PKP-Perintah kawalan pergerakan yang mujahadah bagi kita,
ada tak ala-ala PKP yang terkena pada Nabi Nabi terdahulu?
- Nabi Yunus 40 hari dalam perut Ikan
- Nabi Musa 30 hari di Bukit Tursina, lepas tu bila kaumnya murtad, Allah tambah 10 hari menjadikan 40 hari.
- Nabi Ibrahim 40 hari dalam api
Dan PKP kita dah menghampiri 40 hari.
Maka beruntunglah siapa yang sepanjang PKP ni dapat jaga
solat berjemaah bersama keluarga dan dapat takbir pertama bersama Imam,
beruntunglah kerana ada hadis, barang siapa yang solat berjemaah bersama takbir
pertama, akan mendapat jaminan kebebasan dari api neraka dan bebas dari sifat
minafik.
Jom rebut dua insuran dari Allah melalui amalan ini.
Amin...
Alkisanya..
Semalam anak baca taklim, kisah sahabat yang agak panjang
dan menariknya, kisah sahabat tu ala-ala PKP.
Tiga sahabat Nabi kena pulau sebab tak ikut Jemaah dakwah
dan jihad, yang mana waktu semua penduduk lelaki Madinah keluar berjihad, tiga
sahabat ni sibuk dengan kerja dikebun nak petik kurma baru masak.
Nama sahabat itu adalah Kaab, Hillal dan Murarah R.A.
Bila Nabi balik berdakwah, lapan puluh orang munafik bagi
alasan ada masalah peribadi tak dapat join nabi berdakwah dan berjihad lalu
Nabi maafkan, tapi tiga sahabat ni tak nak cakap bohong dan pilih untuk mengaku
bersalah, sibuk dengan kebun.
Lalu ketiga tiga mereka kena hokum ala ala PKP, iaitu semua
orang kena jarakkan hubungan social dengan ketiga sahabat tadi, tak boleh
bercakap, tak boleh tegur, pendek kata semua kena pulaukan orang yang sengaja
tak nak bantu agama kerana sibuk dengan dunia.
Malahan isteri mereka semua balik rumah masing masing
kecuali isteri Hilal sebab Hilal dah tua tak mau nak urus diri. Isteri Hilal
minta izin nak jaga suami uzur dan Nabi benarkan tapi tak boleh bersetubuh.
Maka bermulah episode kemurungan tiga sahabat itu, sangat
sedih dan nangis hari hari.
Sahabat tu pergi pasar tiada orang tegur, pergi masjid orang
tak tegur, salam pun orang tak jawab, semua penduduk Madinah patuh arahan Nabi
iaitu jangan buat hubungan social dengan orang yang segaja tak nak ikut keluar
berdakwah dan berjihad.
Aduh, sedihnya.., sahabat tu sangat takut mati waktu PKP tu
sebab confirm masuk neraka, dan takut Nabi wafat waktu mereka masih PKP sebab
tiada siapa yang boleh bantu mereka.
Sahabat tu kena pulau lebih 40 hari hingga orang kafir
datang dakwah mereka suruh tukar agama dan nak bagi hidup mewah kat nagara
kafir.
Bencana apakah ini?
Tapi sahabat tu sabar, setia pada islam dan mengaku bersalah
dalam bertaubat, hari hari menangis bertaubat hingga hari ke 50, Allah ampunkan
dosa mereka dan Nabi umum taubat mereka di terima lepas solat subuh, terus
sahabat ni peluk Nabi dan bagitahu nak bagi semua harta untuk agama tapi Nabi
suruh simpan sedikit untuk anak bini.
Moral cerita ni, zaman Nabi, tak ikut Nabi berdakwah kena
pulau.., akhir zaman lagi sedih, orang berdakwah pulak kena pulau, aduh..
Sempena PKP di rumah ini, marilah kita insafi dosa kita yang
banyak abaikan dakwah .
Kepada Allah kita semua akan kembali, dan seburuk buruk
takdir bila kita dipulau oleh Allah di akhirat, nak pergi mana? Maka insafilah,
bertaubatlah kerana abaikan dakwah dan moga Allah ampunkan dosa kita semua
keraan Allah Maha pengampun.
Semoga woha sampai syurga.
Woha!
Allahu Allah. Perkongsian yang sangat baik. Terima kasih!
ReplyDeleteSama sama
ReplyDelete