Dec 17, 2013

Pendakwah mati lemas?

( Tertib oh tertib, di tulis dalam keadaan tidak pakai baju tapi pakai seluar-pergi mampus pada diri sendiri!)

Soalan pembaca:

“Salam blogger otai, saya dah lama berdakwah di blog dan Facebook macam abang, mula menulis sejak tahun 2008 lagi, malahan selalu share ceramah ustaz-ustaz, slide slide yang menginsafkan, dan lagu lagu dakwah, kartun islamik juga saya suka sebarkan, tujuan paling utama adalah untuk menasihatkan diri sendiri dan orang lain. Tapi, siapa sangka... bukan semua blog mendapat hati di kalangan pembaca. Lebih-lebih lagi blog yang membawa mesej Islam. blog saya adalah blog agama yang terkebelakang dan sangat kurang mendapat sambutan.

Saya pernah cuba kaedah uslub seperti peraduan yang menawarkan hadiah-hadiah yang agak mewah untuk menarik pembaca, tapi sayangnya peraduan itu langsung tidak mendapat sambutan. Saya sudah pun delete peraduan itu supaya tidak lebih malu jika di baca bila sudah tua nanti.
Masalah saya sekarang, rasa sudah penat sangat berdakwah melalui internet, walaupun follower saya sudah mencecah 2000+, tapi komen dan like sangat sikit. Saya faham , bab-bab agama ini, ramai orang yang malas nak ambik peduli. Kan?

Satu lagi, semakin kuat saya berdakwah, atau semakin banyak saya share mesej islamik di FB, blog serta  whassapp, semakin lemah pula saya dalam beramal, contohnya, bila azan berkumandang, saya boleh layan FB sedangkan lebih elok solat berjemaah, nampak sangat saya memang seorang blogger yang gagal.

Jadi saya mahu minta nasihat blogger otai macam abang, nasihatkan saya agar tidak berputus asa macam abang, selalu berdakwah dengan idea yang gempak, macam abang."

Sekian.

JAWAPAN HAMKA KERETAMAYAT

Salam.

Baca soalan kau, terus aku teringat seorang hamba Allah ni, yang mana selepas aku selesai bersolat asar di sebuah masjid…

(Eh? Macam baik sangat aku ni solat asar berjemaahpun nak tulis kat blog- pergi mampus pada diri aku! Hampeh!)

 Akupun pergi ketuk satu pintu rumah hamba Allah dengan niat menghubungkan silaturahim, maka keluarlah seorang lelaki yang tidak pakai baju tapi pakai seluar, marah kerana datang berdakwah ke rumahnya, katanya, dia juga seorang pendakwah,

Aku berasa pelik.., apa tak boleh kah kita ajak orang yang minat bola tengok bola? Kan? So kalau betul dia pendakwah pun, tak salah jika bertemu dan berpisah kerana Allah.. Adohai..

Lalu katanya lagi, dia sekarang berdakwah melalui internet, lebih berkesan berdakwah melalui internet kerana ramai pembaca, satu post katanya, jumlah like mencecah ratusan orang, FB dakwah miliknya dah ada dua ribu follower (banyak tu?). Berdakwah dari rumah macam ni, lambat sebab 5 minit baru jumpa seorang, itupun belum tentu like. Katanya lagi.. Blog dakwah milik beliau juga ramai pembaca, ada 900 lebih follower..

900 Folower? Ramainya.., kata aku buat buat kagum, (woha!) ok fine, berdakwah melalui internet, tapi tak kanlah solat berjemaah pun kat internet bang?..

Eh? entah entah, bro yang aku jumpa itu adalah orang yang sama email bertanya soalan pada aku yang datang jumpa di rumahnya, kau ke bro? adohai..

Abaikan cerita Bro tadi kat situ, kita balik pada penanya yang mempunyai ciri macam bro tadi,

Persoalan di sini adalah, ramai yang mengaku berdakwah, tapi tidak mampu amal apa yang mereka sampaikan, (termasuk jugak aku, adohai..)

Ramai orang share mesej dakwah dalam FB, ada yang siang malam wassapp tentang mesej dakwah tapi selamba lengahkan solat atau selamba tinggal solat berjemaah (hanya menyebut beberapa contoh)

Di sini, kita semua kena sedia maklum bahawa, kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.
Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya firaun tetap mati kapir, tapi Nabi Musa tetap termasuk orang yang berjaya kerana (aku ulang) kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan.

