Pada satu hari, sebelum covid 19 melanda negara, ada orang
tabligh yang masuk hospital kerana kemalangan dan kakinya putus.
Di Hospital, selain doktor rawat kakinya, beliau juga di
datangi pakar sakit jiwa berbangsa cina, yang memujuknya agar bertabah dan
jangan bunuh diri.
Tapi Dr cina tu agak terkejut dengan sifat redho dan sabar
pada pendakwah yang putus kaki, usahkah nak bunuh diri, malahan bersyukur pada
anggota lain yang tidak putus, siap pendakwah tu pula dakwah doktor tu tentang
kebesaran Allah. Katanya: Cukuplah Allah bagi saya dan hanya dengan mengingati
Allah hati akan menjadi tenang.
Dari cerita ni, kita boleh tahu, jika betul didikan agama,
kos upah Doktor berpuluh ribu untuk pujuk hati pesakit pun dapat di jimatkan.
Kan? Woha!
Insya-Allah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi
tenang. Cukuplah Allah bagi kita, dan nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi kini, banyak dengar kisah jururawat puji kerjasama
orang tabligh waktu dikuaratin, takde yang merungut, malah saling bagi kerja
sama dan pandai mencari ketenangan dengan majlis taklim, muzakarah, zikir dan
ibadat.
Jadi sempena PKP berpanjangan, jom kita cari ketenangan
dirumah dengan gaya orang tabligh, kerana kita semua orang tabligh.
Woha!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam perkenalan.
ReplyDeleteSaya baru dapat tahu blog saudara ni dari tajuk lepas "Dajjal pun berdakwah?".
Nanti kita boleh terus emel kalau tuan sudi berkenalan terutamanya tentang agama Islam di akhir zaman ni.
InsyaAllah, salam perkenalan
ReplyDelete