berjaya dan pintu-pintu kemenangan telah banyak diraih, Khabbab
berkata,
“Nampaknya Allah SWT telah membalas penderitaan kita. Saya khuatir ini hanya di
dunia dan di akhirat nanti kita tidak mendapatkan balasan apa pun.”
Dikatakan kecedaraan Khabbab kerana mempertahankan iman adalah yang paling
teruk dan dahsyat di kalangan para sahabat yang masih hidup.
Semoga Allah merahmati Khabbab al-Arat radhiyallahu anhu.
Beliaulah salah seorang bintang dalam bintang-bintang di langit yang menjadi
petunjuk kepada ummah. Beliaulah ikon umat Islam sebenar, kerana telah di jamin
syurga.
Khabib dan kita semua, belum di jamin syurga, buat sehabis baik sebelum naik
kereta mayat. InsyaAllah.
Akhir kata, Khabib dah bersara, namun jika ada sesiapa yang hina agama islam,
pesan Khabib:
“Alhamdulilah, I will change you face, Share me Location!”
Woha!
Nov 15, 2020
Rekod Gusti Nabi?
Jika perang di zaman Nabi direkodkan?, berapakah tahap
kejayaan Nabi dalam dunia perang?
Semua tahu sudah, juara Tempur dunia sekarang ini, adalah milik orang islam,
Khabib Nurmagomedov dengan rekod perlawanannya 29 Menang, dan tidak terkalah!
Tempat kedua adalah dari Amarika, Jon Jones yang hanya kalah satu kali, menang
26 kali, dan satu NC yang bermaksud Tidak dikira kerana NO Contest.
Tempat ke tiga adalah dari Nigeria, milik Israel Adesanya dengan rekod 20 kali
menang dan tidak pernah terkalah.
Baik, saya cuba rekodkan perang di Zaman Nabi dan mendapati Nabi Muhammad SAW
menjadi ketua perang dengan jumlah tentera yang sedikit dan kelengkapan perang
yang minimum tapi mampu tewaskan jumlah tentera yang besar lengkap bersenjata.
Untuk rekod, Nabi sertai 28 Perang.
1. Perang Waddan, Sebaik Hijrah Ke madinah, Nabi pergi bersama 70 sahabat ke
Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku
antara Banu Damrah. Status perang: NC: No Combat.
2. Perang Buwat, Nabi dan 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang Umayyah bin
Khalaf yang akan lalu di jalan itu, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal,
tapi Umayyah takut, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku. Status perang:
NC: No Combat.
3. Perang Safawan, orang kafir datang ke sempadan dan mencuri unta, Nabi ambik
masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah
melarikan diri. Status perang: NC: No Combat.
4. Perang Zul Al-Ushairah, berlaku bila Nabi dengar orang kafir telah ambik
harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi
pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah
R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada
malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada
masa hadapan. Status perang: NC: No Combat.
5. Perang Badar berlaku bila rombongan dari Mekkah yang nak jual harta orang
islam ke sham patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta,
dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad
SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta
yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera
Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki
ayam.Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil
Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar. Status perang: Win!
Aduh, rasa penat pulak nak cerita semua perang Nabi, insyaAllah saya sambung
lain kali, secara ringkas saya boleh bagitahu, status perang Nabi adalah, 13
win dengan berperang, 14 Win tanpa berperang kerana musuh menyerah, atau ajak
berdamai, atau musuh undur tanpa perang, dan satu Seri(Perang Uhud)
Maka status perang Nabi Muhammad SAW adalah 27 Win dan Satu Seri.
Bayangkan umur Nabi 53 tahun waktu perang Badar, hingga ke Perang Tabuk, umur
Nabi 61 tahun, umur senja, umur pencen, umur KWSP dah boleh keluar semua
caruman, tapi Nabi di zaman itu sedang sibuk berperang dan berdakawah.
