May 14, 2018

Cerita sekitar Pilihan Raya?

(Zaman sekarang jarang update blog, jadi aku copy paste artikel dari FB yang berlangsung sebelum dan selepas PRU-aku simpan sini sebab senang nak rujuk bila tiba PRU akan datang-Woha!)


Di Malaysia ada dua jenis manusia.

Pertama: Orang yang pernah kena tipu dengan skim cepat kaya.

Kedua: Orang yang tak pernah kena tipu dengan skim cepat kaya, tapi dia kenal dengan orang yang pernah kena tipu dengan skim cepat kaya.


Jadi hidup kita ni dikelilingi oleh mangsa mangsa skim cepat kaya, bermakna kita di kelilingi oleh manusia manusia yang mudah kena tipu sebab.., mungkin budaya malas membaca dan mengkaji.

Ini PRU dah dekat, lagilah ramai yang malas mengkaji semua berita. Lepas tu terus fitnah dan dimakan fitnah. Dosa ni bukan boleh delete dan salahkan admin, tapi kena hadap malaikat Malik yang mahir menyeksa ahli neraka, panjang cerita... elok korang pergi rajinkan diri beli dan baca buku, cari buku terbitan BUKU POJOK, TARBIAH SENTAP, DUBOOK, PATRIOT, DAN WRITE AND BRAVE.

Semua buku buku terbitan mereka ada nilai ilmiah, sebab tu mereka sanggup terbit buku aku.

Woha!


NAK UNDI MANA?


Azwan Ali said...

Dah ada entry baru rupanya. Encik Hamka masih belum menjawab soalan-soalan saya pada enry-entry yang lepas. Tak mengapa lah. Saya bawak ke sini.

Encik Hamka yang budiman. Sebagai seorang tabligh (atau cenderung tabligh - wallahu a'alam saya tak tahu), parti manakah yang harus saya pilih dalam PRU yang akan datang? PH atau BN?

Saya tidak akan pilih PAS kerana saya sifatkan mereka sebagai pengeluar fatwa kaum kera, ada ura-ura nak kunci masjid dan sekat dakwah tabligh. Jadi antara PH dan BN, parti manakah yang harus saya pilih dan mohon penerangan sebab-sebabnya.

Saya mohon jawapan yang tepat dan tiada samar-samar atau korner-korner untuk menjadi panduan dalam PRU akan datang. Dakwah mesti terang dan saya difahamkan golongan tabligh ni golongan yang kuat mujahadah.

Terima kasih.

******************

Hamka said:

Pas sejak tak gabung dengan DAP ni dah tak guna fatwa kaum kera macam PRU yang lepas, so boleh undi PAS. Tahniah PAS sebab dah tak bergabung dengan DAP yang jelas tak sokong Islam. Untuk BN dan PH juga ada calon yang sokong islam, boleh undi mereka, namun jika ada calon mana mana parti sokong wahabi, syiah, LGBT, dan lain lain yang bertentangan dengan akidah, jangan pangkah calon tu tak kira dari parti manapun. Jadi tepuk dada tanyalah iman.

Bab Tabligh pun sama, jika ada calon tak sokong usaha dakwah, tak kira dari parti manapun, tak payahlah undi mereka.

Woha!




PESANAN KEPADA PENGUNDI ATAS PAGAR:


Demokrasi ni tak patut kita layan dengan emosi dan sentimen hingga keluar fatwa tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat pahala dan sebagainya..

Mengundi 5 tahun sekali, kita pilihlah mana yang berkenan, Tak payah nak emosi dan sentimen bila berkempen parti kegemaran korang sebab aku tengok bila dah kempen maka banyak berlaku kesilapan dan dosa, pertama korang akan cerita kelebihan makhluk, (syirik) dan kedua, korang akan hina keburukkan makhluk, (menolak takdir) , ketiga, korang akan dedahkan aib pihak lawan dan yang lebih bangang, jika parti korang buat silap, boleh pulak bela sedangkan selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi bila parti korang buat maksiat, korang boleh setuju pulak? Mana pergi iman? Adohai...

Demokrasi ni tak salah jika kita duduk tengah tengah, kita rahsiakan sokong yang mana, term undi adalah rahsia tu sangat bagus supaya kerajaan dan pembangkang tak sombong serta perasan bagus sebab tak tahu lagi rakyat pilih yang mana, ha ha.

