(Soalan dari Anti hadis-solat lima atau tiga?)
|
Anti Hadis juga akan bertaubat- InsyaAllah |
Tuan Hamka, Solat telah diperintahkan sejak zaman Nabi
Ibrahim lagi sebanyak 3 kali setiap hari dan bukan 5 kali seperti ajaran ulama’
mazhab.
Merujuk ayat al-Quran, ayat 114 dari Surah Hud jelas solat
hanya 3 waktu sahaja:
"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang (subuh dan
maghrib), dan awal malam(isyak); sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan
kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."
Tapi kenapa Imam dan ulama’ 4 mazhab mengajar solat 5 waktu
sehari semalam? Katanya dalil 5 waktu di ambil dari hadis, kenapa mesti
mengambil dalil dari hadis? Bukankah al Quran sudah lengkap?
Saya mohon tuan jawab soalan saya tanpa menggunakan hujah
dari hadis. Cukup Al quran sebagai rujukan dan akal sebagai hujah.
Terima kasih.
JAWAPAN DARI HAMKA KERETAMAYAT.
Salam,
Baiklah saudara, saya cuba jawab soalan saudara tanpa guna
Hadis kali ini dan guna Al quran serta logic akal sahaja.
Cuba fikir, mana lagi malas?, solat lima waktu atau tiga
waktu? So, bagi aku geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman
kuat, tapi sebab iman lemah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan
agama, padahal malas.
Ok, kita guna logic akal, jika betul solat asalnya hanya 3
kali sehari semalam, kenapa ustaz yang korang cakap jahat sebab palsukan hadis
tiba tiba nak buat 5 kali sehari semalam? Patut orang jahat buat lagi kurang,
macam Ayah pin ke, Guru Yah Yah ke, yang solat cukup pakai niat, itu baru betul
berniat jahat dengan mempermainkan solat, ini semua ahli sunnah wal jamaah,
semua mazhab yang empat, Syafee, Hambali, Maliki, dan lain lain, solat lima
waktu sehari semalam. Siapa yang pemalas?
So, aku ulang balik, dari segi logic, geng anti hadis yang
pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat dan betul, tapi sebab iman lemah dan
salah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas.
Adohai.
Ini hujah guna akal ni, logic tak jika aku cakap orang yang
solat 3 waktu adalah malas berbanding orang yang solat 5 waktu kerana merasa
solat ni satu beban yang berat, rujuk Al quran:
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)
Ok itu satu hujah simple, kita pergi hujah lain pulak:
sekarang aku nak korang rujuk Al quran bab solat juma’at.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan
untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid
untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah baik
bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah Al-Jumu'ah: 9)
Dari ayat ni, jelas solat jumaat berlaku disiang hari waktu
orang jual beli, dan solat jumaat ni ganti solat zohor, korang geng anti hadis
cakap, solat zohor tak ada dalam suruhan tuhan, habis tu solat jumaat ni ganti
solat apa? Subuh? Magrib? Isyak?
“tapi cik Hamka,
dalam Al quran, suruh solat jumaat, bermakna seminggu sekali sahaja, mana ada
ayat Al quran suruh solat zohor setiap hari?”
Baik! Mari kita rujuk lagi ayat Al quran:
“Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya
sembahyang Wusta dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk (Al
Baqarah -238)”
Tahu tak solat Wusta tu bila? Rujuk ayat lain:
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam, dan sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh
itu adalah disaksikan (Al-Israa’ -78)
Gelincir matahari ni bila? Waktu wusta ni bila? Kalau hadis
tak bagitahu, boleh ke korang main agak agak?,
Cuba rujuk Surah Taha ayat 130:
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah(solat) dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit(solat subuh) dan sebelum terbenamnya(magrib); dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam (isyak) dan pada kedua belah siang(zohor dan asar); supaya engkau reda.
Apa yang dalam kurungan itu, adalah dari hadis, so naktafsir kena guna hadis,
Nasihat aku kepada mereka yang tolak hadis diluar sana,
sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak
hadis bang, lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW,
dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab,
maka tak bolehlah korang nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis.