Sedangkan kita umur 40 tahun usahkan nak ajak pergi berperang? Pergi berdakwah
pun ramai yang menyorok. Adohai..
Malulah kita, Nabi start berdakwah umur 40 tahun, dan start berperang umur 53
tahun, bermakna: semakin tua, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama.
Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam
dunia sepi orang tua tua?, menangis bila anak anak tak balik ziarah?, bimbang
harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad?, waktu tu
nak pergi masjid pun tak larat.
Maka pesan saya pada diri sendiri, sekarang, waktu sihat dan masih bekerja,
janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah
dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk
bertangguh.
Kerajaan, benarkan kami keluarkan KWSP, kami nak pergi takluk dunia!
Woha!
Nov 14, 2020
Anak OKU? Tahap redha ibu bapa ada empat?
Pengalaman saya sendiri yang ada anak OKU, maka saya
perhatikan, parent ni ada 4 katogori.
Tahap satu.
Percaya anaknya OKU, tahu anaknya OKU, tapi tak buat apa apa, hanya berserah
pada takdir, tak daftar kad anak, pura pura anak normal, dan jika ada kawan
cakap, anak awak ni normal, maka dia setuju walau jauh dilubuk hati risau
anaknya yang lain dari orang lain, tapi takut nak terima kebenaran, maka
hanya percaya dalam hati tapi menafikan dengan perbuatan.
Namun lambat laun, perbuatan sebegini akan effect pada anak, sangat kasihan
pada anak bila dewasa, sebab OKU tidak boleh disembuhkan tapi boleh di rawat,
lagi awal lagi baik, insyaAllah.
Tahap dua.
Percaya anaknya OKU, lalu bawa ke klinik, jumpa pakar, dapatkan anak kad OKU,
lepas tu buat terapi dan sebagainya, Alhandulillah, ramai parent macam ni.
Tahniah.
Tahap tiga.
Sama macam tahap dua tadi, tapi dia lebih advance, dia akan sebarkan kesedaran
tentang OKU dikalangan masyarakat, dia akan berkongsi ilmu dengan parent lain,
dia akan bantu semampu yang dia boleh, jika kaya, dia keluarkan dana untuk
kepentingan anak OKU di kejirananya, jika orang seni, ada yang buat filem
tentang kesedaran melayan OKU, atau menulis lagu, atau mengarang buku, jika dia
seorang menteri, ada sahaja penambah baikakn hala tuju negara kea rah mesra
OKU, pendek kata, BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN.
Tahap empat
Ini paling tinggi, saya pun tak mampu nak capai secara istiqamah, iaitu dia
sama macam parent tahap dua dan tahap tiga, BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN.
Cuma tambah satu lagi, dia bukan setakat berpesan pesan dengan kebenaran. Tapi
berpesan pesan dengan kesabaran, iaitu istiqamah dalam kerja amal, redhanya
sampai mati, tak pernah bersungut, anggap ujian sebagai nikmat, dikecam dan di
keji, jalan terus! memang tahap tinggilah bagi mereka yang BERPESAN PESAN
DENGAN KESABARAN.
Jadi sekarang, tepuk dada Tanya Iman, kita parent tahap yang mana?
Amboi, cik Hamka, reka reka tahap pulak, anak awak mild autisme bolehlah
berpesan pesan dengan kesabaran, jika anak awak Severe autism macam anak saya,
tentu awak pun akan malu dan tak mampu nak menulis buku sebab tak tahan ujian!
Astrafirullah, maafkan saya andai nasihat saya melukai hati Puan, tapi sungguh
saya tak reka bab tahap ni, ada dalam Al Quran surah Wal Asri.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali
orang-orang yang beriman (tahap satu) dan mengerjakan amal soleh (tahap dua)
dan saling menasihati dengan kebenaran (tahap tiga) dan saling menasihati
dengan kesabaran(tahap empat).” (Surah al-Asr 103:1-3).