“Ok bang, saya setuju, kejayaan dakwah bukan di ukur dari berapa ramai orang yang ‘like’ kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita dapat amal apa yang kita sampaikan…, Tapi bang, saya hari-hari berdakwah tapi kenapa diri sendiri tak dapat amal apa yang saya sampaikan? Tak macam Nabi Musa? Kenapa bang?”

(Tiba tiba jer muncul dalam minda emej bro tak pakai baju tapi pakai seluar seolah bertanya soalan susulan)

Aku diam sekejap, pajam mata mencari ilham sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sehinggalah tak lama kemudian, dahi aku mulai berpeluh.., ketiak akupun berpeluh jugak, rupanya aku lupa on kipas.

Ok, serius sikit.

Pada pendapat aku yang hina, masalah pendakwah di internet yang bersemangat share itu ini di blog atau FB tapi lemah dalam ibadat adalah kerana..

Masalah tak ikut “tertib dalam agama”,

Kita sedia maklum, solat ada tertib Nabi, jika tak ikut tertib Nabi dalam bersolat maka solat menjadi tidak sah walaupun sujud seratus kali sampai koyak sejadah atau lebab dahi macam lutut kambing!, (rujuk rukun 13)

Puasapun ada tertib Nabi, tak akan sah puasa jika tak ikut tertib Nabi, and go on, so, begitu juga dakwah, ada tertib yang ditunjukan oleh Nabi kita,

Tapi kita dalam bab ibadat lain memang pandai ikut tertib Nabi, tapi dalam bab dakwah kita guna tertib nafsu sendiri, itu yang jadi masalah..

Maka wujudlah orang yang mampu berdakwah dengan share dan tulis macam macam ilmu so call islamik, tapi bila azan berkumandang, nak solat awal waktupun rasa malas.. hampeh!

Kekeliruan ini terjadi kerana berdakwah tak ikut tertib Nabi…

(Aku tak kata salah korang nak berdakwah guna internet, tapi yang salah jika tinggal tertib dakwah yang asal dan guna internet semata-mata.., lainlah korang lumpuh atau kurang upaya, ni sihat jer aku tengok, susah jugak tu. Adohai..)

Sebab tu aku (ehem, ehem) walaupun ada follower di blog ribu ribu, follower di FB cecah puluh puluh ribu, ada lagu dakwah di youtube, ada dua buah buku ala ala islamik( Kamar Sutera dan PYHKDJ) , dan macam macam lagi produk.. tapi bila ustaz ajak berdakwah rumah ke rumah macam Nabi(ghast), aku paksa diri untuk ikut, bila ustaz suruh aku ceramah di masjid, aku tekan nafsu dan bagi ceramah(bayan), bila azan berkumandang, aku tinggal FB dan blog dan menuju ke masjid.(Macam lah baik sangat aku ni solat berjemaah dan dakwah rumah ke rumahpun nak tulis kat blog- pergi mampus pada diri aku! Hampeh sekali lagi!)

Jadi, fahamilah bahawa, dakwah juga sama macam ibadat lain, ada tertib dan sunnah masing masing, mana boleh semborono hentam kromo dan perasan sudah sempurna dalam berdakwah?. adohai..

Dakwah yang korang buat di internet ni adalah termasuk dakwah infradi, (tak salah pun) macam Nabi tolong bilal kisar gandum, itupun dakwah.., tapi korang tak boleh jadikan cara ‘tolong orang kisar gandum’ sebagai scope dakwah korang semata mata.., itu dah langgar tertib, sebab tu ada waktu nabi berdakwah jumpa orang dari rumah ke rumah, ada waktu Nabi bagi ceramah, ada waktu Nabi berhijrah, ada waktu Nabi suap makan pada orang yang kutuk dia, semua itu ada tertib tertib yang korang kena faham betul betul, bukan asal share sahaja dah mengaku pendakwah agung..