Contohnya, dalam Al quran tak ada cerita detail macam mana
nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur
keluar nak tak?
Hah! Tau tak nak!
Second Last aku nak tanya, Macam mana kau tahu Al Quran tu
sempurna? Siapa bagitahu? Nabi yang bagitahu kan?
Habis tu kenapa kau percaya pulak? bukan ke kau cakap semua
tu rekaan manusia?
Aku tanya lagi, Siapa kumpul al quran? Sahabat Nabi, siapa
bukukan Al quran?, sahabat nabi dan ulamak, siapa yang buat salinan dan edarkan
Al quran, ulamak seepas zaman nabi, eh? patut jika korang yakin sahabat dan
ulamak boleh palsukan hadis, mereka juga dah tentu boleh palsukan Al quran,
ikut logic otak korang lah.
Padahal Al Quran itu dari Allah. Memang sempurna dan tiada
cacat celanya. Namun manusia ni banyak bodoh dan bangang!, tak boleh paham
kalau Al Quran tu turun sebijik terus. So Allah utuskan manusia jugak suruh
terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dalilnya:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan
taatlah kepada rasul dan janganlah kamu merusakkan amal-amalmu” (Qs. Muhammad:
33).
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika
kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah
menyampaikandengan terang” (Qs. At Taghabun: 12).
“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (hadis), jika kamu
benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih
utama dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisa: 59).
Jadi sudah terang lagi bersuluh dalil ayat demi ayat Allah
suruh ikut ajaran Nabi, maka bila Nabi Muhammad SAW nak terangkan, mesti secara
terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham.
Sampai dalam Nabi berkata, di ulang tiga kali supaya sahabat tak salah dengar.
Siap dengan praktikal sekali,
contoh Al Quran suruh kita kahwin dan Nabi
detailkan macamana nak kahwin, macam mana nak akad, saksi bagaimana, mas kahwin
tu apa? apa syarat sah kahwin? bila kahwin jadi tak sah?cerai macam mana, rujuk
macam mana dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni
memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.
Nabi pula sewaktu nak ajar sahabat sampaikan hadis, bukan
calang-calang training bang, siap berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang
letak batu atas dada! Kena siksa dan sebagainya.
Kemudian sahabat training pulak orang-orang di bawah mereka
lepas Rasulullah wafat iaitu Tabieen,
Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan
main dengar dan sebar macam korang klik butang share di facebook. Mereka solat
dulu, minta petunjuk.
Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop
manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah
di training oleh manusia yang Allah training tu penipu?
Korang tak tahu ke zaman 4 imam mazhab tu ialah zaman
tabi'in dan zaman tabi' tabi'in yang disebut nabi sebagai ''kurun yang
terbaik.'' bermakna ketika itu islam masih berada dalam bentuk yang paling
asli, sebab itu imam-imam yang datang selepas itu walaupun sangat hebat seperti
imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi
dan banyak lagi imam, mereka tak ada pulak nak buat Mazhab baru walaupun mereka
layak, sebab?
Kerana Mazhab yang 4 itu dah sempurna, imam Tirmizi, Imam
Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi semua pakat
ikut Mazhab sedia ada, maka apakah hak kita yang bodoh dan jahil lagi hina ini
untuk tidak mengikuti mazhab?
Last aku nak berhujah bab solat lima waktu guna akal dan Al
quran untuk korang anti hadis adalah dengan merujuk surah 10 terakhir, surah Al
fil, kisah tentara bergajah yang menjadi seperti daun di makan ulat akibat
serangan burung abibil sewaktu raja Abrahah nak pergi runtuhkan kaabah.
Dari ayat surah Al Fill ini, jelas bahawa Allah akan menjadi
penjaga kaabah sampai bila bila kerana kisah dalam al quran cerita bagaimana
rancangan Raja Abrahah gagal kerana Allah jaga Kaabah. Ni kisah dalam Al quran,
bukan hadis!
