(Tanya sama abang keretamayat )
Soalan pembaca:
"Salam abang Hamka Keretamayat, kalau kita terima
berita kawan meninggal, yang beragama islam, kita ucap:
"Innalillahiwainnailaihirojiun"
Bermaksud:
"Sesungguhnya kita semua
milik Allah dan kita semua akan pulang kepadaNya",
Tapi jika kita terima
berita kematian kawan kita yang bukan islam, nak ucap apa erk?"
Mohon pencerahan. :)
Semua orang akan menjadi mayat |
Hamka said:
Salam. Jika terima berita kawan yang bukan islam sudah meninggal
dunia, kita ucapkanlah:
"Ya Allah, ampunkanlah dosaku kerana tidak sempat
dakwah dia kepada islam"
..
..
..
..
Ps: kepada orang islam di California, yang berkawan dengan
Paul Walker, sila take note, ini agak deep. Isk.
1st...
ReplyDeleteRIPD
ReplyDeletesy ade bce ustaz mention "haram" ucapkan "rest in peace (RIP)" kpd org yg bkn Islam ble dgr dia meninggal...sbb kt mmg tau org kafir tempatnya di Neraka..aman ke dlm neraka tu? kt bole doakan mcm tu plak..
ReplyDeleteerm tp sy tgk rmai gak yg wish camtu..
ReplyDelete"Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kita semua akan pulang kepadaNya"
Maksudnya, macam tak salah kalau kita ucap "innalillahiwainnalillahirojiun" sebab orang kafir tu pun milik Allah dan daripadaNya orang kafir datang dan kembali..
tak gitu tuan?
saya sokong nazha anua... sebab innalillahi wainna ilaihi rojiun pun boleh disebut bila kita nampak atau hadapi sebarang musibah/kecelakaan bahasa kasarnya.
ReplyDeletetp yg org pertikaikan tu, rest in peace (RIP). entahlah. yg saya tau, syurga tu utk hamba2 yg Allah redha. kalo org islam baik mcm mana pun, tiba2 ada satu benda yg dia buat Allah tak redha, pun tak dapat masuk syurga kan? kalo silap, betulkan saya.
wallahu'alam
salam tuan tanah...
ReplyDeletesblm ni pun dah ada org info di FB psl ni.. mmg dikatakan haram hukumnya utk kata RIP kpd org yg non-muslim yg mati.
Bile orang islam dah arwah kite sabut innnalillah.. orang kafir oh dah mampusss...
ReplyDeleteKalo tak mau cakap RIP, cakap "I am sorry for your loss" pun memadai. Tak ada syubhat, tak ada pertikaian akidah. Just perasaan sama-sama tumpang sedih.
ReplyDeleteoras pas mati.
ReplyDeletekita ucap: wah beruntung masuk shurga.
orang umno mati..
malas nak jawab.
PEACE YOH
Hamka ni tak paham2 lagi rupanya..Bukan taknak dakwah..ilmu astronomi tak cukup didada lagi,kita kena master ilmu astronomi dulu barula kita jadi org yg betul2 paham dan barula kita boleh dakwah..kalau dah master ilmu kaji bintang,kita kena bermati2an ambil tau dan melibatkan diri dgn politik demokrasi pulak dulu,kalau tak ceburi maknanya tak cukup paham lagi tu...harap hamka dah mula paham..hehe..dah faham hamka?
ReplyDeletemasuk politik demokrasi baru faham agama? isk isk isk
DeleteJawapan yang aku bagi tu deep.., renungkan jauh jauh, ibarat mangsa banjir yang lemas tapi orang ramai duduk tepi tengok sambil jawab, RIP...
ReplyDeleteIni bukan isu nak jawab apa apabila orang kapir mati, ini isu apa peranan kita sebagai ummat terbaik,
Aku sendiri bersalah.. Adohai..
isk isk isk
Deletemohon utk kongsi tulisan ustz di radio kami,
ReplyDeleteKami baru menubuhkan sebuah radio internet khas utk da'wah islamiah.
sekiranya ustz berminat utk menyiarkn ceramah ustz di radio kami. segmen ceramah akn ke udara 5 kali sehari setiap lepas azan.
Radio ini adalah beroperasi seperti ngo. namun sekiranya ada tajaan / sponsor dr pengiklan utk segmen ceramah tuan akami akan berkongsi keuntungan dgn pihak tuan.
secara rasminya radio ini akan live dj mulai 1/1/2014. untuk mendegar sila layari
www.booraqfm.blogspot.com
Pendapat aku... Hamka nak bgtau... soalan picisan mcm tu tak payah tanya lah... kau tau akidah maka kau tau lah mcm mn yg betul mcm mana yg salah... yg penting ada tak korang yg nak ucap salam takziah pada si mati ni dia dah ucapkan dulu sblum ni Assalamualaikum padanya.
