(Tazkirah ringkas di hari pekerja-oleh driver keretamayat yang tak cuti sebab mayat ada hari hari)
Kerja orang islam |
Selamat hari pekerja, apa itu hari pekerja? Hari pekerja
adalah hari orang bekerja tak bekerja..
Biasa orang tanya korang bekerja SEBAGAI apa? Tapi jarang orang
bertanya, korang kerja MACAM apa?..tak sama bekerja ‘sebagai’ dengan bekerja
‘macam’…
Orang yang bagitahu dia bekerja SEBAGAI bla bla bla adalah
orang yang yakin dengan bidang kerja dia, tapi orang yang bagitahu dia bekerja MACAM
bla bla bla , apakah maksud yg hendak di sampaikannya?
Contoh:
Satu orang penagih bagitau “gua kerja macam ‘doctor’..”
Atau kita cakap kat kaki pancing “engkau ni macam
‘nelayanlah’..”
Atau waktu korang jumpa waktu blind date “muka awak ni macam
mayatlah”..
Contoh lain:
Kat sekolah budak-budak cakap: “ayah saya bekerja sebagai
doktor” atau “pakcik saya bekerja sebagai pemandu keretamayat..”
Dari contoh di atas, di sini jelas menunjukkan bahawa takrif
perkataan ‘SEBAGAI’ adalah 100% sama dengan maksud, manala takrif perkataan ‘MACAM’
adalah tidak 100%, mungkin boleh mencecah kepada 90%,70%,50% atau lebih kurang
lagi!..(terpulang kepada pemikir)
Arghh, Cut the crap!
Semua orang islam hendaklah buat kerja MACAM Nabi buat.
Apa kerja yang Nabi buat?
Kerja yang semua para ambia’ buat adalah :
Ajak orang kepada Allah, kita tak boleh bekerja sebagai
Nabi, Era Kenabian telah di khatamkan (tamat), Nabi Muhammad Rasul terkahir,
tapi kita kena buat kerja macam nabi buat,dan tentulah kita tak mampu nak buat
sebagaimana nabi buat 100% kerana itulah Ulamak ajar kita, suruh kita buat
macam nabi buat iaitu :
-ajak orang kapir masuk islam (wahai manusia, berimanlah)
-ajak orang yang masuk islam tu supaya amal islam (wahai orang
yang beriman, berimanlah)
-ajak orang yang amal islam tu supaya ajak pula orang lain
pada islam.(sampaikanlah walau satu ayat)
- ajak orang yang amal islam tu supaya supaya bertakwa (wahai
org yang beriman bertakwalah)
Boleh, insyaAllah?
Sekian ceramah ringkas hari ini,
Selamat hari pekerja, selamat bekerja MACAM Nabi, bukan sebagai
Nabi..ingat tu!
Akhir kata, siapa yang tak nak buat kerja macam Nabi, hati hati,
takut korang jadi: macam setan!
Adohai…
Sekian, tazkirah ringkas di hari pekerja, pesan pada diri
sendiri.
Moga Allah Kasih...selamat Hari Pekerja
ReplyDeleteAllahumma ameeen. Semoga kita dapat bekerja 'macam' Nabi. insyaAllah !
ReplyDeleteDorg bkn bkerja sbgai nabi s.a.w , tpi mnyambung prjuangan sprti nabi s.a.w . . Tatkala kita tgh tdo nyenyak , dorg brfikir mcm mna nk mngajak org islam ke masjid brjemaah . . Mngajak ke jln benar . . Karkun .
ReplyDeleteKerja sy Dan semua
ReplyDelete.
ReplyDeleteselamat berkerja semua..bkrjalah kerana Allah sebelum anda menaiki kereta mayat..woha!
ReplyDeletethanks for sharing, nice blog and article
ReplyDeleteEgg Head : selamat Hari Pekerja
ReplyDeleteShakirah Rosli : insyaAllah !
Apiz Addly : benar
Tornado Assassin : )
mediakreatif.my : selamat
Obat: sama sama