Aku mengaku aku pengundi atas pagar sebab aku suka pandang baik (ehem.. ehem..), jadi ketiga tiga parti aku nampak ada baik, (dan aku jugak ada pandang buruk dan nampak jugak keburukkan ketiga tiga parti, adohai..), so rahsiakan undi kita, biarkan parti ABC, MNQ, dan XYZ datang berlemah lembut merayu undi, dalam mereka bercakap dengan lemah lembut pujuk aku undi parti mereka dengan manifesto bombastik, aku boleh cerita tentang ugama dengan lebih ‘deep’ pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro.., politik! He he"

Kalau ada ustaz cakap, orang yang duduk atas pagar ni sesat dan mati masuk neraka sebab tak bersama jemaah, korang jawab kepada ustaz tu.

“You dah hilang undi I bila you tuduh I ahli neraka, I pergi mengundi tak pernah miss, lagipun ustaz, masa Saidina Ali(kerajaan) dan Muwayiyah(Pembakang) berperang, ada sebahagian sahabat Nabi yang duduk atas pagar tak menyertai mereka, antara mereka adalah Saad bin Abu Waqas r.a , adakah ustaz lagi terer dari sahabat Nabi dalam berijtihad?”

Berhenti sekejap telan air liur, dan kita sambung lagi:

“I tak declare sokong mana mana parti sebab I tak nak You dan your enemy perasan bagus bila orang ramai datang bagi sokongan, so You ketiga kita parti akan tunjuk baik, dan Rakyat akan dapat menafaat, lagipun ustaz bila Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang duduk atas pagar dalam perperangan ini? Jawab saidina Ali yang confirm lebih terer dari You:
"mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan di zaman itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz yang lebih cerdik dalam parti kau lain kali-ada tu tapi diam jer-Woha!).

Sekian aku membebel hari ni.

Tutup entry dengan tasbih kafarah dan selamat mengundi!




BERAKHIRNYA TEORI RAHMAN

Sedang mengeteh di Terengganu bersama kawan sekampung yang sedang meraikan kemenangan PAS.

Antara topik mereka sembang:
Tentang teori RAHMAN:

Rahman
Abdul Razak
Hussein Onn
Mahathir
Abdullah
Najib

Jadi guna teori yang sama. Maka bermulalah teori MAHATDIR

Katanya lepas Mahadhir akan diganti Anwar. Dan lepas tu HADI!

Woha!

Ada pulak kata H tu untuk Hishamuddin.

Tapi tak boleh blah ada orang sebut H untuk Hamka!

Woha sekali lagi!

Ps: Tahniah PAS berjaya tawan Wisma Terengganu dan tahniah PH berjaya tawan Putrajaya. Bagi yang kalah terimalah takdir dari Allah yang dah set from the top. Semua yang berlaku adalah dalam peraturan-Nya. Sungguh Keretamayat itu sehala jalannya. Buat sehabis baik sebelum ditumpangkan.





UCAPAN WAKIL RAKYAT YANG TEWAS

Lepas kalah pilihan raya, wakil rakyat yang bertanding mungkin akan kelu lidah nak bagi ucapan bila ditanya wartawan.


Terpanggil untuk bantu masalah ini, aku siapkan template ucapan berhemah untuk di copy paste oleh wakil rakyat yang kalah.

*****

Asalamualaikum, saya ___________ (isi nama wakil rakyat)

Terima keputusan majoroti rakyat _________ (isi nama tempat bertanding) dengan hati yang penuh Redha,

Saya REDHA dengan ketentuan ilahi.

Bak kat Lisa Sruyani dalam Ombak Rindu, redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah.

Saya redha sebab saya ikhlas.

Tanniah kepada ______________(isi nama calon yang menang)

Kami semua akan bantu anda berkhidmat kepada rakyat.

Ada rezeki lain kali, saya akan bertanding lagi.
InsyaAllah.

***
Ok kan ucapan macam ni, takde nak gaduh gaduh, selamat berpuasa!

Woha!


PEPATAH MELAYU BARU:

Belum hilang dakwat dijari sudah mahu melompat parti

Woha!

Maksudnya korang tafsir sendiri.. huhuhu.



SELAMAT PULANG SEMUA

Gambar adik bongsu peluk abang sulung.

Hari ni dah habis cuti PRU. So hantar mereka naik bas balik asrama yang kini dibawah pentadbiran baru(Tahniah pada parti yang menang)

Bini aku nasihat dan pesan berbagai perkara pada anak seperti siapkan kerja sekolah. Jangan lewatkan solat. Basuh baju lepas pakai. Gosok baju sebelum tidur. Sikat rambut cantik cantik. Jaga diri. Jangan lupa baca al quran. Jangan main telefon dan pelbagai lagi nasihat yang berguna untuk semua remaja.

