(Nak jadi penulis blog
atau buku? Aku rasa aku layak bagi nasihat sebab aku ada blog dan FB yang ribu
ribu follower, dan sudah keluarkan beberapa bijik buku dipasaran dan antaranya
sudah diulang cetak, entry ini mungkin agak berlagak dan ‘deep’, adohai..)
Boleh tahan tebal! |
Nasihat aku, setiap
orang yang nak jadi penulis, wajib kena ada buku catatan yang di tulis sendiri
tentang nota kehidupan yang ‘make sense’, perlu di ingat, nota kehidupan adalah
tidak sama dengan diari. Diari di tulis tanpa isi ilmiah dan lebih kepada
peristiwa syok sendiri dengan niat merakam peristiwa sedangkan nota kehidupan
adalah fakta dan bahan berilmiah atau peristiwa bersifat ‘sharing and someone
can learn from history’.
Aku dari zaman remaja
lagi sudah ada menulis nota secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga
nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa
sahaja yang aku rasa penting seperti Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan
ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, petikan kata kata hikmat buku
tertentu, idea idea bab berniaga, idea idea untuk dijadikan skrip komik, atau
filem dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang
usia muda.
Dalam nota itu jugak,
aku menulis balik kefahaman dari buku
yang aku baca atau dari filem yang aku tonton dengan menggunakan pendekatan
bahasa yang aku rasa lebih sesuai, akhirnya buku itu dah jadi macam ‘kitab’
bagi aku untuk rujuk balik bila rasa down atau lost.
Lebih kelakar, ada
kawan kawan yang fotostat buku aku tu sebab kata mereka, himpunan nota dalam
buku catatan aku itu sangat tinggi nilai kemanusian dari segi akedemik dan
falsafah!. Mereka juga akan rujuk kitab aku bila rasa down atau lost!,
Woha!, ini satu
penghormatan pada buku nota kehidupan aku, walau aku rasa tindakan kawan kawan
aku itu agak pelik.
Dipendekkan cerita, bila
masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke blog, tulis balik
dengan plot yang lebih terancang, aku tokok tambah dengan ilmu baru kerana
hidup sudah lebih berpengalaman(kononnya), dan setiap entry aku cuba
masukkan drama dan punch line agar lebih dramatic, dan bila pembaca serta kawan
kawan baru merasa pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh update setiap minggu akan blog keretamayat dengan bahan ‘rare’ yang
lain dari yang lain, (rujuk entry dari tahun 2006)lalu bertanya; dari mana
datang idea?
Mereka sebenarnya
tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog adalah di tulis sejak aku remaja lagi
dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung suka duka naik masjid dengar
ceramah, masuk kolej, keluar university, masuk penggung wayang keluar konsert,
ada yang koyak serta bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke
mana..
Namun, Alhamdulillah,
sejak zaman internet, masalah buku koyak sudah berakhir, dengan istiqamah
update blog setiap minggu sekurangnya satu entry, dan di tulis kembali dengan
niat sebagai himpunan nota peribadi kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa
promosi, namun setiap hari ada orang baca (and counting) dan ada yang berterima
kasih secara personal dan ada yang mengaku hidup berubah kepada lebih baik
lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku,
(Alhamdulillah, Semua
dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina)
Kesimpulannya, jika
nak menulis, tulislah dengan ikhlas, tulis dalam buku cacatan atau blog sebagai
rujukan diri, dan jika ada orang mahu fotostat, mahu copy/pate, itu adalah satu
kehormatan...
Membaca itu bagus,
tapi lebih bagus menulis balik apa yang di baca dengan kefahaman yang sesuai,
sama jugak dengan mendengar ceramah, itu bagus, tapi lebih bagus jika kita
menyampaikan pula dengan kefahaman yang sesuai dalam bentuk penulisan.
Novel Kisah Laki Bini, he he |
Nasihat aku, jangan
tunggu sudah tua, sudah pencen, baru korang nak menulis tentang nota kehidupan,
tulislah bila bila masa terluang, dan sesungguhnya aku sangat berasa seronok
bila menulis dan bila sudah seronok menulis, macam kaki pancing seronok
memancing, apa lagi nak dikata?
Jika kaki pancing
seronok waktu bergambar dengan ikan, bagi penulis pula, waktu paling seronok
dalam bab menulis, bila aku pergi kedai buku, dan buat pertama kali aku tengok
buku aku tersusun di rak buku, bila aku pegang, aku rasa macam mat gian pegang
dadah, (padahal aku tak pernah hisap dadah, hanya pengkayaan Bahasa, he he).
