Ada ahli surau nampak warak, alim, bila kita borak dari hati
ke hati, tajuknya ke arah nak pinjam duit, kitapun bagi, siap buat surat saksi
sebab pinjam jumlah agak besar, lepas tu bila sampai tarikh janji nak bayar,
katanya tak ada duit.
Siasat punya siasat, rupanya ada masalah dengan ALONG.
Ada lima Along dia pinjam, jumlah pinjaman tak sampai RM10
ribu, tapi dah bayar RM20 Ribu dan ada lagi baki hutang bunga Riba RM 20 ribu.
Lebih tragis, kad ATM nya Along pegang, setiap minggu bunga
RM1500 kena bayar, dan dia selalu pinjam duit jiran jiran untuk makan.
Jadi dia buntu nak selesai masalah hutang yang menjerit
leher, sungguh orang beriman sepatutnya tak akan buat dosa sama berulang kali,
dan dia nampak kurus, muka susah hati, dan katanya nikmat tidur dah takde.
Waktu aku borak dengan dia, ada kereta pusing pusing depan
rumah dia siap bunyi Hon, lepas kereta tu pergi dia bagitahu itulah Along,
sekarang Along tu call tapi dia tak jawab phone. Aku suruh report Polis dia
takut sebab Along ada ugut dia katanya.
Jadi hari ni aku call PPIM. Dan aku share info ini supaya
korang yang ada masalah ALONG boleh selesaikan masalah dengan tenang dan
berhikmah. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian sebab nyawa kita milik Allah, bila kita 'rampas' milik Allah dengan bunuh diri berkumungkinan besar kena azab dengan api neraka selamanya- Nauzubillah!
CARA BERTINDAK
- Buat report Polis dan bagitahu jumlah hutang Along dalam report, jika ada ancaman bunuh dan sebagainya, tulis dalam report, jangan takut ugutan Along, takutlah Allah, jika mati ketika bertaubat dan berusaha menyelesaikan masalah, boleh dikira mati dalam keadan jihad, jadi beranikan diri report polis.
- Waktu Along Call, cuba rakam sebagai bukti, jika ugut ikut whatsapp, simpan ugutan itu, tapi biasanya melalui rakaman, rakam dan rakam, jika takde takpe, boleh cerita dulu dalam report polis.
- Dah siap report, call No ini: 013-3071 999 atau ini, 019-3458 44403 atau ini, 4257 7222 dan ini 03-4256 6618
- Pejabat mereka dekat KL, berhampiran Pusat Tahfir terbakar itu hari, alamat detail:
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
- Bila call, mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dan bincang, bawak RM50 untuk daftar ahli, dan setiap Along akan di cas RM30, dalam kes kawan aku ni, beliau akan dikenakan cas RM150- jangan cakap cas ini mahal sebab Riba Along ribu ribu korang sanggup bayar, cas perkhidmatan nak komplen pulak, adohai..
- Bawak segala butiran berkaitan Along tu, bawak report polis dan paling penting No telefon Along.
- Lepas tiga hari mereka akan bertindak dengan cara hubungi Along untuk bincang dikurangkan Riba dengan jumlah yang lebih logic dan masuk akal. Bila dah setuju korang akan bayar duit pada PPIM dan PPIM akan bayar pada Along, hujung sekali baru korang bayar cas perkhidmatan mereka 10 peratus, boleh bayar ansur ansur dan penting, cas perkhidmatan PPIM takde Riba!!
Kesimpulan:
Jadi
bertindaklah, menangis tak selesai masalah, hutang adik beradik nak tutup
lubang riba pun tak selesai masalah! Bertindaklah, report dan oergi kerja cari duit,
harta yang sedia ada jual dan gadai, jangan susahkan orang. Bunuh diri tak
menyelesaikan masalah dan akan menyusahkan anak bini, cukuplah susah masa
hidup sebab jika bunuh diri, matipun lagi susah, Allah cerita dalam Al-Quran,
ramai orang yang dah mati nak hidup semula kalau diberi peluang untuk beramal
soleh. Jadi ketika kita masih hidup ni, kena hargai waktu hidup dengan tambah
peluang buat amal dan pahala. Tambah peluang untuk taubat dari semua dosa.
