Jul 4, 2018

Filem Tamil Pertama Saya?

(Ulasan Filem Tamil-Kisah Ikram Muslimin dan bahaya fitnah)


Pada suatu hari aku update facebook tulis macam ni:

“Nak cari cerita tamil ni tapi lupa tajuk, ada babak hero nak kena bunuh, tapi dia tidur terbalik jadi kakinya luka, lepas tu mak hero nak kena bunuh, orang jahat datang mak hero bagi makan sebab mak dia ni pemurah, ketika makan orang jahat ni tercekik dan hampir mati, mak hero tepuk belakang dia dan selamatkan si jahat ni, terus si jahat ni insaf..”

Tolong!

Tak lama aku dapat komen di facebook:

Khairool Nizam Abdul Aziz :Mere insafi duniya taubatahe

Aku pun search tapi cekala, tajuk tu tak wujudpun! Kena troll rupanya, Aku check komen seterusnya:

Munirah Mohamad: “Bro, sebelum aku kecam kau baik kau dgr nasihat aku ni...pg tido drpd cari citer xberfaedah ni...apehal kau nak tepuk blkg pencuri tu mase dia tercekik ha?????!!!!!”

Mohamed Ikwan Sulaiman: “rumit jalan crita ni saudara..tengok crita tamil yang lain jelah saudara..”

Yaya Suraya:  “Halalkan nasi yg ku curi dan ku makani..”

Mohamed Ikwan Sulaiman: “puas aku flashback dah,xpenah lagi jumpa jalan crita ni..confirm tamil bukan Philippines?”

Roman Firmino: “sapadek with amma”

Adzam A. Kamrudin: “Bagus, bagi tauladan kat org Malaysia.. Org jahat dtg umah mesti kena sambut, bagi makan ke..”

Chandran Subramaniam: “Nama filem ni Marumalarchi.. lakonan mamooty..legend filem malayalam Jgn ckp abg x payung”

Mohamed Ikwan Sulaiman: “malayalam laa.. bukan tamil? saudara.. anda telah membantu ramai insan diluar sana.. harap anda dapat title datok sri.. terima kasih saudara”

Chandran Subramaniam: “Filem tamil la.. tapi hero tu most dlm filem malayalam..jarang berlakon dlm filem tamil..citer tu mmg baik la..dpt dijadikan teladan”

Hamka:  “Alhamdulillah. Best giler ceriter ni. Lepas rindu kat mak hero tu... korang tengok tentu nangis. Terbaik bang Chandran Subramaniam, terima kasih atas info, segala kerjasama didahulukan jutaan terima kasih.

Chandran Subramaniam: “Welcome bro”

***

Aku tengok dulu kat TV2 dua puluh tahun yang lepas, itu tengok tak habis, sampai babak penjahat tercekik tu jer, mak suruh beli cili kering, sampai kedai ada awek ajak borak terus aku lupa dunia, jadi tanpa buang masa, terus aku layan filem ini semalam.

Filem ini ada versi penuh di Youtube, tapi takde subtitle malay jadi korang tak akan faham sepatah haram, jadi biar aku cerita dari awal sampai habis bagi save korang punya data tapi tetap dapat ambik iktibar dan pengajaran yang sangat berguna, enjoy!

Watak utama:

Rasu: Hero cerita ni, ketua kampung yang baik hati, seorang yang sangat kaya, budiman, suka sedekah, suka bantu orang susah hingga dianggap dewa oleh orang kampung.

Velu: Driver dan pegawai peribadi Rasu, seorang anak yatim yang dijaga oleh Rasu, sangat setia kepada Rasu dan sanggup mati demi Rasu.

Manimaran: ketua kampung sebelah yang handal berlawan.

Mannaru: Sepupu kepada Manimaran, seorang samseng kampung yang juga handal berlawan.

Jayanthi: Awek kampung sebelah yang cun.

Awal cerita ditunjukkan akhak mulia Rasu yang mana bila orang islam datang nak beli tanah hujung kampung untuk buat masjid, Rasu bagi free, dan siap bagi duit untuk beli bahan binaan, bila orang islam nak bayar duit jugak, Rasu cakap korang bayar guna doa sahaja, perghhh baik gila. Rasu juga digambarkan suka beri makan kepada orang miskin dan anak yatim, ada juga gereja yang mendapat bantuan makanan dari Rasu. Memang baik gila.

Bila ada orang kampung nak jual tanah kepada tauke arak untuk bina kedai arak, Rasu beli tanah tu dah jadikan wakaf untuk buat benda lain yang lebih baik, tauke arak itu dimalukan dengan dihalau dari kampung naik keldai.

Nak jadi cerita, Rasu ajak drivernya Velu pergi beli hadiah dekat mak Rasu di kampung sebelah, sebab orang kampung Rasu tak nak ambik duit darinya dan selalu bagi free, Rasu tak nak rasuah jadi dia pergi pasar dikampung sebelah. Di sana orang tak kenal dia.