Kitapun tahu rupanya di zaman Nabi masih kecil, sekeliling
kaabah dipenuhi berhala, dan dikelilingi dengan amalan yang salah, (tawaf
sambil berbogel) sedangkan zaman nabi Ibrahim tak ada semua tu, tapi akhirnya
dari surah Surah al-Fath yang menceritakan kemenangan islam, habis semua
berhala dimusnahkan oleh Nabi dan sahabat sewaktu peristiwa fatal Mekah, dan
tanah mekah telah diharamkan oleh orang kafir sampai sekarang, dan jika korang
pergi sekeliling kaabah sekarang, satu berhalapun tak ada.
Jadi dari dua surah ni, surah Al fil dan Al Fath, kamu geng
anti hadis sudah tentu yakin bahawa Allah jaga kaabah yang mana jika ada
maksiat (berhala dan amalan sembahan yang salah), maka Allah akan hantar
pembela untuk musnahkannya, tentera Abrahah di musnahkan oleh burung, berhala
dan amalan jahiliyah dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda
dengan izin Allah.
Jadi, jika amalan solat 5 waktu ini salah, maka Allah pasti
akan hapuskan amalan ini seperti kisah dalam Al quran, jika imam 4 mazhab
berniat jahat nak rosakkan islam, sudah tentu mereka akan berlubang seperti
mayat di makan ulat sebagaimana kisah dalam al quran.
Jika amalan solat 5 waktu ini salah, sudah tentu imam Mahdi
akan datang dalam tempoh tak sampai 500 tahun, (note: zaman Nabi Muhammad dan
Nabi Isa berbeza 500 tahun) untuk hapuskan ulamak yang berniat jahat tambah
solat 5 waktu.
Tapi dari pembukaan kota mekah, dah nak dekat 1500 tahun,
ummat islam solat 5 waktu sehari semalam depan kaabah, dan tiada bencana
seperti dalam Al quran diturunkan jika benar perbuatan ini salah, jadi guna
otak, amalan yang di turnkan secara turun temurun juga adalah dalil yang terbaik dalam membenarkan
hadis, inilah di panggil SANAD.
Jadi cerita bab sanad, boleh korang cerita tahun berapa Nabi
solat tiga waktu dan bila orang mula start solat depan kaabah lima waktu? Apa?
Tak tahu sanad tu apa?
Korang tahu tak sanad ni ada dalam SIRIM, ISO untuk pastikan
nilai dan unit adalah tepat, supaya quality prodek ikut standard, jadi dalam
bab hadis, ada sanad untuk menjaga quality Al quran supaya mengikut standard.,
panjang lagi nak cerita tapi cukup sampai sini.
Mudah cerita, jika kita tolak hadis, maka manusia akan baca Al quran ikut kepala otak, dan wjudlah perbezaan pendapat tanpa sempadan! akan wujud beribu ribu mazhab ikut kepala otak dan nafsu! solat pun akan ikut kepala otak.
Bayangkan Mazhab sedia ada yang rujuk hadis soheh pun boleh ada empat, tapi jika tak rujuk hadis akan jadi berapa?
Fikirlah baik baik guna otak, secara logiknya, kita memang kena rujuk hadis sedia ada, Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.
Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, macam duit palsu bila masuk pasaran, akan ada pakar wang untuk check, tak kan sebab ada duit palsu kita nak bakar semua duit, jadi hadis pun sama, ada pakar hadis yang check dan telah bakar hadis palsu.
Kesimpulannya, Umur dah makin pendek bro, Kassim Ahmad pun dan meninggal dunia, nak tolak semua hadis tak sempat bro, padahal imam 4 mazhab pakar hadis sudah kaji siang malam, kenapa kita yang terpisah jauh dari zaman Nabi dan sahabat nak tolak kajian dari orang yang dekat dengan zaman Nabi dan sahabat?
Tak logic langsung dalam kaedah mengumpul fakta dan sumber berita, kita tolak saksi terdekat, adohai.
Akhir kata, Rasul Melayu hari tu ada declare sempat
bertaubat, anti hadis tu tak tahu dah declare ke belum, hanya Allah yang tahu,
semoga kita sempat bertaubat sebelum mati.
Cukup sampai sini coretan aku, I love you kerana Allah. Hidup di dunia sungguh tak lama.
Sekian.
Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat
itu mayat, yang masuk neraka itu anti lima waktu Solat.