Feb 8, 2020

Rahsia Ilmu Hakikat Makrifat?


(Sila baca sampai habis, jangan langkau nanti sesat nayer)

Korang pernah drive kereta dengan orang tua pergi tempat jauh? Lepas tu pakcik tu senyap sahaja, korang nak bukak lagu rock XPDC pakcik tu bukannya layan, nak bukak lagu Mat Saleh lagilah pakcik tu tak layan.

Nak bukak radio mengaji karang, hati korang pulak yang gelap akan mengantuk waktu memandu.
Jadi nak borak tentang apa dengan pakcik yang membisu dikerusi penumpang tu?
Nak borak pasal Najib, Najib dah jatuh.

Nak borak pasal Kerajaan baru, rasa macam kena kencing pulak.

Habis tu nak borak apa?

Hah! Inilah fungsi blog keretamayat, idea for better life! Fight of Mediocrity!

So apa kata korang ajak pakcik yang membisu dikerusi sebelah sembang bab Hakikat, Syariah, Tarikat, Maarifat agama Islam!

Tentu pakcik tu pun akan teruja, ya! Tahu! Tajuk ni tinggi. Tapi aku akan ajar korang borak cara santai bab tinggi ni dengan ilmu tamsilan yang mudah faham.

Mula mula korang Tanya pakcik membisu tu:

“Pakcik tahu Apa itu hakikat ugama?”

Mungkin pakcik tu jawab:

“Imu hakikat ni tak boleh cerita dengan ayat biasa, ilmu ni akan datang bila korang kenal MAARIFAT ALLAH”

Itu jika pakcik tu jawablah, jika dia membisu jugak, korang tanya soalan lain pulak:

“Pakcik tahu Apa itu Maarifat Allah?”

Mungkin pakcik tu jawab:

“Ilmu ni tak boleh belajar melalui siapa siapa pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI”

Itupun jika pakcik tu jawablah, jika dia masih membisu jugak, korang tanya soalan lain lagi dan lagi:

“pakcik tahu. Apa itu tarikat Nabi?”

Mungkin pakcik tu jawab:

“ilmu ini, korang akan dapat bila faham SYARIAT ISLAM”

Kalau pakcik tu jawablah, jika masih membisu seribu Bahasa, korang Tanya pulak soalan ni:

“pakcik tahu Apa itu syariat Islam?”

Bosan dengan soalan korang yang bertalu talu, mungkin pakcik tu akan luahkan ilmu yang dia pernah sembunyikan jika ada, atau akan merepek cerita ilmu sesat yang dia pernah belajar, waktu tu korang diam jer, biarkan dia bercakap, niat asal nak ajak pakcik bersembang agar mengantuk hilang, niat kedua, nak wujudkan suasana agama dengan bercerita tentang kebesaran Allah.

So, biarkan pakcik tu nak cerita ilmu tasauf dia, kisah tok guru dia boleh jalan atas air macam labah labah, kisah tok guru dia boleh hidup dua alam macam katak, kisah tok guru dia tak makan tujuh hari macam ular sawa kenyang, biarkan.

Memang orang tua bila bersembang, tak terjangkau akal kita memikirkannya, lalu keluarkan kisah wali dan tok keramat, kisah wali makan durian depan kaabah, atau mungkin kisah minyak dagu mayat pengasih Cinta pun akan dikeluarkan, so ini peluang untuk kita belajar ilmu dari orang yang jauh lebih tua sewaktu terperangkap dalam kesasakkan jalan raya.

So panjang sudah pakcik itu bercerita, apa yang aku dapat ingat, ilmu Syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Boleh lah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yang tertulis dalam Al-Quran, makala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadis,: dan sudah tentu cara Nabi!, sebab tulah ada orang alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:

Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab, tak boleh guna Bahasa kebangsaan, dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib semua orang islam belajar di awal awal keislaman sebagai asas menjadi orang beriman sebagaimana orang terdahulu beriman.

Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akan bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yang betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yang bolehlah aku ertikan sebagai kemanisan beragama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.

Begitulah istipati pakcik tu cerita, so lepas tu pakcik tu pun diam balik, dan tibalah giliran korang pulak nak sembang, atau dalam kes korang pulak, mungkin memang dari awal pakcik tu diam tak nak sembang, tapi korang tetap ajak pakcik tu sembang.

Korang Tanya pakcik tu lagi:

“Boleh tak saya nak kongsi kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan, boleh?”

Terkejut pakcik tu bila korang nak cerita kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan. Biarkan dia terkejut, lalu korang pun bercerita.

1. Syariat seorang pemancing.

Semua pemancing ada Syariat memancing iaitu ilmu undang-undang atau hokum hakam memancing seperti, mesti ada joran, joran kena ada tali, kena ada mata kail, kena ada umpan, dan ini adalah syarat-syarat sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.