Jadi rujuk ayat ni, Allah bagitahu SEMUA manusia rugi! KECUALI EMPAT TAHAP ini:
Tahap pertama: beriman, tapi jika beriman sahaja tak solat, tak puasa, tak buat
baik akan ke neraka juga, maka tetap rugi.
Tahap Kedua: beramal soleh, solat siang malam, puasa, pergi haji, tapi jika
amal soleh sahaja tak berpesan dengan kebenaran seperti tak hormat ibu bapa,
tak redha anak OKU, tak jaga lidah, boleh masuk neraka juga, maka tetap rugi.
Tahap ketiga: berdakwah sambil berpesan dengan hak, Alhamdulilah dah bagus
sebab sampaikan agama, tapi bila orang kecam, orang keji, terus give up, terus
berhenti, terus sentap, maka rugi juga, untuk itu Allah pesan satu lagi.
Tahap ke empat, Berpesan dengan sabar, yang mana ikhlas buat semua perkara itu
sampai mati, orang kecam dan keji, jalan terus, never give up, kipidap, masa tu
ujian pun jadi nikmat, sentiasa bersyukur dengan ladang pahala, menurut saidina
Umar, jika ayat ini turun, cukup untuk dia amal agama, nampak tak?
Jadi balik pada parent OKU, saya pun nak berpesan pada diri sendiri, agar kita
mampu jaga amanah Allah ini hingga ke tahap berpesan-pesan dengan kesabaran.
Yang baik dari Allah, yang kurang atas kelemahan diri saya sendiri.
Tepuk dada Tanya Iman!
Ps: nama anak syurga saya Muhammad Iman, jadi saya nak pergi Tanya dia lah ni.
Sekian Tazkirah dari abang mayat.
Woha!
Nov 13, 2020
Covid 19 adalah Penipuan?
“Abang mayat, saya pelik, katanya vaksin untuk Covid 19
belum ada, tapi hari hari ada orang sembuh? Nampak tak permainannya di situ?
Allah berkuasa, makhluk tak de kuasa, , Ini ada link video pakar bagitahu
Corona ni hanyalah konspirasi sahaja, semua laporan tu palsu, nanti ada pihak
jual vaksin berjuta wang nak kena beli padahal vaksin semua tu palsu, akhir
zaman semua kena tipu”
********
Baik, saya pun buka link video, ada sekumpulan doctor kafir buat
pendedahan, konon Carona ni tak wujud, tak bahaya, mereka semua sihat.
Video habis, adakah saya terus gelabah nak share video itu?
Adakah saya mudah panic hingga mampu do tipu oleh scammer?
Tak, saya orang islam, saya rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu–
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
****
Pembaca yang budiman sekalian. Allah dah bagitahu 1400 tahun dahulu, apa apa
berita, jangan terus percaya, jadi mangsa scammer lah korang, maka sayapun
goole komen orang pasal video tu, hmm, ramai rupanya orang kafir sendiri yang
hentam dan buktikan fakta dalam video tu salah.
Ni sama macam orang percaya bumi leper dan buktikan dengan video di youtube
oleh orang kafir yang konon pakar angkasa, padahal kita ada orang islam yang
dah naik angkasa siap solat sambil terbang untuk rujukan, nak jugak merujuk
orang kafir.
Jadi, moralnya, Setakat video orang kafir mengaku doktor semua orang boleh
buat, kita ada doktor islam, yang solat, buat dakwah, telah buktikan coravirus
bukan tipu, terpulang nak percaya video dari orang kafir? atau kata kata dr
beragama islam yang sedang bertukus lumus di barisan depan. Untuk makluman
negara kafir sekarang huru hara sebab ramai mati dan berjangkit kerana carona.
ada yang cabar nak kena carona dan telah matipun.
Bab takde vaksin tapi ramai yang sembuh, kena faham, vaksin ni macam helmet
motor, bila kemalangan kurang cedera parah.
