Nov 10, 2020

Guru di potong Kepala kerana Hina Nabi?

Kisahnya begini, Paty seorang guru yang mengajar moral dan Kesedaran Sivik di Perancis, dalam kelasnya telah tunjukkan kartun telanjang yang menghina Nabi orang islam, Cikgu tu tunjuk kartun tu depan murid murid konon kebebasan bersuara.

Pelajarpun lapor pada bapa mereka, dan salah sorang bapa pelajar tak setuju tindakan guru tunjuk gambar kartun bogel Nabi depan anak perempuanya, lalu si bapa luahkan kemarahan di Youtube dengan bagitahu nama guru dan lokasi sekolah dan minta polis ambik tindakan.

Polis ada panggil Guru itu dan siasatan telah dijalankan, namun tiada apa apa tindakan dikenakan kepada guru itu.

Seminggu kemudian, datang seorang Remaja Islam ke sekolah itu dan menunggu guru itu keluar. Remaja itu sempat bertanya kepada beberapa pelajar yang mana satu Paty?

Lepas di kenal pasti, remaja itu pun ikut Paty yang sedang keluar dari pagar sekolah, dan telah menikam guru itu dengan pisau sepanjang 30 centimetres, dan telah memotong kepala guru itu.

Kemudian gambar kepala guru yang telah dipenggal di sebarkan di Twitter.

Terus Polis tahu lokasi tuan punya Titter, terus polis serbu remaja itu dan cuba menahan tapi remaja itu menyerang polis dengan pisau lalu Sembilan das tembakan kemudian, remaja itu mati ditempat kejadian, dari telefon milik remaja itu, ada gambar mayat guru tanpa kepala.

Polis kemudian menahan bapa pelajar yang naikkan Youtube marah pada guru itu, dan empat pelajar yang mendapat wang dari remaja pembunuh untuk tunjukkan siapa Paty.

Kejadian ini terus menjadi tajuk hangat seluruh dunia.

Hingga ada orang kafir Tanya, Dalam islam orang hina Nabi kena bunuh ke?

Ya, Dalam Islam, ada fatwa mengatakan sesiapa yang menghina Nabi, harus dibunuh dan diperangi.

Tetapi,Dalam Islam juga ajar, proses melaksanakan hukuman mati, tidak terletak pada semua orang.

Al gojo perlu dilantik dengan mesyuarat, hakim juga perlu dilantik dari orang yang bijaksana, yang benar-benar layak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, lebih-lebih lagi hukuman bunuh.

Islam itu adil dan perlu terlihat adil, Guru itu perlu dihadap ke muka pengadilan. Perlu ada Hakim. Perlu kemukakan bukti dan saksi. Menurut Polis, anak perempuan si bapa yang naikkan di youtube marah marah itu, tidak hadir pun kelas hari kejadian-kena siasat.

Balik bab menghukum bunuh pancung, Dalam islam,

Pedangnyanya wajib tajam dan harus panjang. Algojo-nya terlatih. Dibuat di tempat yang bersih. Mayatnya dibawa dan ditanam dengan baik.

Jadi kepada bukan islam yang baca berita ini, tolong jangan anggap perbuatan remaja itu mencerminkan ajaran islam ke seluruhnya.

Ada ke di negara islam, tangkap orang meragut, dan jam itu juga nampak orang islam terus potong tangan pencuri?

Tengah malam Tangkap orang berzina, tak payah bawa ke Pejabat Agama, terus buat hukuman sebat malam tu juga? Ada ke?

Dengar orang murtad? Tanpa dakwah dia kembali kepada islam, terus penggal kepala? Ada ke Islam ajar macam tu?

Jika ada yang buat hukaman serta merta, itu bukan Islam yang adil, itu memang orang panggil ekstrimislah. Pengganas! rujuk kes ISIS, Orang kafir pun mereka bunuh, orang islam yang tak setuju dengan mereka pun kena bunuh, Allahu..

Sistem mahkamah Islam, ada Ulama' dan Mujtahidin yang dah susun elok dah prosedur-prosedur undang-undang Islam. Nak kena mengajilah.

Orang kafir zaman sekarang tak boleh lagi guna alasan 'tak faham Islam' atau ‘tak kenal islam’ atau, “mana ada islam baik?”.

Dekat Perancis dan Negara barat, bilangan Muslim makin bertambah. Masjid dah bercambah. Orang islam ada di mana mana, ada jer orang islam yang baik, sangat baik, dan terlalu baik, pun ada!

Orang jahat pulak, orang islam pun ada yang jahat, orang kafirpun ada yang jahat, sebab tu Nabi kami bagitahu orang islam pun masuk neraka, sebab orang islam juga tak terlepas dari dosa.

Akhir kata, adalah tidak patut mana mana kerajaan membenarkan penyiaran kartun yang hina Nabi, atas alasan kebebasan bersuara sedangkan, mereka patut tahu, ia satu sensitiviti pada umat Islam di Perancis, dan di seluruh dunia.

Padahal, Kes bunuh di Perancis yang berpunca daripada kartun Charlie Hebdo bukan yang pertama, 2011 kena bom, 2015, dua belas orang mati kena tembak, dan 2020, guru pulak kena penggal, semua sebab kartun hina Nabi, tapi Perancis tak pernah serik, kini dunia membaikot barangan Perancis, semoga Perancis dapat hidayat, dan Hidayat tersebar ke seluruh dunia!, dan semoga kejadian hina Nabi, tidak berulang sampai bila bila.

Amin.

 

2 comments:

  1. Kesian cikgu tu, mati kapir.

    ReplyDelete
  2. kebebasan bersuara tapi kalau cakap pasal kulit, wanita, semitism,lbgt, BLM lah semua tak boleh tapi hina agama kebebasan bersuara pulak

    ReplyDelete