2. Tarikat seorang pemancing.

Ok, Dah pandai dan dah faham hukum-hakam memancing, dah pandai pilih joran, tali, mata kail, dan umpan, sekarang korang kena ikut ‘tarikat’ atau perjalanan yang betul iaitu memancing mestilah di tempat yang ada ikan, tak boleh memancing kat telaga buta, dalam baldi , kat indah water sebab itu adalah ajaran sesat tarikat memancing, jadi kena rujuk pada pakar pemancing iaitu memancing mestilah di jalan yang benar, atau di tempat yang benar seperti, tasik, sungai, laut atau kolam memancing. Ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpegalaman.

3. Maarifat seorang pemancing

Hah! Yang ni tak boleh nak belajar dari guru sahaja, kena berlatih dan terus berlatih, kena korban masa korang banyak-banyak memancing ikan dipelbagai tempat, cuaca dan masa, maka akhirnya korang akan dapat ilmu Maarifat memancing, seperti tengok air dah tahu ikan apa yang ada, tengok arus air dah tahu ikan banyak mana, tengok kocak di air, sudah tahu jantan betina, tengok umpan dah tahu ikan apa yang akan makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yang tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yang akn timbul…pendek kata profesional tahap gaban! Tahniah!

4. Hakikat seorang pemancing.

Akhir sekali, Hakikat seorang pemancing, atau ‘kemanisan’ memancing! yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yang dah dapat hakikat memancing, orang macam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan ribut, kadang-kadang duduk bertenggek kat jambatan dari magrib hingga ke subuh. Jika memancing dalam hutan, harimau pun takut nak dekat, boleh tidur sambal pegang jorang tak bergerak. Lebih dahsyat kawan aku ni, hari raya aku nak pergi solat raya jam lapan pagi, dia boleh bawak joran nak pergi memancing, memang dah dapat hakikat betul, sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi, inilah hakikat tahap gaban!

Kesimpulan:

Jadi berbalik pada syariat agama, korang dan aku dan seluruh ummat kena cari ustaz berguru, dan belajar amal dengan cara yang betul, dengan tariqat yang betul iaitu cara Nabi dan Ulamak, lepas tu korang istiqamah dan buat pengorbanan baru dapat maarifat Allah, baru dapat mengenal Allah, nak belajar korban, hayati kisah Nabi Ibrahim alahisalam.

Bila korang ada makrifat agama, bab mencari hikmah dalam takdir buruk menjadi mudah, sebab korang akan faham bahawa hikamh adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk, dan korang akan faham dengan sebenar benar faham bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah, tidak ada satu pun yang berkebetulan, yang baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yg ke enam!

Ramai orang jadi sesat bila belajar bab takdir..nauzubillah…

Maka dalam bab Makrifat, fahamilah bahawa semalam adalah takdir yang berlaku dalam kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah kerana hari ini dan esok juga akan menajdi semalam.

Faham tak? Tak faham maka belum dapat ilmu Makrifat!

Akhir sekali, korang akan dapat hakikat agama selepas korang mengenal Allah, apa itu hakikat ugama?, itulah satu hubungan yang penuh asyik dengan Allah, kemanisan dalam ibadah, kemanisan dalam dakwah, kemanisan dalam zikir, dan bila kita sudah merasai hakikat agama, maka pasti akan rasa pahit sekali bila meninggalkan suruhan Allah!

Hari ni buat ibadat rasa malas, buat maksiat rasa seronok, memang jauh lagilah marifat dan hakikat agama nak datang dalam diri.

Akhir kata,

1. Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
2. Ibu segala tariqat adalah: Solat berjemaah.
3. Ibu segala Maarifat adalah: Dakwah
4. Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud

Begitulah panjang lebar aku cerita pada pakcik di sebelah, dan pakcik tu terus membisu, matanya dipejam, adakah dia sedang insaf. Sekali tidur rupanya.

Woha!

Pakcik tu dah dapat Sakinah, sakinah dalam mendengar ceramah, apa itu sakinah? Alamak panjang pulak nak cerita, lain kali kita cerita, pakcik tu pun dah tidur, teruskan memandu sambil layan lagu sakinah dari XPDC!

“bila kenal Sakinah, kenal diri siapa sebenar!”

Woha!

Ps: Seseorang yang telah mendapat kemanisan Islam maka tidak ada mana-mana agama pun dapat rosakkan dia, dan seseorang yang tak dapat kemanisan Islam maka tida ada mana-mana agamapun dapat memberi kamanisan sebenar kepada dia, Islam adalah manis! Bagi mereka yang mendapat hakikat!

