Mar 10, 2020

Rukun Iman itu Happy ending?


Satu hari lintas depan sekolah anak, terlintas dalam hati nak ambik dia, kena masuk 1km ke dalam dari simpang tiga.

Dia sepatutnya naik bas, tapi entah kenapa hati ni rasa dia tertinggal bas.

Sampai depan sekolah, anak yang masih bersekolah rendah betul-betul ada depan sekolah tertinggal bas, dia cakap macam mana ayah tahu saya tertinggal bas?

Saya cakap, ayah ikut gerak hati.

“Alhamdulillah, Doa saya makbul, saya suruh Allah hantar Malaikat bisik ke telinga Ayah bagitahu saya tertingal Bas, Malaikatlah tu yang bisikkan”

Saya senyum melihat anak duduk di kerusi depan dengan muka puas hati, saya bertambah senyum sebab dua rukun Iman telah dia buktikan hari ini iaitu percaya kepada Allah, dan percaya kepada Malaikat.

Lepas tu dia baca doa naik kenderaan dan ayat kursi.

Saya sajer tanya, kenapa baca doa tu?

“Nabi yang suruh baca, dalam sunnah ada kejayaan”

Saya senyum lagi mendengar jawapan anak sebab lagi dua rukun Iman juga telah dibuktikan, Percaya kepada Nabi dan percaya kepada Alquran.

Lepas tu saya cakap ayah nak pergi ambik adik Iman kat sekolah OKU, jadi kita ikut jalan jauh sikit. si anak tiba tiba bertanya:

“Ayah, kenapa adik Iman OKU?”

Ujian Allah nak, dah takdir Ayah dapat ujian ini, sungguh semuanya adalah ujian, samada yang baik dan yang buruk ada hikmah dari Nya, kita kena terima sebab hidup kita hanya sementara, terpulang pada kita nak bersyukur dengan ujian atau nak mengeluh, ayah pilih bersyukur kerana ahli syurga ada dalam keluarga kita.

“Ayah, kenapa adik Iman ayah cakap anak syurga, kami ni bukan anak syurga ke?”

Oh Iman anak syurga sebab dia OKU, tiada dosa untuk dia, dan bila adik Iman meninggal dunia kelak, dia akan terus masuk syurga, jadi syukur Alhamdulillah ayah ada anak syurga, mudah mudahan adik Iman akan dapat tarik ayah yang banyak dosa ini ke syurga dengan lebih cepat.

“Jadi saya ini belum tentu ke syurga?”

Anakku, jika kamu besar nanti jadi orang baik, akan tetap jadi anak syurga ayah, tapi sebab kamu semua bukan OKU, maka dosa pahala akan di kira. Maka berbuat baiklah kerana Allah Maha Adil.

“Best lah ayah ada anak OKU”

Eh? Korangpun best sebab ada adik Syurga, jika korang tunaikan hak adik Iman, Insyaallah, Adik Iman akan turut sama tarik abang dan kakaknya ke Syurga.

“Wah, bestnya, tak sabar nak layan adik syurga dengan baik sekarang!”

Saya senyum lagi, sebab anak dah buktikan enam rukun iman yang dia percaya, iaitu percaya kepada hari akhirat dan percaya kepada takdir.

Pesan ayah..

Wahai anak, apapun ujiah hidup, Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini...

Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.

So jumpa di sana, tingkat lapan dekat telaga Firdaus.

Korang yang baca ni pun jemput sama!

Woha!

No comments:

Post a Comment