Jadi hari ni, ramai jer tak pakai helmet dan sembuh bila kemalangan, tapi
risiko cedera parah adalah tinggi bila tak pakai helmet.
Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan, Alhamdulillah.
Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook gambar anak naik
motor tak pakai helmet siap tulis,
“Allah berkuasa, helmet tak ada kuasa”
Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..
Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang tak nak tambat unta
sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan update facebook:
“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”
Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.
Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu kita semua, vaksin ni macam
helmet.
Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk, helmet, vaksin itu
semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh selamatkan anak kita,
kita dah syirik dengan Allah.
Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha pun perintan Allah,
tawakal selepas usaha pun perintah Allah.
Sebab tu zaman Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju besi
takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa, tapi itulah perintah Allah, iaitu
jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan tawakal selepas usaha.
Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal waktu kelamangan,
samalah jugak perang uhud, sahabat pakai baju besi pun ramai syahid. Tapi lepas
tu perang lain sahabat tetap pakai baju besi.
Jadi dalam bab helmet, data menunjukkan peratusan orang yang tak pakai helmet
lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan. Sebab tu kerajaan wajibkan
pakai helmet.
Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan dalam hati nak sembah
helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita boleh ucap: helmet takde
kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas pakai helmet tau, bukan ucap
sambil tak pakai helmet, itu yang silap.
Kita cucuk vaksin pergi haji, lepas cucuk ustaz bagitahu korang semua, Allah
berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan jemaah haji kena
penyakit berjangkit selepas di vaksin, kita berserah kepada Allah, kita
bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Kita redha
dengan keputusan Allah selepas kita berusaha, bukan kita berserah tanpa apa apa
usaha.
Pernah zaman saya belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan ni demam, tok
guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan Allah, lepas
solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula mula budak tu
tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak ada kuasa,
selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya sedekah
kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu kamu
yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan dan
bertawakkallah!
(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan
jayanya- semua dari Allah)
Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa, makhluk tak de
kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan isbat hanya pada
Allah selepas usaha yang betul.
Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka helmet, tapi jangan
yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, helmet
langsung tak ada kuasa.
Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak, gunalah vaksin,
tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa,
vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!
Maka oleh sebab Carona ni belum ada vaksin, maka terpaksalah buat PKP, ibarat
belum ada helmet, maka ayah terpaksa kawal pergerakkan anak, kurung dalam rumah
takut kemalangan, faham tak?
Tak akan faham jika korang lebih suka rujuk orang kafir bila ada orang islam
yang pakar, tak nak pualk rujuk, adohai.
Akhir kata: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak asbab
adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam Nabi
pakai Helmet besi waktu perang.
Wallahu’lam.
Nov 12, 2020
Topi Sudu Capal Nabi?
"Abang mayat, apa pendapat abang mayat bila ada ustaz
kempen ajak pakai topi sudu logo capal? Sunnah bila tabarruk katanya, boleh ke
macam tu? Ini ustaz mazhab ni bukan ustaz wahabi yang kata.. apa pendapat abang
mayat?"
*****
Abang mayat tak kira ustaz mazhab ke, ustaz wahabi ke, bila salah kita
tegurlah. Dah terang terang Topi sudu tu bukan sunnah. Lepas tu nak letak
simbol naal atau capal... lepas tu nak claim tabarruk...agak agak lah nak ride
pun. Adohai..
Topi sudu tu bukan budaya kita. Ambik contoh Khabib Nurmagomedov lah. Yang
telah harumkan nama islam dengan akhlaknya yang merendah diri, hormat ibu bapa,
jaga solat dan lain lain.
Namun tiap kali fight Khabib tak promosikan topi sudu logo tertentu, tapi
Khabib akan promosikan headgear yang mengenalkan bangsanya pada mata dunia
iaitu topi papakha,
Papakha dipakai dalam perang oleh bangsa Dagestan dan berbagai suku lainnya
yang berada di wilayah Pegunungan Kaukasus dan dalam perang Papakha tidak akan
di tanggalkan kecuali dipotong leher.
