Jul 11, 2018

Kahwin budak dalam islam?


(Isu kahwin dengan budak. Adakah islam membenarkan Pedo?)

Apa itu pedo?

Pedo adalah seks dengan gadis yang belum baligh!

Bukan seks dengan gadis bawah umur, sebab maksud bawah umur berbeza ikut negara, ada yang 18 tahun, ada yang 16 tahun, ada yang 14 tahun.., itu bawah umur yang mana jika buat seks walaupun suka sama suka, akan di cas rogol.

Tapi jika buat seks pada orang perempuan yang belum baligh, maka itulah pedo dan pedo adalah haram dalam islam, Jadi memang tak bolehlah nak berpedo selamanya wahai semua umat islam.
Masalah sekarang, bila ada seorang lelaki orang islam buat jahat, contoh pergi buat seks pedo dengan bini dia yang bawah umur, maka SALAHNYA adalah lelaki islam tu sorang, bukan salahkan Islam!
Islam tak larang kahwin dengan budak, tapi islam larang Pedo! Faham tak?

Nampaknya aku kena salahkan korang jugak yang belajar agama tak habis, sebab dalam bab hukum kahwin, memang boleh kahwin dengan kanak kanak perempuan, tapi bila kahwin tak semestinya boleh jimak terus, jadi bab jimak pulak hukumnya lain, seperti tak boleh jimak waktu haid, tak boleh jimak wanita belum haid, tak boleh jimak ikut lubang jobor dan lain lain!

Al faham ke idop?

Bab dalil, Aku setuju dengan Dr Zakir Naik, yang bagitahu Nabi Muhammad kahwin dengan Aisyah sewaktu umur 9 tahun dan tidur bersama selepas Aisyah suci (baligh), hikmah perkahwinan mereka adalah Aisyah ni unik (manusia terpilih) sebagai penghafal hadis wanita paling muda dan paling banyak.

Lagipun kahwin muda takde masalah zaman tu sebab wanita zaman tu cepat matang dan baligh. Jangan lupa jugak fakta isteri pertama Nabi berumur 40 tahun, bermakna Nabi bukan Pedo!
Tapi balik kepada zaman sekarang, zaman anak dara umur 25 tahun tapi tidur malam peluk anak patung teddy bear sambil hafal lagu korea, hari minggu bangkit jam 11 pagi itupun mak kejut, masak apa semua tak pandai, setakat masak air panas masin diclaim tom yam, lepas tu kemas bilik tak reti, rumah dibiar bersepah, boleh ke nak buat bini?

Itu yang zaman sekarang, had umur boleh kahwin dinaikkan ikut negara masing masing, tak sama sebab pemerintah lebih tahu hal ehwal kematangan budak perempuan

Sama jugak zaman Nabi, orang islam ramai yang ada hamba abdi, tapi zaman dah berubah, hukum memiliki hamba adalah harus, tapi zaman sekarang jika korang pergi beli hamba dekat black market memang nak kena kecam.

Jadi kesimpulannya, dari segi hukum islam, boleh ada hamba, boleh kahwin dengan budak, tapi tak boleh pedo walaupun dengan isteri, dan juga hamba!

Tapi bab peredaran zaman, kana ikut undang undanglah, yang mana kerajaan dah haramkan hamba atau haramkan kahwin dengan budak, kena ikutlah.., lagi jika ada kes Pedo, memang lelaki tu kena hukum tak kira siapapun dia, orang islam ke, bukan islam ke, wahabi ke, syiah ke, sunni ke, jika Pedo kita kena tangkap dah hukum mereka.

“Ok, saya faham islam tak benarkan pedo, tapi Hamka, jika zaman sekarang tak boleh kahwin dengan budak?, dan tak boleh ada hamba zaman sekarang? Bermakna islam tak sesuai untuk sepanjang zaman?”

Wah…, dia pusing ikut situ pulak, aku bagi contoh simple, katakan lepas 5 tahun, kerajaan baru gagal tunaikan manifesto, lalu rakyat merusuh, kemudian berlaku perang antara pelbagai bangsa yang membuatkan Malaysia menjadi huru hara, terus negara luar datang nak takluk Malaysia macam zaman perang dunia ke dua, katakanlah Jepun datang takluk Malaysia, dan hapuskan semua bangsa cina macam word war 2 dulu, lepas tu kita tahulah jepun ni akan buat kem hamba sex untuk tentera dia, dah tentu lepas perang orang lelaki akan ramai mati, dan jepun akan tangkap anak dara melayu untuk jadikan hamba seks.

Jadi waktu tu siapa yang dah jadi bini orang insya-allah akan selamat, sebab jepun punya nafsu nak rogol anak dara sahaja, maka aku rasa korang orang perempuan zaman tu rela dikahwinkan dengan sepupu sepapat walaupun bawah umur, dan rela dipoligami, malahan jika qouta poligami lelaki melayu dah penuh, korang sanggup jadi hamba orang islam daripada ditangkap tentera jepun dan dijadikan habuan seks tentera mereka. Jadi sewaktu itu fahamlah korang tentang hukum islam yang sesuai sepanjang zaman.

Amacam? Ganas tak contoh aku bagi? Asal korang faham, kita semua puas hati. Woha!

Akhir kata. Balik isu kahwin dengan kanak-kanak, ada satu benda yang aku tak puas hati, al kisahnya semalam aku pergi layan Ant Man dekat panggung wayang, aku bawak anak umur 13 tahun, harga tiket kanak kanak adalah separuh harga tiket orang dewasa. Tapi waktu beli tiket, anak aku dikira dewasa dan kena bayar harga dewasa sebab disisi kapatalis, 12 tahun sahaja had umur kanak-kanak, apa kejadah?! 

Anak aku jika kahwin umur macam ni korang kutuk islam teruk kahwinkan anak umur 13 tahun kerana masih budak budak, tapi bila kapatalis nak untung lalu kenakan harga dewasa pada budak umur 13 tahun, semua diam tak bersuara? Apa ke jadah?! Hampeh!

Fikir-fikirkanlah.

1 comment:

  1. Itulah.. bila sorang melayu buat salah.. depa salahkan agama Islam.. tp bila terang2 tok sami yg salah.. seko umat pon xda salah .. suci murni lagi ada .

    ReplyDelete