(Penyokong mazhab dan wahabi berdebat, siapa paling betul?,
siapa paling Tuhan sayang?, ahli maarifat dan hakikat pun turut berdebat. Siapa
paling benar? sebab semua dakwa mereka betul, jadi siapa yang betul?)
Al kisahnya ada kawan saya berhujah lebih sokong kepada
wahabi sebab niat dia nak hapuskan amalan bidaah, kerana amalan bidaah boleh ke
neraka, tapi kawan saya tu tak ada lah nak kafirkan penyokong mazhab, Cuma tak
puas hati dengan cara ulamak tua ajar agama, dia lebih prefer kepada ulamak
muda.
Ok, oleh sebab dia bekerja di hospital, bila tiba giliran
saya pulak berhujah, maka saya buat analogy mudah, kata saya:
Dalam dunia ini, ada ramai orang dakwa boleh rawat pesakit
yang sakit, kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti
sains, kita juga ada dr Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy,
kita juga ada Ustaz yang dakwa boleh rawat penyakit guna perubatan islam,
kita juga ada bomoh yang guna jampi, seru jin dan syaitan
untuk sembuhkan pelbagai penyakit, kita juga ada pengamal perubatan traditional
seperti guna herba cina, rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam
perubatan.
Masing masing mengaku mereka paling hebat dalam menyembuh
pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling handal berubat, dalam
allopathy ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada Dr pakar, dalam perubatan
islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan
tradional pun ada pakar petua nenek moyang,
semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai jenis
penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini, perubatan
mana yang korang akan pilih?
Ada orang akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka
yang anti dengan Allopathy, anggap allopathy adalah senjata sulit yahudi
lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada
orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya
tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa
ustaz,
Ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus
percaya kata bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus
rujuk petua nenek moyang seperti makan ketam bila denggi dan yang best, ada
yang ambik semua kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan
berakhir dengan allopathy di hospital (sakit jantung misalnya) dan ada yang
mula dengan hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati
misalnya)
Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual
secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat
dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah,
penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin
parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..
Jadi dalam bab perubatan ini, bagi saya masing masing ada
hujah, masing masing boleh bagi testimony, tapi saya, dengan guna akal dan
fikiran kurniaan Tuhan, saya lebih cenderung kepada allopathy, sebab mereka
gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah
lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam
merawat pesakit.
Lagi satu hujah saya yang penting adalah, hari ini, jika ada
orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka
untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam?
Ambulance Homeotahy?
Tak adanya!, selain allopathy yang mana seluruh dunia, akan
ada Ambulance stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak
kira hospital kerajaan atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab
kaedah perubatan mereka maju dan bersistem.
Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia,
tak mampu semaju dan secanggih Allopathy, masing masing tak bersatu dan tak ada
ambulance! Mereka tak bersidang macam geng Allopathy buat. Mereka boleh sembang
boleh rawat semua penyakit, cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka,
tangan putus, mata tersembul, mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak
ada sistem yang baik.
Jadi saya pilih allopathy sebagai cara ikhtiar merawat
penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, lagi satu.. oleh
sebab Allah buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan
orang islam yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Jadi saya on dengan
perubatan cara allopathy macam di hospital kerajaan, swasta dan seluruh dunia.
Namun jika melibatkan gangguan jin, saya tak tolak merawat
cara islam, Macam arwah Dr Harun Din, pakar perubatan islam, tapi bila sakit
jantung, pergi berubat di IJN, sebab Dr Harun Din tahu, allopathy adalah
ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.
Jadi balik kepada debat Penyokong mazhab dan wahabi, atau
debat antara sunni dan syiah, atau pas dan pan, atau umno dan bersatu, atau
mana nama kefahaman pun, walau masing masing dakwa merekalah paling faham
agama, paling handal agama, paling hebat berhujah. Kita rujuk kes yang sama
macam allopathy tadi:
Iaitu: Saya lebih suka merujuk kepada fahaman agama yang ada
‘ambulance’, bukan sembang kosong. “ambulance” di sini adalah merujuk kepada
fahaman agama yang sanggup keluar berdakwah dan kutip ummat di jalanan lalu di
‘rawat’ di masjid. Sebab inilah cara Nabi dan sahabat buat, pergi dakwah rumah
ke rumah, pintu ke pintu, dan ajak manusia kepada Allah.