Oleh kerana Papakha adalah simbol pergi ke medan perang, maka ianya simbol
kebanggan bagi Khabib dan bangsanya.
Khabib pernah memberi hadiah papakha kepada bintang bola sepak Cristiano
Ronaldo di awal tahun 2018.
Jadi balik pada pendapat abang mayat. Jika kita nak promosikan sesuatu. Biarlah
bersifat membawa identiti bangsa ke mata dunia. Orang arab promosikan serban.
Orang barat promosikan topi sudu. Orang melayu nak promosikan apa?
Kalau abang mayat lah layak masuk UFC, abang mayat tidak akan pakai topi sudu
ke gelanggang. Nampak lemah dan telah di jajah. Abang mayat akan pakai Tanjak
yang merupakann identiti bangsa melayu dalam perang.
Tanjak ni di lipat dari kain berbentuk segitiga (gunung) dan menjadi hiasan kepala
lelaki melayu yang mengiktiraf tanah yang di pijak sebagai tanah merdeka. Hanya
hamba yang tidak bertanjak di zaman melayu dulu.
Perkataan Tanjak ni adalah gabungan perkataan Tanah yang di pijak. Sebab tu
dengan memakai Tanjak orang akan tahu asal dari mana, ada Tanjak Perak, Tanjak
Pahang, Tanjak Riau, Tanjak Bugis, Tanjak Terengganu dan sebagainya.
Ada juga tanjak untuk hiasan golongan bangsawan dengan nama seperti Mahkota
Alam, Ayam Patah Kepak, Dendam Tak Sudah, Pancung Tak Bertanya, Hulubalang
Ombak, Naga berlabuh dan banyak lagi.
Tanjak ni di pakai oleh orang melayu dalam semua majlis. Sama ada kahwin,
bergaya, dan berperang.
Tanjak dalam gambar abang mayat ni adalah Tanjak Laksmana Muda. Dipakai oleh
Timbalan Laksmana. Now you know.
Jadi jika tanya abang mayat bab topi sudu. Tak lah salah memakai. Cuma tak
perlu nak kaitkan dengan sunnah ke apa ke. Dan sebagai bangsa melayu. Ayoh kita
kenalkan kebanggaan bangsa kita di mata dunia dengan bertanjak.
Macam Tun Dr Ismail yang Bertanjak Ketika Berucap Di PBB pada tahun 1957 nak
bagitahu dunia. Melayu telah Merdeka!
Kagum dari jauh!
Jadi.. Siapa sini wakil Malaysia yang ada masuk UFC? Abang mayat nak sponsor
Tanjak satu!
Woha!
(Nak tempah tanjak pm tepi, sempat promote, hehehe)
Nov 11, 2020
Darurat makan babi?
“Nak Tanya, Darurat boleh makan babi?”
Betul, babi haram, tapi bila orang islam kebulur tiada
makanan, maka boleh makan babi waktu itu, sebab perintah Allah jaga nyawa, jadi
walaupan makan babi itu bidaah, bila darurat boleh makan.
“Nak Tanya lagi, Darurat boleh jarakkan saf dalam solat
walau Nabi suruh rapatkan? Bukankan jarakkan solat itu bidaah?”
Ya, waktu bencana Covid 19 ni, boleh solat jarakkan saf demi
menjaga nyawa.. sebab perintah Allah jaga nyawa, jadi walaupan jarakkan saf itu
bidaah, bila darurat boleh solat dengan menjarakkan diri dari penyakit
berjangkit.
Maka bidaah hasanah lah solat jaga jarak sebab nak jaga
nyawa pada musim convid ini, tapi bila sebut bidaah hasanah ramai yang trigger,
Melompat pak wahab marah nanti, maka eloklah guna ayat norma baharu, baru
nampak ramai Pak Wahab akur.
