Pujangga cina ada berpesan:
“Jika kamu kenal musuh dan kenal diri kamu, maka kamu tidak
akan tewas dalam seribu perang”
Tapi hari ini, kita ada geng maklipat yang tak solat sebab
tewas sebelum berjuang, katanya Allah laknat orang lalai dalam solat, maka kami
tak nak kena laknat maka kami tak solat, lagipun Allah suruh orang mabuk jangan
solat, maka kami yang tahu kami mabuk sebab tak khusyuk, maka cukuplah solat
pakai niat sahaja.
Aduh.., Nampak sangat korang tak kenal syaitan dan tak kenal
diri sendiri, buat buat tak nampak sumpah syaitan dalam Al quran nak sesatkan
anak adam hingga ayat Allah suruh solat dan rukuk Bersama yang rukuk korang
abaikan, sujud Bersama orang yang sujud pun korang abaikan!
Ayat lain Allah bagitahu, solat ni berat bagi yang tak
khusyuk, tapi ni awal awal dah tak nak solat, macam mana nak dapat khusyuk?
Ayat lain Allah suruh cari pertolonngan Allah dengan sabar dan solat, bila
korang nak amal? Ayat lain Allah suruh pelihara waktu solat, bila nak amal?
Allah suruh solat mengadap kiblat bila nak amal? Allah suruh berdiri bila solat
bila anak amal?
Rujuk Surah Taha ayat 130:
"Bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang
mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari
terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada
waktu malam (isyak) dan pada keDUA belah siang(zohor dan asar); supaya engkau
reda.
Bila nak amal solat lima waktu dalam al quran tu? Bila?
Tapi korang pegang separuh ayat celaka orang lalai dalam
solat, padahal maksud lalai ni adalah lewatkan solat, solat main main, solat
sambil riyak, solat sambil mabuk, tu yang ayat jangan solat jika mabuk sebab
nanti bacaan akan salah, maksud ayat ni jangan mabuk, bukan jangan solat tapi
itulah korang tak faham arab tapi sibuk nak tafsir maklipat bagai, aduh.. arak
kan dah memang haram dalam Al quran sebab mabuk, buat apa lagi nak tafsir mabuk
dengan tak khusyuk?
Maka balik kepada pesanan Sun Tzu, kenali musuh! Maka korang
tak akan tewas!
(saya guna pesanan Sun Tzu sebab puak ni ramai jugak anti
hadis tak nak dengar pesanan Nabi)
Maka kenalilah musuh utama, dalam surah Yassin Allah
bagitahu, musuh utama kita adalah syaitan.
Bila ibadat, syaitan tak takut kepada orang ibadat, sebab tu
syaitan boleh datang kacau orang dalam solat, luar solat apatah lagi!
Tapi syaitan takut pada dakwah!
Azan hukumnya sunat tapi syaitan takut sampai lari terkentut
kentut kerana Azan adalah seruah berdakwah, Ajak mengucap, ajak solat, ajak
Berjaya!
Solat pula hukumnya wajib tapi syaitan tak takut lalu datang
bisik macam macam agar kita tak khusyuk!
Jadi nak lawan syaitan, kenalah berdakwah.
Itu sahajalah ubat yang paling mujarab nak lawan syaitan,
kita semua kena berdakwah, banyak ayat al quran suruh kita berdakwah.
Tak cemburu ke tengok ustaz ebit lew pergi dakwah rumah ke
rumah, cemburu beb!
Terus saya pergi jumpa geng tabligh, dan join mereka
berdakwah, mereka suruh saya bagi salam, saya bagi salam, orang dalam rumah
keluar, mereka suruh saya ceramah, saya ceramah. Orang senyum saya syukur,
orang marah saya sabar, dapatlah saya kenal diri sendiri waktu jumpa manusia
yang macam macam.
Lepas tu azan, kami balik ke masjid dan solat, waktu rukuk
Bersama orang yang rukuk saya rasa sedih sebab masih ramai manusia yang tak
dapat nikmat rukuk Bersama orang yang rukuk.
Bila sujud Bersama orang yang sujud saya rasa bertambah
sedih sebab masih ramai manusia yang tak dapat nikmat sujud Bersama orang yang
sujud.
Oh, semoga Allah bagi nikmat solat ini kepada semua ummat
manusia, Oh mahalnya hidayah Allah..
Akhir kata:
Solat itu nikmat, solat awal waktu itu nikmat, solat
berjemaah itu nikmat, lagi lagi jika korang solat lepas buat dakwah.
Susah nak cakap, sahabat Nabi dulu buat dakwah 13 tahun baru
turun perintah solat, mereka sangat seronok solat hingga Nabi cakap solat
awalnya 50 waktu dan mereka sanggup, sebab mereka merasai kemanisan solat sebab
mereka semua pendakwah.
Kita hari ni yang tak nak buat dakwah, dengar kisah israk
mikrak Allah kurangkan solat dari 50 kepada 5 kita masih bantah, kenapa tak
tiga? Kenapa tak satu? Nampak sangat hati tak khusyuk hingga solat rasa berat.
Last last tak solat terus sebab tak khusyuk?
Apa ke jadah?
Jom berdakwah dan selepas berdakwah korang akan rasai
kemanisan Solat berjemaah.
Sungguh dakwah itu meningkatkan Iman
Sungguh Taklim itu akan membetulkan Dakwah
Sungguh Khidmat itu akan membuatkan dakwah ada roh
Dan sungguh Dakwah itu akan membuatkan ibadat menjadi manis.
Jangan kata abang keretamayat tak payung.
Woha
No comments:
Post a Comment