Lalu aku letak buku itu, dan tengok ada awek cun bertudung datang pegang buku
aku, belek, dan beli, aku rasa sedikit air mata menitis pada hari itu. Cheh,
sentimentallah pulak, he he.
Dah Habis terjual |
Jadi, balik kepada
tajuk, akan bagaimana nak jadi penulis buku:
Senang sahaja, mula
mula korang buat nota kehidupan, kemudian tulis dalam blog atau FB, jika nota
kehidupan korang bagus dan bermutu serta bermanfaat, maka korang akan dapat
ramai follower, yang mana bila follower dah cecah puluh ribu, maka penerbit
buku sendiri akan datang tawar untuk jadikan blog korang sebagai buku. Simple!
Note: (aku mula
menulis nota waktu remaja tahun 1993, dan mula menulis blog pada tahun 2006,
dan buku pertama pada tahun 2012, buku kedua pada tahun 2013, dan buku ke tiga pada
tahun ini)
Mendapat follower ribu
ribu ini bukan ambik masa seminggu atau sebulan, tapi bertahun tahun, namun
waktu aku menulis dulu, aku bukan niat nak ramaikan follower, tapi aku tulis
dengan ikhlas sebagai nota kepada diri, malahan, jika aku tak ada idea, aku tak
paksa tulis sebab nanti kualiti akan teruk, so ada juga sebulan satu entry,
tapi yang penting tulis dengan ikhlas. Aku tak tahu macam mana nak terang bab
menulis dengan ikhlas ini..
Kamar Sutera: Kisah Laki Bini dari mula kahwin sehingga beranak. |
Nasihat aku kepada
korang yang nak jadi penulis, tolong ingat 4 baris ayat ini baik baik:
- Penulis yang pandai adalah mereka yang menulis tentang idea(bernas sahaja) atau ilmu(make sense) atau menulis tentang mati(ilmu agama).
- Penulis yang biasa adalah mereka yang menulis tentang peristiwa.
- Penulis yang bodoh adalah mereka yang menulis tentang orang lain.
- Penulis yang paling bodoh adalah mereka yang menulis tentang diri sendiri...
Errr, sebelum korang
merajuk atau mengamuk bila dengar ayat berbunyi “bodoh”,
Penulis yang bodoh adalah mereka yang
menulis tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat dan yang sewaktu
dengannya.., tak payah nak melenting, itu maksud aku, Manakala maksud, “Penulis yang paling bodoh adalah mereka yang menulis tentang diri
sendiri...”... , adalah orang yang
memuji diri sendiri, mengumpat berdosa dan memuji diri masuk neraka sebab riak,
itu maksud aku, nak kena explain ke?
Tapi jika korang tulis
tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka korang dah up jadi
bijak, atau korang just cerita kisah korang dan peristiwa, maka korang jadi penulis
yang biasa sahaja.., dan andai korang cakap tentang orang lain, yang penuh
dengan ilmu, korang akan jadi bijak jugak, tapi jika korang cerita hanya
peristiwa orang lain, korang jadi biasa balik..
Permata Yang Hilang Kini DiJumpai:-Kisah sebelum kahwin dan kisah selepas beranak pinak |
Tapi jika korang
cerita pasal diri sendiri yang ada punch line, kira bijak jugak sebab lawak
termasuk dalam ‘ilmu’ yang boleh dikongsi, Maka janganlah perasan bodoh bila
aku lebel bodoh, nak menulis ni kena ada common sense yang tinggi dan bullshit
detector yang tajam. Jangan jadi slow ok…, sila rujuk kisah laki bini yang aku
tulis tentang diri sendiri tapi ada level pandai, biasa dan genius, he he.
Penting jugak bila nak
menulis, tolong jangan tulis benda yang beribu ribu orang lain dah tulis, ramai
penulis tak faham ni, contoh bila kerajaan buat salah, dah tentu ramai yang
kritik, maka aku tak perlu lagi repeat benda yang dah ramai orang tulis, tapi dalam
bab kesilapan pembakang, tak ramai yang kritik secara berilmiah, lalu bila aku
kritik, terus penulis bodoh yang lain cakap aku macai umno, apa punya bangang
tak tahulah! Adohai..