Sedarlah kita bahawa, orang yang berdakwah tak ikut tertib, sekali tengok,  nampak macam bagus dengan semangat mereka yang membara tapi kesannya tak sama,

Mereka di ibaratkan seperti orang yang lemas di bandingkan dengan orang yang berenang, yang mana orang lemas pun menggerakkan tangan dan kaki, orang berenangpun menggerakkan tangan dan kaki, malahan orang lemas, pergerakan tangan dan kaki mereka dalam air lebih cepat dan kuat dari pergerakan tangan dan kaki orang yang berenang, tapi beza besar adalah, mereka mati lemas, manakala mereka yang menggerakkan tangan dan kaki mengikut TERTIB, tak tenggelam dan mampu selamatkan orang lain pula yang berada dekat dengan mereka.

Jadi berdakwahpun ada tertib Nabi bang, tak boleh nak berdakwah guna nafsu sendiri, Berdakwahlah dengan mujahadah seperti yang diceritakan dalam Al quran akan perihal Nabi dan Rasul berdakwah.., ker guaner? Napok! (pinjam trademark UAI)

So nasihat aku kat brother yang bertanya, jika dah penat berdakwah melalui internet, eloklah tu, cuba kau ikut macam brother Shiro dalam Ustaz mu tunggu aku datang, belajar berdakwah cara Nabi dulu, dan lepas tu cuba balik tulis blog, lain perasaan dan jazbah yang datang.., insyaAllah..

Akhir kata, jangan perasan diri kuat berdakwah jika tak ikut tertib Nabi, sebab korang ibarat orang lemas, kuat melibas tangan dan kaki, tapi makin tenggelam.., adohai..

Sampai sini sahaja abang keretemayat membebel, sebab hujan makin lebat kat luar sana, dan paras air semakin naik mencecah buku lali, abang nak alih keretamayat takut terendam dalam banjir.

Alamak, kat luar air dah makin dalam?, Alhamdulillah, abang tahu tertib berenang…, insyaAllah

Sekian..

Ps: Aku mungkin pandai ‘berenang’, tapi nak selamatkan orang lemas, mungkin aku tak mampu, Nampak sangat aku kena belajar tertib ‘berenang’ dengan lebih gigih dengan cara keluar jauh jauh dan lama lama, Insya-Allah.. pesan pada diri sendiri.

Ps2: Menulislah dengan niat sebagai nota agama untuk dirujuk DIRI SENDIRI, jika kita salah tulis, ada orang datang tegur, mereka akan dapat pahala, dan jika betul apa yang ditulis kita, orang lain pun mendapat manfaat, kita pula dapat pahala.

Ps3: Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah dengan hikmah dan lemah lembut, sehingga ugama tersebar atau kami terkorban! Chewah..

Ps4: Jika berdakwah di internet, tak payah nak kecoh sangat bang, ini agak deep, sila take note. adohai.

31 comments:

  1. Assalam

    Ya ker...1st.
    Subhanallah...entri masterpiece!!!

    Crying Fella
    2 thumbs up bro.

    ReplyDelete
  2. nice one , pendekatan yg lebih lembut dari biasa =)

    lame gua tggu lu punye pos bro =)

    ReplyDelete
  3. yah, KPI besar disitu!

    bukan berapabanyak like atau komen, tapi berapa kuat kita amalkan apa yang dishare/sampaikan.

    ReplyDelete
  4. Pendakwah kena bnyk membaca kena belajar kena berilmu, memikir dan bermuhasabah diri. Juga kena bnyk bertahajjud, berzikir dan mentadabbur Al Quran dan Hadis utk bina kekuatan diri dan memujuk hati bila dtg ujian. Pendakwah bakal berdepan dgn bnyk ujian.
    Solat fardhu pula, bg Muslimin, belum lg saya temui Hadis sahih Rasullullah saw solat fardhu yg lima waktu secara sendirian di rumah, waAllah'alam. Jika ada yg tahu, mungkin boleh kongsikan.

    ReplyDelete
  5. Hamka rumah ko tenggelam x?

