Apr 23, 2015

Semusim Di Neraka?

(Sneak peek Semusim Di Neraka. Prakata oleh Ahmad Kamal Abu Bakar (AKAB), Blogger terkenal dalam dunia Blogosfera. Penulis buku Pendek Mabuk Gila.
Terima kasih AKAB!)


Semusim Di Neraka Oleh Hamka Keretamayat, akan terbit pada hujung April 2015


 Apa Neraka Ni?-Di tulis oleh Ahmad Kamal Abu Bakar

Aku sibuk. Banyak kerja. Bukan suka-suka, tapi terpaksa. Nak hidup. Aku kerja keras, tapi tak cukup. Aku buat lagi dua, tiga kerja lain. Okey, bolehlah sikit-sikit. Waktu aku taip benda ni, aku sepatutnya siapkan kerja aku, tapi aku dah janji dan beri komitmen untuk tulis prakata. Penting untuk aku tunaikan janji. Lagipun aku tau perasaan bila orang janji nak tulis tapi tak tulis-tulis.

Aku hampir lupa sebenarnya. Lapan, sembilan tahun lepas aku ada tulis blog. Judul blog aku Semusim Di Neraka. Biasa je, aku tulis pasal hidup aku dan hidup kawan-kawan sekeliling aku. Pengalaman aku, konflik hidup aku, suka duka aku. Dengan kata lain, Syurga dan Neraka aku. Kiasan. Metafora. Simbolisme. Dalam Semusim Di Neraka pulak kadang-kadang aku selitkan entri di bawah judul Semusim Di Syurga. Syurga aku. Tapi orang tengok aku, atau dengar cerita tentang aku, mereka lebih suka kaitkan aku dengan Neraka. Maka, tersemat nama samaran Neraka. Aku tak kisah, Syurga Neraka bukan urusan kita. Panggil apa pun, aku tetap aku. Mak aku tetap panggil aku Kamal.

Hamka Kereta Mayat ni salah seorang pembaca blog aku. Banyak kali jugaklah dia emel aku. Tak ingat berapa kali je aku balas (ha ha). Walaupun aku agak sibuk bina kehidupan sejak tiga, empat tahun kebelakangan ni, aku ambik tau jugak hal ehwal “kawan-kawan” lama. Ramai yang dah popular dengan seni dan kehidupan masing-masing. Ada yang dah jadi penyanyi, penyair, pelakon. Ramai juga yang mula menulis dengan serius, ramai yang keluarkan buku. Ada masa, aku jenguk kedai buku, baca sikit-sikit. Jarang aku beli sebab selalu dapat free. Terima kasih.

Masa Semusim Di Syurga keluar, aku tunggu jugaklah mana tau dapat free copy. Tak dapat. Tak mengapa. Aku tak tau pun apa yang Hamka Kereta Mayat ni tulis. Kalau ikutkan blog dia dulu, aku boleh agak. Dia ni lebih kurang sama macam aku – banyak guna kiasan dan komedi. Tengok nama pun boleh agak. Penulisan macam ni jarang sekali keluar dalam dunia mainstream. Belum lagi.  Tapi terima kasih kepada penggerak-penggerak muda, semua orang boleh beli dan baca karya sebegini. Bolehlah imbangi dunia dan suasana Suamiku Penulis Buku Semusim Di Syurga/Neraka. Yelah, bukan semua orang boleh ada suami.

Entah kenapa bos Terfaktab tiba-tiba hubungi aku, aku pelik jugak. Jarang ada penerbit buku berani kacau aku kecuali budak-budak Neon Terbit. Dia cerita pelan-pelan. “Okey ke kalau Hamka Kereta Mayat keluarkan buku dengan judul Semusim Di Neraka?” dia tanya.

“Hah?” aku tersedak. Sejak bila aku jadi pemilik Neraka?  “I don’t own the title bro,” aku jawab. “Sila, sila.”

Dia tarik nafas lega.

Lepas tu aku sedar. Mungkin dia dan Hamka Kereta Mayat tak mahu orang ingat Semusim Di Neraka ni buku aku. Buku yang sepatutnya dah lama aku keluarkan tapi dek sebab aku malas, tak keluar lagi sampai sekarang. Maka, aku terima dan faham kebimbangan mereka. Aku bagi green light. Eloklah Hamka Kereta Mayat riuh-rendahkan scene buku-buku kecil yang tengah besar sekarang ni. Orang nak berkarya, kita galakkan. Bukannya menghalang. Hitler jadi cilaka sebab kena tendang dari art school. Jadikan pengajaran.

“Bukan apa bro,” tambah si penerbit lagi, “takut nanti orang ingat kami tiru kau.”

Aku gelak. Kuat aku gelak. Sampai nyaris jatuh dari kerusi.

“Aku pun tiru Arthur Rimbaud, bro.”

Kami sama-sama gelak. Lepas tu, pelan-pelan dia tanya lagi. “Kau tulis prakata okey tak?”

Okey, boleh. Sebab Hamka Kereta Mayat ni kawan lama. Dan sebab kadang-kadang, aku kena berlatih balik tulis benda-benda yang aku tak boleh tulis dalam alam pekerjaan.

Terima kasih Terfaktab. Terima kasih Hamka Kereta Mayat. Lama jugak aku tak tulis macam ni.

Selamat berjuang.

Ahmad Kamal Abu Bakar
Kuala Lumpur

April 2015.

SDN bakal di jual di sini, jumpa buku di sana! Woha!

8 comments:

  1. BUKU BARU SEMUSIM DI NERAKA TU HAMKA TULIS KE PAKCIK AKAB TU?MOHON PENCERAHAN.KALU HAMKA SAYA NK BELI LAJU LAJU

    ReplyDelete
  2. cik Hamka ada tak waktu pesta buku tu? nak sain!

    melatiputih.

    ReplyDelete
  3. Semusim di Neraka asyik habis sajer di PWTC, dah 4 kali pergi!

    Top up lah lebih sikit hamka!

    ReplyDelete
  4. Zaman skang ni kuat sangat saman menyaman, tu yg tanya dulu tu, huhu..

    ReplyDelete
  5. woah! semusim di neraka. itu legend. itu kepala rujukan blog dulu. bila keluar buku begini dengan tajuk sama macam blog mike, jadi syahdu pula. terkenang kenang. akab dengan kawan-kawannya. bangsar dan seremban. haih..woi! ini kenangan! sungguh!

    ReplyDelete
  6. sapa yg tulis. pkcik akab ke, pkcik hmka?

    ReplyDelete
  7. sory lamabt jawab:

    Akab tulis prakata, saya tulis isi.

    ReplyDelete