Jadi perlu sebelum
menulis, pastikan tulisan korang belum ada yang tulis, dan andai kata dah ada,
korang kena tulis dengan gaya atau tamsilan yang berbeza. Apa gunanya membaca
tulisan yang sama jer dengan penulis lain, buang masa ni kerja orang bodoh, so
make sure menulis perkara yang belum orang tulis, atau ditulis semula dengan
olahan Bahasa yang lebih baik. Macam filem remake, banyak kesilapan penulis
skrip dan pengarah bila copy paste jer dalam buat remake, buang masa betul,
atau jika diubah jalan cerita pulak, jadi lebih bosan nak mampos! Adohai..,
Untuk menulis sesuatu
yang baru, korang bukan boleh hentam kromo, korang kena ada buat kajian dan
bullshit detector yang baik, Contoh waktu orang tanya aku isu video arrivals, memang
aku tak setuju, lalu bila aku nak tulis aku survey internet dulu, dan takde
sorangpun blogger melayu yang bangkang
(setakat yang aku search waktu tu), semua pakat percaya video tu bulat bulat
siap share dan promote, maka akupun tulis dengan fact bangkang video tu sebab
teori konspirasi ni buang masa dan mengarut, komen negative dan positif
melambung aku dapat, dan lepas tu aku tengok dah mula ada blogger yang berani
kritik teori konspirasi. Sekarang keadaan kembali stabil dan ramai sudah
penulis mula menjadi bijak dalam menganalisa fakta sebelum mengkiritik.
Makan Dalam: Gabungan beberapa penulis, disini aku cerita kisah islam dan politik |
Dari situ aku belajar
akan kelemahan paling ketara dalam penulisan adalah apabila menulis tanpa
fakta, alangkah celakanya bila korang menulis guna sentiment dan emosi
semata-mata. Sesungguhnya menulis ni kena ikut adab yang paling utama iaitu
berdasarkan fakta, contoh bab manusia ke bulan, ada yang bukan pakar angkasa
tapi tulis teori komspirasi manusia ke bulan dengan hujah yang sungguh celaka,
siap rujuk laman web sampah apa kejadah!
Paling penting dalam
menilai fakta adalah bab agama, nak tulis pastikan ada sumber, jangan tiru
Hamka Keretamayat yang guna sumber BUZNAMA , aku akui tak boleh guna sumber
Buznama tapi jika guna common sense, BUZNAMA yang aku maksudkan adalah, (jika
korang rajin, pasti dapat jawapan, aku akui malas nak cari sebab dah tak sabar
nak post dalam nota rujukan diri sendiri) dan aku pastikan BUZNAMA punya sumber
ni, tak makan 10 paratus rujukan dalam setiap entry, 90 paratus lagi, aku quote
sumber dari Al Quran dan hadis. Sila check jika tak percaya. (aku azam, akan
mengurangkan seminina yang boleh akan suber buznama ni sedaya upada dalam entry
yang mendatang, insyaAllah)
Okey tambah lagi satu
nasihat kepada penulis diluar sana, jangan menulis dengan gaya Bahasa yang bosan kecuali korang dah jadi tokoh atau
artis, contoh macam buku Dr Mahadhir, tak apa beliau nak tulis dengan gaya
mendatar dan bosan bosan sebab beliau seorang tokoh, aku dan orang ramai akan
baca jugak, tapi korang yang belum jadi tokoh, kenalah tulis dengan gaya yang
unik, lain dari yang lain, baru aku dan pembaca yang lain tak bosan baca
penulisan korang.
Tapi jangan cuba tiru
keunikan penulisan orang lain, macam Jacky Chan bila Bruce lee terkenal di dunia
filem kungfu menjerit “woooooo” waktu bertarung, semua pelakon kungfu lain nak
menjerit “wooooo”, tapi Jacky Chan cakap, “I never wanted to be the next Bruce
Lee. I just wanted to be the first Jackie Chan” dan beliau akhirnya Berjaya
dengan gaya unik yang tersendiri. Nampak?!
So, nak jadi penulis, jadilah
diri sendiri yang mana sekiranya ada yang mendapat manfaat dari tulisan korang,
seronok membaca, malahan menunggu nunggu korang menulis, maka dah ada bibit
bibit kejayaan seorang penulis di situ.
Tapi jangan jadi
perasan unik pulak, bagi yang tak tahu, Perasan Unik adalah ditujukan kepada mereka
yang otaknya slow, lalu cuba menjadi lain daripada yang lain, tapi akhirnya
menyusahkan orang...
