(Kisah Kenapa Ramadan Indah)
Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki
kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham
laki masing masing, adohai...
***
Kisah malam kedua bersahur pulak,
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam
kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng
dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini
ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a..,
ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!!
, kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…
***
Kisah malam ketiga pula:
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan
bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur
untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”
Perghhh
Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua
bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing
masing, kagum dari jauh!
****
Kisah malam ke empat:
Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat
Khabar dengan suara kuat.
“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk
dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia
awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur,
semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas,
di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya
membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang
belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan
pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang
menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi
jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an
itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun
bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan
suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang
diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya
itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan
isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak
isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala
isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu
hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan
rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera
menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai
polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di
Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten
Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan
masih dijalankan”
Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:
“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu
memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib
baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”
Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang
Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.
Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang
suruh kita berbuat baik kepada wanita.
****
Kisah sahur hari ke lima,
"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”
Kata laki dengan senyuman bersyukur.
“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur
untuk abang”
Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih
terserlah.
Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan
puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!
Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam
yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh pun.
Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang! Woha!
(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 10 sahaja
untuk bacaan penuh kisah dari 1 ramadan ke 6 syawal-woha!)
TAMBAHAN:
Syurga wanita lebih Tinggi?
Bangun pagi, bini dah siap sahur. Anak lima orang, memang
banyak juga juadahnya, sungguh bulan puasa begini, orang islam akan gembira
bila waktu berbuka, dan waktu sahur, meriahnya lain macam. Kalau boleh hari
hari nak bulan puasa.
Jangan salah faham, bukan bab makan sahaja best, bab pergi
surau masjid penuh rasa best, baca al quran rasa best, tidur pun best, apa
apapun best, mungkin sebab syaitan diikat jadi suasana sahur ni dia punya
hening dan damai, lain macam, bagai kicau burung di pinggi kali bersama kelopak
bunga berkembang mekar di selangi kepakakan perlahan si rama rama bewarna
indah.
Perghhh, tak boleh blah aku punya ayat-woha!
Jadi lepas sahur, aku Nampak pinggan mangkuk penuh singki, lantas
aku niat dan azam lepas solat subuh aku nak tolong bini basuh pinggan mangkuk,
aku perasan bilik tidur pun bini tak sempat kemas sebab bergegas masak sahur,
jadi lepas balik solat subuh berjemaah nanti aku nak tolong kemas bilik, oh ye,
ruang tamu juga bersepah dengan mainan anak, aku nak kemas nanti.
Pendekkan cerita, balik solat subuh, aku nampak bini sedang
jemur baju di halaman rumah, kami berbalas senyum dan salam. Lalu aku
tinggalkan bini bertemakan ampaian baju sebab aku nak tunaikan janji pada diri
sendiri tadi.
Tapi bila aku masuk dapur, aku tengok singki dan bersih, pinggan
mangkuk semua dah cuci. Aku masuk bilik, semua dah kemas, ruang tamu semua dah
kemas.
Satu kerja pun bini tak tinggal kat aku.
Oh… Bini…,sungguh keindahan Ramadan ni adalah isteri yang
baik, bab kata hadis: dunia ini adalah hiasan, dan sebaik baik hiasan adalah
wanita solehah.
Aku bersyukur atas nikmat islam, nikmat ramadan, dan nikmat hidup
berteman.
Aku rasa syurga bini aku akan jauh lebih tinggi dari aku
yang hina ini.
Sayang…, duduk syurga atas, jangan lupa ziarah abang yang
duduk syurga bawah ni.
Sob sob sob…
Selamat menikmati Ramadan.
Iklan:
Nak baca banyak lagi kisah macam ni, dapatkan Ebook Kisah LAKI
BINI PUASA!
Dalam Ebook ini ada Kisah suka duka Laki Bini bermula 1
Ramadhan hingga Raya Enam!
Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan
Woha!
Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. Atau waktu tunggu
suami balik tarawih.
Cara nak beli, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank
556226405584)
Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com,
Atau hantar bukti bayaran di mesej FB keretamayat, saya akan
hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email atau FB
anda dengan segera.
InsyaAllah.
Selamat Menyambut Ramadhan!
buku ni sama macam tahun lepas punya?
ReplyDeletesama sahaja, terima kasih sudi membeli belah di halaman keretamayat
ReplyDelete