ReplyDeletemula mula aku nak marah dengan jawapan yg deep la sgt tu
ReplyDeleteaku baca dua kali, aku setuju ada persoalan yang lebih pokok berbanding bagaimana ucapan kepada orang kafir yang mati...kerana kesedihan itu berbalik semula pada kita.
Tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam. ( Surah At-Taubah 113 )
Tapi sebelum dorang jadi mayat...cepat cepat lah mendoakan mereka diberi hidayah
Rasulullah SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahal atau ‘Umar bin Al-Khattab.” (Hadis riwayat Tirmizi).
masing2 sila guna muka buku korang untuk berdakwah pada artis atau sapa sapa jer la yg korang minat.. ada yg dah buat belum? sebelum tak sempat apa kata kita mulakan ngan vin disel dulu amacam...
bro kereta mayat, lu punya fikir dan risau ada banyak betul. hidayat didahulukan. .kuasa dan pemerintahan dikemudiankan.
ReplyDeleteMcm mana kita blh pastikan seseorg tu mati dlm kafir?mgkn sblum mati dia mendapat hidayah dan masuk islam,ada yg hdup islam mati kafir dan ada yg hdup kafir mati islam
ReplyDeletehahaaa yang ana pelik, ada yang ucapkan innalillah kepada Chin Peng yang memang sampai mati tak percaya kepada mana-mana Tuhan pun (malah semasa hidup banyak membunuh pak imam di kampung). achaner tu? golongan yang sama juga yang kutuk ana kerana ucapkan RIP kepada sahabat bukan islam.
ReplyDelete'Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali'
ReplyDeleteChin peng yang tak percaya ada tuhan pon akan kembali pada Allah..ko ada masalah ke? Ko ingat roh dia pi jalan jalan kat tembok besar china bila dah mati pasal tak percaya pada tuhan?
'Bersemadilah dengan aman'
ada beza tak...tolong fahami konteks dan kegunaan sesuatu ayat tu k...
pastu barulah nak kecoh pasal politik... B.D.B!!
masalahnya kalau jumpa family si mati takkan nak cakap camtu hamka..
ReplyDeletesetakat terima berita ape de hal....ni citer kalau nak ucapkan takziah berdepan dengan keluarga dia camne??
Assalam
ReplyDeleteBayangkan Hamka adalah sahabat Nabi saw yang, sama-sama berada di sisi baginda saw ketika Nabi saw menangis melihat mayat seorang Yahudi yang diusung....Pabila ditanya mengapa menangis terhadap mayat Yahudi?
Nabi saw menjawab (lebih kureng) dia ummat aku yang mati ketika aku masih hidup dan akan dibakar selama-lamanya dalam Jahanam!
Sekarang .
Bayangkan Hamka masih hidup dan Nabi saw dah wafat. Baca sekali lagi jawapan Hamka.
Insyallah kita semua akan lebih faham jawapan tersebut.
Tuan-tuan,
Kafir atau tidak dia Ummat Muhammad saw, dan Allah swt sayang setiap insan 70 kali lebih dari seorang ibu menyayangi anaknya.
Correct me if I'm wrong
...bukankah Nabi saw yang mengunyahkan makanan kepada seorang perempuan Yahudi tua yang memaki hamun Nabi saw sepanjang masa
...bukankah beliau membebaskan perempuan Yahudi kafir yang menyihirnya
...bukankah beliau mendoakan orang kafir yang membaling beliau dengan batu sehingga berdarah
....bukankah beliau rahmat semesta alam?
Crying Fella
I am 110% guilty!!!
Have mercy on me and ummah
Ya Rabbb...
takziah, bermakna penyataan turut bersedih (berdukacita), belasungkawa. Perkataan ini bukan sahaja digunakan untuk kematian, tetapi juga menyatakan kesedihan dan dukacita.
ReplyDeletepi jumpa keluarga mangsa sebut lah...
'Takziah...harap banyak banyak besabar'
susah ker?...
Share slaluu...
ReplyDeletekita boleh ucap simpati, takziah pada keluarga si mati, itulah common sense...
ReplyDeletejawapan aku di petik dari kisah Nabi ketika melihat mayat yahudi yang sedang diusung ke kubur, dan baginda menyalahkan dirinya kerana gagal dalam berdakwah dan simpati kepada nasib mereka di akhirat.
Mungkin, untuk ucapan kelurga si mati, boleh dakwah secara berhikmah.
Aku pun belum dapat selami perasaan bersalah apabila melihat mayat orang kapir, kerisaun ummat belum ada dalam diri ini, baru nak belajar fikir-fikir, adohai.