“Ok, soalan last, kalau saya tak nak pergi sembahyang
jumaat, sebab saya ada penyakit kronik, dan tak yakin selamat, dengan keadaan
sekarang, jatuhnya hukum camne eh? sebab solat jumaat wajib and now dah
dibenarkan, tapi saya tak pergi sebab takut terkena. boleh di terima ke atau
tak?”
Ada hadis, Nabi bersabda, “Sesiapa yang mendengar orang yang
melaungkan azan maka kena solat berjemaah kecuali orang uzur”, sahabat bertanya
“Apa maksud uzur ?”. Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.”
Maka ketakutan tuan sebab ada penyakit kronik, memang dah
kira darurat bagi tuan, bolehlah solat zohor di rumah.
Ok, sekian tiga soalan darurat yang saya sempat jawab. Jika
salah boleh tegur, jika betul Alhamdulillah.
Woha!
Nov 10, 2020
Guru di potong Kepala kerana Hina Nabi?
Kisahnya begini, Paty seorang guru yang mengajar moral dan Kesedaran Sivik di Perancis, dalam kelasnya telah tunjukkan kartun telanjang yang menghina Nabi orang islam, Cikgu tu tunjuk kartun tu depan murid murid konon kebebasan bersuara.
Pelajarpun lapor pada bapa mereka, dan salah sorang bapa
pelajar tak setuju tindakan guru tunjuk gambar kartun bogel Nabi depan anak
perempuanya, lalu si bapa luahkan kemarahan di Youtube dengan bagitahu nama
guru dan lokasi sekolah dan minta polis ambik tindakan.
Polis ada panggil Guru itu dan siasatan telah dijalankan,
namun tiada apa apa tindakan dikenakan kepada guru itu.
Seminggu kemudian, datang seorang Remaja Islam ke sekolah
itu dan menunggu guru itu keluar. Remaja itu sempat bertanya kepada beberapa
pelajar yang mana satu Paty?
Lepas di kenal pasti, remaja itu pun ikut Paty yang sedang keluar
dari pagar sekolah, dan telah menikam guru itu dengan pisau sepanjang 30
centimetres, dan telah memotong kepala guru itu.
Kemudian gambar kepala guru yang telah dipenggal di sebarkan
di Twitter.
Terus Polis tahu lokasi tuan punya Titter, terus polis serbu
remaja itu dan cuba menahan tapi remaja itu menyerang polis dengan pisau lalu
Sembilan das tembakan kemudian, remaja itu mati ditempat kejadian, dari telefon
milik remaja itu, ada gambar mayat guru tanpa kepala.
Polis kemudian menahan bapa pelajar yang naikkan Youtube
marah pada guru itu, dan empat pelajar yang mendapat wang dari remaja pembunuh
untuk tunjukkan siapa Paty.
Kejadian ini terus menjadi tajuk hangat seluruh dunia.
Hingga ada orang kafir Tanya, Dalam islam orang hina Nabi
kena bunuh ke?
Ya, Dalam Islam, ada fatwa mengatakan sesiapa yang menghina
Nabi, harus dibunuh dan diperangi.
Tetapi,Dalam Islam juga ajar, proses melaksanakan hukuman
mati, tidak terletak pada semua orang.
Al gojo perlu dilantik dengan mesyuarat, hakim juga perlu
dilantik dari orang yang bijaksana, yang benar-benar layak menjatuhkan hukuman
ke atas seseorang, lebih-lebih lagi hukuman bunuh.
Islam itu adil dan perlu terlihat adil, Guru itu perlu
dihadap ke muka pengadilan. Perlu ada Hakim. Perlu kemukakan bukti dan saksi. Menurut
Polis, anak perempuan si bapa yang naikkan di youtube marah marah itu, tidak
hadir pun kelas hari kejadian-kena siasat.
Balik bab menghukum bunuh pancung, Dalam islam,
Pedangnyanya wajib tajam dan harus panjang. Algojo-nya
terlatih. Dibuat di tempat yang bersih. Mayatnya dibawa dan ditanam dengan
baik.