Ujian
hidup ni banyak, ada yang cacat, gila, pesangan gila, anak cacat, anak gila dan
sebagainya, jadi ujian korang sekarang ni ada hutang keliling pinggang, just akui
kesilapan yang lalu. Bertaubat dan go on! Siapa berusaha keras untuk bebas dari
hutang, hidupnya lebih mulia dari putus asa dan bunuh diri. Andai korang mati dalam
jihad bebas hutang ini, mati begini jauh lebih mulia dari mati menangis
berputus asa.
Aku ulang,
menangis tak menyelesaikan masalah sebenar. Dah habis menangis karang, pergi keluar
rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut. Ada rezeki
untuk orang yang berusaha dan bertawakal.
Susah
dalam hidup ini adalah normal, ujian tanda Allah sayang, sebab tu Nabi-nabi
yang Allah sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari
Allah untuk tingkatkan darjat kita supaya kita jadi orang yang lebih baik di dunia dan
akhirat. Setiap Ujian yang datang akan menjadikan kita lebih layak masuk
syurga kalau kita hadapinya dengan betul
dan sabar, insyaAllah.
Susah-susah
kita pun, masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih
sihat tubuh badan dan yang paling penting, ada anak bini yang sanggup sehidup
semati, jadi susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja.
Ingat
pesan kereta mayat:
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita,
alangkah ringan-nya penderitaan ini.
Atau,
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan
masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya'
penderitaan ini.!
Sekian. Takde Woha untuk entry ini. Bertindaklah!
Ps: rujuk hadis Nabi: “Jika semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada
kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan,
dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga
langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah
tetapkan, inilah tauhid!"
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka, jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu.Dan, jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.” (Al-Baqarah: 278-279)
ReplyDeleteDari Jabir bin ‘Abdillah, beliau berkata, “Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, orang yang menyerahkan riba, pencatat riba dan dua orang saksinya.” Beliau mengatakan, “Mereka semua itu sama.”(HR. Muslim no. 1598)
ReplyDeletesaya mangsa along, terima kasih untuk artikel ini
ReplyDeletealong ni licik, sekali kita pinjamm, dia share no phone dan hantar ramai along untuk pinjam, yang satu ugut, yang satu pujuk, lama lama orang melayu kena tipu, orang cina kaya. lebih teruk dari skim tersontot
ReplyDeletesaya pulak orang berhutang tak nak bayar macam along, nak buat macam MANA?
ReplyDeleteUntuk Rujukan Ustaz Ustazah di Sabah.
ReplyDeleteSaya sorang hamba Allah berhutang wang RM1000 dengan seorang Hajjah.
Hutang akan dikira selesai jika di bayar RM1000.
Jika tidak mampu, penghutang kena bayar riba sebanyak RM100 setiap bulan selama-lamanya.
Riba tidak di kira bayar hutang, di kira sewa hutang, jadi penghutang akan berhutang selama-lamanya sehingga ada wang tunai RM1000.
Sudah dua tahun bayar, jumlah RM2400. Tapi Hajjah itu masih tuntut riba setiap bulan.
Nak mengadu di PPIM tiada pula di Sabah, nak pergi KL tambang pun dah mahal.
Jadi saya terniaya, berdosa dan mahu bertaubat, tolong Ustaz dan Ustazah di Sabah bantu saya, bukan bantu dari segi wang, tapi bantu bagitahu Hajjah itu hutangnya dah habis dan dia berdosa cekik darah duit riba saya setiap bulan, gaji saya kecil sahaja.
Tolong!
Allah,sya sendiri sedang alami skrang apa patut saya lakukan..bantuan
ReplyDelete