Apr 28, 2015

Hukum Zikir sambil menari?

(Tanya sama abang keretamayat)

Soalan pembaca:

Hamka.. sorry kacau kau yang sebok.. huhu..aku jarang² buat komen terbuka selain dari page kau.. jadi aku mintak nasihat kau je lah. hari ni aku buat komen kat satu post orang yang kata sesat(video viral) berzikir sambil menari tu.  

kau dah tengok ke blm? huhu.. komen aku berbunyi:

pasal tariqat tu mmg jakim fatwakan haram.. tak sapa bantah.. tapi betul ke dalam video tu mereka yang mengamalkan tariqat tu.. inilah persoalannya..  saya bukan sesiapa.. seorang suri rumah sahaja..
semalam saya tengok astro oasis.. dokumentari pasal satu pesantren.. sekolah tahfiz.. budak²nya MasyaAllah..baik² belaka.

masa mereka bersenam mereka menyebut subhanallah.. alhamdulillah.. Allahu akbar.. sambil tangan gerakkan keatas, ke bawah, kedepan, ke belakang.

setiap gerakan anggota meregangkan badan, mereka x bilang 12345678..8 lagi macam kita selalu bersenam. mereka gantikan dengan berzikir..

masa lapang waktu nak menghiburkan hati pun mereka tunjuk bakat menari macam breakdance tu.
memang berbakat menari maklumlah orang muda belasan tahun.2, 3 orang menari.. yang lain tukang tengok sambil berzikir ramai²..

kalau penari tu buat aksi tapi tak jadi.. mereka pakat ketawa ramai².. itulah cara mereka hiburkan hati, kata cikgunya.

menari tak ada lagu dari radio.. jadi mereka berselawat... saya tak nampak salah dimana².. menari tu minat sesetengah anak muda.. itu kan fitrah..macam kita jugak.. sesetengah minat memancing.. sesetengah minat memasak.. sesetengah minat menjahit... sambil tu boleh kan kalau nak berzikir..

bab cium kaki tu pulak.. saya tak nampak semua org cium kaki.. cuma sorang dua..saya rasa sorang dua tu bertindak atas kejahilan saja.. bukan dari ajaran tok guru atau paksaan tok guru. tak kan tok guru nak tendang-tendang orang tu pulak.. kesian org tu.

saya pernah dengar ceramah dari ustaz harun din.. soalan menari sambil berzikir ada orang yang utarakan.  kata ustaz, semua asalkan tidak ditegah oleh al-quran dan hadis, hukumnya adalah harus. kata ustaz lagi.. tak ada sapa² baik alim ulama ke.. atau sapa²lah pun yang jumpa hadis atau ayat quran yang menegah perbuatan menari.. hmmm menegah berzikir lagi lah tak ada.. jadi hukumnya harus saja-lah. huhuhu..

saya tak pandai ..ampun dan maaf saya pinta.. andai saya tersalah kata.

Lepas tu ada orang reply: kalau x tahu dan tak nak ambik tahu tak payah lah komen.. tu lah sebabnya aku x boleh tulis blog.. aku takut kena hentam.. jiwa aku tak kental.. hihi pada pendapat kau. .ok ke komen aku tu.. ke aku mmg salah komen.

aku rasa nak padam komen aku. kau rasa patut tak padam?

*****

Hamka Kereta Mayat said:

Salam.

Islam itu adil dan perlu terlihat adil, nak haramkan sesuatu biar adil, nak halalkan sesuatu pun biar adil, urutan adil ni rujuk pada al quran, sunnah, ijmak ulamak, qias dan lain lain.

Salah satu keadilan dalam islam, berbeza pendapat adalah rahmat selagi tak menjejaskan akidah dan tauhid. (sila rujuk perbezaan dalam 4 mazhab untuk lebih detail)

Pada pendapat aku yang bukan ustaz ini, jika kita menari sambil berzikir dan hati rasa tenang, jangan tunjuk kat orang dan jangan ajar kat orang, simpan pada diri sendiri, atau buat secara tertutup, sebab takde ajaran terang terang macam pelaku tu dalam Al quran dan hadith. 