Jadi kepada bukan islam yang baca berita ini, tolong jangan
anggap perbuatan remaja itu mencerminkan ajaran islam ke seluruhnya.
Ada ke di negara islam, tangkap orang meragut, dan jam itu
juga nampak orang islam terus potong tangan pencuri?
Tengah malam Tangkap orang berzina, tak payah bawa ke
Pejabat Agama, terus buat hukuman sebat malam tu juga? Ada ke?
Dengar orang murtad? Tanpa dakwah dia kembali kepada islam,
terus penggal kepala? Ada ke Islam ajar macam tu?
Jika ada yang buat hukaman serta merta, itu bukan Islam yang
adil, itu memang orang panggil ekstrimislah. Pengganas! rujuk kes ISIS, Orang
kafir pun mereka bunuh, orang islam yang tak setuju dengan mereka pun kena
bunuh, Allahu..
Sistem mahkamah Islam, ada Ulama' dan Mujtahidin yang dah
susun elok dah prosedur-prosedur undang-undang Islam. Nak kena mengajilah.
Orang kafir zaman sekarang tak boleh lagi guna alasan 'tak
faham Islam' atau ‘tak kenal islam’ atau, “mana ada islam baik?”.
Dekat Perancis dan Negara barat, bilangan Muslim makin
bertambah. Masjid dah bercambah. Orang islam ada di mana mana, ada jer orang
islam yang baik, sangat baik, dan terlalu baik, pun ada!
Orang jahat pulak, orang islam pun ada yang jahat, orang
kafirpun ada yang jahat, sebab tu Nabi kami bagitahu orang islam pun masuk
neraka, sebab orang islam juga tak terlepas dari dosa.
Akhir kata, adalah tidak patut mana mana kerajaan
membenarkan penyiaran kartun yang hina Nabi, atas alasan kebebasan bersuara
sedangkan, mereka patut tahu, ia satu sensitiviti pada umat Islam di Perancis,
dan di seluruh dunia.
Padahal, Kes bunuh di Perancis yang berpunca daripada kartun
Charlie Hebdo bukan yang pertama, 2011 kena bom, 2015, dua belas orang mati
kena tembak, dan 2020, guru pulak kena penggal, semua sebab kartun hina Nabi,
tapi Perancis tak pernah serik, kini dunia membaikot barangan Perancis, semoga
Perancis dapat hidayat, dan Hidayat tersebar ke seluruh dunia!, dan semoga
kejadian hina Nabi, tidak berulang sampai bila bila.
Amin.
Misi Rentas Negeri bermula?
Bila ada bencana.. automatik kita akan teringat keluarga. Contoh Anjeli bila kena reject dengan Rahul terus call mak sambil berlinang air mata.
Filem Interstellar waktu bencana dunia nak kiamat, ada kisah anak tunggu ayah dan kekasih mencari kekasih.
Filem War of the World, dunia di serang makhluk asing, Tom Cruise cari bini sambil bawa anak anak.
Filem Day after Tomorrow, dunia dilanda kesejukkan. Ada kisah ayah cari anak.
Filem 2012. Bumi kiamat. Kisah ayah selamatkan keluarga bawa naik bahtera terbesar.
Filem Train to Busan. Wabak Zombie di Korea. Kisah ayah bawa
anak ke lokasi selamat.
Sementara itu. Bencana terbesar dalam hidup adalah Kiamat
kecil yang akan memisahkan semua keluarga. Dan mungkin kita akan mencari cari
di padang mahsyar. Dan semoga kita semua selamat di titian sirat dan masuk
syurga satu keluarga. Itulah nikmat terbesar.