Tulis bahasa inglish
tapi ada banyak z : “Finazlly! I've beenz waitinz 4 some1 to condemned diz
"trash". Waa...looz at diz. U kow? We R so stupid coz wez juz
zzzzzzz, I likes yos blozz soz muzz..
Aduhai, tolonglah
jangan susahkan aku yang dah tua ni, aku tahu ada mat saleh yang tulis macam ni
dalam blog mereka, ‘I wuz ere’ atau apa-apa, tapi itu mat saleh bangang!, benda
yang bangang tak payah nak ikut, nyusahkan orang jer, tolonglah jangan ikut
mereka dalam perkara kebodohan, niz yangz akuz nakz marah gilezz ni, akuzz
lemapngzz teruz z, fuz u!
Perasan unik juga
kepada penulis yang menulis dengan gaya tulisan terlalu singkat.. “ cik km, knp x u/d bg lg? I u/d hari2 x de
pun?tlg u/d, sbb i sk sgt u pya blg bl bl bl..”
Aduh.., maaf jika ada
yang terasa, blog aku bukan sms, email akupun bukan sms, tolonglah tulis elok
elok, korang nak tulis bab ugama, tapi aku tak paham apa korang tulis, lalu
bila aku tak layan, korang email pulak..
“cik km, sy dh mail tny soklan, knp x jwb lg? Sy sdg ssh, tlg sy bl blb
bl..
Korang perasan tak?
Aku mana ada tulis short cut dalam blog aku, memang aku akui waktu mula tulis
blog dulu, aku ada tulis ringkas-ayat, seperti ‘yg’ untuk ‘yang’.., sebab waktu
tu aku tulis nota kepada diri sendiri.., tapi bila aku tahu ramai orang baca
blog aku, aku dah tak tulis ‘yg’ lagi untuk yang.., sebab aku tak nak
menyusahkan orang, jadi jika korang nak jadi bijak, bila berurusan dengan
orang, tulis elok elok, jangan tulis macam ni:
“emm stlh aku bc bog
en hamka ni psl ni,mmg peras trgaggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan
aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx
kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n
my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...”
Tolong, jangan perasan
unik, tak unikpun bila menyusahkan orang.., itu belum lagi tulisan yang sekejap
kecik sekejap besar, atau Allah di tulis dalam bentuk huruf, 4LL1, atau ada
muzik kat blog yang buat aku kelam kabut cari volume nak tutup, atau blog yang
sekejap sekejap tukar wana background dan template, lepas tu tanya suka tak lay
out baru? Apa ke jadah?
Orang tak membaca
tulisan korang sebab warna background atau corak template, tapi sebab ISI! Kandungan
penulisanlah yang menentukan tulisan korang, best, tak best, bodoh atau
bangang! Mengerti?
Sekarang sudah tahun
2014, ada berjuta blog diluar sana, maka janganlah korang membuat blog dengan
menulis blog yang bosan nak mampos! Adohai..
Walaubagaimanapun, sebelum
korang mengamok, ada jugak akan kebaikkan seseorang apabila menulis walaupun
mungkin bosan nak mampos, iaitu:
Seadainya apa yang
korang tulis itu salah, maka orang akan tahu korang salah dan terbukalah
peluang untuk orang menegur dan korang akan terbaiki insyaAllah, maka janganlah
takut salah dalam menulis, kerana jika korang takut nak menulis kerana takut
salah, maka tiada seorangpun yang tahu korang punya salah dan berbuatlah korang
akan salah itu sampai mampos!
So, jangan takut nak
menulis, jika tulisan korang bosan, akan ada yang tegur, jika tulisan korang
yang salah, akan ada yang maki, so kita boleh improve, dan seandainya betul,
maka orang akan orang akan mendapat manfaat walaupun korang dah lama jadi
mayat, itulah kuasa menulis ilmu yang bermanfaat.
Akhir kata:
Masih segar dalam
ingatan, waktu aku masih remaja, waktu aku down dan lost, ketika aku sangat sedih
setelah mengetahui hakikat kehidupan bahawa dunia ini tidak seindah yang aku
sangkakan, lantas aku dapat ilham memujuk diri dengan menulis satu falsafah
dalam buku catatan yang berbunyi:
“Sekiranya
beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan
ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api
neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya'
penderitaan ini..."
