Apr 30, 2020

PKP macam azab kubur?


Bila kena PKP, nasib kita semua tak sama, ada orang PKP di rumah banglo, makanan penuh atas meja, ada banyak hiburan dalam rumah, pasangan pulak sangat best dan saling menyayangi.

Manakala ada orang rumah sempit, tiada makanan, lepas tu bergaduh pula dengan pasangan, dan macam macam cerita yang sedih untuk di ceritakan.

Saya Alhamdulillah, walau pakai kereta buatan Malaysia sahaja, tapi sempat buat rumah atas tanah lot, maka tak lah rasa sempit sangat, lepas tu alhamdulillah masih ada makanan atas meja, anak anak semua taat dan patuh, isteri pun menyenangkan hati, dan rasa macam orang pencen, bangun pagi tak payah pergi kerja dan buat apa yang kita suka iaitu membaca, menulis, dan menonton.

Ketika sedang saya rehat di belakang rumah, di bawah pokok sambil layan isu semasa di internet, kakak saya call bertanya kabar, beliau seorang guru dan beliau bercerita betapa gembira sewaktu PKP ini kerana anak anak dapat berkumpul, dapat baca taklim, dapat bincang bab agama, dapat makan berjemaah, dan dia rasa seperti nikmat pencen di awalkan cuma yang bezanya, pencen bersama badan yang sihat, si kakak juga tingal di rumah atas tanah lot dan dapatah dia berkebun dibelakang rumah.

Kata kakak: “Hamka, agaknya beginilah nasib kita di kubur!”

Saya ringkaskan isi perbualan kami, saya setuju dengan pendapat kakak saya bahawa nanti dalam kubur, kita akan kena PKP dalam lubang kubur masing masing, tak boleh nak kemana-mana, tapi jika kita bawa bekal solat yang cukup, al quran, silaturahim, semuanya akan jadi teman dalam kubut dan akan hiburkan kita sampai kiamat.

Rujuk hadis, ada kisah waktu malaikat nak soal dan seksa dalam kubur, akan datang al quran dalam bentuk manusia membela kita, akan datang silaturahim yang akan meluaskan kubur kita, akan datang solat malam menerangkankan kubur kita, dan banyak lagi amal ibadat akan datang memeriahkan PKP kita di dalam kubur.

Tapi jika kita mati dalam keadaan derhaka pada Allah, maka kuburPKP kita akan jadi sempit, lepas tu dilepaskan pulak ular berbisa untuk azab mayat, dan malaikat nakir akan palu kita siang dan malam lalu kita dipukul dipalu sehari hari barulah kita sedarkan diri hidup di dunia tidak bererti akhirat di sana sangatlah rugi.. ni dah menyanyi lagu selimut putih ni.. woha!

Jadi insaflah kita diwaktu PKP ni sebab di Malaysia, masih ada orang bagi bantuan makanan, kerajaan bagi duit, dan lain-lain bantuan, tapi dalam kubur kena PKP kita nak minta bantuan siapa? Nak harap doa orang hidup tahlil untuk kita tak boleh pulak sebab kita waktu hidup anti bidaah hasanah?

Habis tu nak ke mana?

Sementara masih hidup waktu PKP ini, Stay home, jangan merayap, sabar walau terpaksa bekurung, bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat, bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian, jaga solat awal waktu, baca al quran, baca makna, banyakkan berdoa ddan bertaubat, mudah mudahan PKP kita di kubur nanti indah dan meriah macam hari hari hari raya.

Woha!

2 comments:

  1. Dah dapat nikmat kerja gomen dpt gaji penuh sukalah tak yah gi kerja. Jgn lupaksn insan yg jutaan hidup susah tak dpt hangpa sekeluarga...

    ReplyDelete