    ReplyDelete
  6. setuju .. berdakwah kena semak nawaitu semula.. Lillahi Taala ke nak dptkan like manusia je ? kena muhasabah diri ni.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Tertib dakwah betul cara Nabi SAW ialah harta tidak datang malahan habis digunakan untuk agama. Malam Nabi SAW wafat pun, rumah isteri Nabi SAW tidak ada minyak untuk nyalakan lampu. Rumah kekasih Allah. Rumah penghulu seluruh alam. Zaman Umar r.a bila harta melimpah ruah datang, maka Umar r.a menangis bagitau "wahai dunia, engkau telah ternafi dari diri Nabi SAW dan Abu Bakar r.a. Sekiranya engkau ini adalah satu kebaikan pasti ia telah datang di zaman Nabi SAW dan Abu Bakar r.a.

    So, fikir2kanlah, boleh kata dakwah di internet ni dakwah yang tertib betul ke bila siap ada promosi buku untuk diri sendiri?

    P/S:mcm hamka bagtau, nota untuk diri sendiri.

    W.Alam

    ReplyDelete
  8. Aku memang tak pandai berenang, macamana nak selamat org lemas ? sendiri takut nak terjun dalam air banjir takut lemas, cuma berani naik jet ski saja...ini banjir sangat deep. sila take note.

    ReplyDelete
  9. To Anom 11:58;

    You exactly right 100%.

    Muga Allah beri kesedaran kepada kita semua...

    Amin

    ReplyDelete
  10. Assalam

    So, fikir2kanlah, boleh kata dakwah di internet ni dakwah yang tertib betul ke bila siap ada promosi buku untuk diri sendiri?

    Promosi buku yang mengingatkan tentang Allah, kerana Allah dan hasil diguna pada jalan Allah...bukan untuk diri sendiri.

    Tak percaya...tak perlah. Jangan kata tak ada yang beritahu, aku bakal saksi dia di akhirat. Insyallah.

    Crying Fella.

    ReplyDelete
  11. sangat deep. ok take note & bookmark kat browser.

    ReplyDelete
  12. klau kita ikhlas berdakwah, Allah tak akan abaikan... tapi tang yang mengamalkan apa yg didakwah itulah yg dititikberatkan

    ReplyDelete
  13. macam tabligh tu ikut cara nabi kan..datang dakwah dr rumah ke rumah. abg hamka ni org tabligh ke.tp ada kwn sy x mengaku dia tabligh walaupun dikenali sebagai tabligh.kenapa dgn nama tabligh ni? apsal org tabligh sendiri malu nak mengaku dia tabligh? ke ada nama lain? mohon beri penjelasan.terima kasih.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. To anon 4.32PM

    Sbb dakwah ni tanggungjawab umat Islam, sbb tu xmo brand lain. Mau dibrand dengan nama "umat nabi"/"orang Islam"

    Mengikut perumpamaan Hamka, klu ade golongan yg bangun tahajud tiap2 malam, xkn nk panggil orang/geng tahajud? hehe

    Jadi sebagai latihan, jika nmpk orang berdakwah dr pintu ke pintu, gelabah la perkataan:

    "Eh, umat nabi dtg ketuk pintu."
    "orang Islam dh mai dh."

    Supaya tertanam dlm ati, I shud do this also, bcoz its also my responsibility =)

    ReplyDelete
  16. Setakat ni yang berdakwah rumah ke rumah adalah Jemaah Tabligh. Kebanyakan mereka memang tidak mengaku tabligh kerana tak mahu ada jurang antara masyarakat. Tidak terlalu melampau untuk mengatakan jalan istiqamah untuk berdakwah pada zaman ini melalui tertib Jemaah Tabligh iaitu tertib Nabi S.A.W dan para Sahabat R.anhum.

    ReplyDelete
  17. Hamka... Post mu naik satu forum pas ler...

    Bagus2,
    Entry yg dinanti2kan.

    ReplyDelete
  18. baca blog ni memang dapat feel ajaran Islam sebenar. tak pilih ustaz ikut bendera hijau/biru. sentiasa bawa minda pembaca untuk 'back to basic'. terima kasih drebar kereta mayat.

    ReplyDelete
  19. sangat bagus entry ni..

    tapi tang ni agak aku tak setuju bila kata "...pergi mampus pada diri aku! Hampeh!"

    Tak baik kita doakan keburukan untuk diri kita sendiri.. Doakanlah seperti "mudah2an apa yg aku sebut ni mendatangkan keikhlasan dan istiqamah dalam beramal"

    ReplyDelete
  20. bro hamka.. bila nak tulis psal politik lagi?? kasi panas skit blog ni...hehe

    ReplyDelete

  21. Jawab mana sempat..

    --------------
    Crying Fella

    2 thumbs up back!