Tidak aku
sangka, falsafah yang di tulis dengan penuh kesedihan bersama air mata di waktu
remaja itu akhirnya di tulis dalam blog keretamayat, Facebook keretamayat, dan
paling best: tercetak dalam buku Permata yang Hilang dan Kamar Sutera lalu di
baca oleh ribuan orang, semoga ilmu yang bermanfaat akan terus aku nikmati
walaupun mayat aku sudah hancur di mamah bumi..
Rupa-rupanya,
tindakan kawan kawan aku fotostat buku nota kehidupan aku satu ketika dulu itu
adalah benar.
Woha!
Ps: Selamat
menulis nota kehidupan dengan niat yang paling ikhlas..
Permata Yang Hilang cover Baru sudah ada dipasaran |
Rujukan:
1st!!!
ReplyDeleteTerima kasih atas tips yang sangat berguna ini buat penulis picisan hina dina macam saya ini
terima kasih atas perkongsian ini Hamka. Saya amat hargainya
ReplyDeleteWow panjang lebar. Nak beli buku. Semua tu ada jual online tak?
ReplyDeletekadang-kadang bila hamka reply comment aku , aku rasa dia macam artis lah pulak . adeh!
ReplyDeletebila lak agak-agak saya boleh jumpa encik hamka di markas . hehe
chop! aku ingat bila ada awek sorang suggest blog ni kat aku , dia cakap "tim baca blog ni! best ! yang penting penulis dia tak skema !!! "
ReplyDeleteitu yang membuatkan aku teruja setiap kali aku baca blog en hamka ni
p/s : buku free 1 !!
dah certa pasal kawan yg photostat nota tu.
ReplyDeletetgah praktis jugak jd penulis yg baik.
insyallah
Asssalamualikum Sdra Hamka, satu posting yang tinggi manfaatnya. Saya juga suka menulis. Selepas buku pertama, karya saya seolah terbantut dan buku kedua belum menyusul. Namun posting Sdra ini sedikit sebanyak menaikkan semula semangat yang hilang bila satu demi satu manuskrip di tolak penerbit. Kena ikhlas, unik dan bermanfaat. Semoaga buku kedua saya akan terbit jua...TQ Sdra Hamka.
ReplyDeleteSalam semua...saya diantara mereka2 yg terkesan dgn blog keretamayat..banyak tips2 rumahtangga yg saya apply dalam kehidupan rumahtangga saya.lalu mula membaca entry dari 2006 hingga skang...buku PYHKDJ dah beli tapi kamar sutera blom terbukak ati lagi nak beli...ada jual gak ker kat mines
ReplyDeleteAssalamua'alaikum. Terima kasih. Aku baca sampai habis weh. :) Boleh la datang blog aku pula. Sekian.
ReplyDeleteSalam hamka,
ReplyDeleteI luvzz yos blozz very muczzx..(perasan unik)
panjang bebenor tp baca sampai habis. Punch line ada dimana2.bullshit detector
perform well..hahaha..
Tq hamka untuk nota2 dlm blog ini.
apa kejadah ni? testimony MLM ker?
ReplyDeletecover permata yg hilang kini dijumpai cetakan kedua lebih menarik. teruskan menulis Hamka. tunggu buku ketiga pulak ni.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini.. ya, Allah saya dapat kesan yang mendalam selepas baca Entri dari blog abang hamka terima kasih ya ..
ReplyDeletebetul lah apa yang abang cakap tu.. :)
Assalam
ReplyDeleteNice tip bro.
Nota hati untuk diri sendiri.
May Allah bless you in every breath you take and every each of your heartbeat.
CF
best best best
ReplyDeletekeep it up en hamka..
semoga lebih ramai lagi orang sperti kamu..
santai tapi penuh dengan ilmu.. baguss... wuuu
tapi nak ubah cara penulisan jadi tak boring tu.. aaa... hmmm..
sebab dah terbiasa.. jd agak sukar.. tapi cuba juga lah..
ape pun terima kasih atas pesanan ini... u did it man!! u r the mang!!(bahse tganu tuh!!)
ReplyDelete----------
Prince of Noob
Sama sama, bang.
--------------
Black Bladerz
Yang baik dari Allah.
-------------
anis abdullah
semua ada jual on line dik. Klik gambar buku
-----------
muhammad hatim
kah kah kah!
------------
Petak Bunga
insyaAllah.
------------
School Of Tots
Mana yang lebih, boleh tambah tip di sini,
-----------
Mummy
Rugi kak tak beli KS, adohai..
