Ada orang cakap, geng LGBT ada hujah sains yang menyokong mereka,
manakala geng agama masih guna hujah zaman dulu menyebabkan generasi sekarang
sukar menerima pegangan agama.
Aku kata: Sejak bila agama kena guna hujah sains dalam membenarkan
hukum hakam?
Katakanlah, korang buat kajian, babi bagus untuk kesihatan,
makan babi kulit bertukar jadi warna pink, makan usus babi bagus untuk pencernaan,
sahur makan babi boleh kenyang sampai hari raya, katakanlah..
Maka pada waktu tu korang nak cakap perintah Allah haramkan
babi tak releven? Gitu ke?
Kita orang islam, apapun hujah sains tentang kebaikkan makan
babi, aku tetap tak makan babi!
Sebab?
Sebab…, Aku tak makan babi kerana taat perintah Allah, bukan
kerana hujah sains yang mesti kena selari dengan perintah Allah baru nak patuh!
Rujuk surah An Nur ayat 51: Kami dengar dan kami taat!
Aku solat berjemaah bukan sebab kajian sains cakap bila
bergeser badan sesama manusia pada waktu rukuk dan sujud hasilkan cas positif
dan macam macam hujah lagi, tapi aku solat berjemaah kerana itu adalah perintah
Allah! Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!
Aku sujud lama lama bukan sebab nak darah positif turun ke
kepala macam ada kajian sains cakap, tapi sebab waktu tu paling ‘hampir’ dengan
Allah. Aku sujud kerana Allah. Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah
hakikat ikhlas!
Aku puasa sebulan bukan sebab nak reset perut, atau nak diet,
atau pulihkan imun badan ke apa istilah saintifik ke, Aku puasa kerana Allah. Bukan
sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!
Jadi jika geng LGBT ada hujah sains yang menormalkan perlakuan
mereka, aku peduli apa? Allah dah larang aku akan patuh! Allah larang Gay, dan
azab mereka, kenapa kita nak lawan larangan Allah?
Dulu ada kaum yang Allah larang tangkap ikan hari sabtu,
ikut logic sains zaman tu, ikan paling banyak hari sabtu, jadi apa salahnya
kami tangkap ikan hari sabtu? Yer tak salah dari segi sains zaman tu, tapi
akhirnya mereka semua disumpah menjadi kera!
Sebab itulah, buznama selalu pesan..
Untuk kemajuan dunia, kita kena tengok ke depan.
Untuk kemajian agama, kita kena tengok ke belakang.
Al faham ke idop?
Bab Gay ada hujah sains yang membenarkan aktiviti mereka, kenapa
waktu derma darah pihak hospital tak nak ambik darah dari mereka yang buat
aktiviti masukkan zakar dalam lubang jubor? Kenapa? Korangpun boleh jawab, ..
Rujuk sejarah, nama penyakit AIDS awalnya dulu adalah GRID- (Gay-related
immune deficiency) sebab zaman tu, orang gay sahaja yang kena virus ni, tapi
bila dah merebak pada bukan gay, maka diorang tukar kepada AIDS. So mana eloknya
dari segi sains hubungan jenis? Mana eloknya aktiviti memasukkan zakar ke dalam
laluan najis? Tak perlu hujah sainspun nak jawab sebab Tuhan buat laluan najis
untuk najis keluar, simple..
Last hujah, meminjam kata kata Menteri Zimbabwe, pesalah gay
ni kita kurung dalam penjara yang sama, dan akan dibebaskan jika mereka berjaya
dapat anak. Barulah betul hujah sains!
Woha!
Ps: Hari ni kahwin, tak kan esok dapat anak? Kata pasangan
gay yang cuba berhujah guna konsep sains. Adohai…
Bacaan Selanjutnya bagi mereka yang nak tahu isu GAY |
Ikhlas kerana Allah. Hujah sains kau peduli apa?.. This is a bold statement. Macam mana pun, poin utama ialah ikhlas ye. kena ikhlas. fadhilat2 yg lain beransur kemudian. buat sebab Allah suruh.
ReplyDeleteMost of the times, its that simple...
Allah cakap tidak! Tak boleh! Jangan buat!
Satu perkataan je yang sesuai lepas baca sampai habis artikel ni...
ReplyDeleteWOW!!!!
.
.
Dalam Quran Tak kata Tak boleh mencuri, tapi Allah kata pencuri lelaki pencuri Perempuan di potong tangannya.
ReplyDeleteQuran Tak kata Tak boleh rasuah, hadis kata perasuah Dan penerima Rasuah dalam neraka.
Dalam Quran Tak kata jangan homoseksual, tapi cerita azab di turunkan kepada pembuat LGBT.
Maknanya? Sama, semua perbuatan itu Allah murka