Oct 3, 2017

Apa paling penting dalam hidup?

(Kereta mayat pulak tanya sama korang)

Dalam hidup ini, apa yang paling penting?

Mungkin kita telah sedar bahawa benda penting yang pernah kita sangka ianya penting, tiba tiba menjadi kurang penting dan lama lama tidak penting pun.

Tengok korang kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.

Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan rambut  gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,

Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.

Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada ada anak, maka perbelanjaan pada anak menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cari duit, untuk kereta besar dan rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang penting?

Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua mereka.

Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak anak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.

Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan kehidupan Bergama.

Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telingat dah tuli pakai alat elketronok pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita? Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita bersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,

Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu lupa Tuhan, lupa Allah!

Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!

Itu jer aku nak kabor.


Ps: Tuhan tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan mencariNya bila nak mati sahaja, adohai..

13 comments:

  1. Surah:41: Fussilat:8) menerusi pengertian makna kalimah ayat: Allaziina yazkuruunallaaha qiyaaman waqu‟uudan wa „alaa junuubihim.
    Di mana manusia yang beriman itu adalah mereka yang berjaya mengasuh dirinya mengingati Allah ketika berdiri, ketika duduk dan ketika berbaring. Di suasana tertumbuh pada hatinya perasaan teramat-amat kasih kepada Tuhannya (Di maqam: Wallaziina aamanuu asyad duhubbal lillah - Surah:2: Al Baqarah:165).

    ReplyDelete
  2. Masuk jer dlm kubur, yg paling penting adalah rahmat Allah swt.
    Nak dpt rahmat Allah swt, perlu kpd taat, perlu ada taqwa.
    "Dan taatlah kamu kpd Allah (swt) dan Rasul (saw) agar kamu mendpt rahmat." 3:132.
    "...Dan bertaqwalah kamu kpd Allah (swt) agar kamu diberi rahmat." 49:10.

    Taqwa itu dua asasnya ;
    1. Wara', sentiasa berhati hati, menjauhi perkara perkara yg dimurkai dan yg tak disukai Alah swt.
    2. Ihsan, sentiasa merasa diri dlm pengawasan Allah swt.

    Tanda tandanya pula terlihat dgn sikap tenang, tawaddu' dan penyantun. Ciri ciri org bertaqwa juga disebut dlm Al Quran dgn sifat sifat ; pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa bertaubat dan sentiasa zikrullah.(3:134-135)

    Moga kita semua dirahmati Allah swt dgn ketaqwaan kpdNya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Ada dua perkara paling penting

    1) Alat dunia, tak lain tak bukan ialah duit, dengan duit semua perkara boleh dapat, untuk fid dunia hasanah
    2) Tauhid yang sebenar tiada syirik, untuk fil akhirati hasanah, dihindar daripada azab api neraka.

    "Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Surah Al-Baqarah, ayat 201)

    ReplyDelete
  4. Manusia memerlukan agama dengan matlamat untuk mendapat dan memiliki Tuhan yang sebenar. Tuhan yang bersifat: Iyyakana‟ budu wa iyyaaka nasta‟iin. Yakni Tuhan yang bersifat ma‟iyyah pada konsep: Sembah Pasti Ditolong. (Surah:1:Al Fatihah:5)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dihakikat Surah:6: Al An’aam: 162 - Qul inna solaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillaahi rabbil ‘aalamin.
      Katakanlah (Perakuikanlah): Sesungguhnya iltizamku, khidmatku (ibadatku,) hidupku dan matiku adalah bagi Allah, Tuhan semesta alam.

      Delete
  5. ”Sesiapa yang ingin kepada kehidupan di dunia. Maka carilah ianya di dunia. Dan sesiapa yang ingin kepada kehidupan di akhirat. Maka carilah ianya di dunia. Dan sesiapa yang ingin akan kedua-duanya. Maka carilah ianya di dunia.”
    (Surah:16:An Nahl:30) & (Surah:59: Al Hasyr:18-20).

    ReplyDelete
  6. Persaolan ....siapa kah tuhan (allah)

    ReplyDelete
  7. "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. [An-Nisa’ : 59]

    ReplyDelete
  8. Daripada syahadah, kita telah bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sumber penyaksian kita adalah ialah Al-Qu'ran dan Hadith (Sunnah). Barangsiapa yang menolak salah satu daripada dua sumber ini, maka ketahuilah dengan sebenarnya bahawa dia telah tersesat dari jalan yang nyata.

    ReplyDelete
  9. Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.

    Kassim Ahmad telah meninggal dunia jam 10 pagi hari ini. Sumber berita harian.

    https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/335467/kassim-ahmad-meninggal-dunia

    ReplyDelete
  10. Tun Dr Mahathir mungkin antara individu yang paling sedih dengan pemergian seorang yang dianggap rakan baiknya Kassim Ahmad. Semoga kita yang masih hidup ini sentiasa diberi perlindungan oleh Allah agar dapat berjalan seiring sejalan dengan Al-Qur'an dan tidak meninggalkan Sunnah Nabi-Nya Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  11. DO YOU NEED A URGENT LOAN BUSINESS LOAN TO SOLVE YOUR PROBLEM EMAIL US NOW

    QUICK LOAN CONTACT US

    Are you in need of Urgent Loan no collateral required Here all problem regarding Loan is solve between a short period of time with a low interest rate of 2% and duration more than 20 years what are you waiting for apply now and solve your problem or start a business with Loan paying of various bills I think you have come to the right place just email us.

    housingfinance22@gmail.com
    Contact us on whatspp +447513195409
    WEBSITE: http://www.indbullsfin.com/index.pyc
    Mr Osman Ibrahim

    ReplyDelete
  12. Maaf ye tuan2 smua... Klu baca komen2 dari atas kbnyakan pncinta hadith mencarut, menghina, merendahkan menuduh mengkafirkan memurtadkan org sesuka hati... Ni kh yg nabi kita ajarkan? Mcm tu ke nabi muhammad mnyampaikan ajaran alquran? Fikir2 kan lh...

    ReplyDelete