“Abang mayat, saya pelik, katanya vaksin untuk Covid 19
belum ada, tapi hari hari ada orang sembuh? Nampak tak permainannya di situ?
Allah berkuasa, makhluk tak de kuasa, , Ini ada link video pakar bagitahu
Corona ni hanyalah konspirasi sahaja, semua laporan tu palsu, nanti ada pihak
jual vaksin berjuta wang nak kena beli padahal vaksin semua tu palsu, akhir
zaman semua kena tipu”
********
Baik, saya pun buka link video, ada sekumpulan doctor kafir buat
pendedahan, konon Carona ni tak wujud, tak bahaya, mereka semua sihat.
Video habis, adakah saya terus gelabah nak share video itu?
Adakah saya mudah panic hingga mampu do tipu oleh scammer?
Tak, saya orang islam, saya rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang bermaksud
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu–
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
****
Pembaca yang budiman sekalian. Allah dah bagitahu 1400 tahun dahulu, apa apa
berita, jangan terus percaya, jadi mangsa scammer lah korang, maka sayapun
goole komen orang pasal video tu, hmm, ramai rupanya orang kafir sendiri yang
hentam dan buktikan fakta dalam video tu salah.
Ni sama macam orang percaya bumi leper dan buktikan dengan video di youtube
oleh orang kafir yang konon pakar angkasa, padahal kita ada orang islam yang
dah naik angkasa siap solat sambil terbang untuk rujukan, nak jugak merujuk
orang kafir.
Jadi, moralnya, Setakat video orang kafir mengaku doktor semua orang boleh
buat, kita ada doktor islam, yang solat, buat dakwah, telah buktikan coravirus
bukan tipu, terpulang nak percaya video dari orang kafir? atau kata kata dr
beragama islam yang sedang bertukus lumus di barisan depan. Untuk makluman
negara kafir sekarang huru hara sebab ramai mati dan berjangkit kerana carona.
ada yang cabar nak kena carona dan telah matipun.
Bab takde vaksin tapi ramai yang sembuh, kena faham, vaksin ni macam helmet
motor, bila kemalangan kurang cedera parah.
Jadi hari ni, ramai jer tak pakai helmet dan sembuh bila kemalangan, tapi
risiko cedera parah adalah tinggi bila tak pakai helmet.
Jika anak kita tak pakai helmet dan belum berlaku kemalangan, Alhamdulillah.
Jangan berlagak dengan takdir Allah lalu pos dalam Facebook gambar anak naik
motor tak pakai helmet siap tulis,
“Allah berkuasa, helmet tak ada kuasa”
Salah cara guna gambar dan kalimah tu bro..
Bayangkan jika zaman dulu ada internet, lepas tu ada orang tak nak tambat unta
sebab jinak, lalu ambik gambar unta tanpa ikatan tali dan update facebook:
“Allah berkuasa, tali tak ada kuasa”
Salah tu bro, Nabi ikat dulu unta, baru bertawakal.
Jadi balik bab vaksin, Doktor pakar bagitahu kita semua, vaksin ni macam
helmet.
Kita orang islam, memang betul jangan yakin dengan makluk, helmet, vaksin itu
semua makhluk, jika kita yakin helmet atau vaksin boleh selamatkan anak kita,
kita dah syirik dengan Allah.
Namun dalam Islam ajar, jangan menolak asbab, sebab usaha pun perintan Allah,
tawakal selepas usaha pun perintah Allah.
Sebab tu zaman Nabi perang pakai baju besi, walaupun mereka sedar baju besi
takde kuasa, Allah sahaja yang berkuasa, tapi itulah perintah Allah, iaitu
jangan tolak asbab, usaha guna akal, dan tawakal selepas usaha.
Bro boleh hujah, ada juga orang yang pakai helmet meninggal waktu kelamangan,
samalah jugak perang uhud, sahabat pakai baju besi pun ramai syahid. Tapi lepas
tu perang lain sahabat tetap pakai baju besi.
Jadi dalam bab helmet, data menunjukkan peratusan orang yang tak pakai helmet
lebih terdedah kepada kematian selepas kemalangan. Sebab tu kerajaan wajibkan
pakai helmet.
Kita orang islam naik motor pakai helmet, takde bisikan dalam hati nak sembah
helmet dan yakin 100% dengan helmet, waktu pakai kita boleh ucap: helmet takde
kuasa, hanya Allah yang berkuasa, kita ucap lepas pakai helmet tau, bukan ucap
sambil tak pakai helmet, itu yang silap.
Kita cucuk vaksin pergi haji, lepas cucuk ustaz bagitahu korang semua, Allah
berkuasa, vaksin tak ada kuasa, jika Allah nak takdirkan jemaah haji kena
penyakit berjangkit selepas di vaksin, kita berserah kepada Allah, kita
bertawakal kepadanya, sebab Allah Kuasa, makhluk tak ada kuasa. Kita redha
dengan keputusan Allah selepas kita berusaha, bukan kita berserah tanpa apa apa
usaha.
Pernah zaman saya belajar agama dulu, ada sorang budak Pakistan ni demam, tok
guru cakap kat budak tu, pergi solat hajat mintak sembuh dengan Allah, lepas
solat hajat, tok guru bagi budak Pakistan tu makan Panadol, mula mula budak tu
tak nak, katanya dia dah solat hajat, Allah berkuasa makhluk tak ada kuasa,
selamba tok guru (amirsab) tu sound, perintah Allah suruh orang kaya sedekah
kat orang miskin, jadi perintah Allah atas diri saya yang sihat, bantu kamu
yang sakit, makan penadol ni, Allah berkuasa, penadol takde kuasa, makan dan
bertawakkallah!
(lepas makan panadol, budak tu sihat dan terus sambung pelajaran dengan
jayanya- semua dari Allah)
Jadi kepada korang semua, nak guna kalimah “Allah berkuasa, makhluk tak de
kuasa” biar kena dengan tempatnya, iaitu untuk nafi asbab, dan isbat hanya pada
Allah selepas usaha yang betul.
Jadi bila anak kita nak naik motor, pakaikanlah mereka helmet, tapi jangan
yakin pada helmet, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa, helmet
langsung tak ada kuasa.
Sama jugak dalam dunia yang banyak kuman dan virus merebak, gunalah vaksin,
tapi jangan yakin pada vaksin, yakin pada Allah, sesungguhnya Allah berkuasa,
vaksin langsung tak ada kuasa.
La Illa Ha IllALLAH!
Maka oleh sebab Carona ni belum ada vaksin, maka terpaksalah buat PKP, ibarat
belum ada helmet, maka ayah terpaksa kawal pergerakkan anak, kurung dalam rumah
takut kemalangan, faham tak?
Tak akan faham jika korang lebih suka rujuk orang kafir bila ada orang islam
yang pakar, tak nak pualk rujuk, adohai.
Akhir kata: Orang yang yakin dengan asbab adalah syirik, orang yang tolak asbab
adalah jahil, Sunnah adalah guna asbab dengan yakin yang betul, macam Nabi
pakai Helmet besi waktu perang.
Wallahu’lam.
Himpunan Nota-nota ugama untuk diri sendiri, dan soalan-soalan yang aku cuba jawab (secara umum, bukan secara personal) sebelum naik kereta mayat.
▼
No comments:
Post a Comment