------------
Keep The Good Alive
salam
--------------
tuan kedai
perasan unik vs unik, he he
--------------
Samsiah Abd Shukor
Semusim di shurga, akan datang!
------------
Are Pit Shaf Fiq
Setuju!
---------
CF
Komen yang bernas dan teguran yang baik dari pembaca juga sangat membantu.
----------
@Fr!^n@
Memang arrr
perasan sibuk ker
ReplyDeletetips yang bagus dan boleh dibukukan nie bro hamka... nti bro bikin buku tips utk jadi penulis pulak... trima kasih... :)
ReplyDeleteTeringin juga nak jadi penulis.
ReplyDeleteTapi.. tak pernah menjadi pun.
Asyik terhenti di tengah jalan aje.
kalau macam tu naik lah kapal terbang terus landing kat hujung jalan
ReplyDeleteIt's a shame you don't have a donate button! I'd most certainly donate to this outstanding
ReplyDeleteblog! I guess for now i'll settle for book-marking and adding your RSS
feed to my Google account. I look forward to fresh updates
and will share this blog with my Facebook group. Talk soon!
Nasrul Muhaimin Ariff
insyaAllah
---------------
Faarihin
Semangan yang hilang, kita cari pulang- XPDC
Assalamualaikum wbt.,
ReplyDeleteTulisan saudara bagi saya sperti sambal belacan.. Belacan tu kan busuk sebenarnya.. sejujurnya mungkin setahun ada 2 kali saya buat sambal belacan.. TETAPI kalau kakak-kakak masturat buat sambal belacan bersama gulai kari ikan..saya memang berharap sangat tuan rumah mempelawa saya ke talam..
jazakallahkhaira atas perkongsian yang terasa jujur oleh saya dan terasa ikhlas berkongsi kisah panjang flashback zaman remaja dengan airmata..
Saya ada mengambil catatatan dari blog saudara. Kali ni gaya bahasa dan jalan penceritaan memang 'live' mungkin juga ini bakat yang Allah swt telah beri kepada saudara..
"cinta itu boleh diibaratkan seperti makan sambal belacan.. walau pedas sampai mengalir air mata tapi masih mahu dimakan juga."
jazakallahkhaira katsira
Doakan saya sekeluarga dipilih Allah swt dalam kerja agama yang mulia ini.
wasalam
https://www.facebook.com/photo.php?v=683525585022528 Yahanana versi Disco
ReplyDeleteAgak2 nabi datang x time ni ???
DAH TENGOK BELUM
Ramai yang menulis dengan nafsu dan sifat bias.. tp sukar mencari penulis yang menulis dari dasar pemikiran yang tajam dan bersifat terbuka.. kerana ramai yang takut salah dan ramai yang suka pilih bulu.. maka, menulislah dengan ilmu dan praktikal, bukan dengan hati yang hitam..
ReplyDeleteHamka.. thanks for tips.. akan berusaha menulis dengan ilmu dan menulis dengan humour..!!>
kak aishah
ReplyDeleteDoakan saya juga sekeluarga dipilih Allah swt dalam kerja agama yang mulia ini.
detective nie
terima kasih kembali
"dunia ini tidak seindah yang aku sangkakan" Story la skit peristiwa yang menyebabkan bro Hamka 'down dan lost' tu...
ReplyDeleteManusia belajar dan akan bangun maju dan terus maju setelah terjatuh(diuji)..Cewah..betul tak Bro..
Sekarang jadilah Hamka yang apabila dibaca tulisannya telah menyentuh hati sanubari,terkena batang hidung sendiri..dan kadang-kadang menyakitkan hati..ni pun deep gak..kihkih
Bagus..
ReplyDeletecuba baca kisah aku dan amoi cina, di situ ada kisah penderitaan yang dahsyat.
ReplyDeleteCerita amoi cina tu memang penderitaan tahap tinggi..baru kita tahu hakikat kehidupan di dunia ni..tak semuanya indah..tapi lama-lama Allah bagi faham,InsyaAllah..Tapi kisah amoi tu mcm lawak ja...kihkih..Hamka..hamka,adohai
ReplyDeleteAs salam. Perkongsian yang bagus untuk blogger baru. Tq!
ReplyDeleteTeringin nak beli buku2 karangan en. kereta mayat ni, hehe..insyaAllah ada rezeki..-D
ReplyDeleteterima kasih semua, nak beli boleh klik kat gambar buku ;)
ReplyDelete