Kembali ke dunia Sekarang. Wabak Covid, Misi selamatkan tiga
orang anak di zon PKPB telah bermula
Alkisahnya,
Hari Sabtu dari kuantan pergi kenduri anak saudara di Kuala Terengganu. Macam biasa jadi juru pantun. Penaja Tanjak. Penyakat orang bersilat. Kemudian petang hari waktu gotong royong dapat tahu Tentang PKPB (Pahang Kelantan Perlis Berkecuali)
Ok. Anak ada dua orang di asrama area Kemaman sekolah lain-lain. Tunggu cikgu whatsapp. Anak sulong di MRSM Kelantan tak terjejas sebab Kelantan berkecuali.
Call anak di kelantan, katanya sekolah macam biasa dan cuti deepavali dia tak nak balik. Nak stay asrama untuk study nak score final katanya.
Call pula dua anak di Kemaman, rupanya arahan balik telah di keluarkan dan minta ambik jam 3 petang lepas balik sekolah hari ahad.
Ok. Di hari ahad. Lepas tidur rumah arwah ayah. Saya plan Lepas zohor saya gerak dari KT ke Kemaman sempatlah.
Tapi lepas zohor dapat tahu semua sekolah di Malaysia tutup. Anak di MRSM Kelantan bagitahu kena balik jam 4 petang hari ni juga!
Alamak? Sekarang di KT, ke Kemaman jam 3 petang ambik dua anak lepas tu nak ke Kelantan jam 4 petang kena jadi the Flash.
Nak tumpang kawan anak punya kereta tak muat sebab harta dunia mereka sangat banyak (rujuk gambar)
Maka Allah kuasa makhluk tiada kuasa. Saya gerak ke Kelantan dahulu ambik anak sulung.
Sampai Kelantan jam 4.15 petang. Solat jamak sana. Dan bergerak ke Kemaman. Jalan agak sibuk. Jam 10 malam sampai untuk jemput anak kedua.
Anak kedua tumpang rumah warden yang baik hati sebab kenal anak saya yang top ten pelajar terbaik di asrama.
Anak ke tiga pula, asrama lain, tumpang sahabat saya yang tinggal di Kemaman.
Sahabat ini pernah saya suruh repair lampu rumah sewa saya di Kemaman sebab saya jauh di kuantan. Saya bank in rm300. Dia repair lepas tu bank in balik rm300. Katanya: "sahabat tolong sahabat"
Aduh... malu saya cara sahabat melayan sahabat.
Tapi begitulah hidup. Ada waktu ujian kita dipermudahkan dengan bantuan orang sekeliling dan ada waktu ujian kita terpaksa harung seorang diri sebab masing masing ada ujian tersendiri.
Nanti di padang mahsyar, jika tak duduk bawah arash, atas timbunan kasturi, dekat mimbar bercahaya dan dipakaikan pakaian kemuliaan. Maka kita akan tergolong dalam mereka yang bertelanjang dan waktu tu nafsu nafsi, masing masing sibuk nak selamatkan diri tak ada masa nak bantu orang.
Waktu tu dosa orang dengan kita akan kita tukarkan dengan pahala mereka. Dan jika mereka tiada pahala maka dosa kita akan ditransfer kepada mereka.
Maka orang paling muflis kata Nabi adalah dia yang di akhirat banyak pahala tapi kerana banyak dosa dengan orang maka pahalanya semua habis di tuntut. Dan bila pahalanya habis tapi masih ramai yang datang tuntut maka dia kena ambik dosa orang hingga akhirnya dia masuk neraka.
Ya betul. Orang yang kita tak bayar hutang dia akan ambik pahala kita dan jika kita takde pahala maka kita kena ambik dosa dia.
Maka takutlah kamu akan perkara hutang kerana orang yang mati syahidpun akan tergantung rohnya selagi hutang tak bayar.
Namun, Jika nak berhutang yang halal tiada riba adalah "hutang budi", yang dibantu mendapat pahala bersyukur dan yang membantu dapat pahala berganda kerana ikhlas.
Jadi.. Siapa nak saya terhutang budi dengan dia?, maka like dan share dan belilah E-book buku serta tanjak saya.
Woha!