Tiba tiba ada seekor ular sesat dalam pasar nak patut awek cun si Jayanthi, nasib baik Rasu sempat tarik perempuan tu tapi Jayanthi menjerit tuduh Rasu nak raba dia, terus orang kampung pukul Rasu, ketua kampung Manimaran dan genster kampung Mannaru ikat Rasu dan pukul dengan kayu sampai berdarah darah. Rasu cakap ada ular mereka tak percaya.

Tapi Manimaran masih baik hati, tak nak bunuh Rasu, dan lepaskan Rasu balik Bersama Driver. Rasu kan baik hati, pesan pada Velu jangan cerita kisah pada orang kampung dia kena pukul oleh orang kampung sebelah, cakap sahaja kereta kemalangan.

Bila balik kampung, alangkan terkejutnya orang kampung tengok Rasu berdarah darah, terus marah pada Velu sebab bawak kereta tak pandai, tapi Rasu cakap dia yang bawak, dan masuk rumah berehat, bila Velu singgah minum air dikedai, orang kampung marah dia sebab biarkan Rasu bawak kereta, lepas tu kecoh kereta tak kemikpun?, dan orang paksa Velu cerita kisah sebenar.

Velupun bagitahu kampung sebelah yang pukul Rasu, terus orang kampung bersiap nak pergi serang kampung sebelah.

Manakala dikampung sebelah, rupanya ada ular sedang mengganas dipasar, terus ketua kampung si Manimaran rasa bersalah dan nak pergi malam itu juga ke rumah Rasu ikut jalan pintas.

Sampai Rumah Rasu terus Manimaran sujud mintak maaf, mak Rasu ajak makan nasi, dan layan Manimaran dengan sangat baik, Manimaran menangis insaf sebab dah salah pukul orang yang paling baik dimuka bumi.

Sementara itu dikampung Manimaran, orang kampung Rasu dah datang menyerang, Ibu bapa awek cun, mati kena bakar, si awek cun sempat diselamatkan gangster kampung si Mannaru yang turut cedera kena tikam. Lebih tragis ibu bapa ketua kampung si Manimaran juga telah mati dibakar.

Manimaran bila balik, sangat terkejut tengok mak dan ayahnya dah jadi arang! dan bersumpah akan membalas dendam untuk bunuh Rasu dan semua orang kampung Rasu!

Bila diketahui, awek cun si Jayanthi masih hidup, Manimaran suruh awek cun tu pergi bunuh Rasu.
Caranya, awek cun tu datang mengadu nak bunuh diri sebab mak bapaknya dah mati, jika Rasu tak selamatkan dia dari patukan ular, hanya dia yang mati, tapi sebab dah selamatkan dia, satu kampung mati, Rasu kasihan dan sanggup kahwin dengan Jayanthi. 

Bila malam, Jayanthi ambik lesung batu dan hempas atas kepala Rasu yang berselimut penuh, tapi malam itu Rasu tidur terbalik, sebab risau fikirkan nasib orang kampung sebelah yang dibunuh beramai ramai atas salah faham. Jadi kaki Rasu sahaja yang cedera dan Rasu maafkan bininya, esok bila mak dia tanya, katanya jatuh katil. Terus Jayanthi insaf dan sedar lakinya seorang yang sangat baik dan jatuh cinta selepas kahwin, ok dah boleh masuk lagu tamil dan menyanyi tengah padang.

Sambung balik, cubaan bunuh gagal, Mannaru pulak datang letak racun dalam kawah yang Jayanhi masak, lauk tu untuk anak yatim digereja dan orang miskin dikampung, Velu makan dulu dan mati. Sebelum mati dia bagitahu salah dia cerita kat orang kampung peristiwa hari tu sehingga kampung sebelah habis terbakar, dan sekarang dia mati untuk selamatkan semua orang kampung, semoga Rasu maafkan dia.

Orang kampung pulak salahkan bini Rasu atas makanan beracun dan tuduh ini cara Bini Rasu nak balas dendam. Rasu halau Jayanthi suruh kawannya pergi hantar ke kampung sebelah, padahal Rasu nak selamatkan bini dia dari orang kampung dan Jayanthi disembunyikan ditempat khas aman dari kedua dua kampung.

Tak puas hati cubaan meracun gagal, si Mannaru datang sebagai musafir susah dan bawak parang nak bunuh mak Rasu, waktu tu Rasu takde dan Mak Rasu baik hati, ajak Mannaru makan, bila tercekik mak Rasu bagi air dan selamatkan dari tersedak, terus Mannaru teringat kat arwah mak dia, dan Mak Rasu cakap panggil sahaja dia Mak, terus Mannaru menangis insaf dan anggap Mak Rasu sebagai Mak beliau sendiri.