    ----------------
    muhammad hatim

    Perasan sibuk di musim banjir, adohai..

    --------------
    nazha anua

    setuju: KPI :

    bukan berapabanyak like atau komen, tapi berapa kuat kita amalkan apa yang dishare/sampaikan.

    ---------------
    Nazir

    (Solat fardhu pula, bg Muslimin, belum lg saya temui Hadis sahih Rasullullah saw solat fardhu yg lima waktu secara sendirian di rumah, waAllah'alam. Jika ada yg tahu, mungkin boleh kongsikan.)

    Dalam Al quran ada ayat suruhan: rukuklah bersama orang yang rukuk, dan ada ayat suruhan: Makmurkan majid.

    --------------
    Anonymous
    Hamka rumah ko tenggelam x?

    Alhamdulillah, rumah aku tak naik air, kereta masih boleh bergerak depan rumah, tapi dalam rumah, air naik kepala - woha!

    -------------
    Makwe Kintan

    huhu..


    ----------------
    MUQARRABINZ

    Ha ha, ini banjir sangat deep. sila take note.

    --------------
    Khairil Mazri

    : )

    ------------
    Amyruul Luqman

    Yang penting niat kena betul dulu, baru Allah tunjuk cara..

    ------------
    Robot Polis

    Terima kasih.

    --------------
    Mohd Ammar

    Tak di nafikan, ramai orang PAS suka baca blog ini, terima kasih.


    --------------
    yatie hussein

    sama sma

    ------------
    CWSB

    Sebelum orang maki kita, biar kita maki diri sendiri terlebih dahulu, di maki diri sendiri, tak lah melenting sangat, adohai

    -------------
    MGDA

    anytime

    -----------
    alamilah

    politik? Ha ha ha ha

    ReplyDelete
  22. Ha ha! aku pon nak gelak...Hamka.... Politik... ha haaaaa!

    ReplyDelete
  23. Bakal Mayat Seri Kembangan12:25 PM, December 20, 2013

    Salam

    Nice entry Hamka.

    ReplyDelete
  24. Assalam

    Hamka,
    Terkesang dengan entrimu ni, aku pergilah cari CD Ustaz Mu Tunggu Aku Datang...dengan anak perempuan aku yang teruja sangat nak tengok (cover line bapok).

    Meleleh airmataku...Pieree Andrea memang khir!...ummumiat.

    Ironiknya...
    gambar rumah (tingkat atas) di belakang tempat Shiro sembang dengan UAI di pantai Batu Buruk...itulah teratak ambe. he..he..

    Ada masa, jemputlah datang

    Crying Fella
    P/s: Jemaaahhhh....Al Ham Du..Lillah!

    ReplyDelete
  25. Bakal Mayat Seri Kembangan7:41 AM, December 23, 2013

    Disebabkan Hamka mempromote cite "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang", semalam terus aku cari DVD cite tu. Memang bestttt... Rasenya, itulah satu2nya filem melayu yang LANGSUNG TIADA PEREMPUAN DALAM CERITA TU. tabik pada Pirre Andre.

    ReplyDelete
  26. Pendakwah mati lemas?
    ( Tertib oh tertib, di tulis dalam keadaan tidak pakai baju tapi pakai seluar-pergi mampus pada diri sendiri!)

    Soalan pembaca:
    Sebenarnya yg tuanhamba cerita ni pasa diri tuanhamba sendiri ke????
    dok mention tak pakai baju tp pakai seluar dari mula entry....

    ReplyDelete
  27. Crying Fella

    Nora danish ambik wudhu kat rumah mu tak? He he

    ------------
    Bakal Mayat Seri Kembangan

    Boleh masuk dalam list, filem tanpa wanita yang aku cari selama ini..

    ----------
    Siti Syawal

    :)

    ----------
    Anonymous

    Saya jika nak beranang, tak suka pakai baju dan selipar..

    ReplyDelete
  28. Terima kaseh diatas maklumat tuan....opps..ni bukan dakwah...tp malumat..

    ReplyDelete