Aku diamkan sahaja. Dah habis semua pesanan bini maka giliran aku pulak bagi pesanan.

Pesan aku pendek sahaja, cukup empat patah perkataan:

"Anak... ikutlah semua nasihat bonda"

Woha!

Ps: Selamat Hari Ibu.




AKHIRNYA SEMUA AKAN MENJADI TANAH

Cuti PRU berkahir pada 13 Mei bersamaan hari ibu.

Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee, Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku Hamka, Mak ingin aku menjadi penulis macam Hamka apabila besar katanya.., akhirnya mak berjaya pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak sudah tiada, sudah kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang sudah di makbulkan.., Semua buku Hamka Kereta mayat, aku dedikasikan kepada arwah Cek Ku Teh..

Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima kasih emak kerana telah membesarkan aku dari sekecil tapak tangan, sehingga menjadi sebesar orang malaysia saiz standard.

Mak, dalam kerinduan ini, izinkan Hamka cari dan memeluk menantu emak sekejap. Hamka hendak mengelap hingus pada bahunya.

Al Fatihah.

P.S: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali beliau akan datang rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak kamu dan cakap, “Selamat hari ibu, saya sayang mak”. Dan minta maaf sebab pernah mengkritik masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu kamu boleh makan masakan emak lagi buat selama-lamanya..


******

Jadi Begitulah catatan yang sempat aku dokumentasikan sepanjang PRU baru baru ini. Minta maaf jika ada sebarang kata kata yang terkasar, terumpat, tercela dan sebagainya. Aku juga manusia yang tak lepas dari silap dan dosa, yang betul boleh ikut, yang salah boleh tegur, sempena pentadbiran baru, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita membantu Negara dengan menyokong semua perkara yang baik baik. Tahniah kepada Kerajaan Baru, semoga Islam dan semua rakyat terbela dalam pimpinan baru yang telah ditakdirkan Allah kepada kita semua.

Tiada daya upaya melainkan dengan IZINYA.

Kita datang dari tanah, dan semua kita akan menjadi tanah.

Salam Satu Malaysia Baru!

Woha!

Buku Hamka Kereta Mayat

9 comments:

  1. Penyesalan mayat mayat ;
    Mayat org kapir ; kenapalah dulu masa hidup tak jadi org Islam.
    Mayat org fasik ; kenapalah dulu masa hidup tak taubat jadi org baik baik.
    Mayat org beriman ; kenapalah dulu masa hidup tak memperbnykkan sedekah.
    Mayat org soleh ; ruginya dulu masa hidup, masa masa yg terluang tanpa zikrullah.

    Sempena bulan puasa tahun ni, tanamkan azam, perbnykkan istighfar dan taubat, dan sentiasalah dlm keadaan berzikrullah. Mudah mudahan tergolong golongan org bertaqwa.

    Selamat berramadhan !

    ReplyDelete
  2. So, dah boleh undi pas balik lah ye?

    ReplyDelete
  3. Nasihat kalau datang dari bapa memang simple yang amat, by the way tak kisah sangat bab parti ni malas nak gaduh sebenarnya hahaa buat pening kepala je

    ReplyDelete
  4. Anom: Semoga kita ditakdirkan bertemu lailatul qadar dan memanfaatkannya. amin

    Azwan Ali: Ya.

    Erni: Gaduh-gaduh memang pening, woha!

    ReplyDelete
  5. Dulu, aku pun percaya parti ABC kata tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat pahala dan sebagainya. Tapi bila aku check daripada sumber, rupa-rupanya media yang fitnah mereka. Tak sangka, sehingga sekarang masih ramai yang termakan fitnah itu.

    ReplyDelete
  6. Ada Game Baru Lho Di Bolavita, Yaitu permainan WM555 Casino Online.

    Hanya Dengan 1 User ID Anda Sudah bisa memainkan 7 jenis permainan di WM555 Live Casino:

    • Baccarat
    • Dragon Tiger
    • Roulette
    • Sic Bo
    • Niu-Niu
    • Sakong
    • Fan Tan

    Ingin Tahu Produk Terbaru WM555? Yuk Coba versi Gratis/Demo WM555 casino di link : http://wm777.net/
    NB : klik bendera untuk ganti ke bahasa indonesia kemudian klik Demo.

    Ayo segera hubungi CS kami untuk info lebih lanjut :
    Wechat : Bolavita
    WA : 0812-2222-995
    Line : cs_bolavita
    Link : www.bolavita88.com

    Ayo Tunggu Apa Lagi... Segera Bergabung Bersama kami Dan Nikmati Bonus nya....

    ReplyDelete