May 18, 2018

Soalan Temuduga paling susah?


(Dari zaman Tun M, Pak Lah, Najib, dan kembali Tun M, sungguh ada cerita :Innocent until proven guilty)

Aku habis belajar tahun 1998. Zaman Tun M sedang memerintah.

Bila hadir temuduga kerja di Bangi, aku ada dapat soalan ini:

“Apa pendapat anda tentang Anwar Ibrahim?”

Pergghhh,.  Berita anwar kena pecat baru dua hari, aku tak tahu nak jawab apa, lalu aku jawab:

“Jika Anwar tidak bersalah, maka saya simpati pada dia”

Terus si temuduga tu senyum dan ambik aku kerja. (banyak lagi solan lain tentang kemahiran aku, soalan ini hujung seisi temuduga, huhuhu)

Beberapa tahun kemudian, aku minta kerja tempat lain pula, dan dapat soalan lebih kurang sebegini.

“Hamka, bayangkan pada suatu hari, awak baru lepas kena rompak, dan sedang kesedihan di tepi jalan, lalu datang Encik Bijan tumpangkan anda ke rumahnya, bagi makan, dan bagi sedikit wang untuk meneruskan hidup. Dengan wang itu anda mulakan hidup baru, buat bisnes kecil kecilan dan berjaya. Lalu anda nak bayar hutang Bijan, tapi si Bijan menolak, kerana kata Bijan, dulu bantuannya ikhlas. Malahan dia turut promosi produk anda menjadi semakin laris. Hidup anda semakin berjaya dan dia selalu membantu anda. Pendek kata dialah yang merubah nasib hidup anda.

Suatu hari, keluar berita bahawa dia adalah buruan polis atas kesalahan merompak dan membunuh, sekarang dia berselindung dirumah anda.

Apa yang anda akan lakukan?”

Perghhh, soalan macam ni pun ada dalam temuduga?, waktu tu zaman pemerintahan Pak Lah, kalau korang jadi aku, apa yang korang nak jawab?

Masa pun terhad, penemuduga tak suka kita ambik masa terlalu lama.

Maka jawab aku:

“Saya setuju dengan konsep ‘Innocent until proven guilty’, jadi saya akan serahkan dia pada polis, sebab jika dia terbukti salah maka dia layak kena hukum, walaupun dia buat baik pada saya, dan jika dia tidak bersalah, maka dia akan dibebaskan, alhamdulillah”

Entah betul ke tidak jawapan aku tu, tapi aku memang dapat kerja situ, dan belum pernah jumpa Bijan dalam hidup ini. Hu hu hu…

Ok itu zaman Pak Lah, dan sudah berlalu zaman Najib, dan kini kembali ke zaman Tun M
Hari ini, di wall FB kecoh tentang pencuri dan perompak, ada yang doa laknat, ada yang terus menokok tambah cerita dan macam macam makian, pesan aku, biarlah polis dan peguam buat kerja dia, semua orang adalah ‘Innocent until proven guilty’, pahala puasa kita tak banyak mana, jangan habiskan dengan mengumpat dan menfitnah.

Aku doakan yang baik baik buat Tun M, Najib, Pak Lah dan Anwar Ibrahim.

Selamat berpuasa.

Woha!

5 comments:

  1. kisah Pemuda khafi bila nak lari dari fitnah besar zaman dia terus lari masuk dalam gua. Kita kalau nak lari dari fitnah besar zaman kita, nak elakkan daripada mengumpat, memfitnah atau menjadi ejen penyebaran persepsi, maka jauhilah media sosial kalau tidak mampu untuk menahan jari-jemari di bulan puasa ini.

    helmi.

    ReplyDelete
  2. bijannn...bijannn... macam kenal, kan?

    ReplyDelete
  3. ok, innocent until proven guilty. tapi encik hamka tidak masukkan nama TGHH dalam senarai dan doa. kenapa ya?

    ReplyDelete
  4. cerita aku sekitar 4 orang tu sahaja, jadi doa untuk watak dalam tu sahaja.cuba rujuk kurungan tajuk tu.

    ok, aku doakan juga Haji Hadi, dan semua pimimpin islam yang baik baik.

    amin.

    ReplyDelete