3 comments:

  1. Belajar tauhid feqah tasauf itu wajib@fardhu ain bagi setiap muslim.Orang yg sembang tasauf yg tolak feqah bukan la ahlusunnah,begitu la sebaliknya insyaAllah.Ahlusunnah itu ke 3 3nya.
    (utk membenteng diri kita terbabas menyalahi Allah dan rasul)
    betapa peri pntingnya ia dlm mnjalani khidupan sharian ialah cuba kita lihat dr sudut "kecik" ni je dulu.Contoh,kita lafaz,"saya ni x la miskin tapi x la kaya sangat,Kaya la jugak,Kaya sikit je huhu".
    kalo kita belajar tasauf insyaAllah iktikad kita,diri kita ni xda apa2 pun.ianya hanya lafaz majazi@ bahasa dunia sembang2 je.
    tapi
    Kalo kita x belajar boleh jadi x yg lafaz itu memaknakan hakiki@iktikad kita iaitu memang kita pandang@iktikad yg kita ni memiliki kekayaan sikit? hehe.
    Contoh lagi,Bgaimana lafaz begini pula.
    "guru tasauf saya bleh jalan ats air,bleh melekap atas dinding subhanallah"?? Cakap pulak kat wahabi@dan swaktu dgnnya,biasanya mereka akan marah sebab kita nmpak mcm taksub mmbesarkan guru dan x membesarkan Allah,pndangan mereka mlihat keadaan "boleh" disitu trhenti di "guru" itu sndiri.mereka sangat sensitif sebab mereka x belajar ape yg ahlusunnah suruh belajar.Mereka bahayakan diri sendiri dan orang lain.Jika Kita sebut ulamak@ustat dll,mereka bleh akan marah2 juga dan suruh kita "direct la kamu kepada Allah dan rasul bukan ulamak@ustad dsbgnya",kan?orang selawat syifa pun mereka bleh marah2,mereka suruh "direct" dgn Allah,biasa kan hadapi situasi gini?
    sedangkan kalo kita belajar,bukan setakat memandang/bersembang/melafaz keadaan yg "boleh",bahkan keadaan "x boleh" pun kita x berhentikan pandangan/iktikad kita setakat kat makhluk@guru tu sendiri insyaAllah.(sebab ianya menyalahi objektif tasauf tu sendiri kalo gitu huhu) mereka yg x belajar ni biasanya nafi makhluk sampai terpisah makluk dengan Allah.(akibatnya terlihat Makhluk tu dah berdikari sendiri@ ternampak terdapat kuasa lain yg berdikari sendiri.jadi org yg x belajar ahlusunnah ni biasanya akan sangat marah dengar ayat2@lafaz2 sebegitu tanpa mereka siasat itu lafaz majazi ke hakiki si penglafaz tu,Dia x tanya pun kat org tu.Dia marah2.
    Sedangkan setiap ciptaan@makhluk Allah itu terkandung nafi dan isbat padanya bukan terkandung nafi saja atau terkandung isbat saja.Kita melihat panadol itu la juga sbg kuasa@nikmat Allah(samada@walaupun lepas makan baik atau tidak)namun panadol itu bukanlah Allah.(bersatu tidak berpisah pun tidak)tapi yg x belajar kemungkinan dia nafi saja bahkan sampai terpisah dgn Allah.(dikhuatiri dia dah nampak@beriktikad panadol itu berdikari sendiri dan boleh menjadi saingan kepada Allah pula)
    kalo anak kita tanya "panadol ada kuasa x ayah?" kita jawab "panadol xda kuasa yg ada kuasa hanya Allah",namun nafi kita itu bukanlah nafi yg sampai terpisah panadol dengan Allah yg mana panadol itu berdikari sendiri.Esok anak kita besar sikit kita terangkan lagi dalam sikit bagi dia paham lagi.
    Tapi Kalo kita sendiri pun x belajar ahlusunnah kemungkinan kita nafi panadol sampai terpisah dengan Allah,kita dah ajar anak kita mcm yg panadol tu berdikari sendiri.anak kita pun tolak panadol sok sambil serang kawan2 dia yg lain kat sekolah menengah yg makan panadol hehe(sambil perasan yg dia sedang berdakwah.Kacauu tu hehe)
    Bahaya kan,LAFAZ2 KITA JE MCM BENAR TAPI IKTIKAD@MEMANDANG KITA X BENAR.Dalam ahlusunnah Hukum Mempelajarinya ke 3 3 ilmu tersebut ialah wajib@fardhu ain.Kita sebagai hamba yg jahil ni Berdiri saja setakat disitu@hukum ni.Jgn masuk lagi.kalo Masuk lagi nescaya kita akan marah kat semua orang dan kemungkinan akan terbabas jauh lagi insyaAllah."ko belajar dah feqah kan dlu? amalan feqah ko pun x sempurna 100% lagi pastu ko nak belajar tasauf pulak","tasauf tu bidaah jgn la ko belajar.Nabi x ajar pun tasauf"
    Dikhuatiti Kita dah tahan@menghalang yg hukumnya wajib@ fardhu ain bagi tiap2 orang islam tadi.Wallahuaklam.Mudah2an ada manafaatnya.Moga kita baik2 aja insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..

    email saya : tubuhsatu@gmail.com

    ReplyDelete