Kata ustaz, kerisuan ummat akan datang jika kita berdakwah secara terus pada manusia dengan membawa sifat simpati sebelum mati, wallahu'lam.
assalamualaikum,
ReplyDeletemaaf kalo lari dari tajuk tapi sy ada satu kemusyiklan yg ingin d tanya.
saya pernah terdengar ayat ni yang "berkahwin itu satu sunnah" tapi ia bukan satu kewajipan.
mohon penjelasan bole?
kerana kan pernah juga saya baca yg sesiapa yg tak kahwin itu bukan dari golongan nabi muhammad saw
mohon sangat pendapat anyone n brother kereta mayat
tengkiu
:)
tajuk yg menarik kerana tepat dgn kematian Paul Walker baru2 ni.. semoga kita semua berusaha untuk berdakwah kerana setiap minit terdapat lebih dari seorg yg dikonfemkan masuk neraka.. (mengikut statistik global death)... yg jadi kayu arang makin ramai...
ReplyDeletesekarang, semakin ramai org bukan islam yg hebat dan baik hati mati awal, tp yg bencikan islam hidup lama lagi ramai..
bg saya, isu RIP x perlu lah dibincangkan kerana mengucapkan RIP x pernah menggugat iman dan aqidah seseorang, sebaiknya mengigatkan kita pada mati, so, xde masalah sgt. tp, kalau kita menangis2 pasal org bukan islam mati, tp x endah pun org islam mati terseksa, dan asyik makan daging sedara sendiri(if you know what i means) maka nampak buruk bebeno perangainya,...semoga Allah memberikan umur ku panjang untukku berdakwah ke jalannya..
untuk meddina ilhani
ReplyDeleteKahwin tak wajib bagi mereka yang boleh menahan nafsu dan sibuk dengan mencari ilmu atau memberi manfaat pada orang lain dalam bujangnya.
Tapi yang salah apabila sengaja tak nak kahwin, dan anggap amalan tak berkahwin akan mendekatkan diri kepada Allah lebih dari mereka yang berkahwin,
wallahu'lam
Salam Tuan² yang mulia,
ReplyDeleteAllah beri kehidupan pd org² bukan islam dengan rahmatnya,
Tapi mereka menyembah selain Allah.
Allah memberi mereka makan dan minum kpd mereka dengan kasih sayang Nya,
Tetapi mereka besyukur kepada selain Nya.
Allah xjadi kan mereka dengan sia².
Allah telah pilih saya dan tuan² yang mulia untuk dakwah dan selamatkan mereka dari neraka seburuk² tempat kembali.
Kita kene ambil tangungjwp nie tuan² yg mulia.
-Daun-
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTu ari saya ada post psl RIP utk pelakon yg berkenaan di rumah saya. Teruk jugak saya kena hentam sebab kununnya saya tak perihatin, saya tak ada belas kesihan dengan si mati.
Tapi kalau gambar anak-anak yg meninggal (for so many reason) tak ada pulak yang nak sedekah Al-fatihah or ucap "innalillah..". So ironi.
Saya bukan sinis dan saya bukan racis.. cuma ter-skima dgn respon especially kaum wanita yg kununnya sgt sedih dengan kehilangan satu talent besar dlm dunia perfileman as such as this fellow.
Hence.. tho' sorry for your lost.. to anybody yg terasa kehilangan atas kematian si polan. Tapi.. sampai nak kaji asal usul.. life & whatsoever la.. pi la buat benda lain yg lebih berfaedah.
P/s;
Maaf tuan rumah.. ari ni emo lak sikit.. & maaf jugak sebab off-topic.
ok, maaf di terima.
ReplyDeletepeace.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteSekadar ingin berkongsi apa yg saya tahu.
Saya pernah terbaca dan pernah juga mendengar dalam ceramah agama oleh ustaz tentang keadaan manusia di padang mahsyar.
1. Pada ketika itu masing-masing ingin menyelamatkan diri.
Ada anak-anak yang akan menyalahkan ibu dan bapa atas dosa yang mereka lakukan dan begitu juga dgn orang kafir yang akan menyalahkan jiran dan rakan mereka yang beragama islam kerana selama hidup berjiran dan berkawan, jiran dan rakan mereka tidak pernah mengajak mereka kepada agama islam sehingga menyebabkan mereka terus sesat.
2. Bukankah kita sebagai org Islam sudah pun tahu kita dilantik sebagai khalifah di bumi Allah ini?
Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam utk menyebar luas agama Allah ini.
Tidak kira siapa kita ustaz atau bukan ustaz.
Nabi Muhammad pernah berpesan: Sebarkanlah ajaranku/dariku walaupun sepotong ayat.
Jika Allah tanya kita nanti, kamu ada kawan, kenalan, jiran yg bukan beragama Islam, apakah kamu telah sampaikan kepada mereka tentang agamaku ini?
Apa jawapan kita kepada Allah?
Peringatan buat saya juga.
Wallahhua'lam..
rujuklah artikel ini... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140910/ba_02/Ucap-innalillah-kepada-bukan-Islam
ReplyDeleteterima kasih kerang laut
ReplyDelete