Bila disebar boleh mendatangkan fitnah, sama jugak jika kita ni jenis tengok mayat hancur rasa insaf dan tenang, jangan share gambar ngeri kat orang lain dengan tujuan nak mereka rasa sama macam kita sebab manusia ni tak sama, so ajaran yang agak pelik pelik, bila tunjuk dan ajar, itu yang jadi masalah, wallahu'lam.

Ps: Suka bila sesetengah ustaz, bila nak letak hokum, tak terburu buru kafirkan orang atau murtadkan orang, mereka letak hokum harus setelah sandar kepada dalil yang make sense. Semalam ustaz ceramah cakap, berjogging sambal berzikir pun boleh, apa salahnya menari sambal berzikir? Good point, Di harap ustaz yang sama bila nak letak hokum haram hari konvo, haram hari guru, haram hari bapa, dan lain lain hari, patut tak terburu buru jugak letak hokum, kerana ada dalil yang make sense. Sila Take note.


Ps2: Tak suka bila ada sesetengah ustaz, cepat cepat kafirkan dan murtadkan orang sesama islam, mereka tak tahu ke dulu, Nabi dan para Sahabat Nabi , bila berdakwah, orang kafir akan masuk Islam dan mengamalkan akhak mulia seperti yang dicontohkan Rasulullah S.AW. Zaman sekarang, bila Ustaz ala ala Wahabi ‘berdakwah’, orang kafir tak masuk Islam pun, orang Islam pula yang dikafirkan mereka. Nauzubillah.

13 comments:

  1. Apa yang buat saya terkilan. Puak yang tergedik-gedik haramkan menari sambil berzikir ni keluarkan pula fatwa tarian poco-poco (yang lebih jelas haramnya) adalah harus.

    Menangis saya membaca ketidakcerdikan ini

    ReplyDelete
  2. pernah tgk video yg mereka menari sambil berzikir. terdetik juga dlm hati, boleh ker buat mcm nie. Sbb tk arif dlm bidang nie tk berani nk komen & bertanya kang kena smash pulak. No dah clear.. terima kasih tuan blog..

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  3. Sebaik-baiknya benda ibadah ni jangan dicampur dengan hiburan takut-takut jadi tak khusyuk dengan maknanya;hanya hiburan semata-mata tanpa input dalam hati.

    ReplyDelete
  4. maksud zikir adalah mengingati Allah setiap masa dan keadaan.

    ReplyDelete
  5. Saya masak sambil tu zikir...eh...ade kena mengena ke?

    ReplyDelete
  6. Ulama' ulama' ASWJ kita begitu berhati hati, agar tidak sampai mengharamkan perkara yg tidak haram.
    Walau pun dikatakan Nabi saw tak buat tp tiada juga larangan secara khusus.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum hamka.

    Sorry tulis sebagai anon... Saya nak kongsi sikit apa yg saya belajar dan faham ttg isu ni. Bab tarian tu hamka dah comment cuma yg saya rasa masalah utama yg perlu diberi perhatian adalah bacaan tu. Iye mmg betul mereka baca selawat dan zikir tetapi adakah betul itu bacaan selawat yg diamalkan oleh para sahabat? Masalah dalam komuniti kita rasa bacaan selawat atau zikir itu betul tapi kalau yang tahu bahasa dan semak ada yg tak kena. Contoh berhati-hati dengan bacaan selawat yang kelihatan seperti menyeru nabi seperti ya muhammad dan sebagainya. Perkara macam ni nampak mudah dan nampak macam tiada apapun tapi perlu diingat dalam Al-quran dah ada larangan untuk panggil atau beri salam kepada yg ghaib atau yg tiada depan mata. Ia sama seperti isu talkin dimana dalam bacaan disebut nama simati. Alasan sesetengah org bacaan itu utk org yg hidup sebagai renungan tak logik sebab terang-terangan maksud bacaan ditujukan kepada simati dalam kubur. Jadi apa hukumnya? Sama-sama kita renungkan.

    ReplyDelete
  8. Zikir = ibadah & pahala
    Menari = Harus

    Zikir + menari = haram + kapir?
    haha...

    zikir + menari = bukan smpi tahap rosak akidah atau murtad.