Bukan sembang kencang macam Tok Bomoh, tapi bila orang
eksiden, buat tak tahu..
Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama,
akulah wahdatul wujud Bersatu dengan tuhan, akulah pengamal hadis soheh dan
pemegang sunnah sejati, tapi bila mat rempit merempit, bila umat tak solat,
bila umat buat maksiat, siapa yang nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Korang
tak mampu kutip mereka sebab tak mampu dakwah mereka atau bagaimana?
Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat
pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada allopathy, sakit simple
korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.
Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia
pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja,
ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat
bertatoo, siapa nak dakwah?
Siapa nak keluar berdakwah macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?
Siapa nak selamatkan ummat macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?
Jadi kepada sipendebat penyokong mazhab atau wahabi, atau
siapa siapa pun anda, nak tahu siapa betul? jom kita keluar berdakwah, mulakan
dari jiran jiran korang, ajak mereka ke masjid, ajak mereka kepada Allah, yang
tak pandai solat, ajar mereka solat, sama sama imarahkan masjid, sama-sama kita
berdakwah.
Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit
iman’ kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.
****
Malam semakin larut, kawan saya mengaku boleh sembang bab
agama berjam jam, tapi nak pergi berdakwah 15 minit jumpa mat rempit dia tak
sanggup, akhirnya kedai dah nak tutup, masing masing pulang dengan azam nak
belajar jadi ambulance-InsyaAllah
Akhir kata: Jadikanlah dirimu ‘ambulance’ sebelum
keretamayat datang ambil kamu. Pesan pada diri sendiri.
Sekian. Puas hati.
Woha!
Ps: Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73
golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz,
golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan
lain dan perasan betul, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau
terhadap diri sendiri dan 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua
taat perintah Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam
Menelusuri ayat ayat Quran dan Hadis, golongan yg selamat adalah org org yg bertaqwa, golongan muttaqin. Muttaqin itu sempurna syariatnya, sempurna imannya, sempurna akhlaknya. Yg tak sampai derjat taqwa, belum terjamin keselamatannya.
ReplyDeleteBarang ni dah terlalu lama selesai.. Nama kelompok tu ahlsunnah waljamaah insyaAllah.
ReplyDeleteAllah telah takdirkan kita dapat lihat apa akibatnya jika kita tidak ikut ape yg ulamak terdahulu(ahlusunnah) dah selesaikan(wariskan).. Apakah tidak dapat kita tengok Sesiapa yg x masuk dalam kelompok ahlusunah nescaya dia terbabas menyalahi Allah dan rasul insyaAllah.. Apa yg Allah kata boleh dia terbabas kata x boleh..hukum yg masih tidak menyalahi Allah dan rasul dia terbabas kata perkara itu telah menyalahi Allah dan rasul..hukum yg x syirik dia terbabas kata syirik.. Hukum yg masih x menyalahi nabi saw dia hukum sebaliknya.. sangat jelas dan nyata jika diperhatikan..
ReplyDeleteJadi duduk didalam ahlusunnah ini besar nikmat dah walaupun kita bukan orang yg hebat didalamnya tapi memadai la membentengi kita tidak la sampai ke tahap terbabas menyalahi Allah dan rasul insyaAllah..tahap paling teruk ni pun Sangat besar nikmat dah tu insyaAllah..
Mudah2an baik2 aja.
Pujuk setiap lapisan umat Rasululloh s.a.w. makmurkan masjid2 surau2(lelaki2)rumah2 (kanak2 wanita2) min 5 syif 8jam-24jam, belajar hidupkan amalan sahabat Muhajirin&Ansor r.anhum. bantu agama Rasululloh s.a.w.
ReplyDeleteCarilah dr jiwa
ReplyDelete