Hujung cerita, ada seorang sami datang mintak makanan dari Mak rasu, Mak Rasupun hidang dan secara senyap senyap Sami ni letak racun dalam makanan itu, bila Sami tu tak makan, Mak Rasu tanya kenapa? Sami tu cakap baru ni ada kes makanan beracun dan dia takut nak makan, Mak Rasu buktikan makanan itu takde racun dan makan, lalu mati.

Si sami ini rupanya tauke arak yang pernah kena halau dari kampung dan beliau cerita kejayaan dia bunuh Mak Rasu pada genster kampung sebalah si Mannaru yang dah anggap Mak Rasu ni Mak dia, terus Mannaru bunuh tauke arak tu.

Last, hero bila tahu maknya mati maka menyerah diri pada ketua kampung sebelah, si Manimaran supaya bunuh terus dia dengan pedang, habiskan nyawa dia jangan libatkan orang lain. Manimaran dah sedia nak tikam tapi Rasu tak elak lalu Manimaran campak pedang dan ajak Rasu bergaduh. Okey Manimaran pandai berlawan tapi rupanya Rasu lagi hebat. Masukkan sound efeck tumbuk dan angin bergelora dari dua orang yang sedang bergaduh depan masjid.

Pendek cerita, Manimaran kalah teruk, orang kampung semua datang, dan terbongkarlah cerita sebenar, semuanya salah faham. Rasu maafkan Manimaram, sangkanya Manimaran bunuh ibunya tapi tauke arak yang dah dibunuh oleh Mannaru. Akhirnya Jayanthi datang peluk Rasu. Semua masalah selesai.

Amacam best tak?

Aku yang tak pernah tengok tamil rasa cerita ini sangat bagus. Walaupun tak suka dengan cara editnya, tapi so far okey, Kadang kadang bagi peluang juga untuk tengok filem yang lain dari kegemaran kita.

Sebab pengajaran itu ada di mana mana. Jika ikut islam ahlak Rasu ni namanya Ikram Muslimim, iaitu menunaikan hak tanpa menuntut hak. Juga nak tunjuk orang baik ni ujian dia macam-macam tapi bila bersabar akan ada kebaikkan, juga tuntutan bila dapat satu berita jangan terus sebar dan fitnah, kena siasat dulu, tengok jika perangai kita macam kedua dua kampung, terus percaya dan terus hukum, memang yang menang jadi arang yang kalah jadi abulah!

Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Panjang lagi nak cerita tapi korang boleh fikir sendiri.

Sekian ulasan filem Tamil pertama saya. Terima kasih kepada Chandran Subramaniam yang bantu saya jajak nostalgia filem tamil ini. Semoga Rasu dan Jayanthi serta kita semua dapat hidayat!

Woha!

Ps: Tajuk cerita Tamil ini Maru Malarchi tahun 1998, jika nak tengok versi Hindi juga ada di youtube dengan Eng Sub, tajuknya Phool Aur Aag (Flower and Fire) tahun 1999 lakonan Mithun dan Jackie Shroff, Now you know.

5 comments:

  1. ok bro..dah baca habis..dari tulisan bro,dah dpt bayangkan whole movie camne...susah nk cari akhlak macam rasu tu zaman sekarang..btw,tahniah la dpt layan balik movie yg tertangguh 20 tahun..mujur ada hero chandran yg tolong.

    ReplyDelete
  2. Alang2 tu nak tanya sekalilah
    Apa tajuk cerita hindustan lama yang hero dia terlalu sayangkan ibu dia, dia jual buah pinggang dia kat black market, duit tu dia nak guna buat rumah untuk mak dia, tp dalam perjalanan balik setelah dpt duit, dia dikepong org jahat yg cuba utk ambil duit tu dr dia, dia lalu diselamatkan oleh seorang wanita mistik yg mampu bertukar menjadi etromen, bila dia silang tangan, keluarlah pancaran lazer yg mebewaskan penjahat tersebut. Padan muka, sapa suruh baca.

    ReplyDelete
  3. Bang, saya tak baca habis apa yang abanh tulis sebab saya nak cari cerita dia.. Kalau nak satu lagi filem tamil yang bagus, abang boleh cari filem joker..

    ReplyDelete
  4. Ummi Insyirah Haqimi9:39 AM, July 10, 2018

    Hamka bleh try tgk sivaji, kanthaswamy dgn singam.. entertaining & sarat dgn moral values..

    Ps: Kpd awek yg pernah borak dengan pemuda yg beli cili kering 20 tahun dulu tu mohon komen kat sini

    ReplyDelete
  5. Salam Bro, terima kasih atas sinopsisnya. Hari ni Ahad 10 Mei 2020 filem ni tgh tayang kat Astro Vellithirai 202. (12 tghri hingga 3 ptg)
    Terima Kasih

    ReplyDelete