    Pekara cabang je kot. cepat sgt nk kapir&sesat kan org.

    dieorg ucap syahadah kot..

    -Buluh-

    ReplyDelete
  9. siapa yang bawa masuk "menari sambil berzikir" ni ? selama ini tak ada orang islam malaysia buat. sekarang saja muncul.

    siapa yg bawa masuk budaya menyanyi sambil bergendang ya hanana dalam masjid ? kumpulan nasyid top raihan/rabbani pun tak buat macam tu.

    ni jarum halus puak syiah habib yaman masuk dalam "hiburan nampak islam". nampak gaya macam tok guru alim tapi tak mengajar agama, mereka membawa budaya hiburan. yaman dah hancur mereka syiah yaman habib mula serang malaysia pula.

    ReplyDelete
  10. Sebelum saya komen, saya ada rujuk beberapa blogger lain mengenai zikir sambil menari dan mendapat beberapa persamaan dalam pendapat dan hadis yg dibawa. Pertama, zikir sambil menari selalunya dilakukan oleh individu dan bukan kumpulan yg ramai. Contohnya jaafar r.a(minta maaf kalau salah) Yg menari sambil menari dan Nabi saw tidak menegur dan sebaliknya suka akan perbuatan jaafar tersebut( hadis dari ahmad). Jadi perkara di sini boleh dikatakan harus, kerana nabi tidak melakukan tetapi tidak memarahi sahabat yg melakukannya. Kedua, gerakannya mudah dan ringkas, serta tiada unsur lagha. Jadi pergerakan yg melampau serta adanya percampuran antara lelaki dan perempuan yg menjadikan hukumnya jatuh ke haram. Kerana wujudnya perkara haram dalam perkara yg harus. Oleh itu, perkara yg perlu dititik beratkan dalam perkara ini, zikir sambil menari xde masalah dan hukumnya harus, selagi tiada unsur lagha, dan perkara perkara haram. Dan yg mana satu lagi perkara yg mengharamkan perkara ini adalah jika perbuatan ini menghalang untuk perkara yg wajib seperti solat dan lain2. Org yg melaksanakan tidak jatuh hukum kafir tetapi jika dia melakukan perkara ini dengan mengabaikan yg wajib( aurat, solat, batas pergaulan, cara tarian yg melanggar hukum syara, dan lain lain), maka selayaknya dia dihukum kafir. Xde masalah menari sambil bezikir ibarat seperti kita goyang kepala semasa bezikir. Tetapi, mewajibkan perkara ini haram. Kerana hukum menari sambil berzikir ni selayaknya dikategorikan sebagai bidaah hasanah. Seperti baca yassin malam jumaat dan majlis tahlil.
    Kalau salah minta maaf. Saya hanya memberi komen selepas merujuk pada beberapa pendapat sahaja.

    ReplyDelete
  11. sungguh informasi yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  12. yang penting, kita jangan kafirkan sape sape seblum datangbukti yang nyata, uhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Duduk sorg2 dlm bilik,amik video cam,letak atas monopod dan rakam diri kita sendiri.
    Coba kita zikir lailahaillah sorg2 dgn nada sederhana dalam keadaan bersila,pejam mata dan hayati zikir tersebut.cobalah zikir sejam tak berhenti..
    Hasil dari video tersebut nanti bila kita tengok balik,kita akan nampak pergerakan2 ketika asyik bezikir.
    Akan terlihat kepala kita lenggok kekiri dan kekanan,semakin lama semakin laju tanpa kita sedar.
    Dan lafaz lailahaillah itu pulak,dari awalnya berbunyi lailahaillah itu akn jadi bunyi seperti la..aik
    ..haq hu.hill padahal kita tidak pun menyebut selain lailahaillah..
    mcm keretapi,pada permulaan perjalanannya ada satu irama bunyi,semakin laju keretapi,semakin laju irama dan bunyi yg dihasilkan,tetapi hakikatnya itulah sebuah keretapi yg sedang berjalan,mengharungi perjalanannya..
    Sesiapa yg tak percaya,sila buat ujikaji.
    Syaratnya ikhlas semasa berzikir dan menghayati zikir tersebut..
    Cobalah..

    ReplyDelete