Tiap kali lepas solat, kami buat muzakarah, salah sorang
dari anak akan jadi Amir Muzakarah, Si amir akan minta cadangan tajuk untuk di
muzakarahkan, ada pelbagai cadangan, dan hari ni amir pilih tajuk: Bagaimana
nak Khusyuk dalam solat.
Amir cerita, Maksud solat adalah membawa ketaatan dalam
solat ke luar solat hingga mampu mencegah maksiat, bermakna, jika solat masih
buat maksiat, maka solat tak mencapai maksud, jangan tinggalkan solat sebab
buat maksiat, tapi khusyukkan solat hingga mampu cegah maksiat melalui cara
membawa ketaatan dalam solat ke luar solat.
Kemudan, Amir Mesyuarat minta setiap ahli muzakarah kongsi
ilmu tentang cara Khusyuk dalam solat.
Antara ilmu yang dikongsi dari anak bini tadi:
1. Hafal makna Al fatihah dan semua lafaz arab dalam solat
2. Sedar Allah sedang berdialog dengan kita kerana Solat ini
adalah bercakap dengan Allah
3. Fikir kebesaran Allah waktu solat
4. Sedar Allah Maha tahu apa ada dalam hati, Alah Maha
mendengar setiap bisikan, dan Allah Maha Nampak apa yang otak kita gambarkan
5. Solat dengan sangkaan, ini solat terakhir
6. Bayangkan diri kita hanya habuk jika dibandingkan dengan
galaxie ciptaan Allah.
7. Solat dengan gambaran sedang solat atas titian sirat,
jika lalai akan jatuh dalam neraka
8. Jika Imam baca tak tahu makna, bayangkan bentuk huruf
yang di baca dengan niat tengok huruf al quranpun dapat pahala (anak darjah
enam bagi idea ni, menarik)
9. Bayangkan Nabi sedang lihat kita solat
10.Bayangkan arwah atuk dan nenek sedang tengok kita solat
11.Bagi wanita, bayangkan kejap lagi darah Haid, maka solat
ini adalah terkahir dan bimbang jika mayti waktu Haid tak berpeluang lagi untuk
solat
12. Bayangkan pahala solat seperti rezeki berkat, seksa
kubur angkat, tangan kanan terima kitab, titi sirat pantas kilat, masuk syurga
tanpa hisab.
13. Waktu rukuk dan sujud wujudkan perasaan seolah olah di
beri peluang rukuk dan sukud dalam kubur dan padang mahsyar
14.Segerakan solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di
azankan.
15. Redha jadi imam Solat dengan niat nak belajar khusyuk
16.Bandingkan nikmat solat pada orang yang tak pernah solat,
lalu rasa bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat
17.Kena rasa dapat solat adalah hadiah dari Allah, maka
solat dengan gembira
18....
19...
20...
Ada lagi tak?
Sedang sedap muzakarah, bini cakap cukuplah setengah jam,
sebab dah tiba waktu berbuka puasa, nanti lepas tarawih sambung muzakarah bab Penawar bagi
hati pulak,
Maka sampai sini dulu, jika tuan tuan ada idea dan ilmu
tentang cara untuk khusyuk dalam solat, sila kongsi dalam komen, boleh kami dan
kita semua guna waktu muzakarah lain kali.
